penilaian kendiri program bina insan guru

5
1 PROGRAM BINA INSAN GURU Penilaian Kendiri Program Bina Insan Guru Mohammad Faisal Bin Kasman PISMP TL 2112 Refleksi Kendiri Program Bina Insan Guru perkhemahan dan aktiviti kemasyarakatan telah memberi banyak manfaat kepada saya terutamanya dalam membina diri ke arah yang positif. Saya dapat menilai diri sendiri akan kelebihan dan kekurangan yang dimiliki melalui aktiviti yang telah dijalankan. Antara aktiviti yang banyak meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya ialah melalui aktiviti kembara sosial dfan khidmat masyarakat. Kesemua kesan tersebut dapat membentuk diri saya ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek. Aktiviti keluarga angkat pula adalah berkaitan dengan kemahiran komunikasi. Aktiviti ini telah mendedahkan kami kepada kepentingan untuk berkomunikasi dengan berkesan dalam hubungan sosial. Kemahiran berkomunikasi sangat penting bagi setiap manusia kerana melalui komunikasi segala pesanan dapat disampaikan dengan mudah. Komunikasi yang baik akan menyebabkan kita disukai oleh ahli kumpulan yang lain. Saya sedar sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya sentiasa menjaga dan mempertingkatkan kemahiran komunikasi kerana tugas seorang guru semestinya sentiasa berhadapan dengan masyarakat. Selain itu, aktiviti khidmat masyarakat program Bina Insan Guru pada kali ini dapat maningkatkan kemahiran jasmani dalam diri saya dan peserta yang lain. Hal ini kerana satu aktiviti yang agak mencabar telah terpaksa dilalui oleh peserta adalah mentyiapkan kerja-kerja membersihkan kawasan perkhemahan, mengagkat tanah di tengah panas yang terik. Aktiviti ini berjaya menguji ketahanan fizikal dan dengan semangat yang kental saya dapat menyiapakn kerja Walaupun badan terasa kepenatan dan terdapat sedikit luka-luka akibat terkena batu tetapi saya tetap berasa seronok. Aktiviti ini menyedarkan saya supaya sentiasa bersedia untuk menerima segala cabaran dan menempuhinya dengan sebaik mungkin apabila ditempatkan di kawasan pedalaman nanti. .

Upload: mohd-faisal

Post on 10-Nov-2015

47 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Refleksi Kendiri BIG

TRANSCRIPT

1 PROGRAM BINA INSAN GURU

Penilaian Kendiri Program Bina Insan Guru

Mohammad Faisal Bin Kasman

PISMP TL 2112

Refleksi Kendiri

Program Bina Insan Guru perkhemahan dan aktiviti kemasyarakatan telah memberi

banyak manfaat kepada saya terutamanya dalam membina diri ke arah yang positif. Saya dapat

menilai diri sendiri akan kelebihan dan kekurangan yang dimiliki melalui aktiviti yang telah

dijalankan. Antara aktiviti yang banyak meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya

ialah melalui aktiviti kembara sosial dfan khidmat masyarakat. Kesemua kesan tersebut dapat

membentuk diri saya ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang dari aspek jasmani,

emosi, rohani, sosial dan intelek.

Aktiviti keluarga angkat pula adalah berkaitan dengan kemahiran komunikasi. Aktiviti ini

telah mendedahkan kami kepada kepentingan untuk berkomunikasi dengan berkesan dalam

hubungan sosial. Kemahiran berkomunikasi sangat penting bagi setiap manusia kerana melalui

komunikasi segala pesanan dapat disampaikan dengan mudah. Komunikasi yang baik akan

menyebabkan kita disukai oleh ahli kumpulan yang lain. Saya sedar sebagai seorang bakal

guru, saya seharusnya sentiasa menjaga dan mempertingkatkan kemahiran komunikasi kerana

tugas seorang guru semestinya sentiasa berhadapan dengan masyarakat.

Selain itu, aktiviti khidmat masyarakat program Bina Insan Guru pada kali ini dapat

maningkatkan kemahiran jasmani dalam diri saya dan peserta yang lain. Hal ini kerana satu

aktiviti yang agak mencabar telah terpaksa dilalui oleh peserta adalah mentyiapkan kerja-kerja

membersihkan kawasan perkhemahan, mengagkat tanah di tengah panas yang terik. Aktiviti ini

berjaya menguji ketahanan fizikal dan dengan semangat yang kental saya dapat menyiapakn

kerja Walaupun badan terasa kepenatan dan terdapat sedikit luka-luka akibat terkena batu

tetapi saya tetap berasa seronok. Aktiviti ini menyedarkan saya supaya sentiasa bersedia untuk

menerima segala cabaran dan menempuhinya dengan sebaik mungkin apabila ditempatkan di

kawasan pedalaman nanti. .

2 PROGRAM BINA INSAN GURU

Seterusnya, aktiviti kembara sosial pula yang melibatkan keluarga angkat telah memberi

peluang kepada saya untuk menyelami kehidupan masyarakat di kampung ini dengan lebih

dekat. Program BIG kali ini telah memberi pengalaman yang begitu berharga kepada peserta

kerana dapat menghayati kehidupan sebagai anak angkat dan meneroka sebuah kehidupan

keluarga di kawasan pedalaman. Sikap prihatin dan baik hati penduduk kampung berjaya

menambat hati peserta BIG untuk merasa nikmatnya tinggal di kampung tersebut. Masa yang

diberikan untuk bersama dengan keluarga angkat sangat singkat telah membataskan hubungan

yang lebih erat dapat diwujudkan. Walau bagaimanapun, program ini ternyata mampu membina

kemahiran komunikasi dan membina jati diri yang utuh sebagai bakal guru yang cemerlang di

masa hadapan.

Bagi saya pengalaman BIG kali ini agak berbeza daripada sebelumnya kerana saya

dapat berinteraksi dan bergaul dengan orang kampong Baji semasa menolong di kawasan luar

rumah. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran interaksi sosial dalam diri

saya sebagai seorang bakal guru yang merupakan aspek terpenting bagi menjadi guru yang

dikenali ramai. Oleh itu, saya seharusnya sentiasa bijak dalam bergaul dengan sesiapa sahaja

iaitu pandai mengambil hati orang lain supaya orang dapat menerima kita seadanya. Sebagai

seorang guru, sifat mesra terhadap sesiapa sahaja seharusnya ada dalam diri walaupun

dengan orang yang tidak dikenali. Perasaan malu dan rendah diri harus disingkirkan bagi

memberi keyakinan kepada diri. Program BIG ini jelaslah dapat meningkatkan kemahiran sosial

seseorang bakal guru.

Selain itu, program ini mengajar saya dalam mempertingkatkan kemahiran yang ada

seperti kemahiran mengurus dan kepimpinan. Kemahiran mengurus diri dan masa sangat

penting supaya kita menghargai setiap saat yang berlalu dalam kehidupan. Contohnya,

program ini mengajar saya untuk sentiasa menepati masa dan mestilah bersedia dari awal

untuk setiap aktiviti yang akan dilakukan. Kemahiran kepimpinan juga dapat diperolehi ketika

menguruskan sesuatu aktiviti dan rasa bertanggungjawab wujud dalam diri saya dan peserta. Ia

penting kerana guru merupakan pemimpin kepada pelajar dan sifat kepimpinan perlu ada bagi

setiap bakal guru.

3 PROGRAM BINA INSAN GURU

Seterusnya, banyak nilai positif telah diperolehi melalui program tersebut. Antaranya

ialah nilai bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong dan sayang-menyanyangi. Nilai

mementingkan diri sendiri tidak harus dimiliki kerana sudah menjadi lumrah kita hidup

bermasyarakat dan bukannya hidup bersendirian. Kesemua nilai tersebut akan membuatkan diri

saya menjadi lebih prihatin terhadap persekitaran seperti dapat meringankan tangan untuk

membantu orang lain, sentiasa bertimbang rasa dalam setiap perkara dan tidak suka

melakukan pergaduhan.

Program ini telah memberi kesedaran kepada saya tentang penghayatan konsep kerja

sebagai ibadah. Hal ini kerana melalui program khidmat masyarakat yang telah dilakukan dapat

melatih diri untuk menyumbang sesuatu secara ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Aktiviti ini sangat bersesuaian kepada bakal-bakal guru untuk melatih mereka bekerja

menyampaikan ilmu dengan sebaik mungkin kepada semua pelajar tanpa memilih kasih dan

juga tanpa mengharapkan wang semata-mata.

Di samping itu, program ini telah berjaya meningkatkan tahap kecerdasan emosi saya

kerana sebagai bakal guru, saya seharusnya bijak mengawal emosi dalam setiap perkara.

Sebagai contoh, emosi sabar perlu dimiliki ketika berhadapan dengan pelbagai kerenah

manusia dan halangan yang menimpa. Emosi sedih juga harus dikawal ketika kita ditimpa

sebarang musibah supaya orang lain tidak menilai diri kita adalah lemah. Oleh itu, saya percaya

program ini telah banyak membentuk emosi saya supaya sentiasa berada dalam keadaan yang

stabil.

Kesimpulannya, program Bina Insan Guru pada kali ini telah membentuk diri saya dalam

membina kesedaran diri dan dapat menghargai diri sendiri, orang lain dan alam sekeliling.

Penilaian Kendiri

Kekuatan

Kekuatan program Bina Insan Guru pada kali ini ialah bergantung kepada tenaga

pensyarah pembimbing dan jurulatih yang banyak membantu dalam menjayakan program ini

terutama Encik Michael Belekum dan semua fasilitator yang lain. Selain itu, peserta juga

mempunyai kebolehan dan kecekapan masing-masing dalam menguruskan program ini.

Kerjasama antara peserta yang diberikan sangat berkesan dalam menjayakan program ini.

Selain itu, aktiviti yang diatur pula sangat berkesan dalam memberikan input dan manfaat

kepada peserta.

4 PROGRAM BINA INSAN GURU

Kelemahan

Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah sikap peserta yang kadang kala lambat

dalam melakukan sesuatu aktiviti. Hal ini menyebabkan perjalanan aktiviti menjadi seperti yang

tidak dirancang. Selain itu, masa yang singkat bersama keluarga angkat telah membataskan

segala aktiviti untuk dilakukan dalam masa yang panjang bersama-sama. Masa untuk

berkenalan juga agak singkat menyebabkan hubungan yang lebih erat sukar untuk diwujudkan.

Peluang

Pelajar perlu bijak memanfaatkan peluang yang ada contohnya ketika bersama-sama

dengan keluarga angkat bagi menimba pengalaman dan ilmu baru terhadap kehidupan

masyarakat di kampung tersebut.

Halangan

Beberapa halangan yang telah menyebabkan sebahagian aktiviti tergendala

sebagaimana yang telah dirancang seperti keadaan cuaca dan keselamatan..

Cadangan Penambahbaikkan

Antara cadangan penambahbaikkan adalah seperti berikut:

1. Semoga program BIG di masa akan datang dapat dilakukan di tempat yang lebih

mencabar bagi menguji kemampuan peserta.

2. Pengurusan dan pengelolaan program perlulah lebih teratur dan tersusun supaya

perjalanan program berjalan lancar.

3. Peserta perlulah dimaklumkan lebih awal mengenai perjalanan aktiviti supaya dapat

bersedia lebih awal.

4. Peraturan disiplin perlu ditingkatkan lagi supaya peserta dapat mematuhinya setiap

masa.

5 PROGRAM BINA INSAN GURU

Penutup

Sebagai kesimpulan, program Bina Insan Guru Fasa 4 berjaya dilaksanakan hasil

daripada pengorbanan semua pihak termasuk persediaan sebelum program dan pelaksaan

semasa program berlangsung. Semoga setiap pelajar dapat menghayati dengan mendalam

terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan dapat mengukuhkan keperibadian serta sahsiah

yang terpuji di samping memiliki etika keguruan dalam diri setiap bakal guru. Hal ini selaras

dengan hasrat negara bagi melahirkan guru yang berperibadi mulia. Pelajar juga seharusnya

sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan menyumbang bakti kepada nusa, bangsa dan negara

tercinta.

Selain itu, program ini diharapkan dapat membina jasmani dan fizikal pelajar supaya

lebih bersedia dan bertenaga dalam melakukan sesuatu kerja serta dapat memberi manfaat

kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pelajar juga akan dapat membina intelek

mereka ke arah pemikiran yang kreatif, inovatif dan kritis dalam menghasilkan sesuatu perkara.

Akhir kata, semoga program khidmat masyarakat Bina Insan Guru dapat diteruskan di

masa akan datang kerana memberi banyak pengalaman dan manfaat yang berguna kepada

pelajar. Inilah peluang bagi peserta untuk beramal dengan menyumbang khidmat bakti kepada

masyarakat tanpa mengharapkan balasan. Diharapkan semoga semua bakal guru sudah

terbina insannya selepas mengikuti program tersebut.