pengenalan - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin julai... ·...

9
1 BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018 BULETIN BIL. 4/ 2018 BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN 1) BOS DAN ANDA: PERSPEKTIF PSIKOLOGI 2) 5 TAHAP PEMBENTUKAN TINGKAH LAKU 3) 3 JENIS STRES 4) GAMBAR PROGRAM 5) DIREKTORI WAKIL AKRAB / SPPSI JULAI-OGOS Perhubungan baik di antara bos dan kakitangan merupakan perkara yang amat penng bagi mewujudkan suasana keseronokan serta kepuasan dalam sesuatu kerjaya yang diceburi. Bagi sesetengah kakitangan, mereka menghadapi kesukaran dalam membina hubungan yang baik dengan bos yang akhirnya cenderung mengalami kemurungan serta menjejaskan laluan kerjaya mereka seper kesukaran kenaikan pangkat. Situasi pada masa kini yang semakin kompleks, yang mana amat memerlukan pembinaan hubungan yang baik iaitu saling kebergantungan di antara kaiktangan dengan bos untuk meningkatkan semangat kerja berpasukan seterusnya mampu mencapai ke arah Budaya Kerja Kelas Pertama. Mereka juga berhadapan dengan implikasi psikologi iaitu mereka akan terdedah kepada tekanan emosi yang hebat, penghargaan kendiri yang rendah serta dak mempunyai movasi dalam merancang kerjaya pada masa depan. Pengenalan

Upload: lamtruc

Post on 02-May-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/Buletin Julai... · Pengenalan . 2 BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018 ... Kaedah untuk mengenali perwatakan

1

BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018

BULETIN BIL. 4/ 2018 BULETIN PEMBIMBING ANDA

ISU KELUARAN

1) BOS DAN ANDA:

PERSPEKTIF

PSIKOLOGI

2) 5 TAHAP

PEMBENTUKAN

TINGKAH LAKU

3) 3 JENIS STRES

4) GAMBAR

PROGRAM

5) DIREKTORI

WAKIL AKRAB /

SPPSI

JULAI-OGOS

Perhubungan baik di antara bos dan kakitangan merupakan perkara

yang amat penting bagi mewujudkan suasana keseronokan serta

kepuasan dalam sesuatu kerjaya yang diceburi.

Bagi sesetengah kakitangan, mereka menghadapi kesukaran dalam

membina hubungan yang baik dengan bos yang akhirnya cenderung

mengalami kemurungan serta menjejaskan laluan kerjaya mereka

seperti kesukaran kenaikan pangkat.

Situasi pada masa kini yang semakin kompleks, yang mana amat

memerlukan pembinaan hubungan yang baik iaitu saling

kebergantungan di antara kaiktangan dengan bos untuk meningkatkan

semangat kerja berpasukan seterusnya mampu mencapai ke arah

Budaya Kerja Kelas Pertama.

Mereka juga berhadapan dengan implikasi psikologi iaitu mereka akan

terdedah kepada tekanan emosi yang hebat, penghargaan kendiri yang

rendah serta tidak mempunyai motivasi dalam merancang kerjaya

pada masa depan.

Pengenalan

Page 2: Pengenalan - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/Buletin Julai... · Pengenalan . 2 BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018 ... Kaedah untuk mengenali perwatakan

2

BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018

Ciri-ciri personaliti bos

Oleh itu, tindakan bijak perlu diambil untuk memahami bagaimana mengurus hubungan bos dan kakitangan. Proses memperbaiki hubungan di antara bos dengan kakitangan boleh dipertingkatkan dengan memahami ciri-ciri personaliti seperti yang berikut:

Prihatin

Bos dan kakitangan seharusnya perlu sensitif serta peka terhadap situasi atau mood seseorang. Peka melihat kecenderungan mood misalnya seseorang yang berada dalam mood gembira boleh menerima arahan pada bila-bila masa namun jika mood yang agak bercelaru pada masa itu menyebabkan mereka tidak fokus dengan arahan. Bos seharusnya bijak dalam melihat perubahan emosi anak buahnya bagi memastikan semua arahan dan tugasan dilaksanakan dengan lancar.

Kreatif Seseorang bos merupakan seorang yang mampu melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut serta mempunyai idea penyelesaian yang kreatif atau pemangkin yang luar biasa. Perkara ini akan membuatkan kakitangan lebih menghormati serta mengkagumi kredibiliti bos tersebut. Komunikasi Antara Bos dan Anda Elemen penting tentang bagaimana untuk mengurus hubungan di antara bos dan anda bagi memudahkan kedua-dua pihak mencapai kepuasan yang maksimum dalam kerjaya.

Jati Diri Seseorang bos yang mempunyai ketahanan diri yang tinggi, bermotivasi, berusaha dan dinamik jika menghadapi cabaran serta sifat tidak mudah menyerah kalah malah terus bersemangat dengan keyakinan dalam membuat keputusan dan ia sangat membantu dalam kecemerlangan kakitangan dan organisasi.

Asertif Seorang bos seharusnya mempunyai sifat yang tegas, tidak mudah mengalah namun bertindak mengikut situasi. Beliau mampu mengawal emosi, tegas dengan peraturan yang ditetapkan namun tidak agresif jika terdapat segelintir kakitangan yang ingkar. Beliau seharusnya mampu bertindak adil tanpa pilih kasih.

Gaya komunikasi yang digemari bos anda?

Adakah bos anda kerap mahu mendengar pandangan daripada anda?

Adakah bos anda mahu mendengar tentang setiap isu atau hanya masalah utama?

Bagaimana bos anda mahu mendengar tentang pencapaian anda?

Bagaimana anda mengharapkan cara bos anda berkomunikasi?

Adakah bos anda mengharapkan jawapan kepada setiap komunikasi?

Proaktif Bagi menggalakkan para kakitangan untuk proaktif seseorang bos seharusnya tidak hanya menunggu peluang tetapi aktif mencari atau mencipta peluang yang ada.

Kepimpinan Kemahiran memimpin, mempengaruhi, bercita-cita

tinggi serta mudah bekerjasama perlu dipupuk bagi menarik minat kakitangan untuk terus bermotivasi dalam meningkatkan produktiviti. Semangat kepimpinan sangat diperlukan oleh para kakitangan dari seorang bos kerana pada mereka bos merupakan idola mereka.

Analitikal Seorang bos yang baik seharusnya mempunyai

kemahiran menyelesaikan masalah kerana bos adalah sumber rujukan kakitangan terutamanya dalam penyelesaian masalah. Oleh itu, bos seharusnya mempunyai pemikiran lateral, manakala bagi kakitangan pula seharusnya mengenalpasti isu serta menyediakan pelan penyelesaian sebelum berbincang dengan bos dan ini akan mampu mencapai keputusan dengan menjimatkan masa serta meningkatkan produktiviti.

Page 3: Pengenalan - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/Buletin Julai... · Pengenalan . 2 BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018 ... Kaedah untuk mengenali perwatakan

3

BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018

Medium berkomunikasi dengan seseorang bos adalah bergantung kepada kaedah yang anda selesa. Melalui kaedah telefon, e-mel, sidang video, bersemuka secara perundingan dua hala atau mengadakan mesyuarat. Medium komunikasi ini penting bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan di antara bos dan anda serta dapat mengelakkan risiko yang timbul apabila berlaku gangguan dalam komunikasi tersebut. Antara risiko gangguan dalam komunikasi adalah apabila wujud salah tanggapan di antara bos dan kakitangan contohnya jika anda berfikir secara singkat iaitu tidak perlu menunjukkan kesungguhan mencapai prestasi kerja yang baik, sekadar dengan hanya mengampu atau menarik perhatian bos semata-mata. Perkara ini akan memberi kesan terhadap kakitangan yang cekap dalam organisasi sehingga mewujudkan ketidakselarasan dalam matlamat semangat kerja berpasukan.

Cara-cara Menangani Hubungan Bos dan Anda

Kaedah untuk mengenali perwatakan bos dan mempertingkatkan hubungan yang baik (dari aspek emosi, pemikiran dan tingkahlaku) boleh dilihat berdasarkan gaya kepimpinan mereka.

Bos Diktator

Perlu membina kepercayaan antara bos dan anda. Kebiasaanya perlu meminta izin sebelum

melakukan apa-apa tugasan.

Menjaga tahap prestasi kerja melalui pengemaskinian laporan kemajuan.

Anda seharusnya menunjukkan keikhlasan dan semangat kerja yang tinggi.

Bos Berkarisma

Bos yang menjadi sumber inspirasi melalui visi dan impian masa depan sesuatu organisasi.

Anda sebagai pekerja perlu bersemangat bagi memajukan organisasi.

Anda perlu menunjukkan kesetiaan kepada bos dan organisasi.

Bos Sebagai Sumber Rujukan

Seorang bos yang berminat untuk berkongsi dalam proses membuat keputusan.

Anda perlu berani memberikan pandangan yang bernas.

Sering memberikan sokongan dan pujian kepada bos.

Turut melibatkan bos dalam aktiviti di organisasi tersebut.

Bos Birokrasi

Apabila mengemukakan sebarang permohonan perlu secara rasmi.

Sentiasa mengemukakan cadangan kepada pihak bos dengan merujuk peraturan apabila perlu bagi membantu mereka membuat sebarang keputusan.

Menyimpan rekod bagi setiap tugasan.

Bos laissez-faire

Menunjukkan kebolehan bahawa anda boleh dipercayai untuk melaksanakan sesuatu tugasan menghantar e-mel untuk memberitahu bos tentang pencapaian anda.

Mendapatkan bantuan bos hanya apabila wujud kesulitan besar dalam organisasi. Tidak mengganggu bos dengan isu-isu organisasi yang remeh.

Kebiasaan pengurus, pemimpin atau lebih mesra dipanggil sebagai bos mempunyai tanggungjawab yang amat besar dan pelbagai tugas demi memastikan kemajuan serta perkembangan sesuatu organisasi. Bos yang hebat boleh merangsang prestasi kakitangan dengan lebih baik seperti memperbaiki kehidupan mereka iaitu dari aspek kepuasan kerja, beban kerja yang selaras dengan kemampuan atau potensi seseorang serta diiringi dengan penghargaan dan pengiktirafan terhadap kakitangan. Namun kerjasama yang erat antara bos dan kakitangan sangat penting bagi memastikan produktiviti dan perkembangan sesebuah organisasi.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/bos-dan-anda-perspektif-psikologi/

Page 4: Pengenalan - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/Buletin Julai... · Pengenalan . 2 BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018 ... Kaedah untuk mengenali perwatakan

4

BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018

Page 5: Pengenalan - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/Buletin Julai... · Pengenalan . 2 BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018 ... Kaedah untuk mengenali perwatakan

5

BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018

Page 6: Pengenalan - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/Buletin Julai... · Pengenalan . 2 BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018 ... Kaedah untuk mengenali perwatakan

6

BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018

PROGRAM PEMBANGUNAN RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (PRA AKRAB) TAHAP 2 TAHUN 2018

PADA 10 HINGGA 12 JULAI 2018 (SELASA HINGGA KHAMIS)

8.30 PAGI – 4.30 PETANG

BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA , ARAS 3, BLOK B1, KOMPLEKS JPM, PUTRAJAYA

Page 7: Pengenalan - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/Buletin Julai... · Pengenalan . 2 BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018 ... Kaedah untuk mengenali perwatakan

7

BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018

PROGRAM MEMPERKASA RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) - POSITIVE MIND SETTING JPM TAHUN 2018

18-20 JULAI 2018

INSTITUT PERGURUAN KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

Page 8: Pengenalan - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/Buletin Julai... · Pengenalan . 2 BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018 ... Kaedah untuk mengenali perwatakan

8

BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018

Temu Mesra Psikologi Bersama Ketua Jabatan

27 Ogos 2018 (Isnin)

Pejabat Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie

JKSM, Putrajaya

Page 9: Pengenalan - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/Buletin Julai... · Pengenalan . 2 BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018 ... Kaedah untuk mengenali perwatakan

9

BULETIN BIL. 4/ JULAI-OGOS 2018

Menghubungi Rakan Pembimbing Anda Bagi Warga JPM dan Agensi/ Jabatan Di Bawah JPM Sahaja

ENCIK AZMI B. IBRAHIM

JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA

(JAIM)

[email protected]

PUANSHAHARIAH BINTI MOHAMAD

SAH

BIUPA

[email protected]

PUAN NOR WAHIDA BINTI ABDUL

MUNTAK

BHEUU

[email protected]

ENCIK SIDEK BIN AHMAD

BHEUU

[email protected]

PUAN JOHANIZA BINTI JUHARI

JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA

(Mdi, WPKL)

[email protected]

PUAN HAZLINDA S BINTI MOHD ISA

JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA

(Mdi, Selangor)

[email protected]

PUAN NAZIAH BINTI MOHAMED

JABATAN BANTUAN GUAMAN (JBG)

[email protected]

ENCIK FARIS B. MAMAT

JABATAN BANTUAN GUAMA (JBG)

[email protected]

MOHD EZWANI BIN BAHAROM

BSM, JPM

[email protected]

PUAN FATIMAH BINTI MOHAMAD @

YOUSOF

BSM, JPM

[email protected]

PUAN ZARINA BINTI MOHAMED

BAH. AKAUN, JPM

[email protected]

ABD WAHAB BIN DUN

Jabatan Peguam Negara (AGC)

[email protected]

PUAN SHARIFAH HASCINDIE

BINTI SYED OMAR

Jabatan Peguam Negara (AGC)

[email protected]

ENCIK ROHAIZIT BIN ABDUL

RASHID

JAWHAR

[email protected]

PUAN CHE NORLIZA BINTI YAHYA

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

[email protected]

PUAN FAIZAH BINTI KASSIM

JABATAN PERANGKAAN

MALAYSIA

[email protected]

ENCIK MURID FADZLI BIN MUSA

JAWHAR

[email protected]

PUAN NORYATI BT. AHMAD

Mahkamah WPKL

[email protected]

PUAN ROSMAYATI BINTI JUMIN

MAHKAMAH PUTRAJAYA

[email protected]

ENCIK AMARENDRAN A/L

RAJARATNAM

BPH

[email protected]

PUAN ROZILAWATI BINTI MAMAT

@ AZIZ

BPH

[email protected]

ENCIK SYARIFUDDIN BIN PALAWA

KPKK

[email protected]

LT(PA) NORALIZA BT HAJI YUSUF

APM

[email protected]

SHALIZA BINTI AHMAD SHAAFFIE

1MOCC, MAMPU

[email protected]

MOHD. YEOZREE IZWAN BIN

DATUK JAMIL

SPR SABAH

[email protected]

ENCIK MOHD AZIMIN BIN CHE WIL

(ICU N.Sembilan)

[email protected]

PUAN NORWAHIDAH BINTI

BAHARUDDIN

ICU PUTRAJAYA

[email protected]

ABDUL HAZAN BIN JAMBANGAN

MKN)

[email protected]

PUAN FAIROJIBANU BINTI ZAINAL

ABIDIN

JPNIN

[email protected]

PUAN SUHAIRA BT. RAMLI

JPNIN

[email protected]

ENCIK MUHAMMAD MARZUKHI BIN

HASHIM

SPRM PUTRAJAYA

[email protected]

HARUSSANI BIN HAMZAH

SPRM PUTRAJAYA

[email protected]

PUAN FAZLIN BINTI NAIMAN

SPP PUTRAJAYA

[email protected]

PUAN NORASHIDAH BINTI MAT NOH

SERANTA (FELDA)

[email protected]

PUAN NORHANA BINTI SHABUDIN

PTGWP PUTRAJAYA

[email protected]

NORHAFIDA BINTI DARUS

ILKAP

[email protected]

MARYSIA MEJOR

PSUP SABAH

[email protected]

y

PUAN MERIAH BINTI IDRIS

LPKP Sarawak

[email protected]

PUAN FARIDAH BT. MOHAMAD

OTHMAN

PSUP SARAWAK

[email protected]

PUAN PELANGI BINTI HAJI SIDI

PSUP SARAWAK

[email protected]

PUAN SURIA BINTI SIDEK

BAHAGIAN PENYELIDIKAN

[email protected]

ENCIK MOHD. YEOZREE IZWAN BIN

DATUK JAMIL

SPR

[email protected]

ENCIK MOHAMMAD HADIL BIN

BERAHEM

SPR

[email protected]

ENCIK ZAINALDIN BIN MD NOR

ISTANA NEGARA

[email protected]

ENCIK RIKHAN B. AHMAT

JAWI

[email protected]

PUAN NADIA ZAMMIL BINTI MD

NASIR

JAWI

[email protected]

PUAN NAZATUL SHYMA HASSAN

SIAP

[email protected]

TN ABU BAKAR HJ MOHD DAUD

JKSM

[email protected]

Badrul Hisham Bin Abu Hani Ketua Pegawai Psikologi 03-8872 3488 [email protected]

Mohammed Kamal Bin Hj. Mohamed Yusoff Pegawai Psikologi Kanan 1 03-8872 1906 [email protected]

Siti Zubaidah Binti Othman Siru Pegawai Psikologi Kanan 4

03-8872 3499 [email protected]

Siti Norayu Binti Zakariah

Pembantu Tadbir

03-8872 3498

[email protected]

Hubungi Seksyen Pengurusan Psikologi (SPPsi) , Bahagian Sumber Manusia, JPM untuk sebarang pertanyaan :-