kik dan kmk

22
NDUKSI 2012 Kerajaan telah memperkenalkan konsep kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) pada tahun 2009 bagi menggantikan konsep Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) kepada pegawai awam di agensi kerajaan. a. Bezakan antara KIK dengan KMK. b. Terangkan faedah-faedah pelaksanaan KIK terhadap : i. Perkhidmatan awam ii. Pekerja 1.0 Pengenalan KIK merupakan singkatan Kumpulan Inovasi dan Kreatif yang menggantikan KMK iaitu Kumpulan Meningkat Mutu Kerja. Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Oleh yang demikian kerjaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah oganisasi. Hal ini kerana ianya bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan potensi diri. 2.0 Konsep KIK 2.1 Definisi Inovasi 1

Upload: shes-maslina

Post on 02-Aug-2015

155 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: kik dan kmk

NDUKSI 2012

Kerajaan telah memperkenalkan konsep kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) pada tahun

2009 bagi menggantikan konsep Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) kepada

pegawai awam di agensi kerajaan.

a. Bezakan antara KIK dengan KMK.

b. Terangkan faedah-faedah pelaksanaan KIK terhadap :

i. Perkhidmatan awam

ii. Pekerja

1.0 Pengenalan

KIK merupakan singkatan Kumpulan Inovasi dan Kreatif yang menggantikan KMK

iaitu Kumpulan Meningkat Mutu Kerja. Kerajaan sentiasa memberi perhatian

terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan

terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Oleh yang demikian

kerjaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah yang digunakan oleh Kumpulan

Meningkat Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah oganisasi. Hal ini kerana

ianya bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi

peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan potensi

diri.

2.0 Konsep KIK

2.1 Definisi Inovasi

Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau

perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau

penambahbaikan. Ianya merupakan cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif

dalam aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti sesebuah

organisasi. Idea-idea boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam system dan

prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun teknologi.

1

Page 2: kik dan kmk

NDUKSI 2012

2.2 Definisi Kreativiti

Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan

menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran

imaginasi. Ia melibatkan keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru

yang unik dan menarik. Selain itu kreativiti juga bermaksud keupayaan

berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea

terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian.

Kreativiti juga adalah keupayaan berfikir secara praktikal yang seterusnya

dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.

2.3 Prasyarat Krativiti

Antara prasyarat yang perlu ada bagi membolehkan kreativiti wujud dalam

kalangan pekerja sesebuah organisasi ialah :

I. Mempunyai daya imaginasi yang tinggi untuk melihat sesuatu secara

berlainan.

II. Berfikiran terbuka atau berfikir di luar kotak, analitikal, kritikal dan

praktikal.

III. Melihat sesuatu perkara itu sebagai peluang yang boleh mencetuskan

idea baru.

IV. Mempunyai komitmen yang tinggi iaitu bersabar terhadap komplektisi

dan isu-isu yang timbul serta tenang dan tabah menghadapi cabaran

dengan berusaha menangani masalah dan halangan yang dihadapi.

V. Berupaya mengenal pasti masalah dengan mengemukakan soalan yang

menjurus kepada penemuan isu dan jawapan serta jalan penyelesaian.

VI. Menggunakan minda yang kreatif untuk menemui perspektif baru.

VII. Bersedia menghadapi risiko dan berupaya menerima kegagalan serta

belajar dari kegagalan tersebut.

VIII. Bersedia dikritik dan mengenepikan ego serta mendapatkan nasihat

daripada rakan dan mencuba ideanya.

2

Page 3: kik dan kmk

NDUKSI 2012

IX. Mempunyai motivasi dalaman iaitu rasa gembira, berpuas hati dan

menjadikan kerja sebagai cabaran untuk mencapai kejayaan.

2.4 Falsafah KIK

Falsafak KIK adalah seperti berikut :

I. Konsep pengurusan secara kemanusiaan iaitu pengurusan yang

menekankan aspek modal insan yang merupakan aset terpenting di

dalam sesebuah organisasi.

II. Konsep pengurusan secara penyertaan iaitu setiap pekerja tidak kira

kedudukannya dalam organisasi diberi peluang untuk memberi

sumbangan yang bermakna kepada organisasi.

III. Merupakan satu mekanisme yang melibatkan pekerja dalam proses

penyelesaian masalah atau penambahbaikan proses kerja dan standart

yang sedia ada atau memperkenalkan sesuaty yang baru.

IV. Menerapkan konsep knowledge-based dan creativity-driven bagi

membolehkan organisasi menghasilkan inovasi yang memberi nilai

tambah kepada produk atau perkhidmatan.

V. Memberi tumpuan kepada idea, pembelajaran, perkongsian ilmu dan

penciptaan nilai menerusi strategi pengenalpastian dan penyelesaian

masalah, teknik-teknik penganalisisan serta idea-idea baru yang kreatif

dan inovatif.

VI. Produk akhir KIK menjurus kepada penghasilan output berkualiti yang

dapat dinikmati dengan ketara dan secara meluas. Secara langsungnya

impak dan sumbangan KIK terhadap pertumbuhan dan pengukuhan

ekonomi Negara akan lebih berkesan.

3

Page 4: kik dan kmk

NDUKSI 2012

2.5 Objektif KIK

Objektif KIK adalah untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan

produktiviti kerja khususnya dalam system penyampaian perkhidmatan kepada

pelanggan melalui :

I. Keupayaan mencipta cara bekerja baru atau menghasilkan inovasi

II. Kebolehan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan

kerja

III. Semangat kerja secara berpasukan

IV. Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja positif

V. Penglibatan dan peningkatan komitmen terhadap kerja

VI. Dorongan kerja yang tinggi.

VII. Kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan

organisasi dan Negara

VIII. Penggalakan penghasilan idea-idea kreatif dan inovatif

IX. Pewujudan hubungan yang harmoni di antara pihak pengurusan dan

pekerja.

4

Page 5: kik dan kmk

NDUKSI 2012

2.6 Faktor-faktor yang yang menyokong kejayaan pelaksanaan KIK

I. Sikap positif, kesungguhan dan komitmen daripada pihak pengurusan

atasan. Hal ini termasuklah kesediaan pihak pengurusan untuk

meluangkan masa dan tenaga dalam pelaksanaan program ini.

II. Sokongan dan kerjasama daripada semua peringkat terutamanya

fasilitator, ketua pasukan dan ahli-ahli KIK.

III. Pemilihan fasilitator dan ketua kumpulan yang berfikiran kreatif,

positif dan terbuka serta mempunyai komitmen yang tinggi kepada

KIK.

IV. Penyediaan program yang berkesan.

V. Pemberian penghargaan dan pengiktirafan yang sesuai

VI. Penyediaan kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh pasukan

KIK seperti alat-tulis, multimedia, bilik perbincangan dan lain-lain

keperluan semasa menjalankan projek.

VII. Menganggapkan program KIK sebagai usaha peningkatan kualiti

sistem penyampaian perkhidmatan jangka panjang.

VIII. Menyebar luas dan menjelaskan tentang sumbangan dan kesan

pelaksanaan KIK ke atas peningkatan kualiti, produktiviti dan imej

organisasi kepada semua pihak.

IX. Kebolehan Jawatankuasa Pemandu bagi merancang, melaksana,

menyelaras dan mengambil tindakan terhadap perakuan-perakuan

termasuk tindakan penyeragaman di peringkat jabatan negeri dan

kebangsaan.

5

Page 6: kik dan kmk

NDUKSI 2012

3.0 Kumpulan Meningkat Mutu Kerja

3.1 Definisi KMK

KMK adalah sekumpulan kecil pekerja-pekerja (6-10 orang) daripada unit

kerja yang sama yang bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti,

memilih dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja

mereka. Kumpulan ini mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian

kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan. Seterusnya,

mereka melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui oleh pihak

pengurusan.

3.2 Falsafah KMK

Falsafah KMK adalah berdasarkan kepada konsep pengurusan secara

penyertaan dan kemanusiaan. Pengurusan secara kemanusiaan bermakna

pengurusan yang mementingkan manusia dan perasaan mereka. Ini adalah

kerana manusia merupakan aset yang terpenting dalam sesebuah

jabatan/pejabat. Pengurusan secara penyertaan pula bermakna bahawa tiap-

tiap pekerja tidak kira kedudukannya dalam organisasi diberi peluang untuk

memberikan sumbangan yang bermakna kepada jabatan/pejabat.

KMK merupakan satu mekanisme di mana pekerja-pekerja boleh

menyertai dalam proses penyelesaian masalah demi meningkatkan lagi kualiti

dan produktiviti jabatan/ pejabat mereka. Falsafah yang digunakan dalam

konsep KMK adalah berdasarkan kepada konsep pengurusan secara

penyertaan di mana setiap pekerja tidak kira kedudukannya di dalam

organisasi diberi peluang untuk memberikan sumbangan yang bermakna

kepada organisasi manakala konsep pengurusan secara kemanusiaan pula lebih

menekankan kepada pengurusan yang mementingkan manusia dan perasaan

mereka. Penubuhan KMK adalah bermatlamat untuk memperbaiki dan

mempertingkatkan kualiti kerja melalui kebolehan menyelesaikan masalah

dalam kalangan pekerja, semangat bekerja secara berkumpulan,penyemaian

6

Page 7: kik dan kmk

NDUKSI 2012

dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif, penglibatan dan minat

terhadap kerja,dorongan kerja yang tinggi serta kesedaran tanggungjawab

terhadap diri sendiri, kumpulan, organisasi dan negara.

Prinsip-prinsip asas yang ditekankan dalam KMK pula ialah pekerja-

pekerja diiktiraf sebagai sumber yang paling bernilai, memajukan pekerja

sebagai ahli organisasi yang berguna, penyertaan dan sokongan dari semua

peringkat, bekerja secara kumpulan, kreativiti sentiasa digalakkan dan projek

adalah berkaitan dengan tugas-tugas harian. Terdapat banyak faedah yang

boleh diperolehi hasil penubuhan KMK. Antaranya ialah mengeratkan

perhubungan di antara pekerja dan pengurusan, memupuk kerjasama dalam

kalangan pekerja, memberi kepuasan bekerja, menambah dorongan untuk

bekerja, memberi keyakinan mengenai kebolehan diri sendiri, mengasah bakat

kepimpinan dalam kalangan pekerja, menggalakkan daya kreativiti dalam

kalangan pekerja serta memperbaiki system dan cara kerja.

Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi dalam melaksanakan KMK

ialah pewujudan struktur KMK, latihan serta sistem pengiktirafan yang

berkesan. KMK mempunyai strukturnya yang tersendiri yang terdiri daripada

Jawatankuasa Pemandu KMK, Fasilitator KMK, Ketua KMK serta ahli-ahli.

Jawatankuasa Pemandu ialah sebuah jawatankuasa yang merangka dasar

pelaksanaan KMK dan memberi pertimbangan serta keputusan kepada

cadangan-cadangan penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh KMK.

Antara tugas Fasilitator ialah sebagai orang tengah dalam penyelesaian

masalah,mengesan kemajuan kumpulan serta memberi latihan kepada ketua-

ketua kumpulan dan membantu melatih ahli-ahli kumpulan apabila diperlukan.

Ketua kumpulan pula bertanggungjawab terhadap kelancaran aktiviti-aktiviti

kumpulan, memupuk semangat kerjasama dan harmoni,mengelolakn

mesyuarat dengan teratur dan berkesan serta membatu ahli-ahli menyelesaikan

masalah. Manakala tugas ahli-ahli KMK pula ialah menghadiri mesyuarat

secara tetap, menumpukan usaha-usaha menyelesaikan masalah yang

berkaitan dengan kerja serta mengenalpasti masalah-masalah,

menyumbangkan idea,menjalankan penyelidikan dan penyiasatan dan

7

Page 8: kik dan kmk

NDUKSI 2012

membantu kumpulan ke arah penyelesaian masalah dan menyertai

persembahan pengurusan.

PDCA atau Roda Deming adalah merupakan suatu pendekatan yang

digunakan oleh KMK dalam urusan meningkatkan kualiti kerja. PDCA

membawa makna Plan, Do, Check dan Action atau juga membawa makna

Perancangan, Pelaksanaan, Penyemakan dan Tindakan.

Dalam langkah pertama iaitu Perancangan, ahli KMK dikehendaki

mengenalpasti dan memilih masalah yang perlu diselesaikan serta

menyediakan jadual pelaksanaan projek.masalah KMK dapat dikenalpasti atas

permintaan pengurusan ataupun cadangan dari ahli-ahli KMK, fasilitator,

pekerja-pekerja lain dan kumpulan-kumpulan lain. Projek atau masalah yang

dapat dikenalpasti dan diselesaikan melalui KMK ini adalah merupakan

masalah-masalah berkaitan kerja seharian. Antara masalah yang dimaksudkan

di sini adalah seperti masalah dewan kuliah, tandas,perkhidmatan kaunter,

system fail serta proses perjalanan kerja. Namun begitu, ahli-ahli KMK adalah

dinasihatkan supaya tidak mengemukakan isu-isu sensitif dalam perbincangan

mereka contohnya seperti perkara mengenai tindakan tatatertib dan hal-hal

peribadi, gaji, elaun, serta belanjawan organisasi dan juga dasar kenaikan

pangkat serta hal-hal lain yang jelas tiada kaitan dengan masalah kerja.

Semasa percambahan fikiran dijalankan, ahli-ahli KMK akan

mengenalpasti beberapa masalah yang perlu diselesaikan. Walau

bagaimanapun, mereka dibenarkan untuk memilih hanya satu masalah sahaja.

Pemilihan masalah biasanya dibuat melalui undian ataupun dengan menyusun

masalah mengikut kepentingan. Masalah yang terpilih haruslah merupakan

masalah yang paling penting untuk diselesaikan terlebih dahulu ataupun yang

paling kritikal. Dalam taklimat yang saya berikan ini, saya ingin memberikan

contoh dengan menekankan masalah tandas yang dihadapi di fakulti ini.

Memandangkan tandas merupakan kemudahan awam yang sangat penting

kepada masyarakat, jadi pihak yang berkenaan haruslah menitikberatkan

kualiti tandas yang mereka sediakan.

8

Page 9: kik dan kmk

NDUKSI 2012

Setelah memilih satu masalah yang hendak diselesaikan, ahli-ahli

KMK adalah dikehendaki menyediakan satu jadual pelaksanaan projek.

Langkah-langkah yang terlibat dalam penyediaan jadual pelaksanaan tersebut

ialah mengenalpasti segala aktiviti yang perlu dilaksanakan, menganggarkan

tempoh masa bagi setiap aktiviti iaitu tarikh mula dan tarikh siap,

mengenalpasti peringkat-peringkat penting bagi pencapaian aktiviti dengan

menentukan tarikh aktiviti itu perlu disemak dan diawasi serta mencatatkan

pencapaian sebenar berbanding dengan apa yang dirancang bagi setiap aktiviti.

Seterusnya kita memasuki langkah kedua dalam Roda Deming iaitu

Pelaksanaan. Perkara pertama yang perlu dilakukan di bawah langkah

Pelaksanaan adalah penganalisisan masalah. Setelah satu masalah dipilih, ahli-

ahli KMK perlu menganalisisnya dari segi punca yang membawa kepada

masalah tersebut. Dari segi permasalahan tandas, beberapa punca yang biasa

kita kenalpasti adalah dari segi kemudahan yang disediakan di dalam tandas

serta tahap kebersihan tandas tersebut. Antara punca yang membawa kepada

permasalahan tersebut adalah apabila kemudahan yang disediakan di dalam

tandas tidak diselenggara dengan baik, contohya seperti mangkuk tandas

tersumbat, paip getah bocor atau tiada paip getah disediakan, saluran air paip

yang terlalu perlahan, kepala paip tercabut atau sudah longgar yang

menyebabkan air sentiasa mengalir keluar dari paip serta ketiadaan tong yang

dikhaskan untuk membuang pad wanita. Dari segi kebersihan pula, lazimnya

masalah ini berpunca dari sikap pengguna yang tidak bertanggungjawab serta

tidak tahu menghargai kemudahan awam yang disediakan. Antaranya ialah

ada dalam kalangan pengguna yang tidak menarik pam tandas selepas

menggunakan tandas. Selain itu, ada juga yang sewenang-wenangnya

membuang pad wanita atau tisu ke dalam mangkuk tandas yang

mengakibatkan tandas tersumbat serta berbau busuk. Ada juga pengguna yang

suka membuang sampah ke dalam sinki yang juga menyebabkan sinki mudah

tersumbat. Hal ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa kepada para pengguna.

Lebih memburukkan keadaan lagi apabila pekerja yang ditugaskan mencuci

tandas tidak menjalankan tugas mereka secara efisien serta suka ponteng kerja.

9

Page 10: kik dan kmk

NDUKSI 2012

Seterusnya perkara kedua yang perlu dilakukan di bawah pelaksanaan

adalah cadangan penyelesaian. Proses ini melibatkan ahli-ahli KMK

mendapatkan alternatif-alternatif cadangan pembetulan. Kebaikan serta faedah

ketara atau tidak ketara ke atas cadangan tersebut perlu dihuraikan satu

persatu. Implikasi kewangan juga perlu dipertimbangkan. Ahli-ahli KMK

perlu memilih cadangan terbaik yang biasanya dilakukan melalui undian atau

analisis terperinci. Dalam permasalahan tandas yang saya kemukakan tadi,

beberapa cadangan yang mungkin akan diutarakan oleh ahli-ahli KMK adalah

seperti pemantauan pelaksanaan tugas pembersihan tandas oleh pihak yang

berkenaan supaya para pekerja akan melaksanakan tugas mereka dengan lebih

efisien,berdisiplin serta bertanggungjawab. Selain itu, cadangan lain yang

mungkin dikemukakan adalah pemeriksaan secara berkala oleh pihak yang

berkenaan terhadap kemudahan-kemudahan yang disediakan di dalam tandas

seperti sinki, pam tandas, kepala paip, dan lain-lain. Hal ini supaya segala

kerosakan yang berlaku di dalam tandas dapat diselesaikan dengan kadar

segera. Selain itu, cadangan menampal notis di dalam kawasan tandas juga

mungkin dikemukakan oleh ahli KMK. Notis ditampal untuk mengingatkan

para pengguna agar mereka berasa lebih bertanggungjawab untuk memelihara

kebersihan tandas serta menghargai kemudahan yang disediakan itu.

Seterusnya ialah persembahan KMK kepada pihak pengurusan.

Persembahan haruslah dibuat dengan cara yang berkesan, meyakinkan dan

dengan cara yang teratur. Untuk tugas ini, ahli-ahli KMK memerlukan

beberapa kemahiran seperti persembahan secara lisan dan persediaan laporan

projek serta penggunaan alat pandang dengar. Ahli-ahli KMK juga harus

memberi perhatian kepada beberapa perkara iaitu persembahan hendaklah

dilakukan dalam tempoh antara 20 hingga 30 minit termasuk ucapan

pembukaan dan penutup oleh ketua KMK, semua ahli diperkenalkan oleh

ketua kumpulan dan ketua kumpulan akan menutup sesi dengan menjawab

segala pertanyaan yang berbangkit. Selain itu, semua ahli mestilah menyertai

persembahan dan semua maklumat yang telah dikumpul dipersembahkan

dalam persembahan dengan menggunakan carta, graf mahupun rajah. Garis

10

Page 11: kik dan kmk

NDUKSI 2012

kasar persembahan hendaklah disediakan selain penyelenggaraan yang teratur

dan kemas. Paling penting, semua tetamu, ahli-ahli Jawatankuasa Pemandu

dan Kumpulan-kumpulan lain yang berkaitan yang hendak djemput mestilah

dijemput selewat-lewatnya seminggu sebelum persembahan dilakukan. Antara

faedah yang dapat diperoleh hasil dari persembahan tersebut adalah seperti

memperbaiki hubungan antara pihak pengurusan dan para pekerja,

menunujukkan minat, sokongan dan penglibatan pihak pengurusan dalam

KMK, memupuk semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan

kakitangan serta sebagai suatu cara pengiktirafan dan penghargaan terhadap

usaha-usaha yang telah dilakukan oleh ahli-ahli KMK.

Perkara keempat yang akan dilakukan di bawah langkah Pelaksanaan

adalah pertimbangan dan keputusan oleh pihak pengurusan. Sekiranya

keputusan tidak dapat diberi dengan segera oleh pihak pengurusan, pihak

pengurusan hendaklah memberi jangka masa bagi membuat keputusan

tersebut.

Seterusnya yang kelima adalah pelaksanaan projek oleh ahli-ahli

KMK. Proses ini melibatkan perbincangan antara ahli-ahli KMK dengan

fasilitator mengenai cara pelaksanaan cadangan penyelesaian yang telah

dipersetujui. Satu uji cuba boleh dijalankan sekiranya perlu. Anggota-anggota

organisasi perlu dimaklumkan mengenai uji cuba ini serta tempoh dijalankan.

Sekiranya uji cuba tidak dijalankan, anggota-anggota organisasi perlu

dimaklumkan juga. Makluman boleh disebar melalui taklimat, surat pekeliling

dan sebagainya.

Langkah ketiga dalam Roda Deming adalah Penyemakan. Ahli-ahli

KMK perlu membuat penilaian ke atas pelaksanaan cadangan-cadangan

penyelesaian untuk menentukan sama ada objektif projek tercapai atau tidak.

Penilaian boleh dijalankan melalui pungutan data dan analisis data yang

diperoleh dalam uji cuba. Setelah penilaian dibuat, ahli-ahli KMK boleh

memutuskan sama ada cadangan-cadangan penyelesaian boleh terus

dilakasanakan ataupun tidak.

11

Page 12: kik dan kmk

NDUKSI 2012

Akhir sekali, langkah yang terakhir dalam Roda Deming adalah

Tindakan. Aktiviti yang dilakukan adalah penyeragaman tindakan-tindakan

pembetulan. Hasil daripada penilaian yang dijalankan, ahli-ahli KMK dapat

mengenalpasti penambahbaikan yang diperoleh daripada tindakan pembetulan.

Jika penambahbaikan diperoleh, ahli-ahli boleh menyeragamkan tindakan

tersebut dan menjadikannya sebagai prosedur atau operasi organisasi. Satu

taklimat mengenai prosedur baru harus diberi kepada anggota-anggota

organisasi. Ahli-ahli KMK boleh mengesan mengenai kemungkinan punca-

punca masalah akan berulang semula atau masalah sampingan lain yang

mungkin timbul. Melalui contoh yang saya kemukakan sebentar tadi iaitu

mengenai permasalahan tandas, sekiranya salah satu cadangan penyelesaian

yang dikemukakan itu iaitu seperti pemantauan pelaksanaan kerja-kerja

pembersihan tandas oleh pihak berkenaan mampu membawa penambahbaikan

kepada organisasi mereka, maka cadangan itulah yang akan dijadikan sebagai

satu prosedur atau operasi bagi organisasi mereka.

Kesimpulannya, untuk menjamin pembentukan sebuah KMK yang

berkesan, seluruh anggota organisasi harus memberi komitmen sepenuhnya

serta mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberi kepada mereka dengan

sempurna. Jika konsep KMK dapat dikekalkan dalam sesebuah organisasi,

maka kualiti organisasi tersebut akan lebih terjamin.

Perbezaan KIK dan KMK secara keseluruhan.

12

Page 13: kik dan kmk

NDUKSI 2012

Antara perbezaan KIK dan KMK ialah:

KIK KMK

Keahlian terbuka atau merentasi semua

bahagian;

Terdiri daripada pekerja di pelbagai peringkat

jawatan;

Penekanan kepada aspek inovasi dan

kreativiti,selain daripada penyelesaian

masalah;

Teknik penyelesaian masalah dipelbagaikan;

Memasukkan teknik penjanaan idea kreatif

dan strategi penambahbaikan proses.

Keahlian terhad kepada anggota dalam

bahagian yang sama;

Terdiri daripada anggota dalam kumpulan

sokongan;

Penekanan kepada aspek penekanan masalah;

Teknik penyelesaian masalah terhad kepada

beberapa alat kawalan kualiti tertentu sahaja;

Tiada teknik penjanaan idea kreatif dan

strategi penambahbaikan proses.

b. Terangkan faedah-faedah pelaksanaan KIK terhadap :

13

Page 14: kik dan kmk

NDUKSI 2012

i. Perkhidmatan awam

ii. Pekerja

4.0 Faedah KIK kepada penjawat awam

i. Memupuk kerjasama antara agensi melalui penyeragaman inovasi atau

penambahbaikan yang dihasilkan.

ii. Menjimatkan kos dan masa keseluruhan operasi perkhidmatan

iii. Meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan

iv. Meningkatkan kepuasan pelanggan dan stakeholders.

v. Meningkatkan imej Perkhidmatan Awam.

5.0 Faedah KIK kepada pekerja

Antara faedah KIK kepada pekerja adalah:

i. Meningkatkan kemampuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

ii. Memupuk semangat kerjasama dan bekerja dalam satu pasukan.

iii. Menyemai dan menerapkan nilai serta etika kerja positif.

iv. Meningkatkan komitmen terhadap kerja.

v. Menambah dorongan untuk bekerja dengan lebih dedikasi.

vi. Meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan,

organisasi dan negara.

vii. Membimbing warga organisasi berfikiran kreatif dan inovatif untuk menghasilkan

inovasi.

viii. Meningkatkan keupayaan mencipta atau memperkenalkan sistem baru dan

penambahbaikan kerja.

ix. Menggalakkan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif.

x. Memberi kepuasan dalam bekerja.

xi. Meningkatkan keyakinan mengenai kebolehan dan potensi diri sendiri.

xii. Mengasah bakat kepimpinan di kalangan warga organisasi.

14