tamadun barat

25
Asas Nilai: Mencari Kebenaran oleh Dr. Ahmad Sanusi Hassan. Zaman Renaissance merupakan detik sejarah gemilang tamadun Eropah. Pembaharuan ini bermula dari abad 1400 Masihi. Ahli- ahli falsafah barat mengklasifikasikan zaman ini sebagai zaman permulaan dalam peradaban ‘moden’, zaman baru ‘neoclassicism’. Di zaman pembaharuan ini, dunia Eropah dimerdekakan dari belenggu kepercayaan yang ahli-ahli sejarah menafsirkan sebagai kategori ‘kurafat’ yang menyekat arus kemajuan sains dan teknologi. Visi pembaharuan ini menekankan potensi intelektual sains dan teknologi yang berasaskan kekuatan alasan dan logik dalam menghuraikan sesuatu jawapan sebagai asas kebenaran/ukuran. Kekuatan ‘berfikir’ melewati segala batasan yang memberi kebenaran yang abadi. Kepercayaan ini sebenarnya begitu konflik dengan kepercayaan tamadun mereka pada zaman Pertengahan Eropah iaitu sistem yang mempunyai asas ketuhanan yang berpandukan apa yang termaktub dalam kitab Injil (‘Bible’). Walaubagaimanapun, pembaharuan ini bukannya bermakna mereka menolak agama Kristian sebagai agama mereka dan menggantikan dengan agama lain. Notis pembaharuan ini adalah untuk memberi ruang fahaman nilai ‘anthropocentricism’ dari sekatan kemelut kepercayaan agama mereka. Agama dianggap kepentingan sampingan spiritual sahaja dan ianya hanya diaplikasikan pada aktiviti agama semata-mama dan tidak melebihi batasan ini. Agama mesti dipisahkan daripada menjadi halangan kemajuan sains, teknologi, politik, ekonomi dan senibina. Dari perkembangan sains dan teknologi dunia barat ini, susulan teori yang berlandaskan dari tamadun Yunani dan Romawi seperti teori organik struktur manusia dan biologinya, dan teori mathematik yang berasaskan ukuran semulajadi manusia dikembangkan. Sepertimana bangunan- bangunan di tamadun Yunani dan Romawi, kebanggaan kepada bangunan civil dan republik menjadi imej utama. Secara tidak langsung pembaharuan ini adalah reformasi kepada imej sosial dari kemelut keagamaan kepada kepercayaan kepada kekuatan logik dan rasional. Agama dan segala yang berkaitan dengan hal-ehwal hidup manusia dipisahkan. Pembaharuan kaedah pemikiran ini menghasilkan perkembangan fizikal kejuruteraan, matematik, sains, senibina dan pembinaan.

Upload: siti-aminah-mohamed-basri

Post on 13-Feb-2016

80 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Education

TRANSCRIPT

Page 1: tamadun barat

Asas Nilai: Mencari Kebenaran

oleh Dr. Ahmad Sanusi Hassan.

Zaman Renaissance merupakan detik sejarah gemilang tamadun Eropah. Pembaharuan ini bermula dari abad 1400 Masihi. Ahli-ahli falsafah barat mengklasifikasikan zaman ini sebagai zaman permulaan dalam peradaban ‘moden’, zaman baru ‘neoclassicism’. Di zaman pembaharuan ini, dunia Eropah dimerdekakan dari belenggu kepercayaan yang ahli-ahli sejarah menafsirkan sebagai kategori ‘kurafat’ yang menyekat arus kemajuan sains dan teknologi. Visi pembaharuan ini menekankan potensi intelektual sains dan teknologi yang berasaskan kekuatan alasan dan logik dalam menghuraikan sesuatu jawapan sebagai asas kebenaran/ukuran. Kekuatan ‘berfikir’ melewati segala batasan yang memberi kebenaran yang abadi. Kepercayaan ini sebenarnya begitu konflik dengan kepercayaan tamadun mereka pada zaman Pertengahan Eropah iaitu sistem yang mempunyai asas ketuhanan yang berpandukan apa yang termaktub dalam kitab Injil (‘Bible’).

Walaubagaimanapun, pembaharuan ini bukannya bermakna mereka menolak agama Kristian sebagai agama mereka dan menggantikan dengan agama lain. Notis pembaharuan ini adalah untuk memberi ruang fahaman nilai ‘anthropocentricism’ dari sekatan kemelut kepercayaan agama mereka. Agama dianggap kepentingan sampingan spiritual sahaja dan ianya hanya diaplikasikan pada aktiviti agama semata-mama dan tidak melebihi batasan ini. Agama mesti dipisahkan daripada menjadi halangan kemajuan sains, teknologi, politik, ekonomi dan senibina. Dari perkembangan sains dan teknologi dunia barat ini, susulan teori yang berlandaskan dari tamadun Yunani dan Romawi seperti teori organik struktur manusia dan biologinya, dan teori mathematik yang berasaskan ukuran semulajadi manusia dikembangkan. Sepertimana bangunan-bangunan di tamadun Yunani dan Romawi, kebanggaan kepada bangunan civil dan republik menjadi imej utama. Secara tidak langsung pembaharuan ini adalah reformasi kepada imej sosial dari kemelut keagamaan kepada kepercayaan kepada kekuatan logik dan rasional. Agama dan segala yang berkaitan dengan hal-ehwal hidup manusia dipisahkan.

Pembaharuan kaedah pemikiran ini menghasilkan perkembangan fizikal kejuruteraan, matematik, sains, senibina dan pembinaan. Master builders seperti Filippo Brunelleshi, Leon Batista Alberti, Michelangelo, Andrea Palladio dan Donato Bramante di masa itu begitu dipengaruhi oleh disiplin ini di mana ianya menjadi kelogikan dan alasan dari segi teknik rekabentuk. Konsep rekabentuk bangunan berasaskan sistem geometri matematik seperti segiempat sama, segiempat tepat, bulatan, matematik pembahagian ruang (‘mathematical ordering of space’) dan 3 dimensi. Sistem ini berasaskan ukuran manusia sebagai dimensi pengukur alam. Dimensi yang ketiga ditemui oleh Brunelleschi dan hasil penemuan ini ialah lukisan perspektif yang dipercayai menjadi garis pengukur baru secara 3 dimensi sebagai interpretasi realiti kepada rekabentuk yang berstruktur matematik. Kemungkinan besar penemuan ini mempunyai kaitan dengan salah satu kepercayaan Kristian iaitu bapa, ibu dan anak tuhan dalam 3 dimensi. Kepercayaan ini dikaitkan dengan ilmu sains kepada 3 dimensi manusia yang dapat dilihat melalui lukisan perspektif.

Senibina Baraoque merupakan susulan rekabentuk dari Senibina Renaissance. Senibina Renaissance perkembangannya hanya tertumpu di sekitar Itali dan rekabentuknya

Page 2: tamadun barat

ditiru oleh jurubina-jurubina di seluruh Eropah. Senibina Baroque pula adalah senibina yang mempunyai perkembangan yang lebih meluas. Perkembangannya dihasilkan di seluruh benua Eropah seperti Perancis, Jerman, England Austria, Sepanyol dan juga benua Amerika (‘New World’). Selain daripada itu, kekuatan kerajaan beraja dikurang supaya tidak menghalang perkembangan ilmu logik dan rasional. Zaman ini merupakan zaman perkembangan teknologi di mana ahli-ahli sains yang terkemuka Eropah seperti Newton, Galileo dan Kepler menonjolkan perjumpaan teori-teori saintifik. Di zaman ini juga ahli-ahli sains membuktikan bahawa bumi bukannya pusat alam ini sepertimana yang dihuraikan dalam agama mereka. Bumi sebenarnya mengelilingi matahari dan ianya adalah salah satu planet dalam galaksi. Pertemuan-pertemuan sains pada zaman ini secara rasionalnya adalah begitu konflik dengan fahaman yang berdasarkan agama mereka selama ini. Pertemuan-pertemuan ini mempengaruhi fahaman bahawa secara rasionalnya, manusia dapat mempengaruhi dan merekabentuk alam semulajadi dengan bantuan ilmu sains dan teknologi.

Di zaman ini juga merupakan zaman kebangkitan fahaman nasionalism. Kebangkitan ini adalah susulan daripada pengurangan kekuasaan raja dan gereja dalam menerajui sesebuah negara. Di utara Eropah, fahaman protestan mendapat sambutan iaitu menolak fahaman bahawa gereja mempunyai kuasa dalam pembersihan dosa-dosa. Kebangkitan ini memberi laluan kepada penubuhan kerajaan sekular. Kekurangan kuasa pihak gereja mempunyai kesan yang mendalam dalam rekabentuk senibina Baroque. Berbeza dengan senibina gemilang gereja pada zaman Romaneque dan Gothic, rekabentuk gereja pada zaman ini banyak diterapkan dengan nilai-nilai keagungan senibina Yunani dan Romawi. Simbol ini bertujuan memaparkan bahawa kekuasaan gereja telah tunduk kepada kekuasaan rasional. Elemen-elemen rekabentuk Yunani seperti ‘Cornice’, ‘Doric, Ionic dan Corinthian’ tiang, ‘Capital’ dan ‘Entablature’ menjadi imej utama gereja-gereja pada masa itu. Patung-patung ‘sculpture’ dibina berlambangkan ‘super human’ tokoh-tokoh Yunani dan Romawi yang dikaitkan dengan sejarah Mariam dan Isa (‘Jesus’). Gereja-gereja ini berbentuk geometri manusia sebagai ukuran dimensi alam semulajadi. Senibina Baroque memaparkan permulaan rekabentuk senibina yang kurang menekankan aspek-aspek simetri, menunjukkan rekabentuk mulai tidak tertakluk kepada elemen-element simetri. Begitu juga dengan simbol raja-raja di negara-negara Eropah di mana senibina melambangkan kekurangan kekuasaan sistem beraja. Senibina istana berlandaskan aspek-aspek geometri dan element-element Yunani dan Romawi.

Zaman ini juga adalah zaman gemilang penaklukan Eropah di benua-benua lain. Kesan penaklukan ini memberi kesan yang begitu mendalam pada tanah-tanah jajahan mereka. Mereka mengamalkan sejarah imperialism Romawi dengan memperkenalkan rekabentuk klasikal. Seperimana dalam penjajahan Romawi, penaklukan Eropah memaparkan pembinaan pusat pemerintahan dan perdagangan. Mereka menerapkan unsur-unsur Yunani dan Romawi dalam rekabentuk bangunan-bangunan pemerintahan dan perdagangan di tanah jajahan mereka sebagai imej tamadun mereka. Unsur-unsur ini sangat berlawanan sekali dengan rekabentuk senibina tempatan di jajahan mereka yang berlandaskan kepercayaan ‘Theocentricism’ dan penjajah-penjajah barat menganggap senibina ini sebagai inferior dan mengukur rekabentuk ini sebagai tamadun yang ketinggalan dan diganti dengan senibina Eropah. Mereka mengenakan undang-undang senibina Eropah di mana undang-undang ini menyekat kebebasan dan potensi rekabentuk tempatan. Kepercayaan mereka mempengaruhi rekabentuk tempatan dan nilai-nilai ini masih mempengaruhi

Page 3: tamadun barat

rekabentuk tempatan. Mereka hanya mengintegrasikan aspek-aspek tropikal dalam rekabentuk bangunan.

 

Page 4: tamadun barat

Theori Matematik: Senibina Moden

oleh Dr. Ahmad Sanusi Hassan.

Konsep rekabentuk bangunan berasaskan sistem geometri matematik seperti segiempat sama, segiempat tepat, bulatan, matematik pembahagian ruang (‘mathematical ordering of space’) dan 3 dimensi. Sistem ini berasaskan ukuran manusia sebagai dimensi pengukur alam. Dimensi yang ketiga ditemui oleh Brunelleschi dan hasil penemuan ini ialah lukisan perspektif yang dipercayai menjadi garis pengukur baru secara 3 dimensi sebagai interpretasi realiti kepada rekabentuk yang berstruktur matematik. Kemungkinan besar penemuan ini mempunyai kaitan dengan salah satu kepercayaan Kristian iaitu bapa, ibu dan anak tuhan dalam 3 dimensi. Kepercayaan ini dikaitkan dengan ilmu sains kepada 3 dimensi manusia yang dapat dilihat melalui lukisan perspektif. Mathematic reasoning; theory of mathematic occupied the univers and natural law. math = natural law. math is the answer of the solution. versus faith as the answer based on faith/injil/gospel/bible ..... why dikarang tolak/tambah oleh paderi mereka.

3d dimension/rational perspective view based on 3 god image in one tropism

Kejatuhan sistem feudal dan kuasa gereja, imej baru: rekabentuk istana dan gereja berasaskan senibina Yunani & Romawi.Senibina moden; moden, ditafsirkan dari perkataan "mode" yang bermakna fesyen atau style. "Modern" asal dari perkataan "modernus" iaitu perbezaan transition diantara kehidupan baru dan lamaKegemilangan tamadun Islam adalah permulaan zaman Renaissance mengapa? sebab kebanyakan buku-buku ilmiah dari tamadun Yunani diterjemah oleh ahli-ahli falsafah Islam kepada bahasa Latin. Latin merupakan bahasa ‘lingua franca’ Eropah pada masa itu. Dari situ, dunia Eropah mula terbuka pada ilmu melalui pembacaan buku-buku tersebut. Belajar ilmu falsafah Plato dan Aristotle dan ahli-ahli falsafah Yunani lain. Development of math ekoran dari penggunaan nombor2 dari tamadun Islam. Nombor dari tamadun Romawi bermasalah. Solution of math geometry. Also influenced by geometric development from Islamic civilisation.(New) Rise of reason, reality contoh teori semulajadi alam; graviti, pusingan hari, hujan versus (past) teori of faith and religion; Cristianity lost its faith. Renaissance - Baroque - Enlightenment kurun 1700, theory of knowledge vs theory of being, rational knowledge, Descartes, Hobbes, Locke, Hume Diderot, Michel Benedikt. 1400 to 1700 struggle power of national/ parlimentary versus power of monarchy. books about new power of the rulers based on rational knowledge under scientific & rational theoretical /freedom knowledge versus power of the king; faith & religoius under the influence of the church. nationalists versus Imperalists power. start with French revolution.Rise of national orders, power of the nations versus power of the monarchy. rise of national elites versus king aristocrates.Man is caught in the box , new books of guideline, an object determined by natural laws to be understood based on reason with the scientific answer.science - structure of reality, a new revelation superstitiously to the word of science as the true answer of reality, rationalist pushing God out of life.theory of knowledge vs theory of being.man and his power of reasoning vs God’s faithModern, a new epoch, renewed relationship to Greek and Roman civilisation, wake up of

Page 5: tamadun barat

this change.A major force creation of senibina modern - indusrial revolution, -new method of construction between arch and engineering, new type of forms of bldgs; highrises / skycrapers and new materials steel, electrical wiring, concrete etc., no precedence. , self expression of mechanisation, Nationalist purposes; National colonisation (Asia & NW & African nations) of raw materials for industrial products.new mecanistic & technicanistic socio economic base. truth of the machine based on its reality. architecture as an expression of engineearing and technical knowlege reality of building’s construction based on power of machine which work in reality with natural laws. new reality of the machine. Geometric nature. Natural orders = mechanistic orders.Invention era of the machine i.e. Alex. G. Bell, Faraday, new centers of economic powers industrialisation versus agrarian products. Industrialisation as a national prouds. Industrialists society. New abstract of the math/machine/Perfection & simplicity of the machine; inhibit decorative purposes ‘Form follow functions (f.L. Wright), Machine and abstraction like formula of techno and scientific theory / mathematic formula, Einstein: E= mc2, theory of relativity & quantum mechanicsR + B = geometry/rationalfaith/mathematic/national revolution; monarchy vs Modern = machine/quantum physic formula/Industrialisation/national expressionarchitecture = engineering; expression of perfection + simplistic Abstract of quantum leaps/ new formulas.theoretical/ formula considerations gave the way to practical application of the industralist society.Power of the machine = power of the nation politically, economically & militarilly - building carries mechanistic spirits= new image; formula icon, math symbol.Le Corbu & Mies; simplifisation drastic abstrct modes reformulating the enlightenment of Ledoux & Boullee; Idea of universal formal emergence of abstract art - new paradigm by viewing precedence and new language & form new direction by going back to basic; language of mechanical to natural laws and univers = formulation, simple, abstract of physicist quantum mechanics E=mc2. Architecture is an abstraction product of imageless physics. zietgeist = new spirit of time, 4th dimension of time related to space & light, theory of relativity & imageless physic.Abstract; image of universal style, the formulas of quantum mechanic and teory of relativity universally can be applied everywhere in the world. Abstract = basic form of the buildings, basic geometric orders of the man made machine vs nature. cubism form.purification of abstraction.De stijl movement; artists = abstravt art. theo van does burg & Pet Mondrian.Mies ‘less is simple’ based on its structural fuction that shows its decoration and perfection, the truth of reality of architecture. Architecture of scientific diagram & model. New form defines the spatial concept: Schroeder house by Rietvield. Abstract form creates spatial distribution of the house based on roles and function. Abstract purism = architecture of the avant garde. Pure is a perfection. Pure of machineModern = universal, new image of architecture throughouth the world. modernist culture=compatible by various beliefs, culture and society versus incompactible of indigenous culture. West formulate something compatible which will not raised conflict to local culture of the people in their colony abroad. Introduced universal style. a new style that di not confront local culture & belief. To a universal social image. moden society

Page 6: tamadun barat

Wikipedia sumber rujukan — memerlukan sumbangan anda.

$1.9M USD

$7.5M USD

Menderma [Singkir][Perlihat]

Wikipedia Selamanya Pengetahuan kita. Khazanah kita. Bantulah kami melindunginya. [Perlihat]

Wikipedia Selamanya Pengetahuan kita. Khazanah kita. Bantulah kami melindunginya.

Tamadun IslamDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintarSebahagian dari siri berkaitan

IslamRukun ImanAllah · Kitab · Malaikat · NabiHari Akhirat · Qada dan QadarRukun IslamSyahadah · Solat · PuasaZakat · HajiKota SuciMakkah · MadinahBaitulmuqaddisHari RayaAidilfitri · AidiladhaHukum

Page 7: tamadun barat

Quran · Sunnah · HadisSejarahGaris Masa Sejarah IslamKhulafa al-RasyidinKhalifah · KhilafahTokoh IslamNabi Muhammad s.a.wAhlul Bait · Sahabat NabiMazhabAhli Sunah WaljamaahHanafi · SyafieMaliki · HanbaliBudaya Dan MasyarakatAkademik · Haiwan · SeniTakwim · Kanak-kanakDemografi · PerayaanMasjid · Dakwah · FalsafahSains · Wanita · PolitikLihat jugaKritikan · IslamofobiaGlosariPortal Islam p • b • s 

Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.

Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.

[sunting] Berbezaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun BaratKehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun

Page 8: tamadun barat

barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar. Beberapa persoalan adakah tamadun barat yang bangkit daripada tamadun Islam boleh di sama erti dengan tamadun Islam

[sunting] Kenapa suasana maju tidak terjadi di alam MelayuKenapakah suasana maju dan cemerlang itu tidak terjadi di alam Melayu walaupun Islam dan ilmu-ilmu dari dunia Islam Timur Tengah telah dipelajari sejak abad ke-13 lagi? Cubalah bandingkan hakikat ilmu di Nusantara dan di Eropah itu bagi mengenal pasti apakah yang menyebabkan orang Melayu terbelakang atau mundur, walhal daerah Nusantara ini bukan seperti Antartika. Nusantara adalah daerah yang subur dan kaya dengan pelbagai hasil bumi dan pertanian.

Ilmu pengetahuan dari Timur Tengah yang dibawa ke alam Melayu bukanlah seperti yang terjadi di Eropah. Eropah menerima ilmu-ilmu dari dunia Islam sewaktu umat Islam berada dalam kekuatan dan kemajuan. Sebab itu ilmu-ilmu yang disifatkan sebagai "akademik" itu berkembang pesat di Eropah dan akhirnya mereka maju.

Nusantara mewarisi suasana yang lemah dan mundur justeru kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah telah jatuh ke tangan bangsa Tartar. Pada tahun 1258 ataupun abad ke-13, Kota Baghdad telah ditawan oleh bangsa ganas Tartar tersebut. Kumpulan-kumpulan Sufi kemudiannya mengambil peranan menjaga Islam.

A H Johns dalam eseinya, "Ahli Sufi dan Karya Penulisan Sejarah" (Muslim Mystics and Historical Writing) mengungkapkan apa yang telah disebutkan oleh Gibb tentang hal kejatuhan ini:

"Selepas penawanan pemerintahan Khalifah, tugas memeliharakan penyatuan Masyarakat Islam diserah kepada ahli-ahli sufi, iaitu suatu perkembangan yang tertimbul daripada perhubungan yang rapat di antara kalangan sufi Sheikh serta pengikut-pengikutnya, semangat mubaligh sufi, dan asas popular pergerakan itu. Mazhab sufi semakin menjadi asas yang stabil dan berdisiplin dan sebahagiannya menyebar ke kawasan yang luas." (dipetik oleh A H Johns 1993, 39).

Maksudnya setelah berlaku serangan bangsa ganas itu, orang-orang Sufi telah muncul dan berfungsi menyelamatkan Islam. Dan mereka ini mengembangkan aktiviti mereka ke wilayah-wilayah yang lebih luas. Para sufi pengembara telah melakukan pengembaraan hingga ke Nusantara. Mereka berjaya menyebarkan Islam kepada penduduk Nusantara dalam semua lapisan masyarakat. Berkat dan keistimewaan mereka telah menyebabkan berlaku perkahwinan dengan wanita tempatan, maka bertambah luaslah kegiatan pengislaman.

Mengikut Prof Naguib, tariqat Naqsyabandiah adalah antara yang terbesar. Selain daripada tariqat ini ada lapan lagi tariqat yang besar. Tariqat-tariqat itu ialah Qadariyyah, Rifaiyyah, Syadiliyyah, Chistiyyah, Syatariyyah, Ahmadiyyah, Tijamiyyah dan Alawiyyah (Naguib, 1963, 32).

Daripada sembilan tariqat ini terdapat banyak lagi organisasi yang lain. Ia bermula dengan 14 jenis tariqat kemudian berpecah lagi kepada 163. Jadi kalau dicampur dengan yang asal,

Page 9: tamadun barat

menjadikan 177 tariqat, tetapi yang masih kekal hingga ke hari ini berjumlah 76 jenis tariqat sahaja (Abu Hassan Sham, 1980, 75).

Sarjana Sastera Melayu Klasik dari Rusia Vladimir I Braginsky dalam pendahuluan untuk bukunya, Tasawuf dan Sastera Melayu mengungkapkan bahawa di Nusantara ini tasawuf telah diserap masuk ke dalam kehidupan umat Melayu: "Sejak akhir abad ke-14 terutama sekali abad ke-16-17, tasawuf selalu memainkan peranan yang sangat penting dalam sejarah, agama dan budaya di kawasan Melayu — Indonesia yang maha luas itu.

Cukup dikatakan bahawa bentuk Sufi ternyata bentuk yang paling sesuai dengan mentalitas rakyat-rakyat di dunia kepulauan itu, bagi tersebar luasnya Islam di kalangan mereka. Semangat toleransi yang menjadi kelaziman dalam tasawuf mazhab Ibn Arabi yang agung itu serta juga kecekapan dan kefasihan mubaligh-mubaligh sufi yang tahu jalan-jalan menuju hati, baik para intelek dan aristokrat yang terpelajar mahupun rakyat jelata, sangat mempermudahkan bagi masuknya agama Islam ke dalam semua lapisan masyarakat. (1993, xi)

Amalan-amalan sufi ini adalah pada peringkat untuk menebal keyakinan dalam hati dan menjalinkan keakraban yang tinggi dalam konteks hubungan intim dengan Tuhan. Selain itu ilmu-ilmu asas Islam seperti Fekah, Tauhid, al-Quran dan al-Hadith serta lain-lain terus dipelajari. Pelajar-pelajar Melayu-Indonesia yang mendapat didikan di Makkah dan Madinah pada musim haji atau selepas musim haji kembali ke Nusantara dan mengembangkan ilmu-ilmu itu kepada masyarakat setempat. (Azyumardi Azra, 1995, 17)

Samudra Pasai (1280-1400) adalah tempat penulisan kitab-kitab agama dan kesusasteraan Melayu. Melaka (1400-1511) juga menampilkan hal yang serupa, ditambah lagi dengan cerita-cerita hikayat pahlawan-pahlawan agung seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang dibaca untuk memulihkan semangat orang-orang Melayu untuk menentang Portugis pada 1511.

Aceh (1511-1650) memaparkan para sultan yang berminat kepada agama. Pusat pengajian agama didirikan. Sewaktu pemerintahan Sultan-sultan Iskandar Thani, Sultan Iskandar Muda dan Sultan Safiatuddin, ilmu pengetahuan khasnya agama dan tasawuf berkembang pesat. Lahir di sini pujangga Hamzah Fansuri, Samsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Bukhari al-Jauhari dan lain-lain. Hamzah Fansuri terkenal dengan buku-buku tasawuf aliran Wujudiah.

Suasana yang serupa lahir di Johor-Riau (1650-1800). Raja-raja Riau juga berminat pada ilmu pengetahuan agama dan kesusasteraan. Bandar Penyegat menjadi pusat pengajian Islam dan banyak menerbitkan buku-buku bidang itu. Raja Ahmad, ayah Raja Ali adalah seorang yang sangat gemar pada ilmu agama. Raja Ali Haji adalah antara keluarga diraja yang menjadi alim dalam bahasa dan agama terutamanya usuluddin dan tasawuf.

Peminat-peminat persuratan klasik atau para pembaca yang berhasrat untuk mengetahui buku-buku dan corak ilmu dalam bidang-bidang sastera, fekah, usuluddin, tasawuf, kisah nabi-nabi dan sebagainya bolehlah membaca buku Tengku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad (1995). Buku ini sangat menyeluruh tentang tajuk yang dibicarakan di atas. Setelah mengesan sejarah dan perkembangan pemikiran umat Melayu di Nusantara ini, penulis berpendapat senario pemikiran, falsafah hidup dan budaya orang-orang Melayu dahulu berlegar-legar sekitar agama dan kesusasteraan. Alam Melayu dikuasaikan oleh faham

Page 10: tamadun barat

ketuhanan, kemanusiaan dan kebudayaan. Bangsa Melayu dan lain-lain suku bangsa di kawasan ini telah menikmati kemajuan-kemajuan dalam bidang ini. Namun seperti yang disebutkan di atas, ilmu-ilmu yang ada itu tidak luas dan tidak dapat menyelamatkan umat ini apabila diserang oleh contohnya bangsa-bangsa Barat.

Penentangan yang keras memang ada di lokasi-lokasi serangan yang terjadi, tetapi sejarah memaparkan umat ini kalah lalu tanah air yang subur ini dijajah. Sebab utama di sini ialah bangsa asing itu memiliki kecekapan yang lebih tinggi berbanding dengan kebolehan umat Melayu di daerah ini.

Inilah persoalan yang perlu diperhatikan, bahawa citra Islam yang tiba di kawasan kita pada abad ke-13 itu adalah citra Islam yang sudah lemah dan mundur. Tidak seperti yang terjadi di Eropah di abad pertengahan, seperti yang telah disentuh di atas. Ilmu-ilmu yang mengalir ke Eropah meliputi ilmu-ilmu yang mampu memajukan pemikiran dan pencetusan gagasan-gagasan saintifik seperti falsafah, matematik, fizik, perubatan, etika, psikologi, politik, astronomi, kimia, optik, dan muzik.

Ilmu ini diambil dan dipelajari secara serius di Eropah, iaitu di pusat-pusat pengajian tinggi yang telah disebutkan di atas. Sebaliknya setelah umat Islam parah diserang dan ditawan oleh bangsa Tartar dan Baghdad jatuh ke tangan mereka pada tahun 1258, maka ilmu yang disebutkan itu tidak sampai ke sini. Ilmu yang tiba bukanlah dari Baghdad, Harran Iskandariyah, Antiokh iaitu kota-kata intelek dan saintifik, sebaliknya dari Makkah dan Madinah. Dua kata ini adalah kota agama yang penting dalam Islam dan ilmunya juga adalah ilmu-ilmu agama dalam gugusan usuluddin dan syariah serta kaya dengan amalan tasawuf. Jadi inilah ilmu-ilmu yang dipindahkan ke Nusantara.

Umat ini "maju" hanyalah dalam konteks yang terhad. Perkembangan rasionalisme dan saintifik yang disebutkan oleh Naguib juga adalah dirujuk dalam perkembangan-perkembangan ini dan dari sudut perubahan dari Hinduisme-Buddhisme kepada Islam bukan seperti yang berlaku di Eropah di abad pertengahan.

Ilmu-ilmu yang mampu menjana kemajuan dalam erti yang lebih luas tidak sampai ke daerah ini. Oleh itu kita terkebelakang hingga kini. Penjajahan yang berlaku hanyalah menambah parah pada situasi masyarakat yang sudah lemah!

[sunting] Lihat juga Dunia Islam Institusi pendidikan dalam Islam Kesenian Islam Zaman Kegemilangan Islam

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun_Islam"

Pandangan

Rencana Perbincangan Sunting ▲

Page 11: tamadun barat

Sejarah

Alatan peribadi

Cuba Beta Log masuk / buka akaun

Pandu arah

Laman Utama Tinjau Hal semasa Rencana rawak

Perhubungan

Tentang Wikipedia Portal masyarakat Perubahan terkini Hubungi kami Menderma Bantuan Kedai Kopi

Gelintar

 

Alatan

Pautan ke laman ini Perubahan berkaitan Laman khas Versi boleh cetak Pautan kekal Petik rencana ini

Bahasa lain

Bahasa Indonesia English

Laman ini diubah buat kali terakhir pada 00:26, 23 Februari 2009.

Khas:Gelintar Pergi Cari

Page 12: tamadun barat

Teks boleh didapati di bawah Creative Commons Attribution/Share-Alike License; syarat tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma Penggunaan untuk perincian.

Dasar privasi Perihal Wikipedia Penafian

Page 13: tamadun barat

 

Utama

Objektif

Penyertaan

Pendaftaran

Brosur

Penginapan

Program Seminar

MUKADIMAH

Sejarah telah membuktikan, kegemilangan ilmu dan tamadun Islam dalam membangunkan martabat dan pekerti umat Islam adalah diterajui oleh sarjana Islam. Kota Baghdad gemilang menjadi pusat ilmu, terjemahan dan perpustakaan, manakala Andalusia unggul menjadi pusat ilmu dan tamadun yang menjadi rujukan masyarakat Barat sekian lama. Sarjana Islam telah menjadi perintis dalam bidang perubatan, fizik, matematik, astronomi, falsafah dan cabang-cabang ilmu lain. Antara ilmuwan Islam yang mencipta kegemilangan ialah Ibnu Sina, Ibnu Rushd, al-Khawarizmi, al-Farabi, al-Ghazali dan ramai lagi. Gerakan menterjemah tulisan Aristotle, Socrates dan Plato ke dalam bahasa Arab juga menggambarkan usaha mencari ilmu tidak terbatas dalam lingkungan Islam, malah merangkumi tulisan sarjana Greek dan Yunani, kemudian disaring agar selaras dengan tuntutan tauhid dan ajaran Islam. Justeru, Universiti Sains Malaysia melalui Sekretariat Falsafah dan Sains Islam (SEFSI) akan menganjurkan Seminar Antarabangsa Andalusia berteraskan kesepaduan ilmu berpaksikan tauhid.

Objektif

* Membongkar sumbangan tamadun Andalusia terhadap tamadun Barat     yang selama ini sering dinafikan.

* Merealisasi dan mengaplikasi falsafah dan metodologi kecemerlangan tamadun Andalusia dalam sistem pendidikan masa kini.

Skop

* Agama * Kemanusiaan

* Sosial  * Pendidikan

* Ekonomi * Pengurusan

* Sains  

 

Page 14: tamadun barat

Abstrak dan kertas kerja lengkap boleh dihantar ke alamat berikut :Jawatankuasa Seminar Antarabangsa Andalusia 1300 Tahun

d/a Sekretariat Falsafah dan Sains Islam (SEFSI)Universiti Sains Malaysia

11800  Pulau PinangTel : 00-604-6533884 / 00-604-6533869

Talian terus / Faks : 00-604-6561305Email : [email protected] / [email protected] / [email protected]

http://www.usm.my/sefsi

Page 15: tamadun barat

12.2.06Tetamu BM: Ekstremis sekular dalangi karikatur hina Muhammad Posted by Syafrein Effendiuz

Join a NEW INCOME program:

http://goldmine.ProBusinessSuccess.com/

Tindak balas umat Islam gugat kepentingan kuasa Barat

PENYIARAN karikatur Nabi Muhammad SAW di dalam akhbar Denmark, Jylland-Posten, menimbulkan kemarahan di kalangan umat Islam seluruh dunia. Tamparan lebih hebat apabila tindakan yang sama dilakukan akhbar lain di Eropah sebagai sokongan. Apakah yang menyebabkan media massa Barat, khususnya Eropah, kelihatan bersekongkol mempersendakan Islam dan umat Islam? Ikuti pandangan Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dari Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC).Dalam pertemuan dengan wartawan Berita Minggu, ZIAUDDIN SHARUDDIN dan NORAKMAH MAT YOUB, beliau yang juga ahli Forum Ekonomi Dunia (Hubungan Barat-Islam) dan Inisiatif Dialog Dunia (C100) memperjelaskan asal-usul kebiadapan media massa Barat.

KONSEP peradaban tamadun merujuk kepada satu entiti budaya paling besar. Tamadun meliputi segala aspek kehidupan manusia dari segi agama, politik, ekonomi, sains, teknologi dan kebudayaan. Bagaimanapun, ahli sarjana yang mengkaji ilmu tamadun bersependapat inti tamadun ialah agama.

Ini kerana boleh dikatakan semua tamadun manusia dipengaruhi agama dan diasaskan atas nilai agama yang dominan dalam tamadun itu.

Sebelum bercakap mengenai pertembungan tamadun, kita perlu melihat adakah pertempuran agama sudah berlaku kerana agama adalah inti pati tamadun. Saya melihat dari segi dua tamadun yang mempunyai perbezaan dan kesamaan.

Walaupun dua tamadun berbeza, tetapi boleh hidup bersama atas dasar saling menghormati. Itu satu tahap. Tahap kedua, oleh kerana ada perbezaan jadi dua tamadun itu wujud dalam keadaan tegang. Ketegangan antara dua tamadun. Jika lebih dari itu, ketegangan berkenaan akan mencetus perbalahan dan pertempuran. Itu hubungan paling serius antara dua tamadun.

Dalam meninjau hubungan antara dunia Barat dan Islam, kita harus melihat mengikut perspektif yang dijelaskan tadi. Adakah tamadun Barat dan Islam akan mempunyai kesamaan? Sebenarnya, ada banyak kesamaan dan perbezaan.

Ada kesamaan kerana kedua-dua tamadun itu mengambil sumber nilai tamadun dari sumber yang sama. Tamadun Islam pada peringkat awal, antara sumber ialah dari tamadun Greek, iaitu tamadun Barat.

Tamadun Barat juga sama, tetapi cara pengolahan berbeza. Sumber yang sama tetapi menangani dengan cara yang berbeza. Kemudian dunia Barat banyak mengambil dari tamadun Islam ketika zaman keagungan Islam, terutama di Sepanyol, yang diperintah oleh Islam selama lebih kurang 800 tahun dan itu mempengaruhi dunia Barat dalam pelbagai segi.

Sekarang orang Barat banyak melupakan fakta sejarah bahawa sebahagian budaya Barat hari

Page 16: tamadun barat

ini sebenarnya adalah daripada tamadun Islam. Barat yang sekarang ini ingin membawa kedua-dua tamadun lebih rapat dan saling memahami akan mengingatkan mereka fakta sejarah ini.

Eropah pinggir agama

KITA harus memahami bahawa tamadun Barat moden yang diasaskan pada kurun ke-16 Masihi berkembang hingga menjadi tamadun yang mempunyai beberapa ciri yang tiada langsung dalam sejarah Barat sendiri.

Di Eropah, agama dipinggirkan dalam kehidupan manusia. Kita harus memahami ini. Golongan yang menghina dan menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW digelar golongan ekstrem pelampau atau fanatik sekular yang berbeza dengan golongan sekular arus perdana.

Golongan fanatik sekular yang tidak percaya kepada Tuhan, tidak percaya kepada agama datang dari Tuhan, tidak percaya alam kerohanian, tidak ada hidup selepas mati. Perkara yang kita percaya tidak mereka percaya.

Mereka bukan golongan majoriti, tetapi berpengaruh dalam masyarakat dan khususnya, berjaya menjadikan kebebasan bersuara sebagai prinsip dan nilai yang tidak boleh disentuh.

Malah sesetengah orang Barat sendiri mengatakan bahawa kalau hendak faham mengapa orang Barat boleh melukis kartun menghina Nabi Muhammad, sebenarnya mereka ini terlebih dulu sudah menghina Kristian.

Mereka menghina Nabi Isa as, tetapi oleh kerana golongan Kristian di Eropah sudah lemah, mereka tidak berupaya membantah segala penghinaan terhadap agama itu. Ini sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat itu. Itu bukan bermakna paderi bersetuju dengan apa yang berlaku, tetapi suara mereka tidak begitu dilayan di Eropah.

Saya tidak berapa terkejut kerana perbuatan itu pernah dilakukan oleh orang Barat. Cuma yang berbeza ialah senario suasana. Mereka tidak bertanggungjawab dan tidak mahu melihat apakah akibatnya kepada dunia Barat sendiri, apatah lagi hubungan antara tamadun.

Mereka tahu apa yang dilakukan itu akan dimarahi oleh orang Islam dalam keadaan dunia Barat memerlukan majoriti sokongan Islam untuk memerangi keganasan yang dilakukan atas nama Islam. Saya tidak hairan kerana seperti mana mereka sering katakan bahawa kami pernah membuat karikatur terhadap Nabi Isa as, malah terhadap Tuhan kami sendiri.

Kita kena faham golongan itu terdapat di Barat. Ini lebih dikatakan pertembungan golongan antiagama tidak kira agama apa kerana mereka anti terhadap kepercayaan agama.

Kesan ekonomi

DI SEBALIK kontroversi ini, ada perkara baik timbul iaitu orang Barat akan melihat sendiri dan menyemak prinsip kebebasan bersuara yang dipegang selama ini. Mereka terkejut kerana dapat mengalahkan golongan Kristian, tiba-tiba mereka menghadapi reaksi spontan kemarahan umat Islam.

Sekarang, mereka sepatutnya memikirkan soal hubungan ekonomi. Dunia sekarang ini berbeza dengan dunia lampau. Sekarang ini masyarakat global, apa yang berlaku akan meninggalkan kesan terhadap satu sama lain.

Jika mereka sukar untuk memahami, sekurang-kurangnya mereka perlu faham terhadap kesan amali dan praktikal dalam kehidupan Barat. Mereka perlu bimbang apa tindakan negara Islam jika perkara ini berterusan. Mereka kena kaji semula sikap dan tanggapan mereka terhadap Islam selama ini.

Tragedi 11 September mencetuskan perubahan kerana ramai masyarakat Barat di sana meneliti ajaran Islam. Ini adalah antara faktor menguatkan lagi mendesak mereka melihat semula persepsi terhadap Islam dan umat Islam.

Page 17: tamadun barat

Menurut tinjauan umum, persepsi rakyat Amerika Syarikat terhadap Islam didapati lebih 55 peratus memahami Islam. Maknanya perkara yang baik ialah rakyat Amerika Syarikat mengkaji dan mula memahami Islam. Selain itu, semakin ramai memeluk Islam.

Menurut satu tinjauan, lebih 20,000 rakyat Amerika Syarikat memeluk Islam setiap tahun. Bayangkan setiap hari hampir 20 orang memeluk Islam. Kita tengok ada dua kesan selari, iaitu kesan baik dan kesan buruk.

Perbuatan menerbitkan karikatur memang patut dikutuk, bukan saja oleh orang Islam tetapi ramai orang bukan Islam yang mengecam penyiaran karikatur itu. Apa seharusnya kita lakukan? Banyak kelompok umat Islam memperlihatkan tindak balas yang sewajarnya. Mereka mengkritik keganasan.

Bagaimanapun, kita seharusnya mengelakkan tindak balas berbentuk keganasan kerana itu bukan ajaran Islam. Sebagai contoh, katakanlah Nabi Muhammad masih hidup, mungkin paling keras pun tindakan Baginda hanya akan menyaman akhbar itu. Tidak hingga hendak melancarkan perang. Itupun (tindakan mahkamah) mungkin sudah terlalu kasar.

Ada satu hadis yang Allah menasihati Nabi Muhammad yang maksudnya: Kalau ada orang berlaku tidak baik terhadap kamu, doakan kebaikan untuk mereka. Jadi kita ikut apa yang Baginda lakukan.

Memang mudah melepaskan geram dan marah. Kita sedih kerana ramai umat Islam tidak mahu mencontohi Rasulullah dalam perkara berkaitan hubungan kita dengan bukan Islam. Ini satu pengajaran kepada kita juga. Kita bersyukur kerana di Barat, kelompok Islam yang menetap di sana menolak keganasan.

Mereka mahu menggunakan kesempatan ini untuk berdialog dan berdakwah dengan bukan Islam mengenai siapa sebenarnya Nabi Muhammad dan mengapa Islam tidak membenarkan karikatur atau patungnya dibuat.

Umat Islam percaya mereka tidak boleh buat perkara itu, tetapi jarang diterangkan mengapa kita tidak boleh berbuat demikian. Kalau boleh kita nak terangkan kepada golongan bukan Islam di Malaysia. Sedih juga saya kerana Sarawak Tribune menyiarkan gambar itu.

Barat berhati-hati

KESAN daripada penyiaran karikatur ini, dunia Barat akan lebih berhati-hati apabila hendak bercakap dan menyiarkan sesuatu mengenai Islam. Padahnya mereka dapat rasakan. Bagi mereka yang boleh meninggalkan kesan ialah dari segi ekonomi kerana mereka bergantung kepada negara Islam untuk minyak dan eksport barangan mereka.

Senjata boikot ini, saya bersetuju untuk menimbulkan kesan kepada negara Barat tetapi dengan syarat. Patut atau tidak kita menghukum Denmark? Paling penting ialah jawapan daripada pemimpin negara itu, adakah ini pendirian segelintir atau seluruh rakyat Denmark. Yang kita hendak dengar ialah majoriti rakyat Denmark tidak bersetuju dengan perbuatan itu dan meminta maaf. Jika ia hanya segelintir, tidak wajar kita memulau barangan mereka. Itu yang saya gunakan pendekatan Islam. Jangan menghukum secara keseluruhan.

Tidak dapat dinafikan golongan media massa terlalu berkuasa di negara Barat dengan alasan kebebasan bersuara, tetapi apa yang kita lihat ialah sudah ada reaksi media massa Barat terhadap rakan mereka. Maknanya di kalangan media massa sudah ada perbahasan. Kita pertahankan konsep kebebasan media massa, tetapi perlu bertanggungjawab.

Prinsip kebebasan media massa tidak tercemar sedikit pun kalau kita buat keputusan tidak menyiarkan karikatur itu. Mereka menilai semula pendirian mereka terhadap Islam walaupun mereka masih mempertahankan kebebasan bersuara. Kebebasan bukan lagi konsep kebebasan mutlak.

Mengapa Islam menolak penyiaran karikatur Rasulullah? Ini menyentuh kedudukan dan peranan Nabi Muhammad dalam kehidupan setiap orang Islam. Dalam al-Quran ada dinyatakan bahawa Baginda adalah model yang perlu diikuti. Jadi kalau sudah dihina, bererti kita sudah tidak lagi menghargai dan membuka jalan kepada lebih banyak penghinaan,

Page 18: tamadun barat

memperolok-olokkan dan mempersendakan seperti media Barat buat kepada Nabi Isa.

Kita tidak mahu itu berlaku dalam Islam kerana jika sudah dipermainkan, maknanya Nabi Muhammad bukan bukan manusia sempurna. Konsep kesempurnaan Nabi akan hilang oleh lukisan kartun itu. Ini penting demi menjaga kedudukan Nabi Muhammad dalam Islam.

Kita hendak menjaga kesucian Islam. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam yang menetap di Barat ialah mereka menggunakan kesempatan pada masa ini untuk menjelaskan mengapa kita tidak dapat terima karikatur menghina Nabi Muhammad.

Ada pelbagai kelompok di Barat. Ada kelompok yang berpendapat Islam tidak bertoleransi dan tidak boleh dikritik berhubung isu karikatur, tetapi bagi mereka yang sedikit-sebanyak mengenali Islam tahu bahawa pendapat itu tidak betul. Orang Islam sendiri dapat membezakan antara apa yang tidak boleh diubah dan dikritik, iaitu al-Quran.

Apa yang terdapat dalam al-Quran tidak boleh dipinda dan dikritik. Mereka yang tidak tahu langsung mengenai Islam tidak akan menghargai itu. Ada aspek Islam yang boleh dikritik seperti hukum yang tertakluk kepada zaman. Maksudnya, ada peraturan yang mengkaji semula undang-undang syariah yang digubal bertahun lamanya. Ia boleh berubah mengikut peredaran masa. Majoriti orang Barat masih belum memahami apa yang boleh dikritik dan tidak boleh dikritik dalam Islam.

Perjelas kekeliruan

AMERIKA Syarikat sendiri menggunakan media massa untuk menyatakan pendirian negara itu terhadap Islam. Ini sedikit sebanyak mempengaruhi umat Islam sendiri. Misalnya, selepas peristiwa 11 September, Presiden Bush melawat masjid di Washington. Itu meninggalkan kesan cukup besar terhadap umat Islam. Majoriti pertubuhan Islam di Amerika Syarikat mengalu-alukan penjelasan yang dibuat Presiden Bush.

Berhubung isu karikatur, kita juga patut lakukan perkara yang sama. Misalnya di Kuala Lumpur, jika ada yang memanggil semua duta negara bukan Islam, khususnya Eropah untuk menerangkan pendirian kita, bukan saja media tempatan tetapi media antarabangsa dipanggil, ini meninggalkan kesan untuk memperjelaskan yang kami marah dan tidak setuju. Kalau boleh kita terangkan mengapa umat Islam tidak boleh menerima perbuatan itu.

Ada masanya, kalau tidak pun kerajaan tetapi golongan tertentu dalam media massa atau agama mereka tidak mahu hendak membezakan kelompok yang ekstrem dan masyarakat arus perdana. Mereka tidak bezakan, tetapi sebenarnya mereka perlu bezakan antara kelompok ini kerana pendirian mereka berbeza.

Kita tidak meminta menarik balik prinsip kebebasan bersuara, tetapi kalau dia menghormati kebebasan pelampau sekular ini untuk menyiarkan karikatur, mereka juga mempunyai kebebasan untuk tidak bersetuju dengan penyiaran itu.

Adalah penting untuk pemimpin negara itu untuk membuat kenyataan yang mereka tidak bersetuju sama sekali. Tetapi apa yang kita lihat, mereka langsung tidak bersuara kononnya menghormati kebebasan bersuara.

PROFILProf Emeritus Datuk Dr Osman Bakar

Asal: Kampung Bukit Lada, Temerloh, PahangUmur: 59

Pengalaman akademik:Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik), Universiti London (1970), Ijazah Sarjana Matematik Universiti London (1971), Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Falsafah Islam, Universiti Temple, Amerika Syarikat (1987).

Pengalaman kerjaya:Pensyarah Jabatan Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia (1973-1977), Pensyarah Fakulti Sains, Universiti Malaya (1978-2000), Penyandang Kursi Profesor Falsafah Sains Universiti

Page 19: tamadun barat

Malaya (1992), Sarjana Pelawat Sejarah Sains Universiti Harvard Amerika Syarikat (1992) dan Penyandang Kursi Malaysia bagi bidang Islam Asia Tenggara di Universti Georgetown, Amerika Syarikat (2000).

Pengalaman Pentadbiran Universiti:Timbalan Dekan Fakulti Sains, Universiti Malaya (1990) dan Timbalan Naib Canselor (Akademik) Universiti Malaya, 1995

©The New Straits Times Press (M) Berhad

0 comments • at 10:53 PM

 

July 2006 January 2006 Home

Subscribe to: Posts (Atom)

My HeadlinesKERATAN AKHBAR

Penasihat KPK Abdullah Hehamahua Kredit Mobil Baru

Aug 11, 2009

Jakarta - Ternyata tidak semua pejabat negara bisa memiliki kemewahan seperti yang dibayangkan orang awam. Buktinya, penasihat KPK Abdullah Hehamahua baru memiliki sebuah mobil setelah menjabat hampir 4 tahun di KPK."Saya sekarang sudah kredit Avanza, tidak pakai taksi lagi," kata Abdullah usai dilantik untuk kedua kalinya menjadi penasihat KPK di Gedung KPK, Jl HR Rasuna Said, Kuningan, Jaksel,

Michael Jackson meninggal dunia

Jun 26, 2009

LOS ANGELES 26 Jun - Michael Jackson disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (2.26 pagi Jumaat waktu Malaysia) selepas jantungnya gagal berfungsi, demikian menurut para pegawai di sini. Kematian Raja Pop itu mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa. Pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral

Gusi berkuman serang jantung

Jun 24, 2009

Oleh SITI NOR AFZAN [email protected] Bakteria di dalam mulut menyumbang kepada penyakit jantung dan kencing manis.Tahukah anda, penyakit gusi yang menjadi penyebab utama orang dewasa kehilangan gigi sebenarnya berkait rapat dengan penyakit jantung dan kencing manis yang merupakan antara pembunuh utama di dunia. Menurut Pakar Periodontal dan Bedah Gigi, Dr. Yong Hui Ping, kira-kira

Page 20: tamadun barat

Panoram bumi dari bulan

Jun 24, 2009

PANORAMA yang menunjukkan Bumi dirakamkan oleh kapal angkasa penyiasat Kaguya milik Jepun.TOKYO - Agensi Angkasa Jepun menyiarkan gambar terbaru permukaan bulan yang dirakamkan oleh kapal angkasa penyiasat kecil iaitu Kaguya beberapa minit sebelum ia terhempas, lapor sebuah akhbar semalam. Gambar-gambar itu sempat dirakamkan menerusi kamera berdefinisi tinggi sebelum kapal penyiasat itu

Anak Sultan Brunei adakab parti mewah

Jun 24, 2009

GAMBAR menunjukkan Putera Azim (kiri) bersama adiknya, Puteri Fadzillah, Puteri Azemah dan Putera Mateen. LONDON - Putera Azim iaitu anak pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menganjurkan parti mewah yang dihadiri bintang-bintang Hollywood dan selebriti, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut penjual bunga tempatan, bil untuk pelbagai jenis bunga yang dihantar ke parti itu adalah sebanyak

Ah long zalim!

May 28, 2009

KEKEJAMAN AH LONG,sangat mengejutkan apabila menyaksikan foto dua lelaki ini dengan leher dan kaki mereka dirantai gara-gara berhutang. Mereka sebenarnya adalah mangsa ceti haram atau ah long yang dikurung di dalam sebuah lokap buatan sendiri di sebuah bangunan rumah kedai lima tingkat di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Selangor, semalam. Gambar ini dirakamkan selepas serbuan polis ke atas

Hancurnya Harimau Tamil

May 19, 2009

Ketua LTTE terbunuhTV Derana merakamkan mayat, Charles Anthony, anak lelaki pemimpin LTTE, Vellupillai Prabhakaran yang terbunuh dalam serangan tentera Sri Lanka, semalam. – REUTERSCOLOMBO 18 Mei – Pemimpin tertinggi pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Velupillai Prabhakaran ditembak mati hari ini ketika cuba melarikan diri daripada kepungan askar kerajaan Sri Lanka.Prabhakaran

Khurafat di Pulau Besar, Melaka

May 19, 2009

JAIM serbu Pulau BesarOleh ROSLI [email protected] dan kakitangan JAIM dan AADK memeriksa pasport pasangan warga Singapura yang bermalam di Pulau Besar, Melaka kelmarin. KIRI: KERATAN Kosmo! 9, 10, 14 Mei.MELAKA – “Saja datang jalan-jalan.”Itulah antara alasan yang diberi oleh pengunjung Pulau Besar ketika disoal oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ketika

Anjing Hutan Mengganas: Angkara Pembalakan?

May 19, 2009

Oleh NOOR HASLIZA [email protected] dipercayai menjadi punca sekumpulan anjing hutan mengganas dengan membaham haiwan ternakan di Felda Tenang, Besut, Terengganu baru-baru ini. Mengapakah haiwan itu semakin ‘dekat’ dengan manusia.ISU melibatkan segerombolan anjing hutan yang mengganas lalu membaham lebih daripada 230 ekor lembu milik peneroka Felda Tenang, di Besut, Terengganu

WHO henti gunakan nama selesema babi

Page 21: tamadun barat

May 3, 2009

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak akan menggunakan nama “selesema babi” bagi mengelakkan kekeliruan mengenai bahaya yang berpunca daripada babi. Jurucakap WHO, Dick Thompson berkata perubahan nama itu timbul selepas kementerian pertanian dan agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melahirkan kebimbangan bahawa nama “selesema babi” mengelirukan pelanggan mereka. 

6 langkah cegah penularan virus selesema babi

May 3, 2009

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengambil enam langkah bagi mencegah penularan selesema babi, yang kini merebak ke banyak negara selain Mexico dan mengorbankan ramai rakyatnya. Langkah berkenaan adalah:Mengaktifkan Pusat Kawalan Penyakit di JPV, Putrajaya dan semua pejabat JPV negeri. Mengaktifkan Pasukan Pengurusan Amaran (Alert Management Team) bagi mengurus dan menyelaras

Cegah risiko ternak babi secara moden

May 3, 2009

PF atasi masalah wabak berkaitan pencemaran alamKUALA LUMPUR: Pengusaha ternakan babi digesa melaksanakan konsep perladangan babi moden (MPF) dengan segera bagi meminimumkan pencemaran alam sekitar dan menghalang daripada jangkitan sebarang penyakit yang berpunca daripada ternakan itu. Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaludin, berkata pada masa ini selain MPF,

Kematian pertama akibat selsema babi di AS

May 3, 2009

WASHINGTON: Pegawai kerajaan hari ini mengesahkan kematian pertama di Amerika Syarika (AS) akibat virus baru H1N1 atau selesema babi. Mangsa pertama selesema babi di AS itu ialah kanak-kanak berusia 23 bulan yang meninggal dunia di Texas. Ia adalah kematian pertama yang dilaporkan di luar Mexico, negara yang paling teruk dilanda wabak selesema babi.Tiada butiran lanjut diberikan tetapi pegawai

Selesema babi: kematian di Mexico meningkat 22 kes

May 3, 2009

BANDAR MEXICO: Kadar kematian di Mexico akibat daripada virus influenza A (H1N1) meningkat kepada 22 mangsa daripada 568 kes jangkitan yang dikesan sehingga kini, kata Menteri Kesihatan Mexico, Jose Angel Cordova, lewat semalam. Kadar kematian sebelum ini, iaitu semalam adalah 19 kematian daripada 487 kes jangkitan yang dikesan. “Terdapat 590 kes positif, di mana 568 orang masih hidup dan 22 lagi

Babi di Kanada dijangkiti virus H1N1

May 3, 2009

VANCOUVER 3 Mei - Jangkitan influenza A (H1N1) kini berlaku pada ternakan babi di wilayah Alberta, namun ia tidak menjadi ancaman kepada bekalan makanan. Pegawai kesihatan Kanada mendapati jangkitan tersebut semalam.Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada dalam kenyataannya berkata, ternakan di wilayah barat Kanada itu mendapat jangkitan daripada seorang individu yang baru pulang dari Mexico, baru-baru

Subscribe to this Feed

Page 22: tamadun barat

Arkib ► 2007 (2)

o ► August (1)

Wahai dunia! Islam bukan agama pengganas

o ► April (1)

Let us build your GDI Team for you

▼ 2006 (7)

o ► July (5)

Soal Jawab Umrah dan Haji: Lima syarat dikenakan d...

Bicara Haji: Wanita dalam edah patut dapat kebenar...

Soal Jawab Umrah dan Haji: Sunat jika suami isteri...

Bicara Haji: Kewajipan ibadat haji bergantung keup...

Personaliti: Dr Azzam kongsi ilmu dengan ceramah

o ▼ February (1)

Tetamu BM: Ekstremis sekular dalangi karikatur hin...

o ► January (1)

Personaliti: Dr Sharifah Hayaati warisi kebolehan ...

► 2005 (51)

o ► November (4)

Ensiklopedia Nusantara: Penulis kitab Taj as-Salat...

Tafsir al-Quran - Kenapa jumlahnya mencecah ribuan...

Tafsir - Pelbagai jenis dan syaratnya

Mentafsir al-Quran - Syarat dan adabnya

o ► October (33)

Pintar Jawi: Seni grafik, khat serikan kad raya

Pintar Jawi: Hariraya atau hari raya?

Jejak Rasul: Beijing simpan khazanah Islam terulun...

Jejak Rasul 11: Pusat Islam Jepun sebar dakwah mel...

Jejak Rasul 11: Masjid Jami Tokyo bukti hubungan k...

Jejak Rasul 11: Pokok Dammul Akhawain keunikan Sok...

Jejak Rasul 11: Masjid Adeni lambang syiar Islam d...

Ensiklopedia Nusantara: Tulisan Syeikh Tahir Jalal...

Ilmuan Islam: Cheng Ho tokoh pelayar Islam unggul,...

Page 23: tamadun barat

Jejak Rasul 11: Pulau Sokotra ‘Permata Yemen Yang ...

Jejak Rasul 11: Uthmaniyah terus kekalkan monumen ...

Cara mengeja cik, cek, che’

Jejak Rasul: Pelabuhan purba Adulis pernah jadi pi...

Jejak Rasul 11: Massawa pusat ketamadunan

Jejak Rasul 11: Habsyah negara pertama hijrah sebe...

Ensiklopedia Nusantara: Tabligh al-Amanat pencatat...

Jejak Rasul 11 : Tentera Uthmaniyah ambil setahun ...

Jejak Rasul 11: Uthmaniyah letak asas perkembangan...

Sejarah Bani Israel kejam dan keji

Jejak Rasul 11: Uthmaniyah terus kekalkan monumen ...

Jejak Rasul 11: Sultan perintah usah kasari rakyat...

Jejak Rasul 11: Istanbul abadikan banyak peninggal...

Personaliti: Wan Alias pastikan sejarah gemilang I...

Jejak Rasul 11: Turki bantu Aceh lawan Portugal

Ajaran kumpulan Pemuda Kahfi boleh pesong akidah

Jejak Rasul 11: Kemalahayati, Cut Nyak Dhien srika...

Jejak Rasul 11: Masjid Baiturrahman bukti kekukuha...

Jejak Rasul 11: Syiah Kuala reda konflik gugat Ace...

Ilmu saka boleh sakiti orang lain dan diri sendiri...

Puasa dari sudut perubatan

Dosa pahala suami, isteri dan madu

Nilai takwa di sebalik Ramadan

Mawi ajak seimbang antara dunia, akhirat

o ► September (6)

Aurat suara pada wanita

Masjid Biru lambang keunggulan kejuruteraan Islam

Pelajar Darul Quran - Dibiayai kerajaan sepenuhnya...

Menyembah patung anak lembu - Menganiaya diri send...

o ► August (2)

o ► July (4)

o ► June (1)

o ► May (1)

Gana dinero online

Page 24: tamadun barat