pjm3103 lontar peluru

Upload: mohamad-firdaus

Post on 18-Jul-2015

315 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Soalan 2

Kenalpasti kesalahan-kesalahan yang sering berlaku dalam acara lontar peluru dan nyatakan jenis-jenis ansur maju yang boleh meningkatkan prestasi peserta

Kesalahan Pegangan Peluru Menggunakan alatan, seperti ikatan, pita tangan pada dua atau Iebih jari yang boleh membantu peserta untuk menguatkan cengkaman keatas peluru. Penggunaan pita ditangan tidak dibenarkan kecuali untuk membalut luka Peluru tidak di pegang dengan kemas, yang boleh menyebabkan peluru terlepas semasa menolak peluru keluar

Fasa Persediaan Tidak tenang semasa memegang peluru. Tidak merapatkan peluru dengan dagu. Terlalu tunduk menyebabkan dagu menghampiri dada dan ini akan meletakan peluru ke paras yang rendah, sepatutnya atlet membongkokkan lutut untuk menghasilkan dinamik yang kuat semasa tolakkan Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul. Sepatutnya siku tangan melontar hendaklah berada tinggi untuk memudahkan peluru ditolak keluar. Kedudukan siku yang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan akan menghasilkan jarak yang kurang memuaskan

Fasa Gelonsoran Meluruskan kaki kiri sebelum membuat gelungsuran yang menyukarkan pengheretan kaki kanan untuk melakukan gelungsuran Kaki kiri membantu kaki kanan semasa membuat gelongsoran, ini boleh menyebabkan kurang daya tujah. Dari konsep fizik, apabila kesalahan ini berlaku, ibarat pelontar membuat lontaran berdiri (standing throw). Lutut kaki kiri seharusnya bengkok dan dirapatkan dengan lutut kaki kanan dan seterusnya menendang kebelakang untuk membuat gelungsuran

Fasa Lontaran Gagal membuka pinggang mengarah arah lontaran, apabila ini berlaku, peserta tidak akan mendapat jarak yang memuaskan. Kerana, tidak mendapat kuasa yang sepenuhnya dari kekuatan kaki dan kilasan pinggang. Gagal memegang peluru dengan baik, menyebabkan peluru terlepas dari jari jemari semasa membuat tolakkan keatas peluru. Sudut lontaran yang tidak baik samada terlalu tinggi ataupun terlalu rendah. Sudut terbaik semasa melakukan lontaran ialah 45 darjah keudara, tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah Berlaku overpull dan underpull iaitu pusingan terlebih atau terlalu kurang menyebabkan peluru mendarat luar sektor lontaran. Fasa Pemulihan Imbangan yang tidak baik, ini menyebabkan mana-mana anggota badan menyentuh luar bulatan, jika ini berlaku, bermakna lontaran dikira batal.

Jenis-jenis ansur maju yang boleh meningkatkan prestasi peserta

1. Melakukan Lontaran berdiri, dengan kedua-dua kaki menyentuh penghadang kaki, badan menghadap sektor lontaran, peluru diletakkan dibawah dagu dan membuang terus dari dada. Lakuan ini menggunakan kekuatan tangan sahaja, aktiviti ini dilakukan untuk meyakinkan atlet bahawa dengan kekuatan tangan sahaja tidak mencukupi semasa melontar.

2. Untuk langkah kedua, peserta membuat lontaran berdiri satu langkah, peserta berdiri pada titik tengah bulatan. Badan peserta semasa fasa persediaan 90 darjah dari sektor lontaran, semasa melontar badan dikilaskan dan kembali pada kedudukan asal iaitu berdiri kedua-dua belah kaki. Ini bertujuan untuk

menyelaraskan kedudukan pergerakan pinggang dengan tolakkan tangan.

3. Langkah ketiga, peserta berdiri pada kedudukan langkah kedua. Tetapi dengan satu pengubahsuaian iaitu dengan membengkokkan lutut kanan. dalam kedudukan ini, peserta melontar sama dengan langkah dua, cuma bezanya, peserta melonjak dengan kaki. Tujuan aktiviti ini ialah menyelaraskan lonjakan kaki, kilasan pinggang dan tolakan tangan.

4. Langkah keempat, peserta melakukan pergerakan sama dengan langkah tiga. dalam langkah empat jurulatih menekankan konsep letupan dinamik semasa melepaskan peluru. Dalam lakuan ini, peserta diajar supaya lebih laju dalam pelaksanaan dan agresif semasa membuang peluru.

5. Langkah lima, peserta diajar membuat gerakan penuh. Peserta berdiri pada hujung bulatan kemudian membuat gelonsoran ketengah bulatan, melonjak menggunakan kaki kanan dan melepaskan peluru. memutarkan badan kemudian mendarat semula menggunakan kaki kanan dan menghadap sektor lontaran. Peserta juga dilatih dalam imbangan untuk menyempurnakan gerakkan pemulihan selepas melontar.

6. Langkah enam, untuk menyempurnakan teknik peserta, peserta melakukan gerakkan penuh tanpa menggunakan peluru. Gerakan dilakukan sambil diperhatikan oleh jurulatih. Jurulatih memperbetulkan teknik jika terdapat kesalahan dalam gerakkan. Perlakuan dibuat berulang-ulang sehingga peserta mahir sepenuhnya dan tidak kekok dengan langkah-langkah pergerakkan. 7. Apabila peserta sudah mahir dengan teknik gerakkan, peserta dilatih supaya melontar peluru dengan sudut yang betul dan menjalankan latihan fizikal yang menguatkan otot-otot yang terlibat semasa melakukan aktiviti.