peraturan am sukan antara staf kampus shah · pdf filesusunan jadual adalah mengikut format...

30
Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017 PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH ALAM (SASSA) 2017 1.0 PENGELOLAAN 1.1 Seluruh pengelolaan Kejohanan Sukan Staf Kampus Shah Alam 2017 diserahkan kepada Pusat Sukan UiTM dengan Kerjasama Kesatuan Kakitangan UiTM (KKUiTM) dan Persatuan Sukan dan Kakitangan UiTM(PSKK). 1.2 AJK Pengelola dengan persetujuan Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017 akan menentukan jenis- jenis permainan yang dipertandingkan. 1.3 Adalah menjadi tanggungjawab pihak ahli Jawatankuasa Pengelola memberitahu secara lengkap dan jenis Peraturan Kejohanan Sukan Staf Kampus Shah Alam 2017 kepada Bahagian/Fakulti yang terlibat di dalam kejohanan ini.. 2.0 NAMA Kejohanan ini hendaklah dinamakan Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Meningkatkan penglibatan staf - staf di dalam aktiviti sukan dan riadah. 3.2 Mempelbagaikan aktiviti dan menggunakan sepenuhnya ruang yang ada di dalam UiTM 3.3 Mengeratkan silaturrahim di antara masyarakat kampus dari pelbagai bahagian Membelbagaikan aktiviti sukan di dalam program ‘sporting campus’. 4.0 PENGLIBATAN - Rujuk Lampiran 5.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN Undang-undang permainan akan menjadi undang-undang rasmi kejohanan. 6.0 KELAYAKAN PASUKAN / PEMAIN 6.1 STAF Hanya staf UiTM di kampus Shah Alam, seksyen 1 yang berjawatan tetap dan kontrak sahaja layak menyertai kejohanan ini. 6.2 KAD MATRIK STAF

Upload: lycong

Post on 30-Jan-2018

256 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

PERATURAN AM

SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH ALAM (SASSA) 2017

1.0 PENGELOLAAN

1.1 Seluruh pengelolaan Kejohanan Sukan Staf Kampus Shah Alam 2017 diserahkan

kepada Pusat Sukan UiTM dengan Kerjasama Kesatuan Kakitangan UiTM (KKUiTM)

dan Persatuan Sukan dan Kakitangan UiTM(PSKK).

1.2 AJK Pengelola dengan persetujuan Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017 akan menentukan jenis-

jenis permainan yang dipertandingkan.

1.3 Adalah menjadi tanggungjawab pihak ahli Jawatankuasa Pengelola

memberitahu secara lengkap dan jenis Peraturan Kejohanan Sukan Staf Kampus

Shah Alam 2017 kepada Bahagian/Fakulti yang terlibat di dalam kejohanan ini..

2.0 NAMA

Kejohanan ini hendaklah dinamakan Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam

2017.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan penglibatan staf - staf di dalam aktiviti sukan dan riadah.

3.2 Mempelbagaikan aktiviti dan menggunakan sepenuhnya ruang yang ada di

dalam UiTM

3.3 Mengeratkan silaturrahim di antara masyarakat kampus dari pelbagai bahagian

Membelbagaikan aktiviti sukan di dalam program ‘sporting campus’.

4.0 PENGLIBATAN

- Rujuk Lampiran

5.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Undang-undang permainan akan menjadi undang-undang rasmi kejohanan.

6.0 KELAYAKAN PASUKAN / PEMAIN

6.1 STAF

Hanya staf UiTM di kampus Shah Alam, seksyen 1 yang berjawatan tetap dan

kontrak sahaja layak menyertai kejohanan ini.

6.2 KAD MATRIK STAF

Page 2: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

Semua peserta diwajibkan membawa kad matrik staf semasa atau sepanjang

tempoh Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017 berlangsung.

6.3 Pemain hanya boleh mewakili bahagian atau fakulti tempat bertugas sahaja.

7.0 PENDAFTARAN BILANGAN PESERTA

7.1 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar bilangan peserta seperti di bawah :

BIL PERMAINAN

BILANGAN PEMAIN

CATATAN

LELAKI WANITA

TERBUKA KEPADA STAF UiTM SHAH ALAM SAHAJA

1

Badminton Berpasukan

-Single Lelaki

-Bergu Lelaki

-Bergu Wanita

4 3

2

Ping Pong Berpasukan

Campuran

-Single Lelaki

-Single wanita

-Double Lelaki

4

3

Bola Tampar 12 12

4 Bola Jaring - 12

5 Futsal 12 12

6 Tenpin Boling Berpasukan 4 4

7 Petanque Double Lelaki TERBUKA

8 Sepaktakraw Regu 4 INTER REGU

9

Memanah Individu

-20 meter

-30 meter

TERBUKA

8.0 PENGADIL / JURI

8.1 Pengadil / Juri akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola bagi tiap-tiap

permainan / acara yang dipertimbangkan.

9.0 PAKAIAN

9.1 Adalah menjadi tanggungjawab pasukan yang bertanding untuk membawa

jersi.

9.2 Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang

namanya mula-mula tercatat dalam jadual pertandingan mestilah menukar jersi

yang lain warnanya. Walau bagaimanapun bagi tujuan menjimatkan masa,

pihak pengelola boleh membincangkan bagi menentukan warna jersi semasa

Mesyuarat Pengurus Pasukan.

10.0 PERALATAN

Page 3: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

10.1 Semua peralatan termasuk jenis bola dan pakaian akan ditetapkan oleh

Jawatankuasa Pengelola dan dimaklumkan kepada peserta.

10.2 Semua kemudahan yang maksima disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

11.0 SISTEM PERTANDINGAN

11.1 Bergantung kepada jumlah pasukan yang mengambil bahagian.

12.0 PENYERTAAN

12.1 Acara berpasukan perlu mencukupi sebanyak 5 penyertaan. Jika penyertaan

kurang dari jumlah tersebut pertandingan bagi acara itu tidak akan

dipertandingkan.

13.0 UNDIAN

13.1 Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dengan kerjasama Jawatankuasa

Pengelola akan menetapkan tarikh untuk diadakan undian. Undian semua

acara permainan akan diadakan sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu

dari tarikh tutup pendaftaran penyertaan.

13.2 Undian akan dijalankan sendiri oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

14.0 JADUAL PERTANDINGAN

Susunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh Jawatankuasa

Pengelola.

15.0 KELEWATAN

15.1 Kelewatan yang disebabkan oleh bencana alam dan perkara-perkara luar

jangkaan seperti kerosakan bas dan sebagainya, maka wakil pasukan

hendaklah MELAPORKAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA dan keputusan

mengenai perlawanan yang terlibat diputuskan oleh Urusetia Pengelola.

15.2 Senarai nama pemain / peserta hendaklah diserahkan kepada Pengadil / Juri

bertugas 15 minit sebelum masa perlawanan bermula.

15.3 Hanya 10 minit akan diberikan kepada pasukan / peserta yang lewat dan

selepas itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma.

16.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

16.1 Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau memberi kemenangan percuma

dengan sengaja maka semua keputusan yang telah dimainkan oleh pasukan itu

akan dibatalkan dan pasukan itu tidak dibenarkan bertanding seterusnya.

17.0 BANTAHAN

17.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh Pengurus Pasukan berkenaan

hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola / Penyelaras Permainan

tidak lewat dari satu jam selepas tamat perlawanan dengan bayaran sebanyak

Page 4: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

RM150.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu

tidak diterima.

17.2 Sekiranya bantahan diterima, wang sebanyak RM100.00 akan dikembalikan dan

RM50.00 akan dijadikan bayaran perkhidmatan.

17.3 Semua bantahan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.

18.0 JAWATANKUASA BANTAHAN

18.1 Pengelola hendaklah menubuhkan jawatankuasa bantahan yang terdiri

daripada TIGA (3) orang minimum dan LIMA (5) orang maksimum daripada

sekurang-kurangnya TIGA (3) buah pasukan. Ahli-ahli juri hendaklah terdiri

daripada :

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.

Pengerusi Teknikal kejohanan

DUA (2) orang wakil dari pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan

Penyelaras Permainan atau wakilnya.

18.2 Semua rayuan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.

18.3 Semua keputusan adalah MUKTAMAD.

19.0 HADIAH

19.1 Hadiah untuk pemenang Kejohanan Sukan Staf Kampus Shah Alam 2017 akan

disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola untuk pemenang-pemenang

Pertama, Kedua dan Ketiga Bersama tidak termasuk hadiah untuk Pengurus

Pasukan dan Jurulatih bagi semua acara yang dipertandingkan dan bagi acara

individu, hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat Pertama, Kedua

dan Dua (2) hadiah di tempat Ketiga.

20.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

20.1 Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi melainkan ada dinyatakan

berlainan dalam peraturan permainan tertentu.

20.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan diputuskan

oleh Jawatankuasa Kejohanan Sukan Staf Kampus Shah Alam 2017 yang

berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.

Page 5: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

BOLA JARING

1.0 PERATURAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan/Persekutuan Bola

Jaring Wanita Antarabangsa dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf Kampus Shah

Alam 2017.

2.0 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan antara pasukan.

3.0 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN

Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 12 orang pemain.

4.0 SISTEM PERTANDINGAN

Sila rujuk perkara 11.0 Peraturan Am.

5.0 PENARIKAN DIRI

Sila rujuk Perkara 16.0 Peraturan Am.

6.0 PASUKAN DAN MASA BERMAIN

6.1 Pasukan

Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang pemain

sebelum satu-satu pertandingan dimulakan. Jika kurang dari itu pasukan

tersebut dikira kalah.

6.2 Masa Bermain

Masa bermain ialah 7 minit/1 minit/7 minit. Pasukan hendaklah bertukar gol

selepas separuh masa perlawanan.

7.0 PENUKARAN PEMAIN

7.1 Kecederaan & Kesakitan

Bila seorang pemain mendapat kecederaan atau sakit dan tidak dapat

menyambung permainannya, pemain bolehlah diberhentikan untuk

menentukan samada pemain boleh menyambung permainannya. Jika tidak

permain boleh membuat pertukaran.

7.2 Pemain Simpanan

Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas

diganti didalam permainan yang sama.

7.3 Pemain yang lewat sampai tidak boleh memasuki permainan yang sedang

dijalankan, melainkan setelah memberitahu pengadil dan ketua pasukan lawan.

Pemain akan dibenarkan masuk bermain seperti berikut:-

Page 6: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

7.3.1 Selepas gol dijaringkan. Dalam hal ini pemain mestilah mengambil

kedudukan yang dikosongkan oleh pasukannya.

7.3.2 Selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan.

7.3.3 Selepas rehat separuh masa.

8.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

8.1 Secara Liga

8.1.1 Cara memberi mata :

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

8.1.2 Jika dua atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka

pemenang akan ditentukan seperti berikut :-

8.1.2.1 Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira

menang.

8.1.2.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol

dikira menang.

8.1.2.3 Jika masih seri, pasukan yang telah mengalahkan pasukan

lawannya diambil kira.

8.1.2.4 Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan

8.2 Separuh Akhir ( Sistem Kalah Mati )

Jika keputusan pertandingan berakhir dengan seri, keputusan dibuat dengan

cara tertentu seperti berikut:-

Pertandingan disambung semula setelah berehat selama 3 minit. Kedua-dua

pasukan mengundi semula untuk memilih Hantaran Tengah atau Gol. Permainan

akan diteruskan dengan 3 Hantaran Tengah dibuat secara bergilir. Keputusan

muktamad ditentukan selepas Hantaran Tengah yang ketiga diakhiri dengan

jaringan gol.

9.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan

disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan,

perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan

diberhentikan akibat hal-hal di luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan

yang ditunda atau diberhentikan itu akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola

Pertandingan.

10.0 KELEWATAN

10.1 Kelewatan

Hanya 10 minit sahaja akan diberi kepada pasukan yang lewat dan selepas itu

pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan 3 mata dan

jaringan gol 10 kosong (10-0).

Page 7: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

10.2 Sengaja

Jika sesuatu pasukan itu memberi kemenangan percuma dan Jawatankuasa

Pengelola berpendapat yang kemenangan percuma ini sengaja diberikan,

semua perlawanan pasukan ini samada perlawanan yang telah dilangsungkan

atau belum, tidak diambil kira (Null and Void).

Pasukan yang terlibat ini mungkin bergantung daripada mengambil bahagian

dalam tahun yang berikutnya. Jika keadaan demikian disebabkan tindakan

pegawai, maka pegawai tersebut bertanggungjawab kepada Jawatankuasa

Pusat.

11.0 PAKAIAN/PERALATAN

11.1 Huruf-huruf di bawah hendaklah disematkan di bahagian hadapan dan

belakang baju pemain :-

GS - penjaring gol (goal shooter)

GA - penyerang gol (goal attack)

WA - penyerang sayap (wing attack)

C - pemain tengah (centre)

WD - penangkis sayap (wing defence)

GD - penahan gol (goal defence)

GK - penjaga gol (goal keeper)

11.2 Sekiranya berlaku persamaan warna bibs, pasukan yang namanya mula-mula

tercatat di dalam jadual pertandingan dikehendaki menukar kepada bibs yang

lain warnanya. Ini bermakna setiap pasukan mesti membawa 2 set bibs yang

berlainan warna.

11.3 Tiap-tiap pasukan hendaklah membawa sekurang-kurangnya sebiji bola

perlawanan.

12.0 BANTAHAN

Sila rujuk Perkara 17.0 Peraturan Am.

13.0 JAWATANKUASA BANTAHAN

Sila rujuk Perkara 18.0 Peraturan Am.

14.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh

Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Kejohanan Sukan Staf Kampus Shah Alam 2017

yang berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.

Page 8: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

BADMINTON CAMPURAN

1.0 PERATURAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Badminton

Antarabangsa (WBF), Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Peraturan-peraturan

Am Kejohanan Sukan Staf Kampus Shah Alam 2017.

2.0 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan dijalankan secara BERPASUKAN CAMPURAN.

3.0 FORMAT PERTANDINGAN

3.1 Tiap-tiap pasukan mengandungi 7 pemain iaitu Empat (4) pemain lelaki, TIGA (3)

pemain wanita.

3.2 Seorang pemain dibenarkan bermain dalam satu acara sahaja.

3.3 Susunan perlawanan sesuatu pertandingan (tie) adalah seperti berikut :

3.3.1 Perseorangan Lelaki

3.3.2 Bergu Lelaki

3.3.3 Bergu Wanita

3.4 Senarai nama mengikut susuan perlawanan hendaklah disampaikan kepada

Pengadil Kehormat 15 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.

3.5 Sebarang gantian tidak dibenarkan selepas perlawanan dimulakan.

4.0 PERALATAN

Bulu tangkis dan kelengkapan sukan yang ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal

dan Pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

5.0 SISTEM PERTANDINGAN

Sila rujuk Perkara 11.0 Peraturan Am.

6.0 CARA MEMUTUSKAN PEMENANG

6.1 Perlawanan akan dijalankan secara kalah mati Double Knock out.

Menang - Winner Pool Knock Out

Kalah - Looser Pool Knock out

6.2 Pemenang akan di dalam 2 kategori iaitu Winner Pool dan Looser.

6.3 Hadiah akan disediakan untuk kedua – dua kategori.

Pakaian yang sesuai dengan pemain badminton.

Page 9: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

7.0 KELEWATAN

Masa selama 5 minit sahaja diberikan kepada pemain yang lewat dan selepas itu

lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan kiraan (21-0 / 21-0).

8.0 BANTAHAN

Sila rujuk Perkara 17.0 Peraturan Am.

10.0 JAWATANKUASA BANTAHAN

Sila rujuk Perkara 18.0 Peraturan Am.

11.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am akan diputuskan oleh

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Kejohanan Sukan Staf Kampus Shah Alam

2017 yang berkenaan dan keputusannya MUKTAMAD.

Page 10: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

FUTSAL

1.0 PERATURAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Bolasepak

Antarabangsa (FIFA) dan Peraturan AM Kejohanan Sukan Antara Staf Shah Alam

(SASSA) 2017.

2.0 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan antara pasukan.

3.0 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN

3.1 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 10 orang pemain.

3.2 Pendaftaran pemain ini hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa

Pengelola sebelum pertandingan dimulakan.

3.3 Senarai nama pemain dalam borang pendaftaran perlawanan hendaklah

diserahkan kepada pengadil bertugas 15 minit sebelum sesuatu perlawanan

dimulakan.

3.4 Hanya pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan

bermain dalam pertandingan ini.

4.0 BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI

4.1 Sekiranya kurang dari 4 pemain dari salah satu pasukan turun ke padang

apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu

dijadualkan, maka pasukan yang mempunyai 4 orang atau lebih di padang

hendaklah diberi kemenangan percuma dengan jaringan gol dua kosong (2-0).

4.2 Jika kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan 4 orang pemain-pemain atau

lebih apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada

waktu yang dijadualkan, maka pengadil hendaklah melaporkan perkara

tersebut kepada Jawatankuasa Pengelola yang akan mengambil tindakan

selanjutnya.

5.0 PAKAIAN DAN WARNA PASUKAN

5.1 Setiap pasukan diminta menyediakan dua (2) set pakaian pasukan yang

berlainan warna. Pakaian ini hendaklah meliputi seperti berikut :

5.1.1 Baju

5.1.2 Seluar (memakai seluar track / bawah paras lutut)

5.1.3 Stoking

5.1.4 Shinpad diwajibkan pakai.

5.2 Sekiranya pengadil mendapati kedua-dua pasukan dalam sesuatu perlawanan

memakai jersi yang mengelirukan, pasukan yang dinamakan dahulu wajib

menukar warna jersi mereka.

6.0 SISTEM PERTANDINGAN

Sila rujuk perkara 11.0 Peraturan Am.

Page 11: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

7.0 PENGADIL

Pengadil yang bertauliah akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola bermula

daripada pusingan awal hingga ke perlawanan akhir.

8.0 TEMPAT PERTANDINGAN

Tempat pertandingan (venue) akan disediakan dan ditentukan oleh Jawatankuasa

Pengelola.

9.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

9.1 Secara Liga

9.1.1 Cara memberi mata :

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

9.1.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka

pemenang akan ditentukan seperti berikut :

9.1.2.1 Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira

pemenang.

9.1.2.2 Jika masih sama, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol

dikira pemenang.

9.1.2.3 Jika masih sama, pasukan yang telah mengalahkan pasukan

lawannya dalam perlawanan awal akan dikira pemenang.

9.1.2.4 Jika masih sama, pemenang akan ditentukan melalui system

pukulan penalti.

9.2 Pusingan Kedua, Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir

9.2.1 Perlawanan akan dijalankan secara kalah mati.

9.2.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka

pemenang akan ditentukan seperti berikut :

9.2.2.1 Sepakan penalti sebanyak 5 kali secara berselang seli akan

dijalankan.

9.2.2.2 Jika masih seri, maka sepakan penalti secara ‘sudden death’

akan digunakan.

10.0 MASA PERMAINAN

Masa permainan adalah TUJUH (7) minit bagi setiap separuh masa dan masa rehat

adalah selama 3 minit.

Page 12: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

11.0 KELEWATAN DAN KETIDAKHADIRAN

11.1 Hanya 15 minit sahaja diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu,

pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan skor 3-0.

11.2 Sekiranya sesuatu pasukan enggan bermain (tidak hadir) pada sesuatu

perlawanan, tindakan tatatertib akan diambil oleh Jawatankuasa Teknikal /

Pengelola.

12.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan

disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan,

perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan

diberhentikan akibat hal-hal luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang

ditunda atau diberhentikan itu akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal dan

Pertandingan / Pengelola.

13.0 PENGGANTUNGAN SEMENTARA DAN TINDAKAN DISIPLIN

13.1 Pemain yang diberikan KAD MERAH (perintah keluar) tidak boleh bermain di

dalam permainan yang sama dan digantung SATU perlawanan berikutnya

secara automatik.

13.2 Pemain yang diperintah keluar kerana MEMUKUL pemain lawan atau

BERKELAKUAN BIADAP terhadap pegawai tidak dibenarkan bermain terus di

dalam pertandingan ini. Tindakan disiplin lanjut akan dilaksanakan.

13.3 Pemain yang menerima 2 kad kuning digantung 1 perlawanan berikutnya secara

automatik.

14.0 BANTAHAN

Sila rujuk perkara 17.0 Peraturan Am.

15.0 JAWATANKUASA BANTAHAN

Sila rujuk perkara 18.0 Peraturan Am.

16.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh

Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Kejohanan Sukan Staf Kampus Shah Alam 2017

yang berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.

Page 13: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

TEN PIN BOLING

1.0 PERATURAN PERTANDINGAN

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini

akan dijalankan mengikut Peraturan Pertandingan Kongres Boling Tenpin

Malaysia (MTBC). Sekiranya timbul perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-

undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

1.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak terdapat dalam peraturan berkenaan akan

diputuskan seperti berikut :-

1.2.2 Semua peraturan am akan diputuskan berasas kepada PERATURAN AM

Kejohanan Sukan Antara Staf Shah Alam 2017. Sebarang perselisihan

teknikal akan diputuskan berasas kepada Peraturan MTBC.

1.2.3 Semua keputusan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan

Pertandingan Kejohanan Sukan Staf Kampus Shah Alam 2017.

2.0 FORMAT PERTANDINGAN

2.1 Berpasukan Lelaki – 3 Games

2.2 Berpasukan Wanita – 3 Games

2.3 Master Lelaki – 8 orang

2.4 Master Wanita – 8 orang

3.0 PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN

Sila rujuk Perkara 7.0 Peraturan Am.

4.0 SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Acara Berpasukan

4.1.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar SATU ( 1 ) pasukan sahaja bagi

setiap kategori.

4.1.2 Peserta-peserta diwajibkan bermain tiga ( 3 ) ‘games’. Pasukan dengan

jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi adalah pemenang.

4.1.3 8 peserta terbaik akan bertanding dalam acara Master Lelaki dan

Wanita.

4.1.4 Acara master akan dijalankan dengan sistem kalah Mati 8 pemain.

5.0 CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN

5.1 Adalah tanggungjawab setiap peserta untuk mengesahkan keputusan

perlawanan dalam skor yang disediakan.

5.2 Keputusan yang telah disahkan hanya boleh diubah dengan kebenaran

Pengerusi Teknikal Pertandingan atau wakilnya.

5.3 Individu dan pasukan yang membuat jatuhan pin terbanyak dikira sebagai

pemenang. Sekiranya seri, maka keputusan ditentukan berdasarkan jumlah

jatuhan pin permainan terakhir. Jika masih seri, jumlah jatuhan pin permainan

kedua terakhir diambil kira dan seterusnya.

Page 14: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

6.0 PAKAIAN

Semua pasukan dan peserta diwajibkan memakai pakaian seragam pasukannya ketika

bermain. Peserta-peserta dikehendaki memakai seluar panjang (jeans tidak

dibenarkan) dan baju berkolar ( tuck-in ) serta kemas untuk setiap pasukan masing-

masing. Baju dan seluar setiap pasukan haruslah mempunyai warna yang seragam.

7.0 PERALATAN

7.1 Pihak pengelola tidak bertanggungjawab ke atas penyediaan peralatan seperti

bola atau lain-lain peralatan permainan.

7.2 Hanya bola dan peralatan yang diluluskan sahaja yang boleh digunakan

sepanjang tempoh pertandingan.

7.3 Bagi pemain yang tidak mempunyai kasut boling dikehendaki membuat sewaan

di kaunter lokasi pertandingan. Para pemain dinasihatkan supaya datang awal

untuk mendapat kasut yang sesuai.

7.4 Jika terdapat bantahan, pihak Teknikal Pertandingan mempunyai kuasa untuk

memeriksa bola boling para pemain. Pemain yang menggunakan bola yang

tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan akan dibatalkan penyertaannya.

8.0 KELEWATAN

Semua peserta mesti melapor diri selewat-lewatnya 15 minit sebelum sesuatu acara

bermula. Peserta yang lewat akan kehilangan kelayakan dalam sesuatu acara itu.

Peraturan ini berkuatkuasa dalam semua acara.

9.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Pihak penganjur mempunyai kuasa untuk melantik seorang “Pacer” sekiranya ada “Walk

Over” dalam sesuatu acara atau bilangan peserta dalam sesuatu acara itu tidak

mencukupi.

10.0 GANGGUAN PERMAINAN

10.1 Pengerusi Teknikal Pertandingan mempunyai kuasa muktamad untuk membuat

arahan permainan yang terganggu disambung pada sepasang lorong baru

sekiranya lorong di mana permainan itu berlangsung ditimpa kerosakan mesin.

10.2 Permainan (game) yang tertangguh itu mesti disambung dari frame di mana

gangguan itu berlaku.

11.0 BERMAIN DI ATAS LORONG YANG SALAH

11.1 Bila seseorang pemain bermain di atas lorong yang salah dan kesalahan ini

ditemui sebelum peserta lain membuat balingannya, maka balingan itu

dianggap sebagai “Bola Mati” ( Dead Ball ) dan pemain tersebut dikehendaki

bermain frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.

11.2 Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui selepas pemain kemudian membaling

bolanya, maka mata yang diperolehi itu akan diambil kira dan pemain tersebut

dikehendaki bermain semula frame yang kemudiannya pada lorong yang salah

tadi.

11.3 Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui sebelum pemain kedua membaling, skor

akan dibatalkan dan pemain tersebut dikehendaki membaling semula pada

lorong yang sebenar.

Page 15: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

12.0 MEMPERLAHANKAN PERMAINAN ( SLOW BOWLING )

12.1 Seseorang peserta yang bersedia untuk membaling bolanya harus mengetahui

tentang hak dan obligasinya seperti berikut :-

12.1.1 Seseorang peserta untuk bermain terlebih dahulu (right of way) terhadap

pemain yang berada di atas lorong sebelah kirinya. Mereka harus

memberi laluan kepada pemain yang berada di atas lorong sebelah

kanannya. Semua pemain harus bersedia untuk bermain bila sampai

gilirannya dan tidak harus melambatkan permainan itu.

12.1.2 Sekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas,

dia akan diberi amaran dengan isyarat kad PUTIH untuk kesalahan

pertama (tiada penalti), dan kad KUNING ke atas kesalahan kedua

(tiada penalti). Untuk kesalahan ketiga dan berikutnya dalam sesuatu

blok permainan, pemain tersebut akan diberi kad MERAH dan sifar ( 0 )

mata untuk frame tersebut.

13.0 KEHILANGAN SKOR SEMASA GANGGUAN ELEKTRIK

13.1 Sekiranya berlaku sebarang “black out” dalam tv monitor di mana skor sesuatu

permainan yang sedang berlangsung itu hilang dan tidak dapat dipulihkan,

maka pemain-pemain yang berkenaan dikehendaki bermain semula game

tersebut. Akan tetapi jika skor telah dicatatkan, maka permainan akan

bersambung dari frame di mana permainan tersebut berhenti sebelum ini.

13.2 Game-game yang mana skornya telah direkodkan itu akan dikekalkan. Pasukan

dan pemain tidak boleh mengambil kesempatan untuk meminta sesuatu

permainan itu dibatalkan atau dimainkan semula pada waktu “black out”

seumpama ini.

14.0 NOMBOR KOD DAN PERUNTUKAN LORONG

14.1 Peruntukan lorong akan ditetapkan terlebih dahulu secara undian.

15.0 LARANGAN ( PROHIBITION )

15.1 Peserta-peserta adalah dilarang daripada merokok, minum minuman keras atau

berada di bawah pengaruh alkohol semasa pertandingan. Sekiranya didapati

ada peserta yang melanggar peraturan ini, beliau akan dibatalkan

penyertaannya daripada kejohanan ini.

15.2 Minuman dan tepung serta sebagainya tidak boleh ditinggalkan di atas meja

console.

16.0 BANTAHAN

Sila rujuk Perkara 17.0 Peraturan Am.

17.0 JAWATANKUASA BANTAHAN

Sila rujuk Perkara 18.0 Peraturan Am.

Page 16: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

18.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh

Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Kejohanan Sukan Staf Kampus Shah Alam 2017

yang berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.

Page 17: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan

oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Antara Staf Shah Alam (SASSA)

2017. Universiti Teknologi MARA.

1.2 Kecuali apa yang tersebut di dalam peraturan yang menguasai pertandingan ini,

maka Undang-undang Persatuan Bola Tampar Antarabangsa hendaklah diikuti.

2.0 PENDAFTARAN PEMAIN

2.1 Perkara 7.0. di dalam Undang-undang dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf

Kampus Shah Alam 2017 Universiti Teknologi MARA adalah di rujuk.

2.2 Bilangan

Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai tidak lebih dari 12 orang

pemain dalam Borang Pendaftaran Perlawanan.

2.3 Kelayakan

Pemain yang tidak disenaraikan namanya di dalam Borang Pendaftaran

Perlawanan tidak dibenarkan mengambil bahagian.

2.4 Borang Pendaftaran Perlawanan

Borang Pendaftaran Perlawanan yang mengandungi senarai nama pemain dan

pemain simpanan hendaklah diserahkan kepada penyelaras permainan 15 minit

sebelum permainan bermula.

3.0 PASUKAN DAN MASA BERMAIN

3.1 Pasukan

Tiap-tiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 6 pemain di

padang sebelum satu-satu pertandingan dimulakan.

3.2 Masa

Masa selama tidak lebih dari 10 minit akan diberikan kepada pasukan yang

lewat. Selepas daripada itu pasukan tersebut dikira menerima kekalahan.

4.0 PAKAIAN/ALAT

4.1 Pakaian

Pakaian yang seragam dengan permainan bola tampar mempunyai nombor di

depan serta belakang baju dan mengikuti peraturan FIVB.

Page 18: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

4.2 Alat.

Bola perlawanan akan disediakan oleh pihak penganjur.

5.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

5.1 Semua perlawanan peringkat kumpulan berdasarkan 1 set 31 mata.

5.2 Bagi peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir berdasarkan 2 set yang terbaik

daripada 3 set permainan lagi.

5.3 Mata kemenangan seperti berikut:- Menang - 2 mata

Kalah - 1 mata

Tarik diri/Tidak hadir - 0 mata

5.4 Jika ada pasukan yang memperolehi sama mata, perbezaan set yang

terbanyak dalam keseluruhan pertandingan akan dikira.

5.5 Jika masih seri, pasukan yang memperolehi kemenangan set yang terbanyak

dalam keseluruhan pertandingan akan dikira.

5.6 Jika masih seri, pertemuan diantara pasukan yang berkenaan sebelumnya

diambil kira, pasukan yang telah mengalahkan pasukan yang satu lagi dikira

mengatasi yang lain.

5.7 Pengadil akan dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Penjaga Garisan

bagi pertandingan adalah terdiri daripada wakil kedua pasukan yang

bertanding.

6.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Rujuk kepada Undang-undang dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Staf Kampus Shah

Alam 2017 Universiti Teknologi MARA.

7.0 KELEWATAN

Masa selama 10 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas masa itu

pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan 2 mata kemenangan

dan bilangan 31 – 0 peringkat kumpulan dan suku akhir dan 25 – 0 ,

25 – 0 untuk separuh akhir dan akhir.

8.0. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan

disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan,

perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya perlawanan diberhentikan akibat

hal-hal yang di luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau

diberhentikan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola.

Page 19: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Ping Pong

Antarabangsa dan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Staf Kampus Shah Alam

2017 Universiti Teknologi MARA .

2.0 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN

2.1.1 Acara yang dipertandingkan ialah acara berpasukan campuran

2.1.2 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih dari 4 orang pemain

iaitu 3 lelaki dan 1 orang pemain wanita sahaja.

2.1.3 Senarai pendaftaran pemain hendaklah disertakan kepada urusetia

pertandingan sebelum pertandingan pertama dimulakan.

2.1.4 Senarai nama pemain mengikut susunan pertandingan hendaklah

diserahkan kepada pengadil rasmi 15 minit sebelum pertandingan

dimulakan.

3.0 SISTEM PERTANDINGAN

3.1 Jadual pertandingan tertakluk kepada bilangan penyertaan pasukan.

3.2 Pusingan awal akan dijalankan secara liga

3.3 Pusingan kalah mati akan bermula pada peringkat suku akhir.

3.2 Tiada perlawanan untuk tempat ketiga dan keempat. Kedua-dua pihak terus

diisytiharkan sebagai pemenang tempat ketiga.

3.3 Pengadil akan disediakan dari peringkat awal hingga akhir.

4.0 PAKAIAN

Pakaian yang sesuai dengan permainan ping pong.

5.0 JENIS PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan kategori berpasukan campuran:

5.1.1 Perseorangan Lelaki

5.1.2 Perseorangan Wanita

5.1.3 Bergu Lelaki

Page 20: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

6.0 UNDIAN

Undian untuk perlawanan ini akan dibuat semasa mesyuarat Jawatankuasa Teknikal

dan Pertandingan.

7.0 MELAPOR DIRI/KELEWATAN

Semua pemain hendaklah melaporkan diri kepada Pengadil Kehormat setelah

namanya diumumkan untuk bermain.

Masa selama 5 minit sahaja diberikan kepada pemain yang lewat dan selepas itu

lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan kiraan 11-0,11-0 & 11-0.Semua

bantahan hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia.

8.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am ini akan diputuskan oleh

Jawatankuasa Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Antara Staf Shah Alam

(SASSA) Universiti Teknologi MARA yang berkenaan dan keputusannya adalah

muktamad.

Page 21: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

PERATURAN PERTANDINGAN MEMANAH

1.0 PERATURAN PERTANDINGAN

Mengikut Undang-undang dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf Shah Alam

2017.

2.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan

dijalankan mengikut Undang-undang World Archery Federation (FITA) yang

berkuatkuasa pada masa kini. Sekiranya timbul sebarang perselisihan faham dari segi

penafsirannya, maka Undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan

dipatuhi.

2.1 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan atau undang-

undang berkenaan akan diputuskan seperti berikut:

2.1.1 Semua kejadian akan diputuskan berasaskan Peraturan Am Kejohanan

Sukan Antara Staf Shah Alam 2017.

2.1.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada

Undang-undang World Archery Federation (FITA).

3.0 KELAYAKAN

Semua peserta yang layak menyertai SASSA layak meyertai pertandingan memanah.

Walaubagaimanapun, peserta yang berpengalaman di dalam sukan memanah

digalakkan menyertai pertandingan ini bagi mengurangkan penggunaan masa

mengajar dah mengurangkan kejadian yang tidak diingini.

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN

4.1 Setiap pasukan boleh mendaftar maksima empat (4) orang pemanah lelaki dan

wanita, seorang (1) Pengurus Pasukan dan seorang (1) Jurulatih, seperti berikut:

Status Lelaki Wanita

Pengurus Pasukan 1

Peserta 2 2

Jumlah 2 2

Page 22: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

4.2 Acara Perseorangan

Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada dua (2) orang

peserta lelaki dan dua (2) orang peserta wanita.

4.3 Borang Pendaftaran Peserta hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa

Pengelola sebelum atau semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

4.4 Sebarang pertukaran peserta hendaklah dibuat di dalam mesyuarat pengurus-

pengurus pasukan.

5.0 REFERI KEHORMAT/KETUA PENGADIL/PENGADIL

Pengadil, dan pengarah pertandingan akan ditentukan oleh pihak pengurusan SAF

daripada pemanah-pemanah berpengalaman UiTM atau yang berdekatan.

6.0 PAKAIAN DAN PERALATAN

6.1 Kesemua peserta mesti memakai baju sukan (Baju kolej), berseluar ‘track’ atau

‘cargo’ dan berkasut sukan.

6.2 Peralatan peserta akan disediakan oleh pengurusan pertandingan SASSA

dimana setiap atlet akan diberikan, (i) bow recurve (wooden), (ii) 8 batang anak

panah, (iii) alatan keselamatan yang secukupnya, (iv) borang pemarkahan.

6.3 ‘Target butt’, kaki dan ‘target face’ adalah mengikut peraturan FITA.

7.0 SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Pertandingan akan dijalankan mengikut sistem ‘FITA Round’ semasa dalam

acara individu.

7.2 Acara Individu (Individual Competition)

7.2.1 Pusingan FITA (FITA Round)

Setiap pemanah akan bertanding dengan memanah 2 jarak (30 meter

dan 20 meter) sebanyak 1 pusingan selama satu (1) hari tidak termasuk

hari untuk latihan rasmi (sighters day).

7.2.2 Untuk setiap jarak pada hari pertandingan, latihan rasmi akan dijalankan

selama 30 minit dan 15 minit masa rehat akan diberikan selepas latihan

rasmi.

7.2.3 Peserta akan memanah sebanyak 36 anak panah untuk setiap jarak.

Peserta akan memanah 6 batang anak panah setiap ‘end’ sebanyak 6

‘ends’. Masa diperuntukkan adalah selama 4 minit untuk setiap ‘end’.

7.2.4 Peserta yang mencatat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai

pemenang.

8.0 ACARA-ACARA

8.1 Hari pertama – dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

8.1.1 Latihan Rasmi (Sighters day)

Page 23: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

8.2 Hari kedua (pertandingan) – dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tenga hari

Pusingan FITA (FITA Round)

Setiap pemanah dikehendaki memanah sebanyak 36 batang anak

panah dalam 2 jarak sebanyak 1 pusingan (36 anak panah), iaitu:

9.2.1.Lelaki - 30m, 20m

9.2.2.Wanita - 30m, 20m

9.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan diatas akan diputuskan

Oleh jawatankuasa pengelola dan keputusan adalah muktamad.

Page 24: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

PERATURAN PERTANDINGAN SEPAKTAKRAW

1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat-syarat dan peraturan yang

ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Antara Staf Shah

Alam (SASSA) Universiti Teknologi MARA.

1.2 Kecuali apa yang tersebut di dalam peraturan yang menguasai pertandingan

ini, maka Undang-Undang Permainan Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa

(ISTAF) yang berkuatkuasa pada ketika ini.

2.0 PENDAFTARAN PEMAIN

2.1 Perkara 7.0. di dalam Undang-undang dan Peraturan Am Kejohanan Sukan

Antara Staf Shah Alam (SASSA) 2017 Universiti Teknologi MARA adalah di rujuk.

2.2 Bilangan

Tiap-tiap fakulti dibenarkan mendaftar seramai tidak lebih dari 4 orang pemain

bagi satu regu dalam Borang Pendaftaran Perlawanan dan setiap pasukan

hanya dibenarkan 1 regu sahaja.

2.3 Kelayakan

Pemain yang tidak disenaraikan namanya di dalam Borang Pendaftaran

Perlawanan tidak dibenarkan mengambil bahagian.

2.4 Borang Pendaftaran Perlawanan

Borang Pendaftaran Perlawanan yang mengandungi senarai nama pemain dan

pemain simpanan hendaklah diserahkan kepada penyelaras permainan 15 minit

sebelum permainan bermula.

Page 25: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

3.0 FORMAT PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan adalah antara regu.

3.2 Sistem Liga / Kalah Mati.

3.3 Secara Liga:

3.3.1 Cara memberi mata : Menang - 2 mata

Kalah - 0 mata

3.3.2 Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu KUMPULAN, kiraan

MATA diperolehi sama oleh DUA PASUKAN atau lebih, maka kemenangan

akan ditentukan dengan cara turutan peraturan berikut:

3.3.3 Kiraan Perbezaan Regu yang di perolehi.

3.3.4 Kiraan perbezaan SET - Pasukan yang telah memperolehi lebih kiraan

perbezaan SET, akan dikira menang.

3.3.5 Kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA - Regu yang telah memperolehi

lebih kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA.

3.3.6 Sekiranya dengan kaedah-kaedah di atas terdapat sama juga oleh DUA

REGU sahaja, maka REGU yang telah mengalahkan lawannya akan dikira

menang dan jika kaedah ini juga tidak mendapat keputusan, maka

REGU-REGU berkenaan akan diundi bagi menentukan kedudukan

Pemenang Kumpulan

4.0 MASA PERTANDINGAN

Pasukan-pasukan yang dijadualkan bertanding mestilah berada di gelanggang yang

ditetapkan selewat-lewatnya 15 minit daripada masa yang ditetapkan. Pasukan-

pasukan yang tidak hadir dalam masa yang ditetapkan akan diputuskan sebagai kalah

tanpa bertanding.

5.0 PENANGGUHAN

5.1 Pertandingan ini tidak boleh ditangguhkan atas permainan mana-mana pasukan.

5.2 Jika sesuatu pertandingan tidak dapat dijalankan atau tergendala separuh jalan

oleh kerana hujan, cuaca gelap, becak atau sebagainya maka sesuatu keputusan

pertandingan antara regu yang diberhentikan akan disambung semula dengan

kedudukan mata pasukan-pasukan yang ditangguhkan itu.

Page 26: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

6.0 KUASA PENGADIL RASMI

Pengadil rasmi adalah berkuasa menentukan samada sesuatu pertandingan itu boleh

dijalankan atau tidak oleh kerana hujan, cuaca gelap, gelanggang becak atau

sebagainya, keputusan pengadil rasmi adalah muktamad.

7.0 PAKAIAN DAN PERALATAN

7.1 Semua pemain hendaklah berpakaian (berjersi) seragam.

7.2 Semua pakaian pemain hendaklah bernombor dibahagian depan dan

belakang. Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi ( dari 1 hingga 36 )

yang sama untuk keseluruhan kejohanan.

7.3 Nombor hendaklah berukuran 19 cm tinggi di bahagian belakang dan

berukuran tidak kurang 10 cm di bahagian depan (bahagian tengah dada).

7.4 Ketua regu mestilah dilantik dalam setiap regu semasa permainan dan

dikehendaki memakai tanda dilengan (Arm Band).

7.5 Bola

7.5.1 Pemain lelaki - Gajah Emas - 511

7.5.2 Pemain wanita - Gajah Emas - 211

.

8.0 MELANGGAR PERATURAN-PERATURAN

Jika didapati mana-mana pasukan yang bertanding di dalam kejohanan ini bersalah

melanggar peraturan-peraturan ini, Jawatankuasa Pengelola berkuasa mengambil

apa-apa tindakan yang difikirkan wajar.

9.0 HAL-HAL YANG TIDAK DI NYATAKAN

9.1 Rujuk kepada Undang-undang Peraturan Am Kejohanan Sukan Antara Staf Shah

Alam (SASSA) 2017 Universiti Teknologi MARA.

9.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh

Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan SAF dan keputusannya adalah MUKTAMAD.

Page 27: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

PERATURAN PERTANDINGAN PETANQUE DOUBLE

1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat-syarat dan peraturan yang

ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Antara Staf Shah

Alam (SASSA) 2017 Universiti Teknologi MARA.

1.2 Kecuali apa yang tersebut di dalam peraturan yang menguasai pertandingan

ini, maka Undang-undang Rasmi Permainan Petanque (Official Rules of the

Games of Petanque) yang ditetapkan oleh Federation Internasional de

Petanque et Jeu Provencal (FIPJP) yang sedia terpakai dan pindaannya-

pindaanya yang dilakukan pada 6 Oktober 2006 di Grenoble, France.

1.3 Sekirannya terdapat perselisihan dari segi pentafsiran undang-undang

permainan, undang-undang dalam bahasa Inggeris akan menjadi rujukan.

2.0 PENDAFTARAN PEMAIN

2.1 Perkara 7.0. di dalam Undang-undang dan Peraturan Am Kejohanan Sukan

Antara Staf Shah Alam (SASSA) Universiti Teknologi MARA adalah di rujuk.

2.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar maksimum 2 pasukan yang terdiri

daripada dua (2) orang pemain.

2.3 Kelayakan

Pemain yang tidak disenaraikan namanya di dalam Borang Pendaftaran

Perlawanan tidak dibenarkan mengambil bahagian.

2.4 Borang Pendaftaran Perlawanan

Borang Pendaftaran Perlawanan yang mengandungi senarai nama pemain dan

hendaklah diserahkan kepada penyelaras permainan 15 minit sebelum

permainan bermula.

3.0 SISTEM PERTANDINGAN

3.1 Untuk pusingan awal, pasukan-pasukan yang bertanding akan diundi dan

dikumpulkan. Mereka akan bermain secara liga dalam kumpulan masing-

masing.

3.2 Pertandingan akan dijalankan dengan format permainan round robin.

3.3 Pusingan kalah mati akan bermula pada peringkat suku akhir tertakluk kepada

penyertaan pasukan.

4.0 CARA MEMUTUSKAN PEMENANG SISTEM LIGA

4.1 Pemberian mata untuk perlawanan liga:

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

Page 28: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

4.2 Di akhir pusingan liga, pasukan yang mendapat mata terbanyak di kira menang.

4.3 Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama,

pasukan yang paling banyak menang di kira menang.

4.4 Jika masih seri, pasukan yang memenangi perlawanan di antara keduanya di kira

pemenang.

4.5 Jika masih seri pasukan yang mempunyai kelebihan skor di kira menang.

4.6 Jika masih seri, pasukan yang mempunyai skor yang banyak di kira menang

5.0 PAKAIAN/ALAT

5.1 Pakaian

Pemain-pemain hendaklah memakai pakaian seragam pasukan masing-masing.

Hanya baju ‘T’ yang berkolar dibenarkan semasa pertandingan manakala seluar

(slack) hendaklah dengan berwarna ‘krim’ atau ‘peach’. Namun demikian

peraturan ini mengikut budi bicara pegawai pertandingan untuk membenarkan

setiap pasukan bertanding dengan memakai pakaian yang bersesuaian.

5.2 Kasut

Hanya kasut sukan dibenarkan di dalam gelanggang.

5.3 Alat

5.3.1 Boules yang boleh digunakan untuk pertandingan adalah yang telah

diiktiraf oleh FIPJP atau Persekutuan Petanque Malaysia. Peserta yang

bermain dengan boules yang tidak sah akan mengakibatkan

keputusannya tidak diiktiraf.

5.3.2 Boules yang digunakan untuk pertandingan akan diperiksa oleh Pegawai

Teknikal yang bertugas sebelum atau semasa pertandingan.

5.3.3 Jack yang digunakan untuk pertandingan akan disediakan oleh

Jawatankuasa Penganjur.

5.3.4 Pita pengukur (Measuring Tape) bagi tujuan mengukur kejauhan atau

mengukur untuk penentuan mata hendaklah disediakan oleh pemain.

Namun demikian pihak penganjur turut menyediakan semasa

pertandingan berlangsung.

6.0 ACARA YANG AKAN DIPERTANDINGKAN

Kategori Double terbuka. (bebas memilih jantina)

7.0 KELEWATAN

7.1 Pemain yang tidak hadir selepas 15 minit pemainan dimulakan dikira kalah.

7.2 Kepada pemain yang muncul ketika perlawanan telah bermula dia tidak boleh

menyertai pusingan ini tetapi boleh menyertai pada pusingan yang berikutnya.

7.3 Sekirannya pemain muncul 1 jam selepas perlawanan dimulakan dia tidak lagi

boleh menyertai perlawanan.

8.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan

disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan,

Page 29: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya perlawanan diberhentikan akibat

hal-hal yang di luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau

diberhentikan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola.

9.0 PERKARA YANG TIDAK DI NYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa

Pengelola yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

Page 30: PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH · PDF fileSusunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh ... BOLA JARING 1.0 PERATURAN ... Pemain yang sakit atau cedera boleh

Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam 2017

LAMPIRAN

PECAHAN PASUKAN KEJOHANAN SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH ALAM (SASSA) 2017

BIL FAKULTI/BAHAGIAN CATATAN

1. Fakulti Muzik

2. Fakulti Sains Gunaan

3. Fakulti Sains Komputer & Matematik

4. Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi

5. Fakulti Kejuruteraan Elektrik

6. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

7. Fakulti Kejuruteraan Kimia

8. Fakulti Kejuruteraan Awam

9. Fakulti Undang-Undang

10. Fakulti Komunikasi & Pengajian Media

11. Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka

12. Fakulti Perakaunan

13. Akademi Pengajian Islam Kontemporari

14. Fakulti Senibina,Perancangan & Ukur

15. Akademi Pengajian Bahasa

16. Infotech

17 Pejabat Pendaftar

18 Pejabat Bendahari

19 Bahagian Hal Ehwal Pelajar

20 Canseleri / Pejabat Polis Bantuan

21 Pejabat Pembangunan, Pejabat

Pengurusan Fasiliti

22 Intekma Resort

23 Perpustakaan dan Arkib

24 Ined

25 Audit Dalam

26 IPSis