pernyataan profesional

3
2.2 Pernyataan Selepas PBS PBS 1 yang dijalankan di SJK(C) Chung Sing telah berjaya dilaksanakan pada 21-25 Mac 2011. Matlamat yang saya ingin mencapai telah berjaya dijalankan. Saya telah menjalankan beberapa program dan aktiviti dengan pihak sekolah dan banyak pengalaman yang saya dapat melalui PBS. Saya telah menjalankan pemerhatian dari pelbagai segi, antaranya termasuk aktiviti, sekitar dan kawasan sekolah. Selepas pemerhatian, saya mendapati bahawa prasarana di sekolah merupakan asas yang penting untuk pengajaran dan pembelajaran sukatan. Setiap kelas biasanya mempunyai meja, kerusi, papan keyataan, lampu, kipas, penyapu dan lain-lain yang dibekalkan oleh pihak sekolah. Sudut pembelajaran, dewan, kantin, tandas, padang permainan, pusat sumber, makmal sains, makmal komputer dan bilik Ava. Stor-stor yang digunakan untuk menyimpan alat-alat sukan dan peralatan yang berguna, bilik cetak yang dilengkapi dengan mesin cetak, bilik mesyuarat, dan klinik pergigian sekolah juga disediakan untuk kemudahan murid. Semua kemudahan yang disediakan membolehkan murid di sekolah ini berkembang dalam keadaan yang bersih dan harmonis. Saya telah menemubual dengan beberapa orang di sekolah, antaranya termasuk guru besar(En. Johnny Tang Ing Huo), Guru Penolong Kanan Pentadbiran(Puan Hii Kiing Siong), Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid(Pn Chieng Bing Bing), Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum( Pn. Teng Yen Kwong), guru mentor, kakitangan dan murid. Melalui interaksi dengan semua orang, saya mengetahui bahawa kerjasama dan toleransi dengan orang lain merupakan nilai yang penting untuk menjalankan kehidupan. Strategi dan proses P&P hanya boleh dijalankan dengan berjaya melalui kerjasama antara guru dan murid. Teknik hukuman dan teguran murid juga perlu berbeza mengikut personaliti murid. Selepas menjalankan aktiviti yang disediakan sebelum, saya telah berjaya mengumpul data dan maklumat yang berkaitan dengan sekolah.

Upload: soonmuipeng

Post on 30-Oct-2014

84 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pernyataan Profesional.

TRANSCRIPT

Page 1: Pernyataan Profesional

2.2 Pernyataan Selepas PBS

PBS 1 yang dijalankan di SJK(C) Chung Sing telah berjaya dilaksanakan pada

21-25 Mac 2011. Matlamat yang saya ingin mencapai telah berjaya dijalankan. Saya

telah menjalankan beberapa program dan aktiviti dengan pihak sekolah dan banyak

pengalaman yang saya dapat melalui PBS.

Saya telah menjalankan pemerhatian dari pelbagai segi, antaranya termasuk

aktiviti, sekitar dan kawasan sekolah. Selepas pemerhatian, saya mendapati bahawa

prasarana di sekolah merupakan asas yang penting untuk pengajaran dan

pembelajaran sukatan. Setiap kelas biasanya mempunyai meja, kerusi, papan

keyataan, lampu, kipas, penyapu dan lain-lain yang dibekalkan oleh pihak sekolah.

Sudut pembelajaran, dewan, kantin, tandas, padang permainan, pusat sumber, makmal

sains, makmal komputer dan bilik Ava. Stor-stor yang digunakan untuk menyimpan alat-

alat sukan dan peralatan yang berguna, bilik cetak yang dilengkapi dengan mesin

cetak, bilik mesyuarat, dan klinik pergigian sekolah juga disediakan untuk kemudahan

murid. Semua kemudahan yang disediakan membolehkan murid di sekolah ini

berkembang dalam keadaan yang bersih dan harmonis.

Saya telah menemubual dengan beberapa orang di sekolah, antaranya termasuk

guru besar(En. Johnny Tang Ing Huo), Guru Penolong Kanan Pentadbiran(Puan Hii

Kiing Siong), Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid(Pn Chieng Bing Bing), Guru

Penolong Kanan Ko Kurikulum(Pn. Teng Yen Kwong), guru mentor, kakitangan dan

murid. Melalui interaksi dengan semua orang, saya mengetahui bahawa kerjasama dan

toleransi dengan orang lain merupakan nilai yang penting untuk menjalankan

kehidupan. Strategi dan proses P&P hanya boleh dijalankan dengan berjaya melalui

kerjasama antara guru dan murid. Teknik hukuman dan teguran murid juga perlu

berbeza mengikut personaliti murid.

Selepas menjalankan aktiviti yang disediakan sebelum, saya telah berjaya

mengumpul data dan maklumat yang berkaitan dengan sekolah. Segala aktiviti yang

dijalankan dalam keadaan yang lincah kerana pihak yang berkaitan sudi memberi

Page 2: Pernyataan Profesional

kerjasama. Saya akan mengemas foto dan maklumat yang saya dapat di bilik

mesyuarat yang disediakan oleh pihak sekolah untuk semua pelatih. Sekiranya tidak

menghabiskan, kami akan membawa tugasan yang belum dihabiskan untuk

menyempurnakan. Selepas mengumpul data dan menjalankan pemerhatian di bilik

darjah, saya akan menulis laporan dan membuat analisis mengenai maklumat yang

dikumpul. Walaupun proses selepas PBS merupakan proses yang sangat letih dan

susah, tetapi saya berasa sangat gembira apabila mendapati tugasan yang saya buat

semakin sempurna.

Selepas PBS dijalankan, saya masih berhubung dengan pelatih dari institusi lain.

Saya berasa gembira kerana mengenali mereka yang mesra dan sudi menolong.

Mereka sentiasa mengingati saya tentang maklumat yang harus dikumpul dan masa

menjalankan pemerhatian di bilik darjah kerana saya merupakan seorang yang asyik

melupakan. Terdapat juga senior PBS bagi semester 3 di sekolah itu kerana mereka

telah menundakan masa PBS sekolah.Senior tersebut telah memberi banyak bantuan

dan sudi memberitahu kami yang pertama kali menjalankan PBS tentang apa yang

diperlukan. Saya berasa gembira kerana berkenalan dengan mereka.

Kesimpulannya, PBS merupakan satu program yang memberi peluang kepada

saya untuk mengenali pengurusan sesebuah sekolah dan memahami suasana sekolah.

Hal ini telah ,enyebabkan saya menerima cabaran untuk menjadi seorang guru.

Program ini turut mentabahkan diri saya untuk menjadi seorang guru yang boleh

mendidik murid menjadi bakal pemimpin yang berguna.

Page 3: Pernyataan Profesional

Gambar ini ditangkap bersama pelatih dari institusi lain di bilik mesyuarat

sebagai kenangan.