komsas julai

34
Pengenalan KOMSAS adalah akronim pada Komponen Kesusteraan Melayu. Ia merupakan pendekatan baharu dalam pengajaran kesusasteraan Melayu, sistem pendidikan kebangsaan. Hal ini bertitik tolak apabila sastera atau pengajaran kesusasteraan telak dikenalpasti dapat memberikan sumbangan kea rah pemantapan rohani dan emosi. Ini sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Bagi memastikan aspek ini diajar kepada semua pelajar, KOMSAS diperkenalkan sebagai satu komponen dalam pengajaran dan pembelajaran Basa Malaysia mulai tahun 2001. KOMSAS diselitkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia secara formal pada bulan 2001. Komponen ini meliputi pendedahan terhadap bahan-bahan sastera seperti puisi tradisional, sajak, cerpen, prosa tradisional, novel dan drama. Pengajaran KOMSAS dalam subjek Bahasa Melaysia menghasilkan dua impak yang penting dalam proses pembelajaran bahasa. Dua impak tersebut adalah menjadikan P & P Bahasa Malaysia lebih menarik dan pada masa yang sama,

Upload: tropicanalife

Post on 23-Jun-2015

339 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOMSAS julai

Pengenalan

KOMSAS adalah akronim pada Komponen Kesusteraan Melayu. Ia

merupakan pendekatan baharu dalam pengajaran kesusasteraan Melayu, sistem pendidikan

kebangsaan. Hal ini bertitik tolak apabila sastera atau pengajaran kesusasteraan telak

dikenalpasti dapat memberikan sumbangan kea rah pemantapan rohani dan emosi. Ini

sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Bagi memastikan aspek ini

diajar kepada semua pelajar, KOMSAS diperkenalkan sebagai satu komponen dalam

pengajaran dan pembelajaran Basa Malaysia mulai tahun 2001.

KOMSAS diselitkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia

secara formal pada bulan 2001. Komponen ini meliputi pendedahan terhadap bahan-bahan

sastera seperti puisi tradisional, sajak, cerpen, prosa tradisional, novel dan drama.

Pengajaran KOMSAS dalam subjek Bahasa Melaysia menghasilkan dua impak yang

penting dalam proses pembelajaran bahasa. Dua impak tersebut adalah menjadikan P & P

Bahasa Malaysia lebih menarik dan pada masa yang sama, memberikan kesan emosi yang

sekali gus menjadikan pelajar seolah-olah mempelajari kesusasteraan.

Melalui penghayatan bahan-bahan sastera yang terpilih dan berkualiti,

KOMSAS tidak dapat dinafikan sebagai pembentuk emosi para pelajar menengah rendah di

seluruh Malaysia.KOMSAS merupakan satu medium yang mampu membentuk serta

memantapkan aspek emosi, rohani, jasmani dan intelek para pelajar seperti mana yang

disaran dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Kajian Tentang Penggunaan Gaya Bahasa Atau Bahasa Seni

Page 2: KOMSAS julai

Dalam Novel Melunas Rindu

Setelah membaca dan mengkaji novel Melunas Rindu tulisan Hartini Hamzah saya

dapati novel ini diolah dengan menggunakan pelbagai unsur gaya bahasa atau bahasa

seninya. Kepelbagaian tersebut sudah semestinya telah menjadikan cerita dalam novel ini

menarik dan berkesan.

Antara unsur gaya bahasa dalam novel ini dalah seperti berikut;

1. Personifikasi

Personifikasi adalah pemberian sifat manusia pada benda-benda mati seperti objek atau

bukan manusia.Unsur bahasa ini juga disebut perorangan dan kalimah penjelmaan. Unsur

personifikasi ini kerap kali digunakan oleh penulis dalam novel ini. Penulis mungkin ingin

menimbulkan kesan yang mendalam kepada pem

Antara contoh personifikasi yng digunakan oleh penulis dalam novel ini adalah seperti

berikut;

a) Ombak menggulung tinggi, timpa-menimpa dan saling berkejaran untuk memenangi

pantai waktu Fuad tiba di pesisir Batu Buruk petang itu. (hal 10)

b) Mendadak perasaan senang menyelinapi dirinya,lantas dibiarkannya sahaja hembusan

basah bayu Disember itu menampar pipinya. ( hal 10)

c) Tidak langsung kecil hatinya apabila gegendangnya menangkap bunyi Mak Salmah

membanting pintu atau menghempaskan perkakas di dapur. (hal 12 dan 13)

d) Cepat-cepat dia beristigfar, kesedaran menapak semula dalam hatinya. (hal 14)

e) Kawasan tanah setengah ekar yang sebelumini dihuni lalang dan senduduk, kini sudah

ketara lapangnya. (hal 20)

f) Di satu sudut dia berasa begitu kasihan, sedang di satu sudut lagi, kesunyian yang

Page 3: KOMSAS julai

dirasai terlalu menghasutnya. ( hal 22 )

g) Anak kesayangannya itu Cuma hadir dalam mimpi-mimpinya dan akan menjauhinya

tatkala malam digamit siang. ( hal 23 )

h) Keharuan serta-merta menerpa benaknya, justeru mengenngkan betapa banyaknya

pengalaman guru muda itu tentang masa lalunya. ( hal 30 )

i) Ternyata kegugupan mengambil banyak tenaganya lebih banyak daripada biasa.

(hal 39)

j ) Hinggalah bayang Fuad hilang ditelan blok bangunan, dia menyedari diri. (hal 44 )

k) Atau programnya selama ini cuma bergaya di atas kertas untuk sekadar memuaskan

hati pihat pentadbiran. ( hal 46 )

l) Bermakna sudah lama orang itu menanti, fikirnya sambil melayan kehairanan yang

mula menerjah. ( hal 56 )

m) Kaku dan tidak beralun suaranya. (hal 60 )

n) Jarum jam belumpun tiba ke angka sepuluh, tetapi kehangatan sudah begitu mengigit.

(hal 103 )

o) Betapa akhirnya kesedaran pun berlabuh dalam hatinya. (hal 195)

2. Metafora

Hartini Hamzah ada juga memasukkan unsur metafora dalam novel Melunas Rindunya

ini. Unsur metafora atau perbandingan secara langsung atau terus itu amat berjaya memberi

kesan kepada pembaca kerana dapat menggambar sesuatu idea atau cerita itu dengan lebih

realistik lagi.

Page 4: KOMSAS julai

Antara unsur metafora yang digunakan dalam novel in adalah seperti berikut;

a) Fuad memastikan kereta baharu yang dibelinya secara tunai itu berkunci sebelum

mula menapak ke gigi air. ( hal 10)

b) Cjkgu Abas telah berjaya meruntuhkan benteng resahnya. Hatinya lapang kini,

selapang-lapangnya. Setakat ini tidak ada cacat-celanya lagi manusia bernama

Abas itu di matanya. ( hal 35 )

c) Kali ini giliran Farhana pula memulangkan paku buah keras. (hal 40 )

d) Semacam ada satu keterasingan yang menjuruskan jurang-jurang dan masih belum

mampu dirapatkan. ( hal 41 )

e) Tiba-tiba sahaja perasaannya disapa seulas keriangan. (hal 49 )

f) Farhana masih dengan gelaknya, walaupun tidak segalak tadi. (hal 50)

g) Cikgu Zamani kerap membuatkannya terkenang akan betapa kerdilnya dia, apa lagi

dalam hal-hal yang melibatkan ketakwaan. ( hal 54)

h) Barulah dia menyedari tentang betapa keras hatinya selama ini. (hal 58 )

i) Alangkah bahagianya kalau ada di satu liku hidup ini aku boleh memanggil ibu untuk

kuluahkan kepadanya tentang kesenangan mahupun kesusahan. (hal 63 )

j) Istimewa untuk apaknya, Fuad belilah sehelai kameja lengan panjang warna kelabu

yang bercorak kulit harimau. ( hal 69 )

k) Farhana solat dengan perasaan yang masih gundah, walaupun dilihatnya bilah-bilah

cahaya seakan menantinya dihadapan. (hal 78 )

Page 5: KOMSAS julai

l) Jauh dilipatan sanubarinya, perasaan Fuad tiba-tiba tersentuh. (hal 200)

m) Kehilangan seorang anak perempuan – betapa pun Cuma anak angkat – benar-benar

mengheretnya ke lurah sepi. ( hal 22 )

n) Buat kali pertama sejak pemergian Sofia, Fuad kembali melayan perasaan lelakinya.

( hal 147 )

3. Simile

Simile adalah perbandingan yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.

Perbandingan ini menggunakan kata seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam dan

ibarat. Unsur bahasa ini tidak terlepas dalam novel Melunas Rindu ini walaupun jumlahnya

terhad.

Antara contoh unsur simile dalam novel tersebut adalah;

a) Dia selamanya yakin, orang yang pujuknya sekarang ibarat sebutir permata.

( hal 31 )

b) Betapa ketenangan Fuad ibarat menghantar jurang yang dalam antara mereka.

( hal 59 )

c) “Alah, Kak long ni malas-malas pun banyak duit,” jawabnya lanjut-lanjut seperti

menunjuk lagak. (hal 97 )

d) Aku rasa sihat macam sepuluh tahun dulu bila dapat jumpa kau, Halim. Kau besar,

tinggi macam mak engkau juga. ( hal 107 )

e) Terkejut besar perempuan tua itu, tidak seperti Pak Ismail, kepucatan wajahnya cukup

ketara di bawah sinaran lampu. ( hal 150 )

f) “Masa-masa ginilah aku rasa macam nak minta tukar saja tahun depan” ( hal 174 )

Page 6: KOMSAS julai

g) “ Takkanlah mak cik lupa orang baik macam Fuad ni.” ( hal 174 )

h) Empat orang hero, rumah mesti macam kapal perang. (hal 176 )

i) Kata mama di Sungai Ruan, hidungnya salin tidak tumpah seperti hidung ibunya.

(hal 181 )

j) Jadi nama mak aku ialah Mariana Binti Osman, sama macam nama mak engkau.

(hal 183 )

k) Perlakuannya itu ibarat menghantar jawapan kepada semua orang. (hal 189 )

l) Tahulah Fuad bahawa setiap langkah yang diaturnya selama ini adalah ibarat

melunas rindu. (hal 190 )

m) Seperti Fuad dan Farhana, reaksi Cikgu Abas juga terpancut melalui kata-kata

yang agak liar (hal 194 )

n) Orang seperti Cik Zamani itu ibarat nila setitik saja. (hal 198 )

o) Jangan pula kau bawa perangai kau tu di rumah orang macam dulu-dulu.(hal102)

p) Kedua-duanya tidaklah ikut sama berkejar-kejaran seperti berusia lima enam tahun,

tetapi mereka memang tidak betah duduk diam. ( hal 206 )

4. Perulangan

Terdapat juga unsur perulangan atau repitisi yang digunakan oleh Hartini Hamzah

dalam novelnya ini. Jumlah perulangan tersebut agak sedikit. Penulis Nampak tidak gemar

menggunakannya. Antara contoh perulangan yang tersisip dalam novel ini adalah seperti

berikut;

a) “ Hari ini aku bukan saja naik kereta free, makan pun nampaknya free” (hal 76 )

(perulangan epifora)

b) “ Mama macam nilah Fuad. Nak kata susah, makan minum cukup. Nak kata senang… hah….macam nilah.” (hal 88 )

Page 7: KOMSAS julai

5. Perlambangan

Perlambangan atau sombolik didapati juga dalam novel Melunas Rindu ini.

Berbanding penggunaan perulangan, penggunaan perlambangan agak lebih kerap

terutamanya bahagian permulaan plot. Perlambangan yang digunakan oleh Hartini Hamzah

agak sesuai lagi puitis bunyinya. Justeru itu , member kesan emosi kepada pembaca.

Antara perlambangan yang dapat dikesan dalam novel ini adalah seperti contoh di

bawah.

a) Kesunyianlah sebenarnya yang terus membekukan dirinya sehingga kini. (hal 22 )

b) Alangkah pahitnya hakikat. ( hal 23 )

c) Sehinggalah akhirnya, lukanya terubat jua oleh perjalanan hidup. ( hal 23 )

d) Dia melempar senyuman kepada Fuad. Terpancar keikhlasannya. ( hal 26 )

e) Fuad terlalu mahal, sekurang-kurangnya pada mata orang mahu melihat nilai yang

ada padanya. ( hal 32 )

f) Secalit keriangan membungai hatinya. ( hal 31 )

g) Tenggelam dan tidak akan bermakna kalau terus-terusan dibenam di dalam lumpur,

tetapi akan bersinar gemilang kalau ada usaha untuk menggilapnya. Betapa keruntuhan

masa lalunya tidak harus dijadikan alasan untuk sekadar melihatnya sepi dalam sangkar

buatannya. ( hal 31 )

h) Dia ingin melamun lagi, tetapi kesedihan yang bertamu membuatkannya bingkas.

( hal 102 )

i) Lamunannya mati setelah pandangannya diganti oleh jambangan orkidnya, berwarna-

warni sehingga mampu meriangkan kembali perasaannya. ( hal 102 )

j) Farhana mungkin tidak setabahnya yang sudah puas melalui ranjau dan onak.(hal 192)

k) Bukan sekarang tatkala fikirannya masih hebat berperang. (hal 193)

Page 8: KOMSAS julai

6. Diksi

Novel Mengulas Rindu tulisan Hartini Hamzah ini mengutarakan kisah yang berlatar

belakangkan kehidupan masyarakat Melayu yang beragama islam dan sedikit tentang kaum

Cina. Daripada aspek diksi, jelas sekali penulis berjaya memilih kata-kata yang sesuai

dengan latar tempat, masa dan masyarakat dalam cerita ini. Untuk menggambarkan

masyarakat Melayu beragama Islam, penulis menggunakan istilah-istlah bahasa Arab yang

sesuai dan biasa digunakan seharian. Antara kata-kata yang digunakan termasuklah Al-

Quran, Muqqadam, tawadduk, assalamulaikum, waalaikummussalam, Alhamdulillah,

insyaallah,harakat, sabdu,Ramadhan, hari raya aidilfitri, berdoa, solat,maghrib, isyak, asar,

zohur,subuh,surau,masjid,halal,haram ,mahram,sunat,taubat dan mengaji.

Untuk menggambarkan masyarakat pendidik atau guru dan masyarakat yang

berpendidikan, pengarang menggunakan bahasa Inggeris serta istilah persekolahan.

Antaranya adalah desk copy, grammar, personal guidance, problem, air-con, free,optionist,

dating, pepatah Inggeris (As the temperature rise) jadual waktu, kelas 5 Cemerlang/ bestari/

Dedikasi/ Jujur, bilik guru, blok pentadbiran, kantin, kertas 1119 , waktu rehat, loceng,

Matematik, ujian, SPM,STPM,sesi pagi,cikgu,guru besar,ketua panitia, panitia Bahasa

Inggeris,buku rujukan,mesyuarat kurikulum,murid,sijil dan yuran.

Untuk menggambarkan masyarakat Cina dalam cerita ini, penulis menggunakan kata-

kata seperti apak, mama,auntie uncle.saham,perniagaan,Chin,Robert Lim dan Ah Lok.

Penulis didapati bijak menggunakan kosa kata yang sesuai dengan situasi. Hal ini dapat memberikan kesan kepada pembaca. Dengan penggunaan kata-kata yang terpilih oleh penulis telah benar-benar dapat member gambaran yang sangat jelas kepada pembaca di sepanjang ceritanya. Gambaran tentang keadaan di surau,rumah,hospital, klinik, pasar, stesen bas, jalanraya, pantai, bilik guru dan tanah kebun sangat memuaskan kerana tergambar seperti keadaan sebenar.

Penulis juga didapati berjaya menggambarkan situasi hati, emosi dan perasaan watak seperti benar-benar terjadi dengan kebijaksanaannya memilih kata-kata yang sesuai. Contohnya sepi, kesepian,resah,sedih,benci,dendam,menangis, senyum,marah dan sebaginya. Diksi dalam novel ini sangat mengagumkan saya.

Page 9: KOMSAS julai

7. Sinkope

Pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata

sesuatu perkataan sangat banyak digunakan oleh penulis dalam novel ini. Singkope agak

meluas digunakan dalam dialog. Penggunaan singkope tersebut membuatkan cerita dalam

novel ini lebih hidup. Ia seperti perbualan biasa dalam kehidupan seharian masyarakat

Melayu dan masyarakat Malaysia amnya.

Antara contoh singkope yang terdapat dalam novel ini adalah;

a) Perkataan tu merujuk pada itu. ( hal 1 )

b) Perkataan tak merujuk pada tidak, dah pada sudah. ( hal 2 )

c) Perkataan tapi merujuk pada tetapi, nak pada hendak. ( hal 5 )

d) Perkataan gitu merujuk pada begitu, kejap pada sekejap (hal 64 )

e) Perkataan ni merujuk pada ini . ( hal 6 )

f) Perkataan dah merujuk pada sudah. ( hal 27 )

g) kosa kata tak apa merujuk pada tidak mengapa. ( hal 30 )

Contoh-contoh singkope yang saya senaraikan di atas digunakan berulang kali oleh

penulis pada bahagian awal, pertengahan dan akhir cerita.

Kajian Sistem Bahasa Dalam Novel Melunas Rindu.

Dalam mengkaji sistem bahasa yang digunakan dalam novel ini, saya dapati sistem

bahasa yang digunakan oleh pengarang adalah agak luas. Ia meliputi aspek-aspek

tatabahasa seperti morfologi,sintaksis dan juga peribahasa.

Berikut adalah contoh sistem bahasa yang saya kesan dalam novel Melunas Rindu hasil

tulisan Hartini Hamzah;

Page 10: KOMSAS julai

A ) Pembinaan ayat

Dalam novel ini, penulis menggunakan pelbagai bentuk, ragam dan jenis ayat. Ia ditulis

menggunakan ayat pendek, sederhana dan panjang. Penulis didapati gemar menggunakan

ayat pendek dalam menulis dialog watak. Mana kala ayat sederhana dan panjang digunakan

semasa teknik penceritaan . Penulis boleh dikatakan sangat mahir membina ayat dan

menggunakan ayat tersebut pada tempat yang sesuai.

Antara contoh ayat pendek yang digunakan oleh penulis adalah;

- “ Ha Fuad, baru balik? “ (hal 1 ) -“Ha-ah” “Ayah?”

- Bulan terang, fikirnya (hal 2 ) -“Awak anak sulung?”

- Fuad tersengih. (hal 3 ) -“Mak, adik-adik.”

-“ Banglah, isyak dah masuk.” ( hal 4) -“Jom, kita makan dulu.Aku dah lapar”

-“ Kau cari Borhan, ya?” ( hal 5) ( halaman 22)

Antara contoh-contoh ayat sederhana yang digunakan dalam novel ini adalah;

- Sebagaimana lazim, Fuad memejamkan mata semasa solat. ( hal 5 )

- Serta –merta perasaannya disarangi kebimbanagan. ( hal 5 )

- Seperti di tadi, mulut Pak Ismail juga ikut ternganga. ( hal 5 )

- Dalam sekejap sahaja suasana menjadi hingar-bingar. ( hal 43 )

- Perasaan Farhana terbuai sebentar. ( hal 44 )

- Ada kurang dua jam lagimasa untuknya, sedang kerjanya baru siap separuh.(hal 44)

- Lagak gadis bernama itu_dari hari pertama lagi – amat menyenangkannya.(hal 45)

Page 11: KOMSAS julai

Manakala penggunaan ayat panjang adalah seperti berikut;

- Di situlah, sperti lazimnya, Pak Ismail mengajar Fuad membaca Al-Quran sementara

menanti masuknya waktu isyak ( hal 4 )

- Dilihatnya beranda rumah Tuk penghulu cerah berlampu dan sayup-sayup didengarnya

suara tangisan bayi. ( hal 6 )

- Perolehan daripada menorah getahnya sekadar dapat membereskan makan minum

mereka sekeluarga sedangkan wang pencen yang entah berapa sen itu Cuma cukup untuk

menampung belanja harian anak-anak.( hal 84)

Ayat Dasar

Di sini disenaraikan contoh ayat dasar dalam novel;

- Pak Ismail merengus kecil. ( FN + FK) halaman 3

- Fuad mencuri kesempatan untuk keluar. (FN + FK) halaman 7

- Muhammad Alif sudah reda tangisannya. ( FN + FA ) halaman 8

- Mak Mah pun tak tahu. (FN + FA) halaman16

- Dia di hospital. (FN + FS) halaman 9

Ayat Tunggal

Di bawah ini adalah sebahagian ayat tunggal yang mempunyai satu subjek dan satu

predikat yang terdapat dalam novel Melunas Rindu.

- Hasrat Fuad tercapai (hal 167 )

- Fuad tergelak kecil. (hal 169 )

- Cikgu Zarifah rakan Farhana. (hal 171 )

- Fuad mula mengusik. (hal 173 )

- Farhana mengangguk. (hal 197)

Page 12: KOMSAS julai

Jenis Ayat

i) Ayat Penyata

- Fuad menanti dengan sabar. ( hal 12 )

- Fuad tidak tersinggung. ( hal 13 )

- Sampai waktunya keadaanpun berubah seperti biasa. ( hal 13 )

- Fuad membuat catatan dengan tekun. ( hal 39)

- Hampir putus nafas Farhana menerangkan. ( hal 39)

ii) Ayat Tanya.

Kebanyakan ayat tanya dalam novel ini adalah dari jenis ayat atnya tanpa kata ganti

nama tanya. Berikut adalah antara contohnya.

- “Habis , kau nak pergi?” ( hal 65 )

- “Apa pesannya?” (hal 65 )

- Apakah Farhana telah menganggap serong akan pelawaannya ? (hal 71 )

- Sedalam mana Islamnya berbanding Fuad ? (hal 76 )

- Malam ini peristiwa itu ibarat sebuah siaran ulangan tetapi benar-benarkah hal ini

berulang ? (hal 85 )

- “ 1119, kertas pilihan yang kita ambil dulu tu ?” ( hal 39 )

iii) Ayat Perintah

Kebanyakan ayat perintah yang didapati dalam novel ini digunakan oleh penulis dalam

bentu dialog. Berikut adalah antaranya.

- “ Jangan menangis mama. Jangan menangis,” pujuk Fuad.(hal 85) Ayat larangan

- “ Lin, buka bonet kereta abang, bawa naik semua barang. Guan pergi tolong Mei Lin

sama,” arahnya kepada adik-adik sepupunya. ( hal 85 ) Ayat permintaan

- Boleh tak Mak Mah tolong ambilkan tuala saya. ( hal 2 ) Ayat permintaan

- Eh Fuad, naiklah. ( hal 6 ) Ayat Silaan

Page 13: KOMSAS julai

iv) Ayat Seruan

- “Eh, taka pa!” ( hal 25 )

- “ Ha, betul…betullah tu !” ( hal 25 )

Ayat Pasif

Penulis juga didapati kerap menggunakan ayat pasif. Mungkin untuk memberi

gambaran lebih jelas lagi kepada pembaca. Antara ayat pasif yang digunakan adalah seperti

di bawah.

- Otaknya terus diasak untuk memikirkan apa lagi program yang boleh dibuat oleh panitia

di bawah seliaannya. ( hal 44 )

- Hatinya senang dilayan-layan begitu. ( hal 51 )

- Tengah hari itu, akibat diasak oleh berbagai-bagai perkara dalam mesyuarat kurikulum,

Farhana terlupa akan pesan Fuad. ( hal 51 )

- Dia yakin apa yang akan diperkatakan dengan Chin nanti tentulah terlalu bersifat

peribadi yang sememangnya tidak patut diketahui orang. ( hal 57 )

- Fuad tergelak. (hal 45 )

Ayat Aktif.

Berbanding ayat pasif, ayat aktif agak lebih banyak digunakan. Ayat-ayatnya pula agak

panjang. Berikut adalah contoh-contohnya.

- Bagi Fuad, telah beberapa lama dia membiarkan waktu berlalu pergi sambil berusaha

melupakan kemelut yang suatu waktu dulu pernah melingkari hidunya hingga

menjadikannya setenang sekarang. (hal 59 )

Page 14: KOMSAS julai

- Selain agak hampa, dia masih lagi mencari kata-kata yang sesuai bagi memujuk Fuad untuk sekadar menziarahi ayahnya. (hal 60 )

- Ibu tentu menjadi seorang yang setiap masa sedia mendengar dan meleraikan

keresahanku, sementelah pula aku ini anaknya yang istimewa. ( hal 63 )

- Beberapa ketika lamanya Fuad seperti lupa diri hanyut menghayal seorang perempuan

yang kalau ada hayatnya pasti akan terlalu dekat dengannya, mampu mencorak

peribadinya. ( hal 63 )

Ayat Majmuk.

Oleh kerana penulis agak banyak menggunakan ayat panjang maka sudah pastinya

mewujudkan ayat majmuk yang pelbagai. Antara ayat tersebut adalah seperti berikut.

i) Ayat Majmuk Relatif

- Di dalam gendongannya, Muhammad Alif yang baru berusia tiga bulan, masih

masih menangis. ( hal 6 )

- Langkahnya dihala kea rah bangunan bank yang terletak bersetentangan dengan

klinik itu. ( hal 7 )

ii) Ayat Majmuk Keterangan

- Hakikatnya dia memang manusia periang yang mudah benar meletuskan emosi

walaupun jenakanya barangkali tidaklah sekelakar mana. ( hal 45 )

- Malam itu, walaupun banyak perkara mendatangi kotak fikirannya sebelim terlena,

Fuad tetap tidur pulas. ( hal 81 )

Page 15: KOMSAS julai

iii) Ayat Majmuk Komplemen

- Sehinggalah sewaktu menuruni tangga untuk menapak pulang, dia terlihat kereta Fuad

penuh dikelilingi orang. ( hal 51 )

- Langsung dibatalkannya hajat untuk berhenti di Pasar Payang untuk membeli barang

keperluan dapur sedikit. ( halaman 161 )

- Murid diarah untuk menjawab soalan tanpa berbincang dengan rakan mereka. (hal 162)

- Alangkah payah menerima hakikat bahawa orang yang dicintai adalah adik sendiri.

( hal 181 )

iv) Ayat Majmuk Gabungan

- Ini ha…saya ada mesyuarat tengah hari ni dan kena bentangkan beberapa program

sebagai lanjutan daripada program yang dah sedia ada. ( hal 45 )

- Meledak ketawa Farhana hingga terangkat kepala Cikgu Siti dan Cikgu Hasnah di

meja hujung. ( hal 45 )

- Riangkah dia dengan cadngannya atau dia menerima sekadar untuk menjaga hatinya.

( hal 49 )

Page 16: KOMSAS julai

B) Penggolongan Kata

Berikut diberikan golongan kata yang terdapat dalam novel Melunas Rindu hasil

nukilan Hartini Hamzah.

Kata Nama

i) Kata Nama Am.

( orang ) - jemaah, pak imam, anak, penghulu, bayi, perempuan, suami, isteri, ayah, abang,

adik, wanita, kawan, anak angkat, guru, cikgu, kakak, pelanggan, nelayan,

petani, pelajar, cucu, datuk, bapa saudara dan jiran.

( tempat ) – surau, rumah, perigi, hutan, bilik, tangga, beranda, Bandar, bank, kampong,

pantai, laut, sekolah, anjung rumah, kedai, pejabat dan lapangan terbang.

( benda ) – kayu api, tuala, tikar sembahyang, rak, jam, mimbar, kad , mesin wang, kereta,

selimut, pangkin,televisyen, akar kayu dan motorsikal.

(tumbuhan) – nangka, jagung, pohon ara dan lalang.

ii) Kata nama khas

( orang ) - Mak Salmah, Fuad, Pak Mail, Borhan, Masnah, Muhammad Alif, Pak Omar,

Sofia, Awang Sojar, Bidin, Awang bin Jusoh, Leong, Abas, Chin, Peter Lim,

Joshua, Swee Lan, Robert Lim, Ah Son, Mei Lin, Guan, Seman, Mariana,

Ah Sok, Pak Ngah Lias, Alias, Muhamad Fadli, Muhamad Faisal, Fakhruddin,

Yati, Norhayati,Pak Said, Abdul Halim, Roslan, Midah, Mariah, Osman dan

Pak Samsudin.

Page 17: KOMSAS julai

( tempat ) – Kelantan, Klinik Ihsan, Kuala Terengganu, Danau Seberang, Batu Buruk,

Jambatan Sultan Muhammad, SMK Seri Setia, Amerika, Kemaman,Kuantan,

Kuala Lumpur, Sungai Ruan, Raub, UK, Lembah Klau, Taman Tas,London,

Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur, Pahang, Kuala Lipis, Alor Setar

KLIA dan Kampung Sedili.

( benda ) – Iswara Aeroback, Al Quran, Alain Delon, John Master dan Rolex.

Kata Ganti Nama

i) Kata ganti nama diri

(KGND pertama) - saya, kita dan aku.

(KGND kedua ) – kau, awak dan engkau.

(KGND ketiga ) – dia, nya dan mereka.

ii) Kata ganti nama tanya

- mana dan apa.

iii) Kata ganti nama tunjuk

- tu, itu,ni dan ini.

iv) Kata ganti nama tempat

- situ, sana dan sini.

Page 18: KOMSAS julai

Kata Kerja

i) Kata kerja transitif

KKT aktif - melemparkan, menapak, menarik, mengangguk, berpaling, menghantar,

memulakan, membeli, memegang, menyuluh,membaca,membetulkan,

menyuruh,merengus,memasak,memprotes,mengambil,menanti,meninggal,

memejamkan,memuji,menyauk, menuruni, mengerjakan, menjadikan,

memberitahu, menekan, mendiamkan, mengingati, memulakan, memusing,

meneguk, membuka,menutup,melaungkan dan membentuk.

KKT pasif – disambut, dihalakan, dilihat, dumasukkan, dikeluarkan, dibiarkan dan dibuka.

ii) Kata Kerja Tak Transitif

KKTT Berpelengkap - membaca, membetulkan,memejamkan,memuji,menyauk,menuruni,

mengerjakan, menjadikan, menekan, memanggil,mendiamkan,

memandu, mengingati, memusingkan, meneguk, membuka,

menutup, melaungkan, membentuk, memegang dan menonton.

KKTT Tanpa Pelengkap – terhenti, mandi, solat, sembahyang, mengaji, beralih,memprotes,

berengsot, duduk, menangis, makan, minum,berlari, berjalan,

ketawa, membaca, menjenguk dan masuk.

Kata Adjektif / sifat

KA Sifatan – leka, kusam, terkejut, akur, taat, panas, teruk, ramah, keberatan, menyedari,

menjadi-jadi, beretentangan, jelas, sewa, kusut, berubah, buruk, tinggi, basah,

baharu, luas, kosong, tebal, cair, istimewa, tegap, kaya , tampan, cantik.

Page 19: KOMSAS julai

KA Warna – gelap, cerah, putih, merah, kontras dan biru.

KA Ukuran – tinggi, rendah, tebal, luas, kecil, besar dan jauh

KA Bentuk – bulatan, sekata,kecil, besar

KA Waktu – malam, tengah malam, tengah ahari, pagi, subuh, zohur, asar,maghrib,isyak

senja,awal, lewat, baharu, cepat, pantas,silam, lama sekejap,segera.

KA Jarak - jauh, dekat, hampir

KA Cara - bergegas, perlahan, berkali-kali, serta-merta, cepat-cepat, menurun, sesegera,

surut, kencang, kerap,laju,lambat, selalu,sering, jarang

KA Perasaan – aying, rindu, benci, marah, kecewa, suka, gembira, risau, cinta,sabar,

sesal, sakit,kasih, baik, resah, terkilan, tenang

KA Pancaindera – manis, sedap, buruk, cantik,tampan, segak, garau, harum, bising, keras,

halus, licin, lembut

Kata Tugas / Hubung

i) Kata hubung gabungan

dan - (hal 4 baris 18) (hal 5 baris 7,29) (hal 6 baris 3) (hal 9,15) (hal 8 baris 6).

atau - (hal 1 baris 13) (hal 8 baris 16)

lalu - (hal 2 bari 6,14,18) (hal 4 baris 5,23,28) (hal 7 baris 26)

malahan - (hal 4 baris 4)

sambil - (hal 6 baris 6)

kemudian - (hal 6 baris 7) (hal 7 baris 26)

Page 20: KOMSAS julai

ii) Kata hubung pancangan Relatif

yang - (hal 2 baris 19) (hal 3 baris 5,13,17) (hal 4 baris 4,6,11) (hal 5 baris 12)

(hal 6 baris 7,10,21) (hal 7 baris 2,17,24) (hal 8 baris 1)

iii) Kata hubung pancangan Komplemen

bahawa - (hal 4 baris 15)

untuk - (hal 2 baris 17,23) (hal 3 baris 8,20,24) (hal 4 baris 1) (hal 7 baris 21,23)

(hal 8 baris 9,13)

Penggandaan

i) Gandaan Penuh

- buku-buku, cepat-cepat, akhir-akhir, hal-hal, masing-masing, tiba-tiba, cara-cara,apa-apa,

sama-sama,kata-kata, hari-hari, betul-betul, rumput-rumput, ada-ada, sikit-sikit,

budak-budak, senang-senang, cikgu-cikgu, awal-awal, mula-mula, guru-guru,

benar-benar, rata-rata, murid-murid,tiap-tiap,kawan-kawan,jarang-jarang,kadang-kadang,

kalau-kalau,layang-layang, duduk-duduk, gerai-gerai, sambung-sambung, sendiri-sendiri,

betul-betul, dulu-dulu, adik-adik, anak-anak, ada-ada,benda-benda,agak-agak,balik-balik,

macam-macam, kerja-kerja, waktu-waktu, cakap-cakap, lanjut-lanjut, gelak-gelak,

sikit-sikit, benar-benar, bunga-bunga, satu-satu, harap-harap, renyai-renyai, hampir-

hampir, bukan-bukan, harapan-harapan, sihat-sihat .

ii) Gandaan Separa

- lelaki dan setiap

Page 21: KOMSAS julai

iii) Gandaan Berimbuhan

- perlahan-lahan, sebaik-baik, bersalam-salaman,berkali-kali,terpinga-pinga,berlama-lama,

mengangguk-angguk, menilai-nilai, berfikir-fikir, sebaik-sebaiknya, bertahun-tahun,

ketiga-tiga, mengagih-agihkan, ditarik-tarik, berpeluh-berpelu, setidak-tidaknya,

sekurang-kurangnya, memilih-milih, seolah-olah, mencari-cari, semata-mata,

bermain-main, adik-beradik,bersiap-siap, sakit-sakitan, lama-kelamaan, berbulan-bulan,

berdikit-dikit, terangguk-angguk, berkira-kira, bersungguh-sungguh, kedua-dua,

bergesa-bergesa, berpindah-randah, terbawa-bawa, tergeleng-geleng, bersantai-santai,

segala-gala, berbaik-baik, tersengih-sengih,berbual-bual.

iv) Gandaan Berentak/ Berima

- serta-merta, berbasa-basi, saudara-mara, berulang-alik, berpindah-randah,

berwarna-warni, mundar-mandir, tahu-menahu, lalu-lalang, kelam-kabut,riuh-rendah.

Penulis nampak lebih banyak mengunakan gandaan penuh dan ganda berimbuhan

berbanding dengan gandaan berentak dan lebuh-lebih lagi gandaan separa. Hanya dua

sahaja gandaan separa dapat dikesan.

Page 22: KOMSAS julai

Pengimbuhan

i) Imbuhan Awalan

- menyerkup, terhenti, menghala, membaca, terjadi, meneguk, menarik, bergegas,

berlampu, menyuluh,berjemaah, mencari, menapak, mengganggu, beralih, bersarang,

memprotes, mengambil,tersenyum, setentang, membuka, mengajar,mengerling, menutup,

membuat,bersembahyang, berusaha, memuji, memerhati, menyauk, berbulan, terkenang,

tersengih, terdengar, menangis,berusia,bersimpuh, seminggu, memberitahu, menunggu,

digendong, terletak, menekan, berada, menepuk, sepanjang,penstsbil, berubah, bekerja.

ii) Imbuhan Akhiran

- makanan, bulatan,lautan, ejekan, ingatan, harapan. tangisan,

Page 23: KOMSAS julai