pernyataan profesional

8
2.0 PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI 2.1 Pernyataan sebelum program Pengalaman Berasaskan Sekolah Fokus utama aktiviti yang dapat dikenal pasti ialah: a. Tugasan yang diberikan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Aktiviti kolaborasi, refleksi, pemerhatian dan laporan akhir yang perlu dilaksanakan dan disediakan selepas Program Pengalaman Berasaskan Sekolah. b. Tugasan Pengajian Profesional Perkembangan Kanak-kanak (EDU 3102) yang melibatkan interaksi dengan dua orang murid yang berlainan tahap yang berada pada peringkat umur tujuh hingga dua belas tahun bagi memerhatikan perkembangan sosioemosi dan bahasa mereka. Tujuan aktiviti atau tugasan yang diberikan oleh IPGM: 1. Memahami budaya sekolah. 2. Menyesuaikan diri di sekolah dan di dalam bilik darjah. 3. Memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran. 4. Membina kemahiran berinteraksi dengan murid-murid, guru, kakitangan sekolah dan pihak pengurusan sekolah. 5. Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal. 6. Membina sikap positif terhadap profesion keguruan. 7. Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru. Tujuan aktiviti atau tugasan Pengajian Profesional: 1. Memahami peringkat-peringkat proses perkembangan kanak- kanak. 2. Memahami prinsip-prinsip asas perkembangan kanak-kanak.

Upload: chen-peck-lian

Post on 15-Nov-2015

11 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pernyataan profesional

TRANSCRIPT

2.0 PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI2.1 Pernyataan sebelum program Pengalaman Berasaskan Sekolah Fokus utama aktiviti yang dapat dikenal pasti ialah:a. Tugasan yang diberikan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)Aktiviti kolaborasi, refleksi, pemerhatian dan laporan akhir yang perlu dilaksanakan dan disediakan selepas Program Pengalaman Berasaskan Sekolah.

b. Tugasan Pengajian Profesional Perkembangan Kanak-kanak (EDU 3102) yang melibatkan interaksi dengan dua orang murid yang berlainan tahap yang berada pada peringkat umur tujuh hingga dua belas tahun bagi memerhatikan perkembangan sosioemosi dan bahasa mereka.

Tujuan aktiviti atau tugasan yang diberikan oleh IPGM:1. Memahami budaya sekolah.2. Menyesuaikan diri di sekolah dan di dalam bilik darjah.3. Memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran.4. Membina kemahiran berinteraksi dengan murid-murid, guru, kakitangan sekolah dan pihak pengurusan sekolah.5. Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal.6. Membina sikap positif terhadap profesion keguruan.7. Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru.

Tujuan aktiviti atau tugasan Pengajian Profesional:1. Memahami peringkat-peringkat proses perkembangan kanak-kanak.2. Memahami prinsip-prinsip asas perkembangan kanak-kanak.3. Memahami implikasi perkembangan sosioemosi dan bahasa kanak-kanak terhadap pengajaran dan pembelajaran.4. Mengenal pasti teori perkembangan kanak-kanak dan perkaitannya dengan pendidikan.5. Mengaitkan kefahaman tentang perkembangan kanak-kanak dalam membantu meningkatkan pembelajaran guru-guru pelatih.6. Mengaplikasikan teori dan proses pembelajaran dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid di dalam bilik darjah.

Merancang Strategi PelaksanaanUntuk menjalankan dua tugasan yang diberikan tersebut, saya telah memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Cheng di Kota Bharu, Kelantan yang berdekatan dengan rumah saya. Sebelum memulakan pelaksanaan program Pengalaman Berasaskan Sekolah di sekolah tersebut, saya telah mendapatkan maklumat-maklumat asas tentang sekolah tersebut terlebih dahulu. Sebagai contohnya, alamat lengkap dan nombor telefon sekolah tersebut. Hal ini dilakukan supaya dapat memudahkan rujukan pihak Institut. Seterusnya, untuk memastikan tugasan tersebut dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan, saya telah menyediakan draf awal bagi setiap perkara yang perlu saya lakukan dalam tempoh pelaksanaan PBS. Misalnya, menyediakan borang pemerhatian dan temu bual kanak-kanak.

Instrumen penilaian kendiriSetiap perkara yang akan dilakukan sepanjang PBS akan direkodkan dalam laporan refleksi selepas selesai sahaja melakukan sesuatu perkara itu. Hal ini bertujuan untuk memotivasikan diri saya dan memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya.

2.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokusBilTarikhTindakan

130 Mac 2014 Menghadiri perhimpunan mingguan sekolah. Melaporkan diri kepada Penolong Kanan Pentadbiran. Mendapatkan maklumat umum sekolah daripada PK Pentadbiran. Berjumpa dengan mentor dan menemu ramah beliau. Menemu ramah PK Pentadbiran. Meninjau dan mengambil gambar kawasan persekitaran sekolah. Meninjau dan mengambil gambar infrastruktur sekolah.

231 Mac 2014 Menemu ramah pengawal keselamatan. Menemu ramah tukang bersih sekolah. Menemu ramah guru-guru. Menemu ramah PK Kokurikulum. Mengumpul maklumat sekolah seperti sejarah, carta organisasi dan kemudahan. Mendapatkan seorang murid tahap 2 untuk menemu bual dan memerhatikan perkembangannya dari segi sosioemosi dan bahasa.

31 April 2014 Memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di kelas Tahun 4. Mengemas kini laporan. Menemu ramah pengurus kantin. Meninjau keadaan di kantin. Mendapatkan seorang murid tahap 1 untuk menemu bual dan memerhatikan perkembangannya dari segi sosioemosi dan bahasa.

42 April 2014 Menemu ramah pembantu tadbir. Menemu ramah pembantu am pejabat.

53 April 2014 Menyemak bahan-bahan atau maklumat-maklumat yang telah diperoleh. Menemu ramah Guru Besar. Menemu ramah PK HEM. Mendapatkan tandatangan PK Pentadbiran tentang pengesahan kehadiran sepanjang PBS. Mendapatkan laporan perkembangan pelajar daripada PK Pentadbiran. (Guru Besar perlu menguruskan hal-hal am yang lain) Meninjau dan mengambil gambar infrastruktur sekolah. Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas bimbingan, kerjasama dan bantuan yang diberikan.

3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN3.1 PemerhatianMelalui pemerhatian yang telah saya lakukan di SJKC Chung Cheng, saya telah mengambil gambar-gambar yang berkaitan sebagai instrumen pelengkap tugasan. (Rujuk Lampiran Bahagian 1)

3.2 Senarai semakSaya mendapatkan dan mengumpul bahan-bahan serta melengkapkan data-data yang diperlukan dengan berdasarkan senarai semak yang telah disediakan. (Rujuk Senarai Semak Penyediaan Portfolio - Lampiran 1-3)

3.3 Temu bual Bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan, saya telah menemu bual beberapa orang guru, kakitangan sekolah, dan murid. Temu bual saya dengan guru dan kakitangan sekolah telah saya catatkan dalam bentuk soalan dan jawapan dengan menggunakan tulisan tangan (Rujuk rekod kolaborasi / interaksi / perbincangan) sementara temu bual saya dengan murid-murid telah saya catatkan dalam bentuk jawapan ke dalam borang pemerhatian yang bertaip yang telah saya sediakan sebelum itu (Rujuk Lampiran Bahagian 2).

4.0 KOLABORASIUntuk tujuan kolaborasi, saya telah mencatatkan rekod kolaborasi saya dengan pengurusan sekolah, mentor, guru-guru, dan kakitangan sekolah ke dalam borang-borang rekod kolaborasi yang telah disediakan. Borang-borang tersebut telah dilengkapkan dengan tandatangan pengesahan responden yang telah saya temu bual. (Rujuk rekod kolaborasi / interaksi / perbincangan di muka surat sebelah)

5.0 Ilmu / Pengetahuan Baharu5.1 PemerhatianMelalui pemerhatian yang telah saya jalankan, saya memperoleh pengalaman tentang suasana dan budaya di sekolah tersebut. Seterusnya, saya juga dapat memerhatikan perkembangan sosioemosi dan bahasa dua orang murid yang saya pilih untuk dikaji dan dianalisis.

5.2 Senarai semak Melalui senarai semak yang telah saya sediakan sebagai suatu panduan untuk memerhatikan perkembangan sosioemosi dan bahasa dua orang murid yang saya pilih untuk dikaji dan dianalisis, saya telah dapat memahami dan mengkaji mereka dengan lebih mendalam dan menyeluruh. Dalam pada itu, saya juga telah memperoleh suatu pengalaman baharu tentang cara untuk menjalankan sesuatu temu bual secara sistematik.

5.3 Temu bualMelalui temu bual yang telah saya jalankan, saya telah memperoleh pengetahuan dan pengalaman baharu tentang cara untuk mengajukan soalan kepada kanak-kanak.

6.0 REFLEKSI Melalui refleksi, saya dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan. Dalam pada itu, saya menjadikan refleksi sebagai asas untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan. Selain itu, refleksi juga dapat meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan yang tinggi.