pengajian perniagaan kertas 1 - …mykamarilmu.weebly.com/uploads/1/9/2/4/19240145/stpm-pp1.pdf ·...

4
SULIT 946/1 PPSTPM2008 PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1 (Tiga Jam) SMK MATANG JAYA PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM TAHUN 2008 Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN Jawab empat soalan sahaja: semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam Bahagian B. Semua kerja penghitungan hendaklah ditunjukkan dengan jelas. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung[ ]. Kertas soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak

Upload: ngodien

Post on 06-Mar-2018

243 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

SULIT 946/1 PPSTPM2008

PENGAJIAN PERNIAGAAN

KERTAS 1

(Tiga Jam)

SMK MATANG JAYA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM TAHUN 2008

Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN Jawab empat soalan sahaja: semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam Bahagian B. Semua kerja penghitungan hendaklah ditunjukkan dengan jelas. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung[ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak

2

Bahagian A

Jawab semua soalan.

1 (a) Huraikan bagaimana faktor ekonomi mempengaruhi aktiviti perniagaan. [2]

(b) Terangkan tiga peranan untung dalam perniagaan. [3]

(c) Nyatakan empat kepentingan misi sesebuah organisasi. [2]

(d) Huraikan tiga kepentingan pengorganisasian. [3]

(e) Jelaskan dua kegunaan Carta Gantt. [2]

(f) Bezakan antara kelebaran dan kedalaman campuran produk. [2]

(g) Jelaskan maksud ekuiti dan hutang. [3]

(h) Terangkan prinsip penuh percaya dalam konteks insurans. [3]

(i) Nyatakan tiga ciri pemikiran kreatif. [3]

(j) Nyatakan dua alat pembuatan keputusan secara kuantitatif . [2]

2 (a) Dengan memberikan gambar rajah, nyatakan peringkat-peringkat kitaran hayat keluaran dan huraikan ciri-ciri setiap peringkat tersebut. [10] (b) Jelaskan dua konsep fungsi perniagaan di bawah (i) Campuran pemasaran (ii) Campuran promosi [6]

(c) Jelaskan tiga kategori penyelesaian masalah yang boleh dilakukan oleh En Ahmad di dalam membuat keputusan pembelian produk. [9]

3

Bahagian B

Jawab dua soalan sahaja 3 (a) Huraikan lima unsur persekitaran tugas yang mempengaruhi perindustrian kereta di Malaysia. [15]

(b) Terangkan ciri-ciri dan peranan yang dimainkan oleh sektor awam, swasta dan badan berkanun dalam membangunkan perniagaan di Malaysia. [10]

4 (a) Syarikat Masa Sdn. Bhd. merupakan sebuah kilang yang mengeluarkan jam tangan berjenama Watch. Huraikan langkah-langkah dalam proses pengawalan bagi pengeluaran jam tangan di kilang tersebut. [6]

(b) Pihak syarikat bercadang menjual jam tangan dengan harga RM120 seunit. Kos berubah ialah 60% daripada harga jualan dan kos tetap adalah sebanyak RM500 000. (i) Hitung kuantiti jualan yang menghasilkan pulang modal dan jumlah kos operasi yang terlibat pada kuantiti jualan tersebut. [3 ] (ii) jika pihak syarikat meramalkan kuantiti jualan jam tangan dalam sebulan ialah 20 000 unit, hitung dan tentukan sama ada syarikat tersebut mengalami untung atau rugi pada kuantiti jualan tersebut. [3] (iii) Hitung harga jualan seunit jam tangan bagi pengeluaran 20 000 unit jam tangan dalam mencapai titik pulang modal. [3]

(c) Terangkan proses yang perlu dilalui untuk pembinaan sesebuah pasukan. [10]

5 (a) Huraikan pendekatan kontigensi dalam pengurusan. [10] (b) Huraikan teori motivasi oleh Abraham Maslow [5] (c) Huraikan perkara-perkara yang berikut :

(i) Jangkauan kawalan dan rantaian arahan (ii) Delegasi

(iii) Misi dan objektif (iv) Hierarki pengurusan [10]

4

6) (a) Latihan dan pembangunan ialah satu daripada aspek penting dalam pengurusan sumber manusia. (i) Huraikan maksud latihan dan pembangunan serta kepentingannya kepada pekerja. [11] (ii) Nyatakan tiga kelebihan dan tiga kelemahan latihan sambil bekerja. 6] (b) Jelaskan langkah-langkah yang terlibat dalam proses tindakan disiplin. [8] 7 (a) Huraikan tiga kemahiran pengurusan yang sangat diperlukan oleh pengurus atasan. [9] (b) Jelaskan tiga tanda ketegangan berkaitan dengan individu. [6]

(c) Huraikan empat kaedah yang boleh digunakan oleh organisasi bagi mengatasi masalah ketegangan . [10]

8 (a) Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan langkah-langkah dalam proses pembuatan keputusan yang perlu diambil oleh pengurus syarikat tersebut. [12]

(b) Jelaskan dengan mengenal pasti jenis-jenis keputusan yang terlibat dalam contoh di bawah:

(i) Penetapan gaji pekerja mengikut skil dan gred (ii) Mereka bentuk dan memasarkan suatu produk baru (iii) Syarikat mendermakan 1% daripada keuntungan untuk kebajikan anak-anak yatim

(iv) Pesaing membuka pernigaan berhampiran dengan syarikat kita [8] (c) Jelaskan maksud sikap proaktif yang dikemukakan oleh Stephen Covey. [5]

Kertas soalan tamat