unit 1 pengenalan konsep asas moral

45
UNIT 1 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Sinopsis Unit ini mengandungi empat tajuk. Setiap tajuk membincangkan perkara yang berlainan. Tajuk pertama membincangkan kefahaman tentang konsep asas moral. Kandungannya meliputi definisi, konsep-konsep asas moral dari perspektif pelbagai agama. Selain itu peraturan moral, adat, agama dan undang-undang turut dimuatkan.Tajuk kedua membincangkan aspek pemikiran moral iaitu pemikiran naturalis, emotivis, intuisionis dan rasionalis. Tajuk ketiga memberikan kemahiran kepada pelajar mengenal pasti konsep asas nilai yang merangkumi normatif, jenis-jenis nilai dan konsep nilai merentasi kurikulum. Tajuk keempat pula memberikan kefahaman kepada pelajar berhubung dengan komponen dimensi moral yang terdiri daripada penaakulan, emosi, dilema moral dan tingkah laku individu yang bermoral. Objektif Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. memahami dan menghayati konsep-konsep asas moral; 2. memahami falsafah dan mengenal pasti perbezaan dalam aspek- aspek agama dan moral; 3. Memahami konsep pemikiran moral yang mempengaruhi konsep asas moral. 4. menangani masalah dalam kehidupan diri, keluarga, komuniti, masyarakat, negara dan sejagat; 5. mengenal pasti sifat-sifat individu bermoral. 6. menghuraikan tingkah laku yang terbit daripada kesedaran tentang dimensi moral. 7. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian Konsep Asas Moral 1

Upload: ali-mohd

Post on 07-Jun-2015

40.310 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

nota moral

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Sinopsis

Unit ini mengandungi empat tajuk. Setiap tajuk membincangkan perkara yang berlainan.

Tajuk pertama membincangkan kefahaman tentang konsep asas moral. Kandungannya

meliputi definisi, konsep-konsep asas moral dari perspektif pelbagai agama. Selain itu

peraturan moral, adat, agama dan undang-undang turut dimuatkan.Tajuk kedua

membincangkan aspek pemikiran moral iaitu pemikiran naturalis, emotivis, intuisionis

dan rasionalis. Tajuk ketiga memberikan kemahiran kepada pelajar mengenal pasti

konsep asas nilai yang merangkumi normatif, jenis-jenis nilai dan konsep nilai merentasi

kurikulum. Tajuk keempat pula memberikan kefahaman kepada pelajar berhubung

dengan komponen dimensi moral yang terdiri daripada penaakulan, emosi, dilema moral

dan tingkah laku individu yang bermoral.

Objektif

Pada akhir unit ini pelajar dapat:

1. memahami dan menghayati konsep-konsep asas moral;

2. memahami falsafah dan mengenal pasti perbezaan dalam aspek-aspek

agama dan moral;

3. Memahami konsep pemikiran moral yang mempengaruhi konsep asas

moral.

4. menangani masalah dalam kehidupan diri, keluarga, komuniti,

masyarakat, negara dan sejagat;

5. mengenal pasti sifat-sifat individu bermoral.

6. menghuraikan tingkah laku yang terbit daripada kesedaran tentang

dimensi moral.

7. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian

Konsep Asas Moral

1

Page 2: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

TAJUK 1

Pengenalan

Terdapat pelbagai pendapat yang bertentangan dalam menerangkan konsep moral.

Pemahaman konsep asas moral akan mempengaruhi kandungan dan kaedah mengajar

Pendidikan Moral seseorang guru. Seseorang guru moral perlu dilengkapi dengan

pengetahuan tentang teori etika sebagai asas memahami peranan nilai sebagai piawai

yang asas dalam mempengaruhi dan mencorakkan penaakulan dan perlakuan murid-

murid. Pengetahuan dan kefahaman teori perkembangan moral dari segi psikologi juga

akan memperkukuhkan kefahaman dan pendekatan guru dalam penyampaian nilai-

nilai moral kepada murid-murid. Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita

pastinya mengaitkannya dengan konsep nilai, etika dan akhlak. Amat penting bagi kita

memahami konsep-konsep yang saling berkaitan ini untuk mencari pengertian moral

dalam kehidupan sesebuah masyarakat.

1.0 Definisi Konsep

Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep berikut:

moral, etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita memahami konsep-

konsep ini yang saling berkaitan untuk mencari pengertian terhadap aspek moral dalam

kehidupan sesebuah masyarakat.

1.1 Konsep Moral

Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan ‘mores’ - bahasa Yunani yang membawa

erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu,

moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan

berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi,

kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang

dimaksudkan. Contohnya, sepasang suami isteri menemui seorang bayi di tepi sebuah

2

Page 3: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

balai raya ketika pulang ke kampung orang tuanya. Kebetulannya pasangan itu tidak

mempunyai anak setelah 10 tahun berkahwin. Mereka bercadang untuk membawa bayi

comel itu balik ke rumah dan membelanya tanpa mengikut peraturan undang-undang.

Akhirnya setelah berbincang mereka akur bahawa undang-undang negara perlu

dipatuhi. Mereka membawa bayi comel itu ke balai polis untuk tindakan selanjutnya

mengikut peruntukan undang-undang yang ditentukan.

Contoh kedua, Nora terjumpa dompet kawannya yang tercicir. Dia mengutipnya tanpa

pengetahuan sesiapa. Nora boleh menyimpan dompet itu jika dia mahu. Nora seorang

budak yang jujur dan ikhlas. Dia segera memulangkan dompet tersebut. Nora ialah

seorang budak yang bermoral. Dia tidak teragak untuk berbuat demikian kerana

kejujuran merupakan sebahagian daripada akhlaknya. Tiada guna dia mengambil

dompet kepunyaan orang lain kerana hatinya akan menjadi gelisah. Gerak hatinya tidak

merestui perlakuan tersebut. Hatinya lapang apabila dia memulangkan dompet tersebut

kerana dapat membantu meringankan bebanan orang lain.

Latihan 1.0

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut:

Bayangkan anda berada di perhentian bas yang sibuk. Beri lima contoh perlakuan

moral dan lima contoh perlakuan tidak moral yang mungkin anda dapat lihat di sana.

Tingkah Laku Moral Tingkah Laku Tidak Moral

1. beratur semasa menaiki bas

2.

3.

4.

5.

1. bertolak-tolakkan semasa menaiki bas 2.

3.

4.

5.

3

Page 4: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Rumusannya ‘moral’ ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada peraturan

komuniti dan sifat peribadi mulia. Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraan

masyarakat sekeliling. Sifat peribadi mulia pula amat menguntungkan pemiliknya dan

memberikan faedah positif kepada orang yang dia berinteraksi dan sekali gus individu

yang berperibadi mulia itu mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik. Oleh

itu insan moral ialah insan yang seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi

peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan menghadapi

ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.

1.2 Konsep Etika

Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang bermaksud adat atau cara hidup.

Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafah moral, perlakuan yang baik,

kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik.

Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan

untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika keguruan,

etika guaman dan sebagainya .

Contoh 1

Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam bilik guru

sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah

tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga

orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar

yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama

ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika

seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada

dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.

Latihan 1.1

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut:

4

Page 5: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Mengapakah Etika Keguruan diwujudkan ?

i.

ii.

iii.

Jika tiada Etika Keguruan apakah yang akan berlaku dengan profesion perguruan ?

i.

ii.

iii.

Tentunya Etika Keguruan banyak membantu guru dalam menjaga taraf profesionalisme

keguruan !

Berikut ialah contoh amalan naratif dalam pelbagai profesion. Anda diminta mengisi

ruang kosong di bawah dengan contoh-contoh positif dalam profesion yang anda pilih

Amalan Etika Negatif/ Positif dalam pelbagai Profesion

5

Page 6: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Amalan Etika Negatif

Kedoktoran Keguruan Ketenteraan Polis

1. KecuaianJepun-seorang doktor dengan tidak sengaja menyuntik cecair berzat di dalam peparu seorang pesakit dan menyebabkan pesakit tersebut mati akibat penyakit peparu

1. Tidak profesionalPetaling Jaya- seorang pensyarah universiti yang berumur 34 tahun telah dibunuh kerana disyaki terbabit dalam kes menjalinkan hubungan sulit dengan seorang bekas pelajarnya

1. Tidak mempunyai sikap taat kepada negara / membelot negara sendiriKangsar, Perak – Peralatan senjata sebanyak satu trak telah dicuri keluar dari kem tentera kerana terdapat ahli tentera yang terbabit dalam kes ini.

1. Tidak profesionalSeremban – seorang anggota polis telah ditangkap kerana terbabit dalam kes mencabuli seorang amah Indonesia semasa ditahan di lokap.

2. KecuaianIpoh, Perak – seorang suri rumah berumur 32 tahun menuduh seorang doktor yang membantunya bersalin dii sebuah hospital swasta kerana telah menarik keluar ususnya ketika proses membersihkan plasentanya.

2. Tidak profesionalAmerika – seorang guru wanita ditangkap kerana terbabit dalam kes mencabuli kehormatan kanak-kanak dalam laman web.

2. Menipu/ tamakKuala Lumpur – seorang bekas tentera disyaki terbabit dalam skim cepat kaya kerana beliau telah menggunakan wang tersebut untuk membeli 17 buah kereta mewah.

2. Tidak berperikemanusiaanNegeri Sembilan – seorang polis pelatih telah menembak mati seorang rakannya yang berumur 22 tahun di asrama pusat polis selepas bertengkar berhubung dengan teman wanita

Amalan Etika Positif

Kedoktoran Keguruan Ketenteraan Polis

6

Page 7: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

1.3 Konsep Akhlak

Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak dianggap

sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan kerana kebiasaan jiwa

atau sifatnya yang baik. Akhlak Islamiah dikaitkan dengan konsep Khasyatullah yang

bermaksud perasaan takut dan kagum akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t.

sehingga mendorong seseorang melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala

laranganNya. Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak

berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan

dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan dan menjadi

punca maksiat. Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan kehidupan

keluarga. Di samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan

permusuhan dalam masyarakat dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan

keluarga. Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan

mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh.

Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar terhadap peminum arak

dan penjudi.Menurut Islam orang yang meminum arak disebat sebanyak 40 kali sebatan

dan yang berjudi dirampas hartanya.

Kesan positif daripada pengharaman arak dan judi:

7

Page 8: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

i) memelihara kesihatan mental, rohani dan jasmani

ii) punca maksiat dan kemungkaran dapat dicegah

iii) memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara

iv) memelihara diri dan masyarakat daripada sikap malas

v) dapat memelihara keharmonian keluarga dan masyarakat

Dalam masyarakat Barat pula, minum arak dalam majlis bukanlah suatu perbuatan yang

tidak bermoral. Arak dianggap tidak baik kepada kanak-kanak tetapi baik pada setengah

orang dewasa. Bagaimanapun, seseorang yang minum arak sepatutnya tidak

memandu kenderaan kerana dikhuatiri jika seseorang berada dalam keadaan mabuk,

sudah tentu boleh mengakibatkan kemalangan. Hakikatnya akhlak dan moral memang

berbeza kerana akhlak bersumberkan al-Quran dan hadis manakala moral berpiawaikan

tanggapan dan budaya masyarakat setempat.

Syabas ! Anda sudah habis membaca tentang tiga konsep asas moral.

Renungi kata-kata hikmah berikut:

Laughing at our mistakes can lengthen our own life. Laughing at someone else's

can shorten it.

Tuhan manciptakan kita 2 biji mata untuk melihat, 2 belah tangan untuk

memegang, 2 belah kaki untuk berjalan tetapi Tuhan hanya mencipta sekeping

hati kerana Tuhan mengamanahkan kepada kita untuk mencari akhlak mulia.

Latihan 1.3

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut:

Aktiviti 1

Isikan butir-butir yang bersesuaian dalam bentuk pengurusan grafik berikut.

8

Page 9: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Konsep Asas Moral

Maksud Contoh Menjelaskan Konsep

Moral

Etika

Akhlak

Aktiviti 2

Berikan tiga persamaan dan tiga perbezaan antara tiga konsep asas moral (Etika, Moral dan Akhlak)

Sediakan jawapan anda dalam bentuk pengurusan grafik / carta.

1.4 Moral, Etika dan Akhlak Dari Perspektif Agama dan Kepercayaan

Seterusnya mari kita renungkan petikan di bawah:

Dorothy Emmet (1966) menyatakan bahawa nilai moral bukan sesuatu

yang wujud tersendiri dan terperinci dalam satu kekosongan. Pada tahun

1979, beliau mengatakan bahawa manusia bergantung atas beberapa

peraturan, adat, kebiasaan masyarakat dan agama yang menolong

mereka dengan lebih mudah membuat jangkaan tentang cara tingkah

laku orang lain. James Hemming(1980) menyatakan bahawa peraturan-

peraturan masyarakat mestilah dilihat sebagai fakta-fakta kehidupan

sosial, sebagai prinsip-prinsip yang perlu dalam pergaulan dan kelakuan

terhadap orang lain dan perhubungan antara manusia.

(Koo, K.P. & Tang C.Y, 1990)

1.4.1 Peraturan Moral

i. Pengertian Peraturan Moral

Peraturan moral ialah satu hasil kajian tentang betul salah tingkah

laku manusia.

Peraturan moral menyediakan undang-undang yang sistematik tentang

tanggapan-tanggapan / matlamat-matlamat yang unggul.

9

Page 10: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Peraturan moral bersifat rasional dan autonomous kerana manusia

sentiasa berminat dalam tingkah laku sendiri, berfikir dan bersoal jawab

tentang tingkah laku-tingkah laku, membandingkan tingkah laku manusia

dan cuba mencari prinsip-prinsip dan rasional atas tingkah lakunya

sendiri.

ii. Antara ciri peraturan moral adalah:

Boleh diubah-ubah.

Dicipta oleh manusia.

Tiada pengasas, seseorang bermoral haruslah menghormati

orang lain

iii Prinsip-prinsip peraturan moral

Apakah faktor utama yang mempengaruhi tindakan anda? Terdapat tiga

jenis prinsip peraturan moral yang dikemukakan. Cuba anda buat refleksi

selepas membaca penerangan di bawah. Prinsip manakah yang banyak

mempengaruhi tindakan anda?

Prinsip Autonomi

Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas. Pertimbangan dan tingkah

laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh

dikategorikan sebagai moral.

Contoh : Nazri memilih tidak merokok kerana dia sedar bahawa merokok

membahayakan kesihatan. Dia tidak merokok bukan kerana dia takut

dimarah ibubapa/guru tetapi kerana kesedaran dalaman yang tinggi dan

tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapapun

Prinsip Keadilan

Keadilan melibatkan menghormati hak orang lain dan kesaksamaan.

Oleh itu keadilan tidak akan membenarkan individu menyalahgunakan

10

Page 11: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

kebebasannya untuk individu yang bersifat tamak dan mementingkan

diri sendiri.

Contoh : Di sekolah A, Guru Besar sentiasa menyuruh guru X membuat

kerja-kerja pentadbiran sekolah. Akibatnya guru X tidak ada masa

langsung untuk dirinya dan keluarganya sedangkan terdapat ramai guru

di sekolah A yang tidak mempunyai banyak kerja . Perkara tersebut

membuktikan salah guna kuasa oleh guru besar sehingga membawa

kesan negatif kepada kehidupan guru tersebut.

Prinsip Altruisme

Belas kasihan, simpati, menghargai dan mengambil berat tentang

kebajikan orang lain. Altruisme juga akan menjauhkan individu daripada

sifat mementingkan diri sendiri.

Contoh 1: Seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu padu

menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang ringgit untuk

membantu mangsa Tsunami di Aceh, India, Bangkok dan lain-lain.

Mereka menderma untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh

mangsa yang hidup dan anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa.

Contoh 2 : Seorang gadis berusia 19 tahun telah menderma

RM60,000.00 kepada Persatuan Perubatan Malaysia (Mercy) untuk

membantu mangsa pencerobohan Amerika Syarikat ( AS ) di Iraq. Wang

tersebut diperolehi melalui kemenangannya dalam peraduan meneka

lagu. Beliau ialah Khatijah Khalilul Rahman. Khatijah memang unik,

seumur hidupnya belum tentu beliau akan menerima wang yang sebegitu

banyak. Satu sen pun tidak diambilnya. Tanpa apa-apa tujuan mencari

nama atau mempromosi syarikat atau pertubuhan, gadis remaja itu

mengamalkan sikap alturisme yang begitu tinggi nilainya. Khatijah,

semoga Allah merahmati hidupmu! Semoga anda sentiasa menjadi

contoh insan yang sentiasa menjunjung amalan murni dan kemanusiaan.

1.4.2 Peraturan Adat

i. Pengertian Peraturan Adat

11

Page 12: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Perkataan ‘adat’ adalah suatu istilah yang berasal dari bahasa Arab

yang bererti ‘kebiasaan ’ dalam mengharungi kehidupan manusia.

Himpunan definisi adat:

Dr. R. Van Dijk: Semua kesusilaan dan kebiasaan dalam semua

lapangan hidup, juga semua peraturan tingkah laku.

Syed Alwi: Peraturan-peraturan hidup yang dipusakai daripada datuk

nenek kita dan yang diperturunkan daripada bapa kepada anak atau

daripada yang tua kepada yang muda dengan kaedah ditunjuk, diajar,

ditegur dan disapa dan tidak dengan cara yang bertulis.

(Koo dan Tang, 1990)

ii. Ciri-Ciri Peraturan Adat

Cara hidup manusia yang mementingkan sifat-sifat tingkah laku yang

murni serta baik.

Dicipta oleh manusia dan disampaikan secara lisan seperti nasihat,

teguran dan teladan dari satu generasi kepada generasi yang lain.

Penafsiran peraturan adat berbeza mengikut kaum, masa dan lokasi.

1.4.3 Peraturan Agama

i. Pengertian Peraturan Agama

Menurut Alan Harris, agama mempunyai peraturan-peraturan tertentu.

Peraturan-peraturan ini berlainan mengikut ajaran agama masing-masing

(Koo dan Tang, 1990).

Peraturan agama merangkumi semua aspek kehidupan manusia.

Peraturan ini termaktub dalam kitab agama. Peraturan ini menetapkan

12

Page 13: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

panduan tingkah laku dan menyatakan balasan jika peraturan itu

dilanggar. Justeru, peraturan boleh mendorong penganutnya mematuhi

tuntutan agama.

ii. Ciri-Ciri Peraturan Agama

Tidak boleh diubah-ubah

Bukan ciptaan manusia

Setiap penganutnya mestilah mematuhi peraturan yang terdapat di

dalam agama masing-masing

Peraturan agama adalah satu cara hubungan antara manusia dengan

Tuhan

Peraturan agama juga merangkumi cara hubungan antara manusia

dengan manusia.

1.4.4 Peraturan Undang-Undang

i. Pengertian Peraturan Undang-Undang

Himpunan definisi peraturan undang-undang:

Mengikut Weber, norma, nilai dan peraturan sesebuah masyarakat yang

boleh membentuk tingkah laku dengan watak seseorang itu lahir

daripada kepatuhan individu terhadap autoriti yang sah. (Koo dan Tang,

1990)

Austrinm, seorang ahli fikir Inggeris menyifatkan peraturan undang-

undang sebagai satu perintah yang diberikan oleh pihak pemerintah

kepada rakyat dan sekiranya perintah itu tidak ditaati, pihak pemerintah

akan menggunakan kekerasan supaya undang-undang dipatuhi.

(Koo dan Tang, 1990)

ii. Ciri-Ciri Peraturan Undang-Undang

Peraturan-peraturan masyarakat yang telah diluluskan oleh autoriti.

13

Page 14: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Alat kawalan dan bahan rujukan bagi suatu kesalahan.

Perlu dipatuhi oleh setiap individu. Individu yang membuat kesalahan

boleh didenda wang atau dipenjarakan.

Kejahilan terhadap suatu peraturan undang-undang tidak boleh menjadi

alasan bagi membela diri dari tuduhan atau dakwaan.

Perasaan kasih sayang, belas kasihan, tolak ansur dan baik hati tidak

wujud.

Tidak ada unsur pilih kasih dan faktor-faktor kronisme dalam

pelaksanaan undang-undang.

Renungi persoalan berikut:

Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. Biar mati anak, jangan mati

adat. Di manakah letaknya nilai-nilai agama dan undang-undang?

Jawab latihan berikut untuk menguji kefahaman anda.

Latihan 1.2

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Aktiviti 1

Isikan butir-butir dalam bentuk pengurusan grafik berikut:

14

Page 15: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Peraturan Moral

Adat PeraturanAgama

Undang-Undang

Kepentingan Untuk Diri dan Masyarakat

Masa dan Tempat Amalan

Sumber Rujukan

Kesan kalau Tidak Diamalkan

Aktiviti 2

Berikan contoh-contoh amalan Peraturan Moral, Adat, Peraturan Agama dan Undang-

Undang dalam perkahwinan

Komponen Moral Contoh Amalan Dalam Perkahwinan

Peraturan Moral

Adat

Peraturan Agama

Undang-Undang

TAJUK 2PEMIKIRAN MORAL

2.1 Naturalis

15

Page 16: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya

yang sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja keadaan yang

sebenarnya dapat dikatakan berfikiran naturalis.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang

berfikiran sedemikian ialah:

Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan

peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut

mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh,

belajar macam mana pun begitu juga prestasinya.

Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak

takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun

negara telah merdeka 47 tahun yang lalu.

Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya

percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan

menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka menerima

sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk

membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

2.2 Emotivis

Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau

emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada

perasaan gembira mahupun sedih.

Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang

berfikiran sedemikian ialah:

Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat

letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut enggan

menyerah keretanya kepada perompak tersebut.

Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir

panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.

Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid

tersebut

Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar

16

Page 17: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan

Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka

keluarga.

Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh

salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.

2.3 Intuisionis

Aliran pemikiran ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara spontan.

Aliran ini ada kaitannya dengan bisikan hati. Orang tua yang bijak telah mengalami

1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu,

mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah

Melayu ‘terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina’. Gerak hati mereka ketika menilai

bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta

kematangan fikiran lantaran faktor usia.

Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan

berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh

dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak secara

tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan

aliran pemikiran ini. Maka berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa

indahnya, ‘lagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu luasnya bentara’.

Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah intuisionisnya

berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’ atau

‘kasanova’ lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah mereka

mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

2.4 Rasionalis

Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau sebab.

Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan

semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.

17

Page 18: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan menggunakan

akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan

masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat. Kes-kes

bunuh diri, menggunakan keganasan untuk mendapat sesuatu, bukanlah berpunca

daripada pemikiran rasional.

Walau bagaimanapun bukan semua perkara boleh ditaakulkan. Perkara-perkara

yang berhubung dengan ketuhanan adalah sesuatu yang abstrak dan tidak boleh

dihujah dengan logik akal biar pun 1000 orang cerdik pandai berhimpun untuk mencari

logiknya. Contohnya perkara tentang Hari Kiamat, kewujudan Tuhan, Hari Pembalasan

dan sebagainya

Rumusan

Kita perlu berikan perhatian kepada perkara berikut:

1. Etika ialah Falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan,

masalah moral dan pertimbangan moral. ( Franken, W. K. 1973 )

2. Moral ialah satu kualiti baik yang merupakan prinsip sosial dan piawai

tingkah laku yang dapat diterima individu dan masyarakat.

3. Akhlak ialah nilai-nilai yang baik dan sifat-sifat yang terpuji mengikut prinsip-

prinsip moral Islam.

4. Seseorang yang berpendidikan moral haruslah:

(a) menghormati kuasa yang menjadi sumber arahan serta boleh dipercayai

dan tidak mengikuti arahan secara terburu-buru;

(b) bertindak di atas kemahuan / keputusan sendiri berdasarkan prinsip-

prinsip moral;

(c) bertindak secara rasional;

(d) mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang perasaan orang lain;

(e) mempunyai sikap yang betul; perwatakan yang baik; dan

(f ) bertindak secara wajar dan berpegang teguh kepada prinsip dan

peraturan moralnya sendiri.

5. Kita hidup dalam masyarakat yang dikongkong oleh peraturan dan undang-

undang.

18

Page 19: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

6. Peraturan moral ada kaitannya dengan hukum agama, undang-undang

negara dan peraturan adat.

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan

modul.

Bacaan Asas

Abdul Rahman Md.Aroff (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral,

Serdang: Penerbit UPM.

Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education

Malaysia Sdn. Bhd.

Koo, K.P. & Tang, C.Y. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

Sdn.Bhd.

Rujukan

Abdul Rahman Md. Aroff & Chang, L.H. (1994). Pendidikan Moral.Petaling Jaya : Longman

Malaysia Sdn.Bhd.

Hena Mukherjee et al. (1992 ). Strategi pengajaran Pendidikan Moral KBSM.Petaling Jaya:

Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Koo, K.P. & Tang, C.Y. (1990). Pendidikan Moral.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

Sdn.Bhd.

TAJUK 3 KONSEP ASAS NILAI

Pengenalan

Berikutnya pula kita akan membincangkan Sistem Nilai (konsep dan jenis-jenis nilai) dan

Teori Etika. Kefahaman perbezaan jenis nilai memberikan penjelasan tentang pegangan

nilai antara individu, peraturan-peraturan yang termaktub atau nilai-nilai sejagat. Teori

19

Page 20: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

etika pula akan membantu pelajar melihat perbezaan pandangan manusia dalam

membuat penilaian tindakan masing-masing daripada pelbagai asas teori.

3.1 Pernyataan Normatif

Sebelum kita mulakan tajuk ini, sila rujuk buku Pendidikan Moral oleh

Koo Kee Peng dan Tang Chee Yee (1990), Bab 1.

Individu yang bermoral harusnya memegang kepada konsep baik, benar dan

patut. Contohnya:

Kita patut melakukan apa yang baik dan benar

Anda patut berkelakuan baik

Anda patut makan makanan berkhasiat

Menderma adalah satu perbuatan yang baik dan patut dilakukan

Sesuatu tindakan itu ‘baik’ atau ‘benar’ sekiranya tindakan sejajar dengan tugas dan

tanggungjawab, dan ‘salah’ jika perlakuan/tindakan bertentangan konsep baik dan

benar. Konsep ini adalah agak abstrak dan ahli falsafah yang berlainan telah

mentakrifkannya dalam konteks atau cara yang berbeza.

Untuk direnung:

Dalam konteks kematian pasangan Laleh dan Laden, kembar Iran yang popular,

telah mencetuskan soal pendebatan moral dalam etika dunia perubatan. Moral

ialah pertimbangan sama ada sesuatu perbuatan atau perlakuan itu salah atau

sebaliknya. Etika pula sama ada sesuatu perbuatan itu adil atau tidak. Secara

ringkasnya kes itu menjurus kepada persoalan patut atau tidak patut berdasarkan

kepada moral dan etika. Pelbagai tanggapan telah dibuat, Walaubagaimanapun

kes ini boleh dilihat dari 4 petak. Petak pertama bermoral dan beretika. Petak

20

Page 21: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

kedua bermoral tetapi tidak beretika.Petak ketiga tidak bermoral tetapi beretika.

Petak keempat ialah tidak bermoral dan tidak beretika

Latihan 3.1

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut:

Anda pilih petak yang mana? Apakah pendapat anda? Jawab latihan

berikut untuk menguji kefahaman anda.

Aktiviti 1

Isikan bentuk pengurusan grafik berikut.

Situasi/Amalan Harian

Tindakan Yang Baik

Tindakan Yang Benar

Tindakan Yang Patut

Layanan Terhadap Orang Tua

Pengurusan Wang Sendiri

Pergaulan Lelaki dengan Perempuan

Tugas Profesional

Aktiviti 2

Berikan contoh dan kesan kalau kita amalkan tindakan berikut.

Tindakan Yang......... Contoh Kesan

Baik

Tidak Baik

Benar

Tidak Benar

21

Page 22: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Patut

Tidak patut

3.2 Jenis-Jenis Nilai

Nilai merupakan standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga sesuatu

benda. Nilai merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda (manusia,

objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai baik, berfaedah, diingini, atau sebaliknya

iaitu buruk, tidak berfaedah, dibenci atau di antara kedua pola ini, iaitu sederhana. (Koo

K.P, 1990: ms 70)

Menilai sesuatu dengan perkataan, baik, buruk, cantik dan lain-lain adalah suatu

penilaian yang dibuat oleh akal manusia mengikut piawaian mereka.

Individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara. Justeru,

wujudlah pelbagai kegunaan nilai:

Nilai instrumental (ekstrinsik) berbanding nilai instrinsik.

Nilai subjektif berbanding nilai objektif.

Nilai relatif berbanding nilai mutlak (absolute).

3.2.1 Nilai Instrumental (Ekstrinsik) berbanding Nilai Intrinsik

Nilai-nilai ini digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai.

Nilai Instrumental (Ekstrinsik) Nilai Intrinsik

Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu

matlamat. Bergantung pada nilai lain untuk

mencapai sesuatu matlamat. Nilai peringkat kedua, misalnya

Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana ia baik atau buruk tanpa mengambil kira kesannya.

Tidak bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.

22

Page 23: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Nilai Instrumental (Ekstrinsik) Nilai Intrinsik

berani, rajin dan hormat menghormati.

Contoh: Dia berpura-pura rajin di depan ibunya untuk mengambil hati ibunya.

Nilai di atas (mengambil hati) bergantung kepada nilai lain (rajin) untuk mencapai matlamatnya.

Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat akhir.

Nilai peringkat pertama, misalnya baik hati, kasih saying, keadilan.

Contoh: Hakim menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara kepada perogol setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

Nilai-nilai di atas pula tidak bergantung dengan nilai lain untuk mencapai matlamat.

3.2.2 Nilai Subjektif berbanding Nilai Objektif

Nilai Subjektif Nilai Objektif

Kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang memberikan pandangan

Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu.

Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi.

Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang.

3.2.3 Nilai Relatif berbanding Nilai Mutlak atau Nilai Absolute

Nilai Relatif Nilai Mutlak (Absolute)

Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat masyarakat.

Nilai relatif ialah arbitrari (tidak tertentu), tidak sempurna dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan.

Nilai yang kebaikan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan sesebuah masyarakat.

Diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk.

Kekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir

23

Page 24: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Boleh berubah mengikut masa.

semua situasi norma masyarakat.

Latihan 3.2

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Aktiviti 1

Untuk setiap jenis nilai, berikan satu contoh bagi menjelaskan nilai yang dibincangkan

JENIS NILAI CONTOH

Instrumental

Instrinsik

Objektif

Subjektif

Mutlak

RelatifAktiviti 2.

Berikan satu situasi yang sesuai untuk kita gunakan nilai-nilai berikut:

Jenis Nilai Situasi Yang Sesuai Untuk Menggunakan

1. Instrumental

2. Instrinsik

3. Objektif

4. Subjektif

5. Mutlak

24

Page 25: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

6. Relatif

3.3 Konsep Nilai Merentas Kurikulum

Semua nilai baik sama ada yang termaktub dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral

Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, atau mana-mana mata pelajaran yang diajar

di sekolah seharusnya menyelitkan nilai murni untuk dijadikan panduan hidup murid.

Penerapan nilai-nilai murni dilakukan dengan menyeluruh dalam semua mata pelajaran

KBSR dan KBSM. Pendekatan ini dikenali sebagai nilai merentas kurikulum. Nilai-nilai

murni merupakan unsur yang amat penting dan diserapkan ke dalam setiap mata

pelajaran. Nilai-nilai ini berteraskan kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.

Matlamat penerapan nilai-nilai murni melalui pendidikan adalah untuk melahirkan insan

dan juga warganegara yang baik serta memiliki akhlak mulia. Antara objektif yang

hendak dicapai menerusinya ialah:

Menanam kesedaran, kefahaman, keyakinan diri dan juga kesyukuran.

Menanam semangat cinta akan nilai suci

Menghormati kebaikan dan membenci keburukan

Membentuk sikap positif yang berguna kepada agama, bangsa dan juga sewaktu

menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Menghapuskan sikap negatif dalam kehidupan

Menjalankan tugas dengan dedikasi

Melatih diri dengan displin

Meningkatkan hasil atau produktiviti

Berusaha dan mencapai kecemerlangan

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990,hal.25)

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru dan pihak sekolah untuk

memupuk nilai kepada murid-muridnya. Contohnya guru matematik boleh menyelitkan

nilai murni seperti kejujuran, keadilan, hormat pelanggan, semasa menyampaikan topik

ukuran berat dan panjang. Guru boleh mengaitkan cerita tentang peniaga yang berjaya

dalam perniagaan disebabkan pelanggannya percaya terhadap kejujurannya

menimbang dan mengukur barangan yang dijual.

25

Page 26: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Selain itu sekolah haruslah mengaplikasikan nilai murni dalam rutin bilik darjah, luar bilik

darjah, kurikulum dan majlis-majlis sekolah. Contohnya ada sekolah yang tandasnya

mesra pelanggan iaitu sama taraf dengan tandas hotel ternama. Mengapakah sekolah

tersebut mampu mempunyai kualiti tandas yang sedemikian hebat sedangkan

kebanyakan sekolah menghadapi masalah mengekalkan tandas dalam keadaan bersih.

Siapakah yang harus diberikan pujian dan apakah kaitannya dengan nilai merentas

kurikulum?

Dalam majlis-majlis di sekolah seperti perhimpunan, murid perlu berdiri tegak semasa

lagu kebangsaan dinyanyikan. Begitu juga mereka perlu berdisiplin sepanjang tempoh

perhimpunan dengan tingkah laku yang telah ditetapkan. Bagaimana budaya sekolah

berupaya memupuk nilai murni ke dalam diri pelajar?

Rumusannya, penerapan nilai merentas kurikulum perlu dilakukan secara berstruktur

dan bersungguh-sungguh kerana penghayatan nilai murni tidak akan berlaku secara

kebetulan. Semua warga sekolah perlu bekerjasama untuk menentukan kejayaan

konsep ini. Sesungguhnya pengaruh nilai dalam pembangunan masyarakat dan

negara amat penting dalam merealisasikan Wawasan 2020.

Rumusan

1. Nilai adalah ukuran atau piawai yang ditetapkan oleh seseorang untuk mengukur

sesuatu.

2. Moral adalah suatu nilai tetapi bukan semua nilai bersifat moral.

3. Terdapat banyak jenis nilai dalam kehidupan yang mempunyai ciri dan

fungsi tertentu.

4. Baik, benar dan patut merupakan ciri-ciri yang diperlukan bagi Insan Bermoral

5. Dalam masyarakat majmuk, konsep baik, benar dan patut diamalkan dengan

mengambil kira kepelbagaian latar belakang individu seperti agama dan adat

26

Page 27: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

6. Peraturan dan pegangan prinsip moral seseorang akan menentukan bagaimana

dia menghayati konsep baik, benar dan patut.

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam

penyediaan modul.

Bacaan Asas

Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral teori etika dan amalan moral.

Serdang: Penerbit UPM.

Abdul Rahman Aroff & Chang, L.H. (1994). Pendidikan Moral: siri pendidikan. Kuala

Lumpur: Longman Malaysia Sdn Bhd.

Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Tam, Y.K. (1996). Pendidikan Moral 1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Rujukan

Abdul Rahman Md. Aroff & Chang, L.H. (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya :

Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Hena Mukherjee et al. (1992 ). Strategi pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling

Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Koo, K.P. & Tang, C.Y. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

Sdn.Bhd.

Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory and contemporary issues. USA:

Wadsworth Publishing Company.

TAJUK 4 INDIVIDU YANG BERMORAL

Pengenalan

Setelah kita memahami konsep asas Moral dan konsep asas nilai dalam Pendidikan

Moral, sekarang kita akan berbincang pula tentang Individu Yang Bermoral. Tajuk ini

bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar mengenai komponen dimensi moral yang

terdiri daripada penaakulan, emosi dan tingkah laku.

27

Page 28: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

4.1 Dimensi Moral

Konsep moral boleh difahami dengan lebih lanjut berdasarkan dimensi moral. Secara

amnya, kita boleh membahagikan moral kepada tiga dimensi, iaitu penaakulan moral,

perasaan moral dan perlakuan moral. Ketiga-tiga dimensi ini boleh dijelaskan melalui

rajah di bawah.

DIMENSI MORAL

Penaakulan Moral Emosi Moral Perlakuan Moral

Pemikiran dan Emosi dan Tingkah laku dan Pertimbangan Perasaan Tindakan

Rasional Empati Bertanggung- Inovatif Berjiwa jawab Bebas Simpati Berdedikasi Normatif Murah hati Berprihatin Tepat Kasih sayang Bekerjasama Tajam Belas kasihan Kreatif Altruistik Kritis Sentimen

Huraian tiga dimensi moral ini adalah seperti berikut:

4.1.1 Penaakulan Moral

Berupaya membuat penaakulan moral, iaitu pertimbangan atau fikiran secara

rasional dan berautonomi (bebas). Penaakulan moral juga boleh dikaitkan

dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa

dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Contoh 1:

28

Page 29: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap sepasang suami

isteri yang terlibat dalam pengedaran dadah walaupun pasangan tersebut

mempunyai tiga orang anak kecil yang masih memerlukan perhatian. Keputusan

yang dibuat oleh hakim adalah berdasarkan penaakulan moral tanpa

dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Contoh 2:

Seorang murid meniru dalam peperiksaan akhir tahun buat pertama kali kerana

ayahnya sangat garang dan telah mengugutnya jika dia tidak dapat tempat

pertama, dia tidak akan dapat pergi ke Australia menghadiri majlis konvokesyen

kakaknya. Sahsiah murid ini cukup menyenangkan guru kelasnya. Walau

bagaimanapun sebagai guru yang tegas dan adil, guru itu terpaksa mengambil

tindakan mengikut peraturan sekolah.

4.1.2 Emosi Moral

Mempunyai emosi moral seperti suara batin, iaitu kehalusan perasaan individu

yang mengandungi rasa bersalah, malu, bimbang serta perasaan simpati dan

empati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi altruistik yang berpatutan. Perasaan

ini akan membawa kepada perlakuan individu secara moral. Oleh itu, emosi

moral ini adalah penting untuk mengawal perlakuan, menghalang seseorang

individu membuat sesuatu yang bersifat anti sosial. Misalnya, perasaan empati

dan simpati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu orang

miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri sendiri.

4.1.3 Tingkah Laku Moral

Individu yang bertingkah laku moral dapat bertindak dengan penuh

tanggungjawab mengikut kemampuan sendiri terhadap sesuatu keputusan yang

berlandaskan penaakulan dan emosi moral.

Contoh:

memulangkan dompet yang dijumpai di kantin kepada guru bertugas

dengan hati yang ikhlas

memimpin orang buta menyeberang jalan

29

Page 30: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

tidak terjebak dalam rasuah walaupun pekerja-pekerja lain dalam unit

tersebut melakukannya kerana dia sedar bahawa rasuah akan

merosakkan sistem pekerjaan dan ditegah oleh agama

sebagai ibu tunggal yang mempunyai seorang anak cacat iaitu tiada

tangan dan kaki sanggup mendokong anaknya pergi balik ke sekolah

sejak Tahun Satu hingga Tahun 6.

Fikirkan tentang perkara yang

berikut !

Masalah moral yang melanda manusia dewasa ini memerlukan perhatian yang

sewajarnya dan perlu dirawat segera sebelum menjadi semakin parah dan mungkin

sahaja menghancurkan sistem sosial yang sepatutnya terjalin dalam suasana yang

harmoni dan menyelesakan. Pelbagai tindak-tanduk pelanggaran nilai moral yang

dipamerkan sebenarnya membawa mesej yang paling jelas bahawa kesedaran moral di

kalangan manusia sebagai makhluk sudah kian menurun atau mungkin sudah terus

tandus.

4.1.4 Dilema Moral

Suatu keadaan serba salah kerana terpaksa membuat pilihan antara dua nilai yang baik.

Contoh: teruna X mencintai gadis A yang tinggi budi pekertinya. Teruna X berjanji untuk

mengahwini gadis A sekembalinya daripada melanjutkan pelajaran di luar negara.

Setelah lima tahun berlalu, teruna X memberitahu hajatnya kepada ibu bapanya untuk

meminang gadis A yang setia menanti kepulangannya. Konflik nilai timbul apabila si ibu

tidak mahu menerima gadis A kerana beliau telah ada calon untuk anaknya. Calon

pilihan ibu ialah seorang gadis yang berpendidikan tinggi, berhemah tinggi dan kaya

raya.

Situasi di atas mewujudkan dilema moral kerana teruna X terpaksa memilih antara

pilihannya atau pilihan ibunya. Melukakan hati ibu atau melukakan hati kekasihnya?

Kedua-duanya melibatkan nilai moral iaitu menghormati ibu atau berpegang janji kepada

kekasihnya. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan keadaan di atas berlaku? Kaitkan

jawapan anda dengan mana-mana dimensi moral.

30

Page 31: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Renungan:-

Dalam kejadian Tsunami di Phuket baru-baru ini, seorang warganegara Australia

terpaksa melepaskan tangan pelancong wanita British yang hamil yang memeluk

badannya ketika hanyut dilambung ombak Tsunami. Selepas kejadian itu, warganegara

Australia itu mendapati wanita hamil itu antara ribuan yang mati. Perlakuannya yang

melepaskan wanita itu ialah contoh dilema moral kerana dia terpaksa memilih antara

nyawanya atau wanita itu.

Latihan 4.1

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Aktiviti 1

Jawab soalan-soalan berikut:

Berikut adalah satu siri kombinasi antara empat dimensi moral. Lengkapkan pengurusan

grafik di bawah dengan butiran yang sesuai.

Situasi Dimensi Moral Huraian1. Kes langgar lari

2

Ada penaakulan moral sahaja Tahu bersalah tapi tidak bertanggungjawab

1. Bersimpati dengan kes kanak-kanak berusia 6 tahun perlukan wang RM 80,000.00- rawatan leukimia

2.

Ada perasaan moral sahaja

1. Menderma RM 1.00 kepada Tabung Pahlawan yang dibawa oleh murid dari rumah ke rumah

2.

Ada tindakan moral sahaja.

31

Page 32: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Situasi Dimensi Moral Huraian1. Tidak membayar Cukai Pendapatan walaupun sedar akan kesalahannya

2.

Ada penaakulan moral sahaja.

1. Membayar saman kesalahan Trafik

2.

Ada penaakulan dan tindakan moral sahaja

1, Ibu mendermakan buah pinggang kepada anaknya yang memerlukan pemindahan buah pinggang

2.

Ada penaakulan, perasaan dan tindakan moral.

4.2 Sifat-sifat Individu Bermoral

Bagaimana kita mengganggap seseorang itu bermoral ? Sifat moral seseorang individu

biasanya dapat dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran dan

kejiwaannya. Namun begitu kadangkala seseorang itu bertindak kerana terpaksa.

Kemoralan bukan sahaja melibatkan perlakuan tetapi juga merangkumi aspek-aspek

kerohanian dan pemikiran. Adakah anda dan orang-orang di sekeliling anda orang yang

bermoral? Mari kita renungkan bersama.

4.2.1 Prinsip-Prinsip Individu Bermoral

Terdapat berbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan bermoral kerana

masing–masing mempunyai fahaman yang tersendiri. Terdapat teori-teori yang

meletakkan kepuasan hati dan keseronokan sebagai sifat moral. Ada yang

mempertahankan egoisme sebagai moral dan sebagainya,yang mempunyai kelemahan

dan menerima berbagai kritikan. Ada yang menganggap peraturan masyarakat sebagai

asas penentuan nilai moral tetapi hakikatnya nilai-nilai dalam masyarakat juga berbeza

dan banyak bercanggah di antara satu sama lain. Hakikatnya sukar dicari suatu

32

Page 33: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

persepakatan dalam menentukan nilai-nilai moral. Pemikir-pemikir Pendidikan Moral

mengemukakan tiga prinsip sebagai panduan menentukan insan bermoral iaitu prinsip

keadilan, prinsip altruisme dan prinsip autonomi.

(i) Prinsip Keadilan

Ramai orang memperkatakan tentang keadilan. Ada pihak yang mengatakan

bahawa adil itu saksama, seimbang, sama rata, dan sama rasa. Namun begitu

sama rata tidak juga menunjukkan keadilan apabila seorang yang bekerja lebih

masa tetapi masih mendapat bayaran yang sama. Bayaran setimpal adalah

keadilan bagi mereka, bukan hanya sama dengan orang lain. Agama Islam pula

mendefinisikan keadilan sebagai “meletakkan sesuatu pada tempatnya,” iaitu

tempat yang sesuai dan sepatutnya .

Bagi Aristotle yang banyak menulis tentang konsep keadilan menyatakan adil itu

sebagai “ fair-minded”, tidak berat sebelah, sesuai dan berpatutan (reasonable

way). Di antara prinsip keadilan yang telah disebut oleh beliau ialah Prinsip

Keadilan Umum iaitu keadilan sosial yang mana masyarakat diorganisasikan

supaya semua individu memberi sumbangan kepada kebajikan umum. Keadilan

“distributive” ialah adil dalam agihan kebaikan dan beban juga menunaikan

perjanjian antara manusia. Ianya juga merangkumi kemahuan kepada peraturan,

kejujuran, equity, integrity dan lawfulness.

Keadilan merupakan satu piawai penting dalam penilaian moral dan prinsip ini

amat berkaitan dengan Teori Keadilan Sosial. Prinsip keadilan merupakan

prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan

keuntungan antara individu dan masyarakat. Tentunya juga keadilan membawa

makna tidak pilih kasih, tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri.

(ii) Prinsip Altruisme

Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh individu akan melibatkan orang lain

terutamanya dalam membuat sesuatu pertimbangan. Pertimbangan tersebut

akan lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika perhubungan itu berdasarkan

33

Page 34: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

belas kasihan, simpati, memandang penting dan mengambil berat tentang

kebajikan orang lain. Amalan prinsip altruisme juga bermaksud individu akan

menjauhi daripada kejahatan dan mementingkan diri sendiri. Bak kata pepatah

bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Prinsip altruisme melibatkan perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk

menjaga kebaikan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri. Biasanya

keputusan yang diambil atau perlakuan yang dijelmakan bersifat moral dan

berkeperimanusiaan. Perasaan kasih sayang, simpati dan empati

menghilangkan rasa kepentingan diri sendiri, kebencian dan tamak.

(iii) Prinsip Autonomi

Adakah kita bebas membuat pertimbangan? Persoalan ini ada kaitannya

dengan prinsip autonomi kerana prinsip ini menerangkan konsep pertimbangan

bebas. Andaian bahawa pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh

seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral. Ini

disebabkan individu yang berkenaan tidak berupaya bertingkahlaku secara

rasional dan adil. Individu itu tidak mengakuri tanggungjawab moral, tetapi hanya

mematuhi perintah dari kuasa luar. (Koo, 1990). Adakah anda setuju dengan

pendapat ini?

Dari perspektif bahasa pula autonomi berasal dari suku kata Autos bererti diri

sendiri dan Nomos bererti undang-undang. Ini boleh diertikan sebagai penentuan

sendiri tentang peraturan dan kawalan berdasarkan pengalaman dan alasan

sendiri. Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih.

Perlakuan dan pertimbangan individu merupakan hasil tekanan kuasa atasan

contohnya seorang guru disiplin mengenakan peraturan kepada pelajar-pelajar

atas arahan pihak atasan.

Kant menyatakan individu perlu dihormati kerana mereka adalah agen autonomi

untuk membuat keputusan dalam mengambil sesuatu tindakan. Sepatutnya

prinsip-prinsip yang universal, sejagat boleh dijadikan undang-undang yang

34

Page 35: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

rasional pada mana-mana tempat sama ada di peringkat negara atau institusi,

syarikat, keluarga dan sebagainya.

Untuk direnung:

“Sesungguhnya agama dan budi luhur itu adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan.

Agama adalah seperti jiwa bagi akhlak dan akhlak pula adalah laksana udara kepada

jiwa.”

Sejauh manakah agama dapat menghalang seseorang daripada membuat

perkara yang tidak bermoral?

Latihan 4.2

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Aktiviti 1

Soalan 1

a. Berdasarkan refleksi dari pengalaman anda semasa di peringkat sekolah dahulu berikan tiga

contoh perlakuan bagi setiap prinsip moral di atas, iaitu keadilan, altruisme dan autonomi.

Lakarkan dalam bentuk grafik.

b. Insan bermoral ialah

Rumusan

1. Seseorang individu perlu mengembangkan ketiga-tiga dimensi moral iaitu

penaakulan moral, emosi / perasaan moral dan tingkah laku moral.

2. Pendidikan moral kini sedang menghala kepada aspek pemupukan dimensi-

dimensi moral ini.

3. Ketiga-tiga dimensi moral adalah saling berkaitan dan sama-sama digunakan

bila seseorang individu membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan.

35

Page 36: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

4. Sifat-sifat manusia bermoral adalah digolongkan kepada tiga bidang besar

secara kasar iaitu:

Sikap mempunyai pertimbangan terhadap perasaan, keperluan dan

kepentingan orang lain adalah sama pentingnya dengan perasaan, keperluan

dan kepentingan diri sendiri.

Mempunyai kebolehan membuat keputusan diri sendiri yang rasional,

universal dan preskriptif.

Mempunyai kebolehan bertindak secara terkawal dan tidak keterlaluan.

SOALAN TUTORIAL

Konsep Asas Moral

1. Dengan menggunakan pengurusan grafik, banding bezakan

antara konsep etika, moral dan akhlak. (1 jam)

36

Page 37: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

2. Pilih satu situasi yang anda saksikan, huraikan situasi tersebut

dari sudut pematuhan terhadap peraturan moral, adat, agama dan undang-undang.

(2 jam)

Pemikiran Moral

1. Terangkan mengapakah pendekatan intuisionis terhadap kemoralan lebih baik

daripada pendekatan naturalis. Bagaimanakah pendekatan emotivis berbeza

daripada kedua-duanya. (2 jam)

Konsep Asas Nilai

1. Huraikan kekuatan dan kelemahan diri anda dari segi amalan nilai-nilai murni dan

agama. Cadangkan cara-cara anda meningkatkan amalan tersebut. (1 jam)

2 Pilih tiga artikel daripada keratan akhbar atau majalah. Kenal pasti jenis-jenis nilai

yang terdapat dalam artikel-artikel tersebut. (2 jam)

Individu yang Bermoral

1. Berdasarkan pengurusan grafik kaitkan konsep dimensi-dimensi moral dengan

individu yang bermoral. (2 jam)

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan

modul.

Bacaan Asas

37

Page 38: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Abd Rahman Aroff (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang:

Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.

________________& Chang, L.H. (1994). Pendidikan Moral Siri Pendidikan. Kuala Lumpur:

Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Rujukan

Ahmad b. Khamis (1999). Etika (Pendidikan Moral) untuk institusi pengajian tinggi.

K. Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral:Siri Pendidikan Tinggi, Petaling Jaya, Pearson

Education Malaysia Sdn. Bhd..

Koo, K. P. & Tang, C. Y. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd.

Tam, Y.K. (1996), Pendidikan Moral: Konsep dan Program Pendidikan Moral. K. Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Limpur

PANEL PENULIS MODUL

BIL NAMA KELAYAKAN

1

PENYELARAS Dr. Maznah Binti Abd. Samad Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

BA (Hons) Sejarah. UMM. Ed (Bimbingan & Kaunseling). UMPh. D (Pendidikan). Universiti Queensland.Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 1 tahun

38

Page 39: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

2

Pengerusi

Cik J Krishna Kumary a/p JuvalMaktab Perguruan Temenggung IbrahimJalan Datin Halimah,803500 Larkin, Johor.

B.A. (Hons) Sejarah & Geografi, USMDiploma Pendidikan, USMM.Sc. Pendidikan Moral, UPM.Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 10 tahun

3

Pn. Ng Choo TangInstitut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur

BSc (Hons) Kimia, UMM.Ed Teknologi Pendidikan, UMPengalaman mengajar Pendidikan Moral: 12 tahun

4

Pn. Noorlela bt. Mohd. Shariff,Maktab Perguruan Raja Melewar,Beg Berkunci 43, 70990,Seremban, Negeri Sembilan, DK.

B.A. (Hons), Quran Sunnah, UKMSPI, Pendidikan Islam, UKMPengalaman Mengajar: Pendidikan Moral9 tahun

5

Pn. Chia Yip LanMaktab Perguruan Sarawak98009 Miri Sarawak

B A (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM)Sarjana Pengurusan (UUM)Pengalaman mengajar Moral : 18 tahunPensyarah Cemerlang Pendidikan Moral

6

Pn. Rohaini KamsanMaktab Perguruan Temenggung IbrahimJalan Datin Halimah,803500 Larkin, Johor

B A (Hons) Kesusasteraan Melayu dengan Pendidikan (USM)Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 19 tahun

7Pn. Pn. Rohani binti IsmailMaktab Perguruan Ilmu Khas,Jalan Yaacob Latif,56000 Kuala Lumpur

B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM)Diploma Pendidikan: Siviks (UM)Pengalaman MengajarPendidikan Moral: 16 Tahun

8

Pn. Koh Geok WahMaktab Perguruan Sarawak,98009 Miri, Sarawak

B. Econs (UM)Diploma Pendidikan (UM)Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 15 tahun

PANEL PEMURNI MODUL

Bil. Nama Kelayakan

1.

PENYELARASDr. Maznah Binti Abd. SamadUnit KurikulumBahagian Pendidikan Guru

B.A. (Hons) SejarahM. Ed.(Bimbingan & Kaunseling)Phd (Pendidikan)Pengalaman mengajar Pendidikan Moral 1 tahun

39

Page 40: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

2. PENGERUSIPn. Rohaini KamsanMaktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah80350 Larkin,Johor Baharu

Sarjana Muda Saster (Kepujian)Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 17 Tahun

3. Pn. Chia Yip LanMaktab Perguruan Sarawak,Jalan Bakam,98009 Miri, Serawak.

B. A. (Hons) Psikologi. UKMM.Ed. (Bimbingan dan Kaunseling) UMPengalaman mengajar: Pendidikan Moral 18 tahunPensyarah Cemerlang Pendidikan Moral

4. Pn. Rohani binti IsmailMaktab Perguruan Ilmu Khas,Jalan Yaacob Latif,56000 Kuala Lumpur.

B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM)Diploma Pendidikan: Siviks (UM)Pengalaman MengajarPendidikan Moral: 16 Tahun

5. Pn. Asiah binti SaadInstitut Perguruan Darul Aman06000 Jitra, Kedah Darul Aman

B.A. (Hons) Pengajian Asia TenggaraM. Sc. PsikologiPengalaman mengajar Pendidikan Moral : 14 Tahun

6. Cik Krishna Kumary JuvalMaktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah80530 LarkinJohor Baharu.

B A (Hons) Sejarah dan Geografi USM)Diploma Pendidikan (USM)M SC. Pendidikan Moral (UPM)Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 10 tahun

7. Ustaz Ahmad Zaki bin HashimInstitut Perguruan Darul Aman06000 Jitra, Kedah Darul Aman

BA (Hons) Pengajian IslamM Ed (Pendidikan Islam)Pengalaman mengajarPendidikan Moral : 2 tahun

40

Page 41: Unit 1 PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

41