pernyataan profesional fasa 3

3
PERNYATAAN PROFESIONAL Praktikum merupakan satu latihan yang memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Praktikum dua memfokuskan kepada mata pelajaran major dan minor pertama guru pelatih di IPG. Waktu mengajar bagi matapelajaran major adalah 8 hingga 6 waktu dan 2 hingga 4 jam untuk matapelajaran minor kedua. Pada 28hb Januari 2014, kami telah diberi taklimat mengenai Praktikum Fasa 3 2014 bagi semester 7. Praktikum bagi semester ini adalah selama tiga bulan. Sebelum mengikuti praktikum, kami telah diberi taklimat mengenai tugasan kami di sekolah dan penyediaan portfolio. Saya bersama dengan seorang lagi rakan saya daripada kelas saya (RBT 1) telah memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Haji Manan Kluang, Johor untuk melaksanakan Praktikum fasa 3. Sebelum ini saya tidak pernah menjalani praktikum di sekolah Tamil dan ia akan menjadi sebagai satu pengalaman yang baru. Saya juga berasa terharu untuk menjalani Praktikum Fasa 3 ini di sekolah tersebut. Sebelum memilih sekolah, kami telah mendapatkan pandangan daripada beberapa orang guru pelatih senior yang pernah melaksanakan praktikum di sekolah ini. Mereka telah memberi pandangan yang baik serta positif terhadap sekolah tersebut. Mereka juga berkongsi pengalaman mereka di sekolah tersebut di mana mereka mendapat kerjasama, komitmen dan layanan yang baik daripada pihak sekolah.

Upload: jamuna-batumalai

Post on 11-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

praktikum

TRANSCRIPT

PERNYATAAN PROFESIONALPraktikum merupakan satu latihan yang memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Praktikum dua memfokuskan kepada mata pelajaran major dan minor pertama guru pelatih di IPG. Waktu mengajar bagi matapelajaran major adalah 8 hingga 6 waktu dan 2 hingga 4 jam untuk matapelajaran minor kedua.Pada 28hb Januari 2014, kami telah diberi taklimat mengenai Praktikum Fasa 3 2014 bagi semester 7. Praktikum bagi semester ini adalah selama tiga bulan. Sebelum mengikuti praktikum, kami telah diberi taklimat mengenai tugasan kami di sekolah dan penyediaan portfolio. Saya bersama dengan seorang lagi rakan saya daripada kelas saya (RBT 1) telah memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Haji Manan Kluang, Johor untuk melaksanakan Praktikum fasa 3. Sebelum ini saya tidak pernah menjalani praktikum di sekolah Tamil dan ia akan menjadi sebagai satu pengalaman yang baru. Saya juga berasa terharu untuk menjalani Praktikum Fasa 3 ini di sekolah tersebut. Sebelum memilih sekolah, kami telah mendapatkan pandangan daripada beberapa orang guru pelatih senior yang pernah melaksanakan praktikum di sekolah ini. Mereka telah memberi pandangan yang baik serta positif terhadap sekolah tersebut. Mereka juga berkongsi pengalaman mereka di sekolah tersebut di mana mereka mendapat kerjasama, komitmen dan layanan yang baik daripada pihak sekolah. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai kemudahan-kemudahan bagi subjek major saya iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan subjek minor saya, Bahasa Tamil. Sekolah ini adalah sebuah sekolah yang mempunyai kuantiiti murid yang agar tinggi dan akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, bagi praktikum ini kami yang mengambil kursus Bahasa Tamil akan tinggal diluar kampus dan kami tinggal di rumah sewa yang terdekat dengan sekolah kami. Sebelum menjalani praktikum fasa 2 ini, saya perlu bersedia dari segi mental, fizikal, emosi dan intelek. Saya juga harus sedia untuk memberikan komitmen kepada pihak sekolah sepanjang menjalani praktikum tersebut. Saya juga berharap bahawa pengalaman praktikum sebelum ini akan membantu saya untuk meneruskan praktikum fasa 3 dengan baik. Saya berharap praktikum kali ini akan dapat meningkatkan pengetahuan, pengalaman serta kemahiran saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Saya berharap saya dapat memperoleh dan mencuba beberapa idea bagi menginovasikan pengajaran dan pembelajaran saya.Seterusnya, saya berharap pihak sekolah dapat melibatkan saya dalam segala aktiviti dan program sekolah serta membantu saya dalam melaksanakan praktikum 3 ini dengan baik. Saya berharap agar saya dapat membina hubungan yang positif dan mesra dengan pihak sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai agama dan budaya. Secara keseluruhannya, semoga praktikum kali ke-3 dan yang terakhir ini memberi pengajaran, pengetahuan serta pengalaman yang bermanfaat bagi saya untuk berjaya sebagai guru pelatih yang berkaliber.