pengaruh barat dalam kebudayaan melayu sememangnya sangat jelas

14
Pengaruh barat dalam kebudayaan Melayu sememangnya sangat jelas. Pengaruhnya boleh dilihat dari aspek ekonomi, sosial, kesenian, politik dan lain-lain. 2. Contohnya dalam berhutang, penghutang dikenakan faedah sebanyak beberapa peratus dari jumlah yang dipinjam. Ini sebenarnya menindas penghutang dengan faedah yang dikenakan. Mengamalkan sistem ekonomi secara kapitalis yang menjadikan faedah (riba) sebagai asasnya. 3. Seterusnya, sistem Ekonomi Campuran juga diperkenalkan. Ini kelihatan berat sebelah. Oleh itu, undang- undang buruh ditubuhkan untuk melindungi hak pengusaha agar kelihatan lebih saksama. Barat juga memperkenalkan sistem ekonomi sosialis iaitu produk dan pendapatan akan menjadi milik kerajaan. 4. Ini menyebabkan berlaku jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu, Cina dan India. Ekonomi masyarakat Malaysia juga dibahagikan mengikut bangsa semasa pemerintahan barat yang mengamalkan dasar “pecah dan perintah”. Sistem ini adalah gabungan sistem ekonomi sosialis dan kapitalis. 5. Demokrasi mengutamakan suara rakyat dan rakyat berkuasa penuh dalam penentuan pemimpin mereka. Sistem ini telah berjaya menghapuskan sistem feudal Melayu zaman itu yang mengamalkan Pemerintahan Beraja. Barat telah memperkenalkan sistem demokrasi. 6. Demokrasi Berparlimen ini diamalkan di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan. Malaysia telah mengamalkan Demokrasi Berparlimen sejak mendapat kemerdekaan daripada British. Terdapat pelbagai jenis demokrasi yang diperkenalkan oleh barat antaranya Demokrasi Berparlimen. 7. Pemikiran yang terbuka contohnya masyarakat sudah kurang mempercayai tentang perkara-perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-lain dan sesetangah orang menganggapnya sebagai karut. Pengaruh lebih kepada cara berfikir yang dianggap moden iaitu berfikiran terbuka. 8. Perkara ini tidak sesuai sama sekali dengan masyarakat Islam di Malaysia. Barat juga mengamalkan sosial kekeluargaan tidak sesuai diamalkan oleh kita. Sebagai contoh, barat mula mengiktiraf bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis, keibubapaan tunggal dan lain-lain. 9. Perkara ini melanda masyarakat timur termasuk Malaysia secara perlahan-lahan, namun institusi kekeluargaan masyarakat Islam di Malaysia masih utuh dengan berlandaskan Islam. Barat cuba mencari alternatif lain menggantikan institusi kekeluargaan dan antara alternatif yang dicadangkan ialah bersekedudukan tanpa

Upload: aida-azmain

Post on 22-Dec-2015

299 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Pengaruh barat dalam kebudayaan Melayu sememangnya sangat jelas. Pengaruhnya boleh dilihat dari aspek ekonomi, sosial, kesenian, politik dan lain-lain

TRANSCRIPT

Page 1: Pengaruh Barat Dalam Kebudayaan Melayu Sememangnya Sangat Jelas

Pengaruh barat dalam kebudayaan Melayu sememangnya sangat jelas. Pengaruhnya boleh dilihat dari aspek ekonomi, sosial, kesenian, politik dan lain-lain.

2.  Contohnya dalam berhutang, penghutang dikenakan faedah sebanyak beberapa peratus dari jumlah yang dipinjam. Ini sebenarnya menindas penghutang dengan faedah yang dikenakan. Mengamalkan sistem ekonomi secara kapitalis yang menjadikan faedah (riba) sebagai asasnya.

3.  Seterusnya, sistem Ekonomi Campuran juga diperkenalkan. Ini kelihatan berat sebelah. Oleh itu, undang- undang buruh ditubuhkan untuk melindungi hak pengusaha agar kelihatan lebih saksama. Barat juga memperkenalkan sistem ekonomi sosialis iaitu produk dan pendapatan akan menjadi milik kerajaan.

4.  Ini menyebabkan berlaku jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu, Cina dan India. Ekonomi masyarakat Malaysia juga dibahagikan mengikut bangsa semasa pemerintahan barat yang mengamalkan dasar “pecah dan perintah”. Sistem ini adalah gabungan sistem ekonomi sosialis dan kapitalis.

5.  Demokrasi mengutamakan suara rakyat dan rakyat berkuasa penuh dalam penentuan pemimpin mereka. Sistem ini telah berjaya menghapuskan sistem feudal Melayu zaman itu yang mengamalkan Pemerintahan Beraja. Barat telah memperkenalkan sistem demokrasi.

6.  Demokrasi Berparlimen ini diamalkan di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan. Malaysia telah mengamalkan Demokrasi Berparlimen sejak mendapat kemerdekaan daripada British. Terdapat pelbagai jenis demokrasi yang diperkenalkan oleh barat antaranya Demokrasi Berparlimen.

7.  Pemikiran yang terbuka contohnya masyarakat sudah kurang mempercayai tentang perkara-perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-lain dan sesetangah orang menganggapnya sebagai karut. Pengaruh lebih kepada cara berfikir yang dianggap moden iaitu berfikiran terbuka.

8.  Perkara ini tidak sesuai sama sekali dengan masyarakat Islam di Malaysia. Barat juga mengamalkan sosial kekeluargaan tidak sesuai diamalkan oleh kita. Sebagai contoh, barat mula mengiktiraf bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis, keibubapaan tunggal dan lain-lain.

9.  Perkara ini melanda masyarakat timur termasuk Malaysia secara perlahan-lahan, namun institusi kekeluargaan masyarakat Islam di Malaysia masih utuh dengan berlandaskan Islam. Barat cuba mencari alternatif lain menggantikan institusi kekeluargaan dan antara alternatif yang dicadangkan ialah bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis, keibubapaan tunggal, kehidupan berkelompok, dan didikan anak secara professional (Eliot, 1986).

10.  Seni hiburan barat ini menjadi ikutan negara lain termasuklah Malaysia. Setiap aliran ini mempunyai identiti dan imej yang tersendiri. Dunia mula diperkenalkan dengan aliran- aliran muzik barat yang pelbagai antaranya kumpulan-kumpulan artis yang beraliran rock, balada, pop, jazz, dan lain-lain.

11.  Contohnya, Menara Berkembar Petronas contohnya, dibina dengan berkonsepkan silinder yang diideakan oleh barat. Seni reka bentuk pula, boleh dilihat dari bangunan-bangunan yang dibina dengan rekabentuk yang dianggap moden oleh orang ramai. Ini telah menyebabkan seni tradisional sudah mula dipinggirkan sehingga ke hari ini.

Adat merupakan cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Ia juga

mencerminkan perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada

Page 2: Pengaruh Barat Dalam Kebudayaan Melayu Sememangnya Sangat Jelas

berpandukan bulan atau tahun. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun

dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling

bergantung dan sama. Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha,

selepas itu dipengaruhi oleh campuran Hindu/Buddha dan Islam. Pengaruh tamadun luar yang

ketiga yang juga merupakan pengaruh yang paling kuat dalam kebudayaan dan adat Melayu adalah

pengaruh Islam.

Kesenian

Dalam bidang kesenian pengaruh India dapat dilihat pada

binaan dan bangunan agama. Dalam hal ini pengaruh India

jelas kelihatan pada penggunaan batu dan bata sebagai

bahan utamanya kerana ia merupakan bahan yang lebih

kekal dan dianggap sesuai untuk membina rumah dewa dan

dewi. Oleh sebab itulah tugu agama yang dibina pada

zaman purba masih dapat dikesan sehingga kini. Pengaruh

ini jelas dilihat pada ukiran seni pahat dinding patung dewa

Logam yang berupa arca. Selain itu terdapat patung Kuwera

dan Hariti yang juga dipuja dalam agama Buddha. Dari segi

ukiran, yang menjadi pola hiasan pada dinding candi-

candiatau kuil ialah makhluk ajaib dan tumbuh-tumbuhan,

sesuai dengan suasana Gunung Mahameru. Antara motif

ukiran yang selalu digunakan ialah seperti kepala Kala,

daun-daunan, ranting-ranting dan bunga teratai.

Dalam bidang kesenian pengaruh Islam pula dapat dilihat

pada makam atau batu nisan, masjid dan perhiasan-

perhiasannya. Batu nisan merupakan karya seni Islam yang

pertama sekali masuk ke nusantara. Contohnya yang

Page 3: Pengaruh Barat Dalam Kebudayaan Melayu Sememangnya Sangat Jelas

pernah ditemui ialah batu nisan Syeikh Abdul al-Qadir

Husain Alam bertarikh 903 masihi yang dijumpai di Linggir

Kedah. Pada permukaan makam-makam yang dijumpai ini

terdapat tulisan yang dipahat daripada ayat Al-Quran serta

ajaran Islam yang menekankan tentang hokum dan tasawuf.

Misalnya pada prasasti di di Pekan Pahang, tertulis ayat

AlQuran dengan gaya khat thuluth daripada surah Ali Imran

ayat 185, surah Yunus ayat 62 serta nasihat bercorak

kesufian. Dari segi corak batu nisan tersebut, di samping

menerima pengaruh asing ia juga memancarkan daya

kreativiti penduduk tempatan. Contohnya batu nisan

Maulana Malik Ibrahim yang dibawa dari G. Jeram

mempunyai bentuk seperti kepala terbalik yang

menunjukkan adanya pengaruh Parsi.

Selain batu nisan, masjid merupakan karya seni Islam yang

terpenting di nusantara. Dari segi coraknya, masjid-masjid

yang menunjukkan corak dari abad 14 hingga abad 18 di

mana ianya masih lagi berbentuk tradisional. Pengaruh

tradisi ini dapat dilihat pada bentuknya yang tersusun

sebagai lanjutan daripada seni Bali yang disebut Meru.

Pengaruh Hindu lebih jelas lagi pada bentuk dan bangunan

menara kudus yang didirikan pada zaman Sunan Kudus.

Terdapat juga pengaruh masyarakat tradisi pada bentuk

perhiasannya. Contohnya pola-pola yang menjadi perhiasan

yang berasal dari zaman pra Islam seperti daun-daunan,

bunga teratai, bukit-bukit karang, permandangan dan garis-

Page 4: Pengaruh Barat Dalam Kebudayaan Melayu Sememangnya Sangat Jelas

garis geometri. Di samping itu, terdapat juga perkembangan

kaligrafi atau seni khat Islam. Ini dapat dilihat pada makam,

masjid dan sebagainya. Contohnya masjid terdapat ukiran

khat pada mihra, mimbar, bingkai atau lengkung tiang dan

sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa seni ini juga

dipengaruhi oleh unsur pra Islam yang telah lama seperti

dengan masyarakat tempatan.

KESUSASTERAAN

Sebelum kedatangan unsur dari luar, masyarakat pribumi

sudahpun mempunyai kesusasteraan yang tersendiri.

Sebelum masyarakat tempatan tahu menulis, melalui cara

pertuturan sajalah mereka menyampaikan perasaan atau

curahan hati masing-masing. Ini dikenali sebagai sastera

lisan. Dari percakapan yang pendek membawa kepada

percakapan yang panjang hingga menggambarkan suatu

cerita. Dengan ini timbullah jenis-jenis kesusasteraan

mengikut kaedah namanya yang sesuai dengan zaman itu

seperti bidalan, peribahasa, perumpamaan dan perbilangan.

Selain itu pantun juga merupakan sastera yang tertua

terdapat pada masyarakat melayu. Hasil sastera yang yang

dihasilkan ini adalah melalui pengalaman dan pemerhatian

masyarakat terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku dalam

kehidupan sehari-hari. Kedatangan unsur luar telah

memperkayakan lagi unsur pribumi ini.

Page 5: Pengaruh Barat Dalam Kebudayaan Melayu Sememangnya Sangat Jelas

Setelah kedatangan pengaruh India, kita dapat lihat

bagaimana unsur tempatan telah diserapi oleh pengaruh ini.

Pengaruh India yang paling penting ialah penerimaan dua

buah epik Ramayana, lahirnya karya-karya prosa dan juga

puisi seperti hikayat Seri Rama, Rama Keling dan

sebagainya. Walaupun terdapat pengaruh ini, tetapi jika

ditinjau dengan lebih mendalam ternyata warisan pribumi

masih menebal. Menurut Prof. Mohd Taib Osman, karya-

karya sastera daripada warisan Hindu itu masih dipercayai

segala isi ceritanya, meskipun orang melayu sudah

menganut agama Islam selama beratus-ratus tahun. Antara

unsur kepercayaan Hindu daripada epik tersebut yang

mempengaruhi karya sastera yang lain ialah cerita dewa

dewi yang bersifat manusia dan tuhan, kejadian luar biasa

seperti penjelmaan dalam pelbagai bentuk serta senjata

ghaib dan sakti. Setelah kedatangan Islam di nusantara,

proses penanaman aqidah Islam melalui cerita atau kisah-

kisah melalui 2 cara iaitu dengan mengubahsuai cerita yang

sedia tersebar dengan unsur Islam dan mengenengahkan

cerita-cerita baru yang berasal dari tradisi Islam seperti

kisah-kisah tauladan di zaman nabi-nabi serta kisah nabi.

Kesusasteraan dimulakan dengan cara lisan dan diikuti

dengan tulisan arab(jawi), dan bermulalah penulisan dan

penyalinan kitab-kitab yang berkaitan dengan agama.

Contohnya seperti kitab-kitab Risalat Dua Kalimah

Syahadah, peraturan dan rukun-rukun sembahyang,

Page 6: Pengaruh Barat Dalam Kebudayaan Melayu Sememangnya Sangat Jelas

peraturan puasa dan sebagainya. Kemudian dikembangkan

pula dengan doa-doa dan kisah-kisah nabi, kitab feqah,

tafsir Al-Quran, hikayat para nabi, cerita pahlawan Islam

dan lain-lain lagi. Kedatangan Islam menyebabkan

kesusasteraan masyarakat pribumi makin berkembang dan

berdiri di landasan yang benar. Kesusasteraan masyarakat

tempatan tidak tidak hilang malah kekal sehingga ke hari ini.

Contohnya sehingga ke hari ini khazanah yang begitu

bernilai seperti pantun masih lagi kekal dan mutunya masih

tidak dapat ditandingi oleh ciptaan generasi masa kini.

KESIMPULAN

Apa yang dapat disimpulkan ialah kebanyakan cara hidup

orang melayu yang beragama Islam telah berubah daripada

kepercayaan-kepercayaan karut kepada sesuatu yang lebih

maju dan logic berpandukan ajaran –ajaran yang

terkandung di dalam Islam. Kepercayaan kepada yang satu

yakni Allah telah membawa manusia ke tamadun yang lebih

maju, aman dan makmur. Kedatangan pengaruh Islam juga

telah mencelikkan mata dunia dan ianya memperbaiki lagi

kebudayaan dengan cara-cara yang lebih mendatangkan

manfaat dan lebih mendekati Allah. Sekian, segala yang

baik dan sempurna itu datangnya daripada Alllah s.w.t. ,

dan yang lemah dan kurang itu datangnya daripada diri

saya sendiri. Wallahualam.

Page 7: Pengaruh Barat Dalam Kebudayaan Melayu Sememangnya Sangat Jelas

Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi “biar mati anak,

jangan mati adat”. Adat ini dapat dilihat pada tiga aspek kehidupan iaitu adat resam kelahiran,

perkahwinan dan kematian.

Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam percaya setiap anak yang dilahirkan

mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek

kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat tertentu yang diwarisi sejak turun-

temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung (melenggang perut), bersalin (potong tali

pusat, azan atau qamat, membelah mulut, berpantang) dan selepas lahir (tanggal pusat atau cuci

lantai, member nama, cukur rambut atau potong jambul, naik buai, jejak tanah atau turun tanah,

bersunat atau berkhatan).

Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam

peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat

perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting antaranya merisik,

meminang, bertunang, akad nikah, berinai serta bersanding.

 Konsep Budaya, Masyarakat, Kebudayaan Melayu Dari Sudut Sosial.

Dalam kebudayaan melayu, terdapat pelbagai aspek yang boleh dikaitkan dengan sudut sosial.  Antaranya ialah agama dan kepercayaan.  Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam.  Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut.  Selain itu, sudut sosial dalam kebudayaan melayu juga dapat dilihat dalam amalan adat istiadat. Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur tempatan dan unsur pengaruh luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu. 

Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan.  Melalui “principle of co-existence” ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi terus diamalkan.  Sistem kekeluargaan dan perkawinan juga boleh dikategorikan dalam aspek sosial bagi kebudayaan melayu.  Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok. Kelompok pertama ialah kelompok yang mengamalkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral) dan kelompok kedua ialah kelompok yang mengamalkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal system).  Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam.

Page 8: Pengaruh Barat Dalam Kebudayaan Melayu Sememangnya Sangat Jelas

Nilai-nilai murni yang diamalkan

...“Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa Islam seperti kebebasan, kebenaran, keadilan, kejujuran, kesetiaan dan cinta kepada negara. Norma hidup positif yang turut diamalkan juga adalah bergotong-royong, muafakat dan kerjasama. Nilai-nilai yang diamalkan ini merupakan panduan pembentukan imej masyarakat.”...

Begitulah kenyataan A.Aziz Deraman terhadap masyarakat Melayu pada halaman 85. Sifat orang Melayu sangat terpuji lebih-lebih lagi setelah penyebaran Islam di Melaka. Semangat masyarakat Melayu yang cinta akan negara diluahkan A.Aziz Deraman dalam kenyataan yang berbunyi:

...“Sikap Melayu cintakan negara. Kata pepatah Melayu “Hujan emas di negeri orang, hujan keris lembing di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri” ....

Page 9: Pengaruh Barat Dalam Kebudayaan Melayu Sememangnya Sangat Jelas
Page 10: Pengaruh Barat Dalam Kebudayaan Melayu Sememangnya Sangat Jelas
Page 11: Pengaruh Barat Dalam Kebudayaan Melayu Sememangnya Sangat Jelas
Page 12: Pengaruh Barat Dalam Kebudayaan Melayu Sememangnya Sangat Jelas