edisi dwi-mingguan 01 julai -16 julai 2015

Lensa eristiwa | edaran dalaman | JULAI 2015 | Kuala Kangsar Bandar Diraja Bandar Warisan Budaya Menarik Di Dalam P MAJLIS PERBANDARAN KUALA KANGSAR Dwi Mingguan

Upload: vuongduong

Post on 21-Jan-2017

247 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edisi Dwi-Mingguan 01 Julai -16 Julai 2015

Lensaeristiwa

| edaran dalaman | JULAI 2015 |

Kuala Kangsar Bandar DirajaBandar Warisan Budaya

Menarik Di Dalam

PMAJLIS PERBANDARAN KUALA KANGSAR

Dwi Mingguan

Page 2: Edisi Dwi-Mingguan 01 Julai -16 Julai 2015

YANG DIPERTUA MP KUALA KANGSAR

ISI KANDUNGAN02 Menteri KPDNKK melawat bazar Ramadhan Kuala Kangsar03 Pembentangan Projek iLorry AIPBT di Bahagian Kerajaan Tempatan, Suk Perak04 'Puasa Membentuk Peribadi Diri' oleh Al-Fadhil Uztas Harith Fadzilah Bin Abd. Halim (Timb. Pengarah JAIP)05 Perhimpunan Bulanan Jabatan Kesihatan Persekitaran06 Bengkel Penulisan Surat Rasmi & Dokumentasi Tahun 2015 oleh Musyi Ahmad Salehin Bin Shaari, Musyi Dewan Bahasa & Pustaka07 Gotong royong Bubur Lambuk08 Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Kuala Kangsar09 Lawatan YB Maslin Sham bersama YDP Majlis Perbandaran Kuala Kangsar ke Pasar Besar Kuala Kangsar10 Ucapan Salam Syawal 1436H

SHAHROM BIN DATO' ABDUL MALIK

Menteri KPDNKK melawat bazar Ramadhan Kuala Kangsar Jelajah Kembara Amal Perak

04JULAI

02Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek telah berkunjung ke bazar Ramadhan Arena Square Kuala Kangsar pada Program Meninjau Bazar Ramadan. Turut hadir bersama Yang Dipertua MPKK, Tuan. Shahrom bin Dato' Abd Malik.

Page 3: Edisi Dwi-Mingguan 01 Julai -16 Julai 2015

Pembentangan Projek iLorry AIPBT di Bahagian Kerajaan Tempatan, Suk Perak

06JULAI

03

'Puasa Membentuk Peribadi Diri' oleh Al-Fadhil Uztas Harith Fadzilah Bin Abd. Halim (Timb. Pengarah JAIP)

07JULAI

04Kumpulan Sahabat Inovasi MPKK telah membuat pembentangan projek inovasi bagi Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) di Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Perak dengan projek i-Lorry.

Berlangsung di Dewan Bendahara MPKK bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Jabatan Khidmat Pengurusan telah menganjurkan program muhasabah diri yang bertajuk "Puasa Membentuk Peribadi Diri". Ceramah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Harith Fadzilah bin Abdul Halim (Timb. Pengarah JAIP).

Page 4: Edisi Dwi-Mingguan 01 Julai -16 Julai 2015

Perhimpunan Bulanan Jabatan Kesihatan Persekitaran

07JULAI

05

Bengkel Penulisan Surat Rasmi & Dokumentasi Tahun 2015 oleh Munsyi Ahmad Salehin Bin Shaari, Munsyi Dewan Bahasa & Pustaka

08JULAI

06Perhimpunan bulanan MPKK telah dihoskan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran. Dihadiri oleh warga MPKK bertempat di Dewan Bendahara MPKK. Antara agenda perhimpunan ini adalah pemberian sumbangan sempena kelahiran cahaya mata dan kecemerlangan pelajaran anak-anak kakitangan oleh Kelab Sukan & Kesenian MPKK.

Menyedari betapa pentingnya kesempurnaan dalam penulisan surat dan dokumentasi, pihak pengurusan telah terpanggil untuk mengadakan bengkel pemahaman bagi menambah baik pengetahuan warga kerjanya.Disampaikan oleh Munsyi Tuan Ahmad Salehin bin Shaari, Munsyi Dewan Bahasa & Pustaka, bengkel ini bermatlamat memberi ilmu dan mengajar setiap warga kerja tentang kepekaan dan kesempurnaan dalam penulisan.

Page 5: Edisi Dwi-Mingguan 01 Julai -16 Julai 2015

13JULAI

07

Gotong royong Bubur Lambuk Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

14JULAI

08Berlangsung di perkarangan Wisma MPKK, Kelab Sukan & Kesenian MPKK telah menganjurkan program gotong royong memasak bubur lambuk bagi meraikan Ramadhan di samping mengikat tali silaturrahim sesama warga kerja.Tuan Shahrom bin Dato' Abd. Malik yang diiringi En. Ismail bin Ibrahim telah menyempurnakan sesi pemberian bubur lambuk kepada kakitangan MPKK juga pengedaran kepada komuniti Kuala Kangsar.

Bertempat di Masjid Al-Ghufraniah, Sungai Siput (U), Majlis Perbandaran Kuala Kangsar telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama warga kerja MPKK dan orang ramai. Majlis ini dihadiri oleh Yang Dipertua, Tuan. Shahrom bin Dato' Abd. Malik, Ahli-ahli Majlis, Ketua Jabatan, warga kerja serta penduduk setempat. Turut diadakan penyampaian sumbangan zakat, penyampaian bantuan sewa rumah serta penyampaian sumbangan wang kepada pihak pengurusan masjid.

Page 6: Edisi Dwi-Mingguan 01 Julai -16 Julai 2015

Tuan Shahrom bin Dato’ Abd. Malik

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Saudara Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah. Alhamdullilahirrabil'alamin, segala puji dan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana di atas rahmat serta keredhaanNya, sekali lagi kita dapat bertemu dengan bulan Syawal yang cukup mulia ini.Pada kesempatan ini, izinkan saya menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang saya kasihi.Kita raikan Syawal ini dengan suasana persaudaraan yang harmoni, saling bermaafan serta membersihkan jiwa dan hati.Marilah kita jadikan Syawal ini sebagai pemangkin semangat baharu untuk kita terus berkhidmat dengan lebih baik bagi menaikkan imej MPKK agar mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan yang diberikan kepada komuniti Kuala Kangsar Bandar Diraja, Bandar Warisan Budaya.Akhir sekali, saya dan isteri serta keluarga dengan seikhlas hati mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

16JULAI

09

Lawatan YB Maslin Sham bersama YDP Majlis Perbandaran Kuala Kangsar ke Pasar Besar Kuala Kangsar

10

UCAPAN SALAM SYAWAL 1436H

Page 7: Edisi Dwi-Mingguan 01 Julai -16 Julai 2015

Ybhg. Clr. Dato’ Hj. Megat Ahmad Shahrani bin Hj. Megat SharuddinSalam Syawal 1436 Hijrah. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan

batin kepada warga MPKK dan komuniti Kuala Kangsar.Dalam meraikan keriangan syawal ini, suka saya mengingatkan supaya kita bersama-sama menjaga kebersihan

Bandar Diraja ini agar kesejahteraannya kekal indah dan permai.

Clr Hamdan bin Mat SiatSalam Eidil Fitri diucapkan kepada Tuan YDP, Tuan S/Usaha MPKK, Ybhg. Dato'/ Tuan/Puan Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua

Jabatan dan seluruh warga kerja MPKK serta Muslimin dan Muslimat .Dalam kesempatan kita merayakan hari lebaran ini, marilah kita merayakan hari lebaran ini, marilah kita pertingkatkan

amalan dan tugas seharian kita kearah memartabatkan MPKK sebagai perbandaran yang memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi. Terima kasih.

Clr Noor lida bt Abdul HakimSelamat hari Raya Aidil Fitri 1436 Hijrah Ramadhan pergi Syawal kembali. Ampun dipinta maaf diberi

silaturahim eratkan lagi. Semoga gembira menyambut Aidilfitri kepada semua dari saya dan keluarga.

Clr Leong Thin MunSalam sejahtera Salam Perak Amanjaya dan Salam 1Malaysia. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut

Hari Raya Aidilfitri kepada bwarga MPKK dan Ahli Majlis yang beragama Islam.

Clr Hassan bin NgahSaya Clr Hassan, ingin mengucapkan selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada kaum Muslimin dan

Muslimat.

UCAPAN SALAM SYAWAL 1436H

12

En. Ismail bin Ibrahim

Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Syawal 1436 Hijrah menjelang tiba dan sekali lagi kita diperkenan oleh-Nya untuk menyambut dan meraikan bulan Syawal ini selepas sebulan kita berjuang mengawal nafsu di bulan Ramadhan.Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin di atas segala kekilafan tanpa disedari yang telah mengguris hati tanpa disedari.Justeru suka untuk saya mengingatkan agar warga kerja MPKK meningkatkan rasa kesyukuran dan memperkasakan hubungan silaturahim sesama anggota kerja kerana ia merupakan asas kepada pengukuhan sesebuah organisasi.Sambutlah Syawal ini dengan mengeratkan tali persaudaraan sesama Islam, kunjung mengunjung sanak saudara dan berhati-hatilah dijalanraya.Akhir kata, saya dengan rasa kerendahan hati bagi pihak diri, isteri, anak-anak dan seisi keluarga mengambil kesempatan ini memohon kemaafan zahir dan batin. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua. Amin.Bulan Ramadhan bulan yang mulia, disambut dengan hati yang gembira, kini Syawal semakin menjelma, tangan ku hulur maaf dipinta.

11

UCAPAN SALAM SYAWAL 1436H

Page 8: Edisi Dwi-Mingguan 01 Julai -16 Julai 2015

Clr Mohd Zamri bin Hj. SaludinSalam Aidilfitri penuh keikhlasan andai ada kekhilafan antara kita lantas terkasar bahasa, tersilap kata, terguris

rasa yang sering terjadi antara kita sebagai manusia biasa. Semoga Aidilfitri pada kali ini memberi 1001 erti buat kita semua.

En. Syed Muhamad Ikhwan bin Syed Zainal AbidinUcapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua warga kerja MPKK & Ahli-ahli Majlis MPKK.

Yang pulang ke kampung, berhati-hatilah dijalanraya dan selamat menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Pn. Aishah bt. Abd MalikUcapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga kerja MPKK.

En. Zahir bin SaadSelamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada Muslimin dan Muslimat warga MPKK (Kuala Kangsar &

Sungai Siput (U)). Mohon maaf dipinta sekiranya terdapat kata-kata yang mengguris hati.

Pn. Suhaiza binti SamsudinSelamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua tenaga kerja MPKK. Berhati-hati

dijalanraya, ingatlah orang yang disayangi. Semoga Syawal yang menjelma memberi seribu keberkatan kepada kita semua.

13

Pn. Zalihah bt. Itam AhmadSelamat Hari Raya buat teman-teman tersayang dan selamat menyambut Syawal yang akan menjelang tiba.

Tangan dihulur maaf dipinta, erat hubungan sesama kota, semoga gembira dihari yang mulia ini, salah dan silap harap dimaafkan.

En. Othman bin Mat SaniSelamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga kerja MPKK terutama kepada kakitangan Bahagian Komuniti dan

Khidmat Pelanggan yang banyak membantu saya. Maaf zahir dan Batin.

En. Mohamad Zaidi bin Ahmad ZamaniDengan ucapan tulus ikhlas, mewakili Bahagian Penguatkuasaan MPKK mengucapkan selamat menyambut

Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada warga kerja MPKK yang diingati khususnya dan seluruh warga Kuala Kangsar. Salam Aidilfitri.

En. Mohd Murad bin Hj. Mat IsaSelamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin keada semua warga MPKK. Semoga dipertemukan kita

semua di Ramadhan dan Syawal yang akan datang. Insya-Allah.

En. Jamilee bin BaharumSelamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Semoga doa kita diperkenankan Allah SWT dan sihat sejahtera

hendaknya. Ya Allah kurniakanlah segala Rahmat & Hidayah Mu kepada kami pada Hari Raya.

14

UCAPAN SALAM SYAWAL 1436H

UCAPAN SALAM SYAWAL 1436H