penyataan profesional dg

2
PENYATAAN PROFESIONAL (SEBELUM) Dg.Rafidah Binti Piut Alhamdulillah, pada 16 Julai 2015, kami siswi pendidik PISMP Ambilan Januari 2013 telah diberikan taklimat praktikum untuk fasa 2 yang akan berlangsung selama 2 bulan. Kami telah diberikan penerangan secara keseluruhan perkara yang berkaitan dengan praktikum dan mengimbas kembali pengalaman semasa berpraktikum fasa 1. Sebagaimana yang telah dimaklumkan, praktikum pada kali ini, saya dan seorang lagi rakan saya iaitu Siti Norhana Binti Kadir telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu Berendam, Melaka. Aktiviti pengajaran kami pada kali ini akan melibatkan subjek major aitu mana-mana subjek teras Pendidikan Khas (Bahasa Melayu, Matematik, Sains atau Bahasa Inggeris) dan juga Pendidikan Jasmani (mata pelajaran elektif). Sewaktu taklimat tersebut, mengingatan kami mengenai beberapa perkara penting seperti merencana pelajaran harian (RPH), melengkapkan port folio, menjaga imej IPG dan sebagainya. Kami turut diingatkan agar cuba menyusun semula jadual masa pengajaran agar apabila pensyarah hadir untuk menyelia, dapat dilakukan secara serentak sekurang-kurangnya dua orang pelajar dalam satu-satu penyeliaan. Ini adalah bagi melancarkan proses penyeliaan. Pensyarah yang akan membimbing kami ialah Puan Zaleha Binti Tambi Adam. Sama seperti rakan-rakan guru pelatih yang lain, saya amat berharap agar melalui 8 minggu praktikum yang akan saya tempuhi ini memberi seberapa banyak input yang bermanfaat buat diri saya. Sebagai seorang insan yang masih baru dalam bidang ini, sudah pasti banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu saya perbaiki. Jesteru, saya amat memohon jasa baik daripada Pn. Zaleha binti Tambi Adam selaku pensyarah pembimbing yang akan membimbing saya sepanjang 8

Upload: dg-rafidah

Post on 03-Sep-2015

241 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PRAKTIKUM

TRANSCRIPT

PENYATAAN PROFESIONAL (SEBELUM)Dg.Rafidah Binti Piut

Alhamdulillah, pada 16 Julai 2015, kami siswi pendidik PISMP Ambilan Januari 2013 telah diberikan taklimat praktikum untuk fasa 2 yang akan berlangsung selama 2 bulan. Kami telah diberikan penerangan secara keseluruhan perkara yang berkaitan dengan praktikum dan mengimbas kembali pengalaman semasa berpraktikum fasa 1. Sebagaimana yang telah dimaklumkan, praktikum pada kali ini, saya dan seorang lagi rakan saya iaitu Siti Norhana Binti Kadir telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu Berendam, Melaka. Aktiviti pengajaran kami pada kali ini akan melibatkan subjek major aitu mana-mana subjek teras Pendidikan Khas (Bahasa Melayu, Matematik, Sains atau Bahasa Inggeris) dan juga Pendidikan Jasmani (mata pelajaran elektif). Sewaktu taklimat tersebut, mengingatan kami mengenai beberapa perkara penting seperti merencana pelajaran harian (RPH), melengkapkan port folio, menjaga imej IPG dan sebagainya. Kami turut diingatkan agar cuba menyusun semula jadual masa pengajaran agar apabila pensyarah hadir untuk menyelia, dapat dilakukan secara serentak sekurang-kurangnya dua orang pelajar dalam satu-satu penyeliaan. Ini adalah bagi melancarkan proses penyeliaan. Pensyarah yang akan membimbing kami ialah Puan Zaleha Binti Tambi Adam.Sama seperti rakan-rakan guru pelatih yang lain, saya amat berharap agar melalui 8 minggu praktikum yang akan saya tempuhi ini memberi seberapa banyak input yang bermanfaat buat diri saya. Sebagai seorang insan yang masih baru dalam bidang ini, sudah pasti banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu saya perbaiki. Jesteru, saya amat memohon jasa baik daripada Pn. Zaleha binti Tambi Adam selaku pensyarah pembimbing yang akan membimbing saya sepanjang 8 minggu praktikum ini akan membantu serta memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menjadi warga pendidik yang benar-benar berkualiti dan komited terhadap kerjayanya. Demikian juga dengan guru pembimbing saya iaitu, Encik Sadab Ahmad Bin Qamruddin dan Encik Hezlie Noorshyam Bin Abu Samah. Segala tunjuk ajar serta bimbingan daripada mereka amatlah saya harapkan.Saya juga percaya, untuk melahirkan seorang anak murid yang mempunyai masa depan yang gemilang sudah pasti mendapat tunjuk ajar yang begitu sempurna daripada seorang insan yang bergelar guru. Oleh itu, seorang guru itu perlu melengkapkan diri mereka dengan segala bekalan ilmu yang ada untuk disumbangkan untuk anak murid mereka.