kk proposal kt (1)

23
Mengatasi masalah membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK) dengan menggunakan Kad Pop Up Oleh: Che Hasnah bt Salleh PPG Unit BM 2 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Tahun ini merupakan tahun ke 5 perlaksanaan Program LINUS di-sekolah rendah seluruh Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dipertanggungjawabkan untuk menerajui projek ini dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM. Sehubungan dengan itu, satu program LINUS telah dirangka untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Projek ini dinamai Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang merupakan penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006 (Laman Unit Linus PPD Kuala Pilah ). Asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan seharian serta untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. literasi adalah “keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk(dengan menggunakan kata hubung), mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian Setelah hampir lima tahun terlibat dalam program ini, saban tahun saya berhadapan dengan murid—murid yang bermasalah dalam menguasai kemahiran membaca. Membaca adalah satu kemahiran asas yang sangat penting , ketidakmampuan murid-murid menguasai kemahiran ini akan menyebabkan timbul masalah-masalah lain yang berkaitan 1

Upload: masni-nas-saban

Post on 26-Dec-2015

139 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kk proposal 1

TRANSCRIPT

Page 1: Kk Proposal Kt (1)

Mengatasi masalah membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK)

dengan menggunakan Kad Pop Up

Oleh:

Che Hasnah bt SallehPPG Unit BM 2

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Tahun ini merupakan tahun ke 5 perlaksanaan Program LINUS di-sekolah rendah seluruh

Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dipertanggungjawabkan untuk

menerajui projek ini dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM. Sehubungan dengan

itu, satu program LINUS telah dirangka untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) yang belum

menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Projek ini dinamai Program Literasi dan

Numerasi (LINUS) yang merupakan penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi

Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun

2006 (Laman Unit Linus PPD Kuala Pilah ). Asas literasi dan numerasi merupakan

kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam

kehidupan seharian serta untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang

lebih tinggi. literasi adalah “keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan,

ayat tunggal dan ayat majmuk(dengan menggunakan kata hubung), mengaplikasikan

pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian

Setelah hampir lima tahun terlibat dalam program ini, saban tahun saya

berhadapan dengan murid—murid yang bermasalah dalam menguasai kemahiran

membaca. Membaca adalah satu kemahiran asas yang sangat penting , ketidakmampuan

murid-murid menguasai kemahiran ini akan menyebabkan timbul masalah-masalah lain

yang berkaitan contohnya tidak dapat menguasai kemahiran-kemahairan lain dalam mata

pelajaran matematik, sains, dan sebagainya.

Bertitik tolak daripada pengalaman ini saya memilih salah satu daripada tajuk yang

terdapat dalam literasi ini sebagai Kajian Tindakan saya. Merujuk kepada analisa Saringan

1(Membaca dan menulis) dan peperiksaan pertengahan tahun ( 2014 ) yang lalu, saya

mendapati ramai murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Lukut,yang masih belum

menguasai kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka(KV) dan

tertutup ( KVK ). Kumpulan murid-murid ini adalah tergolong dalam kumpulan murid Linus

dan Linus tegar (Literasi ).

1

Page 2: Kk Proposal Kt (1)

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang lalu dan saringan

linus 1, didapati masih ramai murid Tahun Satu Mars yang belum menguasai kemahiran

membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv) dan suku kata tertutup (kvk).

Sekiranya murid-murid ini tidak boleh membaca perkataan yang mengandungi suku kata

(kv) dan suku kata tertutup (kvk) agak sukar bagi mereka untuk menguasai kemahiran-

kemahiran berbahasa yang lain seperti membaca ayat dan menulis.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Pada masa kini terdapat laporan-laporan yang menyatakan ramai murid sekolah rendah

(terutama yang tinggal di luar bandar) yang tidak boleh membaca atau tidak cekap

membaca bahasa mereka sendiri (bahasa Melayu). Tentu banyak sebabnya perkara ‘tidak

boleh membaca’ ini berlaku.

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pekelilingnya

KP/JPK/BPKP/03/03/1 (43) (1998), telah mencadangkan agar semua sekolah rendah dan

menengah di seluruh negara melaksanakan program intervensi 3M (Membaca, Menulis dan

Mengira) mulai Januari 1999. Keadaan ini memperlihatkan betapa seriusnya masalah

kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dalam kalangan murid-murid sekolah

rendah di seluruh negara, dan golongan yang dimaksudkan ialah murid-murid pemulihan.

Data KIA2M pada tahun 2008 menunjukkan sebanyak 54,000 murid Tahun 1 belum

menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi). Data PROTIM tahun 2008 pula

menunjukkan sebanyak 48,233 murid Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas membaca

dan menulis (literasi) sementara sebanyak 117,000 murid Tahun 4 belum menguasai

kemahiran asas mengira (numerasi).

Data Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM

menunjukkan kadar keciciran murid sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia

pada tahun 2008 adalah sebanyak 31,939. KPM berpendapat satu pendekatan yang

bersepadu perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah literasi seawal Tahap I. Perkara ini

perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas

membaca, menulis dan mengira merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan

berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

Utusan Malaysia (9 Oktober 2006) memetik pendedahan Setiausaha Agung

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), N. Siva Subramaniam yang

menyatakan bilangan pelajar lemah membaca adalah terlalu ramai iaitu menjangkau jumlah

lebih daripada 500,000 orang pelajar yang kebanyakannya terdiri dari pelajar tahun enam.

2

Page 3: Kk Proposal Kt (1)

Menurut Utusan Malaysia, jumlah ini mewakili 25% daripada 2 juta pelajar-pelajar sekolah

rendah di seluruh negara. Beliau turut menyarankan agar program pendidikan pemulihan di

sekolah diperhebatkan dengan mempelbagaikan pendekatan agar masalah ini dapat

ditangani secara berkesan.

Bertitik tolak daripada data-data yang telah dibentangkan, maka saya terpanggil

untuk membuat kajian tindakan berkaitan dengan masalah membaca di kalangan murid-

murid di peringkat yang paling asas iaitu tahun 1.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

Fokus kajian ini tertumpu kepada masalah pembelajaran yang dialami oleh murid-murid

Tahun 1 Mars Sekolah Kebangsaan Lukut (Tahun 2014).Kumpulan murid yang terlibat ini

menghadapi masalah mengeja dan membunyikan perkataan yang mengandungi suku kata

terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK). Seterusnya, mereka menghadapi masalah sukar

membaca perkataan KV + KVK.

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

Setelah hampir tiga puluh tahun perlaksanaannya, Program Pendidikan Pemulihan masih

belum berkesan sepenuhnya dalam usaha menangani masalah penguasaan 3M khususnya

kemahiran asas membaca dalam kalangan pelajar-pelajar pemulihan, serta mempastikan

100% celik huruf dalam sistem pendidikan negara. Jabatan Pendidikan Khas, dalam Buku

Panduan Perlaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas melaporkan bahawa

”berdasarkan laporan penyelidikan menunjukkan antara sepuluh hingga lima belas peratus

dalam kalangan murid-murid sekolah masih menghadapi masalah kegagalan menguasai 3M

khususnya kemahiran asas pembacaan” (Kementerian Pendidikan Malaysia 1999).

Membaca merupakan amalan yang mulia yang amat dituntut di dalam Islam.Bahkan

wahyu pertama didalam Islam ialah iqra‟ yang bererti bacalah. Di dunia moden kini,kita

terpaksa mengakui bahawa membaca sudah menjadi satu keperluan. Tanpa kemahiran

membaca,kita tidak akan mampu untuk pergi lebih jauh dan maju dalam kehidupan. John

Everatt dalam bukunya Membaca dan Disleksia ( 2008:1 ) telah mendefinisikan membaca

sebagai pentafsiran perkataan dan pemahaman bahasa. Manakala Yusof Othman dalam

bukunya Mengajar Membaca : Teori dan Aplikasi:Panduan Meningkatkan Kemahiran

( 2004:159 ), telah mendefinisikan membaca sebagai proses mengecam,membuat

interpretasi,membuat persepsi ke atas bahan bercetak atau bertulis. Membaca ialah proses

penguasaan terhadap konsep huruf,penguasaan perbendaharaan kata dan tumpuan ( Mohd

Sharani Ahmad dan Zainal Madon:2003 ). Kebanyakan pakar dalam bidang-bidang

3

Page 4: Kk Proposal Kt (1)

membaca memberikan makna membaca yang agak sama yang membezakannya hanyalah

susunan ayat. Secara ringkasnya,membaca ialah satu proses untuk mentafsirkan lambang-

lambang ke dalam bentuk pemahaman berbahasa. Walaupun makna membaca begitu

mudah diberikan,kita terpaksa menerima hakikat bahawa negara kita mempunyai tahap buta

huruf yang agak tinggi berbanding dengan kemudahan pendidikan yang disediakan oleh

pihak kerajaan.Tidak ada umur tertentu untuk mengajarkan anak-anak membaca namun

ada sesetengah pakar sosiologi tidak menggalakkan belajar membaca pada umur yang

terlalu muda kerana dibimbangi akan menyebabkan proses pembesaran akan terganggu.

Umur yang sesuai untuk diajarkan membaca dalam lingkungan lima hingga enam tahun.

Kesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid menerima

pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal, yang melibatkan peringkat

mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membaca dan seterusnya, peringkat-

peringkat yang lebih tinggi. Kesediaan mental dilihat sebagai potensi seseorang untuk

mengingat apa-apa yang diberitahu dan berkebolehan menyatakan semula maklumat yang

diketahui. Kesediaan emosi dikaitkan dengan minat mereka terhadap bahan-bahan bacaan,

sama ada membelek-beleknya sahaja atau tertarik akan gambar yang dilihat dan berminat

mendengar cerita yang dibacakan. Kesediaan fizikal pula merujuk kepada kemampuan

kanak-kanak menggunakan alat-alat sebutan untuk menghasilkan bunyi-bunyi yang

diajarkan, keupayaan mata mengecam bentuk, saiz, perbezaan atau persamaan bentuk dan

keupayaan pendengaran untuk mengecam pelbagai bunyi seperti alat-alat muzik, haiwan,

kenderaan, suara (mekanis, semula jadi dan buatan).

Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat

penting. Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan

kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat

buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah

dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot

tubuh mereka.Oleh yang demikian, kaedah bacaan Bahasa Melayu di peringkat awal

(Darjah 1 atau 2), harus perlu digubal dengan cara yang lebih sesuai, mudah dan berkesan

untuk mencari penyelesaian masalah tidak menguasai kemahiran ini.Terdapat pelbagai

kaedah mengajar membaca yang pernah digunakan oleh guru-guru kita – ‘kaedah abjad’ ,

‘kaedah fonik’, ‘kaedah pandang dan sebut’, ‘kaedah eklektik’ dan sebagainya.

4

Page 5: Kk Proposal Kt (1)

Bahan-bahan untuk murid berlatih membaca sendiri adalah penting, ini kerana jika

murid-murid tidak mempunyai bahan-bahan atau buku yang boleh mereka membaca di

masa lapang atau di rumah, pembinaan kemahiran membaca akan terencat. Ini terutamanya

akan berlaku di kalangan murid-murid di luar bandar atau daripada keluarga miskin di mana

bahan-bahan bacaan di rumah sangat kekurangan. Agak munasabah kenyataan bahawa

murid-murid akan menambah kecekapan membaca dengan terus diberi kemudahan untuk

mereka membaca. Dalam rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah , kejayaannya dari

segi matlamat supaya semua murid dapat membaca, menulis dan mengira bergantung

besar atas faktor adanya bahan-bahan dan buku-buku yang sesuai, beragam dan

mencukupi untuk murid-murid membaca. Bahan-bahan itu haruslah menarik dan berisi

berbagai ‘ilmu pengetahuan’, mesej moral, dan sebagainya.

Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca

dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca

yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil

semasa membaca, tidak dapat membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat

menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui

makna atau gagal membunyikannya. Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak-

rangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan

bacaan tersebut.

Menurut Charles Hulme,Pensyarah dari Department of Psychology, University of York,

Heslington,(2011) membaca adalah kemahiran yang datang daripada pengalaman dan perlu sentiasa

dipertingkatkan melalui pelbagai jenis bahan bacaan. Kecekapan membaca melibatkan banyak

kemahiran yang perlu dipupuk di dalam kelas dan memerlukan idea baru.

Menurut kajian Dr Alice Sullivan and Matt Brown(2013) dari Institute of

Education,UK menyatakan bahawa memupuk keseronokan membaca adalah sangat

penting untuk perkembangan kognitif kanak-kanak. Para guru dan Ibu bapa adalah model

yang terbaik untuk memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak. Kemampuan ibu

bapa menyediakan bahan bacaan di rumah menyumbang ke arah keseronokkan membaca

kanak-kanak.

Menurut Westwood (2001), lebih kurang 16% kanak-kanak Australia menghadapi

masalah dalam membaca. Selain itu, 40% kanak-kanak yang berumur sembilan tahun di

Amerika Syarikat berada di bawah purata tahap kebolehan membaca (U.S. Department of

Education, 1998). Seramai lapan hingga 12% kanak-kanak prasekolah dan 12% kanak-

kanak tahun Satu menghadapi masalah penguasaan bahasa iaitu lemah dalam kemahiran

5

Page 6: Kk Proposal Kt (1)

mendengar dan membaca di Amerika Syarikat dan Kanada (Jamieson, 2007).Elisabeth

(2005), keberhasilan pembelajaran bahasa sangat dipengaruhi oleh kemampuan seorang

guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan

menyenangkan kanak-kanak. Alat bantuan yang digunakan mestilah menarik dan bermakna

buat kanak-kanak.

Lou E. Burmeister(1978) seorang pakar pendidikan bahasa Universiti Texas di El

Paso,dalam Improving Speed Of Comprehension in Reading menghuraikan tentang aspek

mekanis bacaan dengan mengaitkannya dengan meneliti pergerakan mata.semasa

membaca mata seseorang itu haruslah berhenti,bergerak,berhenti lagi, bergerak lagi dan

seterusnya.jika mata itu bergerak dengan lembut maka dapat dipastikan bahawa dia tidak

membaca. Pancaindera juga menyumabng ke arah kemampuan kanak-kanak menguasai

kemahiran membaca.

Kesimpulannya , dalam meningkatkan kemahiran membaca di kalangan kanak-

kanak perkara yang paling penting ialah kemampuan guru menyampaiakan pengajaran

yang berkesan di dalam kelas. Semasa menjalankan pengajaran guru perlu mencari idea-

idea baru untuk digunakan bagi menarik minat kanak-kanak terhadap ilmu yang hendak

disampaikan . Penggunaan alat bantuan mengajar yang menarik boleh menjadikan kanak-

kanak teruja untuk belajar.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Objektif umum kajian adalah unruk membantu murid-murid meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka (KV) dan tertutup (KVK)

3.2 Objektif Khusus

Terdapat dua objektif khusus kajian tindakan ini,iaitu

i Membantu guru meningkatkan kemahiran mengajar membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (KV ) dan suku kata tertutup ( KVK)

ii Membantu murid meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV + KVK dengan menggunaakan Kad Pop Up.

3.3 Soalan kajian

Kajian saya ini adalah untuk menjawab soalan kajian seperti berikut :

1. Bagaimanakah kad pop up dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan

yang mengandungi suku kata terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK).

6

Page 7: Kk Proposal Kt (1)

4.0 - KUMPULAN SASARAN

Saya menjalankan Kajian di Sekolah Kebangsaan Lukut,71010 Port Dickson Negeri

Sembilan.Subjek kajian saya merupakan murid-murid Tahun 1 Mars . Saya mengambil

keputusan untuk mengadakan kajian ke atas semua murid berkenaan supaya mereka

mendapat faedah dan manfaat secara tidak langsung kerana penggunaan Kad Pop Up

dapat membantu menarik minat murid untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan

yang mengandungi suku kata terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK).Jumlah murid yang

akan menjadi subjek kajian saya adalah seramai 20 orang. Subjek kajian saya terdiri

daripada 14 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Subjek kajian ini telah dikenalpasti

melalui sesi pengaran yang telah saya laksanakan. Berikut merupakan jadual carta palang

yang menunjukkan peratusan subjek kajian yang telah dipilih oleh saya mengikut jantina .

subjek kajian terdiri daripada 14 orang murid lelaki iaitu sebanyak 70% dan 6 orang

perempuan mewakili 30%.

Item Murid Peratusan ( % )

Lelaki 14 70

Perempuan 6 30

Jumlah 20 100

Rajah 1 : Pecahan Subjek Mengikut Jantina

lelaki perempuan0

10

20

30

40

50

60

70

80

Peratusan Subjek Kajian

Rajah 2: Peratusan Subjek Kajian

7

Page 8: Kk Proposal Kt (1)

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Dalam menjalankan kajian tindakan ini saya telah memilih Model Stephen Kemmis.

Model ini dibangunkan oleh Prof. Stephen yang bertugas sebagai Dekan School Of

Education,Deakin University,Australia pada tahun 1988. Stephen Kemmis menyarankan

empat langkah kajian tindakan yang berdasarkan kepada beberapa siri gelungan iaitu

merancang,bertindak,memerhati dan merefleksi.

Rajah 3 : Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis

Fasa pertama dalam Modul Stephen Kemmis ialah merancang. Pertama sekali saya telah

membuat tinjauan masalah dengan mengedarkan borang soal selidk kepada guru mata

pelajaran teras dan guru bukan mata pelajaran bukan teras serta ibu bapa dan penjaga.

Borang soal selidik diedarkan kepada guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu

kelas Tahun 1 Mars dan meninjau masalah pembelajaran murid Tahun 1 Mars yang tidak

dapat menguasai kemahiran mengeja dan membunyikan perkataan yang mengandungi

suku kata terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK). Borang soal selidik juga di berikan

kepada guru mata pelajaran bukan teras untuk mengetahui sikap dan tingkahlaku pelajar

sewaktu berada di dalam kelas. Seterusnya saya menjalankan ujian bacaan kepada subjek

kajian saya menggunakan instrumen ujian yang telah disediakan. Ujian ini perlu dijalankan

untuk mengetahui tahap prestasi subjek kajian. Tahap prestasi subjek kajian amat perlu

8

Model Stephen Kemmis

Merancang

Bertindak

Memerhati

Merefleksi

Page 9: Kk Proposal Kt (1)

untuk mengetahui kelemahan-kelemahan yang akan kita atasi semasa tindakan di jalankan

nanti.

Berdasarkan kepada tinjauan masalah yang dijalankan saya akan merumuskan

perkara-perkara yang perlu diberi perhatian serius , antaranya ialah memastikan murid-

murid yang bermasalah ini mendapat sokongan dan motivasi daripada guru-guru dan para

ibu bapa . Memastikan subjek kajian yang bermasalah ini dapat menguasai kemahiran

mengecam dan mengenal huruf-huruf vokal dan konsonan dengan baik. Seterusnya

mereka dapat menguasai kemahiran mengeja dan membunyikan suku kata terbuka (KV )

dan suku kata tertutup (KVK) dan dapat mengeja perkataan yang mengandungi suku kata

(KV + KVK). Saya juga akan memastikan subjek kajian berminat untuk membaca perkataan

KV +KVK dengan bantuan alat bantuan mengajar yang menarik seperti kad pop up yang

akan saya gunakan.

Fasa kedua dalam Model Stephen Kemmis ialah menjalankan tindakan. Dalam

melaksanakan tindakan yang dicadangkan saya akan menjalankan sesi pengajaran dan

pembelajaran terhadap subjek tindakan yang menghadapi bermasalah mengenal suku kata

terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK). Subjek tindakan akan diberi latih tubi menyebut

dan membunyikan suku kata terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK) menggunakan Kad

Pop Up yang berwarna warni dan menarik minat mereka.. Aktiviti latih tubi akan dijalankan

bagi memastikan murid-murid diberi pengukuhan dan tidak mudah lupa tentang perkara-

perkara yang baru dipelajari. Kad Pop Up yang digunakan mengandungi suku kata terbuka

(KV ) dan suku kata tertutup (KVK) yang diwarnakan dengan warna yang berbeza. Kad-kad

pop up ini juga mengandungi gambar-gambar yang berkaitan dengan perkataan KV+KVK.

Kad-Kad Pop up mestilah disediakan dengan cantik dan menarik supaya ia memotivasikan

murid untuk menggunakannya. Sesuatu yang menarik minat budak akan memotivasikan

mereka.

Fasa ketiga pula ialah memerhati. Dalam fasa ini, saya akan membuat pemerhatian

semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru akan membuat pemerhatian

sama ada penggunaan kad Pop Up yang berwarna-warni itu dapat menarik minat subjek

tindakan serta meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran membaca perkataan

yang mengandungi suku kata terbuka ( KV ) dan suku kata tertutup (KVK ) di kalangan

subjek kajian. Saya juga akan membuat pemerhatian sama ada penggunaan kad pop up ini

digunakan semaksimum mungkin dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya juga akan

mencari kekuatan dan kelemahan dalam penggunaan kad pop up ini untuk meningkatkan

peguasaan kemahiran membaca di kalangan subjek kajian.

9

Page 10: Kk Proposal Kt (1)

Fasa ke empat mengikut Model Stephen Kemmis adalah Merefleksi. Saya akan

membuat refleksi berdasarkan bukti yang dikumpul.Sekiranya penggunaan kad pop up ini

tidak memberi kesan yang memberangsangkan dalam meningkatkan kemahiran membaca

perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK) maka

saya perlu membuat penambahbaikan atau perancangan yang baru untuk gelung kedua

mengikut Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis bagi meningkatkan penguasaan

kemahiran membaca subjek kajian.

6.0 PERANCANGAN DAN CARA PENGUMPULAN DATA

Menurut Kairuddin Mohamad,Ibrahim Yusuf dan Zaridah Ramli dalam buku

Penyelidikan Dalam Pendidikan Bahasa Melayu (2014),Pegumpulan data merupakan

langkah untuk menghimpun semua maklumat yang diperolehi dalam kajian dan fungsinya

paling penting dalam menentukan jenis tindakan yang perlu diambil guru sebelum

menjalankan kajian. Dalam pengumpulan data bagi kajian ini saya telah menggunakan

kaedah triangulasi di mana menggunakan lebih daripada satu instrumen kajian. Ini selaras

dengan pendapat Mohd. Majid Konting (2000) yang berpendapat bahawa cara mengumpul

maklumat perlulah dipilih dengan teliti dan terbaik bagi mencapai sesuatu objektif

penyelidikan yang telah dinyatakan.

Tiga jenis instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik, ujian lisan dan

pemerhatian menggunakan rekod anekdot. Soal selidik ditujukan kepada kalangan guru

yang mengajar mata pelajaran teras dan guru yang mengajar bukan mata pelajaran teras

dan penjaga. Data kajian dikutip dengan menggunakan borang soal selidik yang disediakan.

Borang soal selidik juga digunakan untuk memperolehi maklumat daripada subjek kajian

bagi meninjau sejauhmanakah minat dan pengetahuan mereka terhadap pengajaran dan

pembelajarn guru di dalam kelas .Pemerhatian menggunakan rekod anekdot adalah

bertujuan untuk pengesanan pencapaian asas bacaan subjek kajian dan bertindak sebagai

instrumen untuk meninjau pencapaian pelajar sebelum dan selepas kajian. Tujuan Rekod

anekdot adalah dilaksanakan dalam kajian adalah untuk mengetahui tahap pembangunan

literasi subjek tindakan.Rekod anekdot adalah satu catatan lengkap tentang sesuatu

peristiwa atau perubahan tingkahlaku yang diperhatikan kepada kanak kanak.

10

Page 11: Kk Proposal Kt (1)

Rekod Anekdot

Nama Murid :_____________________________________________________________

Tarikh :__________________________________________________________________

Masa :___________________________________________________________________

Catatan Pemerhatian :_______________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Ulasan / Refleksi :___________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Rajah 4 : Catatan asas dalam Rekod anekdot

Pemerhatian dilakukan bertujuan untuk memerhati tingkah laku murid semasa

pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Menurut Mohammad Najib (1999),kaedah

pemerhatian merupakan kaedah yang paling anjal kerana seseorang boleh menjalankan

kajian tanpa sebarang soalan dan “kayu pengukur”. Merriam (2002) menyatakan bahawa

pemerhatian adalah cara terbaik untuk tujuan pengumpulan data asal “first hand encounter”

tentang perkara yang hendak dikaji. Bagi tujuan pemerhatian tingkah laku murid-murid

instrumen yang akan digunakan ialah senarai semak. Senarai semak mengandungi senarai

item atau aktiviti-aktiviti yang telah ditentukan untuk difokuskan dalam sesuatu

pemerhatian.Borang senarai semak akan disediakan terlebih dahulu sebelum sesuatu

pemerhatian dijalankan. Dalam pegumpulan data kajian , saya akan menggunakan

pemerhatian berstruktur. Pemerhatian ini adalah berkaitan dengan pemerhatian tingkah laku

subjek kajian sama ada memberi tumpuan atau tidak semasa guru melaksanakan

pengajaran. Pemerhatian ini amat perlu bagi saya kerana ia dapat memberi petujuk sama

ada penggunaan Kad pop up dalam sesi pengajaran menarik minak subjek tindakan atau

tidak. Petunjuk ini akan menjadi kayu ukur meningkat atau tidaknya kemahiran membaca

perkataan KV+KVK di kalangan subjek tindakan saya.

11

Page 12: Kk Proposal Kt (1)

Senarai Pemerhatian

Bil Nama Murid 1 2 3 4 5 %

1 Amirul /// // /

2 Salina / //

3 Zakaria // // //

4 Mohammad / /

5 Rozila / / / /

Pemerhatian berdasarkan aspek tingklahlaku dan sikap murid sewaktu sesi Pengajaran dan

Pembelajaran

1. Berbual- bual dengan rakan

2. Termenung jauh

3. Menganggu murid lain

4. Menconteng-conteng kertas

5. Berjalan-jalan di tempat duduk kawan

Rajah 5 : Contoh Senarai Pemerhatian Berstruktur

12

Page 13: Kk Proposal Kt (1)

7.0 PERANCANGAN CARA ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

David Lim et al. (2009) berpendapat bahawa dalam analisis kandungan,penyelidik

akan menilai sesuatu sesuatu dokumen atau transkripsi dan kemudiannya membuat

inferens atau kesimpulan berdasarkan kepada isi kandungan yang diperoleh pada dokumen

berkenaan. Menurut Mok Soon Sang pula,analisis kandungan adalah sebagai suatu teknik

yang membolehkan penyelidik menilai tingkah laku manusia secara tidak langsung melalui

analisisi komunikasi mereka. Tujuan analisis adalah untuk mendapat maklumat deskriptif

mengenai sesuatu topik,menformulasi idea utama yang membantu untuk menyusun makna

kepada sejumlah besar maklumat deskriptif,mendapat maklumat yang berguna dalam kajian

dan menguji hipotesis kajian.Data yang dikutip mesti diubah menjadi teks.Contohnya

temubual dengan murid-murid berkenaan minat mereka dalam pengajaran dan

pembelajaran perlu ditranskripsikan dalam bentuk teks.

Dalam perancangan cara menganalisi data dan interpretasi saya perlu merujuk

kepada kehendak soalan kajian terlebih dahulu.Menurut Khairuddin Mohamad et. Al

(2014),cara terbaik memilih instrument kajian ialah dengan meneliti kehendak soalan kajian

terlebih dahulu. Dalam Kajian tindakan saya ini soalan kajian adalah “Bagaimanakah kad

pop up dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kata

terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK)”

Oleh kerana saya menggunakan kata kerja “bagaimana” untuk soalan kajian saya ini

maka saya akan memilih untuk menggunakan pemerhatian dan senarai semak sebagai

instrument utama kajian saya ini. Pemilihan pemerhatian dan senarai semak ini dibuat

kerana saya berasa yakin bahawa instrument ini boleh membantu saya melihat proses

menggunakan Kad Pop Up untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan suku kata

terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK) disamping dapat membantu saya memperoleh

data yang diperlukan.

Justeru itu, saya kan menyediakan satu set Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

yang lengkap,persediaan untuk membuat rakaman menggunakan audio visual dan lima set

senarai semak untuk digunakan semasa pemerhatian set induksi,Langkah 1,Langkah

2,Langkah 3, Penilaian dan Penutup.Setiap set senarai semak pula mengandungi antara

lima hingga sepuluh item jenis “ya”- “tidak”. Data yang diperolehi kemudiannya akan

diproses secara manual dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan laporan dalam

bentuk naratif

13

Page 14: Kk Proposal Kt (1)

Dalam membuat analisis dan interpretasi, apa yang akan saya jalankan ialah

membuat rakaman video sesi pengajaran dan pembelajaran selama satu jam menggunakan

Kad Pop Up bagi mengatasi masaalah membaca perkataan yang mengandungi suku kata

terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK). Rakaman video ini akan digunakan sebagai

salah satu intrumen pemerhatian saya bagi mengesan kebaikan dan kelemahan yang

berlaku sepanjang sesi pengajaran.Pengunaan senarai semak bagi setiap langkah

pengajaran akan menghasilkan data yang berguna untuk mengesan berjaya atau tidaknya

penggunaan kad Pop up yang digunakan bagi meningkatkan kemahiran membaca suku

kata terbuka (KV) dan suku kata tertutup(KVK) untuk subjek kajian saya.Perancangan cara

menganalisi data dan interpretasi kajian saya di jelaskan pada carta alir berikut.

Soalan Kajian Instrumen Kajian

Bagaimana?

Proses Pemerhatian

RPH

Rakaman Video

Item soalan Senarai Semak Setiap Langkah

Pengajaran

Data Baharu

Laporan Kajian

Rajah 6 : Carta Aliran Cara Analisi data dan Interpretasi

14

Page 15: Kk Proposal Kt (1)

8.0 PERANCANGAN PERLAKSANAAN TINDAKAN

8.1 CARTA GANTT

Jadual kerja sangat penting kepada saya semasa membuat kajian tindakan kerana jadual ini akan memberi panduan untuk membimbing hala tuju kajian yang akan saya jalankan. Jadual kerja ini boleh dibuat dalam bentuk carta gantt yang akan memperlihatkan perjalanan kajian ini secara jelas.

Bil Perkara2014 2015

Jun Jul Ogo Jan Feb Mac Apr

1 Taklimat Pentadbiran penyeliaan proposal kajian

2 Perjumpaan penyelia dengan pelajar

3 Membuat pembacaan dan kenal pasti bidang kajian

4 Kenal pasti objektif dan soalan kajian

5 Menulis pendahuluan

6 Fokus kajian

7 Objektif kajian/Soalan kajian

8 Kumpulan sasaran

9 Perancangan tindakan

10 Perancangan cara pengumpulan data

11 Perancangan cara analisis data

12 Perancangan perlaksanaan tindakan

13 Pemantauan proposal

14 Melaksanakan tindakan

15 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan

16 Refleksi kajian

17 Menulis laporan kajian

18 Pembentangan dapatan kajian

15

Page 16: Kk Proposal Kt (1)

8.2 ANGGARAN KOS KAJIAN

Dalam melaksanakan kajian tindakan ini kos yang dibakal digunakan adalah seperti berikut:

Bil Bahan Kos seunit Jumlah kos

1 Kertas A4 RM8.00 X 2 Rim RM 16.00

2 Kertas Warna RM8.00 X 3 Rim RM 24.00

3 Manila kad Rm 1.00 X 5 Kpg RM 5.00

4 Fotostat RM 15.00

5 Dakwat pencetak RM10.00 X4 botol RM 40.00

6 Alat tulis RM 15.00

7 Bainding tape RM 5.00 X 2 Gulung RM 10.00

8 Menjilid proposal kajian RM 3.00 X 2 buah RM 6.00

Jumlah RM 131.00

16

Page 17: Kk Proposal Kt (1)

17