laporan fasa-fasa bulan

Upload: prema-rajendran

Post on 18-Oct-2015

137 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

AMALI 2: BULAN

Tajuk : Terbit dan Terbenam BulanTujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan

Pengenalan :

Bulan adalah objek langit yang paling dekat dengan bumi. Kerana jaraknya yang paling dekat tersebut, bulan adalah objek langit yang paling mudah dilihat dengan mata kasar. Bulan biasanya kelihatan pada waktu malam, namun kita tidak boleh melihat bulan setiap malam walau pun langit bersih tanpa awan

Pembolehubah

Manipulasi: Bilangan hari

Bergerak balas : Perubahan fasa bulan

Malar: Jenis kamera yang digunakan

Hipotesis: Semakin meningkat bilangan hari, perubahan fasa bulan dapat diperhatikan Alat dan radas: Kamera, kertas catatan, penselKemahiran Proses Sains:

Mengawal pemboleh ubah, menyatakan hipotesis, memerhati, mentafsir data, menggunakan perhubungan ruang dan masa, menggunakan nombor, mengelas, berkomunikasi, membuat inferens.

Prosedur:

1. Maklumat mengenai terbit dan terbenam bulan daripada buku, majalah, jurnal, surat khabar atau internet dicari.

2. Lokasi sesuai dipilih dan bulan yang terdapat di kawasan itu diperhatikan setiap hari selama sebulan.

3. Pemerhatian dijalankan menggunakan mata kasar.

4. Kamera yang sesuai untuk mengambil gambar digunakan.

5. Tarikh dan waktu pemerhatian direkodkan.6. Kedudukan bulan dan sebarang perubahan bentuk bulan dicatatkan ke dalam jadual7. Data yang diperoleh dianalisis dan ditafsirkan.

Keputusan : Jadual 1: Keputusan pemerhatian amali bulan (5 Mac 2014-3 April 2014) :

Tarikh Gambar Fasa bulan yang sepatutnya kelihatan Catatan pemerhatian

5 Mac 2014

Cuaca: Langit cerah ( tidak hujan )

Waktu : 9pm -9.30 pm

Lokasi : Kolej Kediaman FatimahFasa bulan: Bulan hampir purnama

Darjah: 90-135 degrees

Bulan kelihatan pada malam ini kerana waktu bulan terbenam adalah 4.20 pagi

6 Mac 2014

Cuaca; Langit cerah (tidak hujan )

Waktu : 9pm -9.30 pmFasa bulan: hampir purnamaDarjah : 180-225 DegreeBulan kelihatan malam ini kerana cuaca cerah, tidak dilitupi awan yang banyak dan waktu bulan terbenam adalah pada jam 5.10 pagi.

7 Mac 2014

Bulan tidak kelihatan pada malam ini.

Langit tidak cerah.

Sepatutnya, bulan akan kelihatan malam ini kerana waktu terbitnya 6.25 petang. Fasa bulan yang sepatutnya kelihatan ialah bulan purnama baru.

8 Mac 2014

Cuaca: Langit cerah (tidak hujan )

Waktu ; 9 pm- 9.30 pm

Lokasi : Kolej Kediaman Fatimah Fasa bulan : Bulan purnama

Darjah : 180-225 Degree

Bulan kelihatan pada malam ini. Bulan terbit pada pukul 7.18pm.

9 Mac 2014

Cuaca : Langit cerah

Waktu: tidak dijalankan

Fasa: Bulan purnama

Pemerhatian tidak dijalankan pada malam ini kerana dalam perjalanan ke kampung. Namun, melalui maklumat yang dikumpul, bulan pada malam ini adalah bulan purnama

10 Mac 2014

Cuaca: langit gelap (mendung)

Waktu :9 malam

Tempat: Terengganu (Besut)

Darjah : 180-225 Degree

Fasa bulan: Bulan purnama

Bulan tidak kelihatan pada malam ini kerana langit gelap.

11 Mac 2014

Cuaca; Langit cerah

Waktu : 9.30-10.30 pm

Fasa bulan: Purnama lama

Darjah : 225-270 degree

Bulan kelihatan pada malam ini.

12 Mac 2014

Cuaca: mendung (hujan sekejap-sekejap)

Waktu : 9pm-9.30 pm

Lokasi; Terengganu (Besut)

Fasa bulan: selepas purnama

Darjah : 225-270 degree.

Bulan tidak kelihatan malam ini. Ini kerana cuaca mendung dan melalui maklumat yang dikumpul bulan terbit pada 11.04 malam dan merupakan salah satu sebab bulan tidak kelihatan

13 Mac 2014

Cuaca: mendung dan hujan.

Waktu : 9pm-9.30 pm

Lokasi; Terengganu (Besut)

Fasa bulan: separa lama ( tua)

Bulan tidak kelihatan malam ini. Ini kerana cuaca di Terengganu agak mendung untuk minggu ini dan kadang-kadang hujan.

14 Mac 2014

Pemerhatian tidak dijalankan pada hari ini

Fasa bulan : Separa lama ( tua )

Bulan mungkin tidak kelihatan pada malam ini kerana pada waktu malam cuaca mendung dan hujan rintik-rintik.

15 Mac 2014

Cuaca: Langit mendung

Waktu : 9pm- 9.30 pm

Lokasi : Terengganu (Besut )

Fasa bulan: separa lama (tua)

Bulan tidak kelihatan pada waktu pemerhatian disebabkan oleh cuaca

16 Mac 2014

Cuaca: Langit mendung

Waktu : 9pm- 9.30 pm

Lokasi : Terengganu (Besut )

Fasa bulan: sabit lama (tua)

Bulan tidak kelihatan pada waktu pemerhatian

17 Mac 2014

Cuaca: Langit mendung

Waktu : 9pm- 9.30 pm

Lokasi : Terengganu (Besut )

Fasa bulan: sabit lama (tua)

Bulan tidak kelihatan pada waktu pemerhatian

18 Mac 2014

Cuaca: Langit mendung

Waktu : 9pm- 9.30 pm

Lokasi : Terengganu (Besut )

Fasa bulan: sabit lama (tua)

Bulan tidak kelihatan pada waktu pemerhatian disebabkan oleh cuaca

19 Mac 2014

Pemerhatian tidak dijalankan kerana perjalanan pulang ke maktab.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh pada tarikh ini, fasa bulan yang kelihatan adalah bulan sabit lama (tua)

Perbincangan: Peredaran bulan mengelilingi matahari menyebabkan bulan mempunyai fasa-fasa yang tersendiri. Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan yang bercahaya sepanjang pusingan di orbitnya mengelilingi bumi iaitu sebulan ijtimak. Kita cuma melihat sebahagian sahaja permukaan Bulan dari Bumi kerana ia berputar mengelilingi Bumi

Pemerhatian terhadap fasa-fasa bulan dibuat daripada 5 Mac 2014 hingga 19 Mac 2014. Kebanyakan gambar di ambil di asrama Cempaka Sari, Melaka kecuali bermula 9 Mac sehingga 18 Mac di Terengganu.

Bermula daripada 5 Mac 2014 sehingga ke 22 Mac 2014, fasa-fasa bulan adalah daripada hampir purnama, purnama, purnama lama, separa lama (tua) dan pada 22 Mac 2014 adalah bulan sabit lama (tua) .

Namun begitu, semasa membuat pemerhatian, terdapat bulan yang tidak kelihatan pada tarikh tersebut sedangkan sepatutnya bulan dapat dilihat. Hal ini berlaku disebabkan oleh langit yang gelap, kehadiran awan pada malam tersebut dan juga masa terbit dan terbenam bulan .

Perubahan-perubahan fasa bulan yang diperhatikan bermula daripada 5 Mac 2014 sehingga ke 19 Mac 2014 melalui kesemua fasa bulan iaitu daripada anak bulan, sabit baru, separa baru, hampir purnama, purnama, selepas purnama, separa lama dan bulan sabit lama.

Bulan adalah satelit yang tidak boleh memancarkan cahaya sendiri. Cahaya yang dilihat daripada bumi merupakan cahaya yang dipantulkan oleh matahari. Dari hari ke hari, bentuk dan ukuran cahaya bulan berubah-ubah sesuai dengan posisi bulan terhadap matahari dan bumi.

Pada saat ijtimak, seluruh bahagian bumi tidak menerima cahaya matahari kerana bumi, bulan dan matahari sejajar tetapi bukan pada satah yang sama. Bulan tidak kelihatan daripada bumi yang diistilahkan sebagai bulan baru. ini dapat dilihat pada 23 Mac 2014.

Ketika bulan bergerak mengelilingi bumi, ada bahagian bulan yang menerima cahaya matahari dan ini menyebabkan kita di bumi terlihat bahagian bulan yang menerima cahaya. Bahagian bulan ini yang terlihat daripada bumi sangat kecil dan membentuk bulan sabit yang dikenali sebagai hilal awal bulan. Ini terjadi pada 24-28 Mac 2014Semakin jauh bulan meninggalkan ijtimak, semakin besar cahaya bulan yang tampak daripada bumi dan ini memperlihatkan fasa bulan sebelum purnama. Contoh fasa ini yang dapat dilihat melalui pemerhatian adalah 5 Mac dan 3 April. Namun begitu, pada 3 April, bulan sebelum purnama tidak kelihatan kerana keadaan cuaca.

Fasa purnama terjadi apabila bumi berada di antara bulan dan matahari. Bahagian bulan yang menerima cahaya matahari hampir keseluruhannya terlihat di bumi dan bulan kelihatan seperti purnama. Ini dapat dilihat pada 9 Mac. Setelah itu, bulan mengalami fasa purnama lama dan kemudian sabit lama .

Bulan mempunyai waktu terbit dan terbenam. Oleh itu, walaupun langit bersih tanpa awan, kita tetap tidak boleh melihat bulan setiap malam. Sebenarnya bulan setiap hari selalu terbit dan terbenam secara teraturnamun jikalau kita melihat bulan di waktu yang salah pada malam hari, maka kita tidak akan dapat melihat bulan di langit pada malam tersebut.. Ini kerana setiap malam atau setiap hari bulan terbit dan terbenampada waktunya yang tersendiri. Contohnya, jika bulan baru muncul, kita tidak dapat melihat bulan tersebut pada malam hari kerana terbit dan terbenam bulan baru hampir sama dengan terbit dan terbenam matahari.

Bulan boleh kelihatan hampir setiap hari pada waktu siang. Namun, ini bergantung pada cuaca pada hari tersebut dan sama ada matahari memancarkan cahaya yang terik atau pun tidak. Bulan tidak kelihatan di waktu siang apabila bulan penuh, bulan baru dan juga beberapa hari sebelum dan selepas bulan baru.

Bulan juga boleh kelihatan pada waktu malam apabila bulan memasuki fasa bulan purnama iaitu pada pertengahan bulan. Bulan hanya tidak kelihatan pada waktu malam semasa kemunculan bulan bagi fasa bulan baru kerana terbitnya bulan hampir sama dengan terbitnya matahari dan begitu juga terbenam bulan hampir sama dengan terbenam matahari. Jadi, pada waktu malam setelah bulan baru, kita tidak akan dapat melihat bulan di waktu malam. Jadi 5, 6, 7, Mac dan tarikh lain, bulan kelihatan pada waktu malam kecuali pada tarikh fasa bulan baru. Setiap hari, bulan akan terbit dan terbenam lewat 51 minit daripada malam sebelumnya. Jadi, bulan kelihatan pada waktu malam pada waktu yang tertentu. Bulan juga akan kelihatan jika langit cerah dan bersih tanpa awan.

Kesimpulan:

Perubahan hari mempengaruhi fasa-fasa bulan yang kelihatan.

Inferens:

Bulan tidak kelihatan pada malam hari disebabkan cuaca mendung. (Membuat inferens)

Cadangan penambahbaikan :

1. Pastikan pemerhatian dibuat pada setiap hari.

2. Rujuk jadual terbit dan terbenam bulan sebelum melaksanakan amali.

3. Kamera yang digunakan hendaklah lebih canggih.

4. Pemerhatian dibuat pada waktu terbit nya bulan supaya gambar fasa bulan dapat diambil