tajuk projek : portable compressor kumpulan cekak...

8
CEKAK MAS V.2 TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR KUMPULAN CEKAK MAS V.2 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN TANAH MERAH, KELANTAN PENGENALAN Portable Compressor merupakan hasil inovasi dan kreativiti Kumpulan Cekak Mas V.2 bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan di rumah pam dan ibu bekalan. Ianya dilengkapi dengan tangki bertekanan udara tinggi, bercirikan alatan kompak dan mudah dibawa. NAMA PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR BIDANG INOVASI : SOSIAL KATEGORI INOVASI : PENCIPTAAN LAPORAN INOVASI TUJUAN PROJEK PORTABLE COMPRESSOR Portable Compressor direkacipta bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan di rumah pam dan ibu bekalan. Rumah pam merupakan salah satu komponen utama dalam sistem pengairan yang disediakan di kawasan bendang-bendang penduduk kampung bagi mengawal pengagihan air dari sungai ke saluran taliair. Pam agihan air ini dibuka secara berkala semasa proses penanaman padi dan ditutup semasa proses menuai padi. Masalah mula timbul apabila berlaku kesukaran untuk mencuci komponen-komponen pada pam seperti filter dan crankcage.

Upload: others

Post on 01-Sep-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR KUMPULAN CEKAK …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2593-portable... · 2019. 12. 8. · CEKAK MAS V.2 TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR

CEKAK MAS V.2

TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR

KUMPULAN CEKAK MAS V.2

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN TANAH MERAH, KELANTAN

PENGENALAN

Portable Compressor merupakan hasil inovasi dan kreativiti Kumpulan Cekak Mas V.2

bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan di rumah pam dan ibu bekalan. Ianya

dilengkapi dengan tangki bertekanan udara tinggi, bercirikan alatan kompak dan mudah dibawa.

NAMA PROJEK :

PORTABLE COMPRESSOR

BIDANG INOVASI :

SOSIAL

KATEGORI INOVASI :

PENCIPTAAN

LAPORAN INOVASI

TUJUAN PROJEK PORTABLE COMPRESSOR

Portable Compressor direkacipta bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dan

penyelenggaraan di rumah pam dan ibu bekalan. Rumah pam merupakan salah satu komponen

utama dalam sistem pengairan yang disediakan di kawasan bendang-bendang penduduk

kampung bagi mengawal pengagihan air dari sungai ke saluran taliair. Pam agihan air ini dibuka

secara berkala semasa proses penanaman padi dan ditutup semasa proses menuai padi.

Masalah mula timbul apabila berlaku kesukaran untuk mencuci komponen-komponen pada pam

seperti filter dan crankcage.

Page 2: TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR KUMPULAN CEKAK …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2593-portable... · 2019. 12. 8. · CEKAK MAS V.2 TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR

CEKAK MAS V.2

PROSES PENCIPTAAN PORTABLE COMPRESSOR

Langkah 1 : Taklimat Taklimat berkenaan dengan pembangunan prototaip diadakan bagi perbincangan rekabentuk, saiz dan kos alatan yang akan digunakan.

Langkah 2 : Pembangunan Prototaip 1

LAKARAN PENCIPTAAN

PORTABLE COMPRESSOR

Prosedur Pembuatan : 1) Tangki udara yang berkapasiti 300 psi di

bawa ke bengkel (out-source), ditebuk dan dibuat bebenang inlet dan outlet, paip dan hos nozzer dipasang.

2) Besi steel bersaiz ¾ dipotong dan dipateri membentuk rangka (frame) dan dipasang pada tangki.

3) Mini compressor bertekanan 250 psi dan hos inlet dipasang pada tangki.

4) Pendawaian pada mini compressor dilakukan sebelum pemasangan bateri 12 volt dibuat.

5) Akhir sekali, penghadang dan tali penyangkut pada frame dipasang.

SPESIFIKASI ALATAN PORTABLE

COMPRESSOR (PROTOTAIP 1)

PROSES PEMBUATAN PORTABLE

COMPRESSOR (PROTOTAIP 1)

KERJA PEMBERSIHAN PENAPIS

ANGIN MENGGUNAKAN

PROTOTAIP 1

Langkah 3 : Uji Cuba 1

Proses uji cuba pertama kali dibuat di Rumah

Pam Bendang Bechah Besar, Tanah Merah pada

12 Jun 2019. Kerja-kerja yang dilakukan adalah

meliputi kerja-kerja membersihkan habuk di dalam

rumah pam dan kekotoran yang terdapat pada

penapis angin. Hasil awalan uji cuba mendapati

jangka masa pembersihan lebih mudah dan

singkat namun hasil perbincangan di antara ahli

kumpulan Cekak Mas V.2, prototaip pertama yang

direkacipta masih memerlukan sedikit

penambahbaikan.

Page 3: TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR KUMPULAN CEKAK …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2593-portable... · 2019. 12. 8. · CEKAK MAS V.2 TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR

CEKAK MAS V.2

SESI DEMONSTRASI DAN UJI CUBA 2

DI IBU BEKALAN KUALA PAKU

PROSES PEMBUATAN PORTABLE

COMPRESSOR (PROTOTAIP 2)

SPESIFIKASI ALATAN PORTABLE

COMPRESSOR (PROTOTAIP 2)

Langkah 4 : Penambahbaikan

Pemasangan 4 unit roda pada tapak

Portable Compressor dibuat untuk

memudahkan lagi pergerakan dan

senang untuk dibawa.

Langkah 5 : Pembangunan

Prototaip 2

Pembangunan prototaip ke-2 dibuat

dengan menukar saiz tangki yang

lebih besar bagi menampung kapasiti

udara yang lebih banyak. Selain itu,

terdapat penambahan komponen-

komponen lain seperti Automatic

Switch Compressor, Indicator Charger

dan pengecas bateri.

Page 4: TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR KUMPULAN CEKAK …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2593-portable... · 2019. 12. 8. · CEKAK MAS V.2 TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR

CEKAK MAS V.2

ELEMEN INOVATIF DAN KREATIF PADA PORTABLE COMPRESSOR

- Tanpa Sambungan Elektrik (Cordless) Dan Pengisian Udara Secara Automatik

Rajah di bawah menunjukkan proses kitaran tekanan udara di dalam Portable

Compressor di mana bateri akan mengalirkan arus 12 volt untuk menyedut udara luar

secara automatik. Udara luar akan memasuki tangki dan apabila pressure gauge

mencapai bacaan 60 psi, proses pengisian udara akan terhenti, seterusnya kerja-kerja

pembersihan akan mula dijalankan.

ELEMEN KEBERKESANAN PENGGUNAAN PORTABLE COMPRESSOR

- Kerja-kerja Pembersihan Lebih Sempurna Dan Bersistematik

Sebelum adanya Portable Compressor, kerja-kerja pembersihan pada komponen pam contohnya membuang habuk pada penapis angin, hanya dilakukan secara manual iaitu dengan meniup keluar habuk tersebut. Proses kerja ini memakan masa yang lebih lama selain masih terdapat kekotoran yang melekat pada komponen pam. Dengan adanya Portable Compressor, komponen dapat dibersihkan dengan lebih sempurna kerana alat ini bertekanan udara tinggi dan udara yang keluar mampu membuang sisa kotoran yang melekat tanpa merosakkan komponen tersebut.

PROSES MEMBUANG KOTORAN PADA PENAPIS ANGIN SECARA MANUAL

Proses pengisian udara ke dalam balang akan berlaku semula apabila pressure gauge menunjukkan bacaan udara kurang daripada 29 psi. Proses kitaran ini akan berlaku secara berterusan dan bagi kerja-kerja penyelenggaraan di luar kawasan, ianya dapat dilakukan dengan lebih lama tanpa sebarang sambungan elektrik.

Page 5: TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR KUMPULAN CEKAK …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2593-portable... · 2019. 12. 8. · CEKAK MAS V.2 TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR

CEKAK MAS V.2

ELEMEN SIGNIFIKAN PENGGUNAAN PORTABLE COMPRESSOR

- Penjimatan Tenaga Pekerja Dan Saiz Yang Senang Dibawa.

Penggunaan Portable Compressor amat memudahkan kerja kerana ringan, senang dibawa, dan ianya tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai bagi mengangkut keluar alat untuk proses kerja pembersihan.

- Penjimatan Masa Penyelenggaraan

Dengan adanya alat Portable Compressor, kerja-kerja penyelenggaraan di rumah pam

dapat dilakukan dengan lebih cepat dan adanya lebihan masa yang mana ianya boleh

digunakan untuk kerja-kerja lain seperti mencuci taliair dan kerja-kerja memotong rumput di

sekitar rumah pam dan ibu bekalan.

- Mengurangkan Kos Pembaikian Komponen Pam

Kos Pembaikian dan Kos Belian Komponen Pam

Kos Penciptaan Alat Portable Compressor

Kos pembaikian kerosakan komponen kecil pada pam ; = RM 200.00 hingga RM 300.00 setiap kali berlakunya kerosakan. Kos belian komponen yang lebih besar pada pam (contohnya kerosakan pada blok enjin) ; = RM 2,000.00 seunit.

Kos Penciptaan Alat Portable Compressor ; = RM973.00 per unit untuk kegunaan dalam 10 ke 15 tahun. Kos pembaikian dalam setahun akan bekurangan sebanyak 90%.

Perbezaan Kos Pembaikian Komponen Pada Pam Sebelum Dan Selepas Penggunaan

Alat Portable Compressor

KERJA

PENYELENGGARAAN

MENGGUNAKAN

PORTABLE

COMPRESSOR

PROSES MENGANGKAT MANUAL COMPRESSOR

Page 6: TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR KUMPULAN CEKAK …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2593-portable... · 2019. 12. 8. · CEKAK MAS V.2 TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR

CEKAK MAS V.2

- Penjimatan Kos Belian Alat Portable Compressor

Manual Compressor Portable Compressor

Harga seunit Manual Compressor : = RM 2500.00 per unit Penggunaan untuk kerja-kerja penyelenggaran dan pembersihan di rumah pam dan ibu bekalan seperti ;

Mencuci komponen-komponen pam dan kawasan dalam rumah pam (membuang habuk dan sarang lelabah)

Harga seunit Portable Compressor = RM973.00 per unit Penggunaan untuk kerja-kerja penyelenggaran dan pembersihan di rumah pam dan ibu bekalan seperti ;

Mencuci komponen-komponen pam, mencuci kawasan dalam rumah pam, membuang sisa lebihan dalam takungan minyak (crancase), dan pam grease di ibu bekalan

PENJIMATAN KOS, RM 2500.00 – RM 973.00 = RM 1527.00

Perbezaan Kos Alat Portable Compressor Berbanding Alat Manual Compressor

ELEMEN RELEVAN PENGGUNAAN PORTABLE COMPRESSOR

- Faedah Kepada Jabatan Lain

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Tanah Merah - Memudahkan Kerja-Kerja Mengecat Pili Bomba

Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) - Memudahkan Kerja-Kerja Pembersihan Papan Tanda

PPK Gual Ipoh, Tanah Merah - Membantu Dalam Kerja-Kerja Semburan Racun Serangga Perosak

Giatmara Tanah Merah - Membantu Para Pelatih Dalam Kerja-Kerja Penyelenggaraan Luar Kawasan

- Kesan Jangka Panjang Dan Lain-Lain Impak Projek

Page 7: TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR KUMPULAN CEKAK …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2593-portable... · 2019. 12. 8. · CEKAK MAS V.2 TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR

CEKAK MAS V.2

PENGIKTIRAFAN

Hasil penggunaan Portable Compressor kepada pihak luar, kumpulan Cekak Mas v.2 telah menerima penghargaan daripada beberapa jabatan dan agensi sekitar Tanah Merah. Pihak Pertubuhan Peladang Gual Ipoh mengiktiraf penggunaan Portable Compressor kerana ia membantu dalam kerja-kerja meracun serangga perosak. Selain itu, surat penghargaan turut diterima daripada Giatmara Tanah Merah di atas pengenalan kepada penggunaan Portable Compressor yang mana ianya membantu dalam kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan.

Selain uijcuba di rumah pam, Portable Compressor turut diujicuba bersama dengan pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Tanah Merah bagi mengetahui tahap keselamatan dan had angin yang boleh disimpan di dalam tangki Portable Compressor. Ujicuba tersebut telah diadakan pada 10 Jun 2019. Hasil daripada pengujian tersebut, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengiktiraf penggunaan Portable Compressor sebagai satu alat yang memberi kemudahan kepada jabatan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan.

- Replikasi Ke Agensi Luar

Projek Portable Compressor ini telah diperkenalkan kepada agensi luar seperti Pejabat Peladang Gual Ipoh Tanah Merah. Penandarasan juga telah dibuat di dua jabatan lain iaitu di Jabatan Bomba & Penyelamat Tanah Merah, Giatmara Tanah Merah dan Majlis Daerah Tanah Merah. Hasil perjumpaan dan demonstrasi yang telah dilakukan, mereka berhasrat untuk menggunakan peralatan ini di jabatan mereka.

SESI UJICUBA DI JABATAN

BOMBA DAN PENYELAMAT

Page 8: TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR KUMPULAN CEKAK …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2593-portable... · 2019. 12. 8. · CEKAK MAS V.2 TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR

CEKAK MAS V.2

PENUTUP

Kesimpulannya, dengan terciptanya alat Portable Compressor ini, kerosakan dan masalah

kekotoran yang terdapat pada komponen pam dapat diatasi. Dengan penggunaan alat Portable

Compressor yang meluas, kos penyelenggaraan dan kos pembaikian komponen pam dapat

dikurangkan. Hasil pertanian dapat ditingkatkan ekoran daripada masalah agihan air dapat

diselesaikan. Walaupun projek kami kali ini lebih ringkas dan mudah, tetapi kami yakin bahawa

projek ini dapat membantu pihak jabatan dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan,

seterusnya meningkatkan hasil pengeluaran padi serta menjamin pendapatan petani yang lebih

baik selaras dengan agenda kerajaan dalam Dasar Agromakanan Negara (2011-2020).

Disediakan Oleh :

Anis Fatima Azzaharah Bt Ab. Aziz,

Setiausaha Kumpulan Cekak Mas V.2,

JPS Tanah Merah,

Kelantan.

Tel : 010-3990391

Emel : [email protected]