20121220151203pakaian pra sejarah barat

21
Pakaian Pra Sejarah Zaman pra-sejarah adalah zaman sebelum masihi sehingga awal masihi. Menurut masyarakat barat, masihi merupakan zaman yang menentukan anjakan masa sempena kejadian kisah Nabi Isa (Christ) atau dikenali dengan singkatan makna: S.M(Sebelum Masihi) - B.C (Before Christ) T.M (Tahun Masehi) - A.D (Anno Domini) Tarikh sebelum masihi ditulis secara nombor besar kepada nombor kecil bagi memudahkan melabel turutan tarikh zaman sebelum Masihi agar tidak terhad pengiraannya berbanding dengan penulisan tarikh nombor menaik bagi zaman Tahun Masihi, contohnya: 4000 – 1000 S.M atau 500,000 – 150,000 S.M dan 550 - 650 T.M Contoh-contoh zaman Sebelum Masihi antara tahun 600,000 S.M – 50 S.M seperti zaman Paleolithic (Zaman Batu), Mesolithic (zaman Batu Baru), Neolitihic (Zaman Batu Baru), zaman Bronze Age dan zaman dan Ion Age. Manusia berpakaian untuk memenuhi keperluan asas manusia seperti mendapat perlindungan dan keselamatan dari keadaan bahaya, panas dan sejuk. selain itu pakaian juga boleh memberi gambaran status dan kedudukan seseorang, melambangkan kekuatan dan keberanian untuk menakutkan musuh, menunjukkan budaya dan pegangan agama yang dianuti selain untuk menampakkan kecantikan, kesopanan,

Upload: sha-khalid

Post on 14-Dec-2014

378 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 20121220151203Pakaian Pra Sejarah Barat

Pakaian Pra Sejarah

Zaman pra-sejarah adalah zaman sebelum masihi sehingga awal masihi. Menurut masyarakat

barat, masihi merupakan zaman yang menentukan anjakan masa sempena kejadian kisah Nabi

Isa (Christ) atau dikenali dengan singkatan makna:

S.M(Sebelum Masihi) - B.C (Before Christ)

T.M (Tahun Masehi) - A.D (Anno Domini)

Tarikh sebelum masihi ditulis secara nombor besar kepada nombor kecil bagi memudahkan

melabel turutan tarikh zaman sebelum Masihi agar tidak terhad pengiraannya berbanding dengan

penulisan tarikh nombor menaik bagi zaman Tahun Masihi, contohnya:

4000 – 1000 S.M atau 500,000 – 150,000 S.M dan 550 - 650 T.M

Contoh-contoh zaman Sebelum Masihi antara tahun 600,000 S.M – 50 S.M seperti zaman

Paleolithic (Zaman Batu), Mesolithic (zaman Batu Baru), Neolitihic (Zaman Batu Baru), zaman

Bronze Age dan zaman dan Ion Age.

Manusia berpakaian untuk memenuhi keperluan asas manusia seperti mendapat perlindungan

dan keselamatan dari keadaan bahaya, panas dan sejuk. selain itu pakaian juga boleh memberi

gambaran status dan kedudukan seseorang, melambangkan kekuatan dan keberanian untuk

menakutkan musuh, menunjukkan budaya dan pegangan agama yang dianuti selain untuk

menampakkan kecantikan, kesopanan, menutup kecacatan dan untuk menarik perhatian. Zaman

pra sejarah,manusia menggunakan sumber asli seperti bulu haiwan, kulit binatang, kulit pokok

kayu dan rumput rampai.

Fesyen tercipta hasil pengaruh persekitaran di mana rupa bentuk fesyen atau stail yang berbeza

terhasil kerana pengaruh keadaan cuaca dan alam sekeliling. Fesyen juga menjadi penanda aras

kepada sejarah peredaran masa. Rupa bentuk pakaian di tempat cuaca panas manusia memakai

pakaian yang nipis dan longgar dan tidak mengikut bentuk badan supaya lebih selesa.

Rupabentuk fesyennya lebih ringkas, orang zaman dahulu hanya bercawat dan berkemban.

Warna yang digunakan biasanya warna semulajadi ‘natural’ lembut dan cerah. Manakala di

Page 2: 20121220151203Pakaian Pra Sejarah Barat

kawasan sejuk pula, rupa bentuk pakaian lebih ketat, berlapis-lapis, berwarna gelap dan dibuat

dari kain tebal. Orang zaman dahulu memakai kulit dan bulu binatang serta dedaun dan jerami

sebagai pakaian mereka.

Zaman berubah dan manusia lebih bertamadun, maka terciptalah kain yang ditenun

menggunakan peralatan kuno seperti batu yang diasah tajam dan jarum dari tulang binatang.

Kain tenunan yang dihasilkan adalah dari kulit binatang, ulat sutera, kapas, kulit kayu, pokok

flek, jerami, rumput dan lain-lain sumber semulajadi. Sejenis cecair telah dicipta untuk

merendam kulit binatang supaya menjadi lebih lembut.

Kain tenunan sudah diperkenalkan sejak di Zaman Batu Baru iaitu di Timur Tengah dengan

peralatan seperti mesin loom dan pintalan tangan. Rekod terawal tenunan fabrik ialah daripada

gentian flax (sejenis tumbuhan berbunga biru dan tangkainya dijadikan gentian untuk dijadikan

fabrik linen) di sekitar 6,000 – 3,000 S.M di Switzerland.

Diikuti oleh orang-orang dari kawasan Mediterranean Timur yang mula-mula menenun kain

(1300 S.M). Selepas itu teknik penghasilan fabric secara felting tercipta di Timur Tengah untuk

menghasilkan fabric yang tebal dan gebu menggunakan bulu-bulu binatang atau wool. Bahan

hiasan seperti kancing diperbuat dari tulang, tanduk, tali dari kulit binatang dan batu

Di Crete, orang Minoans merupakan bangsa yang pakar dalam membuat pakaian. Namun orang

lelakinya masih bercawat, kaum wanitanya lebih berfesyen, mereka memakai sejenis jaket yang

kecil dan ketat menampakkan sebahagian besar buah dadanya dan dipadankan dengan skirt labuh

berbentuk loceng, dipakai berlapis-lapis dan dihiasi dengan banyak hiasan,tulang-tulang binatang

dijadikan koset supaya menampakkan pinggang dan menaikkan buah dada mereka.

Kebanyakkan pakaian mereka dibuat dari kain linen dan wool

Page 3: 20121220151203Pakaian Pra Sejarah Barat

Rajah 2.1 Pakaian kaum Minoan di tahun 1994

Orang-orang Greek purba pula hanya melilit sehelai kain di tubuh mereka sebagai pakaian.

Kreativiti mereka adalah lebih kepada kemahiran memakai kain tanpa jahitan disebabkan belum

adanya ilmu bidang pembuatan pola dan jahitan pada ketika itu.

Rajah 2.2 Pakaian purba lelaki dan wanita Greek- chiton, peplos dan tube

Manakala di Egypt pula, lima ribu tahun dahulu orang lelakinya memakai cawat yang

kemudiannya di ubahsuai kepada bentuk kain atau ‘skirt’ yang berlisu beriring halus di bahagian

hadapan untuk memudahkan pergerakan. Manakala kaum perempuan pula memakai sejenis baju

tanpa lengan, skirt nya berlisi beriring yang halus dan dihiasi dengan biji-biji mutiara. Lengan

baju mula dicipta tetapi hanya di sebelah kiri sahaja. Pakaian dari ‘Wool’ atau bulu biri-biri juga

menjadi pakaian orang Mesir. Memakaian rambut palsi atau ‘wig’ oleh kaum lelaki dan wanita

juga sangat popular dimana ‘wig’ disisir rapi dan dilumur dengan minyak wangi sebagai bau-

bauan. Manakala kaum pekerja, hulubalang, pengawal dan rakyat jelata hanya memakai cawat

bagi lelaki dan perempuannya. Hanya Raja sahaja yang dibenarkan menyimpan janggut dan

memakai ekor singa.

Page 4: 20121220151203Pakaian Pra Sejarah Barat

Contoh Pakaian purba pra sejarah kaum Egypt

Rajah 2.3 Pakaian Puteri Raja dengan wig

Rajah 2.4 Aksesori kepala Raja dan Pakaian pengawal dan hulubalang

Sejarah pakaian orang Eropah

Sejarah pakaian orang-orang Eropah pula dapat dilihat secara ringkas dari perkembangannya se

awal abad ke 500 S.M hingga 1900 T.M seperti:

500 - 146 BC: Orang Greek

Pakaian orang Greek purba terdiri dari gabungan kain yang longgar beralun dan berlapis-lapis

bermotif bunga longgar dari linen atau wool. Pakaian ini tidak dijahit bersama digelar chiton dan

merupakan sebidang kain segiempat yang panjang yang hanya disemat di bahu menggunakan pin

dan tali pinggang sebagai pengikat di pinggang. Bagi kaum lelaki, pakaian ini lebih pendek

Page 5: 20121220151203Pakaian Pra Sejarah Barat

dibandingkan dengan perempuan, pemakaian peplos, tube dan aksoseri bagi wanita untuk lebih

menarik.

Rajah 2.5 Pakaian purba lelaki dan wanita Greek- chiton, peplos dan tube

Rajah 2.6 Pakaian purba lelaki dan wanita Greek

500 BC - 323 AD: Orang Rom

Tamaddun Rom telah dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan Etruscan dan Roman.

Seperti pakaian orang Greek , dimana pakaian orang Rome juga berlapis dari kain panjang yang

dipakai untuk pakaian harian mereka. Wanita Roman selalu memakai tunica (pakaian asas

wanita Roman seperti kaftan dan biasanya kosong atau berwarna putih berbentuk tubular) atau

stola bila telah berkahwin. Labuh tunica hingga ke pergelangan kaki dan tidak berlengan, stola

pula lebih besar dan dipakai dengan dua helai tali pinggang dari bawah dada dan di atas

pinggang. Bagi lelaki, mereka memakai tunic dengan tali pinggang di pinggang dan baju besar

Page 6: 20121220151203Pakaian Pra Sejarah Barat

berupa jubah yang pelbagai rupa di luar. Rambut mereka disisir rapi dengan pelbagai stail serta

hiasan pin serta diwarnakan. Semakin tinggi status sipemakai, semakin banyaklah lapisan kain

yang kelihatan seperti jubah dan pakaian mereka mempunyai warna selain dari warna putih. Ini

adalah kerana, golongan yang berharta sahaja yang mampu mewarnakan pakaian mereka dengan

pewarna semulajadi yang mahal dan sukar didapati oleh orang kebanyakkan.

Rajah 2.7 Pakaian purba lelaki Roman

Rajah 2.9 Pakaian purba lelaki, wanita dan kanak-kanak Roman (tunica dan stola)

Rajah 2.10 Aksesori kepala , apron & belt Roman

Sumber : roman-costume.blogspot.com dan costume org

Page 7: 20121220151203Pakaian Pra Sejarah Barat

400 - 1200 AD: Zaman Pertengahan (The Middle Ages)

Elemen asas pakaian di Zaman Pertengahan Abad adalah berdasarkan pakaian tunic. Seluar

panjang diperkenalkan namun kemudiannya diganti dengan hose pada 1200AD . bagi wanita

pula pakaian berenda yang ketat direka bagi membentuk pinggang yang ramping. Headdresses

atau hiasan kepala sangat penting bagi menonjolkan status social mereka, namun perubahan

masa mengubah rupa bentuk fesyen kepada yang lebih moden.

Rajah 2.12 Pakaian purba lelaki Zaman Pertengahan

Rajah 2.13 Pakaian/dress purba perempuan Zaman Pertengahan

Rajah 2.14 Pakaian perempuan Zaman Pertengahan yang ketat dan berenda

Page 8: 20121220151203Pakaian Pra Sejarah Barat

1200 - 1350 AD: Gothik awal

Pakaian lelaki dalam abad kedua belas dan ketiga belas menonjolkan pakaian yang dijahit ketat

di badan dan berlengan besar. Potongan garis leher yang agak luas akan menampakkan gaya

sofistikated. Penampilan anak baju (tunic) yang lebih pendek dan bagi wanita potongannya lebih

labuh. Kaum lelaki pula akan memakai topi seperti chaperon dengan potongan rambut yang

kemas ‘neat bob’ manakala rambut wanita dibiarkan panjang menghurai sehingga berkhawin,

dan setelah berkhawin rambut akan disanggul rapi dan hiasan rantai seperti gorget di pakai di

leher. Penampilan rekaan pakaian yang berwarna warni menjadi amalan dan kesukaan mereka.

Rajah 2.15 Fesyen lelaki Gothic - Kot Lelaki mula dipanjangkan, awalnya ia kelihatan seperti

bolero pendek stail wanita

Page 9: 20121220151203Pakaian Pra Sejarah Barat

Rajah 2.16 Pakaian wanita di Zaman Gothic dengan hiasan rantai Neo- Gothic’s Gorget

1350 - 1425 AD: Renaissance Awal

Pakaian di zaman awal Renaissance menggunakan kain yang kurang berwarna-warni jika

dibandingkan dengan zaman selepas 1425 AD yang lebih berwarna-warni, namun banyak

kehilangan ciri-ciri nilai flora dan fauna dan menjadikan ia lebih kaku. Pakaian bahagian atas

dihiasi dengan aksesori yang lebih menarik dan sarat serta hiasan kepala yang lebih rumit seperti

lisu-lisu, tali pinggang, lengan gelembung yang besar. kaum lelaki pula lebih mementingkan

potongan rambut ‘bob’ bobbed haircuts dan memelihara janggut secara rapi dengan rambut ikal

sedikit.

Rajah 2.18 Kasut dan sarung kaki pakaian barat

Page 10: 20121220151203Pakaian Pra Sejarah Barat

Namun sekitar 1490an perubahan stail pakaian /costume bermula kepada yang lebih menonjol

dan berebeza-beza. Negara-negara yang terlibat seperti Eropah Utara yang lebih mementingkan

penampilan pada lengan yang berpadding, kasut sarung (doublet) dan stokin. Di Itali tidak

begitu melampau seperti di Utara, manakala Inggeris dan Perancis mengikut memimpin Itali

apabila mereka melekat pada abad pertengahan lebih banyak dipengaruhi gaya. Jerman

mengalami perubahan besar dan ekstrem. Mereka membuat penambahbaikan pada silhouette

berasaskan alam. Perubahan besar stail pakaian pada kepala, bahu, paha, perubahan kecil pada

bahagian dada, punggung, lengan dan kaki. Penggunaan bulu binatang sebagai hiasan pada

sebahagian besar kostum

Rajah 2.19 contoh hiasan kepala wanita barat

Ciri-ciri yang hampir sama masih dikekalkan seperti penggunaan bahan hiasan yang sarat,

lengan gelembung yang besar, pakaian yang menutupi tubuh, pakaian dipunggung yang besar,

bahagian kaki yang ketat, kasut bertumit tinggi dan penutup kepala yang menarik yang

menonjolkan imej maskulin dan feminin.

Rajah 2.20 contoh aksesori lelaki barat

Page 11: 20121220151203Pakaian Pra Sejarah Barat

Di abad ke enam belas pula perubahan pada kebanyakan potongan rambut lelaki yang dipotong

pendek atau mengikut selera individu. Seperti gaya lurus atau melengkung sesuai dengan sifat

pengguna. Sebagai lanjutan abad keenam belas lelaki memakai rambut pendek yang lebih moden

dengan topi. Wanita memakai topi bermahkota rendah dengan cara yang sama dengan laki-laki.

Kaum perempuan mendandan rambut mereka dengan rumit, manakala orang Jerman akan

membawa sehelai saputangan. Mereka memiliki rambut ditutupi dengan topi yang hiasan kepala

sepert sabit, induk anjing, Gable, telus topi setengah kubah, atau gorget dan wimple.

Rajah 2.21 contoh pakaian wanita barat

Warna kainnya lebih kuat dan berwarna gelap. Baldu hitam digunakan sebagai kain untuk dibuat

hiasan di kepala. Linen putih pula dipadankan dengan warna emas dan merah anggur untuk

dibuat kedut (ruffles) di pergelangan tangan.

1485 - 1520 AD: Italian Renaissance

Ia selama tempoh ini bahawa pakaian menjadi lebih "bersegi"; leher perempuan, contohnya,

dikerukkan sedikit lebih rendah, menjadi bersegi, dan dihiasi dengan baik batu halus atau renda

untuk orang kaya atau mulia. Kain mulai dimasukkan lapisan lebih, dan terbahagi di tengah

untuk mempamerkan bahagian pakaian bernama “Kirtle”, dikenakan di bawah kain

utama. Bahagian hujung badan mula dinaikkan lebih tinggi sedikit daripada pinggang

Page 12: 20121220151203Pakaian Pra Sejarah Barat

kebiasaannya, membuat kain lebih panjang lagi. Lelaki mula mengenakan doublet dan

underdoublets tanpa lengan,di mana yang terdahulunya labuh, disingkat sampai ke paras

pinggang. Lengan baju untuk lelaki adalah unik kerana sama ada ia dipadan atau diikat ke

lengan. Jenis pakaian seperti kot bernama “tabards” diperkenalkan, dan kadang-kadang

digunakan menggantikan jubah.

1500 - 1550 AD: Tudor England

Dibezakan oleh pakaian hiasan dan sangat indah pada masa itu, fesyen menjadi satu cara untuk

memaparkan kekayaan. Ruffs dipakai di leher, semata-mata untuk menunjukkan status dan

perhatian kepada trend semasa. Wanita mula memakai stomachers dan korset untuk membuat

pinggang mereka muncul lebih kecil, dan diperkenalkan skirt berpad diadakan dengan gelung,

yang digunakan untuk memegang gaun yang mencecah sehingga ke lantai. Orang-orang kaya

mula memakai sutera, baju yg berjumbai dan doublets terperinci ke atas sarun kaki. Barang

Kemas yang dipakai memainkan peranan yang berbeza dalam pakaian seharian, dan selalu

dipakai sebagai tambahan kepada pakaian setiap hari, kecuali oleh orang-orang miskin, yang

terus memakai pakaian bulu yang ringkas potongannya.

1550 - 1603 AD: Elizabethan Renaissance

Pakaian, telah menjadi penunjuk status, kini digunakan untuk mencerminkan status sosial

seseorang, tetapi kekayaan juga merupakan salah satu, umur, keutamaan peribadi, jenis badan,

dan status perkahwinan. Bangsawan perempuan ketika itu memakai beberapa lapis pakaian,

sampai dengan dan termasuk pakaian dalam, stokin, korset, verdingal, bumroll, kain dalam,

Kirtle, partlet, dan akhirnya gaun dan lengan. Headwear, terutama tinggi, topi berbulu, cukup

modis, seperti juga perhiasan dan sepit rambut. Lelaki juga mula memakai korset di samping

codpieces dan seluar pendek. Doublet tetap pakaian popular, dan topi berbulu pelepah adalah

hiasan sebagai simbol status lelaki atau profesion.

1620 - 1660 AD: Zaman Cavalier

Page 13: 20121220151203Pakaian Pra Sejarah Barat

Zaman awalnya, pakaian ketat era Elizabeth memberi laluan kepada pakaian yang lebih lembut

beralun, lebih selesa di zaman Cavalier. Ruffs (bahagian kolar keras tegak) digantikan oleh ruffs

jatuh, dan ini kurang leher halangan-lelaki digalakkan untuk membiarkan rambut mereka tumbuh

lagi. Mana-mana janggut atau kumis adalah kecil, dan kemas dipotong. Topi terus dihiasi dengan

hiasan yang sederhana. Topi Puritan hanya dihiasi dengan jejalur. Wanita menggayakan rambut

mereka dengan gaya pendek dan bergulung, atau di siput. Kolar digunakan untuk

menyembunyikan leher dan dada, dan lengan diolah lebih moden iaitu singkat di siku. Lengan

juga biasanya dihiasi dengan ruffles atau renda. Rangka untuk kain tidak dipakai lagi, dan paras

pinggang pakaian dinaikkan untuk mewujudkan bahagian tengah yang lebih singkat.

1660 - 1700 AD: The Restoration

Gaya Pakaian Eropah akan turun naik berulang kali selama beberapa ratus tahun berikutnya, dan

ditunjukkan oleh paras potongan atas dan ke bawah bahagian pinggang wanita, dan kemudiannya

sekali lagi, menjadi garis panjang bawah tubuh. Korset mula dipakai kembali dan baju bermula

memaparkan garis leher ditebuk luas dan bahu dijatuhkan. Lengan panjang tinggal di siku,

walaupun kolar keras dan hiasan pada mereka menjadi lebih menonjol. Sekitar 1680, mantua

muncul dalam gaya orang eropah. Mantua, adalah sepasang gaun longgar, berevolusi menjadi

gaun bahagian atas, biasanya dikenakan di atas skirt dan stomacher. Wanita ikalkan rambut

bermula dengan bertumpu pada bahu, dan dinaikkan semakin tinggi hingga, pada akhir abad ini,

ia ditumpuk di atas dahi. Gaya rambut ini biasanya ditutup oleh sebuah fontange, aksesori

bahagian kepala. Lelaki bergaya dengan mantel panjang, mulanya menjadi bolero, dan kemudian

berevolusi menjadi sehelai mantel yang dipanggil justacorps, menjadi gaya kegemaran lelaki

ketika itu. Pemakaian rambut palsu juga bermula pada zaman tersebut buat pertama kalinya.

1715 - 1790 AD: Kurun ke 18

Pakaian dalam abad kelapan belas, terutamanya di negara baru dari Amerika, hadir dalam

beberapa variasi dan bentuk, terutama dengan "skirt wanita, yang boleh digunakan dalam

pelbagai cara mengikut rangka kain digunakan di bawah skirt mereka. Labuh lengan tetap di

siku, walaupun panjang sekarang berubah-rubah di sesuaikan dengan cuaca atau fungsi. Korset,

pada waktu itu menjadi pakaian utama di dalam almari pakaian wanita. Perempuan juga mula

Page 14: 20121220151203Pakaian Pra Sejarah Barat

memakai rambut palsu yang berhiasan, dan gaya rambut ini, terutama di Perancis, menjadi tinggi

melampau dan sangat kompleks. Lelaki terus mengenakan rompi, seluar, dan mantel awalnya,

tapi jenis fabric berubah kepada jenis kain wool kasar untuk memudahkan kegiatan sehari-hari

seperti memburu dan olah raga menjadi aktiviti yang lebih popular. Topi Tricorne muncul dan,

menjelang akhir abad ini, yang disingkat menjadi topi bicorne.

1790 - 1815 AD: Revolusi and Empayar

Topi bicorne menjadi teras dalam seragam tentera, seperti yang digunakan oleh Napoleon

Bonaparte. Selepas Revolusi Perancis, gaya aristokrat ditinggalkan, dan korset, sekali lagi,

disingkirkan dari pakaian perempuan.Potongan ‘empire waist’ mula digemari oleh wanita ketika

itu. Wanita muda disarankan memaki warna-warna lembut manakala wanita yang berumur akan

memilih warna-warna yang lebih terang dan garang. Sarung tangan, payung, dan kipas menjadi

aksesoris popular. Apda pertengahan 1790 itu, perempuan mulai berpakaian dengan gaya seperti

Greek Klasik. Meskipun tidak sangat popular, itu tetap sebuah aliran berbeza dalam

berpakaian. Pakaian lelaki akhirnya membuang semua perhiasan dan beralih kepada jenis

potongan dan mutu. Kot perlu ada M—shaped notch di bahagian kolar, dan topi kon

digunakan. Rambut elaki muda digayakan keriting dengan jambang di tepi telinganamun, lelaki

yang lebih tua masih menggayaka rambut palsu.

1815 - 1848 AD: Romantic

Pakaian wanita sekali lagi menggunakan korset, dan potongan lengan gigot

diperkenalkan. Tebuk Leher luas dan gelung untuk rangka skirt digunakan untuk mendapatkan

bentuk ‘hourglass’. Wanita mengrintingkan rambut, dan digayakan dengan topi penuh

hiasan. Kemeja lelaki kelihatan kemas,berkolar tegak dan redingnotes adalah pakaian waktu

siang yang popular dan boleh juga single breasted atau dobble breasted. Seluar panjang

menggunakan bukaan ‘fly’ diperkenalkan . Topi sangat popular bagi kaum lelaki, dan rambut

mereka juga dikerintingkan dan menyimpan kumis juga adalah satu fenomena ketika itu.

1868 - 1879 AD: Bustle pertama

Page 15: 20121220151203Pakaian Pra Sejarah Barat

Pada tahun 1870, kepulan skirt wanita telah berpindah ke bahagian belakang, di mana disokong

oleh ‘bustle’ dan dihiasi dengan kain. Gaun untuk minum the dan gaun artistik juga

popular.Penggayaan rambut menutupi dahi juga popular dengan topi kecil dihiasi ‘veil’ dan topi

musim panas menjadi popular. Lelaki mula menerima kain yang bercorak untuk kemeja dan tali

leher digantikan dengan ‘ascot tie’.

1880 - 1889 AD: Bustle Kedua

“Bustle’ digayakan bersama korset penuh, dan torso panjang kembali ke dunia fesyen pakaian

perempuan. Sarung tangan selalu digunakan untuk menambah seri pakaian dan topi yang

popular ialah yang melengkung dihujungnya. ‘Ditto suit’ menjadi popular dikalangan lelaki, dan

terdiri dari kot luar, rompi dan seluar. Kasut berbentuk tirus dibahagian depan dan tumit lebih

tinggi dari sebelumnya.

1890 - 1899 AD: La Belle Epoque

Korset masih lagi dipakai, tapi ‘bustle’ menurun dalam populariti, dan lengan menjadi lebih

ketat, dengan puff kecil. Blaus wanita diperkenalkan dan menjadi sebahagian dari pakaian utama

bagi perempuan yang bekerja. Leher tetap tinggi, dan adakalanya menjadi kolar. ‘ Ditto suit’

tetap popular bagi lelaki walaupun blazer dan jaket Norfolk mula mendapat tempat bagi pencinta

fesyen. Rambut lelaki ketika itu,pendek dan kemas, ciri janggut berbentuk tajam dan berkumis.

1900 - 1913 AD: Edwardian

Bentuk ‘hourglass’ sekali lagi menjadi popular dikalangan perempuan, dan "korset sihat"

diperkenalkan untuk lebih selesa. Skirt panjang adalah pilihan utama hingga pada akhir dekad,

dan bentuk badan kelihatan langsing dengan skirt yang tidak mencecah lantai. Rambut panjang

mayang mengurai sangat popular, walaupun sering disepit di bawah topi lebar yang

berhiasan. Lelaki memakai ‘mantle lounge’ ,rompi diikancing tinggi di dada. Ikatan ‘four-in-

hand’ untuk tali leher adalah pilihan sehari-hari bagi lelaki, manakala bow tie dipakai dengan

tuksedo dan ‘ascot tie’ dipakai pada waktu siang sahaja.

Page 16: 20121220151203Pakaian Pra Sejarah Barat