program bacaan nilam smkdk

8
8/9/2019 Program Bacaan Nilam Smkdk http://slidepdf.com/reader/full/program-bacaan-nilam-smkdk 1/8 6 PROGRAM BACAAN NILAM NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu. Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di Sekolah Rendah dan Tingkatan Satu dan Peralihan di Sekolah Menengah pada 1999. OBJEKTIF Menggalakkan pelajar memupukkan budaya suka membaca berterusan sepanjang hayat mereka. Menjadikan murid banyak membaca, bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini. CIRI-CIRI PERLAKSANAAN NILAM Rekod Bacaan Suatu rekod bacaan setiap pelajar disediakan sebagai dokumen pembacaan mereka. Pengisian rekod melatih pelajar contohnya : mengingati pengarang dan judul buku yang dibaca / tema buku / sinopsis buku. Borang Rekod Bacaan. Pelajar merekodkan bacaan masing-masing di bawah pengawasan guru, terutamanya semasa waktu matapelajaran bahasa. Guru berkenaan kemudiannya menyemak dan mengesahkan rekod bacaan pelajar berkenaan. Pengiktirafan Tokoh Membaca Data rekod bacaan setiap sekolah dikumpul di Pusat Sumber Negeri untuk dinilai di peringkat kebangsaan. Tokoh Membaca dipilih dari kalangan pelajar yang mempunyai rekod bacaan tertinggi dan diberikan Anugerah NILAM. TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap: 1. Tahap Jauhari 2. Rakan Pembaca

Upload: hasnida-binti-mat-isa

Post on 30-May-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program Bacaan Nilam Smkdk

8/9/2019 Program Bacaan Nilam Smkdk

http://slidepdf.com/reader/full/program-bacaan-nilam-smkdk 1/86

PROGRAM BACAAN NILAM

‘NILAM’  atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan

Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkanmasyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.

Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melaluiaktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.

Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di Sekolah Rendah dan Tingkatan Satu

dan Peralihan di Sekolah Menengah pada 1999.

OBJEKTIF

Menggalakkan pelajar memupukkan budaya suka membaca berterusan sepanjang hayatmereka.

Menjadikan murid banyak membaca, bukan sahaja pembacaan yang berorientasikanpeperiksaan.

Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiatmembaca ini.

CIRI-CIRI PERLAKSANAAN NILAM

Rekod BacaanSuatu rekod bacaan setiap pelajar disediakan sebagai dokumen pembacaan mereka. Pengisianrekod melatih pelajar contohnya : mengingati pengarang dan judul buku yang dibaca / temabuku / sinopsis buku.

Borang Rekod Bacaan.Pelajar merekodkan bacaan masing-masing di bawah pengawasan guru, terutamanya semasawaktu matapelajaran bahasa. Guru berkenaan kemudiannya menyemak dan mengesahkanrekod bacaan pelajar berkenaan.

Pengiktirafan Tokoh MembacaData rekod bacaan setiap sekolah dikumpul di Pusat Sumber Negeri untuk dinilai di peringkatkebangsaan. Tokoh Membaca dipilih dari kalangan pelajar yang mempunyai rekod bacaantertinggi dan diberikan Anugerah NILAM.

TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM

Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:1. Tahap Jauhari2. Rakan Pembaca

Page 2: Program Bacaan Nilam Smkdk

8/9/2019 Program Bacaan Nilam Smkdk

http://slidepdf.com/reader/full/program-bacaan-nilam-smkdk 2/86

NILAM TAHAP JAUHARISekolah Menengah

Pelajar pada peringkat menengah pula wajib melibatkan diri dalam aktiviti pembacaan berterusansebaik sahaja mereka melangkah ke Tingkatan Satu dan perlu mencapai tahap pembacaan

berikut:

PENGIKTIRAFAN SEKOLAH MENENGAH

TAHAP RAKAN PEMBACA

CIRI-CIRI RAKAN PEMBACA :

Adalah murid-murid yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku dan mereka layak dipilih ketahap ini.

Murid-murid pada tahap Rakan Pembaca akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turutserta di tempat-tempat aktiviti dan membantu membuat pengesanan kemajuan aktiviti yangdijalankan murid secara formal atau tidak formal.

Murid-murid yang dipilih sebagai Rakan Pembaca akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjukcara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Mereka akan memilih dan meminjam buku daripusat sumber sekolah untuk dibawa pulang. Buku-buku yang dipinjam akan juga dibaca olehrakan-rakan, keluarga dan jiran. Kemudian, pembaca tersebut perlu menandatangani danmembuat sedikit ulasan di dalam buku rekod Rakan Pembaca.

Murid juga dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolahseperti : aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku. Aktiviti yang mereka jalankanakan diberi skor pemarkahan mengikut berapa sesi aktiviti dikali dengan berapa ramaipendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.

Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP:

BIL BUKU PENGIKTIRAFAN

72 - 148 GANGSA

144 - 215 PERAK

216 - 287 EMAS

288 ke atas NILAM

MARKAH PENGIKTIRAFAN

100-199 Gangsa

200-299 Perak

300-399 Emas

400 ke atas NILAM

Page 3: Program Bacaan Nilam Smkdk

8/9/2019 Program Bacaan Nilam Smkdk

http://slidepdf.com/reader/full/program-bacaan-nilam-smkdk 3/86

CONTOH AKTIVITI KIRAAN PEMARKAHANTAHAP RAKAN PEMBACA

Aktiviti bercerita - 1 sesi x 5 pendengar (min) = 5 markah “ - 1 sesi x 100 pendengar = 5 markah

Membaca bersama - 1 sesi x 3 pendengar = 3 markah “ - 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah “ - 1 sesi x 10 pendengar = 5 markah

Bicara Buku - 1 sesi x 2 pendengar = 2 markah “ - 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah “ - 1 sesi x 10 pendengar = 5 markah

Meminjamkan buku - 1 buku x 2 peminjam = 2 markah “ - 1 buku x 5 peminjam (max) = 5 markah “ - 2 buku x 5 peminjam = 10 markah

# Nota : pemarkahan mengutamakan berapa banyak sesi dijalankan, bukanbilangan pendengar untuk mendapatkan lebih markah. Akan tetapi,markah tetap diberikan kepada minimum pendengar.

GANJARAN

Apabila aktiviti galakan membaca diberi pengiktirafan dan dipiawaikan melalui NILAM, masyarakatakan dimaklumi tentang klasifikasi pengiktirafan ini. Penganugerahan ini akan menjadi satu aset danpemangkin budaya suka membaca.

Antara ganjaran yang diperolehi murid adalah:

Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod KemajuanMurid pada setiap akhir tahun.

Markah Rekod Bacaan ini dikira dari jangkamasa 5 tahun persekolahan peringkatMenengah.

Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila pelajar menamatkan persekolahannya.

Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada pelajar yang layak

menerimanya.

Pelajar yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberiAnugerah Nilam.

Page 4: Program Bacaan Nilam Smkdk

8/9/2019 Program Bacaan Nilam Smkdk

http://slidepdf.com/reader/full/program-bacaan-nilam-smkdk 4/86

CONTOH-CONTOH AKTIVITI MEMBACA 

Projek Pukal (PETI NILAM)-

o Setiap kelas dibekalkan 40 naskhah buku dan pelajar dibenarkan meminjam buku setiap

hari sebanyak mana mampu.o

Guru dikehendaki merekod penggambilan peti nilam di dalam buku Rekod Penggunaanyang dikhaskan.

Projek Iqra’ -

o Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 wajib mempunyai sebuah buku NILAM

dan mencatat nama buku, nama pengarang, penerbit dan juga sinopsis bahan yangdibaca.

Program Membaca Amalan Mulia –

o

Ia adalah khusus untuk pelajar Tingkatan 3 hingga 6 . Pelajar dikehendaki membacasebuah buku secara senyap semasa waktu sebelum masuk ke kelas iaitu selama 10 minitdari pukul 7.25 pagi – 7.35 pagi. Program ini dijalankan pada hari Selasa, Rabu danKhamis.

Khemah Membaca -

o Kem ini diadakan pada setiap tahun . Pelajar akan didedahkan dengan teknik membaca,

kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek.o Khusus untuk kumpulan Rakan Pembaca.

Kuiz Bestari -

o Khusus untuk pelajar Menengah Atas. Pada setiap bulan, soalan dikemukakan dan kelas

akan menghantar penyertaan yang membincangkan isu-isu berkaitan Ekonomi, Dadah,AIDS, Sejarah dan Bahasa Inggeris. Pemenang akan dipilih dan diberikan hadiahinsentif.

CADANGAN MASA PERLAKSANAAN NILAM

Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas mata pelajaran BahasaMelayu dan Bahasa Inggeris untuk Program Kemahiran Maklumat.

Ada juga waktu yang diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiranmembaca, contohnya aktiviti-aktiviti untuk Minggu Bahasa . Pada Minggu Bahasa , pelbagaiaktiviti boleh dijalankan; seperti Bercerita, Pertandingan Menulis Ulasan Buku, / Berbicaratentang buku yang dibaca (misalnya dalam satu ‘workshop’) / Forum tentang sesuatu buku

Pelajar meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguanuntuk aktiviti membaca seperti membuat ulasan buku atau membaca bersama.

Page 5: Program Bacaan Nilam Smkdk

8/9/2019 Program Bacaan Nilam Smkdk

http://slidepdf.com/reader/full/program-bacaan-nilam-smkdk 5/86

PERANAN AHLI JAWATANKUASA PROGRAM NILAM

1. PENASIHAT - PENGETUA

• Pengetua sebagai pentadbir sekolah bertanggungjawab memastikan kejayaan,pelaksanaan dan keberkesanan program ini.

2. PENGERUSI - PENOLONG KANAN 1

• Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Program NILAM.

• Memastikan pelaksanaan program berjalan lancer melalui :

• Seliaan.

• Perjumpaan dengan guru.

• Menggerakkan guru untuk menjayakan program.

• Mengesah dan menandatangani laporan status pencapaian program.

• Mengenal pasti masalah, kelemahan dan kejayaan program dan mengambil tindakansusulan.

• Menentukan buku bacaan mencukupi.

Mendapatkan kursus dan seminar yang berkaitan dengan bacaan untuk disertai olehguru.

3. PENYELARAS PROGRAM NILAM

• Memberi taklimat tentang pelaksanaan Program NILAM setiap awal tahun.

• Membantu Guru NILAM menganjurkan sebarang aktiviti untuk menyokong ProgramNILAM.

• Menyediakan pengkalan data dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan program.

• Menjadi urus setia untuk pemberian anugerah NILAM peringkat sekolah.

4. GURU PROGRAM NILAM

• Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat-menyurat.

• Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan.

• Mengedar buku rekod membaca yang disediakan oleh PSPN dengan harga RM 1.00sebuah.

• Membuat analisis Program NILAM berdasarkan data terkumpul.

• Menyediakan laporan berkala untuk dikemukakan kepada PKG.

• Memasuk dan mengemaskini data dari semasa ke semasa.

• Menganjurkan aktiviti Program NILAM peringkat sekolah.

5. GURU TINGKATAN

• Mewujudkan sudut bacaan kelas.

• Memastikan setiap pelajar mempunyai buku Rekod NILAM.

• Menggalakkan murid membuat pinjaman di PSS.

• Mempamerkan data analisis rekod bacaan yang didapati dari PSS.

• Merekod data analisis bacaan murid dalam sijil berhenti sekolah murid.

6. GURU MATA PELAJARAN BAHASA

• Membantu murid dalam pemilihan bahan bacaan.

• Membawa pelajar ke PSS untuk aktiviti pembacaan dan seterusnya pelajar dapatmerekod bacaan yang terdahulu.

• Meminjam, mengedar dan memulangkan bahan bacaan secara kelompok kepada pelajar.

• Menggalak dan membimbing murid membaca buku-buku fiksyen serta membuat rekodbacaan.

• Menggunakan bahan bacaan kelas atau PSS dalam P&P bagi memupuk minat membacapelajar.

• Menyemak rekod bacaan pelajar.

Page 6: Program Bacaan Nilam Smkdk

8/9/2019 Program Bacaan Nilam Smkdk

http://slidepdf.com/reader/full/program-bacaan-nilam-smkdk 6/86

• Memasukkan data NILAM setiap hujung bulan ke dalam system berkomputer di sekolah.

7. PELAJAR

• Kumpulan sasaran program ini.

• Membaca buku sebanyak yang mungkin.

• Mendapatkan bahan bacaan daripada pelbagai sumber.

• Merekodkan bahan bacaan.

• Memastikan bahan bacaan mencapai tahap yang telah ditetapkan untuk mendapatpengiktirafan.

CARTA ALIRAN PROSES PELAKSANAAN PROGRAM NILAM

AKTIVITI PROGRAM NILAM 20101. MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM

2. SUDUT BACAAN KELAS3. SATU WAKTU BERSAMA NILAM DI PSS4. PROMOSI BUKU5. HADIAH PELAJAR REKOD NILAM TERBANYAK. (JUN DAN OKTOBER)

PROMOSI

PELAJAR MEMINJAM / MEMBACA BUKU

PELAJAR MEMBUAT REKOD BACAAN

GURU MENILAI HASIL BACAAN PELAJAR

ANALISIS HUJUNG TAHUN

MENGUMPUL DATA 3 BULAN SEKALI

(MAC, JUN, OKTOBER)

GURU MEREKOD BILANGAN BACAAN MURID

AKTIVITI GALAKANMEMBACA

PENGIKTIRAFAN

Page 7: Program Bacaan Nilam Smkdk

8/9/2019 Program Bacaan Nilam Smkdk

http://slidepdf.com/reader/full/program-bacaan-nilam-smkdk 7/86

6. HADIAH GURU & STAF MEMINJAM BUKU TERBANYAK.(hadiah diberi hujung tahun)7. HADIAH KELAS REKOD NILAM TERKUMPUL PALING BANYAK.

a. Hadiah diberi hujung tahun.b. Hadiah juga diberi kepada Guru Tingkatan bagi kelas berkenaan.

PELAN TINDAKAN DAN PERLAKSANAAN(CARTA GANTT)

PROGRAM NILAM SMK DATO’ KAMARUDDINSESI 2010

BIL AKTIVITI BULAN

TARIKH JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEPT OKT

1 Mesyuarat JKProgram NILAM

22.4.2010

2 PelancaranPeringkatSekolah

24.4.2010

3 MembinaPengkalan Data Jan - Mac

4 Menyediakanbuku data RekodNILAM

1.4.2010

5 Mengedarkanbuku RekodNILAM

22.4.2010

6 Analisis Data 1 15.5.2010

7 Analisis Data 2 22.9.2010

8 Laporan 30.10.2010

9 Anugerah 1 13.6.2010

10 Anugerah 2 10.10.201011 Mesyuarat JK

NILAM(Post Mortem)

14.10.2010

PERLAKSANAAN SISTEM I-NILAM SECARA ONLINE

Dimaklumkan kutipan data NILAM secara online boleh dilaksanakan oleh GPM, Guru Data NILAM, GuruPenyelaras NILAM berkuatkuasa mulai 18-Feb-2010.

 Tanggungjawab

1. GPM - Mendaftar/mengemaskini maklumat pengguna peringkat sekolah dan memberi tahapcapaian sistem kepada pengguna sama ada sebagai Guru Data NILAM, Guru Penyelaras NILAMatau Guru NILAM.

2. Guru Data - Mendaftar/mengemaskini maklumat kelas dan murid3. Guru Data NILAM - Merekod/mengemaskini jumlah bacaan terkumpul setiap murid setakat 31-

Dis-2009 dan jumlah bacaan bulanan murid setiap hujung bulan.4. Guru Penyelaras NILAM - Mengesahkan data NILAM sekolah yang direkodkan oleh Guru

NILAM.

Page 8: Program Bacaan Nilam Smkdk

8/9/2019 Program Bacaan Nilam Smkdk

http://slidepdf.com/reader/full/program-bacaan-nilam-smkdk 8/86

 PELAKSANAAN 

 PROGRAM BACAAN  NILAM 

 Disediakan oleh

 Hasnida Bt Mat Isa

[email protected]