buletin julai - sep 2014

8
Buletin Unit Keusahawanan Julai – Sept 2014 SIMPOSIUM PEMBANGUNAN USAHAWAN TANI 2014 (SiPUT2014) DEWAN KULIAH UTAMA, POLITEKNIK NILAI, N. SEMBILAN 8 JULAI 2014 Tujuan Simposium ini diadakan untuk memberi pendedahan dan pembudayaan keusahawanan dalam bidang pertanian kepada para pelajar politeknik. Program ini juga telah dijayakan bersama Politeknik Port Dickson, N. Sembilan. Seramai 183 pelajar telah terlibat. Penceramah terdiri daripada Pegawai MARDI, Dr Mohamad Kamal Bin Abdul Kadir. Pengusaha Usahawan Tani turut berkongsi pengalaman: En. Mohd Sidek Bin Osman dan En. Ady Rendra Bin Samuri; Pengusaha Fertigasi Pn. Norfadzilah Binti Mohd Zaidi; Pengusaha Kelulut.

Upload: haphuc

Post on 17-Jan-2017

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Buletin Unit Keusahawanan Julai – Sept 2014

SIMPOSIUM PEMBANGUNAN USAHAWAN TANI 2014 (SiPUT2014)

DEWAN KULIAH UTAMA, POLITEKNIK NILAI, N. SEMBILAN

8 JULAI 2014

Tujuan Simposium ini diadakan untuk memberi pendedahan dan pembudayaan keusahawanan

dalam bidang pertanian kepada para pelajar politeknik. Program ini juga telah dijayakan bersama

Politeknik Port Dickson, N. Sembilan. Seramai 183 pelajar telah terlibat.

Penceramah terdiri daripada Pegawai MARDI, Dr Mohamad Kamal Bin Abdul Kadir.

Pengusaha Usahawan Tani turut berkongsi pengalaman:

En. Mohd Sidek Bin Osman dan En. Ady Rendra Bin Samuri; Pengusaha Fertigasi

Pn. Norfadzilah Binti Mohd Zaidi; Pengusaha Kelulut.

Seramai 43 pelajar PNS

telah menghadiri program

ini bersama pensyarah

pengiring, Puan Nurulazila

Binti Omor.

Tujuan Biztalk 2014 adalah

untuk memberi

pendedahan dan

perkongsian ilmu di antara

usahawan muda

bimbingan MARDI dengan

generasi muda yang

berminat menceburi

bidang pertanian sebagai

kerjaya.

BIZTALK 2014 AUDITORIUM,

IBUPEJABAT MARDI, SERDANG

12 OGOS 2014

MALAYSIA SME’S CONGRESS

EVOLUTION 2014

SETIA CITY CONVENTION CENTRE (SCCC) SHAH ALAM, SELANGOR

15 OGOS 2015

41 pelajar telah mengikuti

program ini. Program ini

menjemput penceramah seperti

Dr Soraya Rahim Ismail

pengusaha Boost Juice Malaysia

& Singapura serta En. T.T. Teoh,

CEO Top Technologies (M) Sdn.

Bhd. En. Teoh merupakan

graduan Politeknik yang telah

berjaya dalam bidang

keusahawanan.

Selain daripada itu pengusaha-

pengusaha muda yang

menjalankan perniagaan restoran

dan pakaian sukan telah turut

berkongsi pengalaman.

Perjalanan sebagai usahawan

memerlukan seseorang yang

tabah dan tidak mudah putus asa.

PROGRAM GERAK USAHAWAN DAN

ENTREPRENEURSHIP RACE POLITEKNIK MALAYSIA KPM

2014 TAMAN RAMPAH, MELAKA

5 – 7 SEPT 2014

Penyertaan Politeknik Nilai, Negeri

Sembilan dalam Entrepreneurship

Race telah menyaksikan PNS

mendapat tempat ke lima dalam

pertandingan tersebut. Pelajar yang

mengambil bahagian terdiri daripada

Muhammad Syafiq B. Harun, Nurul

Hafeza Binti Abu Seman, Mohd Iman

Bin Jalil, Muhamad Aris Bin Amran

dan Shamsinar Bt Baharuddin.

Peserta telah diuji strategi

pemasaran serta pembentangan

hasil jualan selama 2 hari. Ketabahan

dan kemahiran menyelesaikan

masalah telah diuji semasa

berlangsungnya program ini. Pelajar

telah diiringi oleh En. Asseri Bin

Abdul Majid.

POLYTECHNIC

ENTREPRENEURSHIP

AWARD

(PEA 2014)

20 SEPT 2014

EQUATORIAL HOTEL MELAKA

Politeknik Nilai, Negeri Sembilan

telah menyertai 4 kategori iaitu:

1. Usahawan Kampus

Politeknik

2. Graduan Usahawan

Politeknik

3. Mentor Usahawan

Terbaik

4. Politeknik Terbaik dalam

Keusahawanan

Kategori Graduan Usahawan

Politeknik telah dijuarai oleh MUHAMMAD AFIQ BIN MOHAMAD

yang mengusahakan Afiq Tech

Computer. Tahniah diucapkan!

Bagi kategori Mentor Usahawan

Terbaik pula diwakili oleh Puan

Suraya Binti Abdul Warif yang

telah berjaya ke peringkat akhir.

Usahawan Kampus Politeknik

diwakili oleh DELORIA SHANISKA

BINTI RAZIN C.H. YAP.

Program Pengantarabangsaan Keusahawanan

Pelajar Politeknik 2014 ke Ho Chi Minh City,

Vietnam telah dianjurkan oleh Politeknik Sultan

Salahuddun Abdul Aziz dengan kerjasama

Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian

Politeknik.

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk

memberi peluang kepada pelajar Politeknik

Malaysia untuk mencari peluang keusahawaan

baharu dan juga memperlajari cara peniaga

berniaga di sana.

Program ini telah berlangsung pada 24 September

hingga 26 September 2014. Seramai 20 orang

pelajar Politeknik Malaysia telah menyertai

program ini. Peserta-peserta program ini terdiri

daripada 4 Politeknik iaitu Politeknik Sultan

Salahuddun Abdul Aziz, Politeknik Nilai, Politeknik

Port Dickson dan juga Politeknik Jeli. Program ini

telah diketuai oleh 2 orang pensyarah dan juga

seorang pemandu pelancong.

Politeknik Nilai telah menghantar seramai 4 orang

peserta. Peserta yang terlibat ialah Lim Shu Fang

dan Siti Fatimah Binti Abduraman dari Jabatan

Agroteknologi dan Bio-Industri, Mohamad

Azamuddin Bin Mohd Izad dari Jabatan

Kejuruteraan Mekanikal dan Abdul Halim Bin

Hamzah dari Jabatan Perdagangan.

Program ini memberi banyak manfaat kepada

peserta program. Pelajar telah mempelajari

tatacara perniagaan peniaga dari negara ini yang

mementingkan keperluan pelanggan. Contohnya

pakaian pelanggan yang ditempah boleh disiapkan

sebelum berangkat pulang. Selain daripada itu

pelajar juga memperoleh ilmu dan pengalaman

mengenai budaya tempatan.

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN KEUSAHAWANAN PELAJAR POLITEKNIK 2014

KE HO CHI MINH CITY, VIETNAM

24, 25 DAN 26 SEPT 2014

PEMERAN DAN JUALAN

KARNIVAL KEUSAHAWANAN

KERJAYA GRADUAN (K3G)

UNIVERSITI MALAYA 2014

26 – 28 SEPT 2014 Inkubator NFT Salad telah menyertai pameran dan jualan sempena K3G Universiti Malaya. Penyertaan adalah bertujuan untuk mempromosikan projek keusahawanan PNS di kalangan IPTA, mendedahkan pelajar dengan ilmu keusahawanan dan keperluan kerjaya serta mendedahkan pelajar dalam bidang pengurusan perniagaan supaya mempunyai daya saing yang tinggi untuk menjadi lebih maju. Seramai 8 pelajar terlibat dengan diiringi 2 pensyarah pengiring.