pengenalan kepada pendidikan moral

23
PENDIDIKAN MORAL MPW1153

Upload: christopher-dennis

Post on 20-Nov-2015

78 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Pengenalan Kepada Pendidikan Moral

TRANSCRIPT

PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN MORAL MPW1153

OBJEKTIF Memahami konsep asas pendidikan moral.Memberi perbezaan antara etika dan moral.Mengenalpasti kepentingan moral, etika dan akhlak dalam kehidupan.

Pendidikan MoralPendidikan Moral ialah satu program yang mendidik pelajar supaya menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia.Dengan mendalami ilmu ini, pelajar dapat mengamalkan nilai-nilai moral dalam kehidupan seharian.

Pendidikan ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.

KEPENTINGAN Mengamalkan nilai-nilai murni.Cinta dan setia kepada negara.Menjunjung tinggi perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.Bersopan dan bersusila.Mengetahui dan melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.Amalan berbudi bahasa.

Apakah Etika?

ISTILAH ETIKAAsal dari perkataan Yunani iaituethosbermaksud hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti.

Frankena (1973), etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral atau pertimbangan moral.

MORALAsal dari Bahasa Latin iaitumoresyang ditakrifkan sebagai kesusilaan, adab, sopan santun dan tradisi.

Kamus Oxfort Advance Learners. Edisi Keenam menyatakan moral sebagai kesedaran tentang tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan.

Moralterdiridaripadaperaturan komuniti dan sifat peribadi mulia.Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraan masyarakat sekeliling. Sifat peribadi yang bermoral amat menguntungkan diri sendiri dan juga masyarakat. Oleh itu, insan bermoral ialah insan yang mempunyai keseimbangan dari segi keperibadian mulia dan mematuhi peraturan moral.

PERBEZAAN ANTARA MORAL DAN ETIKAMORALETIKA-Bersifat praktikal-Bersifat teoritikal-Disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat.- Mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral.-Bahan yang dikaji oleh etika.- Ilmu yang mengkaji moral.

Kesimpulannya, moral adalah sebahagian daripada etika

AKHLAKBahasa - akhlak berasal daripada perkataan arab khuluq yang bermaksud budi pekerti.

Istilah - akhlak merujuk kepada tingkah laku, tutur kata, penampilan diri berlandaskan kepada ajaran agama.

JENIS-JENIS MORALNilai InstrumentalNilai IntrinsikNilai SubjektifNilai ObjektifNilai RelatifNilai Mutlak

Nilai Instrumental (ekstrinsik)

Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat.

Contoh : hukuman gantung sampai mati kepada pengedar dadah adalah untuk menghapuskan perbuatan mengedar dadah kepada rakyat di negara kita.

Nilai Intrinsik

Kualiti yang diterima atau ditolak yang tidak bergantung pada nilai lain.

Nilai dalaman diri seseorang.

Nilai Subjektif

Kualiti yang diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu.

Berdasarkan kepada keinginan, minat dan harapan individu terhadap sesuatu perkara

Kes Israel menceroboh Palestin dan Lubnan dilihat baik oleh Amerika dan sekutunya tetapi dinilai jahat oleh golongan lain.

Nilai Objektif

Nilai yang bebas daripada pilihan peribadi.

Nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan pengalaman dalaman yang dipersetujui oleh kebanyakan orang.

Contohnya : penderaan haiwan dianggap perbuatan yang zalim oleh kebanyakan orang.

Nilai Relatif

Nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat.

Tidak tetap, berbeza mengikut perbezaan masyarakat dan boleh berubah mengikut masa.

Contohnya : hubungan seks sebelum nikah dianggap berdosa besar dalam Islam tetapi tidak di barat.

Nilai Mutlak

Nilai yang tidak dapat dipertikaikan lagi.

Nilai yang berkaitan dengan kepercayaan atau agama seseorang.

Nilai yang kekal sepanjang masa dan juga di semua tempat serta hampir sama bagi semua situasi norma masyarakat.

Contoh : membunuh diri adalah salah disisi agama.

KEPENTINGAN NILAI MORALMenepati fitrahMenghalang kejahatan Mewujudkan dan mengekalkan keamananMenyempurnakan peribadi manusiaMengekalkan status manusia.

KESIMPULANPendidikan moral merupakan mata pelajaran yang menekankan aspek-aspek kerohanian, kemanusiaan dan kemasyarakatan.

Tumpuan khusus akan diberikan kepada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai murni yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia,

Sejajar dengan nilai murni sarwajagat. Pemupukan dan penghayatan nilai-nilai ini akan menyumbang kearah pembentukan insan yang mulia dan bertanggung jawab selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Masyarakat yang berilmu, bertatasusila, berbudi dan penyayang akan memenuhi hasrat negara bagi mewujudkan masyarakat yang aman dan kondusif.

LATIHANHuraikan konsep etika, moral dan akhlak mengikut pemahaman anda. Sertakan satu contoh bagi setiap konsep tersebut.

Terangkan nilai-nilai moral yang telah anda pelajari dan berikan contoh yang sesuai bagi setiap nilai-nilai tersebut.Maksimum 3 muka surat bertaip.

TERIMA KASIH