konsep bintang berpasangan dari aspek nas al-quran dan astronomi

18
1 KONSEP BINTANG BERPASANGAN DARI ASPEK NAS AL-QURAN DAN ASTRONOMI Nurul Hidayah Awang @ Ab Rahman*, Monika @ Munirah Abdul Razzak**,Mohd Zambri Zainuddin*** Abstrak Bintang merupakan objek samawi yang menghasilkan cahaya melalui proses pelakuran nuklear. Terdapat bintang-bintang di langit mempunyai pasangan yang dikenali sebagai bintang berpasangan. Bintang berpasangan ialah bintang yang mempunyai lebih daripada satu bintang yang mengorbit antara satu sama lain. Justeru, artikel ini membincangkan teori bintang berpasangan menurut ahli astronomi diikuti dengan tafsiran nas al-Quran. Hasil daripada kajian didapati bintang berpasangan telah dinyatakan dalam al-Quran dengan menggunakan istilah al-Shi’ra dalam surah al-Najm (53): 49. Dari segi saintifiknya bintang ini dikenali sebagai bintang Sirius yang berada pada buruj canis major. Oleh itu, artikel ini diharap dapat dijadikan sebagai rujukan untuk pengkaji ilmu falak pada masa akan datang. Kata Kunci: al-Quran, Bintang, Berpasangan, al-Shira, Sirius, Orbit. * Tutor di Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 03-79676011 (Pej), (603) 79676141 (fax), [email protected] (email). ** Pensyarah Kanan di Jabatan al-Quran & al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 03- 79676010 (Pej), [email protected] (email). ***Professor di Jabatan Fizik Angkasa, Fakulti Sains Universiti Malaya. 03-79674100 (pej), [email protected] (email).

Upload: phamcong

Post on 03-Feb-2017

286 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: konsep bintang berpasangan dari aspek nas al-quran dan astronomi

1

KONSEP BINTANG BERPASANGAN DARI ASPEK NAS AL-QURAN DAN ASTRONOMI

Nurul Hidayah Awang @ Ab Rahman*, Monika @ Munirah

Abdul Razzak**,Mohd Zambri Zainuddin***

Abstrak

Bintang merupakan objek samawi yang menghasilkan cahaya melalui proses

pelakuran nuklear. Terdapat bintang-bintang di langit mempunyai pasangan

yang dikenali sebagai bintang berpasangan. Bintang berpasangan ialah bintang

yang mempunyai lebih daripada satu bintang yang mengorbit antara satu sama

lain. Justeru, artikel ini membincangkan teori bintang berpasangan menurut ahli

astronomi diikuti dengan tafsiran nas al-Quran. Hasil daripada kajian didapati

bintang berpasangan telah dinyatakan dalam al-Quran dengan menggunakan

istilah al-Shi’ra dalam surah al-Najm (53): 49. Dari segi saintifiknya bintang ini

dikenali sebagai bintang Sirius yang berada pada buruj canis major. Oleh itu,

artikel ini diharap dapat dijadikan sebagai rujukan untuk pengkaji ilmu falak

pada masa akan datang.

Kata Kunci: al-Quran, Bintang, Berpasangan, al-Shi‘ra, Sirius, Orbit.

* Tutor di Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 03-79676011 (Pej), (603) 79676141 (fax), [email protected] (email). ** Pensyarah Kanan di Jabatan al-Quran & al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 03-79676010 (Pej), [email protected] (email). ***Professor di Jabatan Fizik Angkasa, Fakulti Sains Universiti Malaya. 03-79674100 (pej), [email protected] (email).

Page 2: konsep bintang berpasangan dari aspek nas al-quran dan astronomi

2

KONSEP BINTANG BERPASANGAN DARI ASPEK NAS AL-QURAN DAN

ASTRONOMI

1.0 Pengenalan

Bintang merupakan objek samawi bergas yang memancarkan cahayanya sendiri1 dan ia

dikategorikan sebagai bintang nyata.2 Bintang juga dikenali sebagai bebola gas panas

yang menghasilkan cahaya terang pada waktu malam.3 Bintang menghasilkan cahaya

melalui proses pelakuran nuklear pada terasnya iaitu proses tindakbalas pelakuran gas

hidrogen kepada gas helium.4

Mengikut Mu‘jam Al-Fāz wa al-A‘lām al-Qur’āniyyah lafaz-lafaz yang membawa

maksud bintang adalah al-Najm ( النجم) dan al-Kawkab (الكوكب). Lafaz al-Najm seerti

dengan lafaz al-Kawkab mengikut kesesuaian ayat, sama ada membawa maksud bintang

atau planet.5 Menurut Ibn Manzūr, bintang ialah objek yang kelihatan dan muncul di

langit pada waktu malam.6

Manakala berdasarkan al-Qamūs al-Wajīz li Ma‘āni Kalimah al-Qur’ān al-Karīm,

lafaz al-Nujum terdapat empat maksud iaitu sebagai objek-objek samawi, tumbuh-

tumbuhan yang tidak berbatang, al-Quran dan tempoh waktu tertentu seperti tempoh

1 Glosari Astronomi (1995), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 351.

2 Lloyd Motz (1957), Astronomy A to Z. United State of America: Fischer Bücherei Kg Frankfurt-Main

Hamburg, h. 260. 3 Ian Ridpath (1987), Longman Illustrated Dictionary of Astronomy and Astronautics. Beirut: York Press,

h. 69. 4 Ian Ridpath (1997), Oxford Dictionary of Astronomy. New York: Oxford University Press, h. 450.

5 Muhammad Isma‘il Ibrahim (1998), Mu‘jam Alfāz wa al-A‘lām al-Qur’āniyyah. Kaherah: Dar al-Fikr, h.

464 & 517-518. 6

Ibn Manzur, Muhammad Ibn Mukarram, (1988), Lisan al-‘Arab, j. 12. Mesir: Dar al-Ihya’ Turath al-

‘Arabi, h. 568-569.

Page 3: konsep bintang berpasangan dari aspek nas al-quran dan astronomi

3

waktu penurunan ayat al-Quran.7 Jadi dapat disimpulkan bahawa maksud al-Najm

merupakan salah satu objek samawi iaitu bintang.

Walau bagaimanapun, di dalam al-Quran terdapat 25 ayat yang menyebut

mengenai bintang dengan menggunakan enam lafaz yang berbeza iaitu al-Najm, al-

Kawkab, al-Misbah, al-Buruj, al-Khunnas dan al-Shi’ra. Sehubungan dengan itu, dalam

kajian ini, pengkaji akan membincangkan istilah al-Shi’ra iaitu bintang berpasangan

menurut pandangan ahli tafsir dan pakr astronomi. Bintang berpasangan juga dikenali

sebagai bintang dedua. Bintang ini terdiri daripada dua bintang dalam satu sistem yang

mengorbit antara satu sama lain pada satu pusat yang sama. Ini disebabkan adanya daya

tarikan graviti.8

2.0 Sejarah Bintang Berpasangan

Pada abad kedua Ptolemy telah menjumpai bintang dedua iaitu bintang υ sagittarii yang

mana bintang ini dapat dilihat dengan mata kasar. Pada abad kesepuluh pula Al-Sufi9

menyatakan bahawa bintang Alcor10

dan bintang Mizar merupakan bintang dedua. Pada

tahun 1650 seorang ahli astronomi Itali, iaitu John Baptiste Riccioli11

telah menemui

bintang Ursae Majoris (Mizar). Penemuan ini telah dicerap secara fotografi dan imejnya

diukur secara teliti oleh G. P. Bond12

di Harvard Collage Observertory pada tahun 1857.13

Bilangan bintang berpasangan yang dapat dikenalpasti meningkat setelah

teleskop digunakan secara meluas pada tahun 1609. Bintang dedua Mizar yang dicerap

7 Majma‘ al-Lughah al-‘Arabiyyah (1970), Mu‘jam al-Fāz al-Qur’ān al-Karīm. Mesir: al-Hay’ah al-

Misriyyah al-‘Ammah, h. 283-284. 8 Nebojsa Duric (2004), Advanced Astrophysics. United Kingdom: Cambridge University Press, h. 11-19.

9 Beliau juga dikenali Azophi di dunia barat. Beliau merupakan ahli astronomi islam di Parsi (iran). Nama

sebenarnya beliau Abd-Rahman Abu Al-Hussain. Beliau menterjemahkan dan mengembangkan kerja-kerja

astronomi Greek terutama menterjemahkan buku al-Magest yang ditulis oleh Ptolemy. Beliau membetulkan

senarai bintang yang telah dilakukan oleh Ptolemy. Sumbangan beliau terlalu banyak dalam bidang

astronomi sehinggakan sebuah kawah bulan dinamakan sempena namanya iaitu kawah Azophi. 10

Merupakan bintang muda dan cerah. Bintang ini berada berhampiran dengan buruj biduk dan bintang

mizar. 11

Beliau dilahirkan pada 1598 dan meninggal pada 1671 dan beliau telah melakukan kajian mengenai

teleskop lunar dan peta bulan. 12

George Phillips Bond merupakan ahli astronomi Amerika. Bintang pertama yang dicerap oleh beliau

adalah bintang vega pada 1850 dan bintang ganda mizar pada 1857.Beliau juga yang menyarankan supaya

fotografi digunakan untuk mengukur saiz bintang. 13

Donald H. Menzel, Fred L.Whipple, Gerard de Vouvouleurs (1970), Survey Of The Universe. United

State: Prentice-Hall inc Englewood cliffs, h. 463.

Page 4: konsep bintang berpasangan dari aspek nas al-quran dan astronomi

4

oleh Ricciolli14

di Eropah dapat mengukur jarak pisah antara kedu-dua bintang tersebut

dengan menggunakan teleskop pada 1651. Pada 1656, Huygens15

telah menjumpai

bintang kembar tiga iaitu Theta Orion dan bintang kembar empat iaitu bintang Trapezium

Cluster masing-masing berada pada buruj Orion. 16

Katalog bintang dedua yang pertama telah di susun oleh Christian Mayer17

di

Mannheim pada 1778 sebanyak 88 rekod dan diterbitkan pada 1781. Kemudian usaha ini

diteruskan oleh William Herschel’s18

pada 1782 dengan mengumpul sebanyak 269

pasang bintang dedua dan pada tahun 1785 semakin meningkat kepada 700 pasang

bintang dedua. Usaha ini disambung pula oleh anak beliau iaitu John Herschel yang

menerbitkan katalog bintang dedua dengan mengumpul sebanyak 3134 bintang dedua

dalam katalognya yang berjudul “Stellarum Duplicium Et Mutiplicim Measure

Micrometricae”.19

Pada tahun 1802 William Herschel adalah orang pertama yang menggunakan

istilah bintang berpasangan binary stars dan telah membuat penyelidikan mengenai

pergerakan bintang dedua di atas orbitnya. Beliau juga mentakrifkan bahawa bintang

berpasangan adalah gabungan dua bintang yang terbentuk bersama-sama menjadi satu

sistem yang terikat oleh tarikan graviti yang kuat antara satu sama lain manakala Paderi

John Micheal telah mebuat kesimpulan bahawa bintang dedua adalah bintang

berpasangan.20

Setelah berkembangnya pengetahuan mengenai bintang berpasangan, pada 1842,

Christine Doppler dari Austria dapat mengesan bintang berpasangan berdasarkan kesan

anjakan Dopler. Anjakan ini berdasarkan spektrum warna yang mana bintang

berpasangan yang muncul menghasilkan cahaya biru kemudian berubah kepada cahaya

merah, ini disebabkan bintang berpasangan mengorbit antara satu sama lain. Pada 1861

14

Nama sebenar beliau Giovanni Battista Riccioli. Beliau merupakan ahli astronomi Itali yang juga paderi

khatolik. Beliau menulis karya al-magestum novum pada 1951. 15

Nama sebenar beliau Christiaan Huygen. 16

Robert Grant Aitken (1963), The Binary Stars. New York: Dover Publication, h. 1-10. 17

Beliau merupakan ahli astronomi Czech. Beliau merupakan perintis pengkaji terkenal dalam kajian

bintang dedua. 18

Nama sebenar beliau ialah Sir Frederick William Herschel merupakan ahli astronomi inggeris yang di

lahirkan di Jerman. Beliau merupakan orang yang pertama mengemukakan bahawa bintang ganda bukan

bintang ganda optic sahaja bahkan ia juga bintang ganda binary. 19

W.Kruse And W.Dieckvoss (1957), The Stars. United States Of America: Michigan Press. 20

Robert Grant Aitken (1963), op.cit., h. 39.

Page 5: konsep bintang berpasangan dari aspek nas al-quran dan astronomi

5

F.W Bessel, A.Auwers dan A.G Clark telah menjumpai bintang Sirius dan

mengklasifikasikan bintang ini kepada bintang astrometric berpasangan.21

3.0 Metodologi Kajian

Bagi mengumpul data cerapan dan merekod imej, penkaji telah melakukan

beberapa langkah persediaan dan kaedah yang telah dilakukan di sepanjang kajian

dijalankan. Pengkaji akan memastikan keadaan cuaca dalam keadaan baik, iaitu tidak

berawan tebal dan hujan. Kebiasaannya maklumat mengenai cuaca boleh diketahui

daripada laman web. Sementara instrument yang akan digunakan pula perlu berada dalam

keadaan baik dan selamat. Peralatan dan Instrumen yang diperlukan adalah:

i. Teleskop meade 8” dan celestron 11” dan bateri 12V

ii. Kanta mata 12mm dan 32mm, Diagnol dan Flip Mirror

iii. SBIG-STV dan CCD Kamera

iv. Laptop (Software The Sky, STV, AIPs dan CCD Ops)

v. Kotak peralatan cerapan

vi. Kabel-Kabel Instrument yang berkaitan

vii. Katalog “Double Star for Small Teleskop”

viii. Meja (untuk laptop dan STV)

ix. Plag

x. Lampu Suluh

Bagi memudahkan cerapan senarai bintang yang ingin dicerap perlu disenaraikan

terlebih dahulu dengan mengenalpasti buruj dan bintang dengan menggunakan Perisian

The Sky dan Katalog ‘Double Star for Small Telescope’. Bintang yang akan dicerap

mestilah sesuai dengan lokasi, tarikh dan masa cerapan yang akan dilakukan. Manakala

buruj dan bintang dipilih berdasarkan kedudukannya di langit mengikut kesesuaian

latitud dan longitud lokasi cerapan, masa dan tarikh. Bintang dedua perlu di pilih dan

disenaraikan dengan memastikan nilai magnitud,sudut posisi dan jarak pisah bagi bintang

primer dan bintang sekunder sesuai untuk mendapatkan imej dan data.

21

Alan H. Batten (1973), op.cit., h. 1

Page 6: konsep bintang berpasangan dari aspek nas al-quran dan astronomi

6

Dalam kajian ini penulis telah menggunakan dua instrumen yang penting untuk

mengumpul data iaitu mendirikan teleskop dan menghidupkan STV. Setelah teleskop

dilakukan penjajaran data-data seperti koordinat lokasi cerapan (latitud dan longitud),

masa dan tarikh dimasukkan. Pastikan bintang yang dipilih berada di tengah ruang

penglihatan teleskop utama dan teleskop pencari. RA dan Deklinasi bintang dimasukan

pada pad kekenci dan teleskop mula menjejak bintang yang telah dipilih.

Apabila bintang telah dijejak, CCD kamera STV disambung pada teleskop

untuk memperolehi imej. Imej bintang difokuskan supaya dapat dilihat pada STV dengan

jelas. Sekiranya imej tidak jelas, nilai dedahan “exposure” perlu di ubah bergantung

kepada imej yang dilihat. Kemudian Tutup perjalanan teleskop (telescope’s drive) dari

astronomical kepada terrestrial untuk mengetahui arah perjalanan bintang sama ada ke

kiri atau ke kanan.

Sekiranya bintang bergerak ke kiri maka kiri adalah Barat dan sekiranya

bintang bergerak ke kanan maka di kanan adalah Barat. Jadi, perlu pastikan bahawa imej

bintang-bintang yang diperolehi bergerak samada ke kiri atau ke kanan dengan

mengubah kedudukan CCD kamera pada teleskop. Selepas mengetahui arah pergerakan

bintang tersebut, arah utara dapat dikenalpasti. Apabila bintang bergerak ke kiri maka

utaranya di atas manakala apabila bintang bergerak ke kanan maka utaranya di bawah.

Semasa mengubah kedudukan CCD kamera, pastikan imej tidak hilang dari skrin STV,

ini disebabkan perjalanan teleskop telah dimatikan.

Setelah mengetahui arah pergerakannya, imej diletakkan di tengah-tengah ruang

penglihatan “crosshair” skrin STV dan disimpan dalam File Ops sebagai “FITS”

(Flexible Image Transportsystem). Imej yang diperolehi di proses dengan menggunakan

perisian AIPs. Kemudian saiz piksel ditetapkan iaitu 7.4 x 7.4, ini disebabkan STV

menggunakan saiz piksel tesebut. Nilai panjang fokus teleskop disetkan bergantung

kepada teleskop yang digunakan. Dalam kajian Teleskop Meade 8’ digunakan, jadi

panjang fokusnya adalah 2000mm.

Kemudian imej mula diproses. Jika imej yang di simpan songsang iaitu Utara di

bahagian bawah maka”flip dan flop” perlu dilakukan dengan menggerakan imej ke

bawah “flip” dan ke sisi “flop” supaya imej kembali kepada asal iaitu utara di bahagian

atas dan timur di sebelah kanan manakala jika Utara di atas ”flip dan flop” tidak perlu

Page 7: konsep bintang berpasangan dari aspek nas al-quran dan astronomi

7

dilakukan. Maklumat ini diketahui berdasarkan pergerakan bintang yang telah dicatat

ketika cerapan dilakukan.

Bintang primer dan bintang sekunder dikenalpasti terlebih dahulu. Parameter ”x”

mewakili bintang primer manakala parameter ”y” mewakili bintang sekunder.

Kebiasaannya bintang primer lebih besar dan cerah daripada bintang sekunder. Kemudian

nilai sudut dan jarak pisahan bolehlah diambil. Berikut adalah data yang diperolehi di

balai cerap KUSZA Kuala Terengganu dengan menggunakan teleskop MEADE 8” pada

25 November 2008.

STARS RA DEC

Σ1108 07° 32.8' 22° 53'

20 Gem 06° 32.3' 17° 47'

15 Gem 06° 27.8' 20° 47'

Σ1149 07° 49.5' 03° 13'

ι Cnc 08° 46.7' 28° 46'

Jadual: Bintang dedua yang dicerap.

1. Bintang Σ1108

Page 8: konsep bintang berpasangan dari aspek nas al-quran dan astronomi

8

2. Bintang 20Gem

3. Bintang: 15Gem

Page 9: konsep bintang berpasangan dari aspek nas al-quran dan astronomi

9

4. Bintang : Σ1149

5. Bintang : ι Cnc

Page 10: konsep bintang berpasangan dari aspek nas al-quran dan astronomi

10

4.0 Teori Bintang Berpasangan Menurut Ahli Astronomi

Kebanyakannya bintang yang wujud di alam semesta mempunyai pasangan masing-

masing. Sistem bintang berpasangan atau dedua ini mempunyai dua atau lebih bintang

dalam satu orbit yang mengelilingi antara satu sama lain dan berpusat pada satu pusat

jisim yang ditarik oleh daya tarikan graviti yang kuat.22

Bintang-bintang ini bergerak

pada orbitnya yang berbentuk elip.23

Kebiasaannya bintang utama dalam sistem bintang berpasangan dikenali sebagai

bintang primer Primary Star. Manakala pasangan bintang ini dikenali sebagai bintang

sekunder Secondary Star atau bintang pasangan Companion star.24

Bintang primer lebih

besar dan lebih cerah jika dibandingkan dengan bintang sekunder yang lebih kecil dan

lebih malap. Sebahagian daripada bintang primer dapat dilihat dengan mata kasar tetapi

bintang sekunder hanya boleh dilihat dengan menggunakan alat bantuan optik seperti

teleskop.25

Bintang primer dan bintang sekunder masing-masing akan mengorbit pusat jisim

yang sama tetapi kelihatan bintang sekunder seolah-olah mengorbit bintang primer

kerana bintang primer dianggap pegun di angkasa tambahan pula jaraknya yang sangat

jauh daripada bintang sekunder.26

Terdapat juga situasi apabila dilihat terdapat bintang-bintang yang berdekatan

antara satu sama lain tetapi sebenarnya bintang ini bukan kategori bintang berpasangan.

Fenomena ini berlaku kemungkinan bintang yang muncul, berada pada kedudukan yang

hampir ketara dan bintang-bintang ini kelihatan sejajar dengan garis pandang pencerap

dari bumi,27

kerana jarak antara pencerap dengan kedudukan bintang sangat jauh.

22

Neb Duric (2004), op.cit., h. 11-19. 23

Stephen P. Maran (2005), Astronomy for Dummies second Edition. Canada: Wiley Publishing Inc. h.

183-187. 24

Micheal A. Seeds (2005), Foundation of Astronomy. Canada: Thomson h. 182-189. 25

Micheal Zeilik (2002), Astronomy: The Evolving Universe Ninth Edition. United Kingdom: Cambridge

Press University, h. 296-297. 26

Ibid., 27

Peter Duffett Smith (2005), Practical Astronomy with Your Calculator. United Kingdom: Cambridge

University Press, h. 119-120.; Jean Meeus (1985), Astronomical Formulae for Calculator. United State:

William-Bell,Inc, h. 189-192.

Page 11: konsep bintang berpasangan dari aspek nas al-quran dan astronomi

11

Rajah 5: Kedudukan Bintang Dedua

5.0 Bintang Shi’ra Atau Bintang Berpasangan Menurut Al-Quran

Al-Shi’ra ialah sejenis bintang yang sangat terang cahayanya di langit, yang dikenali

sebagai bintang sirius.28

Mengikut al-Qurtubi bahawa bintang al-Shi’rā berada sangat

jauh dan tinggi, tetapi sangat terang serta jelas kelihatan di bumi.29

Bintang al-Shi’rā

sebenarnya adalah bintang yang mempunyai pasangan dan paling cerah pada waktu

malam.30

Dari segi bahasa menurut Ibn Manzur menyatakan dalam kitabnya bahawa al-

Shi’ra ialah dua bintang bersebelahan yang terletak pada buruj Canis Major. 31

Al-Shi’ra (Sirius32

, dog-star)33

ialah sejenis bintang bercahaya dan kelihatan

paling cerah di langit34

. Ia turut dikenali sebagai Alpha Canis Majoris35

dan ia timbul

28

John Penrice (2006), A Dictionary and Glossary of the Qur’an, Duraid Fatouhi (ed.). Kuala Lumpur: The

Other Press, h. 118. 29

Abi ‘Abd Allah Muhammad Ibn Ahmad al-Ansari al-Qurtubi (1948), al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, j.17.

Kaherah: Matba‘ah Dar al-Kutub Misriyyah, h. 119. 30

Ibn Kathir (2004), op.cit., j.4. h. 2708. 31

Ibn Manzur, Muhammad Ibn Mukarram, (1953), Lisan al-‘Arab, j. 19. Beirut: Dar Sader, h. 416. 32

Spitz. A. & Gaynor, F., (1959), Dictionary Of Astronomy and Astronautics, London; Peter Owen Limited

h.358. 33

John Wortabet & Harvey Porter, op. cit., h.157. 34

Hamzah Mohd Noor, et al,. (1995), Glosari Astronomi, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)

h.334. 35

Safra, J. E., Chairman of the Board, et al, (2007), The New Encyclopaedia Britannica, Chicago;

Encyclopaedia Britannica, Inc., edit.14, j. 10, h.845.

Page 12: konsep bintang berpasangan dari aspek nas al-quran dan astronomi

12

pada waktu yang sangat panas36

. Di dalam al-Quran perkataan al-Shi’ra disebut sekali

sahaja iaitu dalam surah al-Najm.

وأنه هو رب الشعرى

“Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan yang menciptakan Bintang

Shi’rā”

Surah al-Najm (53): 49

Bintang al-Shi’ra sesuai apabila dipadankan dengan bintang sirius37

kerana

mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu bintang yang sangat besar dan sangat terang di langit

pada waktu malam,38

tambahan pula bintang ini mempunyai pasangan.39

Sesungguhnya

semua makhluk yang di ciptakan oleh Allah sama ada bernyawa ataupun tidak,

mempunyai pasangan masing-masing, jadi tidak hairanlah bintang ini mempunyai

pasangannya40

seperti yang telah di firmankan oleh Allah:

سبحان الذي خلق الزواج كلها ما تنبت الرض ومن أنفسهم وما ل ي علمون

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya

berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri

mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.”

Surah Yasin (36): 36

Terdapat dua bintang al-Shi’ra iaitu berada di sebelah kiri dan sebelah kanan41

dalam bahasa saintifik bintang ini dikenali sebagai bintang Sirius A dan bintang Sirius B,

tetapi bintang ini hanya satu sahaja kelihatan kerana cahaya bintang yang terang

menutupi cahaya bintang yang malap. Bintang Sirius A iaitu bintang primer yang mana

bintang ini lebih terang daripada bintang lain dan mampu dilihat dengan mata kasar

kerana saiznya yang lebih besar dan kedudukannya yang paling dekat dengan langit

36

Terdapat dua bintang al-syi’ra iaitu الشعري العبور والشعرى الغميصاء . Rujuk Ibrahim Unays, et al, op. cit.,

h.484; Perkara sama disebutkan oleh al-Razi dalam Mukhtar al-Sihhah. Rujuk al-Razi, op. cit., h.340. 37

Yusuf al-Hajj Ahmad (2010), Sains Moden Menurut Perspektif Al-Qur’ān dan As-Sunnah. Johor:

Jahabersa, h. 548 38

Imam al-Jalil ‘Imad al-Din Abi al-Fida‘ Isma‘il Ibn ‘Umar Ibn Kathir al-Qarshiy al-Damashqi (2004),

Tafsir al-Qur’an al-‘Azim al-Ma’ruf bi Tafsir Ibn Kathir, j.4, c.6. Riyad: Dar al-Salam, h. 2708. 39

Ibid. 40

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Al-Quran dan Terjemahan. Kuala Lumpur: Pustaka Darul

Iman Sdn.Bhd. h. 528. 41

Muhammad Ibn ‘Umar Ibn al-Husayn al-Razi al-Shafi‘i al-Ma‘ruf bi al- Fakhr al-Razi Abu ‘Abd Allah

Fakhr al-Din (t.t), Tafsir al-Fakhr al-Razi al-Mushtahar bi al- Tafsir al-Kabir wa Mafatih al-Ghayb, j. 14,

c. 2. Beirut: Dar al-Fikr, h. 457.

Page 13: konsep bintang berpasangan dari aspek nas al-quran dan astronomi

13

bumi. Manakala bintang Sirius B pula sukar untuk dilihat kerana cahayanya yang malap

dan saiznya lebih kecil, jadi ia hanya dapat dilihat dengan menggunakan teleskop.42

Pada zaman jahiliyyah bintang al-Shi’ra disembah oleh kaum lakham43

di wilayah

Hebron disebabkan bintang ini paling terang dan paling jelas kelihatan di langit pada

waktu malam. Bangsa Mesir purba juga menyembah bintang al-Shi’ra kerana kagum dan

percaya bahawa bintang ini membawa tuah kepada mereka.44

Mengikut mitos rakyat

Mesir peristiwa banjir Sungai Nil dikaitkan dengan kemunculan bintang al-Shi’ra yang

terbit pada waktu fajar atau dikenali sebagai terbitnya heliakel Sirius.45

Dengan adanya daya tarikan graviti, bintang-bintang dapat beredar di atas orbit

masing-masing dengan teratur dan sistematik tanpa berlanggar antara satu sama lain.

Daya tarikan graviti berfungsi untuk menstabilkan alam semesta, yang mana semua objek

samawi bergantung kepadanya.46

Sekiranya daya tarikan graviti tidak wujud maka sudah

tentu alam ini tidak wujud.47

Dalam hubungan ini Allah berfirman:

إنه كان حليما غفورا ولئن زالتا إن أمسكهما من أحد من ب عده إن الل ه يسك السماوات والرض أن ت زول

“Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak

berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika

keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat

menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia

Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.”

Surah al-Fatir (35): 41

Perkataan “ يمسك” pada ayat tersebut membawa maksud menahan, memegang dan

memelihara.48

Ibn kathir menyatakan bahawa terdapatnya kekuatan yang sangat kukuh

untuk menahan daripada bergeser antara satu sama lain dan jatuh daripada tempatnya.49

Ayat ini menunjukkan keagungan Allah menguruskan alam semesta bergerak mengikut

arah pergerakan yang telah ditetapkan di atas orbitnya, ini membuktikan adanya suatu

42

Fred Schaaf (2008), The Brightest Stars. Canada: John Wiley & Sons, h. 84. 43

Ahmad Mustafa al-Maraghi (2001), Tafsir al-Maraghiy, j. 9. Muhammad Thalib (terj.). Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 4538. 44

Abi ‘Abd Allah Muhammad Ibn Ahmad al-Ansari al-Qurtubi (1948), al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, j.17.

Kaherah: Matba‘ah Dar al-Kutub Misriyyah, h.153-154 45

Fred Schaaf (2008), op.cit., h. 83. 46

Zaghlul al-Najjar (2005), Min Ayah al-‘Ijaz al-Ilmi fi al-Qur’an al-Karim, j.1, c.9. Kaherah: Maktabah

al-Syuruq al-Dawliyyah, h. 40. 47

Muhammad Ismail Ibrahim (1986), Sisi Mulia al-Quran, Agama & Ilmu. Jakarta: CV. Rajawali, h: 99 48

Hassan, ‘Abd Qadir (1970), Qamus al-Quran. Jakarta: al-Muslimun, h.297. 49

Ibn Kathir (2004), Op.cit., j.3, h. 2348.

Page 14: konsep bintang berpasangan dari aspek nas al-quran dan astronomi

14

kuasa yang memegang iaitu daya tarikan gravity yang mengimbangkan pergerakan dan

kedudukan sesuatu objek samawi tersebut.50

Manakala perkataan “ أن تزول” dan “زالتا”

membawa maksud yang sama iaitu berganjak, berpindah atau beralih tempat,51

ini

menunjukkan bahawa objek-objek samawi sentiasa bergerak. Ayat ini sesuai untuk

mengambarkan hukum graviti iaitu keupayaan objek samawi untuk saling menarik antara

satu sama lain supaya pergerakannya teratur pada garis edarnya.52

وكل ف ف لك يسبحون

“Kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-

masing.”

Surah Yasin(36): 40

Firman Allah di atas menjelaskan bahawa semua objek samawi masing-masing

beredar di atas paksinya dengan lancar, pendapat ini telah diperjelaskan oleh Ibn ‘Abbas,

Qatadah dan beberapa lagi ahli mufassirin yang lain.53

Bintang ini bergerak mengorbit

dan mendekati antara satu sama lain. Bintang berpasangan mempunyai orbit yang

berbentuk elip,54

ini juga telah disebut dalam surah al-Najm ayat 9 yang menyatakan

bahawa kedua-dua bintang ini sentiasa menghampiri dan mengelilingi antara satu sama

lain dengan lintasan orbit yang berbentuk busur55

. Bentuk ini telah pun dijelaskan dalam

nas al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu dalam surah al-najm ayat 9.

فكان قاب ق وسي أو أدن

“Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad)

sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;”

Surah al-Najm (53): 9

Apabila membaca ayat ke 49 dan ke 9 dalam surah al-Najm bersama dapat

membuktikan bahawa bintang-bintang ini mendekati antara satu sama lain kerana di

50

Muhammad Quraish Shihab (2002), Tafsir al-Misbah, j.11. Jakarta: Lentera Hati, h. 487. 51

Budi Santoso (2008), Kamus al-Quran. Jakarta: Pena Ilmu dan Amal, h. 408 52

Glosari Astronomi (1995), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 147 53

Imam al-Jalil ‘Imad al-Din Abi al-Fida‘ Isma‘il Ibn ‘Umar Ibn Kathir al-Qarshiy al-Damashqi (1999),

Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Sami bin Muhammad salamah j.8. Riyad: Dar Tayyibah, h.439 54

Robert Grant Aitken (1963), op.cit., h. 39. 55

Perkataan “Qawasayn membawa maksud lintasan orbit bagi bintang Shi’ra yang berbentuk elip iaitu

bujur seperti telur.

Page 15: konsep bintang berpasangan dari aspek nas al-quran dan astronomi

15

tengahnya terdapat daya tarikan graviti, nas ini bersesuaian dengan penemuan saintis

kini.

“Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan yang menciptakan Bintang

Shi’rā”[Surah al-Najm (53); 49] “Sehingga menjadilah jarak (di

antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah,

atau lebih dekat lagi;” [Surah al-Najm (53); 9]

Tempoh masa putaran lengkap bintang al-Shi’ra mengorbit satu pusat graviti ialah

49.9 juta tahun. Kenyataan ini sesuai dengan nombor ayat yang berkaitan dengan bintang

shi’ra dalam surah al-Najm iaitu ayat yang ke 49 dan 9.

6.0 Kesimpulan

Al-Quran dan sains saling berkait rapat antara satu sama lain, al-Quran menjelaskan

kejadian alam secara umum manakala sains menjelaskan secara rasional dengan

melakukan cerapan untuk mengemukakan teori dan formula. Alam semesta diciptakan

melalui satu perancangan dan pentadbiran yang teliti

Apabila kajian dilakukan selari dengan al-Quran maka ini dapat membuktikan

bahawa ilmu sains merupakan salah satu cabang dari al-Quran. Fakta-fakta sains di dalam

al-Quran membuktikan bahawa al-Quran sememangnya datang dari wahyu Allah s.w.t.

walaupun al-Quran bukan sebuah buku sains, tetapi terdapat banyak ayat al-Quran yang

menyeru manusia untuk memikirkan maksud dan tujuan hidup di dunia ini dengan

melihat dan mengkaji kejadian alam semesta.

Apabila mengkaji dan menghayati pengertian isi kandungan al-Quran dengan

mendalam mengenai bintang shi’ra banyak persamaan yang telah dikemukakan oleh

saintis barat mengenainya. Perkataan al-Shi’ra adalah perkataan dalam bahasa arab yang

membawa maksud bintang dan ia merujuk kepada bintang Sirius. Bintang al-Shi’ra ini

telah dibuktikan bahawa ia merupakan bintang berpasangan kerana jelas dalam nas al-

Quran yang menyatakan tentang pergerakan antara dua bintang tersebut.

Page 16: konsep bintang berpasangan dari aspek nas al-quran dan astronomi

16

7.0 Bibliografi

‘Abd al-Hamid Mahmud Samahah (1949), Muqaddamah fi ‘Ilm al-Falak. Kaherah: Dar

al-Shirq.

Abi ‘Abd Allah Muhammad Ibn Ahmad al-Ansari al-Qurtubi (1948), al-Jami‘ li Ahkam

al-Qur’an. Kaherah: Matba‘ah Dar al-Kutub Misriyyah.

Ahmad Mustafa al-Maraghi (2001), Tafsir al-Maraghiy. Muhammad Thalib (terj.). Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alan H. Batten (1973), Binary And Multiple System Of Stars. Canada: Pergamon Press.

Budi Santoso (2008), Kamus al-Quran. Jakarta: Pena Ilmu dan Amal

Donald H. Menzel, Fred L.Whipple, Gerard de Vouvouleurs (1970), Survey of The

Universe. United State: Prentice-Hall inc Englewood cliffs.

Fred Schaaf (2008), The Brightest Stars. Canada: John Wiley & Sons.

Glosari Astronomi (1995), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

H.Kartunnen (1994), Fundamental Astronomy Second Englarged Edition. Berlin:

Springer Verlag.

Hassan, ‘Abd Qadir (1970), Qamus al-Quran. Jakarta: al-Muslimun.

Hamzah Mohd Noor, Abdul Hamid Tahir, Abdul Halim Abdul Aziz, Abdul Majid

Hamid, Ahmad Zahari Mohd Tahir, Kaida Khalid, et al,. (1995), Glosari Astronomi,

Kuala Lumpur; Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)

Henry Norris Russell & Charlotte E.Moore (1940), The Masses of The Stars. Chicago:

the University of Chicago Press.

Ian Ridpath (1987), Longman Illustrated Dictionary of Astronomy and Astronomautics.

Beirut: York Press.

Imam al-Jalil ‘Imad al-Din Abi al-Fida‘ Isma‘il Ibn ‘Umar Ibn Kathir al-Qarshiy al-

Damashqi (2004), Tafsir al-Qur’an al-‘Azim al-Ma’ruf bi Tafsir Ibn Kathir, c.6. Riyad:

Dar al-Salam.

Imam al-Jalil ‘Imad al-Din Abi al-Fida‘ Isma‘il Ibn ‘Umar Ibn Kathir al-Qarshiy al-

Damashqi (1999), Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Sami bin Muhammad salamah. Riyad: Dar

Tayyibah.

Page 17: konsep bintang berpasangan dari aspek nas al-quran dan astronomi

17

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Al-Quran dan Terjemahan. Kuala Lumpur:

Pustaka Darul Iman Sdn.Bhd.

Jean Meeus (1985), Astronomical Formulae for Calculator. United State: William-

Bell,Inc,.

Jim Breithaupt (2000), 101 Key Ideas Astronomy. London: Teach Yourself.

Lloyd Motz (1957), Astronomy A to Z. United State of America: Fischer Bücherei Kg

Frankfurt-Main Hamburg.

Micheal A. Seeds (2005), Foundation of Astronomy. Canada: Thomson.

Micheal Zeilik (2002), Astronomy: The Evolving Universe Ninth Edition. United

Kingdom: Cambridge Press University.

Muhammad Ibn ‘Umar Ibn al-Husayn al-Razi al-Shafi‘i al-Ma‘ruf bi al-Fakhr al-Razi

Abu ‘Abd Allah Fakhr al-Din (1994), Tafsir al-Fakhr al-Razi al-Mushtahar bi al- Tafsir

al-Kabir wa Mafatih al-Ghayb. al-Shaykh Khalil (ed.). Beirut: Dar al-Fikr.

Muhammad Ibn ‘Umar Ibn al-Husayn al-Razi al-Shafi‘i al-Ma‘ruf bi al- Fakhr al-Razi

Abu ‘Abd Allah Fakhr al-Din (t.t), Tafsir al-Fakhr al-Razi al-Mushtahar bi al- Tafsir al-

Kabir wa Mafatih al-Ghayb. c. 2. Beirut: Dar al-Fikr.

Muhammad Ismail Ibrahim (1986), Sisi Mulia al-Quran, Agama & Ilmu. Jakarta: CV.

Rajawali.

Muhammad Quraish Shihab (2002), Tafsir al-Misbah. Jakarta: Lentera Hati.

Nebojsa Duric (2004), Advanced Astrophysics. United Kingdom: Cambridge University

Press.

Peter Duffett Smith (2005), Practical Astronomy with Your Calculator. United Kingdom:

Cambridge University Press.

Robert Grant Aitken (1963), The Binary Stars. New York: Dover Publication.

Sheikh Abdullah Basmeih (2008), Mushaf Tajwid, c. 5. Kuala Lumpur: Darulfikir. Spitz. A. & Gaynor, F., (1959), Dictionary Of Astronomy and Astronautics, London; Peter Owen Limited

Stephen P.Maran (2005), Astronomy for Dummies second Edition. Canada: Wiley

Publishing Inc.

W.Kruse & W.Dieckvoss (1957), The Stars. United States Of America: Michigan Press.

Page 18: konsep bintang berpasangan dari aspek nas al-quran dan astronomi

18

Yusuf al-Hajj Ahmad (2010), Sains Moden Menurut Perspektif Al-Qur’ān dan As-

Sunnah. Johor: Jahabersa.

Zaghlul al-Najjar (2005), Min Ayah al-‘Ijaz al-Ilmi fi al-Qur’an al-Karim, j.1, c.9.

Kaherah: Maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah.