buletin salam edisi julai 2013

Upload: arif-haq

Post on 03-Apr-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    1/26

    JULAI 2013NO 22, JALAN CHANGGAI 6/22, 46000, PETALING JAYA,

    SELANGOR . TEL : 03-79584021 , FAX : 03-79584031

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    2/26

    YayasanSalam

    Malaysia

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    3/26

    SUPERSTARPROJECTSIGCKSIGMY OLE-OLESALAMUTARA

    SALAMSARAWAK

    www.facebook.

    com/pages/Salam

    -Utara

    www.facebook.com/pages/My-Ole-Ole

    www.facebook.com/

    SIG.CommKids

    www.facebook.com/

    MiniLibraryProject

    www.facebook.com/

    pages/Salam-Sarawak

    Find UsOn Facebook

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    4/26

    Yayasan Salam Malaysia

    No 22 Jalan Changgai 6/22,

    46000, Petaling Jaya, Selangor.

    Tel : 03-79584021

    Fax : 03-79584031

    Web : www.salam.org.my

    Hantarkan komen anda

    Jika anda ingin menghantarkan komen kepada

    editor, sila emailkan kepada [email protected].

    YAYASAN SALAM MALAYSIA (SALAM) merupakan sebuah badan bukan kerajaan dan

    tidak berunsurkan keuntungan. Yayasan Salam memfokuskan untuk mempromosi

    semangat kesukarelaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami juga menyediakanpeluang bersukarela untuk masyarakat di dalam dan luar negara.

    Keahlian Yayasan Salam terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur 18

    tahun keatas. Untuk maklumat lanjut berkaitan Yayasan Salam Malaysia, sila ke laman

    web kami di www.salam.org.my

    VolunteersWhere would we be without volunteersWho quickly respond when a need appears?This is the way you have chosen to serve;What appreciaon you deserve!There are very many things to doAnd YOUR me can only be given by YOU!So without complaint and without demandsYou oer the labor of your hands.The world is a beer place to liveWhen people like you are so willing to give.With this atude of love and of careYou will nd a welcome anywhere.You may not always know when someoneIs especially blessed by a kindness youve done:As you freely share your hours and days,May you also be blessed in many ways.

    Md. Ghani IbrahimKetua Pegawai OperasiYayasan Salam Malaysia

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    5/26

    DuniaSUKARELA

    Kandungan

    Kem Kreatif Superstar

    Minggu Sukarelawan Kebangsaan

    Mencari Bintang Serendah

    Ziarah Amal Hospital Serdang

    My Ole-Ole

    Back to School

    Lawatan Ke Surabaya

    Perasmian ENHANCE

    Home Repair

    Alam Sekitar - SIGAS

    Perasmian Pusat Latihan Pebangunan

    Usahawan Kuala Pilah

    05

    07

    09

    11

    12

    1314

    15

    16

    17

    18

    SUKARELAWAN MENCORAK DUNIA

    Mengapa Bersukarela?

    Faedah Bersukarela Bagi

    Golongan Muda

    19

    21

    Kembara Motivasi Jiwa22

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    6/26

    Jerebu yang melanda negara baru-baru ini tidak menghalang lebih dari 150 sukarelawan

    Yayasan Salam Malaysia melaksanakan tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat.

    Bermula seawal 7.30 pagi, mereka telah berkumpul di empat lokasi yang menjadi lokasi pilihanuntuk melakukan pelbagai aktiviti berbentuk sukarelawan.

    Inisiatif ini merupakan agenda utama sambutan Minggu Sukarelawan Peringkat Kebangsaan

    2013 oleh Yayasan Salam Malaysia. Minggu Sukarelawan merupakan sambutan yang disam-

    but bukan sahaja di Malaysia, malah turut disambut di negara Barat dan Eropah. Lazimnya

    disambut pada minggu pertama bulan Julai, Yayasan Salam memilih untuk menyambutnya

    sedikit awal iaitu pada 26 Jun 2013, bagi memberi laluan kepada bulan

    Ramadhan yang bermula pada awal bulan Julai.

    Menurut Ketua Pegawai Operasi Yayasan Salam, En. Md Ghani Ibrahim. Yayasan Salam

    telah menganjurkan sambutan ini sejak awal penubuhannya lagi pada tahun 1997. Ia bagi

    menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan dalam kalangan rakyat Negara ini.

    Sambutan tahun ini dilaksanakan dengan mengadakan 4 inisiatif sukarela di lokasi -lokasi yang

    berlainan. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada sukarelawan tentang isu-

    isu berbeza yang dihadapi oleh masyarakat. Rata-rata sukarelawan begitu teruja dan ber-

    sungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan masing-masing. Selain dapat membantu

    golongan yang memerlukan, mereka juga dapat mengenali dengan lebih lanjut golongan-

    golongan tersebut.

    Sambutan minggu sukarelawan ini diakhiri dengan mengadakan sebuah majlis ringkas bagi

    menghargai sukarelawan dan keempat-empat pihak dimana lokasi kerja-kerja amal tersebut

    dijalankan.

    Diharapkan Sambutan Minggu Sukarelawan Peringkat Kebangsaan 2013 ini dapat memberiimpak yang baik kepada golongan yang dibantu dan paling penting berupaya

    memangkinkan keinginan untuk bersukarela dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Pihak Yayasan Salam ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada organisasi-organisasi

    yang terlibat, penaja-penaja individu dan korporat serta kepada sukarelawan kami.

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    7/26

    Menjana PerubahanBermakna

    Minggu Sukarelawan Kebangsaan 2013.

    Bersempena dengan Sambutan Hari Sukarelawan Kebangsaan yang disambut pada Julai

    setiap tahun, SALAM telah mengadakan beberapa aktiviti bersukarela bersama organisasi

    dan badan kerajaan terpilih. Objektif sambutan ini adalah untuk menyemarakkan lagi

    semangat kesukarelaan dalam kalangan sukarelawan, organisasi yang terlibat serta

    masyarakat Malaysia secara amnya.

    Sambutan telah dijalankan pada hari Sabtu, 29 Jun 2013. Bersempena dengan

    sambutan ini, kami telah melakukan 4 projek berbentuk kemasyarakatan secara serentak.

    SALAM telah memilih empat organisasi yang dibantu iaitu :

    1. Asrama Darul Falah (ASDAF)

    2. Malaysian Association of Blind (MAB)

    3. Spastic Children Of Association of Selangor and Wilayah Persekutuan (SCAS @FT)

    4. Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Hutan Pendidikan Bukit Gasing.

    Aktiviti yang dijalankan ialah:

    1. Asrama Darul Falah (ASDAF) : Gotong-royong menceriakan perpustakaan ASDAF

    bagi kegunaan penghuninya. 2. Malaysian Association of Blind (MAB) : Menaip buku @ bacan bacaan di per-

    pustakaan sebagai bahan bacaan bagi orang-orang kelainan upaya penglihatan

    yang datang ke perpustakanan MAB. Buku-buku yang telah ditaip semula ini

    kemudiannya akan ditukarkan kepada format Braille. 3. Spastic Children Of Association of Selangor and Wilayah Persekutuan (SCAS @FT) :

    Gotong-royong membersihkan dewan yang dijadikan kelas bagi kanak-kanak

    kelainan upaya. 4. Hutan Pendidikan Bukit Gasing : Aktiviti menanam pokok dari pelbagai jenis di 5

    zon terpilih oleh pihak MBPJ sekitar Hutan Bukit Gasing serta membersihkan kawasan

    sekitarnya. Aktiviti ini diadakan bersempena dengan pemilihan kawasan Hutan

    Pendidikan Bukit Gasing (Seksyen 5) sebagai kawasan yang diwartakan sebagai

    Zon Bersih Petaling Jaya.

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    8/26

    Pelbagai isu masih membelenggu Kaum Orang Asli di Malaysia. Antaranya adalah isu pen-

    didikan, kemiskinan dan sebagainya. Bermula dari tahun 2010, sukarelawan Yayasan Salam

    Malaysia melalui kumpulan yang dinamakan Nukleus Superstar Project telah menyahut caba-

    ran untuk membantu kaum Orang Asli ini mencapai potensi diri yang lebih baik,terutamanya dalam kalangan generasi muda. Kumpulan sasar projek ini adalah kira-kira 400

    kanak-kanak dan belia yang tinggal di Kg. Ulu Melaka, Serendah. Masyarakat orang asli di sini

    adalah dari golongan kaum Temuan yang populasinya agak ramai di negeri Selangor.

    Dengan misi utama untuk membangunkan bakat dan menambah keyakinan diri dalam

    kumpulan sasar yang digelar sebagai SUPERSTAR ini, sebuah Kem Kreatif telah dianjurkan ber-

    mula dari 29 Mei hingga 2 Jun 2013. Perlaksanaan program ini merupakan salah satu daripada

    15 projek yang telah diaturkan sepanjang tahun.

    Kem kreatif yang berbentuk

    latihan intensif selama 4 hari ini

    adalah sebagai persediaan

    kepada sebuah persembahan

    gala yang dipersembahkan

    kepada umum pada 2 Jun 2013.

    Seramai 26 kanak-kanak dan

    belia dari Kampung Ulu Melaka

    Serendah telah menyertai pro-

    gram ini. Menurut ketua

    pengarah program kem kreatif

    superstar, saudara Aznam Zakar-

    ia, program ini adalah kesinam-

    bungan kepada kem kreatif per-

    tama yang diadakan pada ta-

    hun lepas. Berbeza dengan

    perancangan kem yang terdahulu, kali ini Projek Supertstar telah mendapatkan khidmat dari

    tenaga profesional iaitu dari pihak Akedemi Seni Kebangsaan (ASWARA) sebagai tenaga

    pengajar.

    Seramai 4 orang tenaga profesional yang merupakan pensyarah dan penggiat teater tanah

    air telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka bagi menjayakan persembahan

    berbentuk teater musikal ini.

    Antara cabaran terbesar tenaga pengajar adalah untuk membentuk perkembangan watak-

    watak yang perlu dilakonkan oleh para peserta. Kebanyakan dari peserta masih mempunyai

    sikap malu yang menebal dan tahap keyakinan diri yang rendah.

    Walaubagaimanapun melalui kaedah pembelajaran dan latihan yang berbentuk kreatif dan

    menyeronokkan, perkembangan peserta dapat dilihat dari hari ke hari. Pada hari persemba-

    han gala, mereka telah berupaya menghayati dan melakonkan watak masing-masing

    dengan cemerlang sekali.

    Tikus!!!!

    Tikus!!!!

    Serenda

    Tikus!!!

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    9/26

    Kem Kreatif sebegini merupakan kaedah yang

    dirasakan paling sesuai bagi menambah keya-

    kinan diri peserta. Melalui pendekatan yang me-

    nyeronokkan dan diselitkan elemen yang diminati

    oleh mereka seperti nyayian dan lakonan, mere-

    ka diberi peluang untuk menunjukkan bakat dan

    potensi masing-masing. Paling istimewa adalah

    apabila ibubapa peserta turut hadir ke Dewan

    Auditorium Maktab Kerjasama Malaysia untuk

    menyaksikan persembahan anak-anak mereka.

    Jelas terpancar perasaan bangga dan gembira

    kerana jarang-jarang sekali anak-anak mereka

    diberi peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini.

    Diharapkan juga ibubapa sedar tentang potensi

    anak-anak mereka dan berasa bangga dengan

    pencapaian itu seterusnnya dapat mengga-

    lakkan anak mereka untuk meneruskan pelaja-

    ran mereka.

    Perlaksanaan program Kem Kreatif Superstar

    tahun 2013 telah mendapat bantuan dari pel-

    bagai pihak. Antara pihak yang menyumbang

    adalah ASWARA sebagai tenaga pengajar, Pihak

    Maktab Koperasi Malaysia yang menaja lokasi

    persembahan dan pengangkutan serta penaja

    korporat lain seperti HSBC dan ACCENTURE.

    Anda boleh menonton persembahan gala

    mereka di link tersebut :

    http://www.youtube.com/watch?v=KL8xNfyeaj4

    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan

    inisiatif Projek Superstar, layari laman web mere-

    ka di www.superstar.salam.org.my.

    diserang

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    10/26

    Mencari

    BintangSerendah.

    Ilmu adalah kunci utama dalam membuka

    pintu peluang, seterusnya keluar dari belenggu

    kemiskinan dan kemunduran. Berlandaskan

    prinsip tersebut sekumpulan sukarelawan

    Yayasan Salam Malaysia yang dikenali sebagai

    Projek Superstar telah bertungkus lumus untuk

    membina sebuah perpustakaan desa di Kg. Ulu

    Melaka bagi masyarakat Orang Asli Temuan di

    Serendah, Selangor.

    Inisiatif yang menelan belanja lebih dari RM40

    ribu ini diwujudkan bagi menangani isu keciciran

    pendidikan yang banyak dihadapi oleh

    masyarakat Orang Asli di Malaysia. Banyak kes

    dimana pelajar berhenti bersekolah sebelum

    masanya.

    Bangunan yang dahulunya merupakan sebuah

    balai raya lama yang dibina pada awal tahun

    1970-an telah diubahsuai dan dibaiki untuk di-

    jadikan sebuah perpustakaan yang memuatkan

    lebih dari 1300 judul buku dan kelengkapan lain.

    Proses rekabentuk dan perancangan membina

    perpustakaan ini telah diketuai oleh sukarela-

    wan profesional Yayasan Salam Malaysia yang

    terdiri daripada Arkitek, Pereka Hiasan Dala-

    man, Juruukur Bahan dan sebagainya. Apa

    yang menariknya, masyarakat setempat teruta-

    manya kanak-kanak turut diberi peluang untuk

    memberikan input mereka dalam proses reka-

    bentuk awal perpustakaan tersebut.

    Sebuah bengkel kreatif bagi mendapatkan

    idea dan konsep awal telah diadakan di Janda

    Baik, Pahang pada penghujung tahun lalu. Ia

    dihadiri oleh ahli JKKK dan juga remaja serta

    kanak-kanak yang mewakili kumpulan sasar

    projek ini.

    Kerja-kerja ubahsuai dan baik pulih telah ber-

    mula dari bulan Januari 2013 dan siap sepe-

    nuhnya pada bulan Mac 2013. Projek SuperstarMini Library telah mendapat penajaan dari

    pihak Accenture dan HSBC International.

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    11/26

    LAWATAN BAND

    HUJAN

    BANGUNAN

    SEBELUM

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    12/26

    Program Ziarah Amal Hospital Serdang telah diadakan pada 20 Oktober 2012. Objektif utama program ini

    adalah untuk memberikan keceriaan kepada pesakit kanak-kanak di wad tersebut agar melupakan

    sementara kesakitan dan kesedihan. Selain itu, ia juga membolehkan pesakit belajar mengawal emosi di

    samping menggalakkan mereka untuk berkawan, berinteraksi serta saling mendapat sokongan sesamamereka.

    Program bermula pada jam 10 pagi dengan sesi

    taklimat yang diberikan oleh ketua jururawat Wad

    Pediatrik. Seramai 16 orang sukarelawan termasuk 2

    orang staf SALAM terlibat semasa sesi penyerahan

    beg cenderahati kepada pesakit-pesakit di Wad

    Pediatrik, Wad Dewasa serta penjaga pesakit.

    Sebanyak 150 beg disediakan oleh sukarelawan

    yang mengandungi air kotak, roti, muffin, Nescafe,

    Milo, air mineral serta buah epal.

    Jururawat hospital turut membantu membawa

    sukarelawan melawat ke wad-wad pesakit terba-

    bit bagi memudahkan perjalanan program. Seki-

    tar jam 12 tengahari para sukarelawan selesai

    menyerahkan beg cenderahati kepada

    penerima. Program ini mendapat tajaan

    berbentuk barangan makanan dan wang tunai

    daripada YMY Chocolicious & Crafts serta

    beberapa orang perseorangan.

    ZIARAH AMAL2012HOSPITAL SERDANG

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    13/26

    My Ole-Ole

    SALAM

    My Ole-Ole telah dijalankan oleh sukarelawan SALAM bermula pada tahun 2010.

    Program ini bertujuan membantu mengumpulkan makanan kering (tahan lama)

    untuk diedarkan kepada golongan-golongan terpinggir. Matlamat program ini

    adalah untuk menanamkan budaya prihatin masyarakat untuk membantu

    golongan yang kurang berkemampuan. Ia juga memupuk semangat menderma

    dalam kalangan masyarakat, memberi kepuasan kepada individu yang memberi

    sumbangan serta membantu dan meringankan beban komuniti terpilih terutama

    ketika musim perayaan.

    Pada tahun 2012 sebanyak 153 keluarga terpilih telah

    menerima sumbangan tersebut. Mereka terdiri

    daripada pesakit-pesakit dari Hospital Sungai Buloh

    dan Hospital Serdang, Rumah Anak-Anak Yatim Nur

    Syahirah dan Rumah Anak-Anak Yatim Al-Kauthar di

    Bangi, mangsa banjir di Hulu Langat, keluarga OKU,

    ibu tunggal dan fakir miskin sekitar Kuala Kubu Baru,

    Klang, PPRT Kota Damansara, Rawang, Parit Buntar,

    Sri Damansara, Keramat, Chow Kit dan keluarga

    Orang Asli Sg Rekom, Gua Musang Kelantan.

    My Ole-Ole telah mendapat kerjasama daripada Hypermarket Giant, Majlis

    Perbandaran Klang, Jabatan Audit Negara, Team Gunung Online, badan korpo-

    rat dan orang perseorangan.

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    14/26

    BACKTO

    SCHOOLProgram CSR ini ditaja oleh Syarikat Phillip Morris (M) Sdn.Bhd.

    dengan kerjasama SALAM sebagai rakan NGO semenjak dari

    tahun 2008 lagi. Program ini turut mendapat kerjasama dari

    pejabat Parlimen Alor Setar iaitu Dato Seri Chor Chee Heung

    selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

    Program penyerahan telah diadakan pada 7 Disember 2012

    di Alor Setar, Kedah. Ia merupakan pemberian bantuan

    barangan persekolahan kepada pelajar-pelajar sekolah yang

    terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah. Antara

    barangan yang diberikan adalah pakaian seragam sekolah,

    beg dan kasut.

    Philip Morris telah memperuntukkan sebanyak RM155,083.11

    bagi menaja barangan keperluan persekolahan tersebut.

    Seramai 467 orang pelajar dari 33 buah sekolah rendah

    terpilih sekitar Bandar Alor Setar telah menerima sumbangan

    yang merangkumi pelajar-pelajar dari sekolah kebangsaan,

    sekolah cina dan sekolah tamil.

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    15/26

    Lahan Keusahawanan

    Yayasan Salam Malaysia dan Philip Morris (M) Sdn.

    Bhd. telah menjalinkan kerjasama untuk membantu

    para usahawan kecil dan bakal usahawan menimbailmu dan pengalaman bersama rakan organisasi iaitu

    Pusat Pelatihan Kewirausahaan Sampoerna (PPKS) di

    Surabaya, Indonesia.

    Program yang berlangsung dari 20-24 Februari 2012 ini

    bertujuan untuk memperkasakan usahawan kecil dan

    bakal usahawan dari Kota Kinabalu dan Ranau, Sabahdengan asas perniagaan seperti kira-kira (untung dan

    rugi), pemasaran (penjenamaan dan pembungkusan),

    pemprosesan makanan, pengurusan tenaga dan

    sebagainya.

    Program yang dihadiri seramai 25 orang peserta ini telah berakhir dengan jayanya. Majlis penyampaian sijil

    latihan telah disempurnakan oleh Datuk Philip Lasimbang, Setiausaha kepada YB Tan Sri Bernard Dompok

    selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama Datuk Freezailah Che Yeom, Ahli Lembaga Pemegang

    Amanah, Yayasan Salam Malaysia bertempat di Hotel Concord Inn, KLIA.

    Pusat PelahanKewirausahaan Sampoerna

    Ke Surabaya

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    16/26

    2012REPAIR

    Phillip Morris Malaysia Sdn. Bhd.(Phillip Morris) atas rasa tanggungjawab

    sosialnya sekali lagi telah bersetuju untuk

    memperuntukkan sejumlah dana yang

    besar bagi usaha membaiki rumah melalui

    program HOME REPAIR 2012.

    Kali ini sebanyak 34 buah rumah di

    kawasan Kampung Bachok, Kelantan

    telah terpilih untuk menerima bantuan ini.

    Keluarga yang dipilih adalah daripada

    senarai yang dikenalpasti belum

    mendapat bantuan daripada mana-mana

    agensi kerajaan mahupun syarikat korpo-

    rat yang lain.

    Untuk program kali ini, Phillip Morris sekali

    lagi bekerjasama dengan Yayasan Salam

    Malaysia (SALAM) membantu penduduk

    kampung tersebut yang rata-ratanya

    berpendapatan isi rumah kurang dari

    RM800.00 sebulan. Berikutan kesempitan

    hidup yang mereka alami, Phillip Morris

    yang merupakan rakan kerjasama SALAM

    sejak tahun 2008 lagi, telah melakukan

    inisiatif untuk memberi bantuan kepada

    mereka.

    Melalui program ini Yayasan Salam Malay-

    sia dan pihak penaja berharap agar

    program bantuan yang diberikan dapat

    membantu menaiktarafkan kehidupan

    keluarga yang terbabit agar lebih

    sempurna. Program yang sudah pun men-

    jengah negeri Sabah dan Sarawak ini di-

    harap dapat diteruskan pada tahun-tahun

    akan datang agar lebih banyak isi rumah

    dapat menerima manfaat melalui program

    murni ini.

    HOME

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    17/26

    SIGAS merupakan singkatan kepada

    kumpulan sukarelawan Special

    Interest Group Alam Sekitar yang terlibat dalam

    aktiviti berasaskan alam sekitar. Sehingga kini, SIGAS

    sangat aktif dalam program-program seperti aktiviti

    kitar semula 3R, pembersihan sungai, menanam

    pokok, eksplorasi gua dan lain-lain aktiviti.

    Bagi tahun 2012, sebanyak lapan program

    telah dijalankan oleh sukarelawan SIGAS. Pada awal

    tahun telah diadakan Volunteering de Zoo Negara

    yang memberi peluang kepada sukarelawan untuk

    membersihkan kawasan zoo selain memberi makan

    kepada haiwan-haiwan di sana. SIGAS turut beker-

    jasama dengan The Organizing Committee Shah Alam

    Rivers & Trees For Life untuk menjayakan program pe-

    nanaman pokok di Sungai Renggam dan di Sungai

    Damansara, Shah Alam.

    Selain itu, tahun 2012 turut menyaksikan

    SIGAS terlibat dalam program-program seperti

    Ekspresi Alam : Green Flashmob 2012 yang

    merupakan satu gerakan ataupun tarian untuk

    memberi kesedaran kepada orang awam mengenai

    kepentingan menghargai alam sekitar. Program Brown

    Bag Session Kitar Semula Sisa Minyak Masak 2012 pula

    diadakan bagi mengumpul dana untuk perlaksanaan

    aktiviti kebajikan bagi jadual aktiviti sepanjang tahun

    2012. Program ini menampilkan wakil dari KRIS BIOFU-

    ELS SDN. BHD. dan juga HELWANI AMPANG sebagai

    penasihat.

    Pada bulan Ogos turut dijalankan program

    Pelita Ramadhan yang Ke-2. Program ini melibatkan

    sukarelawan SIGAS dan juga anak yatim Rumah Kasih

    Harmoni, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan

    Sg. Kertas, Batu Caves dan Sekolah Kebangsaan Pen-

    didikan Khas Jalan Peel. Program 2 hari 1 malam ini

    dijalankan di Nur Laman Bestari termasuk aktiviti ber-

    buka puasa, bersolat Terawih berjemaah dan juga

    bersahur. Ia melibatkan anak-anak yatim dan golon-

    gan ASNAF dari rumah kebajikan yang terpilih di ka-

    wasan Lembah Klang.

    Diharapkan segala usaha sukarelawan SALAM

    akan terus memberi impak yang positif terhadap alam

    sekitar.

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    18/26

    MAJLIS PERASMIANPUSAT PEMBANGUNAN PENDIDIKAN & NUTRISI

    KANAK KANAK

    Majllis Perasmian Pusat Pembangunan Pendidikan

    Dan Nutrisi Kanak-Kanak (ENHANCE) di Kampung

    Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor telah diadakan

    pada 1 Julai 2013. Majlis telah disempurnakan oleh

    En. David Ross, Pengarah Urusan Fonterra Brands (M)

    Sdn. Bhd. bersama Dato Saifuddin Abdullah, Ahli

    Lembaga Pemegang Amanah SALAM.

    ENHANCE merupakan program kerjasama antara

    Fonterra Brands, SALAM, Jabatan Kemajuan Orang

    Asli Hulu Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Ma-

    laysia. Ia bertujuan untuk membantu masyarakat

    orang asli di Kampung Pertak bagi mendapatkan

    kemudahan pendidikan dan khasiat pemakanan

    sejak dari kecil lagi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk

    meningkatkan tahap kesihatan dan pembelajaran

    kanak-kanak di situ.

    Program terdiri daripada dua komponen iaitu

    kesihatan dan nutrisi serta pendidikan. Antara rutin

    harian mereka adalah kelas pra-sekolah, tuisyen,

    aktiviti kebudayaan, permainan interaktif dan aspek

    penjagaan diri. SALAM turut menempatkan dua

    orang sukarelawan sepenuh masa yang bertindak

    sebagai tenaga pengajar.

    Bagi komponen pendidikan, ENHANCE menyediakan

    kemudahan pendidikan dengan persekitaran yang

    kondusif bagi memberikan keselesaan kepada para

    pelajar. Komponen kesihatan dan nutrisi pula

    melibatkan pemakanan berkhasiat dan seimbang

    serta persekitaran yang bersih.

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    19/26

    PERASMIANPUSAT LATIHAN PEMBANGUNAN USAHAWANAN

    KUALA PILAH

    Tanggal 2 Julai 2013 Pusat Lahan Pembangunan Keusaha-

    wanan Kuala Pilah telah sempurna dirasmikan oleh YAM

    Tunku Zain Al - Abidin Ibni Tuanku Muhriz.

    Ia merupakan projek kerjasama antara Philip Morris

    (Malaysia) Sdn Bhd dan Yayasan Salam Malaysia (Salam).

    Objekf penubuhan Pusat Lahan Pembangunan Usaha-

    wanan Kuala Pilah adalah:-

    Menyediakan lahan kemahiran vokasional

    kepada golongan berminat.

    Memberi lahan dan tunjuk ajar tentang

    memulakan perniagaan.

    Pusat perniagaan mikro untuk pelah

    Membuka peluang kepada golongan remaja

    -belia menimba ilmu dan kemahiran selepas

    alam persekolahan

    Pusat lahan Pembangunan Usahawan Kuala

    Pilah juga menyediakan:-

    1 mesin embroidery (4head) untuk sulaman

    1 mesin jahit / jahit tepi

    10 buah komputer (24jam internet dan wi)

    Lahan asas komputer

    Lahan pengendalian mesin embroidery

    (sulaman )

    Rekabentuk grak

    Pengenalan perniagaan

    Pusat lahan ini juga memberi peluang kepada remaja,

    ibu tunggal dan kepada penduduk sekitar Kuala Pilah yang

    berminat.

    Projek ini bertujuan memberi kemahiran berniaga, asas

    komputer, jahitan, sulaman dan perisian grak kepada

    peserta dalam meningkatkan taraf hidup dan sosial.

    Di pusat lahan ini juga pihak SALAM menyediakan ka-

    kitangan dan sukarelawan yang terlah dalam memas-kan kumpulan sasaran mendapat manfaat jangka masa

    panjang.

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    20/26

    Sukarela sering ditafsirkan sebagai satu perkara yang baik untuk dilakukan. Sudah tentu

    ada kebenarannya, tetapi apakah sebenarnya implikasi sikap sukarela itu terhadap

    sukarelawan dan pihak yang mendapat manfaatnya?

    BAGAIMANA MELAKSANAKANNYA??

    Sukarelawan sememangnya dapat memberikan impak maksima terhadap kesihatan dan kesejahteraan

    masyarakat sedunia. Mereka menjalankan kerja-kerja sukarelawan dari pelbagai cara atas dasar kesu-

    karelaan, antaranya:-

    Perkhidmatan kritikal :-

    Sukarelawan Bomba dan Penyelamat.

    Mengedarkan makanan kepada gelandangan.

    Terlibat dalam mengendalikan talian telefon berkaitan aduan keganasan rumah tangga ataugangguan seksual di pusat-pusat aduan.

    Membantu dalam menjadikan kawasan kejiranan, jalan, parkir kereta, sungai, hutan dan punca air bersih

    dan selamat untuk semua.

    Perkhidmatan mengajar, tuisyen, mentor, melatih dan menyokong golongan muda dari pelbagai segi

    ter masuklah masalah krisis individu.

    Membantu memelihara kucing/anjing,membersihkan kandang/sangkar selain menyumbang kepakaran

    dalam bidang veterinar seperti di pusat perlindungan haiwan dan pusat pemulihan hidupan liar.

    Menyebarkan kesedaran kepada orang ramai mengenai kesihatan dan keselamatan. Terdapat

    pegawai-pegawai perubatan yang meluangkan masa, tenaga dan pengetahuan dalam bidang perubatansecara percuma kepada mereka yang memerlukan melalui program-program yang dijalankan.

    Membina/membaiki rumah dan sekolah, menggali perigi/telaga di kawasan- kawasan yang memerlukan

    pemuliharaan.

    MENGAPA SIKAP INGINBERSUKARELA ITU PENTING?

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    21/26

    UKUR MELALUI ANGKA

    Satu lagi cara bagaimana untuk mengukur impak yang

    dilakukan oleh sukarelawan adalah dengan

    mengambil kira statistik yang merangkumi jam

    sukarelawan berkhidmat dan nilai ekonomi masa

    sukarelawan itu sendiri.

    Menurut Corporation for National and Community

    Service, pada tahun 2008, sebanyak 61.8 juta individu

    di Amerika Syarikat telah menyumbangkan lapan juta

    jam untuk kerja-kerja sukarelawan. Ini bermakna nilai

    ekonomi masa yang disumbangkan oleh sukarelawan

    itu ialah US$162 bilion.

    IMPAK SEKIRANYA SUKARELAWAN TIADA

    Cuba kita bayangkan dunia tanpa sukarelawan. Apa agaknya yang mungkin terjadi? Sebagai contoh, katakan

    kita berhadapan dengan bencana alam, dan tidak seorang pun sanggup untuk membantu orang lain dan hanya

    mahu menjaga diri sendiri?

    Apa akan terjadi kepada bandar-bandar kita, sekolah-sekolah kita, tempat kita beribadat dan perpustakaan kita

    jika tiada individu yang bergelar sukarelawan? Banyak tempat lagi berkemungkinan akan lesu sekiranya individu

    ini tiada. Hakikatnya, kita berkemungkinan akan bertembung dengan golongan ini dalam kehidupan seharian kita

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    22/26

    Terdapat pelbagai kebaikan dalam menjalankan kerja sukarela. Antaranya adalah:

    Berpeluang untuk berseronok di tempat aktiviti dijalankan

    Berpeluang untuk membuat perubahan dalam kehidupan seseorang

    Berpeluang untuk menjalani cara hidup yang sihat

    Mendapatkan peluang-peluang pendidikan - mempelajari mengenai sesuatu yang akan dilakukan

    Berpeluang memperoleh kemahiran atau melibatkan diri dalam latihan

    Memperoleh pengalaman kerja

    Berpeluang mendapatkan kelayakan dalam kejurulatihan, pengadilan, kepimpinan dan pengurusan

    Meningkatkan pembangunan peribadi dan sosial

    Membantu meningkatkan harga diri dan keyakinan diri

    Berpeluang untuk bertemu dengan kenalan baru dari pelbagai kumpulan umur

    Membuatkan seseorang itu berasa bangga, diperlukan dan dihargai

    FAEDAH BERSUKARELA BAGIGOLONGAN MUDA

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    23/26

    KEMBARA MOTIVASI JIWAKembara Motivasi Jiwa dengan kerjasama 1MDB dan JAKOA memilih tema Memperkasakan Jiwa

    yang merupakan fokus utama dalam program ini. Program ini bertujuan untuk mengiktiraf sukarelawan

    sebagai entiti yang bermakna dalam masyarakat, di samping menyediakan ruang saling mengenali

    dan saling mencontohi dalam usaha mewujudkan peribadi yang bermotivasi, proaktif, dan dinamik.

    Selain itu, program ini bertujuan menyediakan ruang ujian ketahanan spiritual, mental, emosional

    dan fizikal dalam kalangan sukarelawan yang terlibat.

    Program berlangsung dari 24-27 Januari 2013 dan disertai oleh 25 orang sukarelawan SALAM, 5 orang

    urus setia (Kakitangan dan sukarelawan SALAM), 7 moderator (Kakitangan JAKOA dan Orang Asli ) dan

    6 orang sukarelawan JPAM. Program ini diljalankan di sekitar perkampungan orang asli Kampung Sungai

    Tekam, Kampung Pulau Tujuh dan Empangan Temenggor, Gerik Perak. Ia telah mendapat tajaan sepe-

    nuhnya dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta mendapat kerjasama dari Jabatan Kemajuan

    Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

    Modul Kembara Motivasi ini adalah garapan antara modul bercorak survival ( kelangsungan hidup )

    dan pengkayaan nilai kendiri. Secara ringkasnya ia dilaksanakan dalam 6 Gerak Kerja Survival, 3 Sesi

    Diskusi, 7 Refleksi Diri dan 3 Aktiviti Sukarela. Antara Gerak Kerja Survival penyediaan logistik sepanjang

    program, berburu, memasang pukat dan jerat, menjala, menangkap dan memancing ikan, mencipta

    dan mengemudi rakit, mengenali khazanah hutan dan memanfaatkannya.

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    24/26

    Kami Di Yayasan Salam Malaysia Mengucapkan

    Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

    Kepada Seluruh Sukarelawan Kami Yang Menyambutnya

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    25/26

    Fu 13, 2012 @ 10:16

    Sklw

    Sklw...Bk k-k nc kw

    Tet nc uafkat

    Sklw...

    L by ha tnis

    Dpad sa m

    Sklw

    Bk m ja jago

    Hy n bj bk

    Sklw

    Sei i mnga i h

    Ag lnk et uk

    Sklw

    Snias id n nhr blas

    Mja rntra pad yn k

    Sklw

    Bry k nc ii rha

    Hy estk n las....

    kejora.mawaddah

  • 7/28/2019 Buletin Salam Edisi Julai 2013

    26/26

    Yayasan Salam Malaysia

    No 22 Jalan Changgai 6/22,

    46000, Petaling Jaya, Selangor.

    Tel : 03-79584021

    Fax : 03-79584031

    Web : www.salam.org.my

    Please help us help others. There are several ways to make a finan-

    cial donation to Yayasan Salam Malaysia so we may continue our

    humanitarian services down the street, across the country and

    around the world.

    A financial contribution is always the most helpful and efficient sup-

    port we can receive from our donors. Please consider making a

    monetary gift today.