pelaksanaan program nilam di smk pending v7

57
i ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pending dari segi pencapaian objektif program itu sendiri dalam menggalakkan minat membaca di dalam kalangan pelajar. Kajian ini juga dapat memberi maklum balas terhadap penglibatan sekolah dalam mengadakan aktiviti-aktiviti galakan membaca menurut pandangan pelajar yang terlibat, serta kekangan yang dihadapi oleh pelajar sejak Program NILAM ini dilancarkan untuk tujuan merancang dan melaksanakan tindakan penambahbaikan dalam usaha memantap dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan Program NILAM khasnya di sekolah yang dikaji. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik yang akan diedarkan kepada sampel. Kajian rintis akan dijalankan terlebih dahulu bagi menguji kebolehpercayaan dan ketekalan instrumen yang digunakan. Seramai 155 sampel terdiri dari pelajar Tingkatan Dua akan dipilih sebagai sampel kajian. Adalah dijangkakan pelaksanaan Program NILAM di sekolah yang dipilih adalah masih pada tahap sederhana.

Upload: md-azani-sham

Post on 14-Feb-2016

66 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

program NILAM

TRANSCRIPT

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pending dari segi pencapaian objektif program itu sendiri dalam menggalakkan minat membaca di dalam kalangan pelajar. Kajian ini juga dapat memberi maklum balas terhadap penglibatan sekolah dalam mengadakan aktiviti-aktiviti galakan membaca menurut pandangan pelajar yang terlibat, serta kekangan yang dihadapi oleh pelajar sejak Program NILAM ini dilancarkan untuk tujuan merancang dan melaksanakan tindakan penambahbaikan dalam usaha memantap dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan Program NILAM khasnya di sekolah yang dikaji. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik yang akan diedarkan kepada sampel. Kajian rintis akan dijalankan terlebih dahulu bagi menguji kebolehpercayaan dan ketekalan instrumen yang digunakan. Seramai 155 sampel terdiri dari pelajar Tingkatan Dua akan dipilih sebagai sampel kajian. Adalah dijangkakan pelaksanaan Program NILAM di sekolah yang dipilih adalah masih pada tahap sederhana.

i

ABSTRACT

This study aims to evaluate the implementation of the Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) at Sekolah Menengah Kebangsaan Pending, Kuching, in terms of programs achievement in its objective to encourage reading among the students in the school. This study can also provide feedback from the perspective of the students involved on the activities organized by the school to encourage reading, and the constraints preventing the students from achieving the objektives of the program since it was launched. These feedbacks will be used for the purpose of planning and implementing improvements in order to strengthen and improve the effectiveness of the program, especially in the school. The study uses a quantitative approach using a set of questionnaires that will be distributed to a sample. A pilot study will be conducted prior to test the reliability and consistency of the instruments used. A total of 155 samples consisting of Form Two students will be selected for this study. It is expected that the implementation of Program NILAM in the school selected is at an intermediate level.

ii

KANDUNGAN

ABSTRAKiABSTRACTiiKANDUNGANiiiSENARAI JADUALvBAB 1PENDAHULUAN11.1Pengenalan11.2Latar belakang masalah21.3Pernyataan masalah41.4Tujuan kajian41.5Objektif kajian51.6Persoalan kajian51.7Kepentingan kajian61.8Skop kajian61.9Batasan kajian71.10Definisi istilah dan operasional71.10.1Program NILAM71.10.2Guru penyelaras Program NILAM71.10.3Guru pelaksana71.10.4Tahap jauhari81.10.5Tahap rakan pembaca81.11Rumusan8BAB 2SOROTAN LITERATUR92.1Pengenalan92.2Tahap pembacaaan102.3Faktor-faktor mempengaruhi minat membaca122.4Kekangan dalam pembacaan122.5Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)142.6Rumusan16BAB 3METODOLOGI173.1Pengenalan173.2Reka bentuk kajian183.3Populasi dan sampel kajian183.4Instrumen kajian193.4.1Soal selidik pelajar203.5Kesahan instrumen203.6Kajian rintis223.6.1Ujian kebolehpercayaan233.7Operasi kajian243.8Kaedah analisis data253.8.1Soal selidik253.8.2Pengekodan data253.8.3Kemasukan data263.9Andaian kajian263.10Jangkaan dapatan kajian263.11Rumusan26RUJUKAN28

v

SENARAI JADUAL

3.1Contoh Skala Likert (Haron, 2006)20

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

Pengenalan

Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) adalah satu program pembacaan murid yang berterusan sepanjang tahun sehingga mencapai objektif bagi melahirkan golongan pelajar yang paling banyak membaca buku. Program NILAM merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah-sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai kepada murid yang berjaya mengikuti program tersebut. Program tersebut adalah satu program pembacaan murid yang berterusan sepanjang tahun sehingga mencapai objektif untuk melahirkan golongan avid reader, iaitu pembaca bersemangat dan paling banyak membaca. Program tersebut telah dilaksanakan di semua sekolah rendah dan menengah bermula pada tahun 1999. Program NILAM adalah satu program yang terancang dan berterusan di semua sekolah rendah dan menengah seluruh negara sejak tahun 1999. Arahan perlaksanaan Program NILAM ini berdasarkan arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998. Pihak sekolah dikehendaki mematuhi arahan ini demi memupuk budaya suka membaca dalam kalangan pelajar dan dapat melahirkan pelajar yang berbakat dalam aktiviti penulisan.Matlamat utama program ini ialah untuk mewujudkan tabiat membaca yang berterusan dalam kalangan murid melalui pelbagai aktiviti agar murid banyak membaca dan menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca. Matlamat ini terkandung dalam Buku Program NILAM: Konsep dan Panduan Pelaksanaan Di Sekolah terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Latar belakang masalah

Dalam era globalisasi masa kini, kejayaan sesebuah negara bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Maka tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara.Bagi mencapai matlamat menjadi sebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi, murid harus didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan kaedah yang paling mudah adalah melalui pembacaan. Ini bersesuaian dengan salah satu matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013 - 2025, iaitu mengurus sumber dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan negara. Untuk itu, murid perlu menggunakan sumber bahan bacaan yang dibekalkan di sekolah secara lebih berkualiti bagi menzahirkan hasrat negara ini.Namun bagaimana untuk merealisasikan matlamat kerajaan ini jika tabiat membaca dalam kalangan murid masih berada di tahap yang rendah berbanding dengan negara maju yang lain. Tidak dapat dinafikan murid di negara kita agak kurang membaca berbanding dengan kanak-kanak sebaya mereka di negara luar. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, didapati hanya segelintir rakyat Malaysia yang gemar membaca. Dari segi konsepnya, Program NILAM ini amat baik dan selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memupuk dan membina tabiat membaca yang berterusan dalam kalangan masyarakat negara ini, khususnya golongan murid. Sehingga kini, pelaksanaan program ini telah berjalan selama sepuluh tahun di seluruh negara dengan melibatkan semua murid sekolah rendah dan menengah. Bagaimanapun, berdasarkan maklum balas awal daripada sekolah-sekolah melalui Pusat Kegiatan Guru dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri yang dikumpulkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan pada tahun 2003, peratusan murid yang menjayakan program ini berada pada tahap yang masih rendah berbanding enrolmen murid. Keadaan ini wujud akibat kadar penyertaan murid dan sekolah dalam Program NILAM ini masih belum menyeluruh, walaupun pelaksanaannya telah memasuki tahun ke sebelas. Berdasarkan kajian oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (2008), pelbagai alasan diberi oleh murid sekolah rendah apabila dikaitkan dengan minat membaca. Sejumlah 72.25% daripada mereka menyatakan ketiadaan masa sebagai alasan untuk tidak membaca, diikuti dengan 24.75% memberikan alasan mereka lebih suka bermain daripada membaca. Dan selebihnya memberikan pelbagai alasan yang berbeza apabila dikaitkan dengan minat membaca. Ditambah pula dengan pelbagai teknologi canggih zaman ini, murid-murid lebih gemar bermain permainan video interaktif berbanding membaca.Program NILAM telah diwujudkan sebagai satu usaha KPM membina tabiat membaca dalam kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan di Kementerian Pendidikan ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan pada Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998. Setiap sekolah di Malaysia wajib menjalankan Program NILAM di sekolah bagi memperkasa minat membaca dalam kalangan murid. Seterusnya pada 12 Mei 2005 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2005 dikeluarkan bagi memperkukuhkan perlaksanaan Program NILAM ini di sekolah. Namun berdasarkan kutipan data NILAM yang dibuat oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (2008), hanya 84.43 % sahaja murid yang terlibat di dalam Program NILAM di seluruh sekolah di Malaysia. Manakala purata bacaan yang dicatatkan adalah empat buah buku bagi setiap murid di dalam setahun. Manakala daripada 10,310 buah buku yang dibaca, hanya 1,273 buah buku sahaja yang dikategorikan sebagai bahan berbentuk ilmiah. Ini menunjukkan minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah amat rendah jika dibandingkan dengan negara-negara luar. Contohnya, Negara China menduduki ranking tertinggi bacaan dengan melibatkan 180,000 naskah setahun diikuti dengan United Kingdom sebanyak 116,000 buah buku setahun. Mungkin jika dibandingkan Negara China yang mempunyai bilangan penduduk yang tinggi, agak mustahil untuk negara kita menandinginya namun bagi Negara India sendiri menunjukkan bacaan yang lebih tinggi berbanding Malaysia apabila melebihi 34,690 buah buku.Oleh yang demikian, daya kepimpinan dan kecekapan bidang pengurusan bagi guru-guru yang terlibat amat diperlukan bagi memastikan kejayaan Program NILAM di peringkat dasarnya. Dengan pelbagai sumber yang ada serta bekalan koleksi buku-buku ke Pusat Sumber Sekolah ditambah pada setiap tahun berdasarkan grant perkapita bantuan kerajaan, seharusnya program ini tidak disia-siakan. Oleh itu, kejayaan Program NILAM sangat bergantung kepada daya kepimpinan dan kecekapan pengurusan guru untuk dilaksanakan dengan lebih berkesan di sekolah seperti yang dinyatakan oleh Rosenblum (1979) dalam penulisannya berkaitan kepimpinan. Oleh yang demikian, guru-guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang terlibat dengan Program NILAM ini perlu menunjukkan daya kepimpinan dan kecekapan pengurusan mereka bagi memastikan setiap wang yang mengalir keluar tidak dibazirkan. Ini bersesuaian dengan agenda di dalam PIPP 2013 - 2025 bagi mengurus sumber dengan berkesan berdasarkan sumber yang diberi.

Pernyataan masalah

Sehingga kini, belum ada sebarang kajian yang dijalankan bagi menilai pelaksanaan terhadap Program NILAM di SMK Pending. Atas kesedaran ini, maka satu bentuk penilaian yang menyeluruh bagi menilai pelaksanaan dan tahap pencapaian matlamat Program NILAM perlu dilaksanakan. Matlamat ini adalah penting untuk merancang dan melaksanakan tindakan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan Program NILAM di sekolah ini. Hal ini selaras dengan pandangan Ahmad (2002), yang menyatakan bahawa penilaian adalah satu disiplin yang amat penting bagi memastikan sesuatu program itu berjaya. Sesuatu program atau projek itu tidak boleh dikatakan berjaya kecuali setelah dikenalpasti kekuatan dan kelemahannya. Oleh itu, sebarang langkah pembetulan dapat diambil dan proses penambahbaikan dapat dilaksanakan agar sesuatu program atau projek itu mencapai matlamat yang dihasratkan. Penilaian konteks tertumpu kepada hasil penulisan responden sebelum dan selepas mengikuti Program NILAM. Tujuan penilaian ini adalah untuk menentukan Projek NILAM amat membantu pencapaian penulisan pelajar bersesuaian dengan program NILAM. Penilaian input pula tertumpu kepada sumber yang terlibat bagi membantu pembuat keputusan dalam menentukan cara-cara untuk mencapai matlamat dan objektif sesuatu program.

Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program NILAM di Sekolah Menengah Kebangsaan Pending dari segi pencapaian objektif program itu sendiri dalam menggalakkan dan meningkatkan tabiat dan minat membaca dalam kalangan pelajar di samping menilai tahap penglibatan pihak sekolah dari segi aktiviti-aktiviti galakan membaca yang dijalankan menurut pandangan pelajar yang terlibat. Selain itu, kajian ini juga dapat mengumpul maklumat tentang kekangan yang mereka hadapi yang menghalang pelajar daripada melibatkan diri atau mencapai objektif Program NILAM.

Objektif kajian

Kajian ini secara amnya, bertujuan untuk mengenal pasti status pelaksanaan program NILAM di Sekolah Menengah Kebangsaan Pending dalam mencapai matlamat program tersebut dari sudut pandangan pelajar-pelajar Tingkatan 2 di sekolah itu sendiri. Secara khususnya, objektif kajian ini bertujuan untuk:(i) Mengenal pasti kesan pelaksanaan Program NILAM terhadap menggalakkan pelajar banyak membaca menurut pelajar sendiri; (ii) Mengenal pasti penglibatan Sekolah Menengah Kebangsaan Pending dalam pelaksanaan Program NILAM dari aspek aktiviti-aktiviti galakan membaca menurut pandangan pelajar; (iii) Mengenal pasti kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pelajar yang menghalang dari mencapai matlamat pelaksanaan Program NILAM.

Persoalan kajian

Kajian ini merujuk kepada beberapa soalan yang akan memberikan jawapan kepada masalah yang wujud. Persoalan yang diwujudkan adalah sesuai untuk mencapai objektif kajian ini. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah khusus untuk membuat kajian tentang pelaksanaan Program NILAM di Sekolah Menengah Kebangsaan Pending, Kuching. Persoalan-persoalan kajian yang cuba dijawab adalah seperti berikut:(iv) Sejauh manakah pelaksanaan Program NILAM dapat menggalakkan murid agar banyak membaca?(v) Sejauh manakah penglibatan sekolah menurut pandangan pelajar mengenai pelaksanaan Program NILAM dalam menggalakkan murid agar banyak membaca melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan?(vi) Apakah kekangan-kekangan utama yang dihadapi oleh pelajar yang menghalang objektif pelaksanaan Program NILAM?Kepentingan kajian

Input dan maklumat daripada kajian ini penting sebagai maklum balas kepada pentadbir dan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan program ini. Kajian ini dapat memberi maklumat tentang kesan pelaksanaan Program NILAM di sekolah tumpuan dalam menggalakkan pelajar untuk minat membaca. Kajian ini juga dapat memberi maklum balas terhadap pandangan pelajar mengenai penglibatan sekolah dalam pelaksanaan Program NILAM dari aspek aktiviti-aktiviti galakan membaca yang telah dijalankan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pelajar yang menghalang mereka dari mencapai objektif Program NILAM. Maklumat dari kajian ini dapat digunakan untuk tujuan merancang dan melaksanakan tindakan penambahbaikan dalam usaha memantap dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan Program NILAM khasnya di sekolah yang dikaji.

Skop kajian

Kajian ini menilai sejauh mana kesan pelaksanaan Program NILAM dalam menggalakkan pelajar minat membaca melalui aktiviti-aktiviti dan program yang dijalankan. Penglibatan sekolah dan pengurusan dari segi aktiviti-aktiviti galakan membaca turut dinilai menurut pandangan pelajar yang terlibat. Termasuk di dalam skop kajian adalah untuk mengenal pasti kekangan-kekangan utama dalam pelaksanaan program NILAM di Sekolah Menengah Kebangsaan Pending.Sebagai satu kajian sosial, ada beberapa kekangan yang boleh menyukarkan proses menginterpretasi data secara menyeluruh. Kajian ini menggunakan pendekatan khusus dengan mengumpul data daripada perspektif pelajar yang terlibat untuk mendapat maklumat terhadap pelaksanaan Program NILAM di sekolah tersebut. Skop kajian ini juga tertumpu kepada pelajar yang menduduki Tingkatan Dua sahaja yang merupakan peringkat tertinggi di dalam menengah rendah tanpa menglibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PT3.

Batasan kajian

Ketepatan keputusan kajian bergantung kepada kualiti maklumat yang diperoleh daripada sampel kajian. Skalar piawaian kualiti, prosedur, instrumen dan mekanisme akan dituruti untuk mendapat hasil yang meyakinkan dengan menggunakan set soal selidik dan perisian SPSS versi 24 dan Microsoft Excel 2010.

Definisi istilah dan operasional

Beberapa istilah yang sering digunakan dalam kajian ini akan dihuraikan dalam sub topik di bawah.

Program NILAM

NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.

Guru penyelaras Program NILAM

Bahagian Teknologi Pendidikan (2005), mentakrifkan Guru Penyelaras Program NILAM sebagai guru yang bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan pelaksanaan Program NILAM.

Guru pelaksana

Guru Pelaksana menurut Bahagian Teknologi Pendidikan (2005), merupakan guru yang bertanggungjawab menjalankan program NILAM di sekolah. Guru-guru tersebut adalah guru kelas, guru panitia atau mata pelajaran Bahasa, Matematik atau Sains, Kemanusiaan, Teknik dan Vokasional.

Tahap jauhari

Berdasarkan takrifan Bahagian Teknologi Pendidikan (2005), Tahap Jauhari adalah tahap pertama dalam Program NILAM. Tahap ini adalah untuk membina Kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Semua murid diwajibkan mengikuti aktiviti galakan membaca yang dirancang dan dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS) sepanjang tahun.

Tahap rakan pembaca

Bahagian Teknologi Pendidikan (2005), menjelaskan bahawa Tahap Rakan Pembaca merupakan tahap kedua untuk membantu percambahan penyertaan murid dan percambahan penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dilakukan sekiranya tahap pertama dapat disempurnakan. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Murid layak memasuki tahap ini setelah membaca sejumlah 100 buah buku.

Rumusan

Bab 1 membincangkan masalah yang dikaji seperti pernyataan masalah kajian, kerangka konsep kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian dan batasan kajian yang melibatkan kumpulan sasaran kajian. Kajian ini perlu untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap pelaksanaan Program NILAM di Sekolah Menengah Kebangsaan Pending, Kuching. 27

SOROTAN LITERATUR

SOROTAN LITERATUR

Pengenalan

Membaca merupakan asas penting kepada penjanaan budaya ilmu. Kepentingan membaca dalam pembangunan kebudayaan dan tamadun manusia memerlukan usaha-usaha berterusan untuk membangunkan tamadun berasaskan ilmu. Asas kepada pemerolehan ilmu ini berkait rapat dengan peristiwa turunnya ayat Al Quran yang pertama iaitu Surah Al-Alaq dalam sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w. Surah ini mengisahkan kepentingan pembacaan dan literasi dalam Islam (Ali, 1997). Kepentingan memupuk amalan dan budaya membaca dalam kalangan murid-murid untuk membangunkan tamadun ilmu ini merupakan salah satu agenda utama ke arah meningkatkan kualiti pendidikan sesebuah negara khususnya Malaysia.Pengertian sebenar tentang membaca amat penting. Oleh itu, bentuk sesuatu program membaca boleh dirancang untuk memenuhi matlamatnya. Rubin (1993), telah menjelaskan bahawa membaca boleh didefinisikan sebagai satu proses yang kompleks dan dinamik. Proses membaca melibatkan aspek pengetahuan sedia ada, sosial, pengalaman dan juga emosi berinteraktif pada minda pembaca dalam usaha untuk memahami dan menginterpretasikan bahan bacaan.Dengan membaca, manusia dapat memperolehi ilmu dan memanfaatkan segala bahan yang dibaca untuk mencapai kesejahteraan diri, masyarakat dan negara (Adnan, 1989). Membaca juga dianggap sebagai kunci pendidikan sepanjang hayat dan kelengkapan ikhtiar hidup kepada generasi akan datang (Abdul Hamid, 1988).Antara cara yang paling baik untuk memupuk budaya membaca adalah melalui usaha melatih dan membimbing kanak-kanak dengan pembacaan. Golongan inilah yang bakal menerajui pemerintahan pentadbiran negara pada masa akan datang dengan menggunakan pengetahuan yang diperolehi.

Tahap pembacaaan

Pada tahun 2005, satu kajian telah dijalankan secara usaha sama antara Perpustakaan Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia bertujuan untuk mengenal pasti profil tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai kesinambungan daripada kajian yang telah dijalankan pada tahun 1996. Kajian tersebut telah dijalankan secara temubual bersemuka menerusi kaji selidik berstruktur melibatkan informen seramai 60,441 orang atau bersamaan dengan 0.23% jumlah penduduk Malaysia. Kajian telah menumpukan kepada golongan yang berumur 5 tahun ke atas dan melibatkan kawasan persekitaran yang berbeza iaitu penduduk di bandar dan di luar bandar. Kajian telah mendapati bahawa peratusan boleh membaca atau literasi membaca rakyat Malaysia pada tahun 2005 adalah 92.0% bagi mereka yang berumur 10 tahun dan ke atas. Sebagai perbandingan, Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 1996 telah mendapati bahawa kadar literasi rakyat Malaysia bagi mereka yang berumur 10 tahun dan ke atas ialah 93.0%. Ini bermakna dalam tempoh 10 tahun lalu, didapati kadar literasi rakyat Malaysia telah menurun sebanyak 1.0% bagi kumpulan umur 10 tahun ke atas. Terdapat tiga punca utama kalangan masyarakat di Malaysia tidak membaca iaitu mereka lebih berminat kepada aktiviti lain (60.4%), tiada masa lapang (15.2%) dan tidak berminat membaca (13.5%). Kajian Olahan Semula Profil Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 2010 pula merumuskan bahawa secara puratanya, golongan yang berusia 10 hingga 40 tahun membaca 8 buah buku setahun, manakala mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun hanya membaca enam buah buku setahun. Fenomena ini menjelaskan bukti bahawa tahap pembacaan dalam kalangan masyarakat di negara ini masih sangat rendah dan menjelaskan bahawa semakin meningkat umur seseorang maka semakin menurun tabiat membaca dalam kalangan penduduk di negara ini.Long, A. et. al. (1984), mengenengahkan pelbagai senario sikap dan budaya membaca di Malaysia. Satu perkara yang dapat dikenal pasti berasaskan kajian utama pembacaan di atas ialah dilema atau keadaan seseorang yang boleh membaca tetapi tidak mengamalkannya sebagai tabiat sepanjang hayat. Situasi ini dikenali sebagai aliteracy dalam Bahasa Inggeris (McDuffee, 2004). Beliau menejelaskan bahawa aliterasi ialah satu keadaan seseorang yang berkeupayaan atau mampu membaca tetapi tidak ambil peduli dan bosan membaca sama ada untuk tujuan akademik atau pengkayaan ilmu.Kajian budaya membaca di atas masih boleh dipertingkatkan dalam konteks merentas masa dan usaha-usaha kepentingan memupuk budaya membaca. Budaya membaca ini adalah penting seiring dengan kemajuan ICT dan penguasaan sesuatu ilmu untuk memakmurkan ekonomi sesebuah negara.Kajian Reading at Risk oleh The National Endowment for the Arts di Amerika Syarikat adalah antara kajian terkini tentang tabiat dan sikap membaca yang menyeluruh. Kajian mendapati kurang daripada 50% rakyat Amerika yang berumur 18 tahun ke atas membaca novel, drama, cerpen dan puisi. Pembelian pelbagai jenis bahan bacaan juga didapati menurun. Lebih membimbangkan lagi menurut kajian tersebut, kehilangan pembaca muda saban tahun semakin serius. Fenomena penurunan budaya membaca yang memeranjatkan ini berlaku pada setiap tahap pendidikan dan kumpulan etnik.Membaca adalah suatu aktiviti yang mengambil kira beberapa strategi kognitif dan metakognitif. Membaca juga melibatkan aspek-aspek linguistik serta metalinguistik bahan teks itu sendiri sama ada dalam Bahasa Melayu atau bahasa-bahasa lain. Pembaca perlu ada keupayaan menggunakan pelbagai strategi kognitif dan metakognitif untuk memahami teks (Olshavsky, 1977; Mustapha, 1992), dan mencari skemata yang relevan supaya maksud sebenar isi teks yang dibaca dapat difahami dan diperkayakan (Mustapha, 1992). Kemahiran ini penting agar pembaca dapat menaakul dengan lebih berkesan lagi akan bahan yang dibaca.Hashim & Norazit (1992), mendapati beberapa elemen dalam kehidupan kanak-kanak boleh memberi sumbangan kepada sikap membaca mereka. Penekanan berkaitan pembacaan seperti yang terkandung dalam kurikulum, masyarakat, keluarga dan sekolah adalah penting kepada perkembangan kanak-kanak dalam pembacaan.Hasil kajian dari Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pendidikan, telah mendorong mereka melancarkan Program NILAM. Hasrat utama program ini adalah untuk menyemai tabiat membaca dalam kalangan murid-murid muda yang datang dari pelbagai latar belakang sosioekonomi. Sebahagian daripada insentif yang dibuat ialah dengan mengadakan Anugerah NILAM Kebangsaan dan Khemah Membaca Kebangsaan. Program tersebut adalah bentuk pengiktirafan dan insentif kepada murid yang berjaya mancapai tahap pembacaan yang ditentukan dalam Program NILAM.

Faktor-faktor mempengaruhi minat membaca

Keshian (1980), dalam kajiannya menyebut bahawa kejayaan dalam bacaan dipengaruhi oleh beberapa faktor yang saling berkaitan, iaitu kecerdasan, kemudahan-kemudahan bacaan di rumah dan ibu bapa yang membaca untuk anak-anak mereka semasa kecil lagi. Menurut beliau, kecerdasan penting kerana kemampuan seseorang murid memahami bahan bacaan bergantung kepada kebolehannya menghubungkaitkan bahan yang dibaca dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada padanya.Lietz (1990), menyatakan bahawa faktor pendidikan ibu bapa pula perlu dipandang berat kerana hanya ibu bapa yang berpendidikan dan tinggal di kawasan maju atau bandar metropolitan serta mempunyai tahap sosioekonomi yang tinggi dapat menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran kepada anak-anak mereka.Haron (1982), telah melakukan kajian tentang kegemaran membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah menengah di bandar Tampin, Negeri Sembilan. Kajian tersebut mendapati murid-murid perlu disediakan dengan bahan-bahan bacaan yang berbagai ragam, baik dari segi jenis mahupun dari segi kandungan untuk memenuhi minat mereka yang berbeza-beza.Tey (1988), mendapati pengaruh keluarga ke atas minat membaca adalah kuat, dan jelas bahawa hubungan antara minat membaca dengan aspek keluarga yang dikaji adalah signifikan. Minat membaca adalah lebih tinggi dalam kalangan murid di bandar yang dipengaruhi oleh faktor ibu bapa berpendidikan tinggi, kekerapan berinteraksi dengan ibu bapa dan mempunyai kelengkapan kemudahan membaca yang baik di rumah.

Kekangan dalam pembacaan

Menurut BTP (2005), dilaporkan status penglibatan murid sekolah rendah dalam Program NILAM ialah 65.1% (1,934,280 murid) daripada jumlah keseluruhan enrolmen murid sekolah rendah (2,972,887 murid). Jumlah murid yang mendapat pengiktirafan NILAM Tahap Jauhari hanya 25% (483,710 murid). Bagi pelajar sekolah menengah, sebanyak 62.5% (1,189,992 murid) daripada jumlah enrolmen murid sekolah menengah (1,903,557 murid) menyertai Program NILAM. Dari jumlah tersebut, hanya 16.4% (194,574 murid) sahaja yang mencapai Tahap Jauhari.Bagi Tahap Rakan Pembaca, penglibatan murid sekolah rendah ialah 36.6% (1,189,992 murid) daripada jumlah enrolmen murid dan pencapaian murid pada tahap ini hanya mencapai 12% (130,467 murid). Penglibatan murid sekolah menengah dalam Tahap Rakan Pembaca ialah 37.1% (706,939 murid) daripada enrolmen murid dan pencapaian pada tahap ini hanya 5.8% (41,187 murid).Di samping itu, menurut laporan tersebut, ada dilaporkan beberapa kekangan yang dihadapi dalam pelaksanaan Program NILAM di sekolah. Antaranya ialah isu penyemakan buku rekod membaca murid yang dianggap sebagai mengganggu tugasan guru. Murid pula menganggap membuat ulasan buku atau sinopsis sebagai memakan masa kerana tugasan kerja rumah perlu dibereskan. Sikap murid yang masih kurang berminat, kekurangan kewangan dan penggunaan PSS untuk aktiviti lain turut menyumbang kepada kekangan dalam pelaksanaan program ini. Selain itu, aktiviti sokongan pengurusan sekolah kepada murid dan guru-guru pusat sumber dalam menjalankan aktiviti bacaan di sekolah masih menjadi alasan utama dalam usaha merealisasikan Program NILAM di sekolah-sekolah.Kajian tinjauan minat membaca responden yang berumur antara 16 hingga 50 tahun oleh Long, A. et. al. (1984), menunjukkan tahap membaca adalah rendah. Dapatan menunjukkan 59% responden menyatakan sebab utama tidak membaca adalah kerana tiada masa, dan 11% responden menyatakan bahawa ada kerja lain yang lebih utama daripada membaca. Kajian tersebut juga mendapati hampir keseluruhan daripada 20,000 responden menyatakan mereka tiada masa untuk tujuan membaca yang serius.Kesan daripada kajian tersebut, penekanan terhadap kemahiran 3M dalam sukatan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan. Antara tindakan lain adalah mengadakan pameran penerbitan berbagai jenis bahan bacaan dan usaha serta aktiviti galakan membaca di sekolah dan masyarakat umumnya. BTP, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan satu kajian kes tentang minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah pada tahun 1997. Kajian ini menunjukkan bahawa tahap membaca dalam kalangan murid sekolah rendah sangat rendah kerana bahan bacaan tidak menarik, buku yang tidak mencukupi, murid tidak mahu membaca, murid tidak mampu membeli buku, buku tidak sesuai, murid tidak berpeluang ke pusat sumber, membaca dianggap membosankan dan tidak berminat membaca sejak kecil.Keadaan ini berkait rapat dengan dapatan Frank & Associates (1996). Dalam kajian mereka mendapati bahawa anak-anak yang tidak boleh membaca sememangnya tidak pernah diajar atau digalakkan membaca. Golongan ini juga dikatakan tidak berminat untuk membaca, malas dan tidak mempunyai keyakinan untuk membaca.

Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)

Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) adalah satu program galakan membaca yang sistematik dan berterusan sepanjang tahun bagi mencapai objektif melahirkan golongan 'avid reader' iaitu pembaca tegar yang menjadikan tabiat membaca sebagai satu tabiat yang berkekalan dalam diri mereka, Disamping itu, program anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 1998 ini bertujuan menggalakkan sekolah menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca (Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998),Program ini dilaksanakan dengan menggabungkan pelbagai aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah-sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai kepada murid yang berjaya mengikuti program ini. Aktiviti galakan membaca yang dimaksudkan adalah seperti Projek Iqra', Program Membaca Amalan Sihat (MAS), Program Baca Untuk Tingkat Ilmu (BUKTI), Program Banyak Membaca, Khemah Membaca dan Kuiz Bestari. Aktiviti ini selalunya dilaksanakan di sekolah-sekolah mengikut kesesuaian dan kewajaran dari segi lokasi, saiz dan kemudahan di setiap negeri.Dari sudut pengiktirafan pula, Program NILAM membahagikannya kepada dua tahap. Tahap pertama ialah Jauhari dan tahap kedua ialah Rakan Pembaca. Pada Tahap Jauhari, semua aktiviti bertujuan menjurus ke arah penguasaan kemahiran membaca dan pemupukan tabiat membaca kendiri yang berterusan. Tahap Rakan Pembaca pula bertujuan memberi periekanan terhadap kebolehan murid untuk membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Pada tahap ini, murid terlibat perlu melaksanakan aktiviti Rakan Pembaca seperti bercerita, bicara buku dan membaca bersama setelah diberi panduan melalui bengkel dan sesi tunjuk ajar.Program ini melibatkan semua murid Tahun Satu di sekolah rendah dan pelajar Tingkatan Satu atau Peralihan, sejak dari mula hingga tamat persekolahan. Mereka dikehendaki merekod bacaan masing-masing dan rekod bacaan ini perlu disahkan oleh guru mata pelajaran atau guru-guru lain. Setiap tahun, guru tingkatan atau sesiapa yang dilantik oleh pihak pentadbir akan mencatatkan bilangan buku dan membuat catatan ringkasan tentang bahan yang dibaca dalam buku rekod berkenaan. Maklumat ini dikumpulkan sehinggalah murid tersebut menamatkan persekolahannya sebelum pengiktirafan diberikan. Sistem merekod bacaan murid, pemarkahan dan pemberian ganjaran dikelolakan secara berpusat.Dari segi konsepnya, Program NILAM ini amat baik dan selaras dengan dasar kerajaan untuk memupuk dan membina tabiat membaca yang berterusan dalam kalangan masyarakat negara ini. Namun setelah enam tahun dilaksanakan, timbul persoalan tentang sejauh mana objektif untuk menyemai tabiat membaca ini tercapai. Ini disebabkan maklum balas awal daripada sekolah-sekolah melalui Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) yang dikumpulkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan pada tahun 2003 menunjukkan bahawa peratusan murid yang menjayakan program ini berada pada tahap yang masih rendah berbanding enrolmen murid. Laporan Pencapaian Pelaksanaan Program NILAM 2003 yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 1/2004 pada 10 Februari 2004 pula menunjukkan bahawa jumlah murid sekolah rendah yang melibatkan diri dalam Program NILAM Tahap Jauhari ialah 1,934,280 (65.1%) daripada 2,972,887 jumlah murid. Bagi sekolah menengah pula, jumlah murid yang menyertai program ini ialah 1,189,992 (62.5%) daripada jumlah murid keseluruhannya (1,903,557). Daripada jumlah tersebut, hanya 483,710 (25.0%) murid sekolah rendah mencapai Tahap Jauhari dan 130,461 (12.0%) mencapai Tahap Rakan Pembaca. Manakala, bagi peringkat sekolah menengah pula, sejumlah 194,574 (16.4%) pelajar mencapai Tahap Jauhari dan 41,187 (5.8%) pelajar mencapai Tahap Rakan Pembaca.Justeru, pada tahun 2004, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif melaksanakan satu kajian bagi menilai secara menyeluruh proses pelaksanaan dan tahap pencapaian matlamat program NILAM. Maklumat ini adalah penting kepada semua pihak dalam merancang dan melaksanakan tindakan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan Program NILAM. Skop kajian keberkesanan program NILAM ini melibatkan lima persoalan utama tetapi bagi tujuan penulisan laporan ini, hanya persoalan sejauhmana program NILAM menggalakkan tabiat membaca menjadi tumpuan perbincangan. Persoalan ini pula dikaji dari sudut pandangan murid di sekolah tumpuan.

Rumusan

Bab 2 membincangkan tentang kajian-kajian lepas yang ada kaitan dengan Program NILAM. Antara kajian yang dbincangkan adalah tentang tahap pembacaan, kesesuaian dan kecukupan bahan bacaan serta kekangan dalam pembacaan. Pembacaan dan pemahaman yang kukuh tentang tinjauan literatur berkaitan amat penting kepada pengkaji untuk menjayakan kajian ini.

METODOLOGI

METODOLOGI

Pengenalan

Bahagian ini merungkaikan reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisisan data. Selain itu, huraian mengenai kajian rintis bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan juga dikemukakan.Metodologi merupakan kaedah yang diguna pakai dalam kajian untuk mendapatkan maklumat bagi mencapai objektif kajian. Kaedah yang sesuai harus dipilih bagi menjalankan kajian kerana ia melibatkan punca masalah dan penyelesaian masalah. Pada akhir kajian ini, data-data yang terkumpul hendaklah merangkumi punca-punca masalah, faktor yang mempengaruhi masalah dan cara penyelesaiannya. Hal ini kerana dapatan kajian akan dimanfaatkan oleh pihak tertentu dalam menangani masalah yang dikaji. Hasil kajian ini akan mempengaruhi kepentingan dan kejayaan kajian.Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti status pencapaian pelaksanaan Program NILAM di Sekolah Menengah Kebangsaan Pending, Kuching. Data-data akan dikumpul dan diperoleh melalui soalan kaji selidik. Sebelum menjalankan kajian, beberapa prosedur yang sesuai semasa menjalankan kajian akan dibincangkan bersama-sama dengan penyelia. Sebelum menjalankan sesuatu kajian, pengkaji harus memohon dan mendapatkan kelulusan untuk menjalankan kajian kerana kajian seperti ini melibatkan pelajar yang sedang mengikuti kelas dalam waktu persekolahan. Maka, kebenaran daripada pihak sekolah adalah perlu sebelum set-set soal selidik diedarkan kepada pelajar-pelajar berkenaan.Reka bentuk kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Untuk kajian yang menggunakan pendekatan ini, kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik bakal digunakan. Instrumen khas telah dibina untuk mendapatkan data yang tepat dan komprehensif bagi menilai pelaksanaan Program NILAM di Sekolah Menengah Kebangsan Pending.Reka bentuk ini sesuai digunakan untuk mendapatkan keseragaman fakta dan maklumat daripada responden secara sistematik. Melalui reka bentuk jenis tinjauan juga, pelbagai permasalah dapat dikaji secara menyeluruh. Pengumpulan data melalui kaedah ini juga adalah lebih efisien dan menjimatkan masa berbanding kaedah lain (Sani, et. al. 1999).

Populasi dan sampel kajian

Pengkaji telah memutuskan untuk membuat kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Pending. Bagi pelaksanaan Program NILAM, sekolah tersebut mempunyai dua orang guru penyelaras bagi setiap sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang, Sembilan orang guru pelaksana bagi Bahasa Malaysia, lapan orang guru pelaksana bagi Bahasa Inggeris, dan tiga orang guru pelaksana bagi Bahasa Cina. Populasi bagi kajian ini adalah pelajar-pelajar di sekolah ini, Fokus bagi kajian ini tertumpu kepada pelajar-pelajar Tingkatan 2 seramai 262 orang daripada sembilan kelas. Saiz sampel ditentukan berdasarkan Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie & Morgan (1970) iaitu seramai 155 orang. Jadual penentuan saiz sampel ini diterima pakai oleh ahli akademik dan memudahkan pengkaji menentukan saiz sampel.Pengkaji menggunakan persampelan purposif untuk memastikan keseimbangan di antara pelajar lelaki dan perempuan meliputi semua kelas di dalam Tingkatan 2. Sampel yang dipilih terdiri daripada 77 orang pelajar lelaki dan 78 orang pelajar perempuan. Semua pelajar ini terlibat secara langsung dalam Program NILAM.

Instrumen kajian

Instrumen merupakan alat ukur yang digunakan dalam menentukan sama ada data serta maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi atau sebaliknya. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Ini kerana, kaedah penggunaan borang soal selidik dapat membantu dalam pengumpulan data secara terus daripada subjek. Selain itu, ia juga dapat memberi fokus yang lebih baik terhadap masalah yang dihadapi di samping memberikan cadangan bagi menyelesaikan masalah tersebut.Mohd. Najib (1999), menyatakan bahawa borang soal selidik selalu digunakan untuk mendapatkan pandangan responden terhadap persoalan dan objektif kajian. Ini kerana, ianya dapat mengukur persepsi, sikap dan pandangan seseorang responden selain daripada keterangan latar belakang. Selain daripada itu, Manson & Bramble (1997) berpendapat, borang soal selidik dapat membantu responden dalam mendapatkan gambaran tentang maklumat yang diperlukan dan memudahkan proses analisis data. Selain itu juga, borang soal selidik dapat menjimatkan masa seseorang responden untuk memberikan maklum balas kepada setiap item yang terkandung di dalamnya.Instrumen yang digunakan adalah mengikut instrumen yang pernah digunakan di dalam kajian oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2004. Kajian ini merupakan kajian menyeluruh yang menilai proses pelaksanaan dan tahap pencapaian matlamat Program NILAM. Walaubagaimanapun, bagi tujuan kajian ini, pengkaji hanya mengambil instrumen yang melibatkan sejauh mana Program NILAM menggalakkan murid untuk membaca dari pandangan pelajar di sekolah tumpuan.Sehubungan dengan itu, pengkaji telah menggunakan instrumen dengan item soalan jenis Likert dan pilihan jawapan diubahsuai dari skala Likert. Terdapat lima (5) variasi jumlah pilihan jawapan dan responden akan memilih daripada 5 skala mata Likert iaitu 1 (Sangat Tidak Setuju) kepada 5 (Sangat Setuju) bagi menandakan persetujuan terhadap kenyataan yang diberi. Penggunaan Skala Likert akan memudahkan responden untuk menanda jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan.

Jadual 3.1Contoh Skala Likert (Haron, 2006)Sangat tidak setujuTidak setujuKurang setujuSetujuSangat setuju

(STS)(TS)(KS)(S)(SS)

Skor12345

Instrumen yang digunakan dalam melaksanakan kajian ini adalah dengan menggunakan satu set soal selidik. Bagi meneliti pandangan pelajar tentang kesan Program NILAM terhadap tabiat membaca, 8 item digunakan bagi setiap set soal selidik dan skala Likert lima poin digunakan.

Soal selidik pelajar

Soal selidik ini terdiri daripada tiga (4) bahagian. (ii) Bahagian A: Profil latar belakang responden. (iii) Bahagian B: Kesan pelaksanaan Program NILAM terhadap minat membaca pelajar.(iv) Bahagian C: Penglibatan sekolah terhadap pelaksanaan Program NILAM(v) Bahagian D: Kekangan terhadap pelaksanaan Program NILAM

Bahagian A mengandungi tujuh (7) item tentang maklumat jantina, keturunan, pekerjaan ibu/bapa atau penjaga, tahap pendidikan ibu bapa atau penjaga, dan pendapatan keluarga. Bahagian B mengandungi sepuluh (10) item tentang kesan pelaksanaan Program NILAM terhadap minat membaca pelajar.Bahagian C mengandungi sepuluh (10) item tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dari perspektif pelajar.Bahagian D pula mengandungi 15 item tentang kekangan yang dihadapi pelajar dari mencapai matlamat Program NILAM.

Kesahan instrumen

Fraenkel & Norman (2005) berpendapat bahawa kesahan adalah sebagai ketepatan, kebenaran, bermakna dan kebolehgunaan instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan. Tujuan penyelidik membuat kesahan instrumen adalah bagi menjamin kesahan item-item kajian agar bersifat: (b) dapat dipertahankan hasil kajiannya tepat dan berguna, (c) ketepatan menjawab persoalan kajian, (d) kesesuaian relevan dengan tujuan kajian, (e) bererti - memberi makna terhadap data melalui skor, dan (f) kebolehgunaan mampu membuat keputusan berhubung dengan apa yang cuba dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut boleh menyediakan maklumat yang bermakna mengenai tajuk dan pembolehubah yang hendak diukur untuk menginferenkan data kajian (Fraenkel, Norman & Wallen, 2005).

Menurut Fraenkel, Norman & Wallen (2005), terdapat tiga (3) teknik dalam menentukan kesahan instrumen. 1. Content - related evidence of validity. Ia merujuk kepada ketepatan kandungan dan format instrumen, sifat komprehensif instrumen, kebolehgunaan variabel, ketepatan dan kecukupan kandungan item-item yang boleh memberi kefahaman kepada sampel untuk menjawabnya serta ketekalan kandungan dan format item untuk diukur dan dinilai oleh sampel. Teknik ini menggunakan sekumpulan pakar rujuk bagi membuktikan ketepatan kandungan item ketika menilai instrumen. (h) Criterion - related evidence of validity. Ia merujuk kepada perhubungan antara skor yang diperolehi dari satu instrumen dengan skor yang diperolehi daripada satu atau lebih instrumen yang lain untuk melihat bagaimana kekuatan hubungan instrumen-instrumen tersebut. (i) Construct - related evidence of validity. Ia merujuk kepada darjah pembuktian yang total diperolehi secara tekal daripada pelbagai bukti yang berbeza.

Muktar (2009) menyatakan sebelum soalan ditadbirkan adalah baik jika mendapatkan pandangan pakar untuk kerja - kerja penyuntingan. Untuk memastikan kesahan intrumen ini, semua komponen soal selidik bagi setiap item akan dibincangkan dan disemak dengan penyelia projek untuk menentukan item - item yang dimasukkan dalam soal selidik ini bersesuaian dengan soalan kajian, di mana setiap pernyataan tersebut mengukur apa sebenarnya yang hendak diukur. Dalam kajian ini, bagi memperoleh kesahan untuk soal selidik, soalan-soalan soal selidik dan kandungan penyelidik akan dibincangkan dan dipersetujui oleh penyelia sebelum kajian sebenar dilaksanakan.

Kajian rintis

Sebelum kajian sebenar dijalankan, satu kajian rintis hendaklah dijalankan. Kajian rintis ini dijalankan bertujuan untuk menentukan ciri-ciri soalan yang perlu diubah suai atau dikekalkan (Najib, 1999). Kajian rintis juga dijalankan untuk memenuhi beberapa tujuan iaitu menguji kefahaman responden terhadap struktur ayat dan item-item tertentu dalam soal selidik ini di samping meninjau masalah yang akan timbul sebelum kajian sebenar dijalankan. Responden kajian rintis, adalah sebahagian daripada pelajar yang terlibat dalam kajian sebenar dijalankan, hal ini sebagaimana ditegaskan oleh Glesne & Peshkin (1992) bahawa secara idealnya responden kajian rintis diperoleh daripada responden sasaran kajian.Langkah-langkah yang dilakukan pengkaji semasa peringkat kajian rintis adalah seperti berikut:(a) Pengkaji memohon surat kebenaran daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pending untuk menjalankan kajian rintis ke atas pelajar Tingkatan Dua di sekolah tersebut.(b) Pengkaji memulakan pelaksanaan kajian rintis dengan memberi taklimat ringkas dengan calon peserta kajian rintis untuk soal selidik, hal ini dilakukan dengan memberikan penerangan kepada calon peserta kajian rintis supaya calon peserta kajian rintis tidak timbul sebarang perasaan tidak selesa semasa kajian dijalankan.(c) Pengkaji memilih pelajar seramai 20 orang pelajar untuk kajian soal selidik yang kesemuanya adalah pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Pending. Pengkaji kemudian menyampaikan satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian, iaitu latar belakang responden, konstruk minat membaca dan respons/maklum balas pelajar terhadap Program NILAM. (d) Soal selidik yang diberi kepada responden semuanya kembali sejumlah 20 soal selidik, dan sebagai tanda terima kasih, pengkaji memberikan cendera hati berbentuk sebatang pen dan rantai kunci kepada responden.

Langkah berikutnya yang dilakukan pengkaji adalah:(i) Memeriksa kandungan soal selidik setelah dikembalikan daripada responden dan didapati bahawa semua item soal selidik sudah diisi.(ii) Memasukkan skor item soal selidik kepada borang yang telah disediakan untuk masing-masing bahagian, iaitu latar belakang responden, konstruk minat membaca dan persepsi pelajar terhadap Program NILAM.(iii) Menguji kesahan dan kebolehpercayaan dilakukan dengan menghitung nilai peratusan dan kekerapan pelajar memberi tindak balas kepada soalan soal selidik dengan menggunakan program Microsoft Office Excel 2010.

Tujuan kajian rintis ini dijalankan ialah: (j) untuk menguji kebolehpercayaan dan meneliti ketekalan alat pengukuran yang digunakan, (k) menentukan jangka masa yang diperlukan oleh responden untuk menjawab soal selidik dan mengikuti sesi aktiviti lisan yang dijalankan, (l) menentukan kesesuaian format soal selidik dan aktiviti lisan dengan tujuan kajian; dan,(m) memastikan perkataan yang digunakan di dalam soal selidik mudah difahami dan mempunyai maksud yang jelas bersesuaian dengan laras bahasa pelajar.

1. Ujian kebolehpercayaan

Pengkaji dapat menilai alat ukur yang digunakan bagi membuktikan kebolehpercayaan melalui ujian statistik. Penilaian ini dapat dilakukan setelah kajian rintis dijalankan. Kaedah yang sering digunakan ialah dengan mengira pekali alpha Cronbach. Pengkaji akan menganalisis data yang diperolehi hasil daripada kajian rintis dengan menggunakan kaedah konsistensi dalaman. Berdasarkan kepada pernyataan Chua (2006), kaedah konsistensi dalaman dilakukan dengan mencari nilai kolerasi antara skor setiap item dalam ujian dengan jumlah skor bagi semua item dalam ujian. Melalui kaedah ini, item-item yang mempunyai nilai kolerasi tinggi dengan skor indeks ujian mempunyai kebolehan yang tinggi manakala item-item yang mempunyai nilai kolerasi rendah dengan skor indeks ujian mempunyai kebolehan yang rendah. Menurut Chua (2006), nilai alpha 0.685 hingga 0.95 dianggap memuaskan dan item boleh diterima serta dikekalkan. Namun begitu, ini bukan bermakna setiap item dalam instrumen kajian pengkaji boleh diterima kerana perlu mempertimbangkan nilai corrected item total correlation terlebih dahulu. Nilai corrected item total correlation merupakan nilai kebolehpercayaan bagi setiap item dalam instrumen yang digunakan (Ibrahim & Mahamod, 2001). Oleh yang demikian pengkaji perlu memperbaiki dan mengubahsuai setiap item yang mempunyai nilai corrected item total correlation dibawah 0.2 sebelum mengedarkan borang soal selidik sebenar.

Operasi kajian

Sebelum kajian sebenar dijalankan, pengkaji terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pending untuk menjalankan kajian di sekolah tersebut.Pengkaji mendapatkan maklumat tentang Program NILAM di sekolah tersebut. Maklumat ini termasuklah enrolmen murid status pencapaian, dan pelaksanaan program tersebut. Pengetua akan dimaklumkan tentang operasi kajian dan prosedur pemilihan sampel.Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan instrumen soal selidik untuk murid. Soal selidik mengandungi soalan berstruktur ditadbirkan khas untuk sekolah yang dikaji.Bagi menjawab soalan kaji selidik ini, taklimat tentang prosedur soalan serta huraian maksud setiap pernyataan harus dibuat supaya responden akan lebih memahami tentang kajian tersebut, kehendak soalan, dan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh mereka. Semua bahagian dalam soalan kaji selidik perlu disiapkan dalam tempoh 15 hingga ke 20 minit sahaja. Pengisian soalan kaji selidik perlu dijalankan dengan bimbingan guru dan pengkaji sendiri. Penerangan secara terperinci tentang kehendak serrta maksud pernyataan perlu dilakukan dan pemilihan skala adalah hak pelajar sendiri berdasarkan penilaian mereka.Soalan kaji selidik ini diserahkan kepada pelajar melalui guru pelaksana Program NILAM yang terlibat secara langsung dengan kelas tersebut. Pemilihan waktu untuk menjawab soalan kaji selidik tersebut adalah mengikut persetujuan pihak sekolah yang dikaji. Langkah ini boleh memberi ruang kepada responden untuk memberikan maklumat yang tepat seperti yang dikehendaki oleh pengkaji.

Kaedah analisis data

Maklumat-maklumat yang diperoleh daripada soalan kaji selidik dikod sebelum dimasukkan ke dalam komputer. Data-data diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 24. Statistik deskriptif akan digunakan bagi tujuan analisis kajian ini.

Soal selidik

Data yang dikumpul daripada responden melalui soal selidik kemudian dikaji dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS versi 24. Bagi item-item yang negatif, nilai diterbalikkan sebelum diproses. Dalam kajian ini, statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan peratus kekerapan, min serta sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan.

Pengekodan data

Tatacara teknikal bagaimana data dijadikan kategori dikenali sebagai pengekodan data. Pengekodan data berlaku apabila data ditukarkan kepada simbol angka yang dapat dihitung. Manakala, pertukaran jawapan kepada simbol angka mestilah mengikut logik dan pertimbangan yang waras. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan sistem Likert yang telah diubahsuai. Responden diminta untuk memilih jawapan 1, 2, 3, 4, atau 5 untuk soalan-soalan berstruktur. Berbeza dengan soalan temubual atau bentuk soalan terbuka yang dikemukakan, pengkaji tidak memerlukan pengekodan data kerana ia hanya menyokong data kuantitatif yang diperolehi.

Kemasukan data

Untuk langkah seterusnya, pengkaji perlu memasukkan data ke dalam perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 24. Namun begitu, masalah yang mungkin timbul sesudah kemasukan data adalah dalam proses mengintepretasi data tersebut.

Andaian kajian

Dapatan kajian berpandukan maklumat yang diperolehi dari instrumen kajian yang digunakan. Semasa mengendalikan kajian ini, responden diandaikan akan menjawab dengan jujur, ikhlas, dan betul. Juga, diandaikan bahawa responden akan menjawab semua soalan yang diberikan tanpa membiarkan jawapan kosong.Antara cabaran dan kekangan yang mungkin berlaku dalam menjalankan kajian ini ialah:(a) Berkemungkinan responden tidak menjawab semua soalan yang dikemukakan dan borang soal selidik yang tidak dikembalikan. (b) Pengkaji bimbang dan berhati-hati ketika mengedarkan borang soal selidik kerana dikhuatiri borang soal selidik yang dikumpul semula berkurangan daripada jumlah yang diedarkan.

Jangkaan dapatan kajian

Dalam jangkaan pengkaji, pelaksanaan Program NILAM di Sekolah Menengah Kebangsaan Pending adalah pada tahap yang rendah berdasarkan pencapaian galakan membaca serta aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam kalangan pelajar-pelajar di sekolah tersebut.

Rumusan

Bab 3 membincangkan reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan analisis data. Dalam menjalankan suatu kajian, metodologi yang digunakan haruslah konsisten supaya tidak wujud sebarang penyelewengan terhadap hasil dapatan kajian. Selain itu, instrumen yang baik perlu melalui proses kesahan serta kebolehpercayaan. Ianya dapat ditentukan menerusi kaedah kajian rintis yang dijalankan sebelum kajian sebenar dijalankan. Kaedah yang tepat adalah perlu untuk kajian ini bagi menjamin mutu hasilan kajian selaras dengan objektif yang ditetapkan dan menepati piawai.

RUJUKAN

Abdul Hamid, A. B. (1988). Bagaimana Memupuk Budaya Membaca, Dewan Masyarakat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Adnan, I. (1989). Peranan Teknolgi Pendidikan Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Jurnal Guru: Ke Arah Pembinaan Budaya Ilmu. Ahmad, J. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan Di Kalangan Guru Di Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Kebangasaan Malaysia.Ali, A. Y. (1971). The Glorious Quran, Translation and Commentary (2nd ed.). American Trust Publications for the Muslim Association Students of the United States and Canada.Bahagian Teknologi Pendidikan (1998). Program NILAM: Konsep dan Panduan Pelaksanaan Di Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia.Bahagian Teknologi Pendidikan (2003). Laporan Pencapaian Pelaksanaan Program NILAM 2003. Kementerian Pelajaran Malaysia.Bahagian Teknologi Pendidikan (2005). Laporan Kajian Penilaian Program Nadi Amalan Membaca (NILAM) 2004. Kementerian Pelajaran Malaysia.Bahagian Teknologi Pendidikan (2008). Laporan Pencapaian Pelaksanaan Program NILAM 2003. Kementerian Pelajaran Malaysia.Manson, E. J., Bramble, W. J. (1997). Research in education and the behavioral sciences: Concepts and methods. Los Angeles: A Time Mirror Company.Chua, Y. P. (2006). Research Statistics. Shah Alam: McGraw-Hill Education.Fraenkel, J.R., Wallen, N.E., (1996). How to Design and Evaluate Research on Education (3rd Edition), New York: McGraw Hill Inc.Glesne & Peshkin (1992). Becoming Qualitative Research. LongmanHaron, M., (1982). Satu Tinjauan Mengenai Kegemaran membaca di Kalangan Murid-Murid di Sekolah Menengah di Bandar Tampin. Tesis Ijazah Sarjana. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.Hashim, F., & Norazit, L., (1992). Barriers to reading: An investigation of why the reading habit hasnt caught among Malaysian School Children. Proceedings of Literacy in Asian Societies. Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia.Ibrahim, A.M. (2001) Differential Responding To Positive And Negative Items: The Case Of A Negative Item In A Questionnaire For Course And Faculty Evaluation. Psychological reports: Volume 88, issue , pp. 497-500.Keshian, J.C (1980). Why Children Succeed in Reading: A Study To Determine In Three Selected Communities Some Of the Physical, Social, Emotional and Environmental Characteristics and Experiences of Children Who Learn to Read Successfully. Ph.D. Thesis. New York University.Krejcie & Morgan, 1970. Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychologycal Measurement. #30, 607-610Lietz P (1990). International Comparisons Through Simultaneous & conjunct Analysis: A Search for General Relationships Across Countires. International Journal of Educational Research, 25(78).Long, A., Othman G., Mohd. Nor, M. Y., Ahmad Z.A., Abdullah, M.N., dan Yoong Suan (1984). A Survey on the Reading Habits and Interests of Malaysia People. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Mahamod Z., Embi, M.A. (2001). Penyelidikan gaya dan strategi pembelajaran bahasa Melayu: Metodologi, dapatan dan agenda masa depan. Language Reporter, Issue, 189-206. Shah Alam: Penerbitan Universiti Teknologi Mara.McDuffee, L. (2004). Motivating Middle School Students to Read Aliteracy. Dicapai pada Mac 22 2015 dari http://adtech.tph.wku.edu/~spowers/lmcduffee.ppt.Mohd. Najib A. Ghafar. (1998). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: UTMMuktar, Y. (2009). Kepemimpinan Pengajaran Pengetua Di Sebuah Sekolah Menengah Di Pasir Puteh Kelantan. Projek Tingkat Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.Mustapha, S.Z., (1992). Reading and writing In A Specific Environment: The Malaysia Experience. Published Dissertation. University Microfilms Inc. Ann Arbor; Michigan, USA.Olshavsky, J.E (1977). Reading and Problem Solving: An Investigation of Strategies, Reading Research Quarterly, 12, 654 674.Rosenblum, S., & Louis, K. (1979). Stability and Change: Innovation in an educational context. Cambridge, M.A.: ABT Associates.Rubin, D (1993). A Practical Approach to Teaching Reading. (2nd.ed.). Allyn and Bacon: USA.Stufflebeam, D.L., Foley, W.J., Guba, E.G., Hammond, R.I., Merriman, H.O. & Provus, M.M (1971). Educational Evaluation and Decision Making. Hasca, Illinois: Peacock, USA.Tey, S.T., (1988). Pengaruh Keluarga Terhadap Minat Membaca Bagi Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat Aliran Sains Di Kawasan Bandar Dan Luar Bandar. Laporan Projek Sarjana Muda. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.