e-buletin kkm - moh.gov.my kkm/2018/e-buletin_julai... · e-buletin kkm kami sedia memb antu...
TRANSCRIPT
E-BULETIN KKMk a m i s e d i a m e m b a n t u
penyayang profesionalisme
www.moh.gov.my
kerja berpasukanedisi julai 2018
Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Kebangsaan 2018-YBMK m/s 1
Majlis Perasmian 3rd Asian DengueSummit 2018-YBTMK m/s 6
2nd Langkawi Arthroplasty Knee Update(LAKU) 2018-KSU
Majlis Pelancaran Garis PanduanSafe Surgery Saves Live Programme m/s 4
m/s 3
YB Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah turun padang bersama-sama komuniti Pangsapuri Warnasari Bandar Puncak Alam dalam Program Gotong-Royong
Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Kebangsaan 2018. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha (KSU), YBhg. Dato’ Dr. Chong Chee Kheong, TKPK (KA) dan YBhg. Dato’ Dr. Khalid Ibrahim, Pengarah JKN Selangor. Program tersebut bertujuan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes dan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kebersihan di kediaman dan bahaya nyamuk Aedes. YBMK optimis bahawa program gotong-royong tersebut dapat diperkasakan lagi dengan
merancakkan penubuhan COMBI di seluruh negara serta meningkatkan penglibatan ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), jawatankuasa persatuan penduduk, sekolah-sekolah dan juga msyarakat setempat. YBMK berharap rakyat Malaysia sentiasa peka terhadap kebersihan kediaman dan meluangkan masa 10 minit untuk menghapuskan tempat-tempat pembikan nyamuk Aedes.
EDISi JULAI 2018
E-BULETIN KKM 01
Tarikh: 28 Julai 2018Tempat: Shah Alam, Selangor
program gotong-royong megaperangi aedes 1.0 peringkat kebangsaan 2018
YB Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan telah telah melaporkan diri ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari pertama di Putrajaya Kompleks E.
Turut hadir bersama untuk menjemput kedatangan YB Timbalan Menteri ialah YBhg. Dato’ Hasnol Zam Zam bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan (TKSUP), YBhg. Dato’ Mohd Shafiq Bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan (TKSUK), YBhg. Datuk Dr. Shahnaz bin Murad TKPK (P&ST) dan ahli-ahli pengurusan Tertinggi KKM. YB Timbalan Menteri telah menyatakan beliau berharap dapat bekerjasama dengan dengan semua warga kerja KKM untuk meningkatkan sistem penjagaan kesihatan dan memberi perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada rakyat.
Tarikh: 2 Julai 2018Tempat: Putrajaya
Hari Pertama YB Dr. Lee Boon ChyeBERtugas di IPKKM
EDISi JULAI 2018
E-BULETIN KKM 02
YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha (KSU) telah merasmikan 2nd Langkawi Arthroplasty Knee Update (LAKU) 2018 bertemakan “The Difficult Knee”.
Kursus tersebut merupakan usaha kerjasama antara Hospital Langkawi, Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Sultan Abdul Halim dan Hospital Kulim bersama-sama Arthoplasty Interest Group (AIG), Malaysian Orthopaedic Association dan Ministry of Health Malaysia Kedah Orthopaedic Doctors Society. Arthroplasty atau pembedahan lutut merupakan sub-kepakaran bidang ortopedik atau tulang. Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar menyediakan perkhidmatan sub-kepakaran arthroplasty. Dengan adanya latihan tersebut, ianya mampu meningkatkan kemahiran pembedahan sub-kepakaran ini demi kesejahteraan pesakit.
2nd Langkawi Arthroplasty Knee Update (LAKU) 2018Tarikh: 15 Julai 2018Tempat: Langkawi
E-BULETIN KKM 03
EDISi JULAI 2018
YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) Malaysia telah melancarkan edisi kedua Garis Panduan Safe Surgery Saves Lives Programme bersempena
Seminar Keselamatan Pesakit selama dua hari. Seminar ini bertemakan “Enhancing Surgical Safety” yang selaras dengan agenda WHO untuk memastikan akses sejagat ke pembedahan yang berkualiti, selamat dan terjangkau di seluruh dunia. KKM telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk menjadi salah satu negara perintis dalam pelaksanaan Cabaran Keselamatan Pesakit Global Sedunia - Program Pembedahan Selamat Menyelamatkan Nyawa sejak tahun 2009. KKM juga mengemukakan garis panduan khusus dan Senarai Semak untuk Keselamatan Pembedahan berdasarkan Senarai Semak Pembedahan Selamat WHO.
Tarikh: 2 Julai 2018Tempat: Putrajaya
Majlis Pelancaran Garis PanduanSafe Surgery Saves Live Programme
E-BULETIN KKM 04
EDISi JULAI 2018
YB Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2018. Turut hadir
ialah YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK), Dr. Haji Mohamad bin Omar, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Dr. Noryati bt Abu Amin, Pengarah Pusat Darah Negara (PDN). Majlis tersebut dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Pusat Darah Negara. YBMK menyeru rakyat Malaysia untuk menderma darah terutamanya golongan muda. Kesedaran yang tinggi tentang kepentingan menderma darah akan mampu membantu menyelamatkan insan yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa mahu pun agama. Dalam majlis tersebut, YB Dr. Dzulkefly telah menyampaikan Anugerah Penderma Darah Terbanyak kepada wakil-wakil setiap negeri.
Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2018Tarikh: 14 Jun 2018Tempat: Kuala Terengganu, Terengganu
E-BULETIN KKM 05
E-BULETIN KKM 06
EDISi JULAI 2018
Majlis Perasmian 3rd Asian Dengue Summit 2018Tarikh: 5 Julai 2018Tempat: Kuala Lumpur
YB Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan 3rd Asian Dengue Summit 2018 di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur. Turut hadir
bersama YBhg. Dato’ Dr. Hj. Azman bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan YBhg. Dato’ Dr Chong Chee Kheong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam). Persidangan tersebut memberi peluang kepada semua penyelidik, pakar kesihatan awam, pihak swasta dan kerajaan terutama klinik, penyelidik, pemimpin kesihatan awam kerajaan dan penggubal dasar untuk bersama-sama bertukar idea dan meningkatkan pengetahuan di rantau asia bagi mencapai strategi pengurusan kes denggi yang terbaik.
YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha (KSU) telah merasmikan Majlis Amanat dan Sesi Dialog Persidangan Pengurusan
Hospital KKM 2018. Tema persidangan tersebut ialah “Isu dan Cabaran Pengurusan Fasiliti” yang menjurus kepada cabaran dan penyelesaian terbaik dalam pengurusan fasiliti di hospital. Pengurusan tersebut telah dihadiri oleh pegawai-pegawai di peringkat hospital dari pelbagai negeri. Persidangan tersebut merupakan platform kepada pegawai-pegawai untuk membincangkan isu-isu semasa di peringkat pengurusan hospital selain bertukar pendapat, cadangan dan idea dalam menyelesaikan isu-isu berbangkit.
Majlis Amanat dan Sesi Dialog Persidangan Pengurusan Hospital KKM 2018Tarikh: 7 Julai 2018Tempat:
E-BULETIN KKM 07
EDISi JULAI 2018
E-BULETIN KKM 08
EDISi JULAI 2018
Persidangan Antarabangsa ke-2 Pembiayaan Kesihatan mengenai Penggerakkan Sumber Komuniti ke Arah Pembiayaan Kesihatan BerkelanjutanTarikh: 4 Julai 2018Tempat: Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur
YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) telah menyampaikan nota utama pada Persidangan Antarabangsa
ke-2 Pembiayaan Kesihatan mengenai Penggerakkan Sumber Komuniti ke Arah Pembiayaan Kesihatan Berkelanjutan. Turut hadir Datuk Dr. Hj. Rohaizat, Pengarah Bahagian Perancangan. Transformasi dalam sektor kesihatan amat diperlukan dalam 3 domain utama, iaitu Penyampaian perkhidmatan, Pembiayaan kesihatan dan Transformasi organisasi. KKM telah memulakan pelbagai inisiatif transformasi, seperti yang digariskan oleh 8 Teras Transformasi Penjagaan Kesihatan. KKM bekerjasama dengan pelbagai pihak yang berkepentingan untuk memperkenalkan pembaharuan pembiayaan kesihatan yang mantap, mengukuhkan perkongsian awam-swasta, mendorong penjagaan asas sebagai
benteng penjagaan kesihatan, memperkasakan masyarakat untuk menjaga kesihatan mereka dan juga memberi tumpuan kepada sumber dan usaha kita ke dalam perubatan pencegahan. Usaha-usaha transformasi memerlukan semua pihak berkepentingan bekerjasama dengan KKM untuk memperbaiki kesihatan bagi negara.
E-BULETIN KKM 09
EDISi JULAI 2018
YB Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Health Promotion In Learning Institutions
(HePiLi) peringkat Kebangsaan 2018 dan Majlis Pelancaran Program Tunas Doktor Muda yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Turut hadir YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan, YB Sivarasa Rasiah, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan YBhg. Dato’ Dr. Hj. Azman Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan). Program ini adalah koloborasi pintar antara KKM, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam meningkatkan kesedaran terhadap aspek pendidikan kesihatan dari peringkat sekolah. Konvensyen HePiLI bertujuan untuk menilai kemampuan, kreativiti, kepekaan serta kemahiran ahli Kelab Doktor Muda dan PROSIS (Program Siswa Sihat) sebagai agen dalam menyampaikan mesej kesihatan kepada rakan sebaya. Selain itu, program berkenaan bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka atas aktiviti promosi serta pendidikan kesihatan yang telah dijalankan di institusi masing-masing.
Tarikh: 26 Julai 2018Tempat: Gombak, Selangor
Majlis Perasmian Penutup KonvensyenHealth Promotion In Learning Institutions
(HePiLi) peringkat Kebangsaan 2018
E-BULETIN KKM 10
EDISi JULAI 2018
JKWP Kuala LumpurTarikh: 11 Julai 2018Tempat: Kuala Lumpur
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG(APC) 2017
JKWP Labuan
YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Seiausaha (KSU) telah merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 bagi Jabatan
Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Majlis tersebut diadakan bagi meraikan semua penerima APC 2017 dan sebagai tanda penghargaan ke atas sumbangan dan prestasi cemerlang mereka dalam menggalas amanah serta tanggungjawab menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di negara ini. Semoga prestasi cemerlang ini terus dikekalkan dan menjadi contoh kepada warga kerja Kesihatan yang lain.
Tarikh: 3 Julai 2018Tempat: Labuan
E-BULETIN KKM 11
EDISi JULAI 2018
YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha (KSU) telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa buah fasiliti kesihatan di beberapa buah
negeri seperti Labuan, Langkawi, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Beliau telah meninjau fasiliti perubatan di klinik dan hospital serta mengenal pasti beberapa keperluan yang lain seperti kebajikan warga kerja kesihatan. YBhg. Dato’ Seri juga telah turun padang ke tapak projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Gombak bagi memantau status terkini pelaksanaan projek klinik tersebut. Beliau berharap pembinaan klinik tersebut mampu memberikan manfaat kepada masyarakat di sekitarnya.
Tarikh: 4 Julai 2018Tempat: Labuan
Tarikh: 12 Julai 2018
Tempat: Kulim, Kedah
LAWATAN KERJA
KSU
Hospital Labuan
Hospital Kulim
E-BULETIN KKM 12
EDISi JULAI 2018
Tarikh: 10 Julai 2018Tempat: Langkawi
Tarikh: 12 Julai 2018Tempat: Pulau Pinang
Tarikh: 26 Julai 2018Tempat: Klang, Selangor
Klinik Kesihatan Temoyong
Hospital Seberang Jaya
Hospital Tuanku Ampuan Rahimah
E-BULETIN KKM 13
EDISi JULAI 2018
LAWATAN KERJA
YBMK
YB Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa buah fasiliti
kesihatan di beberapa buah negeri seperti Sarawak dan Terengganu. YB Menteri telah meninjau status tapak projek Hospital Petra Jaya. Pelbagai aspek telah diteliti dan diambil kira bagi memastikan projek tersebut dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. YB Menteri juga telah mengadakan lawatan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan sempat beramah-mesra bersama warga kerja hospital dan para pesakit yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital tersebut.
Tarikh: 3 Julai 2018Tempat: Kuching, Sarawak
Tarikh: 3 Julai 2018Tempat: Kuching, Sarawak
Hospital Umum Sarawak
Tapak Projek Hospital Petra Jaya
Tarikh: 15 Julai 2018Tempat: Terengganu
Hospital Sultanah Nur Zahirah
E-BULETIN KKM 14
EDISi JULAI 2018
YB Dr. Dzulkefly juga telah turun padang melawat ke Klinik Kesihatan Hiliran dan Hospital Sultanah Nur
Zahirah. Beliau sempat mengadakan perbincangan bersama warga kerja di hospital dan klinik bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan demi kesejahteraan rakyat. YB Menteri berharap penyampaian perkhidmatan kesihatan sentiasa berkembang maju ke hadapan seiring dengan perkembangan dan perubahan teknologi yang terkini.
LAWATAN KERJA
YBMKTarikh: 15 Julai 2018
Tempat: Terengganu
Klinik Kesihatan Hiliran
YB Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Pelancaran Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Bilangan 1 tahun 2018
Peringkat Negeri di Taman Pauh Indah, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Turut hadir bersama YB Dr. Afif bin Bahardin, EXCO pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa & Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Dato’ Wan Mansor bin Hamzah, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Program Gotong-royong Mega Perangi Aedes tersebut juga dijalankan secara serentak di seluruh negara dan sebanyak 14 lokasi telah dipilih untuk diadakan gotong-royong di Pulau Pinang. Objektif utama program tersebut untuk mendapat tindakan bersepadu gotong-royong secara besar-besaran dilaksanakan dengan melibatkan penduduk setempat, ketua komuniti, pasukan COMBI dan lain-lain agensi bagi memastikan pemusnahan tempat pembiakan Aedes.
Majlis Pelancaran Gotong-Royong Mega 1.0 perani Aedes Peringkat Kebangsaan 2018
Tarikh: 28 Julai 2018Tempat: Pulau Pinang
E-BULETIN KKM 15
EDISi JULAI 2018
YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha (KSU) telah merasmikan Malaysia - International Dental Exhibition &
Conference (MIDEC) 2018. Majlis tersebut merupakan anjuran Malaysian Dental Association (MDA). Tema majlis tersebut adalah “Tomorrow’s Dentistry Today” dan telah disertai oleh penceramah antarabangsa serta persidangan tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan. Persidangan tersebut merupakan platform terbaik kepada para pengamal pergigian di Malaysia untuk bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan serta kemahiran dalam perkhidmatan kesihatan mulut sekali gus menyediakan perkhidmatan rawatan berkualiti kepada masyarakat.
Tarikh: 20 Julai 2018Tempat: KLCC, Kuala Lumpur
Malaysia - International Dental Exhibition & Conference (MIDEC) 2018
E-BULETIN KKM 16
EDISi JULAI 2018
E-BULETIN KKM 17
EDISi JULAI 2018
YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) telah melawat ke Klinik Kesihatan (KK) Kuala Dungun di daerah
Kuala Dungun, Terengganu yang telah mulai beroperasi sejak Ogos 2009 serta memberikan perkhidmatan kesihatan kepada hampir 82 ribu penduduk sekitar. KK Kuala Dungun menawarkan perkhidmatan kesihatan primer dengan konsep Family Doctor, kesihatan ibu dan anak, penjagaan penyakit kronik, rawatan pergigian, perkhidmatan kesihatan domisiliari di rumah pesakit, perkhidmatan perawatan luka, pendidikan kesihatan dan sebagainya. Pada petang KPK telah meluangkan masa untuk melawat tapak Hospital Dungun. Hospital ini bakal mempunyai 110 buah katil dan dijangka siap pembinaan dalam suku pertama tahun 2019. KPK telah mencadangkan agar hospital yang lama dioptimakan penggunaannya dengan pendekatan hibrid untuk terus digunakan bagi pemberian perkhidmatan kesihatan primer.
LAWATAN KERJA KPK KEKLINIK KSIHATAN KUALA DUNGUN
Tarikh: 14 Julai 2018Tempat: Dungun, Terengganu
E-BULETIN KKM 18
EDISi JULAI 2018
YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) telah melawat Klinik Pergigian UTC dan Klinik Kesihatan UTC yang terletak
di Kampung Sena, Kangar. Klinik Pergigian UTC telah beroperasi sejak 23 Oktober 2017 mempunyai tenaga kerja seramai 15 orang. Klinik ini menerima secara purata 40 orang pesakit sehari dengan jumlah pesakit dari Januari hingga Jun 2018 seramai 9634 orang. Rawatan yang disediakan termasuk cabutan gigi, tampalan, rawatan kebengkakan gusi, penskeleran, dan saringan kesihatan mulut. Seramai 53 orang warga KKM bertugas di Klinik Kesihatan UTC. Skop perkhidmatan Klinik Kesihatan UTC ini merangkumi Perkhidmatan Pesakit Luar (OPD), Pesakit Kronik, Kesihatan Ibu & Anak (MCH), Makmal dan Farmasi. Klinik Kesihatan UTC memberi perkhidmatan kepada lebih 27,350 orang penduduk sekitarnya. Dari Januari hingga Jun 2018, klinik ini telah pun mencatat jumlah kedatangan seramai 29,510 orang dengan purata kedatangan 201 orang pesakit sehari.
LAWATAN KERJA KPK KEKLINIK PERGIGIAN UTC & KLINIK KESIHATAN UTC
Tarikh: 19 Julai 2018Tempat: Perlis
E-BULETIN KKM 19
EDISi JULAI 2018
YB Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Healthcare Forum 2018. Forum tersebut telah dianjurkan oleh Institut Strategi & Kepimpinan Asia (ASLI).
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan dan Tan Sri Dr. Michael Yeoh, Ketua Pengawai Eksekutif Institut Strategi & Kepimpinan Asia. Tema forum tersebut ialah “Sustaining Tomorrow’s HEALTHCARE, EMPOWERING Today’s Consumers”. Forum tersebut merupakan platfom dalam usaha meningkatkan taraf kualiti perkhidmatan kesihatan ke arah yang lebih baik.
HEALTHCARE FORUM 2018Tarikh: 5 Julai 2018Tempat: Kuala Lumpur
E-BULETIN KKM 20
EDISi JULAI 2018
Majlis Sambutan Meraikan Jubli Perak Ulang Tahun Kali Ke-25 Registri Buah Pinggang KebangsaanTarikh: 28 Julai 2018Tempat: Pulau Pinang
YB Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Sambutan Meraikan Jubli Perak Ulang Tahun Kali Ke-25 Registri Buah
Pinggang Kebangsaan (NRR) di Olive Tree Hotel, Pulau Pinang. NRR di bawah pengurusan Persatuan Nefrologi Malaysia (MSN) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berperanan dalam mengumpul, memantau dan menguruskan data pesakit buah pinggang yang didaftarkan di bawah institusi kesihatan awam dan swasta seluruh negara. Turut hadir bersama ialah Prof. Dr. Goh Bak Leong, Pengerusi Persatuan Nefrologi Malaysia. Majlis tersebut turut menyampaikan Sijil Penghargaan Peringatan Jasa dan Pengorbanan
kepada perintis-perintis NRR, bekas-bekas juara serta ahli-ahli tokoh warga NRR diikuti dengan perasmian pelancaran laman web e-NRR.
YB Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Congenital Heart Disease (CHD) Taskforce Presentation Dinner. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham
Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan. Kecacatan CHD merupakan kecacatan pada dinding jantung, injap jantung, arteri dan urat jantung. YB Menteri dalam ucapan beliau menekankan kepentingan penjagaan jantung kerana masalah jantung merupakan masalah utama yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.
Congenital Heart Disease (CHD) Taskforce Presentation DinnerTarikh: 13 Julai 2018Tempat: Putrajaya
E-BULETIN KKM 21
EDISi JULAI 2018
YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha (KSU) telah menyertai Program Kecergasan Mendaki Bukit Kubong bersama warga
kerja JKWP Labuan. Aktiviti tersebut bertujuan untuk menanam sikap menjaga kesihatan melalui aktiviti fizikal seperti mendaki bukit dan bersukan. Aktiviti seperti bersenam, mengayuh basikal dan mendaki bukit adalah antara aktiviti yang mampu memberikan rangsangan baik kepada tubuh badan agar lebih cergas dan sihat. Aktiviti bersenam juga mampu membakar kalori dan menurunkan berat badan di samping meningkatkan keupayaan jantung untuk menyalurkan darah ke seluruh badan serta meningkatkan stamina badan.
Program Kecergasan Mendaki Bukit Kubong bersama warga kerja JKWP LabuanTarikh: 3 Julai 2018Tempat: Labuan
E-BULETIN KKM 22
EDISi JULAI 2018
YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha (KSU) telah menghadiri Sesi Dialog dan Majlis Ramah Mesra bersama Warga Kerja
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan. Turut hadir ialah Dr. Ismuni Bohari, Pengarah JKWP Labuan. Dalam sesi tersebut, YBhg. Dato’ Seri KSU telah memberi amanat berhubung hala tuju KKM di samping sesi soal jawab bersama warga kerja JKWP Labuan berkaitan tadbir urus, hala tuju dan kebajikan warga kerja. Pelbagai idea dan cadangan yang bernas yang diberikan demi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kesihatan kepada rakyat di samping mewujudkan persekitaran dan budaya kerja yang selamat, selesa dan kondusif dalam kalangan warga kerja KKM.
Sesi Dialog dan Majlis Ramah Mesra bersama Warga Kerja JKN WP Labuan
Tarikh: 3 Julai 2018Tempat: Labuan
E-BULETIN KKM 23
EDISi JULAI 2018
E-BULETIN KKM 24
EDISi JULAI 2018
YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) telah menghadiri “Bengkel Roadmap Kesejahteraan Kanak-Kanak Nasional”
yang dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir ialah YB Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) dan YBhg. Dato’ Dr. Hj Azman bin Hj Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan). Bengkel tersebut diselaraskan oleh KPWKM dan dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada KPWKM, KKM, KPM, KDN JKM, UNICEF Malaysia dan lain-lain.
Tarikh: 10 Julai 2018Tempat: Putrajaya
Bengkel Roadmap Kesejahteraan Kanak-Kanak Nasional
PEGAWAI YANG DINAIKKAN PANGKAT
PEGAWAI YANG BERTUKAR DALAMAN
PEGAWAI YANG BERTUKAR MASUK
PEGAWAI YANG BERSARA
RUSLI BIN HARUN
DATO’ DR. CHONG CHEE KHEONG
DATO’ DR. HAJI AZMAN BIN HAJI ABU BAKAR
THEAN MING FATT
DR. HAJI BAHARI BIN DATO’ TOK MUDA HAJI AWANG NGAH
DR. SALMAH BINTI BAHRI
JAWATAN / TEMPAT : PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED UTAMA C BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI GELARAN : SETIAUSAHA BAHAGIANTARIKH : 2 JULAI 2018
JAWATAN / TEMPAT : PEGAWAI PERUBATAN GRED UTAMA A GELARAN : TIMBALAN KETUA PENGARAH (KESIHATAN AWAM)TARIKH : 19 JULAI 2018
JAWATAN / TEMPAT : PEGAWAI PERUBATAN GRED UTAMA A KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA GELARAN : TIMBALAN KETUA PENGARAH (PERUBATAN)TARIKH : 19 JULAI 2018
JAWATAN / TEMPAT : PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED UTAMA C BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN GELARAN : SETIAUSAHA BAHAGIANTARIKH : 2 JULAI 2018
JAWATAN / TEMPAT : PEGAWAI PERUBATAN GRED UTAMA B BAHAGIAN PERKEMBANGAN PERUBATAN GELARAN : PENGARAHTARIKH : 25 JULAI 2018
JAWATAN / TEMPAT : PEGAWAI FARMASI GRED UTAMA A BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI GELARAN : PENGARAHTARIKH : 19 JULAI 2018
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/
https://twitter.com/KKMPutrajaya
https://www.instagram.com/kementeriankesihatanmalaysia/
Sidang redaksi e-Buletin KKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan pengurusan tertinggi KKM dan semua bahagian di KKM yang menjayakan penerbitan e-Buletin Edisi Julai 2018.
Sidang Redaksi e-Buletin KKMUnit Komunikasi KorporatAras 4, Blok E7Kementerian Kesihatan Malaysia, Kompleks EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62590 Putrajaya Malaysia.
Emel : [email protected] : 03-8883 3481 / 3675Faks : 03-8888 6187
YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw MinKetua SetiausahaKementerian Kesihatan Malaysia
Penasihat
Puan Yamuna PerimaluKetua Pengarang
Za’aba Hj. Abu BakarMona AngMohd Iswandy bin Wally
Pengarang
SIDANG
E-BULETIN KKMPENGARANG
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan sumbangan artikel, sila hubungi:
UNIT KOMUNIKASI KORPORATAras 4, Blok E7, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62590 Putrajaya Malaysia.
2018
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA