ppismp kemahiran generik : kemahiran teknologi maklumat ... · exit dari aplikasi microsoft windows...

18
PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Modul 1 M1-1 2.4 Pengurusan Folder dan Fail Tajuk: PENGURUSAN FAIL DAN FOLDER Sinopsis : Fail dokumen yang telah tersimpan pada beberapa tempat berasingan di dalam harddisk perlu disusun secara sistematik. Anda perlu menyusun fail tersebut dalam satu folder yang tertentu. Ini akan memudahkan anda mengakses fail tersebut. Langkah berikut boleh dilakukan untuk pengurusan fail yang teratur menggunakan Microsoft Windows XP. Hasil Pembelajaran : Dengan mengikuti modul ini, anda akan dapat: 1. Mencipta folder baru 2. Menyalin fail dari CD ke dalam folder melalui kaedah Copy and Paste 3. Menamakan semula folder 4. Memindahkan fail antara folder melalui kaedah Cut and Paste 5. Melihat kandungan folder 6. Memaparkan file extension 7. Menyusun kedudukan ikon 8. Mengenal pasti saiz fail atau folder 9. Menghapuskan fail 10. Mencari fail. Kemahiran Diperlukan : Kemahiran Teknikal : 1. Guru boleh menggunakan perkakasan asas komputer 2. Guru mengenali antara muka Windows XP Keperluan Modul : 1. Sistem komputer yang diinstall dengan sistem pengoperasian Windows XP 2. CDROM bahan sokongan yang mengandungi koleksi fail dan folder

Upload: dinhnhan

Post on 21-Mar-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat ... · Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer. Klik di sini folder bahan ... apabila ditinjau menggunakan Microsoft

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 1 M1-1

2.4 Pengurusan Folder dan Fail

Tajuk: PENGURUSAN FAIL DAN FOLDER

Sinopsis : Fail dokumen yang telah tersimpan pada beberapa tempat berasingan di dalam harddisk perlu disusun secara sistematik. Anda perlu menyusun fail tersebut dalam satu folder yang tertentu. Ini akan memudahkan anda mengakses fail tersebut. Langkah berikut boleh dilakukan untuk pengurusan fail yang teratur menggunakan Microsoft Windows XP. Hasil Pembelajaran : Dengan mengikuti modul ini, anda akan dapat:

1. Mencipta folder baru

2. Menyalin fail dari CD ke dalam folder melalui kaedah Copy and Paste

3. Menamakan semula folder

4. Memindahkan fail antara folder melalui kaedah Cut and Paste

5. Melihat kandungan folder

6. Memaparkan file extension

7. Menyusun kedudukan ikon

8. Mengenal pasti saiz fail atau folder

9. Menghapuskan fail

10. Mencari fail. Kemahiran Diperlukan :

Kemahiran Teknikal : 1. Guru boleh menggunakan perkakasan asas komputer 2. Guru mengenali antara muka Windows XP

Keperluan Modul : 1. Sistem komputer yang diinstall dengan sistem pengoperasian Windows XP 2. CDROM bahan sokongan yang mengandungi koleksi fail dan folder

Page 2: PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat ... · Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer. Klik di sini folder bahan ... apabila ditinjau menggunakan Microsoft

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 1 M1-2

Kandungan : Modul ini akan membimbing anda menguruskan fail dan folder dengan lebih sistematik melalui aktiviti berikut:

Aktiviti 1 : Mencipta Folder Baru Aktiviti 2 : Menyalin Fail Dari CDROM Ke Dalam Folder Di Harddisk Aktiviti 3 : Memindahkan Fail Antara Folder Aktiviti 4 : Melihat Kandungan Folder Aktiviti 5 : Memaparkan File Extension Aktiviti 7 : Mengenal Pasti Saiz Fail Dan Folder Aktiviti 8 : Menghapus Fail Dan Folder Aktiviti 9 : Mencari Fail Menggunakan Fitur Search

Page 3: PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat ... · Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer. Klik di sini folder bahan ... apabila ditinjau menggunakan Microsoft

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 1 M1-3

Aktiviti 1 : Mencipta Folder Baru Folder adalah satu ruang simpanan dalam harddisk yang dikhususkan untuk menempat fail-fail secara terurus. Akitviti ini akan membimbing anda mencipta folder dalam harddisk sistem komputer anda untuk membantu anda mengurus fail dengan lebih baik.

1. Klik butang kanan tetikus pada butang Start dan pilih Explore untuk memulakan aplikasi Microsoft Windows Explorer.

2. Klik dua kali pada Local Disk (C:).

Kandungan direktori C pada harddisk akan dipaparkan di ruang sebelah kanan tetingkap Local Disk (C:).

Klik di sini

Page 4: PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat ... · Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer. Klik di sini folder bahan ... apabila ditinjau menggunakan Microsoft

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 1 M1-4

Page 5: PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat ... · Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer. Klik di sini folder bahan ... apabila ditinjau menggunakan Microsoft

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 1 M1-5

3. Klik File pada Menu Bar, klik New dan pilih Folder. Satu folder baru berlabel New Folder dipaparkan. 4. Klik pada teks New Folder dan namakan semula folder berkenaan

sebagai bahan aktiviti. 5. Tekan kekunci Enter.

6. Ulang Langkah 2 hingga Langkah 5 untuk mencipta satu lagi folder baru di Local Disk (C:) menggunakan nama bahan lain.

7. Folder yang sedia ada boleh dinamakan semula dengan cara berikut: Klik butang kanan tetikus pada teks nama folder bahan lain dan pilih Rename. Taip semula nama folder sebagai bahan persembahan.

8. Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer.

Klik di sini

folder bahan aktiviti

Page 6: PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat ... · Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer. Klik di sini folder bahan ... apabila ditinjau menggunakan Microsoft

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 1 M1-6

Aktiviti 2 : Menyalin Fail Dari CDROM Ke Dalam Folder Di Harddisk Menyalin fail mengakibatkan pembentukan satu fail pendua yang mempunyai ciri yang serupa dengan fail asal. Penyalinan fail membolehkan pengguna menyebarkan bahan maklumat dalam bentuk fail dari satu sumber ke sumber lain. Penyalinan fail ke dalam drive atau folder yang lain akan menghasilkan fail pendua dengan nama yang sama, manakala penyalinan fail ke folder yang sama akan menghasilkan fail pendua yang mempunyai nama yang berlainan. Ini disebabkan sistem komputer tidak membenarkan dua fail dengan nama yang sama berada dalam satu folder. Hal serupa diguna pakai untuk penyalinan folder. Aktiviti ini akan membimbing anda menyalin fail dari CDROM ke satu folder dalam harddisk komputer anda menggunakan teknik Copy and Paste.

1. Masukkan CDROM yang dibekalkan ke dalam pemacu CDROM. 2. Tunggu beberapa saat sehingga My Disc Dialog Box dipaparkan.

3. Klik Cancel.

4. Klik butang kanan tetikus pada butang Start dan pilih Explore untuk

memulakan aplikasi Microsoft Windows Explorer. 5. Pada pada Local Disk (C:) yang dipapar di ruang Folders,

Page 7: PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat ... · Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer. Klik di sini folder bahan ... apabila ditinjau menggunakan Microsoft

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 1 M1-7

6. Klik ikon Minimize yang kelihatan di sebelah nama direktori Local Disk (C:).

7. Klik pada ikon pemacu CDROM untuk melihat kandungan CDROM. 8. Cari dan klik pada ikon fail Soalan Latihan.doc yang kelihatan dalam

ruang Name di sebelah kanan tetingkap Microsoft Windows Explorer .

9. Klik Edit pada Menu Bar dan pilih Copy .

Butang

minimize

Page 8: PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat ... · Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer. Klik di sini folder bahan ... apabila ditinjau menggunakan Microsoft

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 1 M1-8

10. Klik butang Maximize yang kelihatan di sebelah nama direktori

Local Disk (C:) untuk memaparkan kandungan Local Disk (C:)

11. Klik ikon folder bahan aktiviti yang berada dalam Local Disk (C:).

12. Klik Edit pada Menu Bar dan pilih Paste .

13. Ulang Langkah 8 hingga Langkah 11 untuk mencari dan menyalin folder bunyi dalam CDROM ke dalam folder bahan aktiviti di Local Disk (C:).

14. Ulang Langkah 8 hingga Langkah 11 untuk mencari dan menyalin folder

grafik dalam CDROM ke dalam folder bahan persembahan di Local Disk (C:).

Paparan yang akan anda perolehi adalah seperti di bawah.

15. Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer.

Page 9: PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat ... · Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer. Klik di sini folder bahan ... apabila ditinjau menggunakan Microsoft

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 1 M1-9

Aktiviti 3 : Memindahkan Fail Antara Folder Proses memindahkan fail dari satu folder ke folder yang lain mengakibatkan penghapusan fail dalam folder asal dan penciptaan fail yang sama dalam folder yang baru. Teknik ini digunakan untuk mengurus dan menyusun kedudukan fail tanpa menambah bilangan fail yang serupa. Aktiviti ini akan membimbing anda melakukan perpindahan fail menggunakan teknik Cut and Paste.

1. Klik butang kanan tetikus pada butang Start dan pilih Explore untuk memulakan aplikasi Microsoft Windows Explorer.

2. Klik pada folder grafik yang terdapat dalam folder bahan persembahan

di Local Disk (C:). 3. Klik Edit pada Menu Bar dan pilih Cut. 4. Klik pada folder bahan aktiviti. 5. Klik Edit pada Menu Bar dan pilih Paste.

Paparan yang akan anda perolehi adalah seperti di bawah:

6. Klik pada folder bahan persembahan. Perhatikan bahawa folder grafik telah tiada. 7. Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer.

Kandungan baru folder bahan aktiviti

Page 10: PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat ... · Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer. Klik di sini folder bahan ... apabila ditinjau menggunakan Microsoft

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 1 M1-10

Aktiviti 4 : Melihat Kandungan Folder Microsoft Windows Explorer memberikan beberapa pilihan paparan fail dan folder yang mungkin sesuai untuk pengguna yang berlainan. Aktiviti ini membawa anda meneroka paparan-paparan tersebut.

1. Klik butang kanan tetikus pada butang Start dan pilih Explore untuk memulakan aplikasi Microsoft Windows Explorer. 2. Klik pada folder bahan aktiviti di Local Disk (C:).

3. Klik View pada Menu Bar. 4. Perhatikan paparan pada tetingkap ruang kanan tetingkap Microsoft

Windows Explorer untuk setiap pilihan berikut: Thumbnails Tiles Icon List Details

Paparan yang berbeza yang diperhatikan mungkin sesuai untuk pengguna yang berlainan.

5. Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer.

Page 11: PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat ... · Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer. Klik di sini folder bahan ... apabila ditinjau menggunakan Microsoft

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 1 M1-11

Aktiviti 5 : Memaparkan File Extension Secara default Microsoft Windows Explorer tidak memapar file extension bagi fail-fail yang terdapat dalam folder dalam harddisk. Untuk mengelakkan kekeliruan, guru perlu mengetahui file extension bagi fail tertentu, terutama bagi fail-fail yang dikhususkan untuk aplikasi berlainan tetapi mempunyai nama yang sama. Aktiviti ini akan membimbing anda mengeluarkan paparan file extension bagi fail-fail apabila ditinjau menggunakan Microsoft Windows Explorer.

1. Klik butang kanan tetikus pada butang Start dan pilih Explore untuk memulakan aplikasi Microsoft Windows Explorer.

2. Klik pada folder bahan aktiviti di Local Disk (C:). 3. Klik View pada Menu Bar dan pilih Details.

4. Klik Tools pada Menu Bar dan pilih Folder Options….

5. Klik tab View pada Folder Options Dialog Box yang dipaparkan.

6. Hapuskan tanda semak pada Hide extensions for known file types...

7. Klik butang Apply.

8. Klik butang Apply to All Folders.

9. Klik butang Yes pada Folder Views Dialog Box yang dipaparkan.

10. Klik butang OK pada Folder Options Dialog Box.

Page 12: PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat ... · Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer. Klik di sini folder bahan ... apabila ditinjau menggunakan Microsoft

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 1 M1-12

Perhatikan perbezaan paparan nama fail-fail yang ada dalam folder-folder harddisk berbanding sebelum melaksanakan aktiviti ini.

11. Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer .

Page 13: PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat ... · Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer. Klik di sini folder bahan ... apabila ditinjau menggunakan Microsoft

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 1 M1-13

Aktiviti 6 : Menyusun Kedudukan Ikon

Ikon-ikon yang melambangkan bahan yang ada dalam sesuatu folder termasuk fail dan folder boleh disusun berdasarkan beberapa ciri bahan untuk memudahkan penguna mengurus bahan yang ada atas harddisk. Aktiviti ini akan membimbing anda menyusun ikon dalam paparan aplikasi Microsoft Windows Explorer berdasarkan ciri berlainan bahan.

1. Klik butang kanan tetikus pada butang Start dan pilih Explore untuk memulakan aplikasi Microsoft Windows Explorer.

2. Klik pada folder My Documents di ruang Folders.

3. Klik View pada Menu Bar, klik Arrange Icons by dan pilih Name.

4. Perhatikan susunan bahan dalam folder berkenaan.

5. Ulang Langkah 3 dan Langkah 4 untuk melihat susunan berdasarkan Size Type Modified 6. Bandingkan perbezaan susunan ikon bagi setiap pilihan yang dibuat.

7. Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer .

Page 14: PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat ... · Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer. Klik di sini folder bahan ... apabila ditinjau menggunakan Microsoft

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 1 M1-14

Aktiviti 7 : Mengenal Pasti Saiz Fail Dan Folder Pengetahuan tentang ciri-ciri fail dan folder penting bagi membantu guru mengurus fail dengan baik dalam harddisk dan untuk tujuan penyebaran melalui media storan sekunder dan melalui internet. Aktiviti ini akan membimbing anda mengenali ciri fail dan folder dengan menggunakan fitur Properties Dialog Box pada aplikasi Microsoft Windows Explorer.

1. Klik butang kanan tetikus pada butang Start dan pilih Explore untuk memulakan aplikasi Microsoft Windows Explorer.

2. Klik butang kanan tetikus pada folder bahan aktiviti di Local Disk (C:). 3. Pilih Properties, dari Pop-Up Menu yang dipaparkan,

4. Klik tab General pada Properties Dialog Box yang dipaparkan.

Maklumat tentang jenis, sifat dan saiz dipaparkan bagi bahan yang dipilih. Anda boleh meneroka ciri-ciri lain yang dipaparkan pada tab lain pada Properties Dialog Box.

5. Klik OK. 6. Ulang Langkah 2 hingga Langkah 5 untuk meninjau Properties bagi fail

Soalan Latihan.doc yang ada dalam folder bahan aktiviti. 7. Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer .

Page 15: PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat ... · Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer. Klik di sini folder bahan ... apabila ditinjau menggunakan Microsoft

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 1 M1-15

Aktiviti 8 : Menghapus Fail Dan Folder Bahan yang tidak diperlukan perlu dihapus supaya tidak membebankan penggunaan ruang pada harddisk dan media storan sekunder. Fail-fail dan folder yang hampir serupa dari segi nama, serta salinan fail yang telah dikemaskini yang berada dalam folder yang berlainan juga perlu dihapuskan untuk mengelakkan kekeliruan. Aktiviti ini akan membimbing anda menghapus fail dan folder menggunakan aplikasi Microsoft Windows Explorer.

1. Klik butang kanan tetikus pada butang Start dan pilih Explore untuk memulakan aplikasi Microsoft Windows Explorer.

2. Klik pada ikon folder bahan aktiviti di Local Disk (C:). 3. Klik dua kali ikon folder grafik. 4. Klik pada ikon fail DUCK.JPG pada paparan kandungan folder grafik. 5. Klik File pada Menu Bar dan pilih Delete.

Kotak dialog Confirm File Delete akan dipaparkan.

6. Klik butang Yes pada Confirm File Delete Dialog Box untuk memadam fail berkenaan.

Perhatikan perubahan yang berlaku kepada paparan kandungan folder grafik.

Page 16: PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat ... · Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer. Klik di sini folder bahan ... apabila ditinjau menggunakan Microsoft

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 1 M1-16

Fail yang dipadam dengan cara di atas hanya dipindah dari folder dan diletakkan dalam satu folder Recycle Bin yang berada pada paparan Desktop komputer.

7. Laksanakan langkah-langkah berikut untuk menghapus fail berkenaan dari sistem komputer:

Klik butang kanan pada ikon Recycle Bin pada paparan Microsoft Windows Explorer dan pilih Empty Recycle Bin.

Klik butang Yes pada Confirm File Delete Dialog Box yang dipaparkan.

8. Ulang Langkah 2 hingga Langkah 7 untuk menghapus folder bahan persembahan yang berada di Local Disk (C:). 9. Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer.

Page 17: PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat ... · Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer. Klik di sini folder bahan ... apabila ditinjau menggunakan Microsoft

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 1 M1-17

Aktiviti 9 : Mencari Fail Menggunakan Fitur Search

Pengetahuan tentang lokasi fail dalam media storan amat membantu guru dalam mengurus fail dengan berkesan. Aplikasi Microsoft Windows Explorer membekalkan fitur Search sebagai enjin carian untuk mencari fail yang terdapat dalam media storan sistem komputer. Search bertindak berdasarkan nama atau atau perkataan yang wujud dalam fail yang dicari. Aktiviti ini akan membimbing anda melakukan carian fail dan folder dalam media storan dengan menggunakan fitur Search pada aplikasi Microsoft Windows Explorer.

1. Klik butang kanan tetikus pada butang Start dan pilih Search.

Tetingkap Search Results akan dipaparkan.

2. Taipkan *.doc. pada ruang All or part of the file name.

3. Klik simbol pada ruang Look in, dan pilih Local Hard Drives (C:).

4. Klik butang Search.

Sistem komputer akan menjalankan carian pada Local Hard Drives (C:).

Semua fail yang mempunyai file extension .doc yang dijumpai akan dipaparkan di ruang kanan tetingkap Search Results.

Page 18: PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat ... · Exit dari aplikasi Microsoft Windows Explorer. Klik di sini folder bahan ... apabila ditinjau menggunakan Microsoft

PPISMP – Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Modul 1 M1-18

Fail yang dijumpai boleh diurus mengikut keperluan seperti disalin, dipindah, dihapus dan lain-lain.

5. Ulang Langkah 2 hingga Langkah 4 untuk membuat carian berikut: Fail grafik yang mempunyai file extension .jpg Fail yang sebahagian namanya mempunyai teks MO 6. Klik File pada Menu Bar dan pilih Close untuk menutup tetingkap

Search Results.