guru pendidikan moral
DESCRIPTION
assigTRANSCRIPT
GURU PENDIDIKAN MORAL
Mereka mempunyai tanggungjawab yang penting
Mereka merupakan ‘Role Model’ kepada pelajar
Guru Pendidikan Moral bukan sahaja mengajar nilai-nilai moral kepada para pelajar tetepi harus menghayati seta mengamalkannya.
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL(PM)• Guru PM harus sedar kanak-kanak yang datang
ke sekolah telah mempelajai pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat.
• Justeru, kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang moral.
• Guru harus sedar sekolah merupakan salahsatu sumber pembelajaran moral secara tidak langsung.
• Persekitaraan sekolah, pentadbiran sekolah dan tingkah laku guru-guru memberi pengaruh secara tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kank di sekolah.
• Guru harus bersedia untuk mengajar PM dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral yang sedia ada.
• PM di sekolah digunnakan untuk memperkembangkan pengetahuan mral kanak-kank ke arah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi.
• Guru PM haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektif-objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni PM dalam kalangan anak didiknya.
• Di bawah rancangan KBSR & KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran PM tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang lain.
• Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, nilai-nilai murni diterapkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
OBJEKTIF GURU PENDIDIKAN MORAL TERHADAP PELAJAR
mengukuhkan amalan, tingkah laku dan sikap moral yang telah diperoleh di bawah rancangan KBSR
menyedari, memahami dan menghayati nilai0nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dapat membuat pertimbangan yang rasional dan bertindak bersaskan prinsip-prinsip moral
memberi sebab ang munasabah berdasarkan prinsip-prinsip moral semasa membuat sesuatu keputusan
mengamalkan nilai-nilai murni sebagai panduan dalam kehidupan
BIDANG PEMBELAJARAN
BIDANG 1 :
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI
BIDANG 1
KEPERCAYAAN KEPADA
TUHAN
AMANAH
HARGA DIRIBERTANGGUNGJAW
AB
HEMAH TINGGI
KASIH SAYANG
KESEDERHANAAN
KERAJINAN
KEADILAN RASIONAL
BERDIKARI
TOLERANSI
BIDANG 2:
NILAI BERKATAN DENGAN KEKELUARGAAN
HORMAT & TAAT KEPADA ANGGOTA
KELUARGA
TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA
KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA
MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN
BIDANG 3: NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR
KEMAPANAN ALAM SEKITAR
33 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR
KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM
SEKITAR
MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM
SEKITAR
BIDANG 4
NILAI BERKAITAN DENGAN
PATRIOTISME
SANGGUP BERKORBAN UNTUK
NEGARA
TAAT SETIA PADA RAJA DAN NEGARA
CINTA AKAN NEGARA
BIDANG 5
NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI
MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK
MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA
MELINDUNGI HAK PENGGUNA
MELINDUNGI HAK PEKERJA
MENGHORMATI HAK WANITA
BIDANG 6
NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI
SIKAP KETERBUKAAN
KEBEBASAN BERSUARA
KEBEBASAN BERAGAMA
PENGLIBATAN DIRI DALAM
PEMBANGUNAN NEGARA
MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
BIDANG 7
NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
HIDUP BERSAMA SECARA AMAN
SALING MENHORMATI
ANTARA NEGARA
SALING MEMBANTU
DAN BEKERJASAM
A
GURU PM DAN ASPIRASI NEGARA
•Guru harus menyokong semua aspirasi negara.
•Guru harus menjadi teladan dalam mempraktikkan prinsip yang positif di samping menyibarkan mesej yang diingini kepada pelajar-pelajar.
KOD ETIKA PERGURUAN
• Satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan dan perlakuan guru.
• Satu perlakuan atau etika kerja untuk profesion perguruan
• Guru merupakan seorang profesional harus mematuhi peraturan yang terkandung dalam kod etika di samping mengamalkan peripadi mulia selaras dengan etika profesion dalam menjalankan tugas harian.
• Berikut ialah Kod Etika Perguruan Malaysia:-
Tanggungjawab terhadap pelajar
•Mengutamakan kebajikan & keselamatan pelajar dalam semua hal.
•Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
•Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
•Membimbing/mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
•Tunjukkan cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
•Memelihara & membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setingigi-tinggi.
Tanggungjawab terhadap ibubapa
•Hormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan wujudkan hubungan mesra antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
•Semua infomasi tentang anak perlu disimpan sulit dan tidak bocorkan kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
•Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
•Elakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
•Elakkan pengunaan kata-kata atau melakukan pelakuan yang boleh menjejaskan kepercayaan pelar terhadap ibu bapa mereka.
Tanggungjawab terhadap masyarakat & negara•Elakkan diri darpada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukunnegara.
•Pupuk dalam diri setiap pelajar sikap & nilai yang dapat membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan agama.
•Hormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
•Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikaan dengan masyarakat.
•Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan kecendiakawan masyarakat.
•Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharian dengan baik.
Tanggungjawab terhadap rakan sejawat & profesion perguruan
•Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yanga boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau buat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
•Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tsnggungjawab denagan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannysa sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
•Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.
•Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion peguruan.
•Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.
RUKUN NEGARA
•Merupakan satu set prinsip panduan hidup untuk rakyat Malaysia.
•Ideologi Nasional ini bertujuan mengeratkan perpaduan rakyat berbagai kaum di samping memelihara cara hidup masyarakat yang harmonis, demokratik, adil, liberal, progresif lagi beretika.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
• Setiap prinsip dalam Rukun Negara merupakan panduan cara hidup kita semua, setiap prinsip tersebut juga ada berkaitan dengan nilai-nilai murni yang unggul.
• Guru Pendidikan Moral harus sentiasa membimbing dan menerapkan nilai-nilai berkenaan yang tersirat dalam Rukun Negara supaya hasrat melahirkan rakyat yang diingin tercapai.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
• FPK tersebut diumumkan pada tahun 1988.
• Falsafah tersebut berhasrat melahirkan insan yang mulia dan sempurna supaya menjadi warganegara yang baik dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.
• Oleh itu, guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang tinggi dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU(FPG)
“ Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, proresif dan berdisiplin.”
• Menurut hasrat FPG, guru lepasan maktab atau institusi perguruan haruslah berkaliber tinggi, berkebolehan befungsi sebagai pendidik yang baik dapat mengamalkan nilai murni dan akan menghasilkan murid yang sesuai dengan pembinaan Negara.
• Peranan guru Pendidikan Moral ialah berpegang teguh kepada FPG supaya dapat melahirkan murid-murid yang dapat memenuhi kehendak aspirasi negara.
WAWASAN 2020
• Satu visi negara kita yang dikemukanan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991.
• Tujuan visi ialah supaya Malaysia mencapai taraf sebuah negara perindustirian yang maju dan masyarakat yang beretika.
• Sebanyak 9 cabaran telah digariskan untuk negara kita menghala ke arah wawasan ini dan dapat hasrat tersebut pada tahun 2020:-
1) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama iaitu Malaysia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan semua kaum hidup dalam keharmonian.
2) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan dengan apa yang dicapai.
3) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang
4) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama dan jiwa.
5) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dalam konteks rakyat Malaysia pelbagai kaum; bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama tetapi setia pada negara.
6) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
7) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayang iaitu sistem sosial yang memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada diri sendiri
8) Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masrakat yang melakasanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama.
9) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik giat dan kental.
• Semua guru sekolah, terutamanya guru Pendidikan Moral harus mengambil kira cabaran-cabaran Wawasan 2020 ini dalam menangani kerjaya dan tanggungjawab harian di sekolah agar negara dan masyarakat Malaysia dapat mencapai cita-cita tersebut.
RUMUSAN
•Guru Pendidikan Moral harus menghayati dan mengamalkan kod Etika Perguruan Malaysia.
•Rukunnegara, FPK dan FPG harus sentiasa menjadi penyuluh dan panduan kepada guru Pendidikan Moral yang profesional.
•Guru PM harus berusaha sebagai penggalak dan pemimpin untuk menjamin pelajarnya dibimbing ke arah pencapaian aspirasi Negara dan warganegara Malaysia.
•Semua guru adalah bertanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, rakan sejawat dan masyarakat.
•Guru Pendidikan Moral lebih-lebih lagi dianggap sebagai teladan dalam usaha menyanjung kesemua aspirasi dan ideologi Negara tersebut.
SEKIAN TERIMA KASIH
M.PARIMALAH
RAYNUGA
KOWSALYA