pengenalan program bina insan guru

2
PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU Guru adalah Pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelelek yang tinggi, penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. Kursus Bina Insan Guru ( BIG ) merupakan satu wahana ke arah penbinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ). Program ini melibatkan semua pelajar IPGM. Melalui aktiviti yang dirancang pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru yang berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi serta bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

Upload: busrah-tani-ini

Post on 07-Aug-2015

1.053 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Program Bina Insan Guru

PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU

Guru adalah Pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti

tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu,

berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi

menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu

memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelelek yang tinggi, penguasaan

kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta

kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

Kursus Bina Insan Guru ( BIG ) merupakan satu wahana ke arah penbinaan dan

pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ).

Program ini melibatkan semua pelajar IPGM. Melalui aktiviti yang dirancang

pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan

dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru

yang berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki

kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi serta bersedia dan

mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di

luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha

memperkasakan ilmu, kemahiran, data intelek, nilai dan akhlak keguruan di

kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara

khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan

melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru ( IPG ).