format penulisan proposal pt 1

46
1.0 PENDAHULUAN Pada bahagian ini, pengkaji akan membincangakan pengenalan yang merangkumi latar belakang kajian. Selain itu, bahagian ini membincangkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Refleksi nilai pendidikan juga dibincangkan dalam bab ini. 1.1 Pengenalan Kegunaan Matematik adalah satu perkara yang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian. Matlamat pendidikan Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan krtitis, penyelesaian masalah dan kebolehan mneggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). Bagi mencapai matlamat ini, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu dipertingkatkan lagi. Matematik dijadikan salah satu mata pelajaran teras di dalam sukatan kurikulum Pendidikan Khas. Pembelajaran Matematik ini bertujuan untuk membina pemahaman subjek tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian (Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Bermasalah

Upload: marankrapu

Post on 14-Nov-2015

64 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

Pada bahagian ini, pengkaji akan membincangakan pengenalan yang merangkumi latar belakang kajian. Selain itu, bahagian ini membincangkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Refleksi nilai pendidikan juga dibincangkan dalam bab ini.

1.1 Pengenalan

Kegunaan Matematik adalah satu perkara yang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian. Matlamat pendidikan Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan krtitis, penyelesaian masalah dan kebolehan mneggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). Bagi mencapai matlamat ini, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu dipertingkatkan lagi.Matematik dijadikan salah satu mata pelajaran teras di dalam sukatan kurikulum Pendidikan Khas. Pembelajaran Matematik ini bertujuan untuk membina pemahaman subjek tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian (Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, 2013). Matlamat-matlamat ini akan tercapai dengan cemerlang sekiranya guru mewujudkan etika yang komited dalam mengimplementasikan kurikulum Matematik secara berkualiti.

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Pengkaji adalah seorang guru Pendidikan Khas yang mengajar mata pelajaran Matematik di Sekolah Kebangsaan A, Daerah Temerloh, Pahang. Kelas pengkaji mengajar ini mempunyai 5 orang subjek yang terdiri daripada subjek slow learner.Dalam sesi pengajaran, pengkaji mendapati subjek mempunyai masalah dalam operasi tambah dengan mengumpul semula. Pengkaji telah menjalani ujian operasi tambah dua digit dengan satu digit dengan mengumpul semula bagi mengesan masalah yang dihadapi. Hasil ujian tersebut, pengkaji telah mendapati terdapat tiga orang subjek menghadapi masalah untuk menambah dua digit dengan satu digit dengan mengumpul semula. Sepanjang pemerhatian pengkaji, subjek-subjek ini tidak faham konsep mengumpul semula dalam operasi tambah. Semasa mengira mereka teragak-agak sama ada soalan latihan yang diberikan memerlukan pengiraan mengumpul semula atau tanpa mengumpul semula. Hal ini boleh menyebabkan jawapan yang diberikan adalah salah. Kesalahan sebegini amat membimbangkan pengkaji kerana operasi tambah ini amat penting sebelum belajar ke operasi seterusnya. Oleh sebab itu, terhasilnya intervensi teknik stick box ini bagi membantu subjek-subjek pengkaji mengatasi masalah mereka dalam menguasai kemahiran ini.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu sesuai dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia (Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, 2013). Oleh itu, murid perlu dibimbing untuk menguasai kemahiran asas matematik dan penaakulan serta cara-cara berfikir agar dapat disesuaikan dalam kehidupan seharian.Menurut Noraini Idris (2005), dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Matematik telah dikenal pasti mengandungi kekuatan dan kekurangan serta halangan dalam proses pengajaran yang dijalankan dalam sesuatu bilik darjah. Kadangkala kaedah pengajaran yang digunakan menyebabkan proses pembelajaran menjadi lembab dan pasif serta bertumpu kepada guru semata-mata. Memandangkan sekolah merupakan medan ilmu untuk pelajar menimba ilmu pengetahuan maka wajarlah bagi guru menyediakan satu situasi pengajaran dan pembelajaran yang cukup berkesan. Salah satu perkara yang perlu ditekankan oleh para guru, terutamanya di bidang matematik ialah apakah cara yang sesuai untuk menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran masing-masing.

2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPERIHATINAN

2.1 Fokus kajian

Dalam kajian ini, pengkaji seorang guru Pendidikan Khas yang menjalankan kajian tindakan ke atas subjek Pendidikan Khas. Kajian ini dijalankan bertujuan mencari kaedah dan teknik pengajaran yang tepat dan sesuai bagi meningkatkan kemahiran subjek dalam operasi tambah dua dengan dua digit dengan mengumpul semula dalam mata pelajaran Matematik. (Chong Lean Keow, 2008) menyatakan bahawa hasil pengajaran yang paling penting sekali ialah meningkatkan kebolehan subjek untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan hasil perolehan pengetahuan, kemahiran, serta penguasaan proses pembelajaran.

2.1.1 Tinjauan masalah

Sebelum intervensi dijalankan, pengkaji telah membuat tinjauan masalah terhadap masalah yang dikenal pasti. Tinjauan ini bertujuan memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada pengkaji terhadap masalah tersebut. Pengkaji telah meninjau masalah menggunakan alat kajian iaitu pemerhatian, temu bual dan ujian.

i. Pemerhatian

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian secara berstruktur di mana pengkaji telah menyediakan senarai semak untuk ditadbir kepada subjek. Pengkaji telah menyediakan senarai semak semasa tinjauan awal kajian. Pada tinjauan awal ini, pengkaji telah membuat pemerhatian iaitu untuk memilih subjek yang bermasalah dalam mata pelajaran Matematik untuk dijadikan subjek. Pengkaji telah menyediakan satu senarai semak berdasarkan sukatan pelajaran Matematik Pendidikan Khas bagi memudahkan pemerhatian.

ii. Temu bual

Pengkaji telah menjalankan temu bual bersama subjek. Pemilihan kaedah temu bual adalah kerana masalah yang dihadapi oleh subjek akan menjadi lebih jelas di mata pengkaji. Hasil daripada temu bual telah dicatat oleh pengkaji dan ternyata subjek tidak memahami pengajaran guru. Terdapat juga sebilangannya tidak meminati pelajaran matematik. Temu bual ini telah mengesahkan lagi masalah yang dihadapi oleh subjek yang dipilih. iii. Ujian

Pengkaji telah menjalankan ujian iaitu ujian sebelum intervensi dilaksanakan. Memandangkan subjek menghadapi masalah dalam operasi tambah dengan mengumpul semula, pengkaji telah membina satu set ujian yang mengandungi kemahiran menambah 2 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula dalam lingkungan 50 tanpa bantuan daripada pengkaji. Selain untuk mengenal pasti kelemahan subjek, ujian ini juga bertujuan untuk melihat sejauh mana pencapaian subjek dalam menjalani ujian sebelum teknik stick box diperkenalkan. Setelah dinilai, pengkaji mendapati subjek lemah dalam operasi tambah dengan mengumpul semula bagi 2 digit dengan 1 digit dalam lingkungan 50. Hal ini kerana penguasaan subjek pada peringkat awal membolehkan subjek menguasai operasi lain seperti tolak, darab dan bahagi dengan baik.

Pemerhatian (Senarai semak)- Sebelum intervensi

Temu bual (soalan temu bual)- Sebelum (subjek)Temu bual- Sebelum intervensiUjian (soalan ujian)- Ujian awalTemu bual- Sebelum intervensi

Rajah 1 : Instrumen Kajian

2.1.2 Analisis masalah

Setelah melaksanakan tinjauan masalah, pengkaji telah melakukan analisis terhadap tiga alat kajian yang digunakan semasa kajian. Alat kajian tersebut ialah pemerhatian, temu bual dan ujian.

i. Pemerhatian

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian secara berstruktur untuk mengenal pasti masalah dan subjek kajian. Senarai semak telah disediakan bagi membantu pengkaji mendapatkan maklumat yang lebih jitu dan memudahkan pengkaji untuk membuat pemerhatian. Setelah membuat pemerhatian ke atas semua subjek di dalam kelas Khas Cerdas, pengkaji telah mendapati terdapat dua orang subjek yang bermasalah dalam menyelesaikan masalah menambah dan sekaligus pengkaji telah menjadikan dua orang subjek ini sebagai subjek kajian.Jadual 1 : Pemerhatian awal subjek-subjek Khas CerdasBilKemahiran yang diujiSubjekASubjek BSubjek CSubjek DSubjek E

1Mengenal nombor dalam lingkungan 21 hingga 50

2Membilang nombor dalam lingkungan 21 hingga 50 secara menaik

3Membilang nombor dalam lingkungan 21 hingga 50 secara menurun

XXX

4Menentukan nilai nombor dalam lingkungan 21 hingga 50

5Menentukan nilai tempat (sa dan puluh) sehingga 50

6Menulis nombor dalam lingkungan 21 hingga 50

7Menggunakan nombor lingkungan 21 hingga 50 dalam kehidupan seharian

8Menulis ayat matematik bagi operasi tambah

9Menambah nombor 2 digit dengan 1 digit tanpa mengumpul semula

10Menambah nombor 2 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula

XXX

11Menambah nombor 2 digit dengan 2 digit tanpa mengumpul semula

XXX

12Menambah nombor 2 digit dengan 2 digit dengan mengumpul semulaXXX

Berdasarkan jadual 1, terdapat tiga orang subjek yang bermasalah dalam Matematik di mana mereka tidak dapat menambah nombor 2 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula, menambah nombor 2 digit dengan 2 digit tanpa mengumpul semula dan menambah nombor 2 digit dengan 2 digit dengan mengumpul semula dalam lingkungan 50.

Jadual 2 : Keputusan pemerhatian awal ke atas Subjek A, Subjek B dan Subjek C

BilKemahiran yang diujiSubjek ASubjek BSubjek CAnalisis

1Mengenal nombor dalam lingkungan 21 hingga 50

Ketiga-tiga subjek mengenal nombor dalam lingkungan 21 hingga 50.

2Membilang nombor dalam lingkungan 21 hingga 50 secara menaik

Ketiga-tiga subjek boleh membilang nombor dalam lingkungan 21 hingga 50 secara menaik dengan betul.

3Membilang nombor dalam lingkungan 21 hingga 50 secara menurun

X X XKetiga-tiga subjek tidak boleh membilang nombor dalam lingkungan 21 hingga 50 secara menurun dengan betul.

4Menentukan nilai tempat (sa dan puluh) 21 hingga 50

Ketiga-tiga subjek dapat menentukan nilai tempat (sa dan puluh) 21 hingga 50 dengan betul.

5Menulis nombor dalam lingkungan 21 hingga 50

Ketiga-tiga subjek dapat menulis nombor dalam lingkungan 21 hingga 50 dengan betul.

6Menulis ayat matematik bagi operasi tambah

Ketiga-tiga subjek dapat menulis ayat matematik bagi operasi tambah dengan betul.

7Menambah nombor 2 digit dengan 1 digit tanpa mengumpul semula

Ketiga-tiga subjek berjaya menguasai kemahiran ini.

8Menambah nombor 2 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula

X X XKetiga-tiga subjek tidak berjaya menguasai kemahiran ini.

9Menambah nombor 2 digit dengan 2 digit tanpa mengumpul semula

X X XKetiga-tiga subjek tidak berjaya menguasai kemahiran ini.

10Menambah nombor 2 digit dengan 2 digit dengan mengumpul semula X X XKetiga-tiga subjek tidak berjaya menguasai kemahiran ini.

Berdasarkan kepada keputusan yang diperoleh dalam jadual 2, pengkaji mendapati subjek A, B dan C berjaya menguasai nombor 21 hingga 50 di mana mereka dapat mengenal nombor, membilang nombor secara menaik, menentukan nilai tempat dan menulis nombor. Namun, pengkaji mendapati subjek gagal membilang nombor secara tertib menurun.Dalam kemahiran lain iaitu menulis ayat matematik bagi operasi tambah dan menambah 2 digit dengan 1 digit tanpa mengumpul semula dapat dikuasai oleh subjek A, B dan C. Pengkaji juga mendapati subjek menghadapi masalah untuk menyelesaikan operasi tambah 2 digit dengan 1 digit dan 2 digit dengan 2 digit dengan mengumpul semula. Subjek juga menghadapi masalah dalam menambah 2 digit dengan 2 digit tanpa mengumpul semula. Melihat kepada situasi ini, pengkaji berpendapat subjek menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran menambah dengan mengumpul semula.

Rajah 2 : Perbezaan penguasaan kemahiran antara Subjek A, Subjek B dan Subjek C

Jika dilihat berdasarkan rajah 1, pengkaji mendapati subjek mempunyai pencapaian yang sama. Ketiga-tiga subjek tidak berjaya menguasai kemahiran operasi tambah dengan baik. Berdasarkan tinjauan awal ini, pengkaji telah menyediakan lembaran sebagai ujian awal yang mengandungi pelbagai soalan operasi tambah yang terdiri daripada lingkungan 50.ii. Temu bual

Alat kajian kedua yang digunakan oleh pengkaji untuk mengenal pasti masalah subjek ialah temu bual. Temu bual ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat tentang subjek di sekolah. Ternyata, temu bual dengan subjekmsangat membantu pengkaji dalam usaha mendapatkan maklumat berkaitan subjek yang telah dipilih. Berikut adalah hasil dapatan daripada temu bual yang telah dijalankan.

Jadual 3 : Analisis temubual dengan Subjek A, Subjek B dan Subjek C

BilPerkaraSubjek ASubjek BSubjek CRefleksi pengkaji

1Apakah pekerjaan ibu bapa / penjaga kamu?

Tukang kebunPenerokaJagaSubjek A, B dan C berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah

2Kamu suka mata pelajaran matematik?

Tidak Tidak YaSubjek A dan B tidak minat mata pelajaran matematik

3Adakah kamu seronok apabila belajar matematik?

TidakTidakYaSubjek A dan B bosan belajar matematik kerana aktiviti pembelajaran guru yang membosankan dan kurang menarik minat murid untuk belajar.

4Kamu faham apabila guru mengajar matematik?

TidakTidakTidakSemua subjek sukar memahami apa yang diajar oleh guru kerana penerangan guru secara chalk and talk sukar difahami oleh murid.

5Adakah kamu pergi tuisyen matematik di luar?

TidakTidakTidakBerkemungkinan subjek tidak mampu untuk pergi ke kelas tuisyen

i. Ujian

Pengkaji telah menjalankan ujian sebelum intervensi dilaksanakan. Setelah pengkaji mengenal pasti kelemahan subjek adalah dalam kemahiran operasi tambah dengan mengumpul semula, satu ujian awal yang mengandungi kemahiran operasi tambah 2 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula dalam lingkungan 50 dilaksanakan. Memandangkan subjek lemah dalam kedua-dua bahagian, pengkaji memutuskan untuk melaksanakan intervensi bagi membantu subjek untuk kemahiran menambah 2 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula. Hasilnya ujian adalah seperti di berikut:

Jadual 4 : Hasil ujian Subjek A, Subjek B dan Subjek CBilSoalanSubjek ASubjek BSubjek C

BetulSalahBetulSalahBetulSalah

1Soalan 1

2Soalan 2

3Soalan 3

4Soalan 4

5Soalan 5

6Soalan 6

7Soalan 7

8Soalan 8

9Soalan 9

Jadual 5 : Markah Subjek A, Subjek B dan Subjek C

SubjekMarkahPeratusan (%)

Subjek A2/922%

Subjek B0/90%

Subjek C3/933%

Berdasarkan hasil ujian, subjek A berjaya menjawab 2 daripada 9 soalan manakala subjek B tidak berjaya langsung menjawab soalan yang diberikan. Bagi subjek C pula berjaya menjawab 3 daripada 9. Markah yang diperoleh menunjukkan bahawa kedua-dua subjek ternyata sangat lemah dalam menyelesaikan kemahiran operasi tambah 2 digit dengan 1 digit dalam lingkungan 50.

3.0 SOROTAN LITERATUR

Atan Long (1982) dalam Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992) dalam Hudayanna Asyikin Sarudin, Ani Salwiah Zakaria (2013) menyatakan bahan bantu belajar (BBB) terdiri daripada pelbagai bahan dan disampaikan dengan pelbagai cara, contohnya bentuk buku, carta atau dipancarkan dalam slaid. Menurut Kamaruddin Hj Hussin (1989) dalam Hudayanna Asyikin Sarudin, Ani Salwiah Zakaria (2013) pula, tugas pengajar adalah untuk menyampaikan maklumat atau fakta kepada murid. Tujuan BBM pula adalah untuk mempengaruhi dan menghiburkan dan beliau merumuskan bahawa bahan bantu ini mempunyai kepentingannya seperti memberi rangsangan dan minat subjek, menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan dan corak pemikiran dan menjadikan pembelajaran subjek lebih mendalam dan beragam.Menurut Porter, et al. (1997) dalam Jamila K.A Mohamed (2005) menyatakan pendidikan sensori dan persepsi penting bagi membentuk fungsi sensori dengan efektif. Walaupun majoriti sekolah khas memperkatakan tentang pentingnya menyediakan kurikulum sensori kepada murid mereka tetapi dari segi pelaksanaan masih belum terbukti dengan memuaskannya daripada perspektif fungsional, isyarat-isyarat sensori penting bagi membolehkan murid khas diberi pendedahan tentang konsep baru.Pengamatan sangat penting dalam proses kognitif. Daya pengamatan yang lemah menyebabkan murid tidak dapat mengecam nombor dengan baik seterusnya tidak dapat menguasai pelajaran tersebut. Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat (2007) pengamatan diertikan sebagai penelitian. Janet (1971) dalam bukunya Children With Learning Disabilitis mendefinisikan pengamatan sebagai satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera atau mekanisma yang mentafsirkan pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek. Dengan itu, pengkaji berpendapat dengan menggunakan aktiviti yang cenderung kepada minat dapat membantu subjek meningkatkan daya pengamatan terutamanya dari aspek pengamatan penglihatan. Pengkaji melihat ianya adalah satu usaha yang dapat meningkatkan kemahiran subjek bukan hanya dalam operasi tambah tetapi juga dalam apa-apa perkara yang dilakukan, bukan hanya tertumpu pada mata pelajaran sahaja.Selain itu, menurut Dustin B. Mancl et al., (2012) dalam artikel Siti Nur Alifah binti Mohmad Nasir dan Mas Norbany binti Abu Samah pula, dalam kajian mereka menyatakan bahawa kebanyakkan murid yang lemah sering menghadapi kesukaran untuk memahami mata pelajaran matematik. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, murid yang lemah sering mempunyai pemahaman yang terhad berkaitan operasi tambah dan tolak, kemahiran untuk mengira serta menyelesaikan masalah matematik yang dipelajari. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran tersebut kemudiannya akan terus berhadapan dengan masalah ini dan memberi impak ke atas kurikulum yang semakin kompleks seterusnya menyebabkan mereka turut gagal untuk memahami sub-tajuk penolakan bagi topik-topik yang dipelajari.Muhammad Faez Bin Saiffuddin Hong dan Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal, PhD (2014) menyatakan di dalam artikelnya bahawa penggunaan bahan konkrit adalah sangat praktikal bagi membantu murid untuk lebih mengingati apa yang dipelajari terutama jika melibatkan kemahiran mengumpul semula. Pendapat ini telah disokong oleh Berman dan Friederwitzer (1981) bahawa penggunaan blok asas sepuluh sangat bagus dalam membantu murid-murid membuat imaginasi mental semasa pengiraan penambahan secara kumpul semula. Fuson dan Briars (1990) juga turut menyokong keberkesanan penggunaan bahan konkrit dalam menyelesaikan masalah penambahan secara kumpul semula.Menurut Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin dan Sabri Ahmad (2007) menyatakan bahawa bahan maujud atau konkrit atau bahan manipulatif merupakan bahan bantu kepada pelajar dalam usaha untuk memahami sesuatu konsep matematik. Aras ini sangat penting kepada pelajar dan sangat mencabar kreativiti seorang guru dalam menyampaikan sesuatu konsep matematik. Setelah membuat pembacaan, perbincangan dengan guru dan rakan, pengkaji telah menemukan satu kaedah yang sangat mudah, praktikal dan menarik minat subjek. Teknik ini dikenali sebagai stick box. Stick box merupakan satu bahan bantu mengajar yang hendak digunakan oleh pengkaji supaya subjek faham konsep menambah dengan mengumpul semula bagi nombor 2 digit dengan satu digit dalam lingkungan 50.Stick box ini diinovasikan oleh pengkaji sendiri setelah melihat subjek tidak dapat menjawab soalan menambah 2 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula dalam lingkungan 50. Stick bermaksud pembilang yang dibuat daripada chopstick. Pembilang ini digunakan mewakili nombor pada soalan yang diberikan. Manakala box bermaksud kotak yang mempunyai dua nilai tempat iaitu nilai tempat puluh dan sa. Box ini mempunyai sepuluh lubang pada nilai tempat sa dan sepuluh lubang pada nilai tempat puluh. Kemudian lubang ini akan dimasukkan stick mengikut jumlah yang dikehendaki. Maka kemahiran menambah boleh menggunakan stick box ini supaya murid lebih memahami apa yang diajar oleh guru.

SaPuluh10 cm

30 cm

Rajah 3 : Model Stick Box

4.0 OBJEKTIF/SOALAN KAJIAN

4.1 Objektif am

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menambah 2 digit dengan 1 digit dalam lingkungan 50.

4.2 Objektif khusus

Teknik stick box dapat meningkatkan kemahiran menambah 2 digit dengan 1 digit tanpa mengumpul semula dalam lingkungan 50.

4.3 Soalan kajian

Adakah teknik stick box dapat meningkatkan kemahiran menambah 2 digit dengan 1 digit tanpa mengumpul semula dalam lingkungan 50?

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran pengkaji terdiri daripada tiga orang subjek yang mempunyai masalah yang sama iaitu slow learner. Mereka belajar di Kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan A. Subjek yang dipilih dikategorikan berada di tahap yang sederhana di dalam kelas tersebut. Subjek A merupakan seorang subjek perempuan berumur 11 tahun. subjek ini berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana. Mempunyai 2 orang adik beradik dan merupakan anak pertama. Masalah yang dihadapi oleh subjek ini ialah slow leaner. Namun subjek A sudah boleh mengenal, menulis dan menyebut nombor dalam lingkungan 50. Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan subjek ini faham namun apabila latihan diberikan subjek ini telah lupa apa yang telah dipelajari semasa menjawab soalan. Latihan yang diberikan menunjukkan hasil yang tidak memuaskan di mana kerap kali melakukan kecuaian semasa membuat aktiviti mengira dan menulis.Subjek B pula merupakan seorang subjek perempuan berumur 11 tahun. Mempunyai 3 orang adik beradik dan merupakan anak pertama. Masalah yang dihadapi oleh subjek ini juga ialah slow learner. Subjek ini juga mempunyai masalah dalam menambah walaupun sudah mengenali nombor. Jawapan yang diberikan adakalanya salah.. Pengkaji melihat subjek ini tidak dapat memberikan tumpuan dalam tempoh masa yang agak lama. Apabila tumpuannya hilang, dia kerap mengganggu rakan di sebelah sekaligus menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terganggu. Subjek ini juga kerap menangis sekiranya diganggu oleh rakan yang lain.Subjek C berumur 11 tahun dan mempunyai 4 orang adik beradik. Subjek merupakan anak kedua. Pendapatan isi rumah keluarga subjek adalah rendah. Masalah yang dihadapi oleh subjek ialah slow learner. Subjek sukar memahami apa yang dipelajari walaupun sudah diberikan pelbagai contoh. Namun subjek merupakan seorang yang rajin dan mendengar arahan.Berdasarkan kepada masalah yang dikenalpasti, pengkaji telah merangka satu kaedah penyelesaian bagi membantu subjek mengatasi masalah menambah dengan mengumpul semula. Pengkaji telah merancang aktiviti yang sesuai dengan keperluan subjek bagi menarik perhatian mereka dalam usaha membantu mereka menguasai aktiviti menambah 2 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula dalam lingkungan 50 dengan betul atau sekurang-kurangnya dapat meminimumkan kesalahan yang akan mereka lakukan. Oleh itu, satu instrumen telah pengkaji jalankan untuk mengatasi masalah yang telah dinyatakan di atas. Subjek ini dipilih secara bertujuan untuk mencapai objektif kajian. Subjek dipilih berdasarkan hasil yang diperoleh daripada ujian awal. Pengaplikasian kaedah mengajar menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik telah diterapkan ke atas subjek ini dalam usaha membantu subjek menyelesaikan operasi tambah dengan mengumpul semula dalam lingkungan 50. Diharapkan dengan intervensi yang dijalankan ini tidak hanya membantu subjek tetapi juga membantu guru jika menghadapi masalah yang sama sekaligus meningkatkan taraf pendidikan di negara kita.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah kajian dengan mengikut model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Kajian tindakan ini bergerak secara berterusan melibatkan 5 peringkat. Aspek-aspek yang terlibat dalam peringkat tersebut ialah mengenal pasti aspek amalan, merancang, tindakan atau implementasi, melihat kesan tindakan dan refleksi.

Mengenal pasti aspek amalan- mengumpul data melalui pemerhatian, senarai semak dan temu bual.

Refleksi - Membuat rumusanMerancang Tindakan- menghasilkan bahan bantu mengajar menggunakan stick box

Mengumpul Data- mengumpul data tentang kesan tindakan mneggunakan pemerhatian, temu bual, pemerhatian dan ujian.

Melaksanakan Tindakan- melaksanakan intervensi menggunakan stick box

Rajah 3 :Adaptasi daripada Model PT Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)

6.1 Perancangan langkah-langkah tindakan

Kajian tindakan yang dilaksanakan perlulah dirancang dengan baik. Tanpa perancangan yang baik, pengkaji akan menghadapi kesukaran sepanjang menyelesaikan masalah. Perancangan kajian ini penting bagi membantu subjek menyelesaikan masalah operasi tambah dengan mengumpul semula dengan betul menggunakan teknik stick box.

6.1.1 Mengenal Pasti Aspek Amalan

Pemerhatian pada peringkat awal penting bagi melihat tahap atau kemampuan subjek kelas Khas Cerdas semasa sesi pembelajaran sedang berlangsung. Melalui pemerhatian ini, pengkaji dapat mengenal pasti subjek yang bermasalah dalam mata pelajaran Matematik untuk dijadikan subjek. Untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat, pengkaji telah menyediakan senarai semak untuk dibuat analisa. Pengkaji juga mengadakan temu bual untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Temu bual dijalankan pada subjek itu sendiri. Selain untuk mendapatkan maklumat mengenai subjek, pengkaji juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tunjuk ajar dan pendapat daripada guru-guru Pendidikan Khas untuk menambah baik perancangan yang telah pengkaji rangka. Selain itu, pengkaji juga telah menyediakan lembaran dan menganalisis jawapan yang telah diberi. Berdasarkan analisis tersebut, pengkaji mendapati subjek mempunyai masalah untuk menyelesaikan operasi tambah dengan mengumpul semula dalam lingkungan 50 dengan betul.

6.1.2Merancang

Sebelum kajian dijalankan pengkaji telah membuat tinjauan awal ke atas subjek di kelas Pendidikan Khas. Setelah membuat pemerhatian dan mengenal pasti masalah, pengkaji banyak membuat carian melalui internet untuk mendapatkan maklumat mengenai kaedah dan cara penyelesaian bagi masalah yang pengkaji kenal pasti. Setelah itu, pengkaji banyak membuat perbincangan bersama pensyarah pembimbing dalam usaha mendapatkan kaedah atau kaedah penyelesaian yang terbaik kepada masalah subjek iaitu membantu subjek menyelesaikan masalah operasi tambah dengan mengumpul semula dalam lingkungan 50 dengan betul. Setelah membuat penilaian dan mengambil kira semua aspek, pengkaji telah memilih penggunaan teknik stick box sebagai cara terbaik dalam membina minat subjek terhadap Matematik sekaligus menyelesaikan masalah operasi tambah dengan mengumpul semula dalam lingkungan 50 di kalangan subjek-subjek Pendidikan Khas.

6.1.3Tindakan

Peringkat ketiga adalah peringkat yang penting kerana pada peringkat ini pengkaji dapat melihat sama ada peringkat perancangan tindakan berjaya dilaksanakan ataupun tidak. Pengkaji akan melaksanakan tindakan seperti yang dirancang pada peringkat ini. Intervensi ini akan berjalan lancar dengan adanya pelan tindakan yang disusun rapi.Melalui pelaksanaan tindakan, pengkaji telah membuat tinjauan awal melalui pemerhatian berdasarkan senarai semak yang telah disediakan. Setelah mengenal pasti kelemahan subjek, pengkaji telah mengedarkan lembaran untuk menguji dengan lebih dalam berkenaan kemahiran menambah dengan mengumpul semula.

6.1.4 Mengumpul Data

Pada peringkat pengumpulan data, pengkaji akan mengumpul data untuk melihat sejauh mana keberkesanan tindakan yang telah dijalankan kepada semua subjek dalam kajian ini. Tujuannya mengumpul data ini adalah supaya pengkaji dapat melihat perubahan yang berlaku pada pencapaian subjek selepas melaksanakan intervensi bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Pengkaji telah menggunakan pemerhatian berstruktur, temu bual dan ujian bagi mengumpul data untuk melihat keberkesanan teknik stick box. Pemerhatian dilaksanakan ketika subjek membuat latihan menulis dan lisan. Temu bual dilakukan kepada subjek untuk melihat latar belakang, minat dan kecenderungan subjek terhadap mata pelajaran matematik. Manakala, ujian dilakukan melihat kefahaman subjek pada kemahiran operasi menambah dengan mengumpul semula.

6.1.5Refleksi

Selepas menganalisis dan menilai semua yang dikumpulkan iaitu sebelum dan selepas melaksanakan intervensi kepada subjek, penilaian dapat dibuat. Tujuannya untuk mengenalpasti sama ada berlaku perubahan ataupun tidak selepas intervensi. Oleh itu refleksi dapat dibuat berdasarkan data yang dikumpul selepas tindakan dijalankan.

6.2 Perancangan cara mengumpul dataDalam bab ini pengkaji akan menerangkan dengan lebih mendalam cara atau langkah untuk mengumpul data. Data-data telah dikumpulkan dari awal hingga akhir kajian dalam tempoh masa tiga bulan semasa pengkaji sedang menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan A. Tujuan utama pengumpulan data adalah untuk menilai keberkesanan pengajaran menggunakan teknik stick box ini. Terdapat tiga alat yang digunakan dalam kajian ini untuk mengumpul data. Antaranya ialah pemerhatian, temu bual dan ujian. 6.2.1PemerhatianSebelum memulakan kajian, pengkaji telah menjalankan pemerhatian secara berstruktur di mana pengkaji telah menyediakan senarai semak untuk ditadbir kepada subjek. Pengkaji telah menyediakan tiga senarai semak iaitu semasa tinjauan awal kajian, senarai semak sebelum intervensi dan senarai semak selepas intervensi. Tujuan utama senarai semak ini disediakan sebelum pemerhatian dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti tingkah laku subjek terdahulu. Selain itu, item yang disediakan juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kemahiran atau tidak. Pemerhatian menggunakan senarai semak dapat menggambarkan dengan lebih terperinci mengenai kemahiran, kebolehan dan keupayaan subjek dalam mata pelajaran Matematik.Pemerhatian yang dilakukan secara terancang dan sistematik dapat membantu pengkaji dalam membuat kajian. Pemerhatian pertama dilakukan semasa tinjauan awal untuk mengesan kelemahan subjek dalam mata pelajaran Matematik. Setelah mengetahui daerah kelemahan subjek iaitu kemahiran operasi tambah, pengkaji menyediakan satu set soalan yang mengandungi kemahiran menambah untuk mengetahui dengan lebih mendalam kelemahan yang dihadapi subjek. Senarai semak untuk pemerhatian kali pertama dibuat berdasarkan sukatan pelajaran Matematik. (Rujuk lampiran A)Kesimpulannya, pemerhatian yang dijalankan membolehkan pengkaji membuat refleksi dengan melihat kelebihan dan kekurangan intervensi yang telah dijalankan ke atas subjek kajian. Setiap kekurangan yang dikenal pasti telah dimurnikan cara pelaksanaannya supaya sesuai berdasarkan kemampuan sekaligus membantu subjek menguasai kemahiran yang ingin ditambah baik. 6.2.2Temu bualPengkaji telah menjalankan temu bual ke atas guru dan subjek kajian bagi mendapatkan maklum balas yang lebih terperinci. Temu bual berstuktur telah dijalankan pada fasa ketiga tindakan dijalankan. Temu bual berstuktur telah dijalankan ke atas subjek supaya jawapan yang diberikan dapat memberi maklumat yang tepat ke atas intervensi yang telah dijalankan. Selain itu temu bual ini juga dapat memberikan maklum balas kepada pengkaji akan keberkesanan teknik yang digunakan dan sekiranya terdapat masalah pengkaji dapat menyelesaikan dengan kadar yang segera. Data ini menjurus kepada objektif kajian. Melalui kaedah temu bual, pengkaji dapat mengumpul pendapat dan pengalaman dalam bentuk penyataan langsung daripada orang yang ditemu bual. Pengalaman yang dilalui adakalanya tidak dapat dikesan semasa pengkaji sedang membuat pemerhatian. Melalui temu bual, pengkaji dapat mengemukakan soalan susulan untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang pelakuan yang ditunjukkan (Marohaini Yusoff, 2004).Pengkaji juga telah menyediakan soalan yang berkaitan untuk ditemu bual. Temu bual berstruktur seperti ini membantu pengkaji untuk mengumpul dan menyusun data secara sistematik mengikut tema. Pengkaji menyediakan soalan supaya temu bual yang dijalankan dapat mengumpul maklumat yang diinginkan selain merangsang subjek mengeluarkan maklumat. (Rujuk lampiran B)Melalui temu bual juga, pengkaji dapat mengetahui tahap subjek selepas intervensi. Melalui sesi temu bual, subjek kajian telah mengingat semula seberapa banyak yang dapat tentang apa yang berlaku ketika intervensi dijalankan. Usaha membantu subjek mengingat kembali adalah dengan mengemukakan soalan yang menjurus kepada perlakuan yang ditunjukkan ketika intervensi. 6.2.3Ujian Pengkaji telah menjalankan ujian sebelum intervensi. Ujian ini dapat memberikan data yang lebih tepat dan efisyen. Ujian selepas intervensi akan dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan teknik stick box dalam meningkatkan kemahiran operasi tambah dengan mengumpul semula dalam lingkungan 50 di kalangan murid Pendidikan Khas. Item-item ujian adalah berdasarkan kepada kemahiran yang ingin pengkaji uji. Ujian ini ditadbir sebelum dan selepas intervensi dijalankan ke atas subjek. Kedua-dua set soalan ini adalah soalan yang sama bagi memastikan subjek benar-benar menguasai kemahiran menambah. Selain itu, penilaian berdasarkan set soalan yang sama ini memudahkan pengkaji untuk melihat peningkatan yang berlaku atau menilai sejauh mana penguasaan subjek terhadap kemahiran tersebut.Soalan ujian telah disediakan bagi merekodkan data soalan yang berjaya dan tidak berjaya dijawab oleh subjek. Data direkod bagi memudahkan pengkaji membuat perbandingan dalam bentuk jadual dan graf. Sebanyak 10 soalan telah disediakan dan subjek perlu menjawab soalan berbantukan bahan seperti dan dan kertas pelekat. Pengkaji telah menetapkan masa selama 30 minit untuk subjek menyelesaikan kesemua soalan tersebut. Data direkod sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Markah yang dikumpul untuk 10 item ini akan dibahagikan dengan sepuluh kemudian didarab dengan 100 untuk mendapatkan skor. (Rujuk lampiran C)

Bil skor yang diperoleh x 100 =%Bil item soalan

6.3 Perancangan cara menganalisis dataKajian tindakan ini telah dijalankan mengikut perancangan yang telah dibuat. Perancangan ini penting supaya kajian dapat dijalankan dengan jayanya. Terdapat 3 fasa dalam kajian ini iaitu fasa pertama (sebelum intervensi), fasa kedua (semasa intervensi), dan fasa ketiga (selepas intervensi).Jadual 7 : Perancangan cara menganalisis dataFasaTindakan

Sebelum intervensiMelaksanakan tinjauan awal dengan membuat pemerhatian.Melaksanakan ujian awal.Menemu bual subjek.

Semasa intervensiMemperkenalkan Teknik Stick Box kepada subjek

Selepas intervensiMelaksanakan ujian akhir.Menemu bual subjek. Menemu bual guru

7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN7.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Jadual 8 : Pelaksanaan Penyelidikan TindakanBilAktiviti/ PerkaraJangkaan Tarikh

1Mengenal pasti masalah dan pengumpulan dataTinjauan awal1-20 Februari 2015

2Menentukan tajuk kajian23 Februari 2015

3Menentukan objektif / soalan kajian25 Februari 2015

4Merancang tindakan27 Februari 10 April

5Melaksanakan tindakanJulai 2015

6Mengumpul dataOgos 2015

7Menganalisis data selepas tindakanOgos 2015

8Membuat refleksiOgos 2015

9Menulis laporan penyelidikan tindakanOgos / September 2015

10Pembentangan dapatan penyelidikanOktober 2015

7.2 Kos Kajian

BilPerkaraKuantitiHarga

1Kayu 2 30cm x 10cm1 kepingRM 15.00

2Kayu 1 30cm x 5cm7 kepingRM 40.00

3Chopstick120 batangRM 24.00

4Cat Kayu1 tinRM 25.00

Jumlah besar RM 104.00

SENARAI RUJUKAN

Choong Lean Keow. (2008). Murid dan Alam Belajar Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Selangor:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin & Sabri Ahmad. (2007). Trend Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Hudayanna Asyikin Sarudin & Ani Salwiah Zakaria (2013). Penggunaan Kad Tebuk Abjad Dan Buku Garis Tiga Bagi Membantu Murid Pemulihan Khas Mengingat Bentuk Huruf Besar Dan Huruf Kecil. Jabatan Ilmu Pendidikan. IPG Kampus Dato Razali IsmailJamila K.A Mohamed.(2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.___________ (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dawama Sdn. Bhd.Kementerian Pelajaran Malaysia.(2013). Dokumen Standard Kurikulum KSSR Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Matematik Tahun 4: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.Marohaini, Y. (2004). Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerja lapangan kajian. KualaLumpur: Penerbit Universiti Malaya.Muhammad Faez Bin Saiffuddin Hong dan Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal, PhD. (2014). Penggunaan Cross-A bagi membantu Murid Lemah Tahun 5 Menguasai Kemahiran Menambah Nombor Perpuluhan Dengan Mengumpul Semula. Penyelidikan Tindakan PISMP 2014: Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali Ismail.Noraini Idris. (2005) . Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Siti Nur Alifah binti Mohmad Nasir & Mas Norbany binti Abu Samah. (2014). Penggunaan Lif-Tolak Dalam Meningkatkan Kemahiran Penolakan Dengan Mengumpul Semula Bagi Murid Tahun 5. Penyelidikan Tindakan PISMP 2014: Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali Ismail.

LAMPIRAN A

Senarai semak tinjauan awal mengesan kelemahan murid

BilKemahiran yang diujiSubjekASubjek BSubjek CSubjek DSubjek E

1Mengenal nombor dalam lingkungan 21 hingga 50

2Membilang nombor dalam lingkungan 21 hingga 50 secara menaik

3Membilang nombor dalam lingkungan 21 hingga 50 secara menurun

4Menentukan nilai nombor dalam lingkungan 21 hingga 50

5Menentukan nilai tempat (sa dan puluh) sehingga 50

6Menulis nombor dalam lingkungan 21 hingga 50

7Menggunakan nombor lingkungan 21 hingga 50 dalam kehidupan seharian

8Menulis ayat matematik bagi operasi tambah

9Menambah nombor 2 digit dengan 1 digit tanpa mengumpul semula

10Menambah nombor 2 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula

11Menambah nombor 2 digit dengan 2 digit tanpa mengumpul semula

12Menambah nombor 2 digit dengan 2 digit dengan mengumpul semula

Lampiran BSoalan temubual (sebelum intervensi)

BilPerkaraSubjek ASubjek BSubjek CRefleksi pengkaji

1Apakah pekerjaan ibu bapa / penjaga kamu?

2Kamu suka mata pelajaran matematik?

3Adakah kamu seronok apabila belajar matematik?

4Kamu faham apabila guru mengajar matematik?

5Adakah kamu pergi tuisyen matematik di luar?