pengajian perniagaan penggal 2 : komunikasi

29
KEMAHIRAN KOMUNIKASI BAB 3 Penggal 2 DISEDIAKAN OLEH : NOOR IZWANA NADIA BINTI BAHARI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN WESTON , BEAUFORT , SABAH KEPENTINGAN KOMUNIKASI BENTUK KOMUNIKASI HALANGAN KOMUNIKASI

Upload: noor-izwana-nadia

Post on 16-Jan-2015

1.333 views

Category:

Education


19 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

BAB 3 Penggal 2

DISEDIAKAN OLEH : NOOR IZWANA NADIA BINTI BAHARI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN WESTON , BEAUFORT , SABAH

KEPENTINGAN

KOMUNIKASI

BENTUK

KOMUNIKASI

HALANGAN

KOMUNIKASI

Page 2: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

DEFINISI

Pemindahan maklumat daripada

seseorang, kumpulan dan organisasi

(penghantar) kepada seseorang ,

kumpulan dan organisasi (penerima)

yang lain melalui media tertentu.

Page 3: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

KEPENTINGAN

KOMUNIKASI

Page 4: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

•Organisasi mempunyai kuasa hierarki, panduan dan

tatacara yang perlu dipatuhi oleh pekerja

•Komunikasi membantu mengawal tingkah laku ahli-

ahli .

Contoh : Proses komunikasi wujud sebagai alat

kawalan apabila pekerja terpaksa merujuk kepada

senarai tugas yang telah ditetapkan oleh organisasi

semasa dia membuat bantahan tentang tugasnya .

1. SEBAGAI ALAT KAWALAN

Page 5: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

2. TUJUAN SOSIALISASI

• Melalui komunikasi, ahli organisasi dapat

berinteraksi antara satu sama lain .

•Perasaan kekitaan dan semangat kerjasama

akan dipupuk di kalangan ahli organisasi .

•Secara tidak langsung, kecekapan dan

keberkesanan kerja ahli dapat

dipertingkatkan .

Page 6: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

• Komunikasi membantu pengurus menjelaskan

kepada pekerja tindakan yang harus diambil,

prestasi yang perlu ditunjuk dan langkah-langkah

untuk meningkatkan prestasi

• Maklum balas ini akan membantu meningkatkan

prestasi pekerja

• Secara tidak langsung, dorongan akan membawa

kepada perkembangan organisasi ke arah mencapai

matlamat

3 . SEBAGAI DORONGAN

Page 7: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

4 . HUBUNGAN KERJA

• Semua aktiviti kerja sama ada secara

formal atau tidak formal dilaksanakan

dengan interaksi antara individu, bahagian,

jabatan dan lain-lain

• Interaksi tersebut boleh dijalankan melalui

komunikasi bertulis atau lisan .

Contoh: Pekerja mengetahui perubahan

dasar organisasi di papan kenyataan melalui

notis

Page 8: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

5. MEMBENTUK DISIPLIN KERJA

•Tatacara, peraturan dan kaedah kerja

merupakan elemen disiplin yang mesti

diikuti oleh ahli organisasi

Contoh: Kerja seharian pekerja

dapatdijalankan dengan lebih terancang

melalui fail meja dan manual tatacara kerja

yang disediakan .

Keadaan ini menjamin keberkesanan dan

kelancaran kerja.

Page 9: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

6.MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN PEKERJA

•Proses mengambil pekerja baru melibatkan

komunikasi dari peringkat awal hingga ke

akhir Melalui komunikasi bertulis seperti

pengiklanan permohonan kerja oleh calon

dapat dilakukan borang permohonan jawatan

•Melalui komunikasi lisan, calon-calon akan

ditemuduga, dipilih dan ditawarkan jawatan

Page 10: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

7. MEMBANTU DARI SEGI LATIHAN

• Komunikasi digunakan sebagai media untuk

melatih ahli organisasi dari peringkat atasan .

•Latihan yang diberi seperti latihan sambil

bekerja, kursus jangka pendek arahan kerja

dan latihan yang melibatkan proses komunikasi

•Dengan itu keberkesanan dan kelicinan dalam

latihan dapat diwujudkan

Page 11: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

8. MEMBANTU PENILAIAN PRESTASI

• Komunikasi membantu pengurus membuat

anggaran tentang pampasan seperti kenaikan

pang; gaji yang perlu diberi kepada pekerja

•Ini kerana pekerja akan diberi penilaian tentang

prestasi melalui komunikasi seperti bimbingan.

dan pembaikan

•Keadaan ini dapat mengekalkan dan

memperbaiki prestasi pekerja

Page 12: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

9.MEMBANTU PENYELESAIAN MASALAH

• Sekiranya timbul masalah, komunikasi

yang wujud melalui dialog, mesyuarat

khas, kaunseling dan lain-lain yang

membantu penyelesaian masalah.

• Alternatif yang tebaik hanya akan

diperoleh setelah komunikasi yang baik

dilaksanakan. Keadaan ni mewujudkan

keharmonian dalam organisasi.

Page 13: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

PROSES KOMUNIKASI

Penghantar

Enkod Saluran DekodPenerim

a

Gangguan

Gangguan

Maklumbalas

Page 14: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

PENGHANTAR- Individu atau pihak yang diperlukan untuk komunikasi- Objektif yang kerap kali digunakan ialah seperti gambar, symbol dan lain-lain- Penghantar merupakan pihak yang memulakan dahulu sesuatu komunikasi atau mencetuskan mesej yang akan dihantar kepada penerima- Contoh : Usahawan / penghantar yang ingin membeli bahan mentah / Ketua Eksekutif menyampaikan maklumat kepada semua pengurus cawangan dan pengurus bahagian .

Page 15: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

ENKOD

SALURAN

Merupakan proses membentuk dan menterjemah

maklumat dalam bentuk symbol, perkataan, gambar

rajah dan lain-lain

Merupakan peralatan perantaraan yang digunakan

untuk sebar maklumat atau hantar mesej

daripada penghantar kepada penerima

Dibuat secara penglihatan, pendengaran,

penulisan atau kombinasi alat-alat tersebut

seperti melalui komunikasi lisan, bertulis, radio,

televisyen, media massa dan alat elektronik .

Page 16: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

-Merupakan proses yang menukarkan

maklumat atau menterjemahkan maklumat

ke dalam bentuk yang mudah difahami oleh

penerima

-Maklumat yang diterima akan didekod oleh

penerima dan cuba menginterpretasikan

perkataan, perbuataan, tulisan untuk

memahami maksud mesej .

DEKOD

Page 17: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

• Sasaran individu atau kumpulan

yang akan menerima mesej .

PENERIMA

Page 18: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

MAKLUM BALAS- Tindak balas yang dihantar oleh penerima

kepada penghantar setelah mentafsir sesuatu

maklumat

- Merujuk kepada tindakan yang dilaksanakan

oleh penerima seperti setuju, tidak setuju atau

sikap tidak peduli

- Maklumbalas dilakukan dalam bentuk lisan

dan bukan lisan

Page 19: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

GANGGUAN

- Perkara-perkara yang menganggu proses

komunikasi sama ada di peringkat

penghantar, enkod, mesej, penerima atau

dekod cthnya bunyi yang bising.

- Gangguan ini mungkin dalam bentuk

dalaman seperti tidak menumpukan

perhatian semasa berkomunikasi ataupun

luaran seperti ketukan pintu.

Page 20: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

HALANGAN

KOMUNIKASI

Page 21: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

• Iaitu gangguan secara nyata dan langsung

• Kebisingan menggangu pendengaran

penerima maklumat dan menjejaskan

ketepatan tafsiran maklumat yang diterima

• Pencemaran , bunyi bising daripada radio ,

mesin dan deruman kenderaan yang

menyebabkan maklumat disampai tidak jelas.

1. FIZIKAL

Page 22: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

• Timbul disebabkan oleh pemikiran atau tanggapan yang berbeza.

• Perbezaan tanggapan ini dipengaruhi oleh latar belakang, emosi, pendidikan, budaya, kepercayaan dan pengalaman hidup seseorang itu.

• Cth : seseorang mendengar bunyi letupan, mungkin berfikir bahawa itu adalah mercun disebabkan pengalaman hidupnya yang pernah mendengar bunyi letupan mercun

2. PSIKOLOGIKAL

Page 23: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

3. SOSIOLOGIKAL

•Gangguan yang disebabkan oleh perbezaan

agama bangsa dan budaya

•Penerima memberi tafsiran yang berbeza

terhadap maklumat yang diteri ma akibat

perbezaan pengalaman, latar belakang, umur

bangsa dan lain-lain

•Penerima juga akan keliru apabila isyarat

bercanggah dengan perkataaan yang

digunakan oleh pengirim

Page 24: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

4. SEMANTIK

•Gangguan yang disebabkan penggunaan bahasa atau

terma yang sukar difahami

•Penghantar menyampaikan mesej dengan

menggunakan perkataan yang mempunyai lebih dari

satu makna

•Dengan itu, terjemahan penerima terhadap perkataan

tersebut adalah berbeza akibat pen2alaman , bangsa,

taraf pendidikan dan lain-lain

•Contoh: Penggunaan 'jargon' oleh orang yang

berpengetahuan khusus seperti pereka perisian

komputer menyulitkan komunikasi yang berkesan

Page 25: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

BENTUK

KOMUNIKASI1. MENEGAK

3. MELINTANG

2. MENDATAR

Page 26: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

1. Komunikasi Menegak

Page 27: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

2. Komunikasi Mendatar

Page 28: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

3. Komunikasi Melintang

Page 29: PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI

SEKIAN

DAN

TERIMA KASIH