projek pjm3163- tajuk tugasan

Upload: charles-compton

Post on 08-Oct-2015

53 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHORTUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM :PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)NAMA GURU PELATIH :

SEMESTER : TAJUK KURSUS : PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 PJM3163

TARIKH HANTAR TARIKH MULA

A. Hasil Pembelajaran Kursus 1.Menjelaskan kaedah-kaedah penyelidikan pendidikan dan aplikasinya dalam bidang Pendidikan Jasmani.2.Menerangkan asas-asas penyelidikan termasuk jenis-jenis penyelidikan pendidikan, reka bentuk penyelidikan, prosedur dan etika penyelidikan dalam bidang Pendidikan Jasmani.3.Menganalisis isu-isu semasa dalam Pendidikan Jasmani melalui penyelidikan tindakan.4.Mengaplikasi pengetahuan asas dan proses kajian tindakan dalam bidang Pendidikan Jasmani.5.Mereka bentuk satu kajian tindakan yang merangkumi kaedah penyelidikan, prosedur pengumpulan data, analisis data dan intepretasi data.6.Memperoleh kemahiran menulis kertas cadangan untuk kajian tindakan, laporan kajian dan artikel untuk jurnal dalam bidang Pendidikan Jasmani.Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 3, 4 dan 5

B.Objektif Projek1.Menjelaskan masalah yang dihadapi dan refleksi kendiri dalam pengajaran dan pembelajaran.2.Mencadangkan kaedah yang sesuai bagi mengatasi masalah yang dihadapi melalui penulisan kajian.3.Menjelaskan proses tindakan yang dicadangkan dalam penulisan kajianTugasan Projek (50%)Penyelidikan memankan peranan yang penting dalam pelbagai bidang kerana ia merupakan petumjuk utama ke arah penyelesaian masalah secara rasional dan berkesan. Melalui aktiviti penyelidikan, penyelidik dapat mengesan, memahami, memperbaiki dan mempertingkatkan keberkesanan tugas harian serta keupayaan profesionalismenya. Penyelidikan tindakan pula merupakan bidang penyelidikan dalam situasi sosial yang berhasrat untuk memperbaiki kualiti sesuatu amalan yang dilakukan oleh pengamal dalam usaha memperbaiki kefahamannya tentang sesuatu peristiwa, situasi dan masalah supaya keberkesanan amalan itu dapat diperbaikiTugasanA. Tugasan ini mengkehendaki setiap pelajar menggunakan pengetahuan tentang pelbagai kaedah penyelidikan tindakan dalam pendidikan dan asas penyelidikan pendidikan yang telah dipelajari. Tugasan ini juga menuntut pelajar meneroka cara-cara merancang dan melaksana satu kajian tindakan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani, menganalisis dan menginterpretasi data penyelidikan, dan kaedah mendokumentasi hasil penyelidikan tindakan dalam bentuk kertas cadangan kajian tindakan berdasarkan komponen di bawah:-1. Membuat refleksi pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian.2. Membuat refleksi kajian literatur.3. Menentukan fokus / isu keprihatinan kajian.4. Menentukan objektif / soalan kajian.5. Menentukan kumpulan sasaran.6. Menentukan tindakan yang dicadangkan berdasarkan:-i. Perancangan Tindakanii. Perancangan Cara Mengumpul Dataiii. Perancangan Cara Menganalisis Dataiv. Perancangan Pelaksanaan Tindakan Jadual pelaksanaan dan kos kajian.Laporan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria-Kriteria Berikut;1. Liputan isi yang menyeluruh, konsisten dan terperinci2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut;a. Implikasib. Rumusan/cadangan 3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah5. Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheran.6. Penulisan harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan berhujah.7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.8. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus1. Tugasan ini adalah tugasan individu2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.3. Format penulisan adalah seperti berikut;3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini3.2 Fon Arial 3.3 Saiz huruf 123.4 Langkau 1.5 baris3.5 Rujukan mengikut APA (American Psikological Association)3.6 Penulisan mestilah dalam Bahasa Melayu.4. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan5. Amalan plagiat tidak dibenarkan6. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh 6 minggu7. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran FORMAT PENULISAN TUGASAN0. Semua tugasan hendaklah bertaip dengan font Arial bersaiz 11. Gunakan huruf besar untuk semua tajuk utama. Sub-sub tajuk boleh ditulis dalam huruf kecil dan/ atau italic mengikut kesesuaian.0. Penulisan anda mestilah mengikut penulisan seperti di bawah:-

BILTAJUK

i.Isi kandungan Mengandungi senarai isi kandungan dan muka surat bagi pecahan tajuk.

ii.Penghargaan Mengandungi penghargaan kepada pihak yang membantu melaksanakan kajian atau menyiapkan laporan. (Dedikasi tidak sama dengan penghargaan). Untuk proposal dedikasi tidak perlu buat.

iii.Tajuk kajian Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju, tindakan dan sasaran kajian.

iv.Nama penyelidik Catatkan nama penuh penyelidik.

v.Nama sekolah Catatkan nama dan alamat lengkap sekolah.

vi.Senarai jadual (Jika ada)

vii.Senarai rajah (Jika ada)

viii.Singkatan istilah

1PENDAHULUAN1.1 Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian amat jelas.1.2 Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus amat berkesan.1.3 Membincangkan secara mendalam andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P.1.4 Membincangkan secara amat terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan.

2TINJAUAN LITERATUR2.1 Menghubungkait artikel-artikel penyelidikan dengan isu keprihatinan yang telah dikenalpasti dengan amat jelas.2.2 Penggunaan sedutan kata (quotation) yang amat sesuai.2.3 Sorotan kajian tindakan mengandungi sekurang-kurangnya 5 sumber kajian lepas yang tepat dan relevan.2.4 Penulisan rujukan dan bibliografi yang betul (Sistem APA).

3FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN3.1 Mengenalpasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkaitan dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid dengan amat baik dan jelas.3.2 Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan kriteria berikut:- Kebolehtadbiran Kepentingan Kebolehgunaan Kawalan dan kolaborasi Kerelevanan kepada sekolah3.3 Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan amat jelas.3.4 Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah/ isu wujud secara amat terperinci.

4OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN4.1 Pernyataan objektif kajian tindakan dapat dinyatakan dengan amat jelas 3 perkara berikut:- Fokus Tindakan Pencapaian tindakan4.2 Soalan kajian amat relevan dengan objektif kajian.

5KUMPULAN SASARAN5.1 Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut:- Bilangan Jantina Nama kelas/ jawatan Prestasi akademik Ciri-ciri unik yang lain

6TINDAKAN YANG DICADANGKAN6.1 Perancangan Tindakan Memperincikan langkah-langkah/ aktiviti tindakan (P&P) dengan amat jelas. Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan dengan amat jelas.6.2 Perancangan Cara Mengumpul Data Merancang kaedah pengumpulan data yang amat sesuai untuk menjawab soalan kajian. Instrumen kajian tindakan dijelaskan dengan amat terperinci dan dilampirkan.6.3 Perancangan Cara Menganalisis Data Kaedah analisis data amat tepat bagi jenis data yang dikumpul. Perancangan kaedah analisis data dijelaskan dengan amat baik.6.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan Jadual pelaksanaan dan kos kajian. Menyediakan jadual pelaksanaan/ carta Gantt dengan lengkap. Menyediakan anggaran kos kajian dengan amat terperinci.

7RUJUKAN

Disediakan oleh:Disahkan oleh;

( EN. HISHAMUDDIN BIN HASSAN )( PN. RASHIDAH BINTI SUIB ) IPGK TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR IPGK TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR