asgmt etika profesional

Upload: oneeazua

Post on 03-Jun-2018

273 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    1/21

    Fakulti Pendidikan dan Bahasa

    (Kohort SMP Ambilan Khas Mac, 2011)

    Semester Mei 2013

    OUMM3203

    Etika Profesional

    Tajuk:

    Rasuah dan Implikasinya

    Oleh:

    ONEE AZUA BINTI ZOLKARNAIN

    NO. MATRIKULASI : 730626085056001

    NO. KAD PENGENALAN : 730626-08-5056

    NO. TELEFON : 012-5121449

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : PERAK LEARNING CENTRE

  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    2/21

  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    3/21

    i

    Akuan Hasil Kerja Sendiri:

    PENGAKUAN

    Saya, ONEE AZUA BINTI ZOLKARNAIN, NO MATRIKS: 730626085056001, mahasiswa

    OUM: Kohort Ambilan Khas Mac, 2011, yang sedang mengikuti pengajian Sarjana Muda

    Pendidikan dalam bidang Bahasa Melayu mengakui bahawa tugasan OUMM3203: Etika

    Profesional, ini adalah hasil kerja saya secara individu setelah membuat rujukan daripada

    sumber-sumber yang tertentu serta perbincangan dengan tutor bersemuka, tutor penyelia dan

    e-tutor subjek berkenaan. Segala sumber kajian tersebut dinyatakan dalam bahagian

    RUJUKAN. Tiada unsur plagiat dilakukan kerana saya menyedari bahawa perlakuan

    tersebut hanya akan menjejaskan pemarkahan tugasan ini.

    Sekian dimaklumkan, terima kasih.

    Tandatangan penulis tugasan: OneeazuaZol

    Nama: (ONEE AZUA BINTI ZOLKARNAIN)

    Tarikh: 14 JULAI 2013.

  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    4/21

    ii

    Penghargaan

    Salam sejahtera dan salam perpaduan.

    Terlebih dahulu saya ingin bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurnia-Nya

    penulisan ini dapat direalisasikan dan akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan yang

    diamanahkan ini.

    Sebelum meneruskan bicara dengan lebih lanjut lagi, saya ingin mengambil kesempatan ini

    untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada suami dan anak-anak yang sentiasa memberi

    sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi serta memahami kesibukan isteri dan juga

    ibu mereka dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga jua ditujukan

    buat bonda tersayang atas segala bantuan dan doa yang tidak pernah putus untuk anaknya ini.

    Selain itu, saya juga ingin mengucapan terima kasih kepada tutor bersemuka: ENCIK

    NORDIN BIN TAHIR, dan juga e-tutor: ENCIK AYUB BIN NASIR. Mereka telah

    memberikan banyak tunjuk ajar, berkongsi ilmu dan menjadi pemudah cara yang baik dalam

    membantu saya melaksanakan tugasan yang amat menarik lagi mencabar ini: Rasuah dan

    Implikasinya.

    Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada rakan-rakan sepengajian yang sudi bertukar-tukar

    idea. Sokongan dan motivasi daripada kalian membuatkan saya tidak mudah berputus asa dan

    sentiasa berusaha bersungguh-sungguh agar tugasan ini dapat disempurnakan dalam waktu

    yang ditetapkan.

    Melalui tugasan ini, saya dapat menghayati erti sebenar pepatah Melayu yang menyatakan,Hendak ser ibu daya, tak hendak seribu dali h. Apabila saya mula menerima tugasan ini,

    saya berasa amat terbeban sebab kecetekan ilmu yang ada pada diri saya dan kekangan masa

    di sebalik kesibukan tugas selaku seorang guru, isteri dan ibu. Atas nama komitmen, saya pun

    berusaha untuk mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dari pelbagai sumber sama ada

    dari bahan bacaan, perbincangan bersemuka dan atas talian bersama dengan pensyarah

    mahupun rakan-rakan. Saya cuba melakukan pengagihan masa dengan sebaik-baiknya.

    Alhamdulillah, berkat kesungguhan, akhirnya tugasan ini mampu jua disiapkan.

  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    5/21

    iii

    Sebagai konklusi, pelbagai ilmu dan pengalaman yang menarik dapat saya kutip daripada

    pelaksanaan tugasan ini. Pada pendapat saya, setiap guru memainkan peranan besar dalam

    sistem pendidikan. Kejayaan dasar-dasar pendidikan yang digubal pihak Kementerian

    Pendidikan Malaysia banyak bergantung kepada kesungguhan dan integriti guru dalam

    melaksanakannya. Andainya para guru komited, insyaallah anak-anak didik kita akan sedartentang kepentingan ilmu dalam kehidupan serta menjadi lebih bersemangat untuk memburu

    pengetahuan demi manfaat diri, agama, bangsa dan negara.

    Sekian, terima kasih.

  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    6/21

    1

    1.0 Pengenalan

    Malay Chamber of Commerce Malaysia (MCCM) (2013), menyatakan bahawa sogokan,

    suapan, tumbuk rusuk, makan suap, wang saku, duit kopi dan duit bawah meja merupakan

    antara variasi sebutan yang digunakan bagi merujuk perkataan rasuah. Kata yang berasaldaripada Bahasa Arab, al-risywah ini telah didefinisikan dalam pelbagai cara. Kamus Dewan

    (2010), mentakrifkan rasuah sebagai pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok atau

    menyuap). Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (2012), pula rasuah

    ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang

    individu melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas

    rasmi. Suapan itu terdapat dalam bentuk wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan

    upah, atau diskaun. Sementara itu, Transparency International (TI, 2013), mendefinisikanrasuah sebagai perilaku buruk yang tidak wajar dan tidak sah menurut undang-undang oleh

    orang awam, kaki tangan di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para

    politikus dan pegawai-pegawai. Perasuah menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam

    yang diberi kepada mereka. Tujuan perbuatan itu adalah untuk mengayakan diri atau

    memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai).

    Pendek kata, rasuah ialah perbuatan keji daripada sudut moral dan menyalahi undang-undang.

    Sesungguhnya, perbuatan memberi dan menerima rasuah mendatangkan kesan yang besar

    terhadap ekonomi dan perundangan, malah bercanggah dengan nilai etika. Sehubungan itu,

    dalam tugasan ini saya akan menganalisis senario rasuah di Malaysia dan juga di negara-

    negara luar berserta implikasi gejala rasuah dalam ketiga-tiga aspek tersebut.

    2.0 Senario Rasuah

    Menurut SPRM (2013), pada tahun 2012 sahaja sebanyak 701 individu telah ditangkap atas

    kesalahan rasuah. 58.92 peratus kes melibatkan orang awam manakala bakinya terdiri

    daripada penjawat awam. Sementara itu, 1109 kes kesalahan rasuah telah disabitkan oleh

    mahkamah di seluruh Malaysia dalam tahun yang sama. Laporan tersebut menunjukkan

    bahawa situasi gejala negatif ini di negara kita adalah agak serius. Namun demikian, menurut

    Datuk Paul Low Malaysia: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia bukan satu-satunya

    negara yang berdepan dengan gejala rasuah kerana rasuah adalah ancaman global (The

    Malaysia Insider, 2013). Buktinya, TI (2013) yang menjalankan kajian tentang indeks korupsi

    pada September 2012 hingga Mac 2013 di 107 buah negara serta wilayah melaporkan bahawa

  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    7/21

    2

    satu daripada empat orang responden mengakui pernah memberi rasuah kepada sesuatu badan

    kerajaan.

    TI (2012), pula melaporkan bahawa hasil kaji selidiknya terhadap penduduk di 176 buah

    negara serta wilayah mendapati bahawa Malaysia berada pada tangga ke 54 dalam isukeseriusan gejala rasuah. Jabatan Polis merupakan badan terbanyak menerima rasuah diikuti

    oleh badan politik. Keputusan Barometer Rasuah Global oleh TI itu mancatatkan Indeks

    Korupsi (CI) di Malaysia ialah 44/100, di mana 0 merujuk rasuah berada pada tahap sangat

    serius manakala 100 bermakna bersih daripada gejala rasuah. Berdasarkan laporan TI itu,

    jelaslah rasuah kini adalah ancaman yang perlu diakui dan ditangani segera. Hal ini kerana,

    impak daripada perbuatan negatif ini adalah amat buruk.

    Jadual: The Corruption Perceptions Index 2012.

    Sumber:http://cpi.transparency.org/cpi2012/results/

    3.0 Analisis Implikasi Rasuah dari Sudut Ekonomi

    Perrkataan ekonomi dikaitkan dengan keadaan kekayaan dan kebendaan serta sistem

    pengendalian sumber kekayaan seperti kewangan, perindustrian, perdagangan, dan

    sebagainya di sesebuah negara (Kamus Dewan, 2010). Sistem ekonomi pula merujuk kepada

    suatu proses yang berterusan di mana manusia memberikan perkhidmatan demi mendapatkan

    barangan atau apa jua keinginannya (Ho Jo Ann dan Tee Keng Kok, 2011). Dalam kata lain,

    http://cpi.transparency.org/cpi2012/results/http://cpi.transparency.org/cpi2012/results/http://cpi.transparency.org/cpi2012/results/http://cpi.transparency.org/cpi2012/results/
  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    8/21

    3

    ekonomi mahupun sistem ekonomi merujuk kepada sesuatu yang dapat mendatangkan

    pendapatan lantas membolehkan seseorang mendapatkan apa jua yang keperluan yang

    dihajatinya. Semakin kukuh ekonomi individu atau sesebuah negara, semakin banyaklah

    keperluan yang dapat dipenuhi oleh orang atau negara tersebut.

    Menurut Ho Jo Ann dan Tee Keng Kok (2011), dalam sistem ekonomi yang bermoral setiap

    manusia memiliki peluang yang sama rata dalam mengakses sumber-sumber yang ada di

    persekitaran untuk ditukarkan atau diagihkan ke bentuk barangan keperluan harian mahu pun

    untuk memperoleh perkhidmatan. Namun demikian, terdapat peruntukan undang-undang

    yang membolehkan kerajaan dan agensi sosial untuk mengagihkan sumber-sumber itu kepada

    sesiapa yang dirasakan sesuai untuk menerimanya. Seringkali, berlaku ketidakadilan dalam

    urusan agihan tersebut. Kenalan rapat dan kaum kerabat biasanya mendapat keutamaan. Disinilah rasuah berleluasa.

    Rasuah wujud lantaran terdapat manusia yang rendah moralnya ditambah dengan nafsu yang

    gagal membezakan antara nilai-nilai yang baik dengan nilai yang buruk serta tersepit pula

    dengan bebanan hutang di sekeliling pinggang. Mereka ini sanggup menerima rasuah demi

    memenuhi segala keinginannya (MCCM, 2013). Malangnya, sikap memberi dan menerima

    rasuah itu menyebabkan ada pihak lain yang lebih berhak telah teraniaya atau menjadi

    mangsa keadaan. Berikut ini disenaraikan beberapa contoh kes rasuah yang berkaitan dengan

    bidang ekonomi beserta implikasinya.

    3.1 Contoh Kes 1: Rasuah dalam Penebangan Hutan dan Analisis ImplikasiEkonominya

    Menurut TI (2013), Bank Dunia menganggarkan sehingga US$ 23 bilion kayu haram

    dipotong setiap tahun. Natijahnya, negara-negara yang terlibat kehilangan pendapatan

    sebanyak US$ 10 bilion. Memandangkan kayu balak bersaiz besar dan memerlukan

    infrastruktur untuk dipotong, diangkut dan dijual, maka pembalakan haram hanya boleh

    hidup dengan kerelaan orang ramai. Oleh itu, rasuah memainkan peranan utama. Rasuah itu

    boleh terjadi di peringkat tinggi dan juga di peringkat yang rendah. Ahli politik yang diberi

    kuasa untuk membuat keputusan tentang pemberian konsesi tanah seringkali didapati

    memberi kontrak kepada rakan-rakan dan saudara mara, atau membenarkan pembalakan

    tanpa permit yang sesuai. Sementara itu, pegawai-pegawai peringkat rendah pula menutup

  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    9/21

    4

    mata kepada pokok-pokok yang dipotong secara haram, atau mengabaikan pengangkutan

    haram.

    TI (2013) menjelaskan bahawa antara impak ekonomi daripada penebangan hutan haram

    berikutan gejala rasuah itu adalah seperti berikut :

    i. Terjejasnya dana yang disediakan oleh pihak tertentu untuk usaha-usaha melindungidan memulihara hutan. Adalah dijangkakan bahawa sebanyak US$ 29-33 billion

    setahun akan mengalir keluar untuk melindungi hutan daripada kemusnahan gara-gara

    perbuatan individu yang tidak bertanggung jawab. Alangkah besar kerugian yang

    terpaksa ditanggung oleh kerajaan walhal dana tersebut sepatutnya dimanfaatkan

    untuk tujuan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

    ii. Industri pelancongan akan turut terjejas berikutan peningkatan suhu dunia danpencemara udara yang berlaku. Sebagaimana yang kita sedia maklum, tumbuhan

    mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida yang dihasilkan oleh aktiviti

    manusia. Rasuah dalam sektor perhutanan menyebabkan penebangan pokok tanpa

    kawalan yang mempercepatkan kemusnahan alam. Berikutan jumlah pokok yang

    semakin berkurangan, pelepasan gas rumah hijau secara besar-besaran terjadi.

    Kesannya, berjuta-juta kehidupan terancam.

    iii. Negara turut mengalami kerugian dari aspek pelancongan apabila tidak lagi dikunjungioleh pengkaji biologi dan pencinta alam sekitar berikutan lenyapnya hutan primitif

    yang indah dan kaya dengan kepelbagaian biologi yang berharga serta kawasan yang

    menjadi tempat tinggal bagi masyarakat tertentu.

    iv. Kemusnahan hutan bererti kehilangan punca pencarian dan terjejasnya kehidupanmasyarakat tertentu. Hal ini kerana, bagi sesetengah masyarakat terutamanya golongan

    miskin, hutan menjadi sumber pendapatan mereka.

    Tuntasnya, sekiranya amalan rasuah tidak dibanteras dalam kegiatan penebangan hutan,

    maka negara akan kerugian besar dari segi ekonomi.

  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    10/21

    5

    3.2 Contoh Kes 2: Rasuah dalam Urusan Kemasukan Warga Asing dan AnalisisImplikasi Ekonominya

    Menurut SPRM (2013), pada tahun 2010, Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman

    satu hari penjara dan denda RM10,000 ke atas seorang penyelia kilang setelah dia mengakubersalah bagi kesalahan di bawah seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. Rajah Narasaim, 47 telah

    memberi suapan wang tunai RM1,000 kepada Pembantu Pertahanan Awam, Abdul Aziz Saat

    di Pejabat RELA Daerah Kinta Utara sebagai dorongan melepaskan seorang lelaki warga

    Bangladesh dan seorang wanita warga Myanmar yang tidak memiliki pas dan permit yang

    sah. Perasuah bertindak sedemikian kerana mahu mengelak daripada membayar kos-kos yang

    besar jumlahnya kepada Jabatan Imegresen Malaysia. Baginya, nilai suapan itu adalah kecil

    berbanding jumlah sebenar yang perlu dibayarnya kepada pihak berkuasa.

    Sebenarnya, tindakan memberi rasuah bagi mengelak daripada membayar kos levi, wang

    proses dan sebagainya itu merugikan kerajaan kerana kerajaan akan kehilangan sejumlah

    besar wang yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan negara. Sekiranya seorang warga

    asing yang mahu bekerja di sektor perkilangan berjaya melepaskan diri daripada membayar

    kos-kos yang bernilai hampir dua ribu ringgit, tentulah jumlahnya mencecah jutaan ringgit

    apabila lebih ramai yang berjaya meloloskan diri.

    Sumber:http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pekerja-asing

    Portal Rasmi Jabatan Imegresen Malaysia. (2012).

    http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pekerja-asinghttp://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pekerja-asinghttp://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pekerja-asinghttp://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pekerja-asing
  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    11/21

    6

    Selain itu, kemasukan warga asing tanpa izin menerusi perbuatan rasuah antara agen dan

    penjawat awam yang tidak bertanggungjawab turut mencetuskan pelbagai masalah ekonomi

    yang lain. Contohnya, Jabatan Tenaga Kerja Sabah merekodkan statistik yang menunjukkan

    lebih daripada 15,000 belia di Sabah tidak mempunyai pekerjaan. Hal ini, berlaku kerana

    penduduk tempatan terpaksa bersaing dengan warga asing untuk mendapatkan pekerjaan.Oleh sebab, warga asing ini diberikan upah yang lebih rendah, sudah tentu pihak majikan

    memilih mereka kerana ia membantu mengurangkan perbelanjaan untuk membayar upah

    pekerja. Lebih memburukkan keadaan, ramai warga asing terlibat dalam penjualan rokok

    seludup, penjualan dadah dan kegiatan jenayah lain demi menambah pendapatan. Berikutan

    itu, Jabatan Penjara Sabah merekodkan sebanyak 60 peratus penghuni penjara adalah dalam

    kalangan warga asing.

    Kesemua situasi tersebut di atas, jelas dapat menggugat ekonomi penduduk dan negara.

    Sementara penduduk kehilangan sumber pendapatan kerana tiada peluang pekerjaan, negara

    pula kerugian dari aspek kutipan cukai rokok. Kerajaan juga terpaksa menghabiskan wang

    untuk memulihkan penagih dadah yang semakin banyak berikutan bekalan dadah haram yang

    dibawa masuk oleh warga asing itu. Di samping itu, dana yang besar terpaksa dikeluarkan

    untuk menyelesaikan kes jenayah yang melibatkan warga asing serta menanggung kos makan-

    minum warga asing di penjara. Alangkah ruguinya negara kerana terpaksa membazir wang

    yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan rakyat. Hal ini, langsung tidak dihiraukan oleh

    perasuah yang bersubahat dengan kaki tangan awam yang tidak beretika itu.

    4.0 Analisis Implikasi Rasuah dari Sudut Perundangan

    Keputusan Barometer Rasuah Global oleh TI pada tahun 2013 menunjukkan bahawa 12

    peratus responden mengakui yang mereka atau ahli keluarga mereka pernah merasuah

    anggota polis. 8 peratus responden pula mengesahkan bahawa mereka atau ahli keluarga

    mereka telah merasuah badan kehakiman. Hal ini, amat berbahaya dan membimbangkan

    orang ramai kerana kedua-dua badan ini terlibat dalam bidang perundangan. Menurut MCCM

    (2013), jika pihak yang menegakkan undang-undang menerima rasuah, maka tidak akan ada

    keadilan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim di mahkamah.

  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    12/21

    7

    Rajah: Peratusan jawapan responden berkaitan isu rasuah.

    Sumber:http://www.transparency.org/gcb2013/country/?country=malaysia

    4.1 Contoh Kes 1: Penerimaan Rasuah oleh Anggota Polis serta Analisis ImplikasiPerundangan

    Akhbar Berita Harian pada 10 Januari 2012 melaporkan:

    Mahkamah Sesyen Johor Baharu telah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap

    seorang Deputi Superintenden Polis (DSP) yang didapati bersalah kerana meminta dan

    menerima rasuah sebanyak RM36,000 pada lapan tahun yang lalu. DSP itu disabitkan atas

    kesalahan meminta dan menerima wang sogokan daripada 3 individu yang menjalankan

    perniagaan ekor haram di Muar antara 21 April dan 5 Mei, 2003 ketika menjadi Ketua

    Bahagian Siasatan Jenayah di daerah berkenaan.

    Di Venezuela pula, seorang ibu yang berusia 50 tahun diminta oleh beberapa orang anggota

    polis untuk membayar suapan bagi membebaskan anak lelakinya yang ditahan tanpa alasan

    yang munasabah (TI, 2013). Dengan kerjasama TI, akhirnya kesemua polis yang terlibat

    telah berjaya ditangkap ketika wang bertukar tangan.

    Petikan-petikan berita tersebut mewakili sekian banyak laporan tentang bukti penglibatan

    anggota polis dalam rasuah. Menurut MCCM (2013), isu ini perlu dipandang serius dan dicari

    penyelesaian segera. Hal ini kerana, membiarkan gejala rasuah berleluasa dalam kalangan

    http://www.transparency.org/gcb2013/country/?country=malaysiahttp://www.transparency.org/gcb2013/country/?country=malaysiahttp://www.transparency.org/gcb2013/country/?country=malaysiahttp://www.transparency.org/gcb2013/country/?country=malaysia
  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    13/21

    8

    anggota polis bermakna menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah. Selain itu, rasuah

    juga menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan rakyat.

    4.2 Contoh Kes 2: Penerimaan Rasuah oleh Badan Kehakiman serta AnalisisImplikasi Perundangan

    Bidang kehakiman turut tidak terlepas daripada gejala tumbuk rusuk. Contohnya,

    Malaysiakini (2007) melaporkan bahawa Thirunama Karasu Kandar Veluppillai, 50, adik

    kepada peguam, Datuk V. K. Lingam telah membuat dua laporan polis yang mendakwa

    berlakunya perbuatan rasuah dalam badan kehakiman serta mendedahkan maklumat mengenai

    hubungan baik peguam kanan itu dengan hakim-hakim berjawatan tinggi, sesetengah daripada

    mereka telahpun bersara. Dalam laporannya, beliau menyatakan bahawa:

    Beliau telah "diperalatkan" oleh Lingam untuk merasuah bekas Ketua Hakim Negara,Tun Eusoff Chin, bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah, seorang bekas

    ketua polis dan beberapa hakim kanan. Mereka termasuklah hakim-hakim Mahkamah

    Rayuan dan Mahkamah Perindustrian yang sudah bersara dan yang masih berkhidmat;

    Beliau sendiri telah menyaksikan abangnya, yang disebutnya sebagai Dato V.Kanagalingam, menyerahkan cek bernilai RM50,000 kepada ketua Mahkamah

    Perindustrian ketika itu.;

    Pada dua masa yang berasingan, dia telah diarahkan supaya membeli telefon bimbitdengan wang yang diberikan oleh Lingam dan memberikan telefon tersebut kepada

    beberapa hakim berjawatan tinggi, termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff

    Chin;

    Pada 1996, Lingam telah memberikan wang tunai kepadanya supaya melangsaikan biltelefon ketua polis negara ketika itu.

    Pada 1996, beliau juga telah memulangkan "beg bimbit lama dan berat" yangdisimpan oleh Lingam, kepada pemiliknya, yang kini merupakan seorang hakim

    Mahkamah Rayuan.

  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    14/21

    9

    Thirunama membuat laporan pertamanya di Balai Polis Kelana Jaya, Selangor pada 16 Mac

    tahun 2007 terhadap Lingam dan beberapa orang lagi yang didakwa terbabit melakukan

    rasuah. Laporan kedua pula dibuat di balai polis Brickfields pada 19 Mac kerana menurut

    Thirunama, pegawai penyiasat di Balai Polis Kelana Jaya enggan merakamkan kenyataannya

    secara terperinci.

    Laporan berani oleh Thirunama itu membuktikan memang terdapat penularan gejala rasuah

    dalam sistem perundangan. Sesungguhnya, pemberian wang kopi kepada anggota-anggota

    badan kehakiman merupakan suatu ancaman kepada rakyat dalam proses mendapatkan

    keadilan ketika sesuatu perbicaraan kes dilangsungkan. Menurut MCCM (2013), jika pihak

    yang menegakkan undang-undang menerima rasuah, maka tidak akan ada keadilan dalam

    keputusan yang dibuat oleh hakim di mahkamah. Akibat rasuah, orang yang sepatutnyabersalah lepas bebas dan orang yang tidak bersalah pula masuk penjara. Selain itu, kes-kes

    kejahatan dan perbuatan buruk seperti membunuh, mengedar dadah, penyeludupan, aduan kes

    rasuah, merogol dan seumpamanya tidak akan dapat diselesaikan. Bahkan, rakyat akan hilang

    kepercayaan kepada sistem perundangan.

    5.0 Analisis Implikasi Rasuah dari Sudut Etika

    Rasuah merupakan perbuatan yang menyalahi etika. Rumusan ini dibuat berdasarkan prinsip-

    prinsip yang mendokong pelbagai teori etika. Contohnya, Ho J. A & Tee K. K. (2011),

    menjelaskan bahawa menurut Teori Penaakulan Moral dan Etika, secara umumnya etika

    dapat ditakrifkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku moral yang diterima oleh masyarakat.

    Etika juga bermakna kepercayaan peribadi individu tentang tingkah laku yang betul dan

    salah. Justeru, rasuah adalah tingkah laku yang tidak beretika kerana menyalahi norma-norma

    sosial dan dibenci oleh masyarakat. Oleh itu, pesalah laku rasuah akan dipandang hina.

    Berikut ini akan dihuraikan pula pinsip-prinsip yang terdapat dalam 4 teori etika yang lain

    berdasarkan huraian yang dinyatakan oleh Ho J. A & Tee K. K. (2011), berserta analisis

    gejala rasuah berdasarkan teori-teri tersebut.

    5.1 Teori Etika Teologikal Klasik: Utilitarianism

    Teori ini menjelaskan bahawa sesuatu tindakan atau keputusan dianggap betul sekiranya dapat

    memberi manfaat kepada orang lain dan dianggap salah jika membahayakan atau

  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    15/21

    10

    mencederakan orang lain. Oleh sebab, rasuah hanya memanfaatkan perasuah sementara pihak

    lain terdedah kepada bahaya, maka rasuah adalah perbuatan yang salah. Hal ini, jelas dalam

    isu menyogok anggota polis yang menahan individu yang melanggar peraturan jalan raya.

    5.2 Teori UniversalismeTeori ini pula menekankan kepada niat individu yang melakukan tindakan atau membuat

    keputusan. Prinsip teori ini ialah kepentingan orang lain mestilah didahului daripada

    kepentingan sendiri. Oleh sebab, perasuah berniat buruk dan kepentingan insan lain

    diketepikan, maka jelaslah rasuah adalah perlakuan yang salah. Hal ini, terbukti menerusi

    sogokan wang oleh individu yang tidak bertanggungjawab kepada badan kehakiman demi

    memenangi perbicaraan kes. Natijahnya, pembunuh yang telah memberi rasuah kepada hakimdan peguam terlepas daripada hukuman sementara keluarga si mati bersedih kerana kematian

    mangsa yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

    5.3 Teori Pengagihan Keadilan

    Teori ini mementingkan pengagihan yang adil kepada manusia berdasarkan kesamarataan

    keperluan, kebolehan dan sumbangan seseorang serta mengutamakan kerjasama antara

    institusi atau masyarakat. Sehubungan dengan prinsip teori ini, jelaslah bahawa rasuah adalah

    perbuatan yang salah. Hal ini kerana, rasuah menyekat peluang orang lain daripada

    memperoleh sesuatu yang ditawarkan. Contoh yang jelas ialah dalam perebutan tender. Oleh

    kerana, pegawai bertugas di bahagian kelulusan tender telah menerima rasuah, maka orang

    yang lebih layak mendapat tender telah diketepikan.

    5.4 Teori Kebebasan Peribadi

    Mengikut teori oleh Robert Norzick ini, setiap individu mempunyai hak serta kebebasan.

    Terpulanglah kepada individu tersebut sama ada mahu berkongsi dengan orang lain sesuatu

    yang menjadi telah haknya atau pun tidak. Jika dikaitkan dengan gejala rasuah, maka dapatlah

    disimpulkan bahawa perasuah telah merampas hak dan kebebasan orang lain demi memenuhi

    kepentingan peribadi. Contohnya, demi mendapatkan wang rasuah polis sengaja mencari

    kesalahan orang awam atau menangkap seseorang tanpa sebab yang munasabah. Hal ini, telah

    menyekat kebebasan dan hak peribadi manusia.

  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    16/21

    11

    Pendek kata, rasuah merupakan perbuatan yang menyalahi etika. Hal ini kerana, mengikut

    kesemua teori etika yang telah dibincangkan, perlakuan memberi dan menerima rasuah

    adalah bertentangan dengan nilai moral dan menyalahi norma masyarakat. Bahkan, rasuah

    juga merupakan perbuatan yang salah dari sudut perundangan.

    6.0 Rumusan

    Sebagai kesimpulannya, rasuah ialah perlakuan yang tidak beretika. Meskipun perasuah tidak

    berasa bersalah dengan tingkah lakunya, namun sebenarnya si perasuah sendiri menyedari

    bahawa perlakuannya itu menyalahi norma-norma sosial dan bertentangan dengan undang-

    undang. Namun, perasaan itu tidak diacuhkan demi melestarikan niat tertentu yang jelas

    adalah salah. Sesungguhnya, implikasi daripada perbuatan rasuah adalah sangat besar.Rasuah mengakibatkan banyak individu yang tidak berdosa terseksa. Masyarakat yang

    dikelilingi gejala rasuah pula akan hidup dalam suasana yang tidak tenteram, terutamanya

    mereka yang miskin dan tidak mampu membayar rasuah. Mereka ini seringkali menjadi

    mangsa keadaan. Negara yang mencapai CI yang tinggi pula tentulah jatuh air mukanya pada

    mata masyarakat global. Hal ini, dapat menyumbang kepada kemerosotan ekonomi berikutan

    kurangnya minat pelabur untuk berurusan di negara tersebut.

    Tegasnya, gejala rasuah dapat dibendung sekiranya orang ramai bekerjasama dengan pihak

    berkuasa. Laporkanlah cubaan tumbuk rusuk oleh mana-mana penjawat awam mahupun

    orang awam dan pihak swasta yang tidak berintegriti. Masyarakat di Malaysia tidak perlu

    gentar untuk membantu membanteras kes rasuah. Hal ini kerana, SPRM sentiasa memastikan

    kerahsiaan maklumat yang diberikan dan pemberi maklumat (SPRM, 2013). Mereka adalah

    dilindungi di bawah Seksyen 65 Akta SPRM 2009, Akta Perlindungan Saksi 2009 dan Akta

    Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Mereka tidak boleh didedahkan kepada mana-mana

    pihak dalam apa jua keadaan. Justeru itu, marilah kita bergading bahu untuk memastikan

    bumi Malaysia adalah sifar rasuah. Rasuah akan terkubur sekiranya tiada orang yang mahu

    memberi rasuah.

    (2859 patah perkataan)

  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    17/21

    12

    7.0 Rujukan

    BH Online. (2012).DSP polis didapati bersalah minta dan terima rasuah. Dicapai pada Julai

    13, 2013 daripada

    http://www.bharian.com.my/articles/DSPpolisdidapatibersalahmintadanterimarasuah/Article/

    Fauwaz Abdul Aziz.(in Malaysiakini). (2007).Lagi timbul dakwaan rasuah dalam badan

    kehakiman. Dicapai pada Julai 13, 2013 daripada

    http://www.malaysiakini.com/news/74940

    Hajah Noresah. (2010).Kamus dewan. (2nd ed.). Kuala Lumpur: DBP.

    Ho, J. A. & Tee, K. K. (2011). OUMM3201:Professional ethics. Kula Lumpur: OUM.

    Jong, Rita (in The Malaysian Insider).Rasuah bukan hanya berlaku di malaysia, kata low.

    (2013). Dicapai pada Julai 10, 2013 daripada

    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rasuah-bukan-hanya-berlaku-di-

    malaysia-kata-low

    Malay Chamber of Commerce Malaysia. (2013).Rasuah: Kesan buruk yang boleh

    meruntuhkan ekonomi negara. Dicapai pada Julai 10, 2013 daripada

    http://www.malaychamber.com/columnist/rasuah-kesan-buruk-yang-boleh-

    meruntuhkan-ekonomi-negara/

    Portal Rasmi Jabatan Imegresen Malaysia. (2012).Permohonan pekerja asing. Dicapai pada

    Julai 13, 2013 daripadahttp://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-

    utama/pekerja-asing

    Portal Rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2012).Apa itu rasuah?Dicapai

    pada Julai 10, 2013 daripadahttp://www.sprm.gov.my/apa-itu-rasuah.html

    Portal Rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2013). Statistik tangkapan januari-

    disember 2012. Dicapai pada Julai 11, 2013 daripada

    http://www.sprm.gov.my/files/BanteRasBM%203-2012.pdf

    http://www.bharian.com.my/articles/DSPpolisdidapatibersalahmintadanterimarasuah/Article/http://www.bharian.com.my/articles/DSPpolisdidapatibersalahmintadanterimarasuah/Article/http://www.bharian.com.my/articles/DSPpolisdidapatibersalahmintadanterimarasuah/Article/http://www.malaysiakini.com/news/74940http://www.malaysiakini.com/news/74940http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rasuah-bukan-hanya-berlaku-di-malaysia-kata-lowhttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rasuah-bukan-hanya-berlaku-di-malaysia-kata-lowhttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rasuah-bukan-hanya-berlaku-di-malaysia-kata-lowhttp://www.malaychamber.com/columnist/rasuah-kesan-buruk-yang-boleh-meruntuhkan-ekonomi-negara/http://www.malaychamber.com/columnist/rasuah-kesan-buruk-yang-boleh-meruntuhkan-ekonomi-negara/http://www.malaychamber.com/columnist/rasuah-kesan-buruk-yang-boleh-meruntuhkan-ekonomi-negara/http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pekerja-asinghttp://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pekerja-asinghttp://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pekerja-asinghttp://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pekerja-asinghttp://www.sprm.gov.my/apa-itu-rasuah.htmlhttp://www.sprm.gov.my/apa-itu-rasuah.htmlhttp://www.sprm.gov.my/apa-itu-rasuah.htmlhttp://www.sprm.gov.my/files/BanteRasBM%203-2012.pdfhttp://www.sprm.gov.my/files/BanteRasBM%203-2012.pdfhttp://www.sprm.gov.my/files/BanteRasBM%203-2012.pdfhttp://www.sprm.gov.my/apa-itu-rasuah.htmlhttp://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pekerja-asinghttp://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pekerja-asinghttp://www.malaychamber.com/columnist/rasuah-kesan-buruk-yang-boleh-meruntuhkan-ekonomi-negara/http://www.malaychamber.com/columnist/rasuah-kesan-buruk-yang-boleh-meruntuhkan-ekonomi-negara/http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rasuah-bukan-hanya-berlaku-di-malaysia-kata-lowhttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rasuah-bukan-hanya-berlaku-di-malaysia-kata-lowhttp://www.malaysiakini.com/news/74940http://www.bharian.com.my/articles/DSPpolisdidapatibersalahmintadanterimarasuah/Article/http://www.bharian.com.my/articles/DSPpolisdidapatibersalahmintadanterimarasuah/Article/
  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    18/21

    13

    Portal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2012).Pangkalan data pesalah rasuah.

    Dicapai pada Julai 10, 2013 daripada http://www.sprm.gov.my/name-and-shame.html

    Salamun, Siti Salasiah (in Sabahkini. net). (2011).Impak maksima kebanjiran pati di sabah.

    Dicapai pada Julai 11, 2013 daripadahttp://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=8822

    Transparency International. (2012). Corruption perception index 2012.Dicapai pada Julai 10,

    2013 daripadahttp://cpi.transparency.org/cpi2012/results/

    Transparency International. (2013).Forestry: Problem and solution. Dicapai pada Julai 10,

    2013 daripadahttp://www.transparency.org/topic/detail/forestry

    Transparency International. (2013). Global corruption barometer 2013 - National results:

    Malaysia. Dicapai pada Julai 10, 2013 daripada

    http://www.transparency.org/gcb2013/country/?country=malaysia

    Transparency International. (2013). Global corruption barometer 2013 by transparency

    international. Dicapai pada Julai 10, 2013 daripada

    http://issuu.com/transparencyinternational/docs/2013_globalcorruptionbarometer_en?e

    =2496456/3903358#search

    Transparency International. (2013). True stories: Police crackdown. Dicapai pada Julai 13,

    2013 daripadahttp://www.transparency.org/gcb2013/stories

    http://www.sprm.gov.my/name-and-shame.htmlhttp://www.sprm.gov.my/name-and-shame.htmlhttp://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=8822http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=8822http://cpi.transparency.org/cpi2012/results/http://cpi.transparency.org/cpi2012/results/http://cpi.transparency.org/cpi2012/results/http://www.transparency.org/topic/detail/forestryhttp://www.transparency.org/topic/detail/forestryhttp://www.transparency.org/topic/detail/forestryhttp://www.transparency.org/gcb2013/country/?country=malaysiahttp://www.transparency.org/gcb2013/country/?country=malaysiahttp://issuu.com/transparencyinternational/docs/2013_globalcorruptionbarometer_en?e=2496456/3903358#searchhttp://issuu.com/transparencyinternational/docs/2013_globalcorruptionbarometer_en?e=2496456/3903358#searchhttp://issuu.com/transparencyinternational/docs/2013_globalcorruptionbarometer_en?e=2496456/3903358#searchhttp://www.transparency.org/gcb2013/storieshttp://www.transparency.org/gcb2013/storieshttp://www.transparency.org/gcb2013/storieshttp://www.transparency.org/gcb2013/storieshttp://issuu.com/transparencyinternational/docs/2013_globalcorruptionbarometer_en?e=2496456/3903358#searchhttp://issuu.com/transparencyinternational/docs/2013_globalcorruptionbarometer_en?e=2496456/3903358#searchhttp://www.transparency.org/gcb2013/country/?country=malaysiahttp://www.transparency.org/topic/detail/forestryhttp://cpi.transparency.org/cpi2012/results/http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=8822http://www.sprm.gov.my/name-and-shame.html
  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    19/21

    14

    8.0 Lampiran

    Lampiran 1: The World's Most Corrupt Nations, 2012

    Sumber:http://www.infoplease.com/world/statistics/most-corrupt-countries.html

    http://www.infoplease.com/world/statistics/most-corrupt-countries.htmlhttp://www.infoplease.com/world/statistics/most-corrupt-countries.htmlhttp://www.infoplease.com/world/statistics/most-corrupt-countries.htmlhttp://www.infoplease.com/world/statistics/most-corrupt-countries.html
  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    20/21

    15

    Lampiran 2: Corruption Perceptions Index 2012 Brochure

    Sumber:http://cpi.transparency.org/cpi2012/results/

    http://cpi.transparency.org/cpi2012/results/http://cpi.transparency.org/cpi2012/results/http://cpi.transparency.org/cpi2012/results/http://cpi.transparency.org/cpi2012/results/
  • 8/12/2019 Asgmt Etika Profesional

    21/21

    16

    Lampiran 3: Statistik Tangkapan Kes Rasuah, 2012

    Sumber:http://www.sprm.gov.my/files/BanteRasBM%203-2012.pdf

    http://www.sprm.gov.my/files/BanteRasBM%203-2012.pdfhttp://www.sprm.gov.my/files/BanteRasBM%203-2012.pdfhttp://www.sprm.gov.my/files/BanteRasBM%203-2012.pdfhttp://www.sprm.gov.my/files/BanteRasBM%203-2012.pdf