nota pendidikan moral

22
Nota Pendidikan Moral: 1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL 1.1 Definisi Moral 1. Straughan, R. (1982) berpendapat bahawa Pendidikan Moral adalah suatu bidang yang kabur. 2. Damon, W. (1988) mengatakan bahawa tiada satu definisi yang universal bagi “Kemoralan” yang diterima oleh semua pihak. 3. Bull, N.J (1969) berkata bahawa mengajar moral menjadi sukar sekiranya kita sendiri tidak tahu apa itu “kemoralan”. 4. Maksud etimologi bagi perkataan “etika” (ethics) yang berasal daripada perkataan Yunani “ethos”, ialah adat (customs) atau kegunaan (usages). Manakala “moral” berasal daripada perkataan Latin “mores” yang membawa erti yang sama dengan etika (Ashmore, R.B 1987). 5. Etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial dan ciri- ciri kehidupan yang baik (Grassian, V. 1981). 6. Frankena, W.K (1973), etika ialah falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral, dan pertimbangan moral. 7. Kamus Dewan (1995), erti “nilai” termaksulah “taksiran harga”, harga sesuatu dibandingkan dengan harga benda yang lain”, “darjat,kualiti,mutu,taraf” dan sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan dll). 8. Kemoralan ialah satu institusi kehidupan sosial, malah ia juga adalah suatu yang membantu dalam bimbingan kendiri atau penentuan kendiri secara rasional di kalangan ahli-ahli masyarakat. 1.2 Penyataan Normatif dan Penyataan Deskriptif 1. Grassian, V. (1981) mengatakan bahawa percubaan untuk memberikan jawapan yang koheren atau logic, sistematik, dan 1

Upload: prakash-vellayan

Post on 01-Jul-2015

2.144 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Pendidikan Moral

Nota Pendidikan Moral:

1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL

1.1 Definisi Moral

1. Straughan, R. (1982) berpendapat bahawa Pendidikan Moral adalah suatu bidang yang kabur.

2. Damon, W. (1988) mengatakan bahawa tiada satu definisi yang universal bagi “Kemoralan” yang diterima oleh semua pihak.

3. Bull, N.J (1969) berkata bahawa mengajar moral menjadi sukar sekiranya kita sendiri tidak tahu apa itu “kemoralan”.

4. Maksud etimologi bagi perkataan “etika” (ethics) yang berasal daripada perkataan Yunani “ethos”, ialah adat (customs) atau kegunaan (usages). Manakala “moral” berasal daripada perkataan Latin “mores” yang membawa erti yang sama dengan etika (Ashmore, R.B 1987).

5. Etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial dan ciri-ciri kehidupan yang baik (Grassian, V. 1981).

6. Frankena, W.K (1973), etika ialah falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral, dan pertimbangan moral.

7. Kamus Dewan (1995), erti “nilai” termaksulah “taksiran harga”, harga sesuatu dibandingkan dengan harga benda yang lain”, “darjat,kualiti,mutu,taraf” dan sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan dll).

8. Kemoralan ialah satu institusi kehidupan sosial, malah ia juga adalah suatu yang membantu dalam bimbingan kendiri atau penentuan kendiri secara rasional di kalangan ahli-ahli masyarakat.

1.2 Penyataan Normatif dan Penyataan Deskriptif

1. Grassian, V. (1981) mengatakan bahawa percubaan untuk memberikan jawapan yang koheren atau logic, sistematik, dan wajar (justifiable) kepada persoalan-persoalan moral dipanggil etika normatif (normatif ethics).

2. Etika moral tertumpu kepada kenyataan normative yang mempunyai implikasi kepada perlakuan manusia.

3. Penyataan normative adalah satu pertimbangan nilai baik dan nilai buruk, salah atau betul, diterima atau ditolak. Contoh, “Pengguguran ialah perbuataan yang tidak bermoral” ialah penyataan normatif.

4. Pertimbangan moral dibahagikan kepada pertimbangan moral atau etika. Sesetengah pertimbangan moral menyatakan sesuatu tindakan atau jenis tindakan adalah secara moral baik atau buruk, betul atau salah, wajib atau tidak wajib, perlu atau tidak

1

Page 2: Nota Pendidikan Moral

dilakukan dan ini dinamakan pertimbangan kewajipan moral atau pertimbangan deontik.

5. Perkara yang bukan tindakan atau jenis tindakan, tentang seseorang insan, motif, tujuan, dan sifat kelakuan atau peribadinya dan boleh dikatakan bahawa mereka adalah secara moralnya baik, buruk, mulia, jahat, bertanggungjawab, boleh dipersalahkan, bersifat wali, keji, dan sebagainya.

6. Penilaian ini dipanggil pertimbangan nilai moral atau pertimbangan aretaik.

Rajah 1.0: Penyataan Normatif: Pertimbangan Deontik dan Pertimbangan Aretaik

7. Contoh pertimbangan deontik:“Orang ramai tidak patut membeli dan menjual saham dengan cara dan niat untuk berjudi”. “Niat berjudi” ini adalah suatu perkara dan perbuatan yang tidak boleh diterima di sisi undang-undang atau agama.Sebagai seorang insan yang bermoral, orang ramai “dinasihati” supaya tidak membeli dan tidak menjual saham dengan cara dan niat untuk berjudi.Perkataan “dinasihati”, kerana perbuatan jual dan beli saham tidak salah di sisi undang-undang atau agama, tetapi caranya (umpamanya, dengan cara “contra”) dan niatnya (semata-mata hendak mendapat untung dengan cepat) secara moralnya tidak boleh diterima. Oleh yang demikian. Menjadi kewajipan kita untuk tidak melibatkan diri dalam perbuatan berjudi ini.

8. Contoh pertimbangan aretaik:“Pelabur yang bijak tidak pernah berjudi dalam jual-beli saham”. Penyataan ini menilai atau membicarakan tentang personality pelabur yang bijak dan dikaitkan dengan cara dia melabur di pasaran saham, iaitu tidak berjudi ketika melibatkan diri dalam kegiatan saham jual beli. Andaian boleh dibuat bahawa mungkin pelabur ini hanya melabur di kaunter-kaunter saham yang mempunyai asas yang kukuh dan mungkin dia berasa lebih selamat dan lebih beruntung sekiranya selamat dan lebih beruntung sekiranya dia berbuat demikian. Perbuatan ini dianggap sebagai “bijak” dan bukan berbentuk

2

Penyataan normatif tentang perbuatan/ tindakan

baik/buruk betul/salah wajib/tidak wajib perlu/tidak perlu

Pertimbangan kewajipan moral (Pertimbangan deontik)

Penyataan normatif tentang insane, motif, tujuan, dan sifat kelakuan /peribadi (bukan perbuatan/ tindakan)

Baik/buruk mulia/jahat bertanggungjawab perlu dipersalahkan bersifat wali/keji

Pertimbangan nilai moral (Pertimbangan aretaik)

Page 3: Nota Pendidikan Moral

perjudian. Penyataan pertimbangan aretaik ini tidak menyentuk kewajipan seseorang sebaliknya hanya menilai dari sifat kemoralan, iaitu sifat “bijak” (tidak berjudi) yang ada pada seorang pelabur.

1.3 Konsep Asas Nilai

1. Berdasarkan kamus, nilai dihuraikan sebagai sesuatu benda atau perkara boleh dilihat pertamanya dari segi harga yang boleh dikira dengan aritmetrik, dan keduanya dari kualiti yang intrinsic, iaitu sesuatu yang boleh dirasai secara “dalaman” atau dalam pemikiran kita. Moral ialah sejenis nilai.

2. Contoh pertama, wang ringgit RM 10 membawa maksud barang/perkhidmatan yang berharga sepuluh ringgit boleh dibeli di mana ini adalah contoh “nilai” dari aspek ‘materialistik’.

3. Dari aspek “kemoralan”, perbuatan mencuri RM 10 dan RM 100, tidak berbeza dari segi nilai moral kerana mencuri merupakan perbuatan yang buru dan salah di sisi undang-undang.

4. Nilai mempunyai fungsi-fungsinya sendiri, iaitu;(i) Sebagai satu criteria atau piawai yang konsisten dan kukuh bagi seseorang

individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka adalah baik, betul, dan boleh diterima.

(ii) Sebagai tunjuk ajar, rujukan, dan panduan untuk menyelesaikan konflik moral.(iii) Sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat.

5. Perbandingan jenis-jenis nilai moral;(i) Nilai sebagai sifat (attribute)(ii) Nilai sebagai kadar harga atau markah(iii) Nilai yang bersifat aksiologi (falsafah nilai)

6.

3

Page 4: Nota Pendidikan Moral

7.

Nilai Relatif Nilai Absolute/mutlakNilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat mayarakat.

Nilai yang keberhargaannya tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat.

Ia adalah arbitrary (tidak tertentu), tidak sempurna, dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan.

Diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagi baik atau buruk.

Boleh berubah mengikut masa. Kekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir semua situasi normal masyarakat.

4

Nilai Instrumental (Ekstrinsik) Nilai IntrinsikKualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat.

Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana ia baik atau bruk tanpa menagambil kira kesannya.

Bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.

Tidak bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai tersebutsendiri sebagai matlamat akhir.

Nilai peringkat kedua, misalnya, berani, rajin, hormat-menghormati.

Nilai peringkat pertama, misalnya, baik hati, kasih saying, keadilan.

Contoh: Mengebom Hiroshima untuk menamatkan Perang Dunia II. Mengenakan hukuman bunuh kepada pengedar dadah bagi menghapuskan kegiatan pengedaran dadah.

Contoh:Seorang hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada seorang pengedar dadah semata-mata kerana kewajipannya berbuat demikian mengikut peruntukan undang-undang yang ada, bukan kerana ia ingin turut sama membasmi kegiatan pengedaran dadah.

Nilai Subjektif Nilai ObjektifKualiti yang diterima atau ditolak seseorang yang memberikan pandangan.

Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi.

Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu.

Diterima ata ditolak berdasarkan satu set criteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang.

Contoh: (i) Kes Amerika hendak menyerang Iraq.(ii) Britain menyatakan bahawa Amerika perlu menyerang Iraq demi keamanan jangka panjang dunia supaya Iraq tidak meneruskan kerja membuat senjata yang banyak memusnahkan manusia; manakala Perancis pula berkata Amerika tidak boleh menyerang Iraq kerana serangan itu akan banyak menyebabkan rakyat Iraq yang tidak berdosa terkorban.

Contoh:(i) Peperangan adalah satu tragedi yang dahsyat.(ii)Perhambaan tidak mencerminkan nilai peri-kemanusiaan.(iii)Buruh kanak-kanak adalah satu kezaliman dan mesti dihapuskan.

Page 5: Nota Pendidikan Moral

Contoh: Di Kuala Lumpur, sebuah keluarga boleh dibina hanya melaui perkahwinan rasmi. Manakala di California, keluarga boleh dibentuk tanpa perlu melalui perkahwinan rasmi.

Contoh: Hidup berkeluarga adalah satu amalan kehidupan yang baik.

2.0 TEORI DAN SISTEM NILAI

Rajah 2.0: Cabang Teori dan Sistem Nilai

2.1 Teori Kemoralan Sosial

1. Penggunaan teori kemoralan sosial (atau kemoralan tradisional dan kemoralan konvensional) untuk menerangkan konsep etika dalam sesuatu masyarakat memang wajar.

5

TEORI DAN SISTEM NILAI

Teori Kemoralan

Sosial

Teori Keperibadian

Mulia

Teori Etika Teleologikal

Teori Deontologi

Page 6: Nota Pendidikan Moral

2. Nilai norma dan peraturan lebih cenderung kepada mengawal keselamatan masyarakat dan melindungi kebajikan ahli-ahlinya daripada memberikan kepentingan diri kepada seseorang individu. Contoh; “Jangan membuang bayi “ “Sentiasa menunaikan janji”

3. Velasquez,M.G. kepiawaian moral ini banyak mempunyai fungsi dalam masyarakat. Dua fungsinya yang paling penting ialah:(i) Sistem kepiawaian moral dalam masyarakat akan mengenal pasti situasi–situasi supaya setiap orang menolak sifat mementingkan diri untuk mengukuhkan satu sistem kelakuan yang memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. (ii) Kepiawaian moral bertindak sebagai resolusi bagi konflik sosial dengan memberikan justifikasi yang boleh diterima oleh orang ramai untuk tindakan dan membuat dasar-dasar.

4. Kemoralan sosial berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat.

5. Setiap kaum di negara ini mempunyai adat resam dan pantang larang bagi menjamin keutuhan dan keharmonian sesebuah masyarakat.

6. Peraturan masyarakat biasanya menyerupai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang.

7. Peraturan ini ialah ukuran/persetujuan masyarakat yang mesti diterima utk menyekat perbuatan jahat cth ‘Semangat bermasyarakat’ utk mengelak egoisme/individualisme, hormat-menghormati elak kezaliman

8. Kesemua ini menjaga kerukunan sosial. 9. Walaubagaimanapun peraturan masyarakat wujud di luar individu. Ianya ditetapkan

oleh autoriti dalam masyarakat.10. Nilai-nilai ini lebih mementingkan masyarakat dan bukan individu sebagai matlamat. 11. Kemoralan sosial biasanya mendapat sokongan kuat ahli-ahli sosiologi moral bahawa

adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mematuhi pemerintah sebagai autoriti moral (rujuk tulisan Thomas Hobbes dalam Leviathan).

12. Emile Durkheim (1961) mengatakan bahawa etika terdiri daripada suatu sistem peraturan yang ditetapkan terdahulu tentang bagaimana seseorang harus bertindak dalam sesuatu situasi. Peraturan moral lazimnya menentukan setiap tingkah laku dan etika boleh menyekat tindakan seseorang.

13. Durkheim (1961) juga menitikberatkan "disiplin" dan "perasaan masyarakat penyayang". Satu lagi unsur kemoralan sosial ialah pemahaman individu tentang "order sosial" dan kerelaan mematuhinya.

14. Kelemahan kemoralan social:-

(i) Bersifat relatif Semua masyarakat mempunyai peraturan moral masing-masing. Peraturan moral satu masyarakat boleh bertentangan dengan yang lain.

(ii) Kerelatifan Budaya Boleh membawa kepada ketegangan dan

6

Page 7: Nota Pendidikan Moral

(Cultural relativism) konflik sekiranya setiap masyarakat terlalu agresif mempertahan peraturan moral masing-masing.

(iii) Terlalu ketat dan tidak fleksibel Kesukaran menyesuaikan peraturan masyarakat dengan situasi baru dan semasa. Peraturan konservatif dan mutlak tidak dapat membantu dan membimbing seseorang menghadapi semua dilema moral baru. Masa dan keadaan sentiasa berubah.

(iv) Jenayah Sekatan (peraturan) yang berasaskan apa yang diizinkan oleh pihak berkuasa dalam masyarakat akan hilang kuasanya jika seseorang itu dapat menyembunyikan perbuatannya (jenayah) yang melanggar peraturan masyarakat.

2.2 Keperibadian Mulia

1. Teori ini berkait rapat dengan "kaedah sikap baik" dan sifat-sifat seorang insan moral. 2. Persoalan yang ditekankan ialah "Apakah yang patut saya jadi?" dan bukan "Apakah

yang patut saya lakukan?" 3. Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan

salah seorang pelopornya ialah Aristotle. 4. Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa (excellence). 5. Terdapat dua jenis keperibadian mulia:

(i) Keperibadian mulia intelektual (ii) Keperibadian mulia moral

6. Keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle menganggap bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru.

7. Keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. Sifat-sifat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan.

8. Berdasarkan konsep min, Sifat keperibadian mulia merupakan suatu min (kesederhanaan) di antara dua ekstrim, iaitu kelebihan dan kekurangan. Kedua-dua ekstrim adalah buruk.

9. Penjelasan Aristotle menerima banyak kritikan seperti:(i) Tanggapan Aristotle bahawa keperibadian mulia itu bukan sesuatu yang semula

jadi ditentang oleh golongan yang percaya kepada Tuhan. Mereka percaya

7

Page 8: Nota Pendidikan Moral

bahawa sesetengah insan, seperti para nabi dan rasul, memiliki keperibadian mulia secara semula jadi kerana pemberian dan keredaan Tuhan

(ii) Pemerolehan keperibadian mulia juga boleh diperoleh menerusi pemerhatian dan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia kerana manusia dikatakan suka meniru atau mengikut teladan.

(iii) Doktrin "min" atau "jalan tengah" tidak mempunyai tenaga menasihati atau kekuatan praktikal. Bertindak mengikut jalan tengah akhirnya akan bermaksud "bertindak sepertimana anda harus bertindak". Oleh itu, doktrin "kesederhanaan" sebenarnya tidak memberi bimbingan dan nasihat yang berguna kerana tidak jelas apa yang dianggap cara atau tindakan yang "patut" atau "sederhana" itu. Contohnya, tindakan Mother Teresa dan Gandhi boleh dianggap ekstrem tetapi adakah mereka tidak bermoral .

10. Ciri-ciri seseorang yang mempunyai keperibadian mulia:(i) Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan (ii) Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai (iii) Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan

keburukan (iv) Berpegang kepada prinsip (v) Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan (vi) Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan

kesengsaraan .

2.3 Teori Etika Teleologikal

1. Dalam sejarah etika terdapat dua pandangan utama, iaitu Teori Teleologikal (Consequentialist Theory) dan Teori Deontologikal (Non-consequentialist Theory).

2. Pada prinsipnya, kedua-dua teori ini bertentangan antara satu sama lain dalam menentukan nilai-nilai sesuatu perlakuan moral.

3. Tumpuan Teori Teleologikal ialah hasil atau akibat sesuatu tindakan manakala tumpuan Teori Deontologikal ialah tindakan atau jenis tindakan itu.

4. Perkataan teleologikal berasal daripada perkataan Yunani "telos" yang bermaksud "tujuan" atau "matlamat".

5. Seseorang ahli teleologis akan menentukan sama ada bercakap bohong adalah betul atau salah melalui akibatnya.

6. Tetapi seseorang ahli deontologis akan melihat nilai betul salah sesuatu tindakan secara intrinsik, iaitu sama ada berbohong itu merupakan tindakan baik atau buruk tanpa menilai kesannya.

7. Teori teleologikal menganggap tindakan atau perbuatan yang membawa kebaikan bermoral manakala yang mendatangkan keburukan adalah tidak bermoral.

8. Kalau akibatnya baik, maka wajib dilakukan dan kalau sebaliknya, perbuatan itu tidak harus dilakukan.

8

Page 9: Nota Pendidikan Moral

9. Kalau membohong menyelamatkan nyawa seseorang, maka mengikut ahli teleologis, perbuatan membohong itu adalah betul dan wajib dilakukan.

10. Akibat yang baik boleh ditafsirkan sebagai:(i) Yang membuat orang lain bahagia dan (ii) Yang menguntungkan diri sendiri.

11. Keadaan ini mewujudkan dua aliran pandangan dalam Teori Teleologikal iaitu aliran Utilitarianisme dan aliran Egoisme Etika.

12. Aliran Utilitarianisme:(i) Diasaskan oleh Jeremy Bentham (1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873). (ii) Berasal daripada perkataan "utility" yang bermaksud "berguna" atau

"kegunaan". (iii) Doktrin moral ini mengkehendaki kita supaya sentiasa bertindak untuk

menghasilkan kebaikan/keseronokan maksima kepada bilangan orang yang sebanyak mungkin atau semua pihak yang terlibat.

13. Peraturan Utilitarianisme:(i) Setiap orang patut melakukan tindakan yang akan membawa kebaikan

maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan itu.(iv) Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi dan orang

adalah berlainan.(v) Setiap orang mentafsirkan situasi dirinya dan menentukan tindakan yang

manakah akan membawa sebanyak mungkin akibat yang baik bagi setiap orang yang terlibat dalam situasi itu.

14. Kelemahan peraturan utilitarianisme:(i) Kesukaran menentukan akibat baik bagi orang lain dan semua pihak.(ii) Kesukaran membuat peraturan sejagat tanpa pengecualian.

15. Utk memperjelas teori ini kita ambil isu moral berkaitan peperangan sbg cth.16. Bagi ‘u’ dlm memutuskan kemoralan melancarkan peperangan,s’org mesti

menimbang /m’kira kemudaratan dan kebaikan yg dihasilkan oleh peperangan itu.17. Jika kemudaratan dijangka melebihi akibat baik yg dinikmati oleh neg yg melancarkan

perang(w/pun menang) menurut ‘u’ peperangan x boleh dijustifikasikan.18. Sebaliknya,peperangan dianggap wajar dari segi moral jika hasilnya membawa

kebahagian, kebaikan lebih drpd kesengsaraan/kemudaratan.19. Justeru ‘u’ akan menyokong tindakan mengebom bandar2 di Jerman utk menamatkan

PD ke-2 w/pun ramai nyawa x berdosa terkoban kerana jika pihak Nazi menang,dunia akan kehilangan sifat keamanan dan kezaliman berleluasa.

20. Aliran Egoisme:(i) Egoisme psikologikal.(ii) Bukanlah teori etika.(iii) Mengikut teori ini:

(a) manusia sentiasa bertindak demi kepentingan diri kerana dibentuk secara mental untuk berbuat demikian dan (b) terdapat orang yang kerap, tetapi tidak selalu, bertindak demi kepentingan.

9

Page 10: Nota Pendidikan Moral

(iv) Egoisme etika (bersifat normative) terbahagi kepada 2 bentuk iaitu: (a) Egoisme etika individu

Setiap orang patut bertindak untuk kepentingan saya.(b) Egoisme universal

Setiap orang patut bertindak demi kepentingan diri kecuali kepentingan orang lain juga memenuhi kepentingannya.

21. Friendrich Wilhem Nietzche, mengkritik utilitarianisme kerana:(i) Tidak semua perkara menguntungkan seseorang akan menguntungkan org lain.(ii) Beliau memperakui nilai sesuatu peraturan.Tetapi beliau menentang

peraturan mutlak yg datang drpd sesuatu autoriti.Bependapat peraturan hendaklah bersifat individu sesiapa yg mematuhi akan menjadi maju, kuat, berkuasa.

22. Kebaikan egoisme:(i) Sebagai agen moral. Tanggungjawab asas individu ialah memajukan seberapa

banyak kebaikan untuk dirinya.(ii) Sebagai penasihat moral. Dalam membuat pertimbangan moral individu

mestilah mengutamakan keuntungan bagi dirinya.23. Keburukan egoisme:

(i) Egoisme mementingkan diri dan x mengambil kira kptingan org lain.Agamawan (ateis),demokrasi (x berfikiran sivik). Cth mendahulukan diri dlm kenaikan pangkat w/pun ada org lain yg lebih layak.

(ii) Nietzche jahil ttg hakikat kewujudan manusia.Beliau bpdpat utk memperoleh kemajuan mrk yg lemah diekplotasi,manusia x perlu beroganisasi dan taat kpd autoriti.Namun sejarah menunjukkann cth kejayaan Jepun krn kesetian kpd maharaja mrk.

2.4 Teori Deontologi

1. Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" atau “duty” “tugas/tanggungjawab”yang bermaksud "yang diharuskan atau diwajibkan".

2. Menurut teori ini, seseorang melakukan sesuatu atau tidak melakukannya semata-mata kerana pekara itu difikirkannya baik atau buruk, bukan kerana ada sesuatu kesan peribadi akibat perbuatan itu.

3. Pertama, ‘Prinsip Duty’ (Principle of Duty) iaitu apabila seseorang melaksanakan tanggungjawab atau tugas yang diberi semata-mata kerana mengikut arahan bagi melaksanakan tugas itu. Duty for the sake of duty. Misalnya tentera Amerika Syarikat yang terlibat dalam mengebom Hiroshima dan Nagasaki melakukannya kerana melaksanakan tugas yang diberi.

4. Kedua, ‘Prinsip Eksistensialisme’ (Principle of Existentialism) di mana nilai baik atau buruk mesti berasaskan kepada pilihan setiap individu secara bebas; pilihan peribadi dan bukannya dipaksa. Misalnya apabila kita menderma untuk tabung kebajikan. Ia

10

Page 11: Nota Pendidikan Moral

menjadi nilai yang baik jika kita menderma secara sukarela tetapi menjadi nilai yang tidak baik jika kita menderma kerana dipaksa atau kerana terpaksa.

5. Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli flasafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia.

6. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita.

7. Oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan.

8. Prinsip kewajipan:(a) Menurut Kant, prinsip kemoralan ialah kewajipan (duty). Kecuali good will

atau tekad baik, tiada yang baik tanpa syarat. (c) Tekad baik diterangkan sebagai taakulan praktikal (keupayaan untuk

melaksanakan prinsip atau peraturan). (d) Kant menyatakan bahawa "bakat minda" seseorang seperti kecerdasan,

kebijaksanaan dan pertimbangan; "hadiah atau pemberian alam" seperti kekuasaan, kekayaan, dan kehormatan, dan "ciri watak" seperti keberanian, ketabahan hati, dan sifat-sifat lain memang baik dan diingini dalam banyak hal atau perkara. Walaupun begitu sifat-sifat ini tidak boleh dianggap baik tanpa syarat.

(e) Tumpuan diberi dan diletak atas niat, tujuan dan motif seseorang, dan bukan atas apa yang dilakukannya.

(f) Motif yang menjadikan sesuatu tekad itu baik bukanlah cita rasa, kemahuan atau kecenderungan semula jadi.

(g) Sesuatu tindakan akan mempunyai nilai moral apabila dilakukan dengan kerelaan dan seseorang itu akan mempunyai kerelaan hati jika motif tindakannya ialah satu tanggungjawab moral yang diakui.

(h) Satu-satu tindakan yang dianggap betul dari segi moral tidak dianggap memadai jika ia dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri.

9. Kategorikal Imperatif(i) Kewajipan atau undang-undang mutlak dikenali sebagai satu set prinsip

moral iaitu Categorical Imperative atau perintah mutlak/tanpa syarat. (j) Prinsip moral yang ditetapkan oleh individu itu mestilah juga dipatuhi oleh

orang lain. (k) Individu itu mestilah bertindak sebagaimana dia inginkan orang lain

bertindak terhadapnya.(l) Satu lagi formula yang penting ialah Practical Imperative yang menyatakan

bahawa kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat dan bukan alat perlakuan individu.

(m) Kemanusiaan adalah suatu nilai intrinsik manusia.(n) Cth ‘Jangan menculik’, kerana penculik melayan mangsanya sbg alat

mendapat wang tebusan, bukan kemanusian mjdi matlamat penculik itu.

11

Page 12: Nota Pendidikan Moral

10. Kekuatan dan kelemahan:

KEKUATAN KELEMAHAN Melahirkan insan yang patuh dan taat kepada kewajipan, peraturan, undang-undang dan agama

Bolehkah kita mengetepikan langsung akibat suatu tindakan di dalam menentukan satu sistem moral yang berkesan?

Mewujudkan individu yang bertanggungjawab terhadap dirinya

Apakah faedah sesuatu sistem moral itu kalau tidak membawa akibat baik terhadap diri kita sendiri, orang lain dan kedua-duanya?

Sifat ikhlas adalah dasar utama teori ini. Tanpa kerelaan dan keikhlasan sesuatu tindakan tiada nilainya.

Apa gunanya mengamalkan sistem moral yang begitu rigid sedangkan ia tidak semestinya boleh membawa kebaikan pada masa-masa tertentu

11. Kewajiapan Prima Facie:(a) Sir William David Ross (1877-1940) bersetuju dengan kant bahawa kemoralan pada

asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi beliau tidak bersetuju dengan kemutlakan teori-teori Kant.

(b) Ross percaya bahawa terdapat kewajipan prima facie tertentu yang patut kita sentiasa patuhi kecuali apabila keadaan atau alasan yang serius memerlukan kita buat yang berlainan.

(c) Prima facie = ("at first glance" atau "on the surface of things")(d) Kewajipan prima facie Ross termasuk mengatakan kebenaran, menunaikan janji,

mengakui kebaikan yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita, mengamalkan keadilan dan tidak mencederakan orang lain, dan lain-lain. Seperti Kant, Ross percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh manusia kerana ini adalah obligasi manusia melakukannya.

12. Eksistensialisme:(a) Jean Paul Satre adalah pelopor utama dalam eksistensialisme. (b) Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang berfungsi

sebagai panduan moral. Bagi eksistensialisme, kemoralan berasaskan andaian "kebebasan".

(c) Menurut Satre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat secara buta tuli, dia mempunyai pandangan "mitologi" yang menjejaskan kebebasannya. Mitos ini mesti dihapuskan dari alam kemoralan.

(d) Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa terhadap hakikat bahawa dia telah lahir, bagaimana dia lahir, dalam abad berapa dia lahir, ibu bapanya dan lain-lain, tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia hendak hidup.

12

Page 13: Nota Pendidikan Moral

(e) Dlm buku ‘Being & Nothingness’ bagi kes Manusia sahaja- ‘kewujudan (existence) mendahului zat (essence).

(f) Bezakan dengan pisau.Sifat sudah ditetapkan (fikir dulu baru buat).Bermaksud zat pisau mendahului kewujudan.

(g) Manusia tidak difikirkan, tidak dijadikan mengikut spesifikasi tertentu @ dibuat utk tujuan tertentu.

(h) Manusia wujud dahulu siapa mereka bergantung kpd apa yg dilakukan mereka.(i) Dlm diri manusia terdapat kekosongan @ ketiadaan (Nothingness) yg mesti diisi

oleh manusia melalui kesedaran, pemikiran, dan tindakan sepanjang hayat.(j) Objek yg tiada kesedaran ialah spt kerusi, meja, bola bersifat statik dan tidak

berubah.(k) Manusia tidak boleh mengubah dirinya (Being for itself) menjadi (Being in itself) yg

kaku/konkrit/maujud spt meja,batu,kerusi. Oleh itu nilai moral itu sentiasa berubah,subjektif,tidak mutlak dan sebagainya.Manusia terus bebas memilih.

(l) Manusia ingin menjadi sesuatu yg mempunyai sifat tetap yg menyebabkan dia ditentukan utk bertingkah laku secara khusus.

(m) Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri.

(n) Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar yang memperkenalkan konsep "kewujudan sah".

(o) Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen dan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan keputusan moral. Apabila individu itu membenarkan orang lain membuat pilihan moral untuk dirnya, dia dianggap berada dalam kewujudan yang tidak sah.

13. Golongan eksistensialisme menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of choice) dalam situasi yang mereka berada. Terdapat tiga bentuk kebebasan: (a) Kebebasan jasmani (b) Kebebasan kehendak (c) Kebebasan moral

14. Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa paksaan dan larangan. 15. Mengikut eksistensialisme, seseorang itu merasakan kewajipannya bukan suatu yang

dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri. 16. Dengan menjauhi semua prinsip dan peraturan moral, individu mesti menggunakan

kebebasannya untuk mendapat fakta yang betul berhubung dengan situasi yang dihadapinya, iaitu menilai secar teliti situasi berkenaan, kemudian membuat pilihan dan keputusan moralnya sendiri.

17. Eksistensialisme menekankan pilihan terus daripada sumber asal (first hand choice).18. Kritikan terhadap teori Eksistensialisme:

(a) Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional/mutlak yg berfungsi sbg panduan moral.Menurut satre org yg mematuhi peraturan tradisional akan

13

Page 14: Nota Pendidikan Moral

menyekat kebebasanya. Moral ini perlu dihapuskan dari kemoralan. Individu mesti bertanggungjawab terhadap tingkahlaku moral sendiri.

(b) Tidak berguna bercakap mengenai isu moral kerana individu tiada hak terhadap kemoralan & tingkahlaku orang lain.

(c) Fredoom of choice, walaupun tidak mementingkan diri boleh membawa individu kepada relativisme @ individualisme.

(d) Bagi Satre jika individu tidak mencipta nilai baru, tindakan dianggap tidak bermoral. Tidak perlu bagi setiap individu mencipta nilai & prinsip sendiri kerana akan menjadikan kehidupan sosial tidak teratur. Manusia hanya perlu pilih prinsip etika atas sebab yg rasional bagi memastikan kehidupan lebih baik.

3.0 NILAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Rajah 3.0: Agama dan Kepercayaan Utama Di Malaysia3.1 Pengenalan

14

NILAI AGAMA DAN

KEPERCAYAAN

HinduTaoisme

Confucianisme

SikhismeKepercayaan

Natif

Buddha

Islam

Kristian

Page 15: Nota Pendidikan Moral

1. Salah satu pandangan tentang dari mana datangnya kemoralan adalah bahawa kemoralan manusia mengenai yang betul dan salah berasal dari Tuhan atau Kuasa Luar Biasa (kemoralan objektif).

2. Pandangan A:(a) Prinsip asas kemoralan ini ialah apa-apa tindakan yang dilarang oleh Tuhan adalah

tidak bermoral. (b) Tuhanlah yang menjadikan sesuatu perbuatan yang menjadikan sesuatu

perbuatan itu betul atau salah melalui larangan-Nya. (c) Sesuatu tindakan seperti rogol adalah salah kerana ia dilarang oleh Tuhan.(jika

tidak dilarang oleh Tuhan, adakah rogol itu bermoral?)3. Pandangan B:

(a) Tuhan tidak menjadikan sesuatu perbuatan itu betul atau salah tetapi melarang kelakuan tertentu seperti keseksaan dan rogol kerana ia adalah tidak bermoral

(b) Membenarkan tindakan lain seperti menolong orang kerana ia bukan tidak bermoral dan memerlukan kelakuan seperti menghormati ibu bapa kerana tidak melakukannya adalah tidak bermoral.

(c) Pada asasnya moral agama adalah moral atau etika yang berdasarkan kepada kewujudan Tuhan dan keimanan kepadaNya dan kehidupan Akhirat (selepas mati).

4. Ada tiga bentuk utama:(a) Moral Politeistik - Kepercayaan kepada banyak tuhan (b) Moral Zuhud - Mengetepikan dunia dan mengutamakan akhirat (c) Moral Monoteistik - Kepercayaan kepada tuhan yang satu

5. Setiap insan yang beragama sudah sepatutnya mengabdikan dirinya kepada Tuhan dengan membuat apa yang disuruh dan menghindar apa yang dilarangNya.

6.

15

Page 16: Nota Pendidikan Moral

16