buletin jss julai 2010

2
JABATAN SAINS SOSIAL, FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN, UPMKB, PETI SURAT 396, 97008 BINTULU, SARAWAK, MALAYSIA. TEL: 086-855211/5212 FAKS: 086-855270 WEBSITE: www.btu.upm.edu.my UNTUK EDARAN DALAMAN SAHAJA JULAI 2010/Bil. 5 JSS/FSPM/UPMKB Editorial Advisor Dr. Aryaty Alwie Coordinator Ahmad Nasir Mohd Yusoff Secretary Salmah Omar Chief Editor Najihah Abdul Mutalib Editors Dr. Aryaty Alwie Fakhzan Buang Joyce Morris Kapong Salmah Omar Shafinah Kamarudin Peter Clarence Cluny Photographer Fakhzan Buang Promotional Dr. Adrian Daud Designers Ramuni Incham Malisah Latip Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Cats average 16 hours of sleep a day, more than any other mammal. Catch a man a fish, and you can sell it to him. Teach a man to fish, and you ruin a wonderful business opportunity. Source:http://quotations.about.com Assalamualaikum W.T.B., dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani; Selawat dan Salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. TAHNIAH kepada anda kerana telah menjadi siswa dan siswi Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak (UPMKB) serta menjadi sebahagian daripada warga Jabatan Sains Sosial (JSS). Anda adalah insan yang bertuah kerana daripada 96,736 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang layak memohon universiti, anda merupakan salah seorang dari kalangan 65,011 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditawarkan tempat di universiti awam. Renungkanlah, betapa bertuahnya anda berbanding rakan- rakan yang lain yang mungkin mempunyai impian yang sama tetapi tidak mendapat peluang seperti anda. Apabila anda menda- pat surat tawaran, lihatlah betapa gembiranya ibu bapa kerana anda berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, apakah janji anda kepada kedua ibu bapa anda pada masa itu? Sudah tentu anda akan berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjaga nama baik sendiri dan keluarga masing-masing. Sama ada janji itu dilafazkan ataupun tidak dilafaz- kan, maka berpeganglah pada janji itu, nescaya ia akan membimbing anda sepan- jang anda bergelar seorang pelajar. Diploma Perniagaantani (DPNT) merupakan program pertama yang ditawarkan oleh JSS. Adalah menjadi harapan pihak JSS untuk melihat DPNT menjadi satu jenama yang menggambarkan kecemerlangan akademik dan juga sahsiah. Untuk ke arah itu, pelajar DPNT hendaklah melibatkan diri secara aktif dan cemerlang dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kampus. Di samping itu, para pelajar hendaklah mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi dan juga etika profe- sional yang unggul. Harapan ini tidak akan menjadi kenyataan jika pelajar itu sendiri tidak mempunyai matlamat yang sama. Oleh itu, bersamalah kita membina satu jenama kecemerlangan dengan mempamerkan ciri kepimpinan dan profesional yang unggul. Setelah menjadi pelajar di UPMKB, perubahan persekitaran terutama cara belajar dan per- gaulan pasti akan memberi kesan mendalam terhadap kehidupan anda sebagai seorang pelajar, carilah rakan yang boleh membawa anda ke arah kejayaan bukannya ke arah kehancuran. Selain penekanan prestasi akademik, UPMKB juga amat menitik berat kepada kemahiran insaniah iaitu kemahiran yang menjadi nilai tambah kepada para pelajar UPMKB Sepanjang pengajian di UPMKB ini, ambillah peluang untuk aktif dalam aktiviti akademik dan juga kegiatan luar seperti persatuan, sukan dan juga aktiviti khidmat masyarakat yang secara tidak lang- sung akan meningkatkan kemahiran insaniah pelajar. Sentiasa menjaga etika sebagai pelajar, menghormati para pensyarah dan juga semua staf yang lain agar pengalaman di UPMKB ini nanti akan menjadi satu pengala- man yang menyeronokkan. Akhir sekali, hayatilah kata-kata hikmah dari Aristotle (384BC–322BC) yang berbunyi “With regard to excellence, it is not enough to know, but we must try to have and use it”. Selamat Maju Jaya dan terapkan budaya kecemerlangan sebagai matlamat diri. Sekian, terima kasih. Dr. Aryaty Alwie Ketua Jabatan Jabatan Sains Sosial Source:www.corsinet.com Kejayaan di universiti bergantung kepada banyak perkara dan kecemerlan- gan akademik merupakan salah satu daripadanya. Tidak dinafikan bahawa seorang pelajar yang cemerlang di sekolah akan meneruskan kecemerlangan tersebut di peringkat universiti. Namun kejayaan akademik di peringkat sekolah tidak semestinya akan menjamin kejayaan akademik seorang pelajar di peringkat universiti. Ini adalah kerana gred yang diperolehi di peringkat sekolah seperti dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dinilaikan berdasarkan satu siri peperiksaan sahaja manakala pelajar akan dinilai sepanjang tempoh pengajian di universiti. Ini bermakna gred yang diperolehi di peringkat universiti adalah berdasarkan prestasi pelajar di sepanjang tempoh penga- jian. Contohnya, untuk satu semester, pelajar akan dinilaikan sepanjang semester tersebut. Pembelajaran di peringkat universiti memerlukan pelajar sentiasa konsisten. Ini berbeza dengan di peringkat sekolah kerana pelajar hanya perlu menduduki SPM sahaja. Anda tidak berpeluang untuk menunggu sehingga peperiksaan akhir contohnya kerana anda akan dinilai sepanjang semester tersebut dan gred yang anda perolehi dalam sesuatu kursus adalah berdasarkan banyak perkara seperti tugasan, kuiz, projek, peperiksaan dan lain-lain yang dilakukan di sepanjang semester. Komitmen dari pelajar adalah sangat penting, baik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Disiplin merupakan isu yang penting untuk berjaya di universiti. Ini adalah kerana pelajar adalah agak “bebas” di universiti jika dibandingkan di peringkat sekolah. Kebebasan ini kadang-kadang menye- babkan seorang pelajar leka dan hilang tumpuan. Pengurusan masa yang baik adalah penting terutamanya semasa menghadapi ujian/peperiksaan. Teknik belajar seperti sentiasa mengulang kaji, membuat persiapan awal sebelum kuliah dan sering berbincang dengan rakan-rakan dan pensyarah dapat membantu seseorang pelajar untuk berjaya. Penggunaan perpustakaan dalam pembelajaran seharusnya menjadi satu tabiat kepada pelajar. Pelajar perlu mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan pensyarah jika mengha- dapi masalah tentang pembelajaran. Kelas yang bersaiz besar menyukarkan pensyarah untuk mengenali pelajar, maka pelajar seharusnya mengambil inisiatif untuk memastikan pensyarah mengenalinya. Sering berjumpa dengan pensyarah atau bertanya soalan semasa kuliah sangat digalakkan dan ini juga memberi mesej kepada pensyarah bahawa pelajar tersebut berminat untuk belajar. Membenci pensyarah secara langsung menyebabkan pelajar tidak berminat untuk belajar, maka sebaik-baiknya elakkan perkara tersebut supaya pembelajaran di universiti menjadi satu pengalaman yang menyer- onokkan. Sikap pelajar merupakan faktor yang sangat penting dalam menen- tukan kecemerlangan akademik di universiti. Adrian D. TEKNIK PEMBELAJARAN DI UNIVERSITI EDISI KHAS Fun with English Why did the chicken cross the road? KINDERGARTEN TEACHER: To get to the other side. SADDAM HUSSEIN: This was an unpro- voked act of rebellion and we were quite justified in dropping 50 tons of nerve gas on it. CAPTAIN JAMES T. KIRK: To boldly go where no chicken has gone before. MOSES: And God came down from the Heavens, and He said unto the chicken, "Thou shalt cross the road." And the chicken crossed the road, and there was much rejoicing. BILL GATES: I have just released the new Chicken Office 2010, which will not only cross roads, but will lay eggs, file your important documents, and balance your check book. COLONEL SANDERS: I missed one? Source:http://jokes4teachers.com/J0016.php -JMK- Karl Marx SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BAHARU 2010/2011

Upload: shafinah-kamarudin

Post on 31-Mar-2016

274 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Buletin untuk bulan Julai 2010

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin JSS Julai 2010

JABATAN SAINS SOSIAL, FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN, UPMKB, PETI SURAT 396, 97008 BINTULU, SARAWAK, MALAYSIA. TEL: 086-855211/5212 FAKS: 086-855270 WEBSITE: www.btu.upm.edu.my

UNTUK EDARAN DALAMAN SAHAJA JULAI 2010/Bil. 5 JSS/FSPM/UPMKB

Editorial Advisor Dr. Aryaty Alwie

Coordinator Ahmad Nasir Mohd Yusoff

Secretary Salmah Omar

Chief Editor Najihah Abdul Mutalib

Editors Dr. Aryaty Alwie

Fakhzan Buang

Joyce Morris Kapong

Salmah Omar

Shafinah Kamarudin

Peter Clarence Cluny

Photographer Fakhzan Buang

Promotional Dr. Adrian Daud

Designers

Ramuni Incham

Malisah Latip

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Cats average 16 hours of sleep a day, more than

any other mammal.

Catch a man a fish, and you can sell it to him. Teach a man to fish, and you ruin a wonderful business opportunity.

Source:http://quotations.about.com

Assalamualaikum W.T.B., dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani; Selawat dan Salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

TAHNIAH kepada anda kerana telah menjadi siswa dan siswi Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak (UPMKB) serta menjadi sebahagian daripada warga Jabatan Sains Sosial (JSS). Anda adalah insan yang bertuah kerana daripada 96,736 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang layak memohon universiti, anda merupakan salah seorang dari kalangan 65,011 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditawarkan tempat di universiti awam. Renungkanlah, betapa bertuahnya anda berbanding rakan-rakan yang lain yang mungkin mempunyai impian yang sama tetapi tidak mendapat peluang seperti anda. Apabila anda menda-pat surat tawaran, lihatlah betapa gembiranya ibu bapa kerana anda berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, apakah janji anda kepada kedua ibu bapa anda pada masa itu? Sudah tentu anda akan berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjaga nama baik sendiri dan keluarga masing-masing. Sama ada janji itu dilafazkan ataupun tidak dilafaz-kan, maka berpeganglah pada janji itu, nescaya ia akan membimbing anda sepan-jang anda bergelar seorang pelajar.

Diploma Perniagaantani (DPNT) merupakan program pertama yang ditawarkan oleh JSS. Adalah menjadi harapan pihak JSS untuk melihat DPNT menjadi satu jenama yang menggambarkan kecemerlangan akademik dan juga sahsiah. Untuk ke arah itu, pelajar DPNT hendaklah melibatkan diri secara aktif dan cemerlang dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kampus. Di samping itu, para pelajar hendaklah mempunyai ciri

kepimpinan yang tinggi dan juga etika profe-sional yang unggul. Harapan ini tidak akan menjadi kenyataan jika pelajar itu sendiri tidak mempunyai matlamat yang sama. Oleh itu, bersamalah kita membina satu jenama kecemerlangan dengan mempamerkan ciri kepimpinan dan profesional yang unggul.

Setelah menjadi pelajar di UPMKB, perubahan persekitaran terutama cara belajar dan per-gaulan pasti akan memberi kesan mendalam terhadap kehidupan anda sebagai seorang pelajar, carilah rakan yang boleh membawa anda ke arah kejayaan bukannya ke arah kehancuran. Selain penekanan prestasi akademik, UPMKB juga amat menitik berat kepada kemahiran insaniah iaitu kemahiran yang menjadi nilai tambah kepada para pelajar UPMKB Sepanjang pengajian di UPMKB ini, ambillah peluang untuk aktif dalam aktiviti akademik dan juga kegiatan luar seperti persatuan, sukan dan juga aktiviti khidmat masyarakat yang secara tidak lang-sung akan meningkatkan kemahiran insaniah pelajar. Sentiasa menjaga etika sebagai pelajar, menghormati para pensyarah dan juga semua staf yang lain agar pengalaman di UPMKB ini nanti akan menjadi satu pengala-man yang menyeronokkan. Akhir sekali, hayatilah kata-kata hikmah dari Aristotle (384BC–322BC) yang berbunyi “With regard to excellence, it is not enough to know, but we must try to have and use it”. Selamat Maju Jaya dan terapkan budaya kecemerlangan sebagai matlamat diri. Sekian, terima kasih.

Dr. Aryaty Alwie Ketua Jabatan

Jabatan Sains Sosial Source:www.corsinet.com

Kejayaan di universiti bergantung kepada banyak perkara dan kecemerlan-gan akademik merupakan salah satu daripadanya. Tidak dinafikan bahawa seorang pelajar yang cemerlang di sekolah akan meneruskan kecemerlangan tersebut di peringkat universiti. Namun kejayaan akademik di peringkat sekolah tidak semestinya akan menjamin kejayaan akademik seorang pelajar di peringkat universiti. Ini adalah kerana gred yang diperolehi di peringkat sekolah seperti dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dinilaikan berdasarkan satu siri peperiksaan sahaja manakala pelajar akan dinilai sepanjang tempoh pengajian di universiti. Ini bermakna gred yang diperolehi di peringkat universiti adalah berdasarkan prestasi pelajar di sepanjang tempoh penga-jian. Contohnya, untuk satu semester, pelajar akan dinilaikan sepanjang semester tersebut. Pembelajaran di peringkat universiti memerlukan pelajar sentiasa konsisten. Ini berbeza dengan di peringkat sekolah kerana pelajar hanya perlu menduduki SPM sahaja. Anda tidak berpeluang untuk menunggu sehingga peperiksaan akhir contohnya kerana anda akan dinilai sepanjang semester tersebut dan gred yang anda perolehi dalam sesuatu kursus adalah berdasarkan banyak perkara seperti tugasan, kuiz, projek, peperiksaan dan lain-lain yang dilakukan di sepanjang semester. Komitmen dari pelajar adalah sangat penting, baik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Disiplin merupakan isu yang penting untuk berjaya di

universiti. Ini adalah kerana pelajar adalah agak “bebas” di universiti jika dibandingkan di peringkat sekolah. Kebebasan ini kadang-kadang menye-babkan seorang pelajar leka dan hilang tumpuan. Pengurusan masa yang baik adalah penting terutamanya semasa menghadapi ujian/peperiksaan. Teknik belajar seperti sentiasa mengulang kaji, membuat persiapan awal sebelum kuliah dan sering berbincang dengan rakan-rakan dan pensyarah dapat membantu seseorang pelajar untuk berjaya. Penggunaan perpustakaan dalam pembelajaran seharusnya menjadi satu tabiat kepada pelajar. Pelajar perlu mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan pensyarah jika mengha-dapi masalah tentang pembelajaran. Kelas yang bersaiz besar menyukarkan pensyarah untuk mengenali pelajar, maka pelajar seharusnya mengambil inisiatif untuk memastikan pensyarah mengenalinya. Sering berjumpa dengan pensyarah atau bertanya soalan semasa kuliah sangat digalakkan dan ini juga memberi mesej kepada pensyarah bahawa pelajar tersebut berminat untuk belajar. Membenci pensyarah secara langsung menyebabkan pelajar tidak berminat untuk belajar, maka sebaik-baiknya elakkan perkara tersebut supaya pembelajaran di universiti menjadi satu pengalaman yang menyer-onokkan. Sikap pelajar merupakan faktor yang sangat penting dalam menen-tukan kecemerlangan akademik di universiti.

Adrian D.

TEKNIK PEMBELAJARAN DI UNIVERSITI

EDISI KHAS

Fun with English

Why did the chicken cross the road? KINDERGARTEN TEACHER: To get to the other side. SADDAM HUSSEIN: This was an unpro-voked act of rebellion and we were quite justified in dropping 50 tons of nerve gas on it. CAPTAIN JAMES T. KIRK: To boldly go where no chicken has gone before. MOSES: And God came down from the Heavens, and He said unto the chicken, "Thou shalt cross the road." And the chicken crossed the road, and there was much rejoicing. BILL GATES: I have just released the new Chicken Office 2010, which will not only cross roads, but will lay eggs, file your important documents, and balance your check book. COLONEL SANDERS: I missed one?

Source:http://jokes4teachers.com/J0016.php -JMK-

Karl Marx

SELAMAT DATANG KEPADA

PELAJAR BAHARU 2010/2011

Page 2: Buletin JSS Julai 2010

JABATAN SAINS SOSIAL, FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN, UPMKB, PETI SURAT 396, 97008 BINTULU, SARAWAK, MALAYSIA. TEL: 086-855211/5212 FAKS: 086-855270 WEBSITE: www.btu.upm.edu.my

HAK CIPTA TERPELIHARA

ETIKA PENAMPILAN SISWA SISWI UPM

Announcements

-JMK-

Source: http://www.oxymoronlist.com/

HAPPY BIRTHDAY TO: Najihah Abdul Mutalib, 3 July

Congratulations

Buletin JSS juga boleh dicapai melalui facebook Social Science Department, UPMKB (group)

1. Setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai sebagai seorang pelajar Univer-siti dengan menunjukkan kekemasan, kerapian, keceriaan dan kesopanan dalam berpakaian.

2. Pelajar diwajibkan berpakaian SOPAN (baju kemeja, T-berkolar, berkasut, berse-luar panjang, berskirt panjang di bawah lutut).

3. Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang ketat dan mempamerkan susuk tubuh, mendedahkan tubuh badan, menjolok mata dan memakai penutup muka seperti berikut :

Berbaju T tanpa kolar Berbaju tanpa lengan Berseluar/berskirt ketat Berselipar Berpurdah Berseluar jeans lusuh Bertindik bagi lelaki dan keterlaluan bagi perempuan

4. Berskirt di atas paras lutut atau berseluar pendek. 5. Semasa berurusan rasmi atau berada di dewan kuliah pelajar tidak dibenarkan

memakai topi atau bandana kecuali semasa aktiviti riadah. 6. Pelajar Lelaki tidak dibenarkan berpakaian menyerupai wanita dan sebaliknya. 7. Semua pelajar DIWAJIBKAN MEMAKAI KAD MATRIK semasa berada di dalam

kampus. Kad matrik mestilah dipakai dan dipamerkan di bahagian hadapan paras dada.

8. Pelajar hendaklah sentiasa berambut kemas dan rapi. 9. Pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang. 10.Berfesyen rambut keterlaluan bagi lelaki dan perempuan adalah dilarang.

Petikan dari laman web Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM

-FzaN-

Bengkel LOKI, 2 Julai 2010 Pendaftaran Pelajar Baharu, 3-4

Julai 2010 Minggu Perkasa Putra, 5-10

Julai 2010 Taklimat Jabatan, 7 Julai 2010 Minggu Kuliah bermula, 12 Julai

2010 Starting School, 17-18 Julai

2010 Israk dan Mikraj, 10 Julai 2010

We wish you Good Luck in your future studies:

Abdul Halim Abdul Kadir Ismawati Sharkawi

Ribka Alan

E tika (Etimologi), berasal dari bahasa Yunani “Ethos”, yang bererti watak kesusilaan atau adat kebiasaan

(custom) . Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan satu istilah daripada bahasa Latin, iaitu “Mos” dan dalam bentuk jamaknya “Mores”, yang bererti adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghin-dari perbuatan yang tidak baik.

Seorang pelajar terikat dengan etika yang baik. Etika atau perbuatan baik ini boleh dibahagi kepada 3 bahagian, iaitu berbuat baik:

kepada pelajar lain kepada pensyarah/pengajar kepada kakitangan lain

Etika Sesama Pelajar

Seorang pelajar hendaklah menghormati pelajar lain sama ada yang baru mahupun pelajar senior. Ini boleh dilakukan dengan menghindarkan diri daripada sebarang pergaduhan, berbuat bising atau melakukan perkara yang mendatangkan kemudaratan kepada pelajar lain. Dengan adanya suasana persekitaran yang baik, proses pembelajaran akan menjadi lebih ceria dan mudah.

Etika Terhadap Pensyarah

Pensyarah adalah individu yang memberi ilmu kepada pela-

jar. Adalah penting untuk pelajar menghormati para pen-syarah dengan cara memberi salam setiap kali berjumpa, mendengar nasihat dan arahan yang diberi dan menyiapkan segala tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sentiasa mengikut arahan pen-syarah dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab.

Etika Terhadap Kakitangan Lain

Walaupun kakitangan lain universiti tidak terlibat secara langsung dalam pengajaran, namun tugas yang mereka laksanakan mampu menyumbang ke arah suasana pembela-jaran yang kondusif. Oleh itu, pelajar perlu menghormati mereka kerana ianya mencerminkan etika pelajar terhadap orang lain. Pelajar boleh membantu kakitangan universiti dengan menjaga kebersihan persekitaran universiti. Selain itu, pelajar perlu menjaga keselamatan harta benda univer-siti. Contohnya, memastikan buku yang dipinjam daripada perpustakaan berada dalam keadaan baik dan menggunakan komputer serta peralatan lain secara berhemah.

Kesimpulannya, kejayaan pelajar tidak hanya diukur dengan kemampuan akademik semata-mata tetapi etika yang tinggi dapat meningkatkan kualiti seseorang pelajar. Bersamalah kita mempamerkan persekitaran yang beretika dan hidup dalam masyarakat yang bertamadun. Aryaty A.

ADVANCE vs. ADVANCED When you hear about something in advance, you get notice or information ahead of time. Advance also means to move forward or to make progress. Advance can also function as adjective, as in the case of “an advance payment”, which means payment made ahead of time/before hand. When you say something is advanced, it means “complex or sophisticated” and should not be confused with the past tense form of “advance”. Note: We often see advertisements use “Advance Level”, which should be “Advanced Level”.

ALPHABET A, B and C are called letters of the alphabet, NOT alphabets. Alphabet is a character set that includes letters and is used to write a language.

AWHILE vs. A WHILE When “awhile” is spelled as a single word, it is an adverb meaning “for a time” (“stay awhile”); but when “while” is the object of a prepositional phrase, like “Lend me your monkey wrench for a while” the “while” must be separated from the “a.” (But if the preposition “for” were lacking in this sentence, “awhile” could be used in this way: “Lend me your monkey wrench awhile.”)

BACKUP vs. BACK UP To “back up” is an activity; “back up your com-puter regularly”; “back up the truck to the garden plot and unload the compost.” A “backup” is a thing: “keep your backup copies in a safe place.” Other examples: a traffic backup, sewage backup, backup plan, backup forces.

COMPLEMENT vs. COMPLIMENT Most of the time the word people intend is “compliment”: nice things said about someone or praise. Complement, on the other hands, means supple-ment each other or making something complete.

COMMON ERRORS IN ENGLISH USAGE – PART 1