manual pengajian perniagaan 2014

20
TERHAD 0 TERHAD PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) Penggal 3 Tahun 2014 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja. ______________________________________________________________________________ Manual ini terdiri daripada 20 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia 2014 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

Upload: angus-loh

Post on 19-Jan-2016

147 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Manual Pengajian Perniagaan 2014

TRANSCRIPT

Page 1: Manual Pengajian Perniagaan 2014

TERHAD

0 TERHAD

PEPERIKSAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Kerja Kursus

Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

Penggal 3 Tahun 2014

PERINGATAN:

Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja.

______________________________________________________________________________

Manual ini terdiri daripada 20 halaman bercetak.

© Majlis Peperiksaan Malaysia 2014

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

Page 2: Manual Pengajian Perniagaan 2014

TERHAD

1 TERHAD

Kandungan

Bil Perkara Halaman

BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan 2

2.0 Objektif Penilaian 2

3.0 Pelaksanaan kerja kursus 2

3.1 Arahan Am 2

3.2 Tanggungjawab Pengetua 2

3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan

Kerajaan

3

3.4 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 4

3.5 Tanggungjawab Calon 5

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 6

5.0 Format Penulisan 7

6.0 Struktur Penulisan 8

7.0 Penskoran Markah 8

8.0 Skema Penskoran Markah 9

BAHAGIAN II : CALON

9.0 Tanggungjawab Calon 10

10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 11

11.0 Format Penulisan 12

12.0 Struktur Penulisan 12

Soalan kerja kursus Pengajian Perniagaan 4 (946/4) 14

Lampiran 16-19

Page 3: Manual Pengajian Perniagaan 2014

TERHAD

2 TERHAD

BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan

Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah

swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Penggal 3, yang dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada

tarikh yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang

akan diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir

untuk membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini.

Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian

Perniagaan STPM.

2.0 Objektif Penilaian

Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai dan memperkukuh kemampuan calon untuk:

2.1 Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini

2.2 Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada

dalam sebuah organisasi yang baik

2.3 Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik di organisasi kajian kes berkenaan

2.4 Menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran

3.0 Pelaksanaan kerja kursus

3.1 Arahan am

3.1.1 Kerja kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama ada

calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon persendirian individu.

3.1.2 Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil

mata pelajaran Pengajian Perniagaan pada penggal 3 pengajian tingkatan enam.

3.1.3 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran yang berterusan.

3.2 Tanggungjawab Pengetua

3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah.

3.2.2 Memastikan ahli jawatan kuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk

Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam

mempunyai fail kerja kursus bagi mata pelajaran masing-masing.

3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 hendaklah dibimbing dan

diselia oleh guru Pengajian Perniagaan

3.2.4 Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan

3.2.5 Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus dinilai dan diberikan markah oleh

guru mengikut peraturan pemarkahan yang ditetapkan.

Page 4: Manual Pengajian Perniagaan 2014

TERHAD

3 TERHAD

3.3 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah

Bantuan Kerajaan

3.3.1 Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan

bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan melaksanakan kerja

kursus.

3.3.2 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon.

3.3.3 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan

berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

3.3.4 Memberikan taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya

3.3.5 Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan

3.3.6 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,

memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan

3.3.7 Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapat

dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus

3.3.8 Memastikan calon melaksanakan kerja kursus

3.3.9 Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka

boleh membaiki hasil kerja

3.3.10 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik

3.3.11 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian

Perniagaan secara individu

3.3.12 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah

semasa pencarian atau pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus

Pengajian Perniagaan

3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian Perniagaan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon

hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah

ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)

3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang

telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan

kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya

akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM

3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan

Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus

Pengajian Perniagaan

3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon

3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja

Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi

membincangkan penghasilan kerja kursus

3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan

calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon

3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan,

BMKKC (Lampiran 4), dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke

sekolah calon yang baharu

Page 5: Manual Pengajian Perniagaan 2014

TERHAD

4 TERHAD

3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM

ketika mentaksir kerja kursus calon

3.3.21 Menilai hasil kerja calon secara berterusan

3.3.22 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon

3.3.23 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon

perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.

3.3.24 Memeriksa atau menilai atau mentaksir kerja kursus Pengajian Perniagaan bagi

setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC)

3.3.25 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi

e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan

kerja kursus dan tidak mengambil kertas 946/4.

3.3.26 Memastikan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi

setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan

diumumkan

3.4 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Swasta

3.4.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan

menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan

3.4.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan

3.4.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM

dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon

3.4.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:

(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan

(b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan

(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tugasan

3.4.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,

memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus

3.4.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon

semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah

3.4.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu

3.4.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus berdasarkan garis panduan

dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus

3.4.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus

mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder kerja

kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru

berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus.

3.4.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data atau maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus

3.4.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah

semasa pencarian atau pengumpulan maklumat

Page 6: Manual Pengajian Perniagaan 2014

TERHAD

5 TERHAD

3.4.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan

penulisan kerja kursus

3.4.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian

Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak

sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus

seperti yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)

3.4.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang

telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan

kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM

3.4.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja

Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi

membincangkan penghasilan kerja kursus.

3.4.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan

calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon

3.5 Tanggungjawab calon

3.5.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib

melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan.

3.5.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal

tiga sehingga tamat penggal tersebut.

3.5.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian.

3.5.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi

(TMK) bagi mencari dan mengumpul data.

3.5.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu.

3.5.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu

menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.

3.5.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat

bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.

Page 7: Manual Pengajian Perniagaan 2014

TERHAD

6 TERHAD

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

Tarikh Perancangan dan

perlaksanaan aktiviti Tindakan guru Tindakan calon

26 Mei

2014

Tugasan kerja kursus

diterima

Taklimat tugasan kerja

kursus kepada calon

(sila rujuk manual kerja

kursus)

Menerima arahan tugasan.

Semak

http://www.mpm.edu.my

Memahami skop tugasan

kerja kursus

Merancang jadual kerja

14 Jun

hingga 15

Jun 2014

Taklimat JU dengan

Guru Tingkatan 6 Menghadiri taklimat

tersebut dan

memberikan sepenuh

perhatian semasa

taklimat berlangsung

16 Jun

hingga 27

Jun. 2014

Persiapan awal

sebelum menjalankan

Kerja kursus

Membincangkan dan

membimbing pemilihan

tajuk, responden kajian,

dan jadual kerja

Menyediakan surat-

menyurat

Menyemak keperluan

peralatan dan instrumen

kajian

Menjelaskan pelajar

tentang elemen

kemahiran insaniah (soft skills) yang akan dinilai

Membimbing pelajar

melaksanakan aktiviti

lapangan

Membantu penyelesaian

masalah yang timbul

Memantau

perkembangan tugasan

Membuat persiapan awal:

Keperluan kewangan

Pengesahan sekolah dan

kebenaran penjaga

Perancangan kerja

Penyediaan peralatan dan

instrumen seperti borang

soal selidik

Mengenal pasti sumber

rujukan, seperti sumber

sekunder, sumber Internet,

dan sumber-sumber lain.

Mengumpul data dan

maklumat melalui

pemerhatian, pencerapan,

pengukuran, temu bual dan

kaji selidik

Memperoleh data dan

maklumat dari sumber

sekunder

30 Jun

hingga 1

Ogos 2014

Penyediaan dan

penulisan laporan

Kerja kursus untuk sesi

penilaian

Menjelaskan item-item

yang dinilai dalam

penulisan laporan kerja

kursus

Membimbing calon

untuk menulis laporan

mengikut format yang

ditetapkan

Membaiki kelemahan

dan membimbing calon

membuat

penambahbaikan

Menyusun dapatan (data

dan maklumat) mengikut

keutamaan dan struktur

tugasan

Memproses, mentafsir,

menganalisis, dan merumus

data dan maklumat

Mempersembahkan data

dan maklumat dalam bentuk

yang sesuai, seperti peta

lokasi, jadual, graf, carta,

dan lain-lain

Membincangkan dapatan

hasil kajian dan

menghubung kait dengan

prinsip dan teori yang

dipelajari

Page 8: Manual Pengajian Perniagaan 2014

TERHAD

7 TERHAD

Berlatih membuat

pembentangan mengikut

format yang sesuai

4 Ogos

hingga 23

Sept. 2014

Sesi pembentangan

dan penilaian Memeriksa dan memberi

markah laporan kerja

kursus dan

pembentangan

Hantar laporan bertulis

Sesi pembentangan

(10 minit hingga 15 minit

sahaja untuk setiap calon)

24 Sept.

hingga 24

Okt. 2014

Penskoran kerja

kursus dan hantaran

markah ke MPM

Menghantar markah ke

MPM

24 Sept.

hingga 23

Okt. 2014

Penyelarasan markah kerja kursus oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

15 Okt.

2015

Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan)

5.0 Format Penulisan

5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan

5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian

mengikut format berikut:

(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja

(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci

(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)

(d) Langkau (spacing): 1.5

(e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten

5.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak

melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran

5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk menyokong penulisan.

5.5 Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut:

(a) Kulit hadapan kerja kursus calon (Lampiran 1)

(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)

(d) Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)

(e) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan

5.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan

berjilid.

Page 9: Manual Pengajian Perniagaan 2014

TERHAD

8 TERHAD

6.0 Struktur Penulisan

Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan tetapi laporan kerja kursus hendaklah disediakan secara individu. Oleh itu, satu laporan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat.

Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

(a) Pengenalan/Tajuk dan Abstrak

Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.

(b) Objektif kajian

Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah

ditentukan.

(c) Latar belakang/Lokasi kajian

Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan, letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan

alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian yang dijalankan.

(d) Kaedah kajian

Huraian tentang cara kajian dilakukan, seperti pengukuran, pencerapan, soal selidik,

temubual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh

melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta.

(e) Dapatan kajian dan perbincangan

Pembentangan dan perbincangan tentang dapatan kajian yang telah dianalisis, merangkumi punca, proses, dan impak serta membandingkan, membezakan, dan menilai fakta dan

maklumat. Hasil kajian hendaklah dalam bentuk penulisan kajian dan boleh disokong

dalam bentuk jadual, rajah, dan graf.

(f) Penutup

Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan

(g) Senarai rujukan

(h) Lampiran

7.0 Penskoran markah

Penilaian kerja kursus dibuat terhadap laporan bertulis dan pembentangan hasil kerja calon. Calon mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yang

dikemukakan sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar. Penilaian

bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat oleh guru mata pelajaran

berkenaan. Penilaian bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu dibuat oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM.

Page 10: Manual Pengajian Perniagaan 2014

TERHAD

9 TERHAD

8.0 Skema Penskoran Markah Kerja Kursus

Bil. Kriteria Markah

1 Pengenalan/Tajuk dan Abstrak 3

2 Objektif kajian 2

3 Latar belakang/lokasi kajian 6

4 Kaedah kajian 7

5 Dapatan kajian dan perbincangan

(i) Susunan dan kekemasan laporan 10

(ii) Kecukupan, ketepatan, dan kesesuaian maklumat 15

(iii) Analisis dan pentafsiran 15

(iv) Gaya dan bahasa 5

6 Rumusan kajian, cadangan, dan penutup 10

7 Rujukan 3

8 Lampiran 3

9 Pembentangan

(i) Kerelevanan 2

(ii) Soal jawab 2

(iii) Kebahasaan 2

(iv) Kreativiti 2

(v) Keterampilan 2

10 Kemahiran manipulatif 5

11 Kemahiran insaniah 6

JUMLAH MARKAH 100

Page 11: Manual Pengajian Perniagaan 2014

TERHAD

10 TERHAD

BAHAGIAN II : CALON

9.0 Tanggungjawab calon

9.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan

kerja kursus Pengajian Perniagaan.

9.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal tiga

sehingga tamat penggal tersebut.

9.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian.

9.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi

mencari dan mengumpul data.

9.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah

disediakan secara individu.

9.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan

sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.

9.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan

pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.

Page 12: Manual Pengajian Perniagaan 2014

TERHAD

11 TERHAD

10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

Tarikh Perancangan dan

perlaksanaan aktiviti Tindakan calon

26 Mei 2014

Tugasan kerja kursus diterima

Menerima arahan tugasan. Semak

http://www.mpm.edu.my

Memahami skop tugasan kerja kursus

Merancang jadual kerja

16 Jun hingga

27 Jun. 2014

Pelaksanaan kerja kursus Membuat persiapan awal:

Keperluan kewangan

Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga

Perancangan kerja

Penyediaan peralatan dan instrumen seperti

borang soal selidik

Mengenal pasti sumber rujukan, seperti

sumber sekunder,sumber Internet, dan

sumber-sumber lain.

Mengumpul data dan maklumat melalui

pemerhatian, pencerapan, pengukuran,

temu bual dan kaji selidik

Memperoleh data dan maklumat dari

sumber sekunder

30 Jun hingga

1 Ogos 2014

Penyediaan dan penulisan

laporan kerja kursus untuk sesi

penilaian

Menyusun dapatan (data dan maklumat)

mengikut keutamaan dan struktur tugasan

Memproses, mentafsir, menganalisis, dan

merumus data dan maklumat

Mempersembahkan data dan maklumat

dalam bentuk yang sesuai, seperti peta

lokasi, jadual, graf, carta dan lain-lain

Membincangkan dapatan hasil kajian dan

menghubung kait dengan prinsip dan teori

yang dipelajari

Berlatih membuat pembentangan mengikut

format yang sesuai

4 Ogos hingga

23 Sept. 2014

Sesi pembentangan dan

penilaian Hantar laporan bertulis

Sesi pembentangan

(10 minit hingga 15 minit sahaja untuk

setiap calon)

Page 13: Manual Pengajian Perniagaan 2014

TERHAD

12 TERHAD

11.0 Format Penulisan

11.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan.

11.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian

mengikut format berikut:

(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja

(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci

(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)

(d) Langkau (spacing): 1.5

(e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten

11.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak

melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran

11.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan

11.5 Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut:

(a) Kulit hadapan kerja kursus calon (Lampiran 1)

(b) Borang perakuan calon (Lampiran 2)

(c) Borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3)

(d) Borang markah kerja kursus calon (Lampiran 4)

(e) Penulisan kertas kerja kursus

11.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan

berjilid.

12.0 Struktur Penulisan

Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan tetapi laporan kerja kursus hendaklah

disediakan secara individu. Oleh itu, satu laporan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

(a) Tajuk dan Pengenalan

Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.

(b) Objektif kajian

Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah

ditentukan.

(c) Latar belakang/Lokasi kajian

Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan, letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan

alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian yang dijalankan.

(d) Kaedah kajian

Huraian tentang cara kajian dilakukan, seperti pengukuran, pencerapan, soal selidik, bual,

dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian di

perpustakaan, semakan bahan daripada sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta.

(e) Dapatan kajian dan perbincangan

Pembentangan dan perbincangan tentang dapatan kajian yang telah dianalisis, merangkumi

punca, proses, dan impak serta membandingkan, membezakan, dan menilai fakta dan

Page 14: Manual Pengajian Perniagaan 2014

TERHAD

13 TERHAD

maklumat. Hasil kajian hendaklah dalam bentuk penulisan kajian dan boleh disokong

dalam bentuk jadual, rajah, dan graf.

(f) Penutup

Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan

(g) Senarai rujukan

(h) Lampiran

Page 15: Manual Pengajian Perniagaan 2014

TERHAD

14 TERHAD

14

Page 16: Manual Pengajian Perniagaan 2014

TERHAD

15 TERHAD

Soalan Kerja Kursus.

Calon dikehendaki membuat satu kajian ke atas pendekatan strategik sebuah syarikat

multinasional (MNC) berdasarkan aspek-aspek yang berikut:

(a) Aktiviti perniagaan yang dijalankan

(b) Konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh syarikat

Calon dikehendaki mengumpul, menyusun, menganalisis, menjelaskan, dan menulis laporan

lengkap berkaitan aspek-aspek tersebut. Calon juga dikehendaki mencadangkan strategi yang

sesuai berdasarkan hasil analisis yang telah dilakukan dalam kajian.

Nota: * Laporan kajian mestilah berpandukan Manual Kerja Kursus STPM 2014.

* Analisis kajian boleh dibuat berdasarkan data primer atau data sekunder.

Page 17: Manual Pengajian Perniagaan 2014

TERHAD

16 TERHAD

LAMPIRAN 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2014

MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN PERNIAGAAN 4 (946/4)

TAJUK

NAMA CALON

NOMBOR

KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH

NAMA GURU

TANDATANGAN

GURU

TARIKH

MARKAH

Page 18: Manual Pengajian Perniagaan 2014

TERHAD

17 TERHAD

LAMPIRAN 2

BPC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2014

KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN

BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru atau pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru atau pemeriksa.

Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan

sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.

Nama Calon

No. Kad Pengenalan Calon

Angka Giliran Calon

Nama Pusat KK Calon

Makluman kepada calon:

Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan

calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu

dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:

Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus

Pengajian Perniagaan (946) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan di sekolah (untuk sekolah

kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan).

Tandatangan Calon

Tarikh

Perakuan oleh Guru atau Pemeriksa:

Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati

bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa

Nama Guru/Pemeriksa

Tarikh

Alamat

Page 19: Manual Pengajian Perniagaan 2014

TERHAD

18 TERHAD

LAMPIRAN 3

BRKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2014

KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN

BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran : ……………………....... No. Kad Pengenalan : ………………………

Tarikh

Aktiviti

Aktiviti dalam

penghasilan

kerja kursus

(Untuk diisi oleh calon)

Ulasan Guru Tandatangan

Calon

Tandatangan

Guru

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Pengajian Perniagaan

Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam

penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 2014 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru: ………………..………………………………

Nama Guru: ……….……………………………………………….

Tarikh : …………………............................................................

Cop Sekolah:

Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara pelajar dengan guru dan dilampirkan

pada bahagian hadapan kerja kursus calon apabila dihantar kepada guru untuk dinilai.

Page 20: Manual Pengajian Perniagaan 2014

TERHAD

19 TERHAD

LAMPIRAN 4

BMKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2014

KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon : ……………………………............... Angka Giliran : ……………………………

No. Kad Pengenalan : ……………………………

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

Kriteria Penilaian Markah

Penuh

Markah

Guru

Markah

Penyelaras

1. Pengenalan / Tajuk dan Abstrak 3

2. Objektif Kajian 2

3. Latar belakang / Lokasi kajian 6

4. Kaedah Kajian 7

5. Dapatan Kajian dan Perbincangan

(a) Susunan dan kekemasan laporan 10

(b) Kecukupan, ketepatan dan

kesesuaian maklumat 15

(c) Analisis dan pentafsiran 15

(d) Gaya dan bahasa 5

6. Penutup rumusan kajian dan cadangan 10

7. Rujukan 3

8. Lampiran 3

9. Pembentangan

(a) Kerelevanan 2

(b) Soal jawab 2

(c) Kebahasaan 2

(d) Kreativiti 2

(e) Keterampilan 2

10. Kemahiran Manipulatif 5

11. Kemahiran Insaniah 6

Jumlah Markah 100

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah

dan butiran di atas adalah benar.

Saya memperakui bahawa markah dan

Butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa:……………………… Tandatangan Penyelaras: ………………………

Nama : ……………………………………………… Nama : ………………………………………….

No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………….

Tarikh : …………………………………………….. Tarikh : …………………………………………

No. Telefon (sekolah) : …………………………… No. Telefon (sekolah) : ……………………….

Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan

menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.