pengajaran berpasangan pj

2
Pengajaran Berpasangan ( Pendidikan Jasmani ) Saya dan rakan saya, iaitu Yoon Hwei May berkeputusan untuk menjalankan pengajaran berpasangan pada 29 Julai 2015. Selain saya memerhati cara pengajaran Cik Yoon, saya juga menangkap beberapa gambar sebagai bukti kami telah menjalankan pengajaran berpasangan dan juga sebagai lampiran. Cik Yoon memilih kelas 2B sebagai sasaran dia menjalankan p&p yang direka. Oleh sebab hari itu merupakan hari pertama Cik Yoon masuk ke dalam kelas tersebut, jadi murid-murid tidak mematuhi arahan dia. Di samping itu, semasa mengajar Cik Yoon juga tidak bersikap tegas, jadi murid-murid membuat kacau dan tidak menumpukan perhatian. Akhirnya proses P&P tidak dapat dijalankan dengan lancar kerana murid tidak mengikut arahan yang dikeluarkan oleh cikgu. Saya ternampak kawalan kelas pada hari itu tidak begitu baik. Semasa memberi penjelasan, Cik Yoon telah menggunakan perkataan yang terlalu banyak. Hal ini menyebabkan murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian dan akhirnya tidak memahami aktiviti yang akan dijalankan oleh cikgu. Sebagai contohnya semasa permainan ikan jaring, murid langsung tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh guru. Hal ini menyebabkan kelas pada hari itu agak serabut. Namun masih ada kekuatan pada Cik Yoon. Saya ternampak semua aktivti yang direka sangat menarik. Jika Cik Yoon dapat mengatasi masalah yang saya sebut di atas, pasti murid-murid akan suka akan aktiviti-aktiviti tersebut dan seterusnya

Upload: zi-yan

Post on 12-Jan-2016

89 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pj

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajaran Berpasangan PJ

Pengajaran Berpasangan ( Pendidikan Jasmani )

Saya dan rakan saya, iaitu Yoon Hwei May berkeputusan untuk menjalankan

pengajaran berpasangan pada 29 Julai 2015. Selain saya memerhati cara

pengajaran Cik Yoon, saya juga menangkap beberapa gambar sebagai bukti kami

telah menjalankan pengajaran berpasangan dan juga sebagai lampiran.

Cik Yoon memilih kelas 2B sebagai sasaran dia menjalankan p&p yang

direka. Oleh sebab hari itu merupakan hari pertama Cik Yoon masuk ke dalam kelas

tersebut, jadi murid-murid tidak mematuhi arahan dia. Di samping itu, semasa

mengajar Cik Yoon juga tidak bersikap tegas, jadi murid-murid membuat kacau dan

tidak menumpukan perhatian. Akhirnya proses P&P tidak dapat dijalankan dengan

lancar kerana murid tidak mengikut arahan yang dikeluarkan oleh cikgu. Saya

ternampak kawalan kelas pada hari itu tidak begitu baik.

Semasa memberi penjelasan, Cik Yoon telah menggunakan perkataan yang

terlalu banyak. Hal ini menyebabkan murid-murid tidak dapat menumpukan

perhatian dan akhirnya tidak memahami aktiviti yang akan dijalankan oleh cikgu.

Sebagai contohnya semasa permainan ikan jaring, murid langsung tidak mengikut

peraturan yang ditetapkan oleh guru. Hal ini menyebabkan kelas pada hari itu agak

serabut.

Namun masih ada kekuatan pada Cik Yoon. Saya ternampak semua aktivti

yang direka sangat menarik. Jika Cik Yoon dapat mengatasi masalah yang saya

sebut di atas, pasti murid-murid akan suka akan aktiviti-aktiviti tersebut dan

seterusnya menyertai secara aktif. Di samping itu, Cik Yoon juga bersikap ramah

tamah. Jadi murid-murid sangat suka akan dia.

Penambaikan yang Cik Yoon boleh buat iaitu menjadi guru yang tegas

semasa menjalankan p&p. Guru kena memberi ganjaran semasa murid berkelakuan

baik dan mendenda murid yang tidak berkelakuan baik. Tambahan pula, semasa Cik

Yoon membuat penjelasan, ayat tidak boleh terlalu panjang dan perkataan yang

digunakan mesti mudah difahami oleh para murid.

Akhirnya, kelas pada hari tersebut masih dapat dijalankan lancar. Saya

mendapati pengajaran berpasangan itu sangat bagus dan dapat membantu diri

Page 2: Pengajaran Berpasangan PJ

mengenali kekuatan dan juga kelemahan sendiri dan seterusnya mencari cara

penyelesaian demi anak murid kita.