buletin salam edisi julai 2013.pdf

26
JULAI 2013 NO 22, JALAN CHANGGAI 6/22, 46000, PETALING JAYA, SELANGOR . TEL : 03-79584021 , FAX : 03-79584031

Upload: dinhnhi

Post on 19-Jan-2017

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

JULAI 2013 NO 22, JALAN CHANGGAI 6/22, 46000, PETALING JAYA, SELANGOR . TEL : 03-79584021 , FAX : 03-79584031

Page 2: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

Yayasan Salam Malaysia

Page 3: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

SUPERSTAR PROJECT

SIG CK

SIG MY OLE-OLE

SALAM UTARA

SALAM SARAWAK

www.facebook.

com/pages/Salam

-Utara

www.facebook.com

/pages/My-Ole-Ole

www.facebook.com/

SIG.CommKids

www.facebook.com/

MiniLibraryProject

www.facebook.com/

pages/Salam-Sarawak

Find Us On Facebook

Page 4: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

Yayasan Salam Malaysia

No 22 Jalan Changgai 6/22,

46000, Petaling Jaya, Selangor.

Tel : 03-79584021

Fax : 03-79584031

Web : www.salam.org.my

Hantarkan komen anda

Jika anda ingin menghantarkan komen kepada

editor, sila emailkan kepada [email protected].

YAYASAN SALAM MALAYSIA (SALAM) merupakan sebuah badan bukan kerajaan dan

tidak berunsurkan keuntungan. Yayasan Salam memfokuskan untuk mempromosi

semangat kesukarelaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami juga menyediakan

peluang bersukarela untuk masyarakat di dalam dan luar negara.

Keahlian Yayasan Salam terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur 18

tahun keatas. Untuk maklumat lanjut berkaitan Yayasan Salam Malaysia, sila ke laman

web kami di www.salam.org.my

Volunteers

Where would we be without volunteers

Who quickly respond when a need appears?

This is the way you have chosen to serve;

What appreciation you deserve!

There are very many things to do

And YOUR time can only be given by YOU!

So without complaint and without demands

You offer the labor of your hands.

The world is a better place to live

When people like you are so willing to give.

With this attitude of love and of care

You will find a welcome anywhere.

You may not always know when someone

Is especially blessed by a kindness you’ve done:

As you freely share your hours and days,

May you also be blessed in many ways.

Md. Ghani Ibrahim Ketua Pegawai Operasi Yayasan Salam Malaysia

Page 5: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

Dunia SUKARELA

Kandungan

Kem Kreatif Superstar

Minggu Sukarelawan Kebangsaan

Mencari Bintang Serendah

Ziarah Amal Hospital Serdang

My Ole-Ole

Back to School

Lawatan Ke Surabaya

Perasmian ENHANCE

Home Repair

Alam Sekitar - SIGAS

Perasmian Pusat Latihan Pebangunan

Usahawan Kuala Pilah

05

07 09

11 12

13 14

15 16 17

18

‘ ’ SUKARELAWAN MENCORAK DUNIA

Mengapa Bersukarela?

Faedah Bersukarela Bagi

Golongan Muda

19

21 Kembara Motivasi Jiwa 22

Page 6: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

Jerebu yang melanda negara baru-baru ini tidak menghalang lebih dari 150 sukarelawan

Yayasan Salam Malaysia melaksanakan tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat.

Bermula seawal 7.30 pagi, mereka telah berkumpul di empat lokasi yang menjadi lokasi pilihan

untuk melakukan pelbagai aktiviti berbentuk sukarelawan.

Inisiatif ini merupakan agenda utama sambutan Minggu Sukarelawan Peringkat Kebangsaan

2013 oleh Yayasan Salam Malaysia. Minggu Sukarelawan merupakan sambutan yang disam-

but bukan sahaja di Malaysia, malah turut disambut di negara Barat dan Eropah. Lazimnya

disambut pada minggu pertama bulan Julai, Yayasan Salam memilih untuk menyambutnya

sedikit awal iaitu pada 26 Jun 2013, bagi memberi laluan kepada bulan

Ramadhan yang bermula pada awal bulan Julai.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Yayasan Salam, En. Md Ghani Ibrahim. Yayasan Salam

telah menganjurkan sambutan ini sejak awal penubuhannya lagi pada tahun 1997. Ia bagi

menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan dalam kalangan rakyat Negara ini.

Sambutan tahun ini dilaksanakan dengan mengadakan 4 inisiatif sukarela di lokasi-lokasi yang

berlainan. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada sukarelawan tentang isu-

isu berbeza yang dihadapi oleh masyarakat. Rata-rata sukarelawan begitu teruja dan ber-

sungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan masing-masing. Selain dapat membantu

golongan yang memerlukan, mereka juga dapat mengenali dengan lebih lanjut golongan-

golongan tersebut.

Sambutan minggu sukarelawan ini diakhiri dengan mengadakan sebuah majlis ringkas bagi

menghargai sukarelawan dan keempat-empat pihak dimana lokasi kerja-kerja amal tersebut

dijalankan.

Diharapkan Sambutan Minggu Sukarelawan Peringkat Kebangsaan 2013 ini dapat memberi

impak yang baik kepada golongan yang dibantu dan paling penting berupaya

memangkinkan keinginan untuk bersukarela dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pihak Yayasan Salam ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada organisasi-organisasi

yang terlibat, penaja-penaja individu dan korporat serta kepada sukarelawan kami.

Page 7: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

Menjana Perubahan

Bermakna

Minggu Sukarelawan Kebangsaan 2013.

Bersempena dengan Sambutan Hari Sukarelawan Kebangsaan yang disambut pada Julai

setiap tahun, SALAM telah mengadakan beberapa aktiviti bersukarela bersama organisasi

dan badan kerajaan terpilih. Objektif sambutan ini adalah untuk menyemarakkan lagi

semangat kesukarelaan dalam kalangan sukarelawan, organisasi yang terlibat serta

masyarakat Malaysia secara amnya.

Sambutan telah dijalankan pada hari Sabtu, 29 Jun 2013. Bersempena dengan

sambutan ini, kami telah melakukan 4 projek berbentuk kemasyarakatan secara serentak.

SALAM telah memilih empat organisasi yang dibantu iaitu :

1. Asrama Darul Falah (ASDAF)

2. Malaysian Association of Blind (MAB)

3. Spastic Children Of Association of Selangor and Wilayah Persekutuan (SCAS @FT)

4. Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Hutan Pendidikan Bukit Gasing.

Aktiviti yang dijalankan ialah:

1. Asrama Darul Falah (ASDAF) : Gotong-royong menceriakan perpustakaan ASDAF

bagi kegunaan penghuninya.

2. Malaysian Association of Blind (MAB) : Menaip buku @ bacan bacaan di per-

pustakaan sebagai bahan bacaan bagi orang-orang kelainan upaya penglihatan

yang datang ke perpustakanan MAB. Buku-buku yang telah ditaip semula ini

kemudiannya akan ditukarkan kepada format Braille.

3. Spastic Children Of Association of Selangor and Wilayah Persekutuan (SCAS @FT) :

Gotong-royong membersihkan dewan yang dijadikan kelas bagi kanak-kanak

kelainan upaya.

4. Hutan Pendidikan Bukit Gasing : Aktiviti menanam pokok dari pelbagai jenis di 5

zon terpilih oleh pihak MBPJ sekitar Hutan Bukit Gasing serta membersihkan kawasan

sekitarnya. Aktiviti ini diadakan bersempena dengan pemilihan kawasan Hutan

Pendidikan Bukit Gasing (Seksyen 5) sebagai kawasan yang diwartakan sebagai

Zon Bersih Petaling Jaya.

Page 8: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

Pelbagai isu masih membelenggu Kaum Orang Asli di Malaysia. Antaranya adalah isu pen-

didikan, kemiskinan dan sebagainya. Bermula dari tahun 2010, sukarelawan Yayasan Salam

Malaysia melalui kumpulan yang dinamakan Nukleus Superstar Project telah menyahut caba-

ran untuk membantu kaum Orang Asli ini mencapai potensi diri yang lebih baik,

terutamanya dalam kalangan generasi muda. Kumpulan sasar projek ini adalah kira-kira 400

kanak-kanak dan belia yang tinggal di Kg. Ulu Melaka, Serendah. Masyarakat orang asli di sini

adalah dari golongan kaum Temuan yang populasinya agak ramai di negeri Selangor.

Dengan misi utama untuk membangunkan bakat dan menambah keyakinan diri dalam

kumpulan sasar yang digelar sebagai SUPERSTAR ini, sebuah Kem Kreatif telah dianjurkan ber-

mula dari 29 Mei hingga 2 Jun 2013. Perlaksanaan program ini merupakan salah satu daripada

15 projek yang telah diaturkan sepanjang tahun.

Kem kreatif yang berbentuk

latihan intensif selama 4 hari ini

adalah sebagai persediaan

kepada sebuah persembahan

gala yang dipersembahkan

kepada umum pada 2 Jun 2013.

Seramai 26 kanak-kanak dan

belia dari Kampung Ulu Melaka

Serendah telah menyertai pro-

gram ini. Menurut ketua

pengarah program kem kreatif

superstar, saudara Aznam Zakar-

ia, program ini adalah kesinam-

bungan kepada kem kreatif per-

tama yang diadakan pada ta-

hun lepas. Berbeza dengan

perancangan kem yang terdahulu, kali ini Projek Supertstar telah mendapatkan khidmat dari

tenaga profesional iaitu dari pihak Akedemi Seni Kebangsaan (ASWARA) sebagai tenaga

pengajar.

Seramai 4 orang tenaga profesional yang merupakan pensyarah dan penggiat teater tanah

air telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka bagi menjayakan persembahan

berbentuk teater musikal ini.

Antara cabaran terbesar tenaga pengajar adalah untuk membentuk perkembangan watak-

watak yang perlu dilakonkan oleh para peserta. Kebanyakan dari peserta masih mempunyai

sikap malu yang menebal dan tahap keyakinan diri yang rendah.

Walaubagaimanapun melalui kaedah pembelajaran dan latihan yang berbentuk kreatif dan

menyeronokkan, perkembangan peserta dapat dilihat dari hari ke hari. Pada hari persemba-

han gala, mereka telah berupaya menghayati dan melakonkan watak masing-masing

dengan cemerlang sekali.

Tikus!!!!

Tikus!!!!

Serendah dis

erang

Tikus!!!

Page 9: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

Kem Kreatif sebegini merupakan kaedah yang

dirasakan paling sesuai bagi menambah keya-

kinan diri peserta. Melalui pendekatan yang me-

nyeronokkan dan diselitkan elemen yang diminati

oleh mereka seperti nyayian dan lakonan, mere-

ka diberi peluang untuk menunjukkan bakat dan

potensi masing-masing. Paling istimewa adalah

apabila ibubapa peserta turut hadir ke Dewan

Auditorium Maktab Kerjasama Malaysia untuk

menyaksikan persembahan anak-anak mereka.

Jelas terpancar perasaan bangga dan gembira

kerana jarang-jarang sekali anak-anak mereka

diberi peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini.

Diharapkan juga ibubapa sedar tentang potensi

anak-anak mereka dan berasa bangga dengan

pencapaian itu seterusnnya dapat mengga-

lakkan anak mereka untuk meneruskan pelaja-

ran mereka.

Perlaksanaan program Kem Kreatif Superstar

tahun 2013 telah mendapat bantuan dari pel-

bagai pihak. Antara pihak yang menyumbang

adalah ASWARA sebagai tenaga pengajar, Pihak

Maktab Koperasi Malaysia yang menaja lokasi

persembahan dan pengangkutan serta penaja

korporat lain seperti HSBC dan ACCENTURE.

Anda boleh menonton persembahan gala

mereka di link tersebut :

http://www.youtube.com/watch?v=KL8xNfyeaj4

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan

inisiatif Projek Superstar, layari laman web mere-

ka di www.superstar.salam.org.my.

Tikus!!!!

Tikus!!!!

Serendah dis

erang

Tikus!!!

Page 10: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

Mencari

Bintang

Serendah.

Ilmu adalah kunci utama dalam membuka

pintu peluang, seterusnya keluar dari belenggu

kemiskinan dan kemunduran. Berlandaskan

prinsip tersebut sekumpulan sukarelawan

Yayasan Salam Malaysia yang dikenali sebagai

Projek Superstar telah bertungkus lumus untuk

membina sebuah perpustakaan desa di Kg. Ulu

Melaka bagi masyarakat Orang Asli Temuan di

Serendah, Selangor.

Inisiatif yang menelan belanja lebih dari RM40

ribu ini diwujudkan bagi menangani isu keciciran

pendidikan yang banyak dihadapi oleh

masyarakat Orang Asli di Malaysia. Banyak kes

dimana pelajar berhenti bersekolah sebelum

masanya.

Bangunan yang dahulunya merupakan sebuah

balai raya lama yang dibina pada awal tahun

1970-an telah diubahsuai dan dibaiki untuk di-

jadikan sebuah perpustakaan yang memuatkan

lebih dari 1300 judul buku dan kelengkapan lain.

Proses rekabentuk dan perancangan membina

perpustakaan ini telah diketuai oleh sukarela-

wan profesional Yayasan Salam Malaysia yang

terdiri daripada Arkitek, Pereka Hiasan Dala-

man, Juruukur Bahan dan sebagainya. Apa

yang menariknya, masyarakat setempat teruta-

manya kanak-kanak turut diberi peluang untuk

memberikan input mereka dalam proses reka-

bentuk awal perpustakaan tersebut.

Sebuah bengkel kreatif bagi mendapatkan

idea dan konsep awal telah diadakan di Janda

Baik, Pahang pada penghujung tahun lalu. Ia

dihadiri oleh ahli JKKK dan juga remaja serta

kanak-kanak yang mewakili kumpulan sasar

projek ini.

Kerja-kerja ubahsuai dan baik pulih telah ber-

mula dari bulan Januari 2013 dan siap sepe-

nuhnya pada bulan Mac 2013. Projek Superstar

Mini Library telah mendapat penajaan dari

pihak Accenture dan HSBC International.

Page 11: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

LAWATAN BAND

HUJAN

BANGUNAN

SEBELUM

Page 12: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

Program Ziarah Amal Hospital Serdang telah diadakan pada 20 Oktober 2012. Objektif utama program ini

adalah untuk memberikan keceriaan kepada pesakit kanak-kanak di wad tersebut agar melupakan

sementara kesakitan dan kesedihan. Selain itu, ia juga membolehkan pesakit belajar mengawal emosi di

samping menggalakkan mereka untuk berkawan, berinteraksi serta saling mendapat sokongan sesama

mereka.

Program bermula pada jam 10 pagi dengan sesi

taklimat yang diberikan oleh ketua jururawat Wad

Pediatrik. Seramai 16 orang sukarelawan termasuk 2

orang staf SALAM terlibat semasa sesi penyerahan

beg cenderahati kepada pesakit-pesakit di Wad

Pediatrik, Wad Dewasa serta penjaga pesakit.

Sebanyak 150 beg disediakan oleh sukarelawan

yang mengandungi air kotak, roti, muffin, Nescafe,

Milo, air mineral serta buah epal.

Jururawat hospital turut membantu membawa

sukarelawan melawat ke wad-wad pesakit terba-

bit bagi memudahkan perjalanan program. Seki-

tar jam 12 tengahari para sukarelawan selesai

menyerahkan beg cenderahati kepada

penerima. Program ini mendapat tajaan

berbentuk barangan makanan dan wang tunai

daripada YMY Chocolicious & Crafts serta

beberapa orang perseorangan.

ZIARAH AMAL 2012 HOSPITAL SERDANG

Page 13: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

My Ole-Ole SALAM

My Ole-Ole telah dijalankan oleh sukarelawan SALAM bermula pada tahun 2010.

Program ini bertujuan membantu mengumpulkan makanan kering (tahan lama)

untuk diedarkan kepada golongan-golongan terpinggir. Matlamat program ini

adalah untuk menanamkan budaya prihatin masyarakat untuk membantu

golongan yang kurang berkemampuan. Ia juga memupuk semangat menderma

dalam kalangan masyarakat, memberi kepuasan kepada individu yang memberi

sumbangan serta membantu dan meringankan beban komuniti terpilih terutama

ketika musim perayaan.

Pada tahun 2012 sebanyak 153 keluarga terpilih telah

menerima sumbangan tersebut. Mereka terdiri

daripada pesakit-pesakit dari Hospital Sungai Buloh

dan Hospital Serdang, Rumah Anak-Anak Yatim Nur

Syahirah dan Rumah Anak-Anak Yatim Al-Kauthar di

Bangi, mangsa banjir di Hulu Langat, keluarga OKU,

ibu tunggal dan fakir miskin sekitar Kuala Kubu Baru,

Klang, PPRT Kota Damansara, Rawang, Parit Buntar,

Sri Damansara, Keramat, Chow Kit dan keluarga

Orang Asli Sg Rekom, Gua Musang Kelantan.

My Ole-Ole telah mendapat kerjasama daripada Hypermarket Giant, Majlis

Perbandaran Klang, Jabatan Audit Negara, Team Gunung Online, badan korpo-

rat dan orang perseorangan.

Page 14: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

BACK TO

SCHOOL

Program CSR ini ditaja oleh Syarikat Phillip Morris (M) Sdn.Bhd.

dengan kerjasama SALAM sebagai rakan NGO semenjak dari

tahun 2008 lagi. Program ini turut mendapat kerjasama dari

pejabat Parlimen Alor Setar iaitu Dato Seri Chor Chee Heung

selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Program penyerahan telah diadakan pada 7 Disember 2012

di Alor Setar, Kedah. Ia merupakan pemberian bantuan

barangan persekolahan kepada pelajar-pelajar sekolah yang

terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah. Antara

barangan yang diberikan adalah pakaian seragam sekolah,

beg dan kasut.

Philip Morris telah memperuntukkan sebanyak RM155,083.11

bagi menaja barangan keperluan persekolahan tersebut.

Seramai 467 orang pelajar dari 33 buah sekolah rendah

terpilih sekitar Bandar Alor Setar telah menerima sumbangan

yang merangkumi pelajar-pelajar dari sekolah kebangsaan,

sekolah cina dan sekolah tamil.

Page 15: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

Latihan Keusahawanan

Yayasan Salam Malaysia dan Philip Morris (M) Sdn.

Bhd. telah menjalinkan kerjasama untuk membantu

para usahawan kecil dan bakal usahawan menimba

ilmu dan pengalaman bersama rakan organisasi iaitu

Pusat Pelatihan Kewirausahaan Sampoerna (PPKS) di

Surabaya, Indonesia.

Program yang berlangsung dari 20-24 Februari 2012 ini

bertujuan untuk memperkasakan usahawan kecil dan

bakal usahawan dari Kota Kinabalu dan Ranau, Sabah

dengan asas perniagaan seperti kira-kira (untung dan

rugi), pemasaran (penjenamaan dan pembungkusan),

pemprosesan makanan, pengurusan tenaga dan

sebagainya.

Program yang dihadiri seramai 25 orang peserta ini telah berakhir dengan jayanya. Majlis penyampaian sijil

latihan telah disempurnakan oleh Datuk Philip Lasimbang, Setiausaha kepada YB Tan Sri Bernard Dompok

selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama Datuk Freezailah Che’ Yeom, Ahli Lembaga Pemegang

Amanah, Yayasan Salam Malaysia bertempat di Hotel Concord Inn, KLIA.

Pusat Pelatihan Kewirausahaan Sampoerna

Ke Surabaya

Page 16: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

2012 REPAIR

P hillip Morris Malaysia Sdn. Bhd.

(Phillip Morris) atas rasa tanggungjawab

sosialnya sekali lagi telah bersetuju untuk

memperuntukkan sejumlah dana yang

besar bagi usaha membaiki rumah melalui

program ‘HOME REPAIR 2012’.

Kali ini sebanyak 34 buah rumah di

kawasan Kampung Bachok, Kelantan

telah terpilih untuk menerima bantuan ini.

Keluarga yang dipilih adalah daripada

senarai yang dikenalpasti belum

mendapat bantuan daripada mana-mana

agensi kerajaan mahupun syarikat korpo-

rat yang lain.

Untuk program kali ini, Phillip Morris sekali

lagi bekerjasama dengan Yayasan Salam

Malaysia (SALAM) membantu penduduk

kampung tersebut yang rata-ratanya

berpendapatan isi rumah kurang dari

RM800.00 sebulan. Berikutan kesempitan

hidup yang mereka alami, Phillip Morris

yang merupakan rakan kerjasama SALAM

sejak tahun 2008 lagi, telah melakukan

inisiatif untuk memberi bantuan kepada

mereka.

Melalui program ini Yayasan Salam Malay-

sia dan pihak penaja berharap agar

program bantuan yang diberikan dapat

membantu menaiktarafkan kehidupan

keluarga yang terbabit agar lebih

sempurna. Program yang sudah pun men-

jengah negeri Sabah dan Sarawak ini di-

harap dapat diteruskan pada tahun-tahun

akan datang agar lebih banyak isi rumah

dapat menerima manfaat melalui program

murni ini.

HOME

Page 17: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

S IGAS merupakan singkatan kepada

kumpulan sukarelawan Special

Interest Group Alam Sekitar yang terlibat dalam

aktiviti berasaskan alam sekitar. Sehingga kini, SIGAS

sangat aktif dalam program-program seperti aktiviti

kitar semula 3R, pembersihan sungai, menanam

pokok, eksplorasi gua dan lain-lain aktiviti.

Bagi tahun 2012, sebanyak lapan program

telah dijalankan oleh sukarelawan SIGAS. Pada awal

tahun telah diadakan Volunteering de’ Zoo Negara

yang memberi peluang kepada sukarelawan untuk

membersihkan kawasan zoo selain memberi makan

kepada haiwan-haiwan di sana. SIGAS turut beker-

jasama dengan The Organizing Committee Shah Alam

Rivers & Trees For Life untuk menjayakan program pe-

nanaman pokok di Sungai Renggam dan di Sungai

Damansara, Shah Alam.

Selain itu, tahun 2012 turut menyaksikan

SIGAS terlibat dalam program-program seperti

Ekspresi Alam : Green Flashmob 2012 yang

merupakan satu gerakan ataupun tarian untuk

memberi kesedaran kepada orang awam mengenai

kepentingan menghargai alam sekitar. Program Brown

Bag Session Kitar Semula Sisa Minyak Masak 2012 pula

diadakan bagi mengumpul dana untuk perlaksanaan

aktiviti kebajikan bagi jadual aktiviti sepanjang tahun

2012. Program ini menampilkan wakil dari KRIS BIOFU-

ELS SDN. BHD. dan juga HELWANI AMPANG sebagai

penasihat.

Pada bulan Ogos turut dijalankan program

Pelita Ramadhan yang Ke-2. Program ini melibatkan

sukarelawan SIGAS dan juga anak yatim Rumah Kasih

Harmoni, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan

Sg. Kertas, Batu Caves dan Sekolah Kebangsaan Pen-

didikan Khas Jalan Peel. Program 2 hari 1 malam ini

dijalankan di Nur Laman Bestari termasuk aktiviti ber-

buka puasa, bersolat Terawih berjemaah dan juga

bersahur. Ia melibatkan anak-anak yatim dan golon-

gan ASNAF dari rumah kebajikan yang terpilih di ka-

wasan Lembah Klang.

Diharapkan segala usaha sukarelawan SALAM

akan terus memberi impak yang positif terhadap alam

sekitar.

Page 18: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

MAJLIS PERASMIAN PUSAT PEMBANGUNAN PENDIDIKAN & NUTRISI KANAK KANAK

Majllis Perasmian Pusat Pembangunan Pendidikan

Dan Nutrisi Kanak-Kanak (ENHANCE) di Kampung

Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor telah diadakan

pada 1 Julai 2013. Majlis telah disempurnakan oleh

En. David Ross, Pengarah Urusan Fonterra Brands (M)

Sdn. Bhd. bersama Dato’ Saifuddin Abdullah, Ahli

Lembaga Pemegang Amanah SALAM.

ENHANCE merupakan program kerjasama antara

Fonterra Brands, SALAM, Jabatan Kemajuan Orang

Asli Hulu Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Ma-

laysia. Ia bertujuan untuk membantu masyarakat

orang asli di Kampung Pertak bagi mendapatkan

kemudahan pendidikan dan khasiat pemakanan

sejak dari kecil lagi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk

meningkatkan tahap kesihatan dan pembelajaran

kanak-kanak di situ.

Program terdiri daripada dua komponen iaitu

kesihatan dan nutrisi serta pendidikan. Antara rutin

harian mereka adalah kelas pra-sekolah, tuisyen,

aktiviti kebudayaan, permainan interaktif dan aspek

penjagaan diri. SALAM turut menempatkan dua

orang sukarelawan sepenuh masa yang bertindak

sebagai tenaga pengajar.

Bagi komponen pendidikan, ENHANCE menyediakan

kemudahan pendidikan dengan persekitaran yang

kondusif bagi memberikan keselesaan kepada para

pelajar. Komponen kesihatan dan nutrisi pula

melibatkan pemakanan berkhasiat dan seimbang

serta persekitaran yang bersih.

Page 19: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

PERASMIAN PUSAT LATIHAN PEMBANGUNAN USAHAWANAN

KUALA PILAH

Tanggal 2 Julai 2013 Pusat Latihan Pembangunan Keusaha-

wanan Kuala Pilah telah sempurna dirasmikan oleh YAM

Tunku Zain Al - “Abidin Ibni Tuanku Muhriz.

Ia merupakan projek kerjasama antara Philip Morris

(Malaysia) Sdn Bhd dan Yayasan Salam Malaysia (Salam).

Objektif penubuhan Pusat Latihan Pembangunan Usaha-

wanan Kuala Pilah adalah:-

Menyediakan latihan kemahiran vokasional

kepada golongan berminat.

Memberi latihan dan tunjuk ajar tentang

memulakan perniagaan.

Pusat perniagaan mikro untuk pelatih

Membuka peluang kepada golongan remaja

-belia menimba ilmu dan kemahiran selepas

alam persekolahan

Pusat latihan Pembangunan Usahawan Kuala

Pilah juga menyediakan:-

1 mesin embroidery (4head) untuk sulaman

1 mesin jahit / jahit tepi

10 buah komputer (24jam internet dan wifi)

Latihan asas komputer

Latihan pengendalian mesin embroidery

(sulaman )

Rekabentuk grafik

Pengenalan perniagaan

Pusat latihan ini juga memberi peluang kepada remaja,

ibu tunggal dan kepada penduduk sekitar Kuala Pilah yang

berminat.

Projek ini bertujuan memberi kemahiran berniaga, asas

komputer, jahitan, sulaman dan perisian grafik kepada

peserta dalam meningkatkan taraf hidup dan sosial.

Di pusat latihan ini juga pihak SALAM menyediakan ka-

kitangan dan sukarelawan yang terlatih dalam memasti-

kan kumpulan sasaran mendapat manfaat jangka masa

panjang.

Page 20: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

Sukarela sering ditafsirkan sebagai satu perkara yang baik untuk dilakukan. Sudah tentu

ada kebenarannya, tetapi apakah sebenarnya implikasi sikap sukarela itu terhadap

sukarelawan dan pihak yang mendapat manfaatnya?

BAGAIMANA MELAKSANAKANNYA??

Sukarelawan sememangnya dapat memberikan impak maksima terhadap kesihatan dan kesejahteraan

masyarakat sedunia. Mereka menjalankan kerja-kerja sukarelawan dari pelbagai cara atas dasar kesu-

karelaan, antaranya:-

© Perkhidmatan kritikal :-

√ Sukarelawan Bomba dan Penyelamat.

√ Mengedarkan makanan kepada gelandangan.

√ Terlibat dalam mengendalikan talian telefon berkaitan aduan keganasan rumah tangga atau

gangguan seksual di pusat-pusat aduan.

© Membantu dalam menjadikan kawasan kejiranan, jalan, parkir kereta, sungai, hutan dan punca air bersih

dan selamat untuk semua.

© Perkhidmatan mengajar, tuisyen, mentor, melatih dan menyokong golongan muda dari pelbagai segi

ter masuklah masalah krisis individu.

© Membantu memelihara kucing/anjing,membersihkan kandang/sangkar selain menyumbang kepakaran

dalam bidang veterinar seperti di pusat perlindungan haiwan dan pusat pemulihan hidupan liar.

© Menyebarkan kesedaran kepada orang ramai mengenai kesihatan dan keselamatan. Terdapat

pegawai-pegawai perubatan yang meluangkan masa, tenaga dan pengetahuan dalam bidang perubatan

secara percuma kepada mereka yang memerlukan melalui program-program yang dijalankan.

© Membina/membaiki rumah dan sekolah, menggali perigi/telaga di kawasan- kawasan yang memerlukan

pemuliharaan.

MENGAPA SIKAP INGIN BERSUKARELA ITU PENTING?

Page 21: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

UKUR MELALUI ANGKA

Satu lagi cara bagaimana untuk mengukur impak yang

dilakukan oleh sukarelawan adalah dengan

mengambil kira statistik yang merangkumi jam

sukarelawan berkhidmat dan nilai ekonomi masa

sukarelawan itu sendiri.

Menurut Corporation for National and Community

Service, pada tahun 2008, sebanyak 61.8 juta individu

di Amerika Syarikat telah menyumbangkan lapan juta

jam untuk kerja-kerja sukarelawan. Ini bermakna nilai

ekonomi masa yang disumbangkan oleh sukarelawan

itu ialah US$162 bilion.

IMPAK SEKIRANYA SUKARELAWAN TIADA

Cuba kita bayangkan dunia tanpa sukarelawan. Apa agaknya yang mungkin terjadi? Sebagai contoh, katakan

kita berhadapan dengan bencana alam, dan tidak seorang pun sanggup untuk membantu orang lain dan hanya

mahu menjaga diri sendiri?

Apa akan terjadi kepada bandar-bandar kita, sekolah-sekolah kita, tempat kita beribadat dan perpustakaan kita

jika tiada individu yang bergelar sukarelawan? Banyak tempat lagi berkemungkinan akan lesu sekiranya individu

ini tiada. Hakikatnya, kita berkemungkinan akan bertembung dengan golongan ini dalam kehidupan seharian kita

Page 22: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

Terdapat pelbagai kebaikan dalam menjalankan kerja sukarela. Antaranya adalah:

Berpeluang untuk berseronok di tempat aktiviti dijalankan

Berpeluang untuk membuat perubahan dalam kehidupan seseorang

Berpeluang untuk menjalani cara hidup yang sihat

Mendapatkan peluang-peluang pendidikan - mempelajari mengenai sesuatu yang akan dilakukan

Berpeluang memperoleh kemahiran atau melibatkan diri dalam latihan

Memperoleh pengalaman kerja

Berpeluang mendapatkan kelayakan dalam kejurulatihan, pengadilan, kepimpinan dan pengurusan

Meningkatkan pembangunan peribadi dan sosial

Membantu meningkatkan harga diri dan keyakinan diri

Berpeluang untuk bertemu dengan kenalan baru dari pelbagai kumpulan umur

Membuatkan seseorang itu berasa bangga, diperlukan dan dihargai

FAEDAH BERSUKARELA BAGI GOLONGAN MUDA

Page 23: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

KEMBARA MOTIVASI JIWA

Kembara Motivasi Jiwa dengan kerjasama 1MDB dan JAKOA memilih tema ‘Memperkasakan Jiwa’

yang merupakan fokus utama dalam program ini. Program ini bertujuan untuk mengiktiraf sukarelawan

sebagai entiti yang bermakna dalam masyarakat, di samping menyediakan ruang saling mengenali

dan saling mencontohi dalam usaha mewujudkan peribadi yang bermotivasi, proaktif, dan dinamik.

Selain itu, program ini bertujuan menyediakan ruang ujian ketahanan spiritual, mental, emosional

dan fizikal dalam kalangan sukarelawan yang terlibat.

Program berlangsung dari 24-27 Januari 2013 dan disertai oleh 25 orang sukarelawan SALAM, 5 orang

urus setia (Kakitangan dan sukarelawan SALAM), 7 moderator (Kakitangan JAKOA dan Orang Asli ) dan

6 orang sukarelawan JPAM. Program ini diljalankan di sekitar perkampungan orang asli Kampung Sungai

Tekam, Kampung Pulau Tujuh dan Empangan Temenggor, Gerik Perak. Ia telah mendapat tajaan sepe-

nuhnya dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta mendapat kerjasama dari Jabatan Kemajuan

Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Modul Kembara Motivasi ini adalah garapan antara modul bercorak survival ( kelangsungan hidup )

dan pengkayaan nilai kendiri. Secara ringkasnya ia dilaksanakan dalam 6 Gerak Kerja Survival, 3 Sesi

Diskusi, 7 Refleksi Diri dan 3 Aktiviti Sukarela. Antara Gerak Kerja Survival penyediaan logistik sepanjang

program, berburu, memasang pukat dan jerat, menjala, menangkap dan memancing ikan, mencipta

dan mengemudi rakit, mengenali khazanah hutan dan memanfaatkannya.

Page 24: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

Kami Di Yayasan Salam Malaysia Mengucapkan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Kepada Seluruh Sukarelawan Kami Yang Menyambutnya

Page 25: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

February 13, 2012 @ 10:16am

Sukarelawan

Sukarelawan...

Bukan suka-suka mencari kawan

Tetapi mencari kemuafakatan

Sukarelawan...

Lebih banyak melihat tangisan

Daripada satu senyuman

Sukarelawan

Bukan mahu menjadi jagoan

Hanya ingin membaja kebajikan

Sukarelawan

Setia menyelit semangat menepis keluhan

Agar langkah tetap di teruskan

Sukarelawan

Sentiasa memberi tidak pernah mengharap balasan

Menjadi perantaraan kepada yang memerlukan

Sukarelawan

Berdirinya di sini bukan mencari publisiti murahaan

Hanya melestarikan erti sebenar keikhlasan....

kejora.mawaddah

Page 26: Buletin SALAM Edisi Julai 2013.pdf

Yayasan Salam Malaysia

No 22 Jalan Changgai 6/22,

46000, Petaling Jaya, Selangor.

Tel : 03-79584021

Fax : 03-79584031

Web : www.salam.org.my

Please help us help others. There are several ways to make a finan-

cial donation to Yayasan Salam Malaysia so we may continue our

humanitarian services down the street, across the country and

around the world.

A financial contribution is always the most helpful and efficient sup-

port we can receive from our donors. Please consider making a

monetary gift today.

<<< Go to www.salam.org.my

If at any time you have questions about donation opportunities,

please contact Arif Hakim, Fundraising Officer at [email protected]

or call 03-79584021.

Thank you for your Support to Yayasan Salam Malaysia!

Other Ways to Donate:

Donate by Mail

Please mail a check or money order payable to : Yayasan Salam

Malaysia

For acknowledgment and tax purposes, please include:

- Your name

- Address

- Telephone number

- Email address

DONATE

TO DONATE

DONATE DONATE