pengenalan folio psikologi

2
PENGENALAN Mereka yang menceburi bidang psikologi ini sememangnya mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menganalisis kelakuan serta tingkah laku manusia.Sebagai contoh, ahli psikologi menyelidik dan membuat kajian dalam pengurusan saintifik berkaitan kelakuan manusia. Penemuan yang dilakukan seterusnya digunakan untuk mempertingkatkan penyesuaian dan perkembangan peribadi, sosial, pendidikan atau pekerjaan. Pekerjaan yang dikelaskan dalam bidang berkenaan termasuk ahli psikologi klinikal, pendidikan serta pekerjaan.Kerjaya itu dianggap mencabar berbanding bidang profesional lain kerana ia memerlukan seseorang menangani krisis manusia sama ada dari segi mental atau emosi.Ia lebih rumit jika dibandingkan dengan tugas lain seperti mencipta sistem komputer atau menggunakan mesin yang tidak memerlukan kemahiran berkenaan.Kelakuan dan tingkah laku manusia sentiasa menjadi tumpuan kepada ahli psikologi dalam kerjaya mereka bagi menambah pengetahuan saintifik dalam kepakaran masing-masing. Selain itu, tugas mereka termasuk merancang dan menjalankan ujian untuk mengukur sifat mental, fizikal, mentafsir dan menilai keputusan serta memberi nasihat.Mereka juga menganalisis kesan faktor keturunan, sosial, pekerjaan dan faktor lain ke atas pemikiran dan kelakuan individu selain turut mengadakan sesi kaunseling atau rawatan teraputik dan memberikan perkhidmatan susulan.

Upload: meow2mlke

Post on 19-Jun-2015

2.990 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bagi student yang nak buat folio kerjaya etc2 mengenai psikologi.

TRANSCRIPT

Page 1: pengenalan folio psikologi

PENGENALAN

Mereka yang menceburi bidang psikologi ini sememangnya mempunyai kebolehan dan

kemahiran dalam menganalisis kelakuan serta tingkah laku manusia.Sebagai contoh, ahli

psikologi menyelidik dan membuat kajian dalam pengurusan saintifik berkaitan kelakuan

manusia. Penemuan yang dilakukan seterusnya digunakan untuk mempertingkatkan penyesuaian

dan perkembangan peribadi, sosial, pendidikan atau pekerjaan. Pekerjaan yang dikelaskan dalam

bidang berkenaan termasuk ahli psikologi klinikal, pendidikan serta pekerjaan.Kerjaya itu

dianggap mencabar berbanding bidang profesional lain kerana ia memerlukan seseorang

menangani krisis manusia sama ada dari segi mental atau emosi.Ia lebih rumit jika dibandingkan

dengan tugas lain seperti mencipta sistem komputer atau menggunakan mesin yang tidak

memerlukan kemahiran berkenaan.Kelakuan dan tingkah laku manusia sentiasa menjadi

tumpuan kepada ahli psikologi dalam kerjaya mereka bagi menambah pengetahuan saintifik

dalam kepakaran masing-masing.

Selain itu, tugas mereka termasuk merancang dan menjalankan ujian untuk mengukur sifat

mental, fizikal, mentafsir dan menilai keputusan serta memberi nasihat.Mereka juga

menganalisis kesan faktor keturunan, sosial, pekerjaan dan faktor lain ke atas pemikiran dan

kelakuan individu selain turut mengadakan sesi kaunseling atau rawatan teraputik dan

memberikan perkhidmatan susulan.

Terdapat juga pengkhususan tertentu dalam bidang psikologi yang boleh diceburi lepasan

jurusan itu sebagai kerjaya tetap berdasarkan kemahiran sendiri.Bagi mereka yang peka terhadap

hubungan perseorangan, boleh bekerja secara langsung dengan klien yang menghadapi masalah

emosi.Sekiranya digabungkan kemahiran pertimbangan dan pemerhatian dengan minat terhadap

kanak-kanak, kerjaya sebagai penyelidik dalam cabang psikologi pembangunan mungkin

terbuka.

Bagaimanapun, pelajar yang ingin menyertai bidang ini mesti mempunyai ciri-ciri tertentu

seperti minat terhadap kelakuan manusia, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan

paling penting ialah boleh menghormati prinsip kerahsiaan klien yang amat ditekankan dalam

Page 2: pengenalan folio psikologi

bidang itu.

Pelajar yang berminat untuk bergelar sebagai ahli psikologi perlu mempunyai kelulusan Ijazah

Sarjana Muda Psikologi atau kelayakan setaraf. Kursus dalam bidang psikologi juga ditawarkan

di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan swasta seperti Universiti Malaya (UM),

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah, Help University dan

Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar).