falsafah pendidikan islam & barat

Upload: uzzairah-nabila

Post on 08-Jul-2015

1.166 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Falsafah pendidikan Barat berasal daripada 4 mazhab falsafah umum Barat. Kebanyakan objektifnya menjurus kepada perkembangan intelektual, hubungan sosial dan pembinaan semula masyarakat. Falsafah pendidikan Islam berteraskan wahyu, iaitu AlQuran dan As-Sunnah yang menerangkan hubungan antara manusia dengan Pencipta, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam sekitar. Kedua-dua falsafah ini mempunyai persamaan dari pelbagai segi yang tidak kita sedari.

FALSAFAH: pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. PENDIDIKAN: Pendidikan dari segi bahasa bermaksud memelihara, membimbing atau mengasuh kanak-kanak. Pendidikan membawa pelbagai maksud. Namun, kesemuanya menjurus tentang usaha perkembangan manusia. FALSAFAH PENDIDIKAN: John Dewey menegaskan bahawa falsafah pendidikan ialah sebagai satu pembentukan kemampuan dasar yang fundamental, intektual, fungsional ke arah menuju ke tabiat manusia yang cemerlang dan bertamadun.

KEPENTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN dibentuk kerana wujud persoalan yang saling berkaitan antara falsafah dengan pendidikan yang tidak terjawab. menjadi asas kepada pembentukan sesuatu sistem pendidikan serta panduan yang amat penting dalam pelaksanaan sistem pendidikan tersebut.

memainkan peranan sebagai tumpuan kepada segala idea dan juga pemikiran tentang pendidikan; menjelaskan hala tuju kepada segala usaha untuk memajukan sistem pendidikan negara sebagai asas atau dasar dalam menentukan matlamat pendidikan sesebuah negara

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAMsatu usaha perlaksanaan teori dan juga method dalam bidang pengalaman manusia dipanggil pendidikan. Oleh yang demikian, Falsafah Pendidikan Islam merangkumi aspek matlamat, kandungan serta dasar Pendidikan Islam.

falsafah yang menentukan segala tujuan akhir maksud, nilai, objektif serta cita-cita yang telah ditentukan oleh falsafah hidup Islam dan juga telah dilaksanakan dalam proses pendidikan.

pendidikan yang berterusan ke arah perkembangan yang seimbang diri seseorang individu itu dari pelbagai aspek iaitu rohani, intelek dan juga fizikal yang akan membawa individu yang beriman, berilmu, bertaqwa serta beramal soleh untuk membina masyarakat yang rohani, saling menghormati, dan juga saling membantu antara satu dengan yang lain. pula telah mendefinisikan pendidikan sebagai pendidikan bagi keseluruhan hidup setiap manusia termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak serta tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan umat manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan juga kejahatan, kemanisan serta kepahitan hidup.

SUMBER FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAMSumber yang utama

AL-QURAN

ALSUNNAH

Intisari yang Maha Esa, Mutlak serta kekal.

Metafizik Pengetahuan tentang kebenaran mutlak iaitu hak melalui dua cabang ilmu ; 1)Ilmu Naqli = fardu ain 2) Ilmu Aqli = fardu kifayah.

Epistemologi

Kebagusan mutlak (kamil) yang ditetapkan oleh Allah S.W.T dengan ekspresi lahiriah dalam bentuk Aksiologi kebagusan relatif (ketaqwaan).

FUNGSI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAMPemindahan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan peranan tersebut.

Pemindahan nilai-nilai dari generasi tua kepada generasi muda.

FUNGSI PENDIDIKAN

Penyiapan generasi muda untuk mengisi perananperanan pada masa hadapan.

Mendidik anak didiknya beramal di dunia untuk memtik hasilnya di akhirat kelak.

menimbulkan keadaan yang dapat membantu manusia dalam melaksanakan kehidupannya sebagai khalifah dan hamba Tuhan atau dengan erti lain manusia diberi amanat untuk mengembangkan sifat Tuhan di muka bumi sehingga berjaya membentuk satu tamadun Ilahi yang berbeza daripada tamadun duniawi yang 'sekular' atau yang tidak diasaskan atas kehendak Tuhan

Al-Jismiyah (pendidikan jasmani)

AlIjlimaiyah (pendidikan sosial)

AlKhuluqiyah (pendidikan akhlak)

Al-Aqiliyah (pendidikan mental)

BIDANG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

AlImaniyah (pendidikan iman)

Al-Nafsiyah (pendidikan jiwa)

Al-Jinisiyah (pendidikan seks)

Qiyas Al-Sunnah Ijma

Al-Quran

SUMBER FALSAFAH PENDIDIKAAN ISLAM

Ijtihad para ulama

PENDIDIKAN BERSEPADU SERTA SEIMBANG DALAM ISLAMpendidikan agama dan moral/akhlak

ROH

pendidikan mengenai jasmani, kesihatan, pemakanan dan riadah JASAD

pendidikan yang menggunakan kaedah saintifik rasional dan empirikal

AKAL

INSAN KAMIL

TauhidPersamaan saudara sejagat

Manusia semulajadi tidak berdosa

Kehidupan sesudah mati

DASAR PENDIDIKAN ISLAMPercaya kepada Nabi & Rasul

Percaya kepada wahyu

Manusia bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri

MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM Mewujudkan perkembangan yang seimbang dalam setiap diri individu dengan nilai Islam. Menggalakkan umatnya mempelajari bidang ilmu pengetahuan yang lain. Melengkapkan manusia dengan ilmu pengetahuan Islam supaya dapat hidup sebagai seorang yang beriman, berakhlak tinggi, berpengetahuan serta beramal soleh. Kurshid Ahmad (1974), pendidikan menurut Islam mestilah dapat melahirkan manusia yang mempunyai pendidikan dan keyakinan yang kukuh terhadap idealism Islam. i. Manusia yang bertaqwa. ii. Manusia Taabuddi. iii. Manusia yang bercita-cita tinggi.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Peranan ibubapa

Kanak-kanaK

PROSES PENDIDIKAN

Terdidik

Berilmu Bertaqwa Berakhlak Berdisiplin

Institusi pendidikan dan masyarakat

KONSEP PENDIDIKAN DALAM ISLAMTARBIAH (mengasuh/ memelihara/ membaiki)

TA'DIB

(mendidik/ membentuk adab & akhlak)

TA'LIM (pengajaran)

KESEPADUAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Falsafah Pendidikan Tradisional

Falsafah Pendidikan Islam

Falsafah Pendidikan Moden

FPK

CIRI-CIRI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pembangunan seumur hidup dan seluruh potensi meliputi roh, akal serta jasad.

Mengimbangi antara kehidupan di dunia dan di akhirat.

Mempunyai sifat yang dapat membentuk akhlak, melahirkan insan yang sempurna sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Bersifat dinamik dan terbuka terhadap idea serta penemuan baru bertujuan untuk membawa kepada kebenaran dan juga kesejahteraan hidup.

Bersifat sejagat dan secara menyeluruh iaitu merangkumi dari segala aspek kehidupan bermasyarakat serta kepercayaan agama.

Bersifat murunah yang bermaksud boleh diubah, dibentuk serta disesuaikan mengikut kehendak semasa dan juga tempat selagi tidak bercanggah dengan akidah Islam.

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT Terbahagi kepada dua golongan iaitu falsafah tradisional dan falsafah moden. Falsafah tradisional ialah essensialisme dan perenialisme manakala falsafah moden ialah progresivisme, rekonstruksionisme dan eksistensialisme. Falsafah tradisional menetapkan bahawa sesuatu matlamat dalam kehidupan manusia ditentukan oleh kuasa autoriti luar yang lebih tinggi. Dalam falsafah moden, kelonggaran diberikan kepada manusia di dalam ketentuan tentang apakah matlamat yang hendak dicapai di dalam kehidupannya.

LIMA FALSAFAH PENDIDIKAN BARATEsensialisme Dibentuk oleh Wiliam C. Bagley (1938) Menjadi amalan di kebanyakan sekolah di Amerika Syarikat. Menumpukan usaha untuk mengkaji semula kurikulum sekolah, membezakan program sekolah yang dianggap penting dan kurang penting serta membentuk semula autoriti guru. Di sekolah rendah, perkara yang penting adalah kemahiran 3M, sejarah dan bahasa asing. Disekolah menengah pula perkara yang penting adalah perkara yang dipentingkan di sekolah rendah dan diperkembangkan menjadi lebih khusus dan mencabar.

Perenialisme Menurut ahli-ahli perenialisme, pelajar dapat mendisiplinkan akalnya dengan mempelajari perkara yang dianggap penting pada masa lampau tetapi masih berguna pada masa kini. Membawa pandangan pendidikan yang konservatif dan tradisional Tujuan pembelajaran adalah untuk mendisiplinkan akal. Contoh : Matematik, bahasa, logik. Ia mesti dipelajari samaada ia digunakan ataupun tidak. Kurikulum sekolah menekankan perkara sejagat dan tema kehidupan manusia yang tetap. Mempercayai bahawa pendidikan diberikan kepada pelajar yang lebih pintar sahaja.

Progresivisme Dibentuk di AS pada pertengahan tahun 1920-an. Muncul daripada pragmatisme dan disesuaikan dengan pendidikan oleh John Dewey. Ahli-ahli progresivisme menggambarkan pelajar sebagai individu yang berpengalamam, berfikiran dan suka menggembara. Menggambarkan guru sebagai pembimbing yang membantu pelajar menghadapi masalah dalam persekitaran yang berubah. Memberikan tumpuan kepada proses pembelajaran. Sekolah bukan sahaja tempat untuk belajar tetapi juga untuk hidup bermasyarakat. Menggalakkan pelajar saling berkomunikasi dan berhubungan diantara satu sama lain.

Rekonstruksionisme Bermula dalam tahun 1920-an Berpegang pada falsafah pragmatisme dan prinsip progresivisme danmenambah pembentukan semula masyarakat. Mereka berusaha untuk menbina masyarakat baru yang unggul. Mempercayai bahawa sekolah memainkan peranan penting untuk membentuk masyarakat yang lebih baik.

Eksistensialisme Kebanyakan ahli falsafah eksistensialisme tidak banyak menulis tentang pendidikan. Falsafah ini kurang memberi tumpuan kepada bidang lain seperti politik, undang-undang dan pendidikan. Memberi tumpuan kepada aspek individu itu sendiri. Menyatakan bahawa individu bertanggungjawab terhadap setiap perkara yang datang kepadanya. Seseorang itu diberi kebebasan untuk memilih dan perlulah memilih apa yang terbaik untuk dirinya. Peranan guru bukanlah sebagai penyebar pengetahuan atau pembimbing semata-mata tetapi seseorang yang dapat membantu pelajar berjaya dalam usaha kesedaran kendiri. Guru juga mestilah sentiasa melibatkan diri bersama-sama pelajar.

Perbezaan antara falsafah pendidikan islam dengan falsafah pendidikan barat Falsafah pendidikan islam mempunyai sumbernya yang khusus iaitu al-quran dan al-sunnah. Falsafah pendidikan umum pula bersumberkan penyelidikan manusia dan pengalaman manusia semata-mata. Falsafah pendidikan barat tidak dapat memberikan panduan yang sempurna kepada seluruh umat manusia. Falsafah pendidikan islam lebih menyeruruh ,yang bertujuan untuk melahirkan insan yang mulia dan mampu mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat. Falsafah pendidikan islam menekankan kepada aspek kehidupan bermasyarakat dan kepercayaan kepada agama. Sebaliknya falsafah pendidikan abrat lebih menekankan kepada kebebasan individu dan maerialistik.

KEBAIKAN DAN KEBURUKANKEBAIKAN Sentiasa mengemukakan prinsip atau kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam bidang pendidikan. Sentiasa mencari jalan penyelesaian yang sesuai untuk mengatasi masalah dalam bidang pendidikan. Mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk melahirkan insan yang baik, berakhlak dan harmonis. Mengunakan kaedah pemikiran rasional, penyelidikan yang mendalam dan kaedah yang sistematik bagi menyelesaikan masalah. KELEMAHAN Falsafah pendidikan barat hanya berasaskan pemikiran, penyelidikan dan pengalaman manusia yang terbatas dan berubah dari semasa ke semasa. Tidak dapat memberikan panduan yang sempurna kepada umat manusia.

Persamaan Falsafah Pendidikan Barat dan Falsafah Pendidikan Islam.1) 2) Dari segi disiplin falsafah pendidikan islam mengatakan bahawa pendidikan moral yang dikehendaki Islam bukanlah semata-mata dengan mempelajari dan mengetahui mengenai moral. Falsafah pendidikan barat pula menguraikan, tugas utama dalam proses pendidikan ialah mendisplinkan mental dan jiwa pelajar, di samping mengembang potensi menaakul. Peranan sekolah falsafah pendidikan barat mengatakan bahawa pendidikan di sekolah merupakan sebahagian kehidupan harian pelajar. Maka, sekolah bukan sahaja tempat untuk memperolehi ilmu pengetahuan, tetapi juga sesuatu tempat untuk pelajar bekerja dan hidup secara bermasyarakat. Falsafah pendidikan islam pula, sekolah adalah satu tempat untuk menjaga dan memelihara pembesaran tubuh badan dan pertumbuhan bakat manusia dengan rapi supaya dapat melahirkan orang yang berilmu, baik tingkah laku dan dapat mengekalkan nilai-nilai budaya di kalangan masyarakat.

3) Pengajaran melalui pengalaman Falsafah pendidikan islam adalah untuk menyiapkan generasi muda untuk memegang peranan-peranan tertentu dalam masyarakat pada masa yang akan datang. Falsafah pendidikan barat menerangkan bahawa pengalaman sebenarnya ialah hasil interaksi manusia dengan elemen-elemen dalam alam persekitaran dan alam sosial, di mana pengalaman individu merupakan tempat utama dalam proses interaksi tersebut. 4) Peranan seorang guru falsafah pendidikan barat mengatakan guru memainkan peranan utama dalam proses pendidikan, membantu pelajar memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa, agar mereka berjaya hidup dalam masyarakat secara terus menerus. Falsafah pendidikan islam menerangkan selain guru, terdapat sesetengah orang yang berperanan sebagai guru, contohnya ulama dan tokoh-tokoh islam yang memainkan peranan sebagai guru.

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT DAN ISLAM DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA falsafah pendidikan Islam: Usaha mewujudkan FPN menunjukkan bagaimana teori menyepadukan antara elemen roh, jasad dan akal untuk menghasilkan manusia yang mempunyai keseimbangan emosi telah diterapkan dalam sektor pendidikan di Malaysia sehingga kepada asas yang paling kukuh sekali. Fasafah pendidikan Barat: pendidikan di Malaysia melihat falsafah pendidikan barat sebagai satu ikutan atau role model. Ia tertumpu kepada inovasi kurikulum sekolah -dirancang secara sistematik, guru memainkan peranan utama, latihan intelek dan mental, 3M diterapkan dan nilai-nilai kemasyarakatan ditekankan.

THE END