falsafah catan barat

Upload: azlishakara-yahaya

Post on 16-Jul-2015

318 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Topik 2:Teori-teori pendidikan seni Oleh: Hassan Mohd Ghazali Fakulti Seni dan Muzik Falsafah Estetika Pandangan mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat tentang kesenian. Apabila disentuh tentang keindahan maka secara langsung akandibicarakan hal-hal yang berkaitan dengan seni dan kesenian. Persoalan estetika banyak dibincangkan oleh ahli-ahli falsafah kuno dan ahli falsafah sekarang. Apabila persoalan estetika dibahaskan maka secara langsung persoalan kesenian dan nilai keindahan akan disentuh. Nilai estetika itu sendiri adalah seni. Perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aisthesis membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi ialah kepekaan. Estetika juga boleh diertikan sebagi persepsi pancaindera (sense of perception). Ahli Filsafah Jerman bernama Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang memperkenalkan perkataan aisthetika. Namun demikian Cottfried Leibniz (1646-1716) telah meneruskan pendapatnya mengenai estetika dan memberi penekanan kepada pengalaman seni sebagai suatu bentuk ilmu.Estetika sering diungkapkan sebagai persamaan makna seni, tetapi ia berbeza dengan falsafah keindahan, kerana estetika tidak semata-mata menjadi permasalahan falsafah. Di dalamnya menyangkut perbahasan ilmiah berkaitan dengan karya seni, sehingga menangkapi bidang ilmiah,antaranya meliputi perbincangan tentang keindahan dalam seni atau pengalaman estetik, gaya atau aliran seni, perkembangan seni dan sebagainya. Secara langsung pengkajian falsafah estetika bersangkutan dalam bidang-bidang seperti psikologi, sosiologi, antropologi dan lain-lain yang bersangkutan.George T. Dickie dalam bukunya Aesthetic telah mengajukan tiga permasalah yang sering dikemukakan dalam estetika antaranya ialah: 1.persoalan kritis yang menggambarkan, menafsirkan atau menilai karya-karya seni yang khusus. 2.Penyataan yang bersifat umum oleh pada ahli sastera, muzik dan seni halus untuk memberikan ciri-ciri khas genre artistik.3. Persoalan tentang keindahan, seni imitasi dan lain-lain.Menurut Dharsono Dalam bukunya pengantar estetika mengatakan cabang estetika dipecahkan kepada empat bidang utama iaitu 1.Nilai estetika (esthetic value) 2.Pengalaman estetika (esthetic experience) 3.Pengkarya atau seniman 4.seni. Secara umumnya persoalan-persoalan perbincangan persoalan estetika adalah membincangkan persoalannya apakah itu seni. Apakah teori-teori seni. Apakah keindahan dan teori tentang keindahan dan apakah keindahan itu objektif atau subjektif dan apakah keindahan itu berperanan dalam kehidupan manusia seharian. Persoalan ini akan terjawab dalam topik-topik selanjutnya.

Estetika dan seni Tokoh-tokoh ahli falsafah barat klasik seperti Plato, Aristotle,Hegel dan ramai lagi berbahan tentang persoalan keindahan melalui pembicaraan dalam bentuk estetika. Misalnya Plato dalam bukunya Symposium telah menghuraikan panjang lebar mengenai persoalan objek cinta ialah keindahan. Dalam bukunya itu beliau menyampaikan dalam bentuk dialogdialog watak utama seperti Phaedrus, Eryximachus,Aristophanes, Agathon dan Socrates. Terang-terang dalam dialog watak ini menyatakan bahawa proses mencintai tentang keindahan itu perlu diasaskan pada zaman kanak-kanak lagi.Sebenarnya bangsa Yunani kuno telah pun menghayati pengalaman keindahan sebagai mewarisi bangsa mereka. Bangsa Yunani juga mengenal kata keindahan dalam erti estetik yang disebutnya sebagai symmetria untuk keindahan visual. Sementara perkataan harmonia adalah keindahan pendengaran. Lantaran itu pengertian keindahan adalahmeliputi persoalan keindahan seni, alam, moral dan intelektual.Sejak zaman ahli falsafah Socrates lagi telah membincangkan persoalan nilai keindahan dan terlibat dalam pemikiran tentang apakah yang berada dalam objek yang menyebabkan ia indah. Mereka yang menikmati karya-karya seni mengalami penghayatan estetika. Pengalaman itu adalah perasaan yang timbul kepada seseorang ketika memandang sesuatu yang indah pada alam atau karya seni. Apabila membincangkan berkenaan keindahan pertanyaan yang sering disoal ialah Apakah benda itu indah atau cantik?. Secara langsung ia telah memperkatakan tentang estetika dalam diri orang yang bertanya. Walau pun keindahan dan kecantikan adalah nilai yang subjektif, dua orang yang bertanya tentang kecantikan kepada sesuatu barang itu sifatnya berbeza pada nilai keindahan. Tetapi setiap orang inginkan benda-benda yang cantik dan indah. Tidak manusia yang mahu kepada yang buruk. Itulah hakikatnya fitrah manusia yang dikurniakan oleh tuhan

3Ramai lagi tokoh-tokoh falsafah kuno dan falsafah moden membicarakan persoalan kesenian dalam kehidupan manusia. Seni tidak dapat lari dalam kehidupan harian, justeru seni adalah sebagai fitrah dalam diri manusia. Seperti definisi seni oleh Herbert Read (1959) yang menyatakan kesenian adalah penciptaan bentukbentuk yang menyenangkan, yang membawa maksud bahawa seni itu adalah penjelmaan rasa estetika yang mengarah kepada kebenaran melalui penjelmaan fitrah manusia.Menurut Jakob Sumardjo (2000), dalam buku bertajuk Filsafat Seni memperjelaskan perbezaan antara falsafah estetika dan falsafah seni.Antara lain beliau menerangkan bahawa estetika mempersoalkan hakikat keindahan alam dan karya seni, sedangkan falsafah seni mempersoalkanhanya karya seni atau benda seni atau artifak yang disebut seni. Beberapa hujah mendorongkan perbincangan tentang falsafah seni antara lain: 1.Karya seni mengekspresikan gagasan dan perasaan, sedangkanalam tidak mengandungi makna ekspresi semacam itu. 2.Dalam karya seni, orang akan bertanya, apakah yang ingindikatakan karya ini atau apa maksud karya itu?, tetapi tidak pernah bertanya serupa ketika menyaksikan keindahanmatahari terbenam di pantai, atau menyaksikan bentuk awamsenja, desasnya air terjun, jadi karya seni selalu membawamakna tertentu dalam dirinya, yakni ada komunikasi senidengan orang lain. Sebagai contoh kecantikan seorang wanitaapabila dilihat pada mata kasar adalah sesuatu yang indah.Sebaliknya dalam sebuah karya seni lukisan wanita yang mudaatau yang tua tetap akan kelihatan indah dalam makna karyaseni .3.Seni dapat meniru alam, tetapi alam tidak mungkin meniruartifak seni.

4.Melalui alam kita melihat keindahan yang azali dan melihatkebesaran tuhan yang mencipta alam ini. Sebaliknya karya senitetap mempunyai makna dan dapat menyalami makna-maknatersirat yang boleh dinilai.Melihat karya seni melalui perbincangan falsafah kesenian, makapersoalan falsafah moden dalam falsafah estetika yang mempersoalkantentang hasil seni dan produk seni. Di samping itu juga membicarakantentang pengkarya dan penaja sebagai pelengkap kepada mengkajimengenai nilai karya seni tersebut. Perbincangan mengenai hasil seni danproduk seni disebut sebagai estetika morfologi, sementara perbincanganmengenai karyawan seni dan kepentingan seni itu disebut sebagai estetikapsikologi. Persoalan pokoknya yang terlibat dalam kesenian ini ialahpenghasil seni (seniman), karya seni (Produk seni) dan kumpulanpenerima seni (penggemar seni

4Enam perkara yang penting dalam membincangkan tentang seni iaitu: 1.benda seni (karya seni) 2.pencipta seni (seniman) 3.publik seni 4.konteks seni 5.nilai-nilai seni 6.pengalaman seni

Benda Seni Benda seni secara langsung berkisar kepada karya seni itu sendiri.Apakah medium atau material karya seni yang menghasilkan suatu bentuk seni yang indah. Seni wujud melalui media pendengar untuk audio, media penglihatan untuk visual (tampak). Media ini memberi peranan kepada kategori kepada seni misalnya seni halus lebih kepada media visual, seniteater lebih kepada media dengar dan visual, seni muzik lebih kepada media audio dan lain-lain.Persoalan yang diperdebatkan sejak zaman Plato dan Aristotle mengenai benda seni ialah persoalan ekspresi seni, unsur peniruan(mimesis), persoalan siapakah seniman sebenarnya dan pengamatan seni itu sendiri. Pencipta seni Persoalan pengkarya seni adalah persoalan asas dalam kontekskreativiti dan ekspresi seniman. Yang sering diperbincangkan ialah soalgaya (style) karyanya, peribadinya misalnya pengaruhnya, persekitaran dan jantinanya menjadi persoalan dalam penghasilan karyanya. Disamping itu perbincangan juga menyentuh mengenai zaman dan bermulanya karya seni dihasilkan. Publik seni Publik seni menyentuh persoalan komunikasi karya seni terhadap orang awam atau masyarakat. Seni itu adalah publik, tanpa orang lain menghayati karya seni maka karya seni itu tidak dapat berdiri dengan sendiri. Maka komunikasi dalam karya seni membuahkan sesebuah karya seni akan berjaya dan menjadi milik masyarakat. Nilai seni Nilai seni selalunya berhubungan dengan normal-normal yang Esensial di samping sesuatu kepentingan yang sangat peribadi.Kebiasaannya nilai seni adalah bersangkutan mengenai kualiti, bersifat kontekstual dan esensial-universal

5 Pengalaman seni Pengalaman seni adalah terlibat dalam penghayatan seni itu secara langsung. Pengalaman bersangkutan tentang ruang waktu dan penglibatan seni. Seni sebagai komunikasi adalah pengalaman yang melibatkan kegiatan pancaindera, nalar, emosi dan intuisi seniman. Oleh sebab itu pengalaman seni terlibat dalam ruang waktu sebelum, semasa dansesudah . Konteks seni Bagi membincangkan konteks seni, secara langsung akan membincangkan keperluan masyarakat terhadap seni. Seni secara langsung menyangkut nilai-nilai setempat atau sezaman. Oleh yang demikian pemahaman seni amat erat dengan konteks zaman tersebut.Misalnya seni zaman sebelum merdeka di negara ini konteksnya adalah bentuk seni zaman tersebut. Begitu juga dalam konteks masyarakat yang Islam tidak menerima patung sebagai karya seni kerana bertentangan dengan syariah Islam.Dalam membincangkan enam persoalan tentang seni ia saling berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Sebenarnya persoalan seni selalunya sangat subjektif sifatnya. Di bawah ini adalah hubungan persoalan yang dibincangkan di atas dan hubungannya antara satu denganyang lain. Gambar rajah 1: Perbincangan persoalan seni (Petikan Buku Filsafat seni) Walau bagaimana pun menghayati falsafah tentang kesenian perlu mendapat suntikan kebenaran melalui agama. Sidi Gazalba (1977)

6menyatakan bahawa hubungan agama dalam kehidupan harian berhubung rapat dengan bidang-bidang kebudayaan lain antaranya ialah: Sistem sosial yang bersangkutan hubungan manusia denganmanusia Sistem ekonomi yang berhubungan antara manusia dengan benda Pengetahuan dan teknik yang berhubungan manusia dengan alam dan kerja Seni yang berhubungan antara manusia dengan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Falsafah yang mempunyai hubungan manusia dengan kebenaran dan kemuliaan.Sejak awal sejarah kehidupan manusia, kebudayaan menjadi factor utama dalam kehidupan manusia. Agama menjadi pelindung kepada pembentukan kebudayaan dan adat resam sesesuatu kaum. Oleh itu agama menjadi pelindung dalam hubungan seni dan manusia. Dalam kebudayaan di mana agama menduduki tempat yang dominan, etika (akhlak)mengawal kesenian (Sidi Gazalba, 1977). Namun demikian manusia mulai lupa bahawa hubungan antara seni dan agama menjadi faktor penentu persoalan akhlak. Selalunya materialistik telah menjadi faktor utama dan mulalah seniman pengabaian nilai-nilai normal dalam penghasilan sesuatu karya seni.

Penutup Falsafah Estetika ada hubungannya dengan nilai keindahan dan nilai keindahan adalah berpaksi kepada kesenian. Sejak zaman Yunani Kuno lagi ahli-ahli falsafah telah membicarakan tentang kesenian dan hubungannya dengan seniman. Sebagai contoh Plato dengan tegasnya tidak menerima para seniman dan menyatakan bahawa para seniman sepatutnya dibuang dari republik (negeri). Alasan beliau bahawa seniman adalah seorang yang suka meniru objek fizikal dan menipu dalam penghasilan karya. Karya seniman bukanlah sesuatu sumber sebenar untuk dijadikan sumber pengetahuan. Sebagai contoh dalam dialognya berkata,kalau manusia ingin mengkaji kerusi mesti melihat kerusi sebenar bukannya lukisan atau karya kerusi. Beliau juga menyatakan bahawa karya lukisan boleh menghalang manusia daripada pengetahuan sebenar.Oleh yang demikian beliau telah pun membicarakan persoalan keseni andalam falsafah kehidupan manusia. Sementara itu Aristotle telah mempertahankan mengenai mimesis dan menyatakan bahawa peniruan itu adalah satu unsur yang perlu ada dalam fitrah manusia. Manusia sering meniru alam ciptaan Tuhan

CATAN - Aliran Seni Catan BaratDefinisi catan Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu permukaan. Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak dan cat arkrilik.Kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan sebagainya.Berus,pisau lukis dan sebagainya. Sejarah Seni Catan Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanya menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan dalah seperti mozek dan fresko. Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga ke abad ke-18.Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air, tempera dan fresko. Pada kurun ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran tradisi.

Karya Eugene Delacroix Karya ini telah dihasilkan pada aliran Romantisme. Berjodol Liberty Leading the People (1830). Gaya karya distailisasikan seperti gaya gothik.

Karya Van Gogh Karya ini dihasilkan pada Kurun ke-19. Aliran Impressionisme. Berjodol : Bedroom. mempunyai garis-garis kasar dan warna yang terang. Mencipta bentuk dan suasana yang dilihat.

Karya Warhol Karya ini dihasilkan pada penghujung abad ke-20. Aliran Pop Art. Berjodol Marylin Monroe Tema aliran ini berkisar kebudayaan semasa dan yang popular pada masa itu. Gaya umpama poster untuk pengiklanan. Aliran-aliran seni catan di barat Klasik Barroque Romanticisme Impressionisme Post-Impressionisme Ekspressionisme Kubisme Surelisme Seni Pop Aliran Klasik Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula. Figura sebagai pemusatan tumpuan karya. Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi. Menggunakan perspektif,ruang dan unsur seni. Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan bangsawan. Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.

Leonardo Da Vinci

Michalengelo Aliran Romanticism Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18. Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu. Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan. Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik. Penggunaan garisan luar yang terang. Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan pemerintahan beraja. Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam kelam. Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada zaman itu.

Eugene Delacroix

Eugene Delacroix

Eugene Delacroix

Francisco Jos de Goya

Francisco Jos de Goya Aliran Barroque Zaman ini dikenali sebagai zaman renaissance tinggi. Barroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya menumpukan kepada komposisi,aksi,warna dan cahaya.

Latar belakang karya berwarna gelap Karya tertumpu kepada objek

Rembrandt van Rijn

Rembrandt van Rijn

Rembrandt van Rijn Aliran Impressionism Aliran muncul pada abad ke-19. Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. Warna bertindih-tindih. Tidak melukid secara detail. Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam. Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam. Aliran ini condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.

Claude Monet

Claude Monet

Edgar Degas

Vincent Van Gogh

Pierre-Auguste Renoir Aliran Post-Impressionisme Realiti itu sentiasa baru dan tegas bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk. bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan. melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat. melukis sebagai pernyataan dan simbol diri. perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain. warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.

George Seurat

Paul Cezanne

Paul Gauguin Aliran Kubisme Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti.

Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga

Pablo Picasso

Marcel Duchamp Aliran Ekpresionisme Menolak ciri-ciri tradisi klasik Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek. Penggunaan warna yang dramatik Tidak ada imej yang jelas. Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.

Wassily Kandinsky

Jackson Pollock Aliran Surelisme Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis. Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued. Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan misteri. Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.

Salvador Dali Aliran Seni Pop Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New Realist. Warna yang terang pada permukaan yang berbidang yanmg besar. Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.

Andy Warhol

ALIRAN-ALIRAN DAN PERKEMBANGAN SENI CATAN DI BARAT .S e j a r a h c a t a n b e r m u l a p a d a z a m a n Y u n a n i P u r b a d a n i a d i g u n a k a n u n t u k menggambarkan kisah-kisah keagamaan. a. Zaman Pertengahan. Aliran Seni Kristian, Seni Romantik, Seni Medievel b. Zaman Renaissanse: Zaman kemuncak seni lukis di Eropah. Aliran Romantik, Klasik, Naturalisme c. Zaman Baroque dan Rococo. Aliran Barroque, Dutch Painting d. Abad ke-18. Aliran Romantisme e. Abad ke-19. Aliran Realisme, Naturalisme, Impressionisme, Post-Impressionisme, Seni Nouveau f. A b a d k e - 2 0 . Al i r a n K u b i s me , E ks p r e s i o n i s m e, F a u v i s m e, F ut u r is me , D a da i s me, Surelesme, Abstrak Ekspresionisme g. War Art. Aliran Enviroment Art, Happenings, Seni Poo, Seni Op, Seni Minimal, SeniKonseptual, Seni Land

CIRI-CIRIDANKARYA Kiubisme : Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menga nggap senis e b a ga i s a t u k o ns e p k ea r a h p e nc i p t a a n da n me n o l a k p e n i r u a n . C u b a m e n y e l es a i ka n per masalahan 3 dimensi da lam ruang 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satahgeometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga. Ekspressinisme: Menolak cirri-ciri tradisi klasik. S eni a dalah manifestasi perasaan danker esahan emosi pelukis. Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan ala m.P e n g g u n a a n w a r n a y a n g t e r a n g b a g i m e n y a m p a i m e s e j . P e n g g u n a a n w a r n a y a n g dramatik. Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan bersifat organik. Kesan berus yangkasar, kadang kala tidak menggunakan berus.

Impressionisme : Menumpukan kaedah kons ep cahaya da n kesan objek ya ng dilihat.W a r na t i da k di c a m p u r d e n ga n wa r na h i t a m d a n p ut i h da n t e r u s di p a l i t p a da ka n va s . W a r n a b e r t i n d i h - t i n d i h . T i d a k m e l u k i s s e c a r a d e t a i l . M e m e n t i n g k a n k e s e r a s i a n warna/cahaya serta watak-watak ala m. Mengutamakan suasana yang dilihat misalnya pagi, petang, malam. Aliran ini condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontantentang apa yang dilukis. Pos-Impressionis : Mencipta bentuk bukan meniru. Seni adalah kejelasan logik bukant e n t a n g str u kt ur. Kar ya s eni bu ka n sains t ulen t etapi s eni. Ber landas ka n h u k u m pembalikan cahaya tetapi harus memberi ruang penyataan diri. Seni Baraque dan Rococo : Zaman ini juga dikenali sebagai zaman Renaissance Tinggi.B a r o q u e m e m b a w a ma ksud mut iara yang t ida k s empur na tet api inda h. K a r y a menumpukan kepada komposisi, aksi, warna dan cahaya. Latar belakang karya berwarnagelap. Karya tertumpu kepada objek. Pos-Ekspressionisme : Menumpukan kepada percubaan dan penerokaan pelukis terhadapmedia dan bahan. Ciri-ciri lain sama dengan aliran ekspressionisme. Futurisme : Meng emu ka ka n alir an s eni ya ng ber dasar ka n t ekn ologi. D i n a m i k . Pergerakan yang dinamik. Surealisme : Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawahs edar minda pelukis. Imej bawah sedar dan alam kha yalan. Menyeramkan, sunyi da ntidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan kesan misteri. Objek diletakkan pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan.6

Dadaisme : Kumpulan perantaran antar aliran futurisme dengan surealisme. Konsep tanpakongkongan. Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata. Seni adalahm e d i u m u nt u k me l e p a s k a n p er a s a a n. B er p e ga n g k e p a d a k o ns e p k e mu s na ha n j u ga merupakan penciptaan. Seni Pop

: Berasaskan kepada persekitaran dan kebudayaan popular yang mempengaruhik ot a r a ya N e w Y or k da n L o n d o n. T e ma , t e k n i k , i m e j d a n met os b er s i f a t s e m a s a da n p op u l a r i t i . L e b i h mi r i p k e p a da ka r ya p e n g i kl a na n d a n p e n g g u na . P el u ki s s e ni p o p terkenal juga denga n panggilan New Realist. Ciri-ciri yang penting dalam karya Popi a l a h i a l a h w a r na ya n g t e r a n g pa da p e r mu ka a n ya n g b er b i d a n g b e s a r . K o ns ep N e w Realist merupakan kebangkitan kehidupan moden ya ng mirip kepada kes esuaian zamansains dan teknologi