pkp3033 tugasan projek

4

Click here to load reader

Upload: winnie-kho

Post on 22-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PKP3033 Tugasan Projek

TRANSCRIPT

Page 1: PKP3033 Tugasan Projek

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONNPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TUGASAN PROJEK

Tarikh Mula

17 Ogos 2014Tarikh Hantar

25 September 2014

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Membincangkan peranan dan ciri-ciri guru pemulihan.

2. Menghuraikan bidang tugas guru pemulihan untuk melaksanankan program pemulihan.

3. Mengaplikasi konsep pengurusan kelas dan tingkah laku dalam pengajaran dan

pembelajaran pendidikan pemulihan.

4. Menghasilkan Rancangan Pendidikan Individu untuk murid pemulihan.

Tugasan Projek ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.

Objektif Projek:

1. Membincangkan peranan, ciri-ciri dan bidang tugas guru pemulihan.

2. Mendapatkan maklumat dan menghasilkan satu portfolio berkaitan pentadbiran dan

pengurusan kelas pendidikan pemulihan.

3. Membuat unjuran dan merancang strategi untuk meningkatkan kualiti pentadbiran dan

pengurusan kelas pendidikan pemulihan.

4. Menghuraikan teori-teori berkaitan pengurusan tingkah laku murid pendidikan pemulihan.

5. Merancang dan mengaplikasi satu program pengurusan tingkah laku dalam pengajaran dan

pembelajaran pendidikan pemulihan.

Tugasan Projek (100%)

KOD DAN NAMA KURSUS : PKP3033 Perkhidmatan dalam Pemulihan

NAMA PELAJAR :

SEMESTER : 2 TAHUN : 2014

PROGRAM : PISMP Pendidikan Pemulihan

Page 2: PKP3033 Tugasan Projek

Pendidikan Pemulihan ialah satu perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa atau aliran perdana yang gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (Ishak Haron dan Koh Boh Boon 1983). Justeru itu, Guru Pendidikan Pemulihan mempunyai peranan yang penting untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat memenuhi matlamat pendidikan pemulihan. Antara peranan Guru Pendidikan Pemulihan ialah melaksanakan pengurusan dan pentadbiran kelas pendidikan pemulihan dan melaksanakan program pergurusan tingkah laku di kalangan murid pendidikan pemulihan.

Berdasarkan pernyataan di atas anda dikehendaki menyempurnakan tugasan projek yang berfokus kepada:

1. Membincangkan peranan, ciri-ciri dan bidang tugas guru pemulihan.2. Mendapatkan maklumat dan menghasilkan satu portfolio berkaitan pentadbiran dan

pengurusan kelas pendidikan pemulihan .3. Membuat unjuran dan merancang strategi untuk meningkatkan kualiti pentadbiran dan

pengurusan kelas pendidikan pemulihan.4. Menghuraikan teori-teori berkaitan pengurusan tingkah laku murid pendidikan pemulihan.5. Merancang dan mengaplikasi satu program pengurusan tingkah laku dalam pengajaran dan

pembelajaran pendidikan pemulihan.

Panduan Pelaksanaan Projek

Bagi menyempurnakan tugasan ini, anda dikhendaki:

1. Menghasilkan satu portfolio berkaitan pentadbiran dan pengurusan kelas pendidikan pemulihan:i. Memilih sebuah kelas pendidikan pemulihan yang ideal dan mendapatkan maklumat

berkaitan pentadbiran dan pengurusan kelas pendidikan pemulihan.ii. Menghasilkan satu portfolio yang mengandungi maklumat berkaitan struktur

organisai pentadbiran, peranan guru pemulihan, ciri-ciri guru pemulihan, bidang tugas guru pemulihan, carta alir penempatan pelajar, pelan bilik darjah, keceriaan, kemudahan-kemudahan lain, bahan bantu mengajar, ujian-ujian daignostik, sistem fail dan maklumat lain yang berkaitan.

iii. Membuat unjuran dan merancang strategi untuk meningkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan kelas pendidikan pemulihan tersebut.

2. Menyediakan laporan tentang perancangan dan pelaksanaan satu program pengurusan tingkah laku murid-murid pendidikan pemulihan:

Page 3: PKP3033 Tugasan Projek

i. Membuat penulisan akademik berkaitan teori-teori pengurusan tingkah laku murid pendidikan pemulihan.

ii. Kenalpasti masalah tingkah laku di kalangan murid-murid di Kelas Pemulihan dan nyatakan ciri-ciri masalah tingkah laku tersebut.

iii. Rancang satu program pengurusan tingkah laku untuk mengurangkan atau menghapuskan masalah tingkah laku tersebut. Anda perlu memilih satu kaedah atau strategi pengurusan tingkah laku dalam melaksanakan program pengurusan tingkah laku tersebut.

iv. Nyatakan prosedur-prosedur pelaksanaan program pengurusan tingkah laku tersebut.v. Sediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) bagi pelaksanaan program pengurusan

tingkah laku tersebut.vi. Lampirkan bukti pelaksanaan program pengurusan tingkah laku tersebut ( bahan, gambar,

video dan sebagainya)

Arahan Pentadbiran

1. Hasil penulisan anda hendaklah disediakan dalam format yang piawai menggunakan pemerosesan perkataan ( font Arial, saiz huruf 11, spacing 1.5 lengkap dengan justify ) dan dicetak dalam kertas A4.

2. Rujukkan/sumber perlu dinyatakan menggunakan format ’APA’.3. Keseluruhan tugasan perlu menunjukkan keaslian, kematangan dan kualiti akademik.4. Bahagian kulit luar dengan: nama, no. matrik, no. kad pengenalan, kod mata pelajaran,

program, pensyarah pembimbing dan tarikh serahan. 5. Semua produk penulisan projek ini hendaklah dihantar dalam bentuk laporan yang turut

mengandungi :i. biodata bergambar

ii. borang kolaborasi (Sekiranya perlu)iii. isi kandunganiv. penghargaanv. pengenalan

vi. refleksi / penutup / kesimpulanvii. bifliografi / rujukan

viii. lampiran

Kriteria Pentaksiran

Tugasan Projek ini akan dinilai berdasarkan Rubrik Pemarkahan seperti dalam lampiran yang disertakan.