proposal nilam

Download Proposal Nilam

Post on 24-Nov-2015

106 views

Category:

Documents

14 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kertas kajian tindakan

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Rasiah Binti Abd. Rahman 780201-06-6242

HBEF 2303

Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

RASIAH BINTI AB. RAHMAN M20131000854 GRU 6014 DR. RAMLEE BIN ISMAIL

KEPIMPINAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM YANG CEMERLANG

MAMPU MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERPRESTASI TINGGI BAB 1

PERMASALAHAN KAJIAN

1.1 PENGENALAN

Pengetahuan amat penting dalam mengharungi kehidupan terutama pada zaman globalisasi kini. Kita semua sedia maklum bahawa salah satu daripada usaha bagi mendapatkan ilmu, adalah menerusi pembacaan. Membaca turut dikaitkan dengan proses pembangunan masyarakat berfikir dan bernilai tinggi. Malah jelas terbukti dalam masyarakat hari ini bahawa individu yang berterusan membaca mempunyai personaliti yang dihormati dan berkualiti serta kaya dengan maklumat. Lebih tinggi nilai ilmu yang dimiliki seseorang, lebih tinggi hormat dan tanggapan masyarakat terhadapnya.

Malah ilmu yang dimiliki boleh dimanfaatkan dalam proses pembangunan masyarakat dan Negara. Senario inilah yang menjadi pencetus kepada lahirnya Program NILAM di sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun sejauh mana keberkesanan program ini dijalankan di sekolah adalah bergantung kepada kepimpinan pengurusan guru NILAM itu sendiri. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di Daerah Kuala Lipis,Pahang bagi mengkaji kepimpinan pengurusan guru NILAM dan kaitannya dengan tahap pencapaian pelajar.1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kaedah pembacaan yang tidak bersesuaian tentunya boleh menyebabkan murid merasa cepat bosan, kurang minat dan kemungkinan cepat mengantuk ketika membaca ( Shamsiah & Yahya, 2008). Justeru itu, Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca mula diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1999 hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran pada tahun 1998. Surat Pekeliling Iktisas Bil 13/1998 mewajibkan semua sekolah melaksanakan program ini.Program ini adalah bagi mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu rakyat Malaysia. Selaku payung kepada pelbagai adunan aktiviti galakan membaca di sekolah, program ini dilaksanakan bermula dengan tahun 1 bagi sekolah rendah dan tingkatan 1 bagi sekolah menengah. Rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga tamat persekolahan.

Justeru itu kepimpinan pengurusan guru-guru yang terlibat dengan Program NILAM merupakan nadi pengerak program ini di sekolah. Bagi mengerakkan program ini, murid-murid perlu dibekalkan dengan buku NILAM bagi menyimpan rekod bacaan dan untuk tujuan penilaian guru. Buku ini mengandungi maklumat ringkas berkaitan dengan buku yang dibaca seperti tajuk buku yang dibaca, pengarang, bilangan muka surat, jenis bacaan buku serta ulasan ringkas buku yang dibaca berdasarkan pandangan murid itu sendiri. Program NILAM ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Tahap 1 bagi murid Tahun 1,2 dan 3, manakala bagi Tahap 2 bagi murid Tahun 4,5 dan 6.

Semasa melaksanakan pembacaan NILAM ini, murid akan melalui dua peringkat. Peringkat pertama Jauhari, iaitu penganugerahan berdasarkan jumlah bacaan buku. Bagi Peringkat kedua iatu Rakan Pembaca, bagi murid yang telah membaca 100 buah buku ke atas serta mempunyai daya kepimpinan yang tinggi untuk menarik rakan lain untuk terlibat di dalam aktiviti membaca NILAM. Anugerah akan diberi dari masa kesemasa, oleh itu Guru NILAM perlu memainkan peranan mereka bagi menjalankan program ini mengikut matlamat yang telah ditetapkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTNP). Peringkat pertama dipantau oleh guru mata pelajaran di bawah seliaan Guru NILAM manakala peringkat kedua dibawah seliaan Guru NILAM sepenuhya.Oleh itu jelas disini menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh guru NILAM bagi memastikan keberkesanan Program NILAM ini dijalankan disekolah. Disamping itu juga, kajian ini akan menilai tahap kepimpinan guru ketika melaksanakan program ini di sekolah. Pencapaian murid berdasarkan peperiksaan sekolah turut diambil bagi membuat perbandingan dengan tahap pencapaian NILAM bagi menjawab persoalan kajian.

1.3 PERNYATAAN MASALAHDalam era global masa kini, kejayaan sesebuah negara bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Maka tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara.

Bagi mencapai Negara rakyat berpendidikan tinggi, murid harus didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan kaedah yang paling mudah adalah melalui pembacaan. Sesuai dengan salah satu matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013-2025, mengurus sumber dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan Negara. Untuk itu murid perlu menggunakan sumber bahan bacaan yang dibekalkan di sekolah secara lebih berkualiti bagi menzahirkan hasrat Negara ini.

Namun bagaimana untuk merealisasikan matlamat kerajaan ini jika tabiat membaca dikalangan murid masih berada ditahap yang rendah berbanding dengan Negara maju yang lain. Tidak dapat dinafikan murid di Negara kita membaca agak sedikit jika dibandingkan dengan umur sebaya mereka di Negara luar.Ini kerana kajian menunjukkan hanya segelintir rakyat Malaysia yang gemar membaca.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (2008), pelbagai alasan yang dibuat oleh murid sekolah rendah apabila dikaitkan dengan minat membaca. Sejumlah 72.25% daripada mereka menyatakan ketiadaan masa sebagai alasan untuk tidak membaca, diikuti dengan 24.75% daripada murid sekolah rendah memberi alasan mereka lebih suka bermain daripada membaca. Dan selebihnya memberikan pelbagai alasan yang berbeza apabila dikatkan dengan minat membaca ditambah pula dengan zaman teknologi serba canggih dewasa kini murid-murid lebih gemar bermain permainan interaktif berbanding membaca.

Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah melaksanakan pelbagai program galakkan membaca di sekolah-sekolah. Namun program yang dilaksanakan masih belum mencapai tahap yang dikehendaki terutama bagi sekolah kawasan luar Bandar. Program NILAM telah diwujudkan sebagai satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998. Setiap sekolah di Malaysia wajib menjalankan Program NILAM di sekolah bagi memperkasa minat membaca dikalangan murid. Seterusnya pada 12 Mei 2005 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2005 dikeluarkan bagi memperkukuhkan perlaksanaan Program NILAM ini disekolah.

Berdasarkan surat edaran Ikhtisas yang dikeluarkan, ini menunjukkan betapa pentingnya program ini dilaksanakan di sekolah kerana ianya mampu memberi impak yang besar jika program yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan ini dapat dijalankan sepenuhnya.

Namun berdasarkan kutipan data NILAM yang dibuat oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (2008) hanya 84.43 % sahaja murid yang terlibat di dalam Program NILAM di seluruh sekolah di Malaysia. Manakala purata bacaan yang dicatatkan adalah empat buah buku bagi setiap murid di dalam setahun. Manakala daripada 10,310 buah buku yang dibaca hanya 1,273 buah buku sahaja yang diketegorikan sebagai bahan berbentuk ilmiyah. Ini menunjukkan minat membaca dikalangan murid sekolah rendah amat mendukacitakan jika dibandingan dengan negara-negara luar. Contohnya, Negara China menduduki ranking tertinggi bacaan dengan melibatkan 180,000 naskah setahun diikuti dengan United Kingdom sebanyak 116,00 buah buku setahun. Mungkin jika dibandingkan Negara China yang mempunyai kependudukan yang tinggi agak mustahil untuk Negara kita menandinginya namun bagi Negara India sendiri menunjukkan bacaan yang lebih tinggi berbanding Malaysia apabila melebihi 34,690 buah buku.

Oleh yang demikian, kepimpinan guru amat diperlukan bagi memastikan kejayaan Program NILAM di peringkat dasarnya. Dengan pelbagai sumber yang ada serta bekalan koleksi buku-buku ke Pusat Sumber Sekolah ditambah pada setiap tahun berdasarkan grant perkapita bantuan kerajaan seharusnya program ini tidak disia-siakan.

Oleh itu, kejayaan Program NILAM sangat bergantung kepada kepimpinan guru untuk dilaksanakan dengan lebih berkesan di sekolah. Seperti yang dinyatakan oleh Rosenblum (1979) dalam tulisan-tulisannya berkaitan kepimpinan. Ol