syahmiafandi.weebly.com€¦  · web viewberdasarkan rajah diatas, ini menunjukkan bahawa...

13
Analisis Data Mengenai kaji selidik berkenaan Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Objektif 1. Untuk mengetahui jenis teknologi dan cara penggunaan teknologi ICT dalam kehidupan seharian mahasiswa 2. Untuk mengenal pasti tahap keberkesanan dalam kegunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran 3. Untuk mencari kekerapan penggunaan ict dan teknologi dalam kehidupan mahasiswa 4. Untuk mengetahui kebaikan dan keburukan kegunaan ICT pada pihak mahasiswa Kaedah Soal selidik ini dibuat melalui Google Forms dan telah diedarkan melalui kumpulan whatsapp. Di dalam kaji selidik ini kami telah menggunakan pelbagai bentuk soalan bagi menarik minat responden. Bentuk -bentuk soalan yang direka ialah pelbagai pilihan jawapan, pilihan jawapan berdasarkan skala dan pilhan jawapan yang boleh ditanda lebih daripada satu. Dapatan Kajian Soal selidik mendapat responden sebanyak 70 orang yang terdiri daripada warga UKM. Berikut merupakan ringkasan hasil kajian :

Upload: others

Post on 06-Nov-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: syahmiafandi.weebly.com€¦  · Web viewBerdasarkan rajah diatas, ini menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar dapat menguasai kemahiran menggunakan aplikasi microsoft word (97.1%)

Analisis Data Mengenai kaji selidik berkenaan Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Objektif

1. Untuk mengetahui jenis teknologi dan cara penggunaan teknologi ICT dalam kehidupan seharian mahasiswa

2. Untuk mengenal pasti tahap keberkesanan dalam kegunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

3. Untuk mencari kekerapan penggunaan ict dan teknologi dalam kehidupan mahasiswa4. Untuk mengetahui kebaikan dan keburukan kegunaan ICT pada pihak mahasiswa

Kaedah

Soal selidik ini dibuat melalui Google Forms dan telah diedarkan melalui kumpulan whatsapp. Di dalam kaji selidik ini kami telah menggunakan pelbagai bentuk soalan bagi menarik minat responden. Bentuk -bentuk soalan yang direka ialah pelbagai pilihan jawapan, pilihan jawapan berdasarkan skala dan pilhan jawapan yang boleh ditanda lebih daripada satu.

Dapatan Kajian

Soal selidik mendapat responden sebanyak 70 orang yang terdiri daripada warga UKM. Berikut merupakan ringkasan hasil kajian :

BAHAGIAN A : MAKLUMAT RESPONDEN

Page 2: syahmiafandi.weebly.com€¦  · Web viewBerdasarkan rajah diatas, ini menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar dapat menguasai kemahiran menggunakan aplikasi microsoft word (97.1%)

1. Jantina/Gender

Rajah diatas menunjukkan jumlah jantina reponden lelaki dan perempuan. Berdasarkan graf dan chart di atas menunjukkan bahawa perempuan(49 orang) lebih ramai menjawab soalan kajian selidik ini berbanding lelaki( 21 orang ).

2. Umur/Age

Rajah di atas menunjukkan jumlah reponden berdasarkan umur. Seramai 60% responden terdiri daripada golongan berusia 19 tahun berbanding 20 tahun (27.1%) dan 21 tahun keatas (12.9%).Kaji selidik ini tidak mendapat responden yang berusia 18 tahun ke bawah.

3. Kaum/Race

Page 3: syahmiafandi.weebly.com€¦  · Web viewBerdasarkan rajah diatas, ini menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar dapat menguasai kemahiran menggunakan aplikasi microsoft word (97.1%)

Rajah di atas menunjukkan jumlah responden berdasarkan keturunan masing-masing. Kaum melayu merupakan golongan responden teramai dalam menjawab soalan kaji selidik ini iaitu sebanyak 75.7% berbanding cina (21.4%) dan lain-lain (1.4%). Golongan lain-lain ini terdiri kaum iban dan india muslim.

4. Tahun/Year

Rajah di atas menunjukkan jumlah responden berdasarkan tahun pengajian semasa masing-masing.Tahun 1 merupakan golongan responden teramai dalam menjawab soalan kaji selidik ini iaitu sebanyak 87.1% berbanding tahun 2 (7.1%) , tahun 3 (2.9%), Master/PHD(2.9%). Tiada siapa daripada golongan tahun 4 yang menjawab kaji selidik ini.

BAHAGIAN B :JENIS DAN CARA MENGAPLIKASI TEKNOLOGI

Page 4: syahmiafandi.weebly.com€¦  · Web viewBerdasarkan rajah diatas, ini menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar dapat menguasai kemahiran menggunakan aplikasi microsoft word (97.1%)

Berdasarkan rajah di atas, pelajar UKM lebih kerap menggunakan teknologi jenis telefon pintar (90%) berbanding komputer/komputer riba (7.1%), tablet (1.4%) dan lain-lain (1.4%). Pengunaan lain-lain teknologi itu adalah seperti gps, kalkulator dan sebagainya yang berbentuk komputer.

Berdasarkan rajah diatas, ini menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar dapat menguasai kemahiran menggunakan aplikasi microsoft word (97.1%) berbanding penggunaan microsoft excel (62.9%), microsoft powerpoint (88.6%), emel (78.6%), melayari internet (90%) dan lain-lain (8.6%). Menguasai perkara lain-lain termasuk menggunakan adobe photoshop dan sebagainya.

Page 5: syahmiafandi.weebly.com€¦  · Web viewBerdasarkan rajah diatas, ini menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar dapat menguasai kemahiran menggunakan aplikasi microsoft word (97.1%)

Mengikut kepada hasil gambar rajah di atas, ini menunjukkan bahawa pelajar lebih kerap dan sentiasa menggunakan ICT (41.4%) berbandingkan penggunaan kadang-kadang (37.1%) dan penggunaan ICT secara jarang (21.4%).

Berdasarkan graf bar di atas menunjukkan bahawa pelajar UKM lebih kerap menggunakan ICT pada waktu malam (94.3%) berbanding pada waktu pagi (50%) dan waktu petang (57.1%). Ini mungkin kerana pelajar UKM mempunyai masa terluang hanya pada waktu malam sahaja.

Page 6: syahmiafandi.weebly.com€¦  · Web viewBerdasarkan rajah diatas, ini menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar dapat menguasai kemahiran menggunakan aplikasi microsoft word (97.1%)

Berdasarkan pada rajah di atas, pelajar UKM lebih kerap menggunakan teknologi ke arah sosial (47.1%) berbanding penggunaan teknologi ke arah hiburan (24.3%), pelajaran (24.3%) dan lain-lain (4.3%). Lain-lain itu bermaksud pelajar UKM mengunakan teknologi kearah pelajaran, sosial dan hiburan.

Berdasarkan rajah di atas, menunjukkan bahwa terdapat segelintir bilangan pelajar UKM yang tidak mampu perkara di atas (4.3%). Manakala kebanyakkan mereka boleh log masuk ke dalam jaringan internet (82.9%).Selain itu, terdapat pelajar yang boleh menggunakan ‘memory card’ (58.6%), memasang aplikasi baru (71.4%), memasang printer (70%) ,menyelesaikan masalah teknikal (24.3%), menambahkan pasangan peranti (32.9%) dan membuat informasi mengenai jaringan (17.1%).

BAHAGIAN C : KEKERAPAN PENGGUNAAN ICT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Page 7: syahmiafandi.weebly.com€¦  · Web viewBerdasarkan rajah diatas, ini menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar dapat menguasai kemahiran menggunakan aplikasi microsoft word (97.1%)

Berdasarkan rajah di atas, ini menunjukkan bahawa ramai pelajar yang hanya kadang-kadang sahaja menggunakan ICT untuk mencari maklumat berkenaan kursus yang diambil (50%) berbanding penggunaan ICT selalu (30%) dan penggunaan ICT secara jarang (20%).

Berdasarkan rajah di atas, ini menunjukkan bahawa ramai pelajar yang selalu menggunakan ICT untuk mencari maklumat (58.6%) berbanding penggunaan ICT secara kadang -kadang (37.1%) dan penggunaan ICT secara jarang (4.3%).

Page 8: syahmiafandi.weebly.com€¦  · Web viewBerdasarkan rajah diatas, ini menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar dapat menguasai kemahiran menggunakan aplikasi microsoft word (97.1%)

Berdasarkan gambar rajah di atas , pelajar jarang menggunakan ICT dalam melakukan pembelajaran dengan bantuan ‘Video conferrencing’ (47.1%) berbanding penggunaan ICT selalu (12.9%), penggunaan ICT secara kadan-kadang (15.7%) dan tidak pernah langsung (24.3%).

Berdasarkan graf dan soalan di atas, ramai yang bersetuju bahawa aplikasi komputer banyak membantu pelajar dalam menyiapkan tugasan (47.1%) berbanding mereka yang mengatakan hanya kadang-kadang (41.4%) dan jarang (11.4%) sahaja ICT membantu dalam menyiapkan tugasan.

Page 9: syahmiafandi.weebly.com€¦  · Web viewBerdasarkan rajah diatas, ini menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar dapat menguasai kemahiran menggunakan aplikasi microsoft word (97.1%)

Berdasarkan pada gambar rajah, ini menunjukkan bahawa ramai yang menggunakan ICT secara kadang-kadang dalam perbincangan(45.7%) berbanding penggunaan ICT selalu dalam perbincangan (18.6%), penggunaan ICT secara jarang alam perbincangan (30%) dan tidak pernah menggunakan ICT dalam perbincangan (5.7%).

Berdasarkan pada rajah di atas, ramai yang menggunakan grafik atau animasi dalam perbentangan kumpulan secara kadang-kadang (38.6%) berbanding penggunaan secara kerap (15.7%), penggunaan secara jarang (32.9%) dan tidak pernah menggunakannya (12.9%).

BAHAGIAN D : KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN ICT

Page 10: syahmiafandi.weebly.com€¦  · Web viewBerdasarkan rajah diatas, ini menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar dapat menguasai kemahiran menggunakan aplikasi microsoft word (97.1%)

Berdasarkan rajah diatas menunjukkan bahawa ramai yang mengetahui mengenai kebaikan dan keburukan ICT(88.6%) berbanding mereka yang tidak mengetahui kebaikan dan keburukan ICT (11.4%)

Rajah di atas menujukkan graf bagi hasil untuk soalan 14 , soalan 15 , soalan 16 dan soalan 17.Bagi soalan 14, ramai yang menyokong pernyataan “In education, ICT can motivated students as well as facilitating completion of work and the communications between teachers and students” sebanyak (67 orang) berbanding yang tidak menyokong (3 orang). Bagi soalan 15 pula, ramai yang menyokong “In file sharing,groups of users can access the same programs, applications and even hardware such as printers and faxes using networking and wireless technology.”sebanyak (65 orang) berbanding yang tidak menyokong (5 orang). Bagi soalan 16 pula, ramai yang menyokong “In vulnerability, networks are open to abuse in the form of hacking. Viruses spread on a network and it is open to things like email spams and phishing.”sebanyak (56 orang) berbanding yang tidak menyokong (14 orang).Bagi soalan 17 pula, ramai yang menyokong “ Because of over dependence on information technology, it will makes students less active and innovative.” sebanyak (53 orang) berbanding yang tidak menyokong (17 orang).

BAHAGIAN E : KEBERKESANAN ICT

Page 11: syahmiafandi.weebly.com€¦  · Web viewBerdasarkan rajah diatas, ini menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar dapat menguasai kemahiran menggunakan aplikasi microsoft word (97.1%)

Berdasarkan carta pai di atas, ini menunjukkan bahawa ramai poelajar UKM yang menggunakan kaedah ‘Blending learning’ dan ‘Distant learning’ secara serentak (51.4%) berbanding mengunakan kaedah ‘Blending learning’ sahaja (32.9%) dan menggunakan kaedah ‘Distant learning’ sahaja (15.7%).

Berdasarkan carta pai di atas, ramai yang bersetuju sahaja bahawa ICT mampu meningkatkan keberkesanan dan kualiti pembelajaran (50%) berbanding mereka yang neutral (27.1%) dan mereka yang benar-benar bersetuju (22.9%)

Page 12: syahmiafandi.weebly.com€¦  · Web viewBerdasarkan rajah diatas, ini menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar dapat menguasai kemahiran menggunakan aplikasi microsoft word (97.1%)

Berdasarkan rajah di atas, ramai yang menghendaki bahawa UKM perlu menambah lebih banyak banyak ICT (78.6%) berbanding mereka yang tidak menghendaki (21.4%)

KESIMPULANKebanyakan pelajar UKM menggunakan ICT ke arah pembelajaran yang lebih efektif dan efisien.Maka, ini menunjukkan objektif bagi kaji selidik ini sudah tercapai iaitu :

1. Pelajar UKM mengetahui jenis teknologi dan cara penggunaan teknologi ICT dalam kehidupan seharian mahasiswa

2. Pelajar UKM mengenal pasti tahap keberkesanan dalam kegunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

3. Pelajar UKM mencari kekerapan penggunaan ict dan teknologi dalam kehidupan mahasiswa

4. Pelajar UKM mengetahui kebaikan dan keburukan kegunaan ICT pada pihak mahasiswa