kaedah pengajaran-penemuan berpusat pj

Upload: annisa-ulhusna

Post on 08-Jul-2015

456 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Oleh : Annisa Ulhusna bt Hamden Yuhanis bt Osman PISMP 4.05

Definisi Kaedah pengajaran berdasarkan kepada sebab, logik, fikiran kritis dan cuba jaya. Pelajar akan membuat keputusan mengenai pengurusan kognitif untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Guru hanya menyediakan tugasan. Pelajar cuba mencari jawapan dengan menggunakan

pelbagai cara.

Objektif1.

Subject matter objective (objektif mata pelajaran) : memberikan satu jawapan untuk satu persoalan atau satu penyelesaian kepada satu masalah.

2. Role Objective : mempertahankan jawapan yang diperoleh dengan memberi respon yang betul kpd jawapan. melihat contoh spesifik operasi kognitif yang boleh memberikan jalan penyelesaian. meneliti dengan berhati-hati kepada satu jawapan dalam penyelesaian masalah, alasan dan berfikiran kritik.

FASA-FASA PEMBELAJARAN PENEMUAN BERPUSAT1. Fasa Pra ImpakGURU : membentuk dan memberikan masalah kepada pelajar. arahan yang diberikan berbentuk lisan atau tulisan. Masalah yang diberikan berkaitan dengan objektif pembelajaran. PELAJAR : pelajar hanya menerima masalah atau soalan yang diberikan oleh guru sama ada secara lisan atau tulisan.

2. Fasa ImpakPELAJAR : GURU : memerhati dan memantau sahaja aktiviti yang dilakukan oleh pelajar. guru bertindak sebagai fasilitator. menyelesaikan masalah yang diberi mengikut idea mereka sendiri. berusaha untuk menyelesaikan masalah dengan memberi idea,menilai dan membuat keputusan tentang cara penyelesaian masalah yang betul.

3. Fasa Pasca Impak

GURU : memberi jawapan dan membandingkan jawapan tersebut dengan jawapan pelajar. menghasilkan rumusan dan kesimpulan dengan betul dan tepat daripada perbincangan pelajar.

PELAJAR : memastikan jawapan disemak dengan jawapan guru dan pelajar lain. memperbaiki jawapan yang diberi.

Kriteria-kriteria Yang Perlu Diambil Untuk Menggunakan Stail G : Hanya mempunyai satu tindak balas yang betul. Tumpuan yang khusus serta idea iaitu ia bergantung

kepada struktur dari tingkahlaku,pertuturan yang digunakan bagi memperkenalkan tugasan yang diberikan kepada pelajar. Merupakan satu proses pembuktian secara praktikal dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Tindakbalas perlakuan mewakili analisis mekanikal pergerakan. Membawa kepada urutan spesifik pergerakan. Memerlukan pelajar membuat penemuan sendiri dengan menghadkan tindakan yang dilakukan.

Ciri-ciri pengajaran stail G (Penemuan Berpusat) Guru hanya memberi masalah kepada pelajar. Pelajar melakukan aktiviti sendiri tanpa bantuan guru. Pelajar bebas melaku dan menggunakan kaedah serta

teknik yang disukai untuk menyelesaikan masalah @ tugasan yg diberi.

Masa yang diberikan adalah mencukupi untuk

pelajar tersebut menghabiskan tugasan yang diberi. Guru hanya bertindak sebagai pemerhati dan

fasilitator semasa aktiviti ini dijalankan. Guru hanya membantu apabila keadaan memerlukan. Peranan guru jelas kelihatan pada masa pra impak

dan pasca impak sahaja. Stail ini boleh dijalankan secara individu,

berpasangan, dan berkumpulan.

Kekuatan stail G Melalui pelbagai perlakuan cubajaya, pelajar dapat

memperkembangkan pembentukan fizikalnya. Apabila pelajar berjaya melakukan perlakuan yang

dikehendaki - akan merasa seronok dan berkeyakinan tinggi. Dengan itu dapat membentuk emosinya. Pelajar akan cuba menyelesaikan masalah yang diberi

oleh guru. Oleh itu ia dapat membina perkembangan kognitifnya. Hubungan dan interaksi dapat diwujudkan dengan

bertukar pandangan dalam menyelesaikan masalah. Ini membentuk perkembangan sosial di kalangan mereka.

Kelemahan stail G Perkembangan fizikal kurang berkesan. Pelajar akan merasa kecewa, putus asa dan rendah diri bila tidak berjaya melakukannya.

Pelajar akan merasa bosan, tidak seronok dan tidak dapat input pengetahuan yang diperlukan. Hubungan dan interaksi yang diwujudkan minima.

Rumusan

Kaedah stail G berdasarkan kepada:

1. Sebab, logik, fikiran kritik dan cuba jaya.

2. Pelajar cuba membuat keputusan sendiri utk menyelesaikan masalah yg diberi guru.3. Pelajar lebih berperanan semasa proses mencari penyelesaian utk dapatkan jawapan. 4. Guru sebagai pemerhati dan membantu sekiranya perlu.

Secara ringkasnya, stail ini memberi peluang kepada pelajar untuk lakukan penemuan baru tanpa bantuan guru untuk selesaikan masalah yang diberi. Pelajar akan membuat keputusan sendiri dgn pelbagai cara bagi mendapatkan keputusan yg betul utk menyelesaikan masalah yg diberikan.