pengenalan moral assignment

54
PENGENALAN Moral merupakan perkataan yang sering digunakan dalam banyak isu dan budaya tetapi masih belum difahami dengan sepenuhnya. Bill Puka (1976) menyatakan “Sekiranya kita tidak tahu apakah moral kita tidak boleh mengajarnya.” Oleh yang demikian saya telah membuat banding beza antara konsep moral, etika dan akhlak. Melalui membuat banding beza, saya telah mendapat pelbagai pendapat yang bertentangan dalam menerangkan konsep moral. Pemahaman konsep asas moral akan mempengaruhi kandungan dan kaedah mengajar Pendidikan Moral seseorang guru. Seseorang guru moral perlu dilengkapi dengan pengetahuan tentang teori etika sebagai asas memahami nilai sebagai piawai yang asas dalam mempengaruhi dan mencorakkan penaakulan dan perlakuan murid- murid. Pengetahuan dan kefahaman teori perkembangan moral dari segi psikologi juga akan memperkukuhkan kefahaman dan pendekatan guru dalam penyapaian nilai-nilai moral kepada murid-murid. Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita pastinya mengaitkannya dengan konsep moral, etika dan akhlak. Amat penting bagi kita memahami konsep-konsep yang saling berkaitan ini untuk mencari pengertian moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Di sini ada satu tugasan kerja kursus yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi syarat kursus ini. Kehendak soalan tugasan adalah seperti berikut: 1. Membuat banding beza antara konsep moral, etika dan akhlak. 2. Bincangkan mengenai teori etika iaitu Teori Teleologi, Teori Deontologi, Teori Kemoralan Sosial dan Teori Keperibadian 1

Upload: yeelin-goh

Post on 14-Dec-2015

502 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Moral merupakan perkataan yang sering digunakan dalam banyak isu dan

budaya tetapi masih belum difahami dengan sepenuhnya. Bill Puka (1976) menyatakan

“Sekiranya kita tidak tahu apakah moral kita tidak boleh mengajarnya.” Oleh yang

demikian saya telah membuat banding beza antara konsep moral, etika dan akhlak.

Melalui membuat banding beza, saya telah mendapat pelbagai pendapat yang

bertentangan dalam menerangkan konsep moral. Pemahaman konsep asas moral akan

mempengaruhi kandungan dan kaedah mengajar Pendidikan Moral seseorang guru.

Seseorang guru moral perlu dilengkapi dengan pengetahuan tentang teori etika sebagai

asas memahami nilai sebagai piawai yang asas dalam mempengaruhi dan

mencorakkan penaakulan dan perlakuan murid-murid. Pengetahuan dan kefahaman

teori perkembangan moral dari segi psikologi juga akan memperkukuhkan kefahaman

dan pendekatan guru dalam penyapaian nilai-nilai moral kepada murid-murid. Dalam

memperkatakan konsep asas moral, kita pastinya mengaitkannya dengan konsep moral,

etika dan akhlak. Amat penting bagi kita memahami konsep-konsep yang saling

berkaitan ini untuk mencari pengertian moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat.

Di sini ada satu tugasan kerja kursus yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi

syarat kursus ini. Kehendak soalan tugasan adalah seperti berikut:

1. Membuat banding beza antara konsep moral, etika dan akhlak.

2. Bincangkan mengenai teori etika iaitu Teori Teleologi, Teori Deontologi, Teori

Kemoralan Sosial dan Teori Keperibadian Mulia dengan memberikan contoh

yang sesuai jelas dalam konteks masyarakat Malaysia.

3. Analisis teori perkembangan Moral kanak-kanak menurut Piaget, Kohberg dan

Bandura dengan pembentukan insan bermoral.

1

1. 0 Membuat banding beza antara konsep moral, etika dan akhlak.

Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep

berikut: moral, etika dan akhlak Ketiga tiga hal tersebut menerangkan hal yang sama

iaitu tatacara perlakuan manusia sama ada baik atau buruk, salah atau betul. Tidak

dapat dinafikan adalah penting kita memahami konsep-konsep ini yang saling berkaitan

untuk mencari pengertian terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah

masyarakat. Di bawah merupakan banding beza antara konsep moral, etika dan akhlak.

Ciri-ciri Moral Etika Akhlak

Definisi Moral bermaksud

kesedaran tingkah

laku yang telah

ditentukan oleh

etika.

Etika didefinisikan

sebagai satu

sistem tingkah laku

manusia yang

selain daripada

wahyu, tegasnya

yang

bersumberkan

falsafah.

Akhlak bermaksud

satu sistem atau

tingkah laku

manusia yang

bersumberkan

kepada asas

wahyu atau

syarak..

Bermaksud “budi”

pekerti seseorang

individu. (Budi

pekerti di sini ialah

kelakuan atau

gerak geri

seseorang.)

Rujukkan Kawalan tingkah

laku yang

berlandaskan

standard-standard

yang dihayati serta

diamalkan oleh

seseorang

individu.

Maksud kebiasaan

atau cara.

Kelakuan atau

gerak geri

seseorang.

2

Ciri-ciri Moral Etika Akhlak

Bahasa Asal Bahasa Latin

“moralitas” yang

bererti cara,

perwatakan dan

tingkah laku yang

diterima

Bahasa Yunani,

“ethos” yang

bererti watak

kesusilaan ata

adat.

Bahasa Latin

“ethica”

merupakan salah

satu cabang utama

falsafah yang

merangkumi

kelakuan betul dan

kehidupan baik.

Bahasa Arab yang

bererti perangai,

tingkah laku, atau

tabiat.

Kata "akhlaq" yang

merupakan jamak

dari "khulqu"

dalam bahasa

Arab.

Fungsi Moral berfungsi

sebagai landasan

dan tanda asas

bertindak bagi

setiap orang dalam

kehidupan.

Moral penting

dalam

mempengaruhi

pemikiran setiap

insan sebagai

fungsi

menyeimbangkan

pemikiran negatif

yang

direalisasikan.

Etika berfungsi

sebagai penilai,

penentu dan

penetap terhadap

suatu perbuatan

yang dilakukan

oleh manusia.

Fungsi akhlak

adalah untuk

membentuk

manusia yang

berbudi pekerti,

kelakuan dan

tabiat baik dan

buruk.

Ciri-ciri Moral Etika Akhlak

3

Sumber Moral penilaian

baik atau buruk

berdasarkan adat

kebiasaan yang

berlaku umum di

masyarakat.

Etika penilaian

baik atau buruk

berdasarkan

pendapat akal

pikiran atau

rasional.

Akhlak

menentukan baik

dan buruk

berdasarkan

kelakuan atau

watak orang itu,

al-qur’an dan

al-hadia.

Sifat dan

Kawasan

Pembahasan-

nya

Moral lebih bersifat

praktis.

Moral memandang

tingkah laku

manusia secara

lokal dan

individual.

Etika lebih bersifat

pemikiran filosofis

dan teoritis.

Etika memandang

tingkah laku

manusia secara

umum, lokal dan

temporal..

Akhlak lebih

bersifat universal

dan abadi.

Akhlak

memandang

tingkah laku

manusia

berdasarkan jiwa

seseorang.

Aliran

pemikiran

Seseorang yang

dikatakan memiliki

tingkah laku yang

bermoral jika

tingkah laku

tersebut

berdasarkan

prinsip-prinsip atau

peraturan-

peraturan yang

diterima.

Garis panduan

kepada tingkah

laku sesuatu

kumpulan untuk

mengawal,

menjamin dan

melindungi tingkah

laku yang bermoral

dalam kumpulan

tersebut:

Etika keguruan

Etika guaman

Sebagainya.

Sifat semula jadi

yang dimiliki

individu.

Sifat yang

dimilikinya

menerusi latihan

dan rangsangan:

Batin

Zahir

( dalam bentuk

perlakuan.)

Ciri-ciri Moral Etika Akhlak

4

Hubungan Etika

dengan Moral

dan Akhlak

Sebenarnya moral

berkait rapat

dengan etika

sebab etika

berasaskan moral

untuk membawa

erti pegangan

tentang baik atau

buruk sesuatu

perbuatan.

Etika ialah satu

sistem

kepercayaan yang

diterima yang

mengawal

manusia,

khususnya sistem

yang berasaskan

moral.

Etika dengan erti

akhlak pula

merupakan

sahsiah manusia,

iaitu berhubungkait

dengan sifat

peribadi dan

perlakuan

manusia.

Kebenaran Relatif

Nisbi

Temporal.

Relatif

Nisbi

Tentatif

Mutlak

Absolut

Ciri-ciri Lain Hal antara etika

dan moral memiliki

perbezaan.

Dalam pembicaran

moral tolak ukur

yang digunakan

adalah norma-

norma yang

tumbuh dan

berkembang dan

berlangsung di

masyarakat.

Istilah moral

Dalam

pembicaraan etika,

untuk menentukan

nilai perbuatan

manusia baik atau

buruk

menggunakan

tolak ukur akal

pikiran atau

rasional.

Etika berhubungan

dari segi:

Perbuatan akhlak:

Perbuatan yang

telah tertanam

dalam jiwa

seseorang,

sehingga telah

menjadi

kepribadiannya.

Perbuatan yang

dilakukan

dengan mudah

dan tanpa

pemikiran. Ini

bererti bahawa

saat

melakuakan

sesuatu

perbuatan yang

5

sentiasa mengaku

kepada baik

buruknya

perbuatan

manusia sebagai

manusia.

Inti pembicaraan

tentang moral

adalah mengikut

bidang kehidupan

manusia dinilai

dari baik buruknya

perbutaannya

selaku manusia.

Norma moral

dijadikan sebagai

tolak ukur untuk

menetapkan betul

salahnya sikap

dan tindakan

manusia, baik

buruknya sebagai

manusia.

Objek

pembahasan:

- Etika

berupaya

membahas

perbuatan

yang

dilakukan oleh

manusia.

bersangkutan

dalam keadaan

tidak sadar,

hilang ingatan,

tidur dan gila.

Perbutan yang

dilakukan atas

dasar

kemahuan,

pilihan dan

keputusan yang

bersangkutan.

Perbuatan yang

dilakukan

dengan

sesunggunya,

bukan main-

main atau

bersandiwara.

Perbuatan yang

dilakukan

kerana

keikhlasan

semata-mata

kerana Allah,

bukan kerana

dipuji orang

atau kerana

ingin

mendapatkan

suatu pujian.

Ciri-ciri Moral Etika Akhlak

6

Contoh Nora terjumpa

dompet kawannya

yang tercicir. Dia

mengutipnya tanpa

pengetahuan

sesiapa. Nora boleh

menyimpan dompet

itu jika dia mahu.

Nora seorang yang

jujur dan ikhlas. Dia

segera memulangkan

dompet tersbut. Nora

ialah seorang budak

yang bermoral.

Nora terjumpa

dompet kawannya

yang tercicir. Dia

mengutipnya tanpa

pengetahuan

sesiapa. Pada masa

itu, Nora lapar dan

tidak ada duit untuk

membeli makanan.

Jadi Nora guna duit

itu untuk membeli

makanan dahulu.

Selepas guna baru

pulang balik.

Mengikut etika,

individu membuat

keputusan

berdasarkan akal

pikiran seseorang.

Nora rasa

kelaparannya lebih

penting, jadi dia

menyelesaikan

masalah

kelaparannya dahulu.

Nora terjumpa

dompet kawannya

yang tercicir. Dia

mengutipnya tanpa

pengetahuan

sesiapa. Dia segera

memulangkan

dompet tersbut.

Sebab berdasarkan

ajaran agama Islam,

mengambil dompet

kepunyaan orang lain

adalah perlakuan

yang berdosa, tidak

baik.

2.0 Bincangkan mengenai teori etika iaitu Teori Teleologi, Teori Deontologi,

Teori Kemoralan Sosial dan Teori Keperibadian Mulia dengan memberikan

contoh yang sesuai jelas dalam konteks masyarakat Malaysia.

7

Teori etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan

yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Etika adalah bukan yang

bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral

yang mengambil kira tindakan atau tingkah laku manusia. Etika juga merupakan satu

disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan

serta kelakuan manusia yang betul.

Teori etika yang utama ialah Teori Teleologi, Teori Deontologi, Teori Kemoralan

Sosial dan Teori Keperibadian Mulia. Teori-teori etika ini boleh dilihat dari aspek-aspek

seperti motif, perlakuan dan akibat.

2.1 Teori Teleologi

Teleologi berasal dari perkataan ‘telos’ yang bermaksud tujuan atau matlamat.

Teleologi adalah ajaran yang menerangkan segala sesuatu dan segala kejadian menuju

pada tujuan tertentu. Teori teleologi mengukur baik dan buruknya suatu tindakan

berdasarkan tujuan yang ingin dicapai dengan tindakan itu atau berdasarkan akibat

yang ditimbulkan oleh tindakan itu. Teori teleologi juga dikenali sebagai

consequentialism. Bagi teori ini, kebaikan dan kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai

instrumentalnya atau kesan dari perbuatan tersebut. Seterusnya sesuatu tindakan atau

peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan atau yang hendak

dihasilkan melebihi kejahatan. Teori ini tidak melihat kepada perbuatan seseorang itu.

Contohnya, Ali merotan anaknya yang mencuri dengan tujuan mendidik.

Bagaimanapun, ahli teleologi mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa

yang dikatakan baik dan jahat serta kebaikan siapa yang hendak dimajukan. Ini

menyebabkan wujud beberapa jenis teori teleologi yang berbeza seperti utilitarianisme

dan egoisme.

2.1.1 Teori Utilitarianisme

Utilitarianisme berasal dari bahasa Latin ‘utilis’ yang bermaksud bermanfaat,

berguna atau berfaedah. Teori utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa

8

seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan

kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling

banyak kepada jumlah insan yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah

keseronokan (sesuatu yang bukan bersifat moral).

Menurut teori ini suatu perbuatan adalah baik jika membawa manfaat, tetapi

manfaat itu harus menyangkut bukan saja satu atau dua orang melainkan masyarakat

sebagai keseluruhan. Maksudnya ialah tindakan yang dikatakan bermoral jika ia

menghasilkan kegembiraan yang maksimum.

Menurut Quinton (1973), beliau menganggap individu yang mendokong

utilitarianisme sebagai mereka yang bersetuju bahawa kebaikan sesuatu tindakan atau

perlakuan ditentukan oleh nilai natijah daripada tindakan itu sendiri. Penentuan nilai

berkenaan ialah keseronokan dan kesakitan yang wujud bersamanya.

Bagi tokoh Warnock (1979) pula, beliau berpendapat bahawa perkataan

utilitarian adalah dicipta oleh Jeremy Bentham (1748-1832). Oleh itu, Bentham telah

dianggap sebagai pengasas prinsip utility dalam perbahasan moral dan seterusnya teori

ini dikembangkan oleh anaknya, John Stuart Mill (1806-1873).

Sesungguhnya, Bentham (1970) mengatakan bahawa manusia dikuasai dan

dipengaruhi keseronakan serta kesakitan, manakala kemoralan ialah usaha mencari

kebahagian, iaitu keseronokan. Selain itu, Bentham memberi penekanan kepada kuantiti

keseronokan dan kebahagiaan yang dibawa oleh sesuatu perlakuan. Beliau membuat

pertimbangan kuantiti dari segi darjah keserokan, tempoh keseronokan, kemungkinan

terhasilnya keseronokan dan sebagainya.

Bagi John Stuart Mill (1806-1873) pula, beliau membezakan antara keseronokan

dengan memasukkan aspek kualiti. Mill mengukur kualiti dan kuantiti sekaligus. Menurut

Mill, petunjuk kualiti keseronokan adalah seperti tinggi / rendah, baik / buruk, objektif /

subjektif, dan baru / lama. Faktor yang boleh mempengaruhi keseronokan pula ialah

kecerdikan, pendidikan, sensitiviti, bermoral dalam tindakan dan kesihatan yang baik.

Mill (1964) memperihalkan utilitarianisme seperti berikut: Konsep utiliti atau

Prinsip Kebahagiaan Terbanyak yang menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar

atau baik mengikut kadar atau perimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan

9

dihasilkan oleh perlakuan itu. Yang dimaksudkan dengan kebahagiaan ialah

keseronokan yang dihajati dan tiadanya kesakitan, manakala kedukaan ialah kesakitan

dan tiadanya keseronokan. Kesenorokan (bebas daripada kesakitan) sebagai natijah

atau hasil yang benar, baik dan yang diidamkan.

Sebelum ulasan dibuat terhadap etika utilitarianisme, untuk memperjelas teori

etika ini eloklah isu moral berkaitan peperangan diambil sebagai contoh. Bagi

utilitarianisme, dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu,

seseorang itu mesti menimbangkan kemudaratan dan kebaikan yang mungkin terhasil.

Peperangan dianggap wajar dari segi moral jika hasilnya membawa kebahagiaan dan

kelebihan yang melebihi kesengsaraan dan penderitaan. Contohnya, utilitarianisme

menyokong tindakan mengebom bandar Hiroshima (walaupun banyak yang tidak

berdosa berkoban) untuk menamatkan perang dunia kedua. Hal ini kerana jika pihak

Jepun menang, dunia ini akan hilang sifat kemanusiaan dan kezaliman yang berleluasa.

Contoh seterusnya ialah pandangan tentang peraturan yang bermoral. Sesuatu

peraturan yang ditentukan mesti memaksimunkan keseronokan bagi semua  yang

terlibat. Misalnya, dalam konteks negara Malasyia sendiri, peraturan memakai seluar

pendek tidak dibenarkan di dalam kampus perguruan.

Satu contoh lain untuk teori utilitarianisme ialah kalau seseorang itu mencuri

wang daripada seseorang yang kaya dan kedekut dan kemudian agihkan wang kepada

si miskin di anggap baik, kerana bilangan orang yang beruntung adalah melebihi

daripada seseorang kaya yang kena curi.

Selain itu, utilitarianisme menggangap bahawa sesuatu perbuatan baik atau

jahat bolehnya disukat. Oleh itu, Mill telah memperkenalkan beberapa ciri-ciri utiliti iaitu

Act utilitarianism dan Hedonistic utilitarianism. Pada peringkat paling rendah dipanggil

‘act utilitarinisme’. Kita harus bertanya kepada diri sendiri mengenai kesan akibat

sesuatu tindakan dalam keadaan tertentu ke atas pihak-pihak yang terlibat sebelum

sebarang tindakan diambil. Sekiranya tindakan tersebut menghasilkan kebaikan maka ia

dianggap betul.

Ciri yang pertama adalah merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada

bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes. Ciri ini dipanggil act utilitarianism.

Misalnya aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak bermoral

10

kerana masa tersebut sepatutnya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang

bermanfaat seperti kerja kebajikan.

Hedonistic utilitarianism, ciri kedua ialah mengambil kira kegembiraan, kesan

daripada suatu tindakan dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk

menentukan benar atau salah (moraliti) tingkah laku individu, ianya perlu mengambil kira

kesan dan akibatnya. Misalnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri

kesetiaan dan persahabatan, sehingga mencetuskan ciri kegembiraan. Memutuskan

persahabatan tetapi membahagiakan kedua-dua pihak yang terlibat adalah suatu yang

dianggap bermoral.

Aspek lain dalam prinsip utiliti yang boleh dipertikai. Pertama, keseronokan dan

kesakitan (paling penting dalam prinsip utiliti) ialah perasaan. Perasaan pula ialah

subjektif. Seperti yang dinyatakan oleh Durkheim (1968), keseronokan atau

kebahagiaan pada hakikatnya ialah suatu perasaan atau pengalaman yang subjektif

yang setiap orang menikmatinya mengikut kehendak sendiri. Oleh itu, prinsip utiliti

tidaklah bersifat objektif tetapi subjektif atau relatif seperti juga prinsip simpati, antipati

dan prinsip etika yang lain dengan tujuan menyokong dan mewajarkan prinsip utilitinya

telah dikritik oleh Bentham.

Kedua, keseronokan dan kesakitan bukan sahaja subjektif, tetapi sesuatu yang

disangsikan atau kabur. Mereka yang berfahaman utilitarianisme percaya bahawa

keseronokan dan kesakitan adalah sensasi. Dan semua sensasi hanya boleh

digolongkan kepada keseronokan dan kesakitan. Golongan itu juga menganggap

bahawa keseronokan dan kesakitan itu bertentangan. Tetapi ramai pengkritik

utilitarianisme berpendapat bahawa semua kepercayaan dan anggapan itu tidak tepat.

Ketiga, prinsip utiliti menggambarkan manusia hanyalah sebagai pemburu

keseronokan atau manusia itu secara naluri semestinya membenci kesakitan. Dalam hal

ini, terdapat juga hujuh yang boleh dikemukakan untuk menunjukkan bahawa gambaran

tentang manusia ini tidak tepat. Dengan kata lain, kesakitan dialami apabila berhadapan

rintangan ketika bertekad untuk berkuasa. Oleh itu, kesakitan ialah sesuatu yang wujud

dalam alam ini sebagai sifat atau bahagian yang tetap dan semula jadi. Kesakitan tidak

perlu dielakkan tetapi mesti diatasi untuk mencapai kuasa.

11

Dalam pernyataan prinsip utiliti ini, terdapat dua istilah lain yang perlu ditelitikan.

Pertama ialah istilah kebaikan. Menurut prinsip utiliti, pengalaman keseronokan mestilah

dikaitkan dengan kebaikan dan pengalaman kesakitan dengan keseronokan kerana

adalah nilai lain yang berkait dengan kebaikan yang lebih patut dianggap sebagai

matlamat hidup. Contohnya, kebebasan, kesihatan, ilmu pengetahuan dan kuakiti lain

yang menjadikan kehidupan itu berharga.

Kedua ialah istilah kebahagiaan. Prinsip utiliti turut menyamakan keseronokan

dengan kebahagiaan. Ini juga sukar diterima kerana sebenarnya kedua-dua istilah itu

patut dibezakan. Menurut Frankena (1973), ‘keseronokan’ membayangkan perasaan

yang agak khusus sedangkan ‘kebahagiaan’ tidak demikian. Selain itu, ungkapan seperti

‘kehidupan yang menyeronokan’ menggambarkan sesuatu yang agak berbeza daripada

rangkai kata ‘kehidupan yang membahagiaan’.

Akhir sekali, utilitarianisme membayangkan bahawa tidak kira maksud tindakan

itu baik atau jahat, kedua-duanya boleh disukat. Dari segi kuantiti, yang baik dan jahat

mestilah boleh ditimbangi. Oleh itu, Bentham bertanggungjawab dalam usaha

menghasilkan ‘Kalkulus Hedonistik Bentham’ bagi keseronokan dan kesakitan dengan

menggunakan 7 keadaan atau dimensi iaitu intensiti, jangka masa, kepastian,

kesegeraan, kesedaran, keberkesanan dan had atau batasan. Ia merupakan satu sistem

yang memberi skala antara –10 hingga +10.

Intensiti bermaksud kedalaman. Sejauh manakah dalamnya kesan pengalaman

terhadap seseorang. Jangka masa bermaksud berapa lamakah keseronokan atau

kesengsaraan akan berakhir. Kepastian pula ialah adakah anda pasti sama ada

mengalami keseronokan atau kesengsaraan akibat sesuatu yang berlaku. Kesegeraan

merupakan kepantasan anda mengalami rasa seronok atau sebaliknya. Kesedaran pula

membawa makna kemungkinan anda mengalami rasa seronok pada masa akan

dating. Keberkesanan adakah kemungkinan anda mengalami rasa sengsara pada

masa hadapan. Mangsa tragedi selalunya sentiasa berasa takut dan risau. Akhir sekali,

had atau batasan. Ia bermaksud berapa kerapkah kesengsaraan dan keseronokan

dicetuskan dalam kehidupan orang lain. Jika jumlah skor kesengsaraan melebihi

keseronokan maka sesuatu perbuatan tersebut adalah sememangnya salah dan tidak

beretika.

12

Tentang ‘kalkulus Hedonistik Bentham’ perlu ditegaskan bahawa proses ini ialah

suatu urusan yang sukar kerana menghadapi berbagai-bagai masalah. Masalah

pertama, tiada orang yang boleh memberikan jumlah perasaannya denga tepat.

Contohnya, intensiti keseronokan atau kesakitan yang dirasai seseorang sukar disukat.

Satu lagi masalah ialah setiap orang mengalami keseronokan dan kesakitan yang tidak

sama dari segi mutunya.

Daripada keseluruhan perbincangan kita tentang prinsip utiliti, kesimpulan ialah

kita mesti berjaga-jaga dan berwaspada dalam menerima fahaman atau pendapat utiliti

sebagai suatu prinsip etika.

2.1.2 Egoisme

Egoisme berasal dari perkataan “ego”, perkataan Latin untuk “aku” dalam

Bahasa Malaysia. Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menggangap nilai itu baik jika

menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri.

Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844-1900), ialah seorang ahli falsafah yang

mengkritik utilitarianisme. Bagaiamanapun, beliau lebih kuat menentang kemoralan

sosial iatu yang berasaskan tradisi dan peraturan masyarakat. Ahli falsafah ini pernah

menggambarkan kemoralan sosial, terutama etika agama Nasrani dan Yahudi, sebagai

ciptaan hamba abdi.

Selain itu, Nietzsche telah mengenalpasti dua kumpulan manusia, iaitu gembala

atau hamba abdi (orang biasa atau jelata) dan kumpulan tuan (kaum bangsawan).

Kumpulan rakyat jelata adalah ramai, lemah dan tidak berdaya. Manakala golongan

bangsawan ini adalah kumpulan minoroto tetapi kuat, individualistik dan mempunyai

iradat atau tekad untuk berkuasa dan bebas. Oleh sebab itu, rakyat jelata selalunya

berasa sakit hati dan menyimpan dendam terhadap kemoralan ketuanan yang dianuti

kaum bangsawan. Rakyat jelata sentiasa menentang kumpulan bangsawan akhirnya

berjaya mendesak golongan itu mengkaji semula pendirian dan nilai mereka.

Hal ini telah menyebabkan kaum bangsawan melihat diri mereka sebagai

durjana dan jahat. Mereka akhirnya menganggap bahawa nilai asal mereka

(indicidualisme atau lebih tepat lagi egoisme) sebagai salah, tercela dan terkutuk. Piawai

13

dan ukuran baik dan jahat kaum bangsawan sekarang sudah menjadi piawai baik dan

durjana bagi rakyat jelata.

Perubahan nilai kaum bangsawan di atas telah dihasilkan dengan berkesan oleh

rakyat jelata dengan memperkenalkan peraturan moral yang mengandungi konsep

seperti pengorbanan diri, rasa bersalah, suara batin, dendaan, pahala dan dosa serta

kepercayaan agama. Menurut Nietzsche, mencipta Tuhan atau menyedarkan wujudnya

Tuhan dan agama yang melindungi dan menjadikan peraturan moral rakyat jelata kekal

dan ini adalah hasil daripada pemberontakan. Jadi, rakyat jelata telah berjaya

menjadikan etika dan kemoralan atau perkara salah dan benar itu sebagai berpunca

daripada perundangan Tuhan.

Jadi, sesuatu tindakan itu mesti menguntungkan diri. Nietzsche ialah seorang

egois yang mahu melihat kaum bangsawan untuk berkembang dan menjadi tuan

kepada kos etika, peraturan dan undang-undang moral.

Contoh tindakan egoisme, seseorang memilih untuk membelanjakan sejumlah

wangnya untuk diri sendiri daripada menderma kepada tabung kebajikan. Bagi contoh

lain, seseorang itu memilih untuk tidak menolong orang buta melintas jalan kerana ingin

sampai ke tempat kerja pada waktu yang ditetapkan. Satu contoh lagi, sekiranya dalam

situasi kebakaran kita memilih untuk tidak menyelamatkan mangsa kebakaran kerana

dikhuatiri akan membahayakan nyawa sendiri.

Selain itu, contoh tindakan Egoisme yang berkaitan dengan peperangan iaitu

kajian kes British menakluki negeri-negeri Melayu sebelum Malaysia merdeka, tindakan

British mengeksploitasi bahan mental di negeri-negeri melayu untuk tujuan kepentingan

diri. Dalam situasi ini, British dianggap golongan lemah dan selalunya memberontak

menggunakan prinsip ketuhanan (hak mereka sebagai pemilik) untuk mempertahankan

diri. Jadi, peperangan British untuk menakluki tanak melayu adalah bermoral. Selain itu,

contoh yang berkaitan tindakan kegaitan pertubuhan. Kegaitan pertubuhan yang wujud

adalah tidak bermoral kerana ianya dianggap sebagai suatu fahaman baru untuk

mempengaruhi orang lain. Contohnya, pertubuhan parti-parti politik.

Pada contoh-contoh di atas menunjukkan kepentingan diri lebih diutamakan

daripada kepentingan orang lain. Inilah konsep yang menerangkan teori egoisme

dimana matlamat setiap orang adalah semata-mata untuk mencapai hasrat yang dihajati

14

oleh diri sendiri. Egois memang tiada iltizam untuk berbakti kepada masyarakat dan

menjalankan kerja sukarela. Mereka ini benci kepada pertubuhan atau organisasi.

Nietzsche memperakui nilai sesuatu sistem peraturan tetapi beliau menentang peraturan

mutlak. Peraturan mestilah bersifat individualistik.

Selain itu, Egoisme juga boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu

Egoisme Psikologi dan Egoisme Etika. Egoisme Psikologi berpandangan bahawa setiap

orang sentiasa didorong oleh tindakan untuk kepentingan diri. lanya juga mendakwa

bahawa manusia sentiasa melakukan perkara-perkara yang dapat memuaskan hati

mereka ataupun yang mempunyai kepentingan peribadi. Teori ini menerangkan bahawa

tidak kira apa alasan yang diberikan oleh seseorang, individu sebenarnya bertindak

sedemikian semata-mata untuk memenuhi hasrat peribadi. Sekiranya pandangan ini

benar maka keseluruhan prinsip etika adalah tidak berguna lagi.

Penyokong teori ini berpendapat bahawa setiap orang yang menghulurkan

bantuan kepada orang lain seperti menjalankan aktiviti persaingan secara adil, menjaga

kebajikan masyarakat ataupun yang mengambil risiko untuk menyelamatkan orang lain

sebenarnya mempunyai tujuan untuk mempromosikan dirinya sendiri. Teori ini

menafikan wujudnya nilai moral altruistic iaitu sikap suka menolong dan mengutamakan

kepentingan diri insan lain lebih dari kepentingan diri sendiri. Dalam konteks perniagaan

masa kini terdapat banyak firma-firma perniagaan yang melaksanakan tanggungjawab

sosial kepada masyarakat dengan tujuan untuk meningkatkan imej korporat yang

akhirnya akan membawa kepada peningkatan keuntungan. Egoisme Psikologi adalah

berkaitan dengan motivasi individu untuk mencapai sesuatu matlamat.

Bagi Egoisme Etika pula, ia menegaskan bahawa kita tidak harus mengabaikan

secara mutlak kepentingan orang lain tetapi kita patut mempertimbangkannya apabila

tindakan itu secara langsung akan membawa kebaikan kepada diri sendiri. Egoisme

Etika adalah berbeza dengan prinsip-prinsip moral seperti sentiasa bersikap jujur,

amanah dan bercakap benar. la kerana tindakan tersebut didorong oleh nilai-nilai luhur

yang sedia ada dalam diri manakala dalam konteks ethical egoism pula sesuatu

tindakan adalah didorong oleh kepentingan peribadi. Misalnya, seseorang individu yang

memohon pinjaman akan memaklumkan kepada pegawai bank tentang kesilapan pihak

bank bukan atas dasar tanggungjawab tetapi kerana beliau mempunyai kepentingan diri.

15

Seterusnya, kelemahan Teori Egoisme. Pertama, Egoisme tidak mengutamakan

kemurahan hati kerana mengejar kepentingan diri sendiri, hal ini memudaratkan orang

lain. Kedua, peraturan yang bersifat individualistik ini menyebabkabkan tiada satu

piawaian atau ukuran untuk menghakimi sesuatu tindakan. Ketiga, merosakkan

hubungan dan nilai murni yang tidak dapat diterapkan. Keempat, nilai masyarakat tidak

dapat dipupuk. Kelima, melahirkan individu yang pentingkan diri.

Akhir sekali, kekuatan Teori Egoisme. Pertama, Egoisme dapat membantu

dalam mencapai matlamat kendiri. Kedua, Egoisme juga membantu sesuatu tanpa

bantuan orang lain. Ketiga, kepuasan kendiri dapat dicapai. Keempat, membantu dalam

membina keyakinan dan prinsip kendiri yang kuat.

Kesimpulannya, Prinsip Utilitarianisme yang dikemukakan mendukung bahawa

kita seharusnya memaksimumkan kebahagian dan meminimumkan kesakitan. Manakal

pengajaran bagi Egoisme pula menyokong etika individualism. Oleh itu, dalam

kehidupan seharian, kita mesti berjaga-jaga dan berwaspada dalam menerima fahaman

atau pendapat daripada mana-mana pihak.

2.2 Teori Deontologi

Deontologi berasal dari perkataan Yunani “deon” yang bermaksud “yang

diharuskan atau diwajibkan”. Teori Deontologi ialah satu teori etika yang berlandaskan

prinsip moral dan kewajipan moral (Vishalache B., 2009). Pada asasnya, dalam Teori

Deontologi, sesuatu perkara yang dianggap wajar atau tidak wajar dilakukan adalah

didasarkan kepada nilai intrinsiknya (Afi et. al., 2009). Sesuatu perlakuan adalah

berdasarkan pertimbangan dan fakta lain yang bernilai intrinsik. Individu yang menerima

deontologi ini percaya bahawa sesuatu tindakan bermoral akan melibatkan kesedaran

diri (bernilai intrinsik) dalam menghadapi halangan-halangan atau peraturan yang

ditetapkan atas kepentingan antara diri dengan kebaikan umum (Tam Y.K., 2005).

Akibat dan kesan sesuatu perbuatan itu yakni nilai instrumentalnya itu tidak akan

diberikan perhatian sebagaimana yang diperkatakan dalam Teori Teleologi. Ini

menyebabkan sesuatu perlakuan atau peraturan itu patut, baik, benar dan diwajibkan

(Tam Y.K., 2005). Untuk memilih tindakan moral yang betul, kita perlu memahami

obligasi atau kewajipan moral kita dan apakah peraturan betul yang sedia ada untuk kita

16

melakukan kewajipan tersebut. Andaian dalam Teori Deontologi ialah apabila kita

mengikut kewajipan, kita berkelakuan moral dan apabila kita gagal mengikut kewajipan,

kita berkelakuan tidak bermoral (Vishalache B., 2009).

Teori Deontologikal ialah teori etika yang menganalisis tanggungjawab dan

kewajipan kita terhadap cara kita melayan orang lain dan apakah tanggungjawab kita

terhadap mereka. Teori ini berorientasikan tindakan dan perlakuan tetapi peraturan juga

diambil kira. Dalam teori ini, tindakan individu dan bukan kesan tindakan (fokus Teori

Teleologikal) yang mengambil kira kemoralan seseorang individu. Maka satu isu yang

timbul ialah relativisme iaitu satu tindakan yang diterima pakai dalam sesebuah

masyarakat mungkin bercanggah dengan sistem nilai masyarakat lain (Vishalache B.,

2009).

Secara umumnya, teori Deontologi wujud dalam beberapa bentuk (Vishalache

B., 2009). Ia boleh dihuraikan kepada dua teori besar iaitu teori deontogi peraturan dan

teori deontologi tindakan (Tam Y.K., 2005). Antara Teori Deontologi yang akan

dibincangkan adalah deontologi lakuan iaitu Eksistensialisme dan deontologi peraturan

iaitu Prinsip Kewajipan (Afi et. al., 2009).

2.2.1 Teori Deontogi Peraturan

Teori ini mengatakan bahawa kepiawaian tentang betul atau salah sesuatu

tindakan itu adalah tertakluk kepada satu atau lebih. Peraturan itu merupakan asas dan

bukan pertimbangan moral seseorang itu dalam sesuatu tindakan. Tindakan ini dirujuk

kepada situasi yang tertentu yang dirujuk pula kepada peraturan-peraturan berkenaan.

Sesuatu tindakan yang konsisten dengan peraturan diterima sebagai bermoral dan jika

sebaliknya dianggap sebagai tidak bermoral. Dalam erti kata lain, pengukuran dan

pertimbangan tindakan seseorang individu adalah bergantung kepada kepiawaian dan

bukan keseronokan atau kesengsaraan. Jadi dalam deontologi peraturan, kita

mementingkan sebaik manakah sesuatu tindakan itu dibandingkan dengan kepiawaian

yang sesuai untuk dilakukan oleh individu.

17

Teori Deontologi

Teori Prinsip EksistensialismeTeori Prinsip Kewajipan

Teori Deontologi TindakanTeori Deontogi Peraturan

Teori deontologi peraturan banyak dibicarakan oleh seorang ahli falsafah Jerman

yang bernama Immanuel Kant. Satu prinsip kemoralan dalam teori deontologi peraturan

yang dikemukakan oleh Kant ialah prinsip kewajipan.

Teori prinsip kewajipan ialah satu teori deontologi peraturan yang mementingkan

peranan peraturan dalam membuat penilaian dan pertimbangan moral. Antara tokoh

penting dalam membincangkan teori etika ini adalah Immanuel Kant (1724-1804),

seorang ahli falsafah Greek dengan hasil karyanya yang bertajuk “Groundwork of The

Metaphysic Of Morals” dan “Lectures On Ethics” (Abdul Rahman Md. Aroff, 1999;

Vishalache B., 2009).

Teori prinsip ini menegaskan “duty for the sake of duty”, iaitu tugas dilakukan

semata-mata kerana tugas itu. Dengan kata lain, tanggungjawab itu dilaksanakan

semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab. Teori-teori yang

dikemukan oleh Kant adalah penting sehingga dinamakan etika Kant (Kant’s ethics) dan

etika Kantian (Kantian ethics). Kant banyak menulis tentang etika dengan komitmen

yang kuat terhadap kebebasan manusia, maruah, dan martabat manusia serta

pandangan bahawa kewajipan moral bukan kerana Tuhan atau daripada autoriti

manusia dan komuniti atau daripada kegemaran dan keperluan agen-agen manusia

tetapi daripada penaakulan.

Aspek-aspek penting yang berdasarkan pandangan Kant ialah kewajipan moral

berasaskan kerasionalan. Dalam membicarakan teori etikanya atau prinsip

kemoralannya, Kant telah menghasilkan satu undang-undang etika universal yang

mengandungi elemen-elemen serta beberapa formula penting berikut:

Satu prinsip moral individu yang melambangkan undang-undang objektif dan sejagat

yang mana satu prinsip moral itu ditetapkan oleh individu untuk dirinya sendiri dan

mestilah juga dipatuhi oleh orang lain.

Matlamat kemanusiaan hendaklah menjadi matlamat dalam perlakuan individu

tersebut.

Tekad individu tersebut hendaklah bersifat rasional dalam tindakan dan

perlakuannya dan tekad individu yang rasional yang akan membentuk undang-

undang moral sejagat tersebut.

18

Perbincangan mengenai teori etika Kant diteruskan dengan penulisan Eow Boon

Hin (2002). Menurut penulisannya, penulisan Kant adalah sukar untuk ditakrif tetapi

bagi memahaminya individu perlu melihat dalam tiga perkara iaitu Penulisan Kant (1780-

1790), ulasan pengkritik dan istilah etika semasa.

Petama, Penulisan Kant (1780-1790). Buku-buku yang menerangkan Etika Kant

ini termasuk Groundwork of the Metaphysics of Morals (1785), Critique of Practical

Reason (1787), dan The Meta-physics of Morals (1797) yang dibahagikan kepada dua

bahagian iaitu: The Metaphysical Elements of Justice dan The Doctrine of Virtue serta

Religion Within the Limits of Reason Alone (1793). Walaubagaimanapun penulisan yang

paling terkenal dan banyak dibincangkan adalah buku The Critique of Pure Reason

(1781). Tetapi Kant cuba mengenal pasti peraturan asas sejagat (universal) bagi

tindakan yang perlu individu gunakan sebagai rujukan. Oleh itu Kant menegaskan

bahawa untuk pertimbangan sesuatu tindakan (sama ada betul atau salah) individu

perlu melihat sama ada tindakan tersebut mematuhi peraturan universal moral atau

tidak. Individu tidak perlu menjangka dan menilai kesan tindakan individu sebelum

individu melakukan tindakan tersebut (Tam Y.K., 2005). Elemen-elemen penting yang

memainkan peranan dalam prinsip kemoralan etika ini adalah mengikut formula berikut:

Ini membawa maksud bahawa dengan aspek kebebasan (freedom) dan keadilan

(fairness/justice) yang dimiliki manusia, mereka akan dapat menggunakan

kebijaksanaan (intelligence) mereka untuk membuat pilihan perlakuan (choice) (Afi et.

al., 2009). Ini bererti konsep peraturan universal atau universal ini mengawal tindakan

seseorang (Tam Y.K., 2005).

Di sampin itu, Kant telah menjelaskan bahawa konsep dan prinsip ini termasuk

konsep tekad/niat baik (Goodwill). Konsep tekad/niat baik ini adalah sesuatu yang baik

tanpa syarat dalam melakukan sesuatu tindakan. Kant menyatakan perkaara-perkara

yang baik ialah membuat sesuatu bakat minda seperti kebijaksanaan dan kecerdasan

pemikiran, keberanian dan kesederhanaan pemikiran (Tam Y.K., 2005). Menurut Kant,

prinsip kemoralan adalah merujuk kepada kewajipan (duty). Manusia dikatakan

melakukan perbuatan moral jika ianya dilakukan kerana menghormati undang-undang

dan atas dasar kewajipan yang telah ditetapkan. Oleh itu, manusia dikatakan melakukan

perbuatan baik jika mempunyai tekad baik atau niat untuk menunaikan kewajipannya.

19

(Freedom) + (Fairness/Justice) + (Intelligence) + Choice = Moral Action

Melakukan sesuatu perkara atau perbuatan baik atas dasar sifat semula jadi dan

kecenderungan belum tentu boleh dianggap sebagai moral dalam teori ini begitu juga

jika melakukan sesuatu kebaikan untuk kepentingan diri (egoisme) akan dianggap

sebagai tiada nilai moral.

Prinsip-prinsip yang terdapat daripada teori Egoisme ialah perintah mutlak

(Categorical Imperative Principle). Ia merupakan sesuatu prinsip moral iaitu peraturan

atau undang-undang moral yang telah dibentuk harus dipatuhi oleh semua orang tanpa

pengecualian (Tam Y.K., 2005). Prinsip kemoralan Kant menganggap tujuan utama

perbuatan yang baik adalah hanya untuk melakukacxn kewajipan (intrinsik) dan

bukannya berdasarkan kepada kesan perbuatan tersebut (ekstrinsik) (Afi et. al., 2009).

Prinsip-prinsip yang tidak mampu melayan semua ejen maka perlu ditolak atau menjadi

peraturan moral. Kemoralan bermula apabila individu menolak prinsip-prinsip yang tidak

boleh dijadikan peraturan universal (Tam Y.K., 2005)

Kedua, ulasan pengkritik. Banyak kritikan terhadap etika Kant sehingga semua

kritikan ini memperolehi keunikan dan kebebasan sendiri sebagai etika Kant. Prinsip

20

Prinsip Kewajipan (Vishalache B., 2009)

Konsep tekad/niat baik Niat baik akan membawa tindakan yang betul, baik dan bermoral. Contoh: ● Seorang pelajar kolej yang menderma darah dengan niat baik melakukan tindakan yang bermoral.● Seseorang yang menyambung pelajaran selepas mendapat keputusan SPM atas kesedaran diri sendiri kerana memikirkan ianya satu tanggungjawab adalah satu perbuatan yang beretika, manakala belajar kerana terpaksa boleh dianggap tidak beretika.

Prinsip perintah mutlak Pada peringkat ini, remaja mula dipengaruhi oleh pengaruh masyarakat persekitaran dan rakan sebaya. Mereka juga mula memikirkan baik buruk sesuatu tindakan. Contoh: ● Jangan menipu dalam apa juga keadaan adalah satu peraturan universal.● Mencuri merupakan satu kesalahan tidak kira bahan yang dicuri itu besar atau kecil, mahal atau murah dan sebagainya. Walaupun mencuri boleh membantu kita mendapatkan bahan yang diinginkan atau wang, tetapi kita akan dihina oleh orang lain atau disalahkan di sisi undang-undang.

perintah mutlak merupakan konsep kosong, remeh-temeh atau hanya secara formal dan

tidak dapat mengenal pasti prinsip-prinsip kewajipan. Pandangan Kant bahawa

permintaan universal ialah permintaan yang mana prinsip-prinsip asasnya boleh diterima

oleh semua orang. Keadaan ini mungkin tidak membawa apa-apa makna kerana

formalisma memerlukan universal ejen atau prinsip asas supaya agen moral boleh

menerimanya sebagai undang-undang. Selain daripada kosong dan formal membawa

kepada peraturan-peraturan yang tidak sensitif dan kekerasan, prinsip-prinsip seperti

“pengiraan cukai sendiri dan bayar terus dengan kebolehan membayar” atau “hukuman

mesti sesuai dengan kesalahan” adalah universal tetapi semasa pelaksanaan ia

memerlukan layanan yang tidak sama.

Ketiga, istilah etika semasa. Sesetengah penulis berbincang tentang etika Kant

apabila mereka menghurai teori-teori “betul” daripada “baik” misalnya prinsip universal

seperti penghormatan kepada manusia adalah lebih spesifik kalau dibandingkan dengan

hak asasi manusia yang lebih umum. Ada juga yang menganggap “hak” lebih daripada

“kewajipan”.

Walaupun telah ditegaskan daripada awal bahawa tanggungjawab dilaksanakan

semata-mata kerana amalan itu satu tanggungjawab tetapi apabila timbul keadaan di

mana dua kewajipan berkonflik, maka sukar untuk memilih yang mana perlu

diutamakan. Ini satu kelemahan dalam Teori Prinsip Kewajipan. Kelemahan yang ketara

di dalam teori Kant ini adalah apabila ianya tidak mengambil kira sifat semula jadi,

kecenderungan dan kesediaan seseorang itu untuk melaksanakan kewajipannya.

Faktor-faktor yang disebutkan ini sebenarnya boleh memainkan peranan yang penting

dan dapat mempengaruhi diri seseorang itu dalam menunaikan sesuatu kewajipan atau

mematuhi sesuatu peraturan. Adalah tidak adil jika kita hanya akan menganggap

seseorang itu mempunyai nilai moral hanya kerana dia melakukan sesuatu perbuatan itu

kerana patuh kepada undang-undang dan menunaikan kewajipan sahaja tanpa

mengambil kira aspek-aspek atau faktor-faktor lain.

Teori etika ini juga memperlihatkan kelemahannya apabila ianya mahu

meuniversalkan dan mensejagatkan semua elemen-elemen penting dalam prinsip

21

kemoralannya. Ini adalah kerana jika ada seseorang individu ingin melakukan sesuatu

perbuatan yang baik itu bukannya bermakna ianya suka orang lain melakukan perkara

yang sama kepadanya tetapi mungkin kerana ianya mempunyai sebab-sebabnya yang

tersendiri. Contohnya, perbuatan seseorang individu itu dalam menolong orang lain

mungkin kerana inginkan nama atau sanjungan dan bukannya atas sebab kewajipannya

untuk menolong orang yang memerlukann. Tambahan lagi, setiap manusia mempunyai

pemahaman, sikap dan konsep yang berbeza terhadap sesuatu nilai dan ini juga boleh

menyumbang kepada kesukaran untuk mensejagatkan atau meuniversalkan semua

elemen yang dikehendaki oleh Kant dalam prinsip kemoralannya.

Kelemahan dan kritikan yang seterusnya yang diperkatakan terhadap teori etika

Kant yang boleh juga dibaca dalam penulisan Eow Boon Hin, (2002) ialah etika ini

dianggap sebagai satu etika yang terlalu abstrak kerana ianya tidak disusuli dengan satu

set arahan dan panduan yang lengkap untuk diikuti manusia dalam penilaian manusia

itu terhadap sesuatu perbuatan moral (Afi et. al., 2009). Oleh itu, teorinya bukanlah

panduan tindakan tetapi hanya satu batasan sampingan dan hanya boleh memandu

keputusan. Keadaan konflik mungkin wujud misalnya permintaan menghormati orang

tua mungkin berkonflik dengan sifat suka membantu orang yang benar. Sifat

kecenderungan kadang kala tidak mengikut motif kewajipan individu. Oleh itu, tindakan

individu mungkin tidak bernilai moral. Pandangan bahawa konflik antara kewajipan dan

kecenderungan adalah hanya epistemologikal, iaitu kita tahu kita tetap bertindak atas

kewajipan apabila kecenderungan itu tidak wujud atau sebaliknya. Kant membenarkan

tindakan yang hanya berautonomi sepenuh dan tidak ada akaun perlakuan salah iaitu

bebas melaku atas satu prinsip yang menepati batasan dan untuk tindakan yang

menggambarkan hasrat serta kecenderungan semula jadi (Tam Y.K., 2005).

Sebagai contoh situasi, seseorang pelajar mempunyai dua kewajipan iaitu

sebagai pelajar dia perlu menyiapkan tugasannya dan sebagai anak, dia perlu

membantu ibu dengan membuat kerja rumah kerana ibunya tidak sihat. Apabila terdapat

konflik di antara dua tanggungjawab, prinsip ini kurang jelas dan tanggungjawab

diutamakan mengikut prinsip etika yang lain .

Kesimpulannya, undang-undang etika yang universal yang cuba diperkenalkan

oleh Kant ini merupakan antara teori etika yang hangat diperbincangkan apabila kita

22

menyentuh tentang topik moral ini, dan ianya juga tidak terlepas daripada menerimam

beberapa kritikan dan memiliki beberapa kelemahan. Maka, etika Kant masih

merupakan percubaan yang paling paradigmatik dan paling terpengaruh untuk

membuktikan prinsip moral universal tanpa merujuk kegemaran atau rangka kerja

teleologikal (Tam Y.K., 2005).

2.2.2 Teori Deontologi Tindakan

Teori ini menegaskan bahawa semua pertimbangan keputusan moral adalah

spesifik dan menitikberatkan apa yang telah berlaku atau bertindak dalam situasi yang

tertentu misalnya murid-murid dalam bilik darjah sedang bergaduh maka guru terpaksa

mengambil tindakan disiplin, mungkin denda atau pukul salah seorang murid itu, jadi

tindakan ini dilakukan untuk menyelamatkan keadaan semasa tanpa merujuk kepaada

apa-apa peraturan sekolah.

Teori ini boleh juga dikatakan pendekatan berorientasikan tindakan (act-oriented

approach). Mengikut pendekatan ini, pengukuran dan penilaian sesuatu etika

bergantung kepada tindakan seseorang individu dan bukan akibat daripada tindakan

tersebut. Ini bermakna penilaian atas betul atau salah tindakan seseorang bukan

akibatnya tetapi pengukuran. Ini agak susah kerana sesuatu tindakan yang boleh

diterima oleh diri sendiri mungkin dianggap salah oleh ahli-ahli masyarakat.

Prinsip eksistensialisme yang merupakan sebahagian daripada teori

Deontologi menegaskan bahawa nilai baik atau nilai buruk mesti berasaskan kepada

pilihan individu secara bebas (Tam Y.K., 2005; Vishalache B., 2009). Ahli falsafah moral

Barat menerima konsep “eksistense” atau kewujudan individu. Manusia dianggap

sebagai individu yang lahir ke arah yang tiada tujuan atau kelengkapan. Kewujudan

manusia mendahului kepentingannya dan mesti wujud jika ia mahu menjadi sesuatu.

Dalam perkataan lain manusia wujud dahulu kemudian baru membentuk dirinya sendiri.

Apa yang akan jadi adalah tanggungjawab dirinya sendiri. Ini bererti dia sendirilah

mencorakkan diri dan kehidupannya. Eksisten mempercayai alam semulajadi tidak

mempengaruhi kehendak nafsu dan keperluan manusia. Kelakuan dan kemahuan

manusia itu membentuk moral individu secara total dan mutlak. Pendidikan dan

matlamatnya dapat mencorakkan individu dan memberi kesedaran tentang kelakuan

23

mulia. Ini termasuk ilmu, sahsiah, nilai dan tanggungjawab individu. Dari segi eksiologi

nilai hanya merupakan sesuatu yang hakiki manakala fikiran merupakan sumber nilai

akal yang sempurna dan melahirkan tingkah laku moral yang seimbang.

Perbincangan teori ini adalah berlandaskan kepada pandangan seorang ahli

falsafah Perancis, Jean Paul Sartre (1905-1980) yang amat terkenal dalam falsafah

eksistensialisme. Antara karyanya yang terkenal adalah “Being and Nothingness” (Abdul

Rahman Md. Aroff, 1999). Sartre mempercayai bahawa tiada Tuhan di alam semesta ini

dan manusia tidak dicipta oleh Tuhan. Beliau berkeyakinan bahawa manusia dicipta

tanpa tujuan dan spesifikasinya. Beliau juga mempercayai bahawa manusia ini memiliki

kebebasan sepenuhnya dan mempunyai kebebasan memilih tanpa batasan. Manusia

adalah makhluk yang bebas dan memiliki hak yang sepenuhnya untuk memilih dan

menentukan cara hidup dan hala tuju kehidupannya. Namun manusia itu tidak bebas

untuk menghapuskan kebebasannya. Kesemua kepercayaan-kepercayaan ini telah

banyak mempengaruhi pandangan beliau dalam teori etika ini.

Teori deontologi lakuan seperti Teori Eksistensialisme ini juga dikenali sebagai

etika situasi. Teori Eksistensialisme adalah satu teori etika yang menilai kewajaran dan

ketidakwajaran sesuatu perbuatan itu berlandaskan kepada penilaian situasi atau

keadaan pada waktu tersebut tanpa merujuk kepada mana-mana peraturan.

Eksistensialisme menyatakan manusia tidak mempunyai penciptanya dan fungsi

manusia sudah ditentukan. Bagaimana manusia itu menjadi bermoral atau tidak

bermoral bergantung kepada pilihan yang dibuatnya dalam pelbagai peringkat

kehidupannya. Ini membawa maksud bahawa manusia itu bebas untuk melakukan apa

sahaja yang difikirkan betul dan sesuai dilakukan pada waktu tersebut. Peraturan dan

hukum adalah tidak perlu dalam menilai kewajaran sesuatu perbuatan itu.

Perbuatan dalam teori etika ini hanya akan menjadi batu penghalang dan

membataskan kebebasan memilih (freedom of choice) yang dimiliki oleh manusia.

Manusia diberi kebebasan untuk membuat sebarang pilihan dan mereka hanya perlu

bertanggungjawab ke atas setiap pilihan dan perbuatan yang dilakukan. Dalam erti kata

lain, manusia itu mempunyai hak sepenuhnya untuk menilai dan memutuskan sama ada

sesuatu perbuatan itu bermoral atau tidak bermoral dan mereka hanya perlu

bertanggungjawab ke atas pilihan yang telah dibuat. Oleh yang demikian, manusia

24

mestilah menggunakan kebebasannya itu untuk mencari fakta yang betul berhubung

dengan situasi moral yang dihadapinya sebelum membuat keputusan moralnya.

Dalam Teori Eksistensialisme, nilai moral akan terbuka kepada perubahan, tidak

kekal, tidak mutlak, bersifat subjektif, individualistik dan tertakluk kepada situasi. Ini

adalah kerana manusia itu sentiasa berubah fikirannya dan setiap perkara yang hendak

dilakukan akan dinilai dahulu situasi pada waktu tersebut sama ada wajar atau tidak

wajar ianya dilakukan. Oleh itu, pemilihan akan sentiasa berada di dalam kehidupan

manusia dan manusia hanya perlu melakukan pemilihan berdasarkan kesesuaian waktu

dan keadaan.

Sebagaimana yang diketahui, peraturan diadakan untuk kebaikan manusia

sejagat dan tanpanya manusia akan boleh melakukan apa sahaja termasuklah

melakukan kejahatan. Tanpa undang-undang, setiap penilaian yang dibuat oleh

manusia akan berbeza antara satu sama lain lalu mengundang kepada perkelahian,

huru-hara dan konflik. Oleh itu, manusia memerlukan undang-undang dan peraturan

untuk kebaikan manusia itu sendiri dan manusia perlulah mematuhinya demi

kepentingan dan kebaikan bersama. Contohnya, undang-undang dan peraturan jalan

raya seperti berhenti di lampu merah dibuat untuk kebaikan bersama dan jika setiap

manusia mempunyai penilaian tersendiri terhadap peraturan lampu merah tersebut

maka akan berlakulah keadaan lalu-lintas yang tidak terkawal dan menyebabkan

kemalangan. Satu lagi contoh ialah di mana seseorang tidak dilahirkan sebagai seorang

guru. Sebaliknya, dia memilih untuk menjadi guru. Ia adalah nilai baik jika dilakukan

kerana pilihan sendiri tetapi menjadi nilai buruk jika kerana terpaksa. Oleh itu, setiap

individu bebas memilih atau menentukan apa yang disukainya. Selain itu, aktiviti

menjalankan khidmat sosial di rumah-rumah orang yatim atau orang tua adalah nilai

baik jika ia dilakukan atas pilihan sendiri. Ia akan menjadi nilai buruk jika ia dilakukan

atas paksaan.

Terdapat dua aliran pemikir dalam Prinsip Eksistensialisme iaitu mereka yang

beragama Kristian dan mereka yang bersifat atheist. Kedua-dua kumpulan ini

mempunyai pandangan yang berbeza tetapi kepercayaan serupa yang dimiliki ialah

manusia wujud sebelum fungsinya dikenalpasti.

25

Selain itu, Teori Eksistensialisme ini juga tidak terlepas daripada menerima

kritikan seperti teori-teori etika yang lain. Kritikan-kritikan ini berbalik kepada kelemahan-

kelemahan teori tersebut. Antara kelemahan teori ini adalah apabila ianya

membelakangkan peranan peraturan dalam menilai dan menentukan kemoralan

sesuatu perkara atau perbuatan manusia itu. Oleh sebab Prinsip Eksistensialisme

memegang pada prinsip bahawa nilai baik atau buruk mesti berasaskan kepada pilihan

individu secara bebas, isu tentang relativisme akan timbul. Menurut Sartre, pemikir

eksistensialisme Perancis, peraturan dan prinsip adalah terlalu abstrak dan tidak ada

peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan apa tindakan yang

akan diambil atau apa yang betul. Dalam keadaan ini, relativisme individu dianggap

sebagai mutlak.

Peraturan, undang-undang, hukum, adat dan sebagainya adalah sesuatu yang

sangat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa peraturan (contohnya peraturan yang

ditetapkan agama), maka manusia akan hilang garis panduan dan pedoman hidup.

Kelemahan Teori Eksistensialisme ini terus diperkatakan apabila teori tersebut tidak

menetapkan sebarang peraturan dan panduan kepada manusia dan hanya membiarkan

manusia berfikir pada waktu itu berdasarkan kesesuaian situasi yang akhirnya mungkin

akan mengakibatkan seseorang itu terjerumus ke dalam penilaian yang tidak benar atau

salah. Oleh itu, dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan nilai atau moral,

manusia memerlukan kepada panduan, peraturan dan maklumat-maklumat lain yang

berkaitan supaya keputusan yang dihasilkan tidak membawa kesan yang buruk.

26

Prinsip Eksistensialisme (Vishalache B., 2009)

Aliran pemikiran ahli falsafah atheistTuhan tidak wujud dan nilai baik yang diamalkan oleh manusia adalah subjektif, individualistik dan bergantung kepada keadaan.Manusia memilih niat baik yang baik bukan hanya baik untuk diri sendiri tetapi juga untuk semua orang.

Aliran pemikiran ahli falsafah KristianKepercayaan bahawa wujudnya Pencipta dan manusia perlu mengenal pasti keperluan etika dan keagamaan/kerohanian dalam membuat pilihan tindakan.Peraturan keagamaan seperti Ten Commandments dalam Bible perlu dipatuhi apabila bertindak.

Sebagai contoh situasi, Jaysha telah membuat keputusan berasaskan keadaan

persekitaran dan ingin memilih keputusan hendak menjadi GRO yang pada

anggapannya meringankan beban kewangan ibu bapa dan pada masa yang sama

memberinya pendapatan yang lumayan. Namun keputusan ini mungkin tidak baik dari

segi moral kerana ibu bapa Jaysha dan masyarakat setempat mungkin mempunyai

standard moral yang berbeza dengan Jaysha.

Kesimpulannya, Teori Eksistensialisme ini adalah merupakan antara teori etika

yang tidak boleh kita lupakan apabila kita cuba merungkaikan tentang topik moral,

namun ianya juga tidak terlepas daripada beberapa kelemahan yang perlu kita amati.

2.3 Teori Kemoralan Sosial

Teori Kemoralan sosial ialah teori yang cuba mengaitkan kepiawaian moral,

peraturan masyarakat, dan undang-undang negara atau alam sejagat dengan konsep

etika. Ia juga menitikberatkan tanggungjawab setiap individu bagi mematuhi perintah

daripada sesebuah autoriti. Teori Kemoralan Sosial mengutamakan kepentingan dan

faedah masyarakat, bukan kepentingan diri seseorang individu.

Teori ini sangat berkesan untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan

dapat dilihat dari aspek keagamaan. Setiap perlakuan masyarakat berlandaskan ajaran

agama masing-masing yang boleh dikatakan lebih menekankan peraturan-peraturan

baik yang perlu dipatuhi dan apa yang patut dijauhi. Kemoralan soisal mempunyai kaitan

dengan kepercayaan kepada tuhan berlandaskan kepada pegangan agama masing-

masing perlulah dihormati oleh semua orang.

Berdasarkan teori kemoralan sosial, kita telah terdapat 5 ciri-ciri utama. Ciri-ciri

pertama ialah peraturan moral dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan

oleh pemerintah supaya wajib dipatuhi. Kedua, peraturan ini lebih mementingkan

masyarakat secara umum, bukan individu sebagai matlamat etika. Ketiga, peraturan ini

juga tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral yang telah

ditetapkan oleh masyarakatnya. Keempat, penentangan oleh individu dianggap

melemahkan masyarakat pada keseluruhan. Kelima, perbezaan peraturan moral di

antara satu masyarakat dengan masyarakat lain boleh menimbulkan konflik sehingga

tercetusnya peperangan.

27

Di samping itu, kita juga mengemukakan beberapa kelemahan Teori Kemoralan

Sosial seperti berikut:

1. Menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yang dibuat

oleh masyarakat. Peraturan biasanya ditetapkan oleh ahli-ahli falsafah moral,

pemerintah negara, tokoh-tokoh agama dan lain-lain.

2. Berlaku salah faham, konflik dan ketegangan kerana setiap masyarakat mempunyai

pandangan yang berbeza.

3. Kesukaran masyarakat baru menyesuaikan diri dengan sistem moral yang ada

kerana masa dan keadaan telah berubah. Contohnya perkembangan teknologi

maklumat perlu diterima supaya masyarakat tidak ketinggalan dan merugikan diri

sendiri.

4. Mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun bertentangan dengan

kehendak hati mereka.

5. Peraturan masyarakat dicabar oleh ahli masyarakat itu sendiri. Contohnya

sesetengah orang melanggar peraturan untuk keuntungan dan kepentingan sendiri

tetapi akhirnya perbuatan itu merugikan masyarakat dan negaranya.

6. Tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik. Terdapat

peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan membawa keburukan.

Contohnya kekejaman polis di sesetengah negara terhadap rakyatnya, oleh kerana

polis terletak di bawah pemerintahan kerajaan yang zalim.

Manakala kelebihan Teori Kemoralan Sosial ialah teori ini sangat berkesan untuk

diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dapat dilihat dari aspek keagamaan. Selain

itu, teori ini juga membantu dalam melaksanakan hidup bermasyarakat.

Pada pendapat saya, teori ini sangat berkait rapat dengan peraturan masyarakat

yang berbilang jenis dan kaum. Teori ini juga banyak berkait rapat dengan amalan

masyarakat, undang-undang negara dan amalan sejagat dengan konsep etika. Bagi

kami, ia banyak melibatkan amalan masyarakat. Dalam konteks sekolah pula, ianya

menjadi asas kepada setiap pelajar adalah berguna dan sangat penting untuk mencapai

keadaan yang berdisiplin serta harmoni di sekolah.

28

Teori ini banyak mementingkan nilai yang pentingkan masyarakat dan bukan

individu dalam mencapai matlamat moral. Teori ini juga boleh dimaksudkan dengan

peraturan moral yang dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh

pemerintah supaya wajib diketahui. Peraturan ini tidak membenarkan seseorang menilai

dan mengkritik peraturan moral ynag telah ditetapkan oleh masyarakatnya.

            Teori ini juga banyak memberikan kelemahan pada memberikan kebaikan.

Antaranya ialah ia banyak menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada

peraturan yang dibuat oleh masyarakat. Selain itu juga, banyak berlaku salah faham,

koflik dan ketegangan kerana setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza.

Teori ini juga memberikan kesukaran masyarakat baru untuk menyesuaikan diri dengan

moral yang ada kerana masa dan keadaan telah banyak berlaku perubahan.

            Tambahan pula, teori ini mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti

walaupun perkara itu bertentangan dengan kehendak hati mereka. Perkara yang paling

penting sekali, ialah tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik

dan bagus. Terdapat juga peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan

akan membawa keburukan. Ini bermaksud, jika peraturan itu dibuat dengan keadaan

yang akan memberikan kesan yang positif, maka masyarakat akan banyak menerima.

Tetapi akan selalunya, perkara seperti itu sukar untuk berlaku.

Contohnya, negara kita mempunyai pelbagai kaum dan adat resam serta

pantang larang yang berbeza di antara satu sama lain. Misalnya, dalam masyarakat

Melayu ada adat dan pantang larang seperti orang yang lebih muda perlu

membongkokkan badan sedikit sebagai tanda sopan apabila melintasi depan orang

yang lebih tua, menerima barang biarlah dengan tangan kanan dan sebagainya. Dalam

masyarakat Cina pula ada pantang-larang seperti menjemput semua anggota keluarga

apabila hendak makan, jangan habiskan semua makanan yang ada di atas meja

sebagai tanda sopan dan sebagainya. Bagi masyarakat India pula, perlu membasuh

kaki sebelum masuk ke rumah, sujud kaki ibu bapa atau orang yang lebih tua untuk

menerima restu dan sebagainya. Semua anggota masyarakat ini hidup dalam satu

negara bersama-sama. Maka adalah penting untuk memahami dan menghormati

perbezaan budaya dan mempratikkan pantang-larang masyarakat yang merentas

semua kumpulan etnisiti.

29

2.4 Teori Keperibadian Mulia

Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa. Teori ini

amat berkait rapat dengan “kaedah sikap baik” dan sifat-sifat seorang insan moral.

Seperti bak kata: “Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga” ‘Yang baik itu budi, yang

indah itu bahasa”. Budi mempunyai pengertian falsafah yang tersendiri iaitu kebaikan,

manakala dari sudut epistemologi, budi disingkap daripada perkataan Sanskrit yang

bermaksud asas hikmah. Budi mengandungi rangkaian yang bersiratan iaitu akal budi,

hati budi, budi bicara, budi bahasa dan budi pekerti. Keseluruhan rumpun budi dapat

dikesan di dalam konteks kehadiran dan kewujudan manusia serta masyarakat dan

budaya. Gugusan budi meliputi hubungan sosio-budaya dan spiritual.

Menurut kamus dewan, budi membawa maksud sifat dan perlakuan yang baik

serta akhlak dan tingkah laku yang terpuji. Manakala budi bahasa pula membawa

definisi kepada 'tuturkata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan

perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia'. Maksudnya setiap

gerak laku, tuturkata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain

sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi

bahasa. Konsep-konsep lain yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa

termasuklah mulia, adil, hormat, bijaksana, berani, setia, malu, sabar, sopan dan lain-

lain. 

Y.A.B Perdana Menteri semasa pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai

Murni pada 11Januari 2005, di Istana Budaya, Kuala Lumpur telah menyarankan agar

bangsa Malaysia yang maju seperti dicita-citakan menjelang tahun 2020 dapat

mempamerkan Kecemerlangan, Kegemilangan dan Keterbilangan berasaskan pekerti

mulia, berbudaya tinggi dan berbahasa baik. Ini akan lebih bermakna jika kita dapat

menaikkan nama Malaysia di mata dunia. 

Budi bahasa dan amalan-amalan murni tidak boleh bercambah dengan hanya

membiarkan keadaan yang sedia ada. Rakyat dan kerajaan mesti berjuang bersama

mewujudkan masyarakat yang berhemah dan berbudi agar tamadun kita tidak hilang

mutu dan keindahan sosialnya. Untuk itu kita perlu ingat-mengingatkan akan amalan

murni yang sudah hilang itu. 

30

Sejajar dengan kempen “Budi Bahasa Budaya Kita”, ia merupakan satu amalan

yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bermoral, beretika dan

keperibadian mulia. Teori Keperibadian Mulia atau virtue menitikberatkan perwatakan

manusia dari segi falsafah moral. Etika keperibadian mulia mengambil berat tentang

budi pekerti manusia yang berasaskan kepada keunggulan dan ianya dinyatakan

sebagai etika virtues dalam penulisan Aristotle (384-322 s.m). Bagi Aristotle, “virtues

atau keperibadian mulia adalah sekumpulan konsep seperti keadilan, kemurahan hati,

keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan yang memainkan peranan penting

dalam kehidupan bermoral masa kini. 

Menurut Aristotle, terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu yang bersifat

intelektual dan yang bersifat moral. Keperibadian mulia intelektual dikaitkan dengan

kecemerlangan minda untuk memahami, menaakul dan membuat penilaian dengan

baik. Manakala keperibadian mulia yang bersifat moral menekankan kepada tuntutan

berkelakuan baik dengan menjalankan proses pengulangan dan pelaziman. Sebagai

contoh, seorang insan yang mengamalkan sifat jujur akan cenderung menjadi insan

yang jujur dalam hidupnya. Justeru, Aristotle menjelaskan bahawa keperibadian mulia

adalah suatu kecenderungan untuk melakunya dengan sesuatu tujuan. Bagi beliau lagi,

keperibadian mulia ini tidak dihasilkan secara semulajadi kerana sesorang individu itu

tidak dikudratkan dengan sifat mulia atau jahat. Cara yang terbaik untuk memperolehi

keperibadian mulia ialah melalui latihan dan mengamalkannya sehingga menjadi

kebiasaan dan menyenangkan diri sendiri. 

Beberapa ciri-ciri dalam keperibadian mulia telah dikenalpasti. Antara ciri-ciri

keperibadian mulia ialah semua keperibadian mulia diperolehi oleh seseorang melalui

pengajaran dan pembelajaran atau latihan serta dijadikan amalan kehidupan seharian.

Contohnya, seorang anak yang diberikan didikan tentang adab memberi salam dan

menghormati orang tua, mereka akan sentiasa mengamalkan budaya dan sikap positif

itu dalam kehidupan seharian mereka sehingga dewasa. Ciri kedua ialah keperibadian

mulia adalah tabiat yang membawa maksud mereka adalah kelakuan biasa yang

ditetapkan dan ditonjolkan. Apabila tabiat dibentuk, sesuatu kecenderungan yang stabil

wujud dalam individu dan ia boleh dipanggil “sifat” orang itu. Oleh itu, apa yang

ditunjukkan oleh tabiat bukan satu kebetulan atau ketidaklaziman, tetapi adalah satu

penjelasan tentang jenis manusia bagi seseorang individu. Ciri-ciri seterusnya ialah

keperibadian mulia adalah sesuatu yang boleh diguna pakai. Ia membolehkan kita

31

menetapkan bagaimana untuk berkelakuan dan bertindak dalam cara tertentu . Operasi

ini boleh berlaku secara dalaman seperti aktiviti pemikiran tentang satu masalah

matematik,atau secara luaran seperti kita memberikan bantuan kepada mangsa

kemalangan. Ciri terakhir ialah keperibadian mulia adalah baik, ia berbeza dengan tabiat

buruk dan perangai buruk atau jahat. Keperibadian mulia adalah sempurna,dan

membenarkan kita bertindak dalam cara yang terbaik. Dengan perolehan keperibadian

mulia,kita dapat membentuk kendiri insan yang baik, manakala perangai buruk atau

jahat mempunyai kesan yang berlawanan, ia adalah “destructive” dalam kapasiti kita. 

Kritikan terhadap Teori Keperibadian Mulia.

Di samping itu, terdapat beberapa kritikan terhadap teori ini. Antara kebaikan

teori ini ialah ianya mewujudkan insan yang mempunyai sifat-sifat baik dan terpuji

seperti kejujuran, baik hati, amanah dan sifat-sifat terpuji yang lain. Teori Virtue Aristotle

yang menyatakan keperibadian mulia yang mewujudkan insan seperti ini adalah hasil

daripada pemerhatian dan pergaulan antara mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia.

Wallace (1978) berpendapat bahawa keperibadian mulia memainkan pelbagai

peranan yang tidak boleh diketepikan untuk kesejahteraan hidup manusia. Manakala

Philip Foot (1978) pula menyatakan bahawa manusia tidak boleh hidup dengan baik

tanpa keberanian,kesederhanaan dan kebijaksanaan kerana masyarakat tidak ada

keadilan. Kebaikan seterusnya ialah teori ini dapat menyatukan taakulan dan emosi

serta mengelakan berlakunya gejala sosial yang tidak sihat. Contohnya seseorang itu

hanya akan meniru dan mencontohi sesuatu tingkah laku yang apabila difikirkan akan

mendatangkan kesan baik kepada dirinya. Sebelum meniru dan mengaplikasikan

sesuatu tingkah laku, beliau akan memikirkan kesan baik dan buruknya terlebih dahulu.

Walaupun individu tersebut mudah dan boleh dipengaruhi oleh sosial masyarakat,

perkembangan ekonomi dan rakan sebaya, namun ketaakulan akan menyebabkan

individu itu menilai dengan cara pemerhatian dan pergaulan dengan mereka yang

mempunyai sifat-sifat mulia dan budi pekerti yang baik. 

Pada masa yang sama teori ini juga mendapat kritikan kerana kurang pasti sama

ada sifat-sifat mulia wujud secara semulajadi atau diperolehi melalui pengamalan dan

pengalaman. Teori Virtue Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia bukan sesuatu

yang natural itu telah mendapat tentangan daripada golongan yang percaya kepada

Tuhan. Mereka percaya bahawa insan seperti nabi dan rasul memiliki keperibadian

32

mulia secara semulajadi kerana dianugerahkan Ilahi kepada mereka. Keperibadian

mulia seseorang itu tidak semestinya melalui kecenderungan atau latihan kerana

manusia mempunyai sifat naluri ingin tahu dan sifat meniru. Oleh itu, peribadi individu ini

boleh dipengaruhi oleh social masyarakat, perkembangan ekonomi dan rakan

sebayanya. Jelasnya, keperibadian mulia boleh diperolehi dengan memerhati dan

bergaul rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia dan berbudi pekerti yang

baik.

Selain daripada itu, kelemahan teori ini juga ialah kita tidak dapat mengetahui

dengan lebih jelas siapakah yang sebenarnya mempunyai keperibadian mulia. Barnes

(1979) pula mengkritik doktrin “jalan tengah” Aristotle kerana doktrin itu tidak mempunyai

tenaga nasihat atau kekuatan untuk membuat sesuatu. Nasihat ‘bertindak mengikut

jalan tengah atau bertindak sederhana sama maksudnya ‘bertindak seperti mana kamu

patut bertindak’. Bimbingan dan nasihat ‘jalan tengah’ ini tidak memberi nasihat dan

maklumat tentang kemungkinan atau cara yang dikatakan patut, sederhana atau baik

apabila menghadapi desakan situasi moral. Ini menjadikan seseorang itu kabur dan

ragu-ragu apabila membuat sesuatu keputusan. 

Kesimpulannya, etika keperibadian mulia secara keseluruhan adalah penting

untuk memajukan kebajikan masyarakat dan menjaga kepentingan orang lain. Individu

yang mempunyai keperibadian mulia akan mendapat kepercayaan dan penghormatan

sosial yang tinggi. Frankena (1973) ini telah mencadangkan sifat mulia dapat

dikenalpasti melalui sifat mulia keadilan dan sifat mulia kemurahan hati seseorang

individu. Etika mestilah melibatkan keperibadian mulia dan kemoralan pula seharusnya

mempunyai kecenderungan, sikap, sifat dan cirri-ciri watak yang cemerlang serta murni.

Kemoralan dan kemuliaan ini akan diterima oleh masyarakat yang bertamadun dan

mempunyai keperimanusiaan. Walaupun terdapat beberapa pendapat yang mengkritik,

teori ini adalah berguna secara umumnya kerana ia menyarankan manusia supaya

menyatukan taakulan dan emosi serta mengelakkan berlakunya gejala tidak

sihat,sekaligus dapat menjamin kebahagiaan diri ,keluarga,masyarakat dan negara. 

33

3.0 Analisis Teori Perkembangan Moral Kanak-Kanak Menurut Piaget, Kohberg

Dan Bandura Dengan Pembentukan Insan Bermoral.

Pengertian perkembangan secara luas menunjuk pada keseluruhan proses

perubahan dari potensi yang dimiliki individu dan tampil dalam kualitas kemampuan,

sifat dan ciri-ciri yang baru (Reni Akbar Hawadi:2001). Helden (1977) dan Richards

(1971) berpendapat moral adalah suatu kepekaan dalam pikiran, perasaan dan tindakan

dibanding dengan tindakan-tindakan lain yang tidak hanya berupa kepekaan terhadap

prinsip-prinsip dan aturan-aturan. Kita telah mengetahui erti dari kedua suku kata iaitu

perkembangan dan moral maka selanjutnya iaitu kita mulai memahami erti dari

gabungan dua kata tersebut “Perkembangan Moral”. Santrock (1995), Perkembangan

moral adalah perkembangan yang berkaitan dengan aturan dan konvensi mengenai apa

yang seharusnya dilakukan oleh manusia dalam interaksinya dengan orang lain.

Perkembangan moral adalah perubahan-perubahan perilaku yang terjadi dalam

kehidupan anak berkenaan dengan tatacara, kebiasaan, adat atau standar nilai yang

berlaku dalam kelompok sosial.

Dalam menggunakan teori ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar

dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan

moral mereka. Yang menjadikan fokus dalam teori ini ialah proses (struktur) bukan

keputusan (kandungan) penaakulan atau pertimbangan. Oleh hal yang kerana teori ini

lebih memfokuskan kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakan

pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan perlakuan moral diberikan penekanan

yang setara.

3.1 Teori Perkembangan Moral Kanak-Kanak Jean Piaget,

Jean Piaget merupakan seorang ahli psikologi yang menekankan perkembangan

kanak-kanak secara berperingkat. Bagi beliau perkembangan pemikiran moral

melibatkan satu urutan peringkat-peringkat. Pada peringkat awal, kanak-kanak terpaksa

menghormati orang dewasa serta menerima peraturan-peraturan sebagai suci. Di

peringkat lewat, perhubungan kanak-kanak dengan orang dewasa menampakkan unsur

kerjasama, penghormatan saling dan penerimaan peraturan-peraturan secara saling

persetujuan antara satu sama lain.

34

Kajian Piaget menumpukan pada tiga aspek, iaitu peraturan realisme moral dan

idea mengenai keadilan.

Piage telah membezakan antara aplikasi peraturan dengan kesedaran mengenai

peraturan. Dari segi aplikasi peraturan, Piaget berpendapat bahawa terdapat empat

peringkat perkembangan. Peringkat pertama, Egosentrik, berlaku pada masa lahir

sehingga tiga tahun. Peringkat ini ialah peringkat tingkah laku motor, maksudnya kanak-

kanak akan membentuk tabiat atau peraturan sendiri. Peringkat kedua, Authoritarian,

berlaku pada umur tiga hingga tujuh tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak mulai

menunjukkan minat terhadap tingkah laku kanak-kanak yang lebih besar, ingin

mematuhi peraturan dan bermain dengan mereka, tetapi mereka masih tidak memahami

apa fungsi peraturan. Pada akhir umur enam, kanak-kanak itu memahami peraturan ini

adalah suci dan perlu dipatuhi. Peringkat ketiga, Kerjasama, berlaku pada umur tujuh

hingga sepuluh tahun. Kanak-kanak pada peringkat ini mulai mematuhi peraturan

kerana mereka menyedari keperluan untuk bekerjasama. Peringkat keempat,

Autonomous, berlaku pada umur sepuluh tahun ke atas. Kanak-kanak mulai

menunjukkan kefahaman dan minat terhadap peraturan-peraturan itu sendiri.

Manakala, kesedaran tentang peraturan cuma melalui tiga peringkat. Peringkat

pertama, berlaku pada masa lahir sehingga lima tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak

hanya memahami peraturan-peraturan (secara tidak disedari) sebagai faktor-faktor di

dalam alam sekitarnya. Peringkat kedua, berlaku pada umur lima hingga sepuluh tahun.

Kanak-kanak membentuk suatu jenis penghormatan terhadap ciri suci peraturan seperti

mereka akan menghormati orang yang lebik tua daripada mereka dan mulai membentuk

sikap untuk bekerjasama. Peringkat ketiga, mulai umur sepuluh tahun. Kanak-kanak

tidak lagi menganggap peraturan sebagai suci dan mesti dipatuhi, sebaliknya mereka

mulai berpendapat bahawa peraturan adalah hasil daripada interaksi bebas dan amalan

saling memberi dan dengan itu perlu dihormati.

Daripada perbincangan di atas, terdapat tiga jenis peraturan yang timbul, iaitu

peraturan motor, peraturan paksaan dan peraturan rasional. Peraturan motor timbul

akibat bat tabiat serta amalan yang berulang-ulang. Peraturan paksaan adalah hasil

daripada amalan menghormati orang lain, manakala peraturan rasional dikaitkan

dengan penghormatan saling memberi serta saling memahami. Unsur utama dalam teori

perkembangan moral Piaget ialah perbandingan di antara paksaan dan kerjasama.

35

Di sini kita dapat menyedari bahawa aplikasi peraturan dan kesedaran mengenai

peraturan yang dikenali oleh Piaget telah berjaya melahirkan insan yang bermoral dari

segi demensi perlakuan. Piaget telah berjaya mengemukakan peraturan yang dapat

mengawal tingkah laku seseorang individu.

Di samping itu, Piaget berpendapat bahawa realisme moral merupakan satu ciri

kanak-kanak sehingga umur sembilan tahun. Beliau merujuk kepada tiga jenis realisme

moral. Pertama, apa yang baik ialah mematuhi peraturan atau arahan orang dewasa.

Kedua, kata-kata peraturan yang perlu dipatuhi. Ketiga, tanggungjawab yang objektif,

iaitu tindakan dinilai dari segi kesan-kesan yang akan dilabel baik atau buruk oleh orang

dewasa dan bukan ditentukan oleh tujuan-tujuan orang yang bertindak itu.

Contohnya Piaget menggunakan cerita-cerita yang melibatkan tanggungjawab

objektif (iaitu kesan-kesan satu tindakan yang dinilai, bukan tujuannya). Di sini ada dua

situasi. Situasi yang pertama ialah Susie, seorang budak perempuan kecil ingin

membuat pakaian untuk emaknya, tetapi Susie tidak mahir menggunakan gunting lalu

menyebabkan satu lubang yang besar pada kain itu. Situasi yang kedua ialah Nirupa,

seorang budak perempuan kecil yang bermain gunting lalu menyebabkan satu lubang

kecil pada kain emaknya.

Kemudiannya, kanak-kanak ditanya siapakah yang melakukan kesalahan yang

lebih besar. Kanak-kanak yang lebih tua (umurnya 10 tahun ke atas) menjawab bahawa

Susie melakukan kesalahan yang kecil kerana dia bertujuan baik (ingin membuat

sesuatu yang baik untuk emaknya ) tetapi telah terpotong kain lalu membuat lubang

yang besar. Sebaliknya, Nirupa melakukan kesalahan yang lebih besar kerana telah

tidak mengendahkan kata-kata emaknya supaya jangan bermain dengan gunting itu,

walaupun lubang kain itu kecil. Jadi, Nirupa lebih bersalah kerana tujuannya adalah

kurang baik. Cara penaakulan ini dikenali sebagai ‘ penaakulan moral subjektif’.

Sebaliknya, kanak-kanak yang lebih muda ( lahir sehingga umur 10 tahun) pula

rasa mengatakan Susie melakukan kesalahan yang lebih besar daripada Nirupa sebab

lubang yang dibuat oleh Susie adalah lebih besar daripada Nirupa. Perkara yang

diutamakan ialah kesan tindakan itu (iaitu membuat lubang yang lebih besar). Cara

penaakulan ini dikenali sebagai ‘penaakulan moral objektif’.

36

Oleh yang demikian, kanak-kanak yang lebih muda (lahir sehingga umur 10

tahun) menekankan akibat satu-satu tindakan untuk menentukan sama ada tindakan itu

‘betul’ atau ‘salah’. Sebaliknya kanak-kanak yang lebih tua mementingkan tujuan satu-

satu tindakan untuk membuat pentafsiran.

Mengikut Piaget, kanak-kanak juga melalui beberapa peringkat dalam

memahami konsep keadilan. Kanak-kanak yang lebih muda berpendapat bahawa berat

hukuman haruslah bergantung kepada jenis kesalahan. Semakin serius kesalahan itu,

semakin beratlah hukuman itu. Hukuman ini dikenali sebagai ‘hukuman penebusan’

(dosa). Tingkah laku kanak-kanak pada peringkat ini, masih dibimbing oleh arahan

luaran seperti arahan orang dewasa dan pihak berkuasa. Mereka berpendapat bahawa,

semakin berat hukuman , semakin berkesanlah untuk mencegah tingkah laku yang tidak

diingini.

Penaakulan seperti ini adalah disebabkan oleh beberapa unsur logikal termasuk

kepercayaan dalam turutan semula jadi sejagat mengenai perkara-perkara seperti

semua tindakan, fikiran dan kesan adalah saling berkaitan. Kepercayaan bahawa

kesalahan pasti diikuti dengan hukuman. Maklumat ibu bapa yang kurang tepat yang

diberikan kepada anak mereka apabila anak mereka mengalami sesuatu yang kurang

baik.

Berdasarkan teori perkembangan kanak-kanak teori Piaget, teori Piaget telah

menlahirkan insan bermoral dari segi demensi penaakulan dan tingkah laku sahaja.

Beliau mengemukakan peraturan, realisme moral dan idea keadilan untuk

membentukan insan yang bermoral.

3.2 Teori Perkembangan Moral Kanak-Kanak Lawrence Kohlbery.

Lawrence Kohlbery merupakan seorang tokoh terkenal dalam bidang pendidikan

moral. Menurut Kohlbery, terdapat tiga aras penaakulan mengenai isu-isu moral. Setiap

peringkat mempunyai dua aras. Tiga aras yang asas itu ialah prakonvensional,

konvensional dan poskonvensional (atau mengikut prinsip).

Ciri penaakulan di prakonvensional ialah kepercayaan bahawa apa yang

dianggap betul ialah mematuhi peraturan-peraturan pihak berkuasa. Pemikir lebih

menekankan kepentingan dir serta kesan-kesan satu-satu tingkah lagu itu.

37

Di aras konvensional ialah tingkah laku yang dianggap baik oleh sebahagian

besar masyarakat. Penekanan adalah pada dorongan kendiri untuk melakukan apa

yang diterima dan diharap oleh masyarakat. Pada orang ramai, taat setia dan

persetujuan orang-orang lain adalah penting.

Di aras poskonvensional ialah yang sejajar dengan hak-hak manusia sejagat,

nilai-nilai atau prinsip-prinsip yang perlu dipertahankan oleh masyarakat dan individu.

Individi memahami prinsip-prinsip dan tujuan-tujuan peraturan.

Bagi memahami penaakulam di tiga-tiga aras tersebut seperti Di Eropah terdapat

seorang wanita yang hampir mati keranaa sejenis barah. Ada sejenis ubat (radium) yang

boleh menyelamatkan nyawanya tetapi kos membuat ubat ini adalah tinggi. Oleh itu, ahli

farmasi yang membuat ubat itu mengenakan harga sepuruh kali ganda kos bagi

membuatnya. Kos membuat ubat itu ialah RM200 tetapi ahli farmasi itu mengenakan

harga RM2 000. Suami wanita itu, Heinz cuba meminjamkan wang daripada kawan-

kawannya tetapi hanya berjaya mengumpulkan RM1 000. Dia meminta ahli farmasi itu

mengurangkan harga ubat itu atau membenarkannya membayar RM1 000. Ahli farmasi

itu tidak setuju. Heinz berputus asa lalu mencuri ubat itu untuk isterinya.

Berdasarkan pendapat yang diberi oleh tiga orang yang berbeza peringkat. Yang

pertama, Mimi (berumur 8 tahun). Mimi berfikir di aras prakonvensional kerana dia

memikirkan kegunaan nyawa isteri Heinz tidak akan sanggup menanggung risiko. Ini

menunjukkan Mimi tidak mementingkan harapan-harapan serta kebajikan orang lain.

Yang kedua, Kamaran adalah di aras konvensional, Dia berdapat bahawa Heinz patut

memenuhi harapan dalam satu perkhawinan serta jua harapan ahli-ahli lain dalam

masyarakat.Yang ketiga ialh Lai Suan ( berumur 17 tahun), Pemikiran Lai suan

merupakan poskonvensional atau menurut prinsip kerana dia menekankan hak sejagat

untuk hidup;satu prinsip yang patuh dipertahan

Sebelum menjadi seorang pendidik moral yang berkesan, anda perlu

memahami dengan. jelas keenam-enam peringkat perkembangan moral

Peringkat pertama, Kemoralan Heteronomous. Kanak-kanak hanya menekankan

kesan satu-satu tindakan pada dirinya sendiri. Kalau sesuatu tindakan itu menyebabkan

ia dihukum, maka tindakan iyu adalah salah dan begitulah sebaliknya. Apa yang betul

ialah mengelakkan daripada melanggar peraturan. Dengan cara ini, hukuman dapat

38

dielakkan. Konsep kemoralan disifatkandengan pentafsiran yang berdasarkan ancaman-

ancaman luar (seperti denda atau hukuman) dan bukan pada unsur keadilan.

Peringkat kedua, Individualisme, Tujuan dan Pertukaran. Di peringkat ini, kanak-

kanka berpendapat apa yang baik ialah apa sahaja yang membekalkan sesuatu yang

baik dan berguna. Pertukaran yang adil adalah ditegaskan. Sesuatu itu adalah betul

sekiranya kedua-dua pihak yang terlibat menikmati faedah yang sama. Kemoralan

adalah ditentukan dari dalam. Misalnya, suatu tindakan itu dianggap betul atau salah

mengikut nilai tindakan itu, iaitu sama ada dapat memenuhi keperluan individu itu.

Individu itu masih bersifat egosentrik, iaitu faedah yang diperoleh perlulah untuk diri

sendiri. Di peringkat ini, kanak-kanak mempercayai bahawa individu itu boleh membuat

apa sahaja dengan hak-haknya. Mereka mulai berasa bahawa satu set peraturan yang

ditentukan bersama oleh anggota-anggota masyarakat adalah perlu untuk mewujudkan

tingkah laku yang diingini. Hak-hak sendiri, hak-hak orang lain dan tujuan sesuatu

tindakan mulai ditekankan.

Peringkat ketiga, harapan saling antara Individu, Perhubungan dan Persetujuan

antara Individu. Satu-satu perbuatan dianggap baik asalkan ia memenuhi harapan orang

lain, disokong oleh orang lain serta taat setia di dalam kumpulan. Satu-satu tindakan

akan dinilai baik atay buruk berdasarkan sokongan atau persetujuan orang lain

terutamanya pihak berkuasa. Tentang amalan berbohong, seorang kanak-kanak

memberitahu bahawa dia berasa bersalah kalau membohongi ayahnya, bukan adiknya.

Peringkat keempat, Sistem Sosial dan Kata Hati. Peringkat ini juga dikenali

sebagai ‘orientasi undang-undang dan ketenteraman’. Menjalankan kewajipan dalam

masyarakat serta memelihara ketenteraman sosial merupakan ‘yang betul’. Tujuan baik,

taat setia dan perhubungan baik tidak mencukupi. Satu set undang-undang tingkah laku

manusia adalah perlu untuk menjamin hak-hak individu, ketenteraaman dan interaksi

yang sihat.

Peringkat kelima, Kontrak Sosial atau utiliti dan Hak-hak Individu. Pada peringkat

penaakulan ini, yang betul ialah tindakan mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai dan

kontrak-kontrak. Penghormatan terhadap nyawa dan sahsiah individu adalah

diutamakan. Kriteria penting menentukan kebaikan moral bukan sahaja merupakan ‘

yang paling baik untuk yang paling ramai’.

39

Berdasarkan teori perkembangan kanak-kanak Lawrence Kohlbery, saya

menyedari bahawa teori ini juga boleh melahirkan insan yang bermoral dari segi

penaakulan dan tingkah laku. Kita mesti sama-sama memperkembangkan teori yang

bermanfaat ini.

3.3 Teori Perkembangan Moral Kanak-Kanak Bandura.

Bandura (1977), telah menyampaikan satu pendekatan pembelajaran sosial

kepada perkembangan moralyang paling tekal. Dia telah mengkritik teori perkembangan

moral berstruktur yang dikemukakan oleh Piaget dan Kohlbery. Bandura menerangkan

perkembangan moral melalui perubahan-perubahan dalam situasi-situasi sosial.

Beliau berpendapat tingkah laku kanak-kanak pada mulanya adalah dikawal oleh

ibu bapa melalui pelbagai cara, termasuk cara-cara fizikal. Apabila kanak-kanak

membesar, ibu bapa mulai menggunakan bentuk-bentuk penaakulan moral dengan

mereka . Mereka akan juga menghormati undang-undang yang berkaitan dengan salah

laku kaum remaja. Selain daripada ibu bapa, kaum remaja juga terdedah kepada

sumber-sumber pentafsiran moral yang lain. Orang dewasa dan rakan-rakan sebaya

juga mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak yang lebih lanjut umurnya. Mereka juga

dipengaruhi oleh program-program televisyen.

Mengikut teori Bandura, pentafsiran moral adalah merupakan keputusan sosial

yang dibuat atas beberapa faktor. Standard-standard penilaian moral adalah

berdasarkan pada pengajaran moral, contoh dan pengalaman yang dilalui akibat satu-

satu tindakan. Pendedahan kepada model-model yang berbeza akan mengubah

pentafsiran moral dalam beberapa cara. Ini adalah kerana model mendatangkan idea-

idea dan citarasa, menekankan kepentingan setengah-setengah isu dan menyediakan

justifikasi untuk setengah-setengah tindakan.

Walaupun demikian, teori pembelajaran sosial seharusnya diberi perhatian

serius. Ini adalah kerana teori ini menekankan kepentingan peranan ibu bapa, guru dan

rakan sebaya dalam pembelajaran nilai-nilai moral.

Kesimpulannya, teori perkembangan sosial Bandura menekankan peniruan dan

pemerhatian. Oleh itu, bagi teori ini saya rasa teori ini boleh membentukan insan

bermoral yang memenuhi dimensi penaakulan dan tingkah laku.

40

REFLEKSI

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kerana saya diberikan

peluang untuk melaksanakan tugasan kerja kursus Pendidikan Moral ini dengan berjalan

lancar dan menyiapkannya pada masa yang ditetapkan.

Semasa saya menerima kerja kursus Pendidikan Moral, lidah saya terkelu untuk

bersuara dan berasa sakit tekanan. Sebabnya selepas saya membaca soalan tugasan,

dalam fikiran saya adalah kosong dan tidak mempunyai apa-apa idea atau sumber

inspirasi untuk memulakan tugasan ini. Tetapi apabila penerangan daripada Encik

Hegretul Al-Amin Bin Shahbudin, saya mula fahami kehendak soalan yang diberi.

Semasa penerangan daripada Encik Hegretul, beliau menerangkan soalan satu

per satu dengan jelas supaya kita semua memahami soalan dengan jelas dan tidak

membuat sebarang kesilapan. Beliau seorang pensyarah yang bertanggungjawab dalam

melaksanakan tugasnya. Beliau juga sangat baik hati. Tugasan ini perlu dilaksanakan

secara individu.

Sebelum memulakan kerja kursus ini, saya melaksanakan tugasan ini secara draf.

Apabila melaksanakannya, saya menghadapi masalah yang sama iaitu tidak dapat

bahan bacaan yang berkaitan dengan bidang moral. Sehubungan itu, saya berjumpa

dengan Encik Hegretul. Apabila berjumpa Encik Hegretul, Encik beritahu saya maka

saya boleh mendapat bahan bacaan atau maklumat-maklumat tentang tugasan ini dekat

pusat sumber. Encik juga menunjukkan beberapa buah buku yang sesuai untuk tugasan

ini.

Selepas mendapatkan tunjuk ajar daripada Encik Hegretul, saya berkunjung ke

pusat sumber sekolah untuk mencari maklumat-maklumat yang saya hendak. Semasa

pencarian, saya juga menghadapi masalah seperti mencari bahan bacaan untuk

memernuhi keperluan tugasan ini. Sebab kebanyakkan buku moral adalah dalam versi

Bahasa Inggeris. Oleh itu, saya melayari sesawang untuk memperoleh lebih banyak

sumber untuk melaksanakan kerja kursus ini. Di samping itu, saya juga bertanya rakan

kelas saya dan rakan luar opsyen untuk mendapatkan maklumat yang betul dan

berguna supaya dapat menghasilkan kerja kursus yang terbaik.

41

Semasa mengumpul maklumat, saya dapat pelajari pelbagai nilai-nilai moral yang

boleh saya guna dalam kehidupan harian. Antaranya ialah tolong-menolong,

bertanggungjawab, kesabaran. Di samping itu, saya juga mempelajari tentang konsep

asas pendidikan moral. Apakah perbezaan antara moral, etika dan akhlak, teori-teori

etika seperti Teori Teleologi, Teori Deontologi, Teori Kemoralan Sosial dan Teori

Keperibadian Mulia dan Teori perkembangan moral kanak-kanak dengan membentukan

insan bermoral. Ilmu pengetahuan yang saya perolehi ini sangat berguna supaya saya

dapat melaksanakannya dalam kehidupan saya.

Selain itu dengan adanya bantuan Encik, tugasan yang saya lakukan telah

menjadi mudah dan cepat saya laksanakannya. Selain itu, bantuan daripada rakan-

rakan saya juga dapat mempercepatkan saya selesaikan tugasan ini dengan sempurna

dan berkesan.

Di samping itu, saya membuat keputusan mendapatkan tunjuk ajar daripada

senior untuk menyelesaikan masalah ini. Dengan adanya tunjuk ajar daripada senior

saya mula mengetahui cara yang boleh saya lakukan. Selain itu, saya juga

mendapatkan tunjuk ajar daripada Encik Hegretul untuk menyelesaikan masalah yang

saya hadapi. Secara tidak langsung, mengeratkan hubungan antara saya dan

pensyarah dapat dipertingkatkan melalui proses melaksanakan kerja kursus ini.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik

Hegretul Al-Amin Bin Shahbudin, kerana tanpa bantuan beliau tidak mungkin saya dapat

melaksanakan tugasan ini dengan baik, berkesan dan sempurna. Beliau merupakan

pensyarah yang dedikasi, penyayang dan bertanggungjawab. Saya amat sanjung Encik

Hegretul kerana tidak begitu ramai pensyarah yang akan melakukan sedemikian.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua orang

ibu bapa saya kerana tanpa sokongan dan dorongan mereka, saya kemungkinan tidak

mempunyai semangat dan cabaran untuk melaksanakan tugasan ini dengan baik dan

sempurna.

Pada masa yang sama juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada

rakan-rakan yang memberi bantuan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Mungkin hasil tugasan ini tidaklah memberangsangkan tetapi saya telah mencuba

dengan sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik supaya tugasan ini sedikit

42

sebanyak dapat membantu saya untuk mendapatkan ilmu yang tidak pernah

memperoleh sebelum ini.

Pendek kata, tugasan Pendidikan Moral ini telah banyak membantu saya dalam

usaha untuk mendapatkan sesuatu yang baru untuk menjadi bekalan dalam kehidupan

saya ini. Selain itu, saya juga dapat pelajari kemahiran mencari maklumat, sikap

toleransi, bekerjasama, bertanggungjawab dan lain-lain nilai dapat saya pelajari dan

seterusnya dapat membantu saya menjadi seorang guru yang berkualiti dan dapat

menolong saya dalam kehidupan seharian.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang

terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyiapkan kerja

kursus saya ini.

43

RUJUKAN

Abdul Rahman Md. Aroff (1986). Pengenalan Pendidikan Moral. Selangor: Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Kuala

Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.

Afi R.A.B., Charanjit K, Chin Y.M., Hasmiza B.A.M., Ira M.I., Mohd. Syuja S.,

Muthualagan T., Nadhirah N., Nazirah I., Ng C.C., Nik M.M.M.N., Norazilah B.,

Nor Azlili H., Santhidran S., Taufik A.L., Wong K.S., 2009. Pendidikan Moral. m/s

36-42. Selangor:Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Ahmad Asli Seman Phd & Warti Bt Kimi (2013). Hubungan Etnik Di Malaysia. Kuala

Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Alamanda USM (2014), Teori Egoisme. Retrieved Februari 20, 2015, from

http://alamandausm.blogspot.com/2014/01/teori-egoisme_7.html

Hanin Hazirah (2014) Teori Etika. Retrieved Februari 24, 2015, from

https://www.academia.edu/5999327/Teori_etika

Muazir Adja (2013), Pentingnya Akhlak, Moral dan Etika. Retrieved Februari 18, 2015,

from http://punyamuazir.blogspot.com/2013/12/pentingnya-akhlak-moral-dan-

etika.html

Muhammad Farhan (2013), Perbezaan Akhlak, Etika dan Moral. Retrieved Februari 18,

2015, from http://farhanf12zprt2.blogspot.com/2013/04/perbedaan-

akhlaketikamoral.html

N. Rajendran & Ee Ah Meng (1994). Pendidikan Moral (Dinamika Guru). Kuala Lumpur:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Norina Hasan (2013), Insan Moral. Retrieved Februari 26, 2015, from

http://amelan2013.blogspot.com/2013/06/insan-moral.html

Tam Yeow Kwai, 2005. Konsep dan Pedagogi Pendidikan Moral. m/s 22-25.

Selangor:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

44

Vishalache Balakrishnan, 2009. Pendidikan Moral untuk Universiti dan Kolej. m/s 59-64.

Selangor:Arah Publications.

Wong IC (2011), Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak. Retrieved Februari 24, 2015,

from http://treebuilder.blogspot.com/2011/05/tajuk-6-teori-perkembangan-moral-

kanak.html

45