program bina insan guru 2015

3
SURIALIKU BINTI KAMARUDIN 860604305084 Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai contohnya perkhemahan, khidmat komuniti dan sebagainya. Semua aktiviti ini dirancang serta diadakan untuk membentuk insan guru secara menyeluruh dari semua aspek. Justeru, program Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara. Program BIG siri 4 memerlukan guru pelatih untuk menyertai aktiviti khidmat komuniti iaitu memberikan bantuan kepada mangsa- mangsa banjir di negeri Kelantan. Kami dikehendaki memberi bantuan tenaga di Sekolah Kebangsaan Pahi, Kuala Krai, Kelantan bermula pada 9 Februari sehingga 12 Februari 2015. Sebelum menyertai aktiviti ini, saya kurang yakin dengan kemampuan fizikal dan mental saya untuk berhadapan dengan mangsa- mangsa banjir. Oleh itu, beberapa persiapan dilakukan bagi menjamin kelancaran perjalanan aktiviti ini. Antaranya, secara peribadi saya mencari maklumat tentang sekolah tersebut. Ini sebagai persediaan awal bagi menghadapi keadaan sekolah tersebut dengan baik. Selain itu, sebelum program dijalankan kami telah

Upload: suria-su

Post on 22-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

refleksi BIG

TRANSCRIPT

Page 1: Program Bina Insan Guru 2015

SURIALIKU BINTI KAMARUDIN

860604305084

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan

oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang

berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang

tinggi. Program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai contohnya perkhemahan,

khidmat komuniti dan sebagainya. Semua aktiviti ini dirancang serta diadakan untuk

membentuk insan guru secara menyeluruh dari semua aspek. Justeru, program Bina

Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal

pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada

nusa, bangsa dan juga negara.

Program BIG siri 4 memerlukan guru pelatih untuk menyertai aktiviti khidmat

komuniti iaitu memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Kelantan.

Kami dikehendaki memberi bantuan tenaga di Sekolah Kebangsaan Pahi, Kuala Krai,

Kelantan bermula pada 9 Februari sehingga 12 Februari 2015.

Sebelum menyertai aktiviti ini, saya kurang yakin dengan kemampuan fizikal dan

mental saya untuk berhadapan dengan mangsa-mangsa banjir. Oleh itu, beberapa

persiapan dilakukan bagi menjamin kelancaran perjalanan aktiviti ini. Antaranya, secara

peribadi saya mencari maklumat tentang sekolah tersebut. Ini sebagai persediaan awal

bagi menghadapi keadaan sekolah tersebut dengan baik. Selain itu, sebelum program

dijalankan kami telah melaksanakan tugas sebagai Ahli Jawatankuasa bagi setiap

jawatan. Para peserta telah mengadakan mesyuarat dimana mesyuarat ini telah banyak

membantu kami untuk mendapatkan informasi terkini mengenai program BIG dan juga

untuk menjalankan tugas AJK masing-masing. Saya bertugas sebagai AJK Kebajikan di

mana saya perlu mengawal kebajikan setiap peserta dan memastikan segala keperluan

peserta seperti segala hal kebajikan dapat dipenuhi dan disediakan.bagi membantu

guru-guru pelatih lain. Kerjasama amat diperlukan dalam memastikan program ini

mencapai objektif yang dirancang.

Pada hari pertama kami sampai di SK Pahi, kami diberi penempatan yang agak

selesa. Saya bersyukur kerana keadaan sekolah tersebut tidaklah seteruk yang

Page 2: Program Bina Insan Guru 2015

dibayangkan. Selain itu, sekolah tersebut juga telah dibuka walaupun masih ada kesan-

kesan banjir yang masih tinggal.

Pada hari kedua, kami diberi tugas mengikut kumpulan. Kumpulan saya perlu

membersihkan kawasan surau. Kami perlu membersihkan lantai dan syiling surau serta

menyusun peralatan di dalam surau. Pada hari ketiga pula kami membantu kumpulan

lain membersihkan kerusi dan meja murid. Semasa melakukan aktiviti tersebut, saya

merasa gembira dan berbangga kerana kami bekerjasama dengan baik bagi

memastikan kerja yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun

kami berlainan bangsa, kami tetap dapat bekerjasama.

Selain itu, terdapat beberapa cabaran semasa melaksanakan program BIG ini.

Antaranya masalah komunikasi. Kebanyakan daripada kami tidak berasal daripada

Pantai Timur. Oleh itu, kami kurang memahami dialek Kelantan yang dituturkan oleh

warga SK Pahi. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diatasi dengan meminta

bantuan pensyarah dan secara tidak langsung kami dapat mempelajari dialek Kelantan.

Masalah yang lain ialah masalah cuaca yang panas pada siang hari dan sangat sejuk

ada malam hari. Pada siang hari, kami perlu memakai topeng muka kerana keadaan

cuaca yang panas dan kering. Selain itu, kami perlu minum banyak air bagi

mengelakkan jangkitan penyakit.

Selepas menyertai aktiviti ini, saya merasa lebih yakin dengan kemampuan diri

saya untuk menjadi sukarela bagi membantu mereka yang memerlukan. Justeru,

ternyata program khidmat sosial banyak memberi manfaat. Semua pengalaman dan

pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih

jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa yang

akan datang.

Sekian, terima kasih.