panduan pengajaran pj tahun 4.pdf

216

Upload: christopher-martinez

Post on 18-Dec-2015

783 views

Category:

Documents


178 download

TRANSCRIPT

  • KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

    PANDUAN PENGAJARAN

    PENDIDIKAN JASMANI

    TAHUN EMPAT

    Terbitan

    Bahagian Pembangunan Kurikulum

    2013

  • Diusahakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

    Cetakan Pertama 2013

    @Kementerian Pendidikan Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

    Panduan pengajaran pendidikan jasmani. Tahun 4

    ISBN 978-967-420-014-5

    Physical education and trainingStudy and teaching (Primary).

    I. Malaysia. Kementerian Pelajaran. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

    372.86043

  • RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :-

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

  • Penasihat

    Dr. Masnah bt. Ali Muda Pengarah

    Bahagian Pembangunan Kurikulum

    Penasihat Editor

    Pn. Zaidah bt. Mohd Yusoff Ketua Sektor Kesenian dan Kesihatan

    Bahagian Pembangunan Kurikulum Tn. Hj. Zamrus bin A. Rahman Ketua Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan

    Bahagian Pembangunan Kurikulum

    Editor Cik Kamariah binti Mohd Yassin Bahagian Pembangunan Kurikulum En. Nawi bin Razali Bahagian Pembangunan Kurikulum Penasihat Kandungan Kurikulum Pendidikan Jasmani Prof. Madya Dr. Mohd Khairi bin Zawi Universiti Kebangsaan Malaysia Dr. Kok Lian Yee Universiti Putra Malaysia Dr. Nelfianty bt. Mohd Rashid Universiti Pendidikan Sultan Idris Gimnastik Asas Tn. Syed Muhd Kamal bin. S.A Bakar IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor En. Poniran bin Salamon IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor En. Ramli bin Ismail SK Peteri Jaya, Kota Tinggi, Johor En. Narsri bin Omar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor Pergerakan Berirama Pn. Kok Mong Lin IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur En. Mohd Fakri bin Mohd Nor SK Bangsar, Kuala Lumpur Pn. Siti Fatimah binti Chin SK Bukit Jalil, Kuala Lumpur Pn. Rohayati bin Ab. Rahman SK Morib, Selangor Kemahiran Kategori Serangan En. Azhar bin Ariffin IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang En. Kamaluddin bin Mokri IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor En. Ooi Eng Hooi SKJC Pa Yai, Kluang, Johor , Kemahiran Kategori Jaring En. Ahmad Rodzli bin Hashim IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak Dr. Ang Kean Koo SK Kajang Utama, Kajang, Selangor En. Mohd Zaid bin Mohd Yussof SK Merlimau 1, Melaka En. Mohd Azmawi bin Mat Yacob SK Lendu, Melaka

  • Kemahiran Kategori Memadang En. Chia Chiow Ming IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur En. Zairi bin Hussain IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor En. Shamsul Bahri bin Ismail IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur En. Rohaizat bin Abd Gani SK Seri Timbul, Batu Pahat, Johor Renang En. Nawi bin Razali Bahagian Pembangunan Kurikulum Pn. Lim Yit Bin Sekolah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang En. Masran bin Mohamed SMK Padang Temu, Melaka Rekreasi dan Kesenggangan Pn. Faradilla binti Mohamed @ Mohd. SK Tasek Utara, Johor Bahru, Johor Badri Pn. Saodah binti Samad SK Peserai, Batu Pahat, Johor En. Muhamad Saufe bin Abu Samah SK Seri Kota Puteri 4, masai, Johor Olahraga Asas En. Gopal a/l Rahman SMK Bandar Puchong Permai, Selangor

    En. Chia Chiow Ming IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur En. Shamsul Bahri bin Ismail IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur Kecergasan En. Mohamad Yunus Bin Ibrahim IPG Kampus Dato Razali Ismail, Terengganu

    En. Gopal a/l Rahman SMK Bandar Puchong Permai, Selangor

    En. Dzul Azri bin Md Yunos SK Taman Permata, Kuala Lumpur En. Mohd Fakri bin Mohd Nor SK Bangsar, Kuala Lumpur En. Abd. Razak bin Sulaiman SMK Seri Indah, Serdang, Selangor

    Ilustrator En. Ahmad Shaker bin Abd. Majeed SMK Ayer Hangat, Langkawi, Kedah En. Umar Radzi bin Bahari SMK Bandar Sungai Petani, Kedah En. Mohd Asri bin Mohd Zain SMK Dato Syed Ahmad, Kedah En. Samani bin Mashudi SMK Sungai Kerang, Pontian, Johor En. Mohd Yusof bin Aziz SMK Sik, Kedah Pn. Nur Shuzaliza Ahmad Shupli Bahagian Pembangunan Kurikulum Panel Muzik yang menyediakan CD Dunia Muzik KSSR En. Bakhtiar bin Mohd Salleh Unit Pendidikan Muzik

    Bahagian Pembangunan Kurikulum Cik Faridah binti Ramly Unit Pendidikan Muzik

    Bahagian Pembangunan Kurikulum

  • Bahagian Pembangunan Kurikulum juga merakamkan ribuan terima kasih kepada semua panel yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun Empat. Panel Pemurnian Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4. Guru-guru Pendidikan Jasmani Tahun Empat di sekolah Rintis KSSR Pendidikan Jasmani Tahun Empat pada tahun 2012.

  • Muka Surat

    Pendahuluan xiii

    MODUL KEMAHIRAN 1

    GIMNASTIK ASAS 3

    Unit 1 Siapa Lagi Kukuh 5

    Unit 2 Dirian Tangan 8

    Unit 3 Mari Hambur 12

    Unit 4 Gayut dan Ayun 16

    Unit 5 Putara Roda 20

    PERGERAKAN BERIRAMA 25

    Unit 6 Aksi Kreatif Saya 27

    Unit 7 Jom Ke Sawah 32

    Unit 8 Kembara Hutan 35

    Unit 9 Robot Rabat 38

    KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN 43

    KATEGORI SERANGAN 45

    Unit 10 Hantar dan Terima Bola 47

    Unit 11 Kelecek Ku Hebat 51

    Unit 12 Cuba Hadang 54

    Unit 13 Memintas 57

    Unit 14 Kena Takel 61

  • Muka Surat

    KATEGORI JARING 65

    Unit 15 Servisku Mengena 67

    Unit 16 Terima Servis 71

    Unit 17 Gerak Kaki Ke Pelbagai Arah 74

    Unit 18 Pukulan Pepat 77

    Unit 19 Pukulan Kilas 80

    Unit 20 Mengumpan Bola 84

    KATEGORI MEMADANG 87

    Unit 21 89 Membaling dengan Tangan Lurus

    Unit 22 Pukul dan Lari 92

    Unit 23 Menahan Bola 96

    Unit 24 Baling dan Tangkap Bola Sisi 100

    OLAHRAGA ASAS 105

    Unit 25 Ke Sana dan Ke Sini 107

    Unit 26 Berlari Berganti-ganti 111

    Unit 27 Mari Melompat 114

    Unit 28 Cabaran Melompat 118

    Unit 29 Melontar 121

    Unit 30 Lempar Objek Leper 125

  • Muka Surat

    AKUATIK ASAS 129

    Unit 31 Reaching Rescue 131

    Unit 32 Pergerakan Tangan Kuak Rangkak 134

    Unit 33 Pergerakan Kaki Kuak Rangkak 138

    Unit 34 Pernafasan Kuak Rangkak 141

    REKREASI DAN KESENGGANGAN

    145

    Unit 35 Khemah Pasang Siap 147

    Unit 36 Pandu Arah 151

    Unit 37 Ting Ting Gula Batu 156

    Unit 38 Laga Ayam 160

    KECERGASAN 163

    Unit 39 Nadi Saya 165

    Unit 40 Tingkatkan Kecergasanku 169

    Unit 41 Pelbagai Gaya Aerobik 173

    Unit 42 Bergerak Untuk Jantung 176

    Unit 43 Saya Boleh Melentur 180

    Unit 44 Regang Supaya Lentur 184

    Unit 45 Kuat dan Tahan 188

    Unit 46 Kad Daya Tahan dan Kekuatan Otot 192

    LAMPIRAN A Senarai Peralatan

    196

  • xiii

    Buku Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun Empat ini dihasilkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Penghasilan buku ini melibatkan pensyarah-pensyarah universiti, Institut Pendidikan Guru Malaysia dan guru-guru yang telah menyumbang idea dan kepakaran dalam bidang masing-masing. Buku ini bertujuan membantu guru Pendidikan Jasmani mengajar mata pelajaran ini. Panduan pengajaran ini menterjemah dan memperincikan kandungan dokumen standard Pendidikan Jasmani dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Bagi standard-standard pembelajaran yang tidak dicakup dalam buku ini, guru-guru hendaklah merancang sendiri pengajaran dan pembelajaran untuk murid. Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun Empat ini mengandungi 46 unit bagi membantu guru dalam pengajaran Modul Kemahiran dan Modul Kecergasan seperti yang terkandung dalam dokumen standard Pendidikan Jasmani Tahun Empat. Terdapat unit-unit pengajaran yang menggunakan CD lagu Dunia Muzik KSSR Tahun 1 hingga Tahun 3 untuk melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Aktiviti yang terdapat dalam setiap unit pengajaran menjurus kepada pencapaian standard pembelajaran. Aktiviti dalam setiap unit disusun secara ansur maju mengikut turutan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Cadangan aktiviti dalam panduan pengajaran juga menerapkan elemen merentas kurikulum dan pendekatan Teaching Game for Understanding (TGfU). Guru-guru perlu merangsang murid dengan mengemukakan pertanyaan yang membolehkan murid berfikir pada aras tinggi, menaakul, dan membuat keputusan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Terdapat juga unit-unit yang menjurus kepada pendekatan strategi pembelajaran masteri. Guru digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubah suai serta menambah baik aktiviti panduan pengajaran mengikut kesesuaian situasi, tempat dan kebolehan murid. Pengajaran dan pembelajaran yang terancang dapat membina murid menjadi individu yang cergas, sihat, berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni dalam melakukan aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup. Adalah diharapkan Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun Empat ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru yang terlibat secara maksimum untuk mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.

  • xiv

    Berkebolehan melakukan kemahiran hambur dan pendaratan dengan lakuan yang betul.

    1.1.1 Melakukan hambur tangan dari tempat tinggi dan mendarat ke tempat rendah. 2.1.1 Mengenal pasti penyerapan daya semasa mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

    5.1.4 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat aktiviti.

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Berdiri di atas bangku. 3. Melakukan balak tumbang dengan

    sokongan guru. 4. Ulang aktiviti beberapa kali.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Peti lombol, tilam mendarat

    Melakukan Balak Tumbang 1. Rendahkan badan ke hadapan dan kedua-dua belah

    tangan mencecah bangku dan bahu menolak dengan kuat untuk membantu menghambur badan.

    2. Badan ditegakkan dan mendarat (baring) di atas tilam. 3. Pastikan penyokong berada di sisi dan menangkap

    bahagian hamstring.

    1.Pastikan bangku dilapik dengan tilam.

    2.Sentiasa luruskan tangan semasa melakukan balak tumbang untuk mengelakkan kepala terkena bucu bangku.

    Fokus pada kemahiran khusus yang hendak dicapai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Turutan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran PJ yang mesti diikuti.

    Cadangan alatan yang digunakan dalam pdp.

    Turutan aktiviti mengikut ansur maju.

    Langkah keselamatan untuk elakkan kecederaan.

    Butir mengajar, teknik atau info.

    Mengapakah kamu fleksikan lutut semasa mendarat?

    Soalan yang menjurus kepada kemahiran menaakul.

  • 1

  • 3

  • 5

    Berkebolehan melakukan imbangan dengan pelbagai tapak sokongan dalam kumpulan kecil di atas bangku gimnastik.

    1.2.1 Melakukan imbangan dengan pelbagai tapak sokongan dalam kumpulan kecil di atas bangku gimnastik. 2.2.1 Menyatakan perkaitan antara luas tapak sokongan dengan kestabilan. 5.1.5 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti. 5.2.3 Membandingkan tindakan yang selamat dan tindakan yang berisiko semasa melakukan aktiviti yang mencabar.

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Berdiri sebaris di atas bangku gimnastik. 3. Apabila isyarat diberi, lakukan imbangan pelbagai tapak sokongan dalam kumpulan. 4. Ulang beberapa kali dengan variasi imbangan yang berbeza.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Persembahan Menyejukkan

    badan Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Bangku gimnastik

    Kawal imbangan dan utamakan keselamatan semasa melakukan aktiviti.

    1. Mengimbang dengan variasi yang melibatkan

    pelbagai anggota badan dan dalam pelbagai aras.

    2. Anggota badan rakan bersentuhan semasa melakukan imbangan berkumpulan.

  • 6

    Bagaimanakah kumpulan kamu boleh mengimbang lebih stabil dan lama?

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Mereka cipta formasi imbangan dalam kumpulan di atas bangku gimnastik. 3. Kumpulan yang berjaya melakukan formasi imbangan yang paling stabil dalam

    masa yang ditetapkan dikira sebagai pemenang.

    1. Tapak sokongan yang luas dan pusat graviti yang lebih rendah

    akan meningkatkan kestabilan. 2. Anggota badan rakan bersentuhan semasa melakukan imbangan

    berkumpulan. 3. Lakukan aktiviti dengan dua aras berbeza dan menggunakan

    pelbagai anggota badan sebagai tapak sokongan. 4. Kawal dan kekalkan imbangan selama 10 saat.

    Kawal imbangan dan utamakan keselamatan semasa melakukan aktiviti.

  • 7

    Nama : Kelas :

    Tarikh :

    1. Tanda () pada gambar yang menunjukkan aksi imbangan berkumpulan

    yang paling stabil.

    2. Jelaskan mengapa gambar aksi imbangan yang kamu pilih itu paling stabil.

    B A

  • 8

    Berkebolehan melakukan pergerakan yang memerlukan kawalan badan dan sokongan.

    1.2.2 Melakukan dirian tangan dengan sokongan. 2.2.1 Menyatakan perkaitan antara luas tapak sokongan dengan

    kestabilan. 5.1.5 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti. 5.4.1 Melakukan aktiviti secara berpasangan.

    1. Secara berpasangan. 2. Murid X melakukan dirian tangan dengan murid Y. 3. Setiap pasangan perlu berjalan dari skital A dengan dirian tangan ke skital B dan tukar peranan. 4. Pasangan pertama yang berjaya kembali semula ke skital A dikira sebagai pemenang.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Persembahan Menyejukkan

    badan Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Tilam gimnastik dan skital

    B A

    Mula / Tamat

    X

    Y

  • 9

    1. Murid secara berpasangan. 2. Berdiri menghadap dinding dengan dirian sebelah kaki di depan. 3. Letak tapak tangan ke lantai dan tendang kaki satu persatu ke dinding. 4. Murid melakukan dirian tangan dengan menyandarkan anggota belakang badan ke

    dinding selama 5 hingga 10 saat.

    Kedua-dua belah tangan dibuka seluas bahu untuk meluaskan tapak sokongan untuk mendapatkan lebih kestabilan.

    Tamatkan dirian tangan dengan menurunkan kaki satu persatu ke lantai.

    Bagaimanakah kamu kekalkan keseimbangan semasa melakukan dirian tangan?

    dinding

  • 10

    1. Murid secara berpasangan. 2. Letak tapak tangan ke lantai dan kaki satu persatu diletakkan ke atas bahu rakan. 3. Pasangan murid akan membantu menyokong rakan yang sedang melakukan dirian tangan dengan berdiri dan memegang kaki rakan. 4. Lakukan selama 5 hingga 10 saat, kemudian tukar peranan.

    1. Murid dalam kumpulan kecil 2. Membuat persembahan dirian tangan dengan sokongan rakan secara

    berkumpulan. Borang Pemarkahan

    Penyokong hendaklah menurunkan pelaku sekiranya pelaku tidak berdaya.

    Bil. Nama ahli kumpulan Lakukan dirian tangan dengan sokongan [5 markah]

    Lakukan dirian tangan tanpa sokongan [10 markah]

    Boleh melakukan dirian tangan lebih 5 saat [5 markah]

    Jumlah Markah

    Nama Penilai :.

  • 11

    Nama : . Tarikh :

    Kelas :

    Tandakan () jika kamu boleh melakukan aktiviti berikut: 1. Saya boleh melakukan aktiviti kereta sorong. 2. Saya boleh memegang kaki rakan saya semasa melakukan aktiviti kereta sorong. 3. Saya boleh melakukan dirian tangan dengan sokongan ke dinding. 4. Saya boleh melakukan dirian tangan dengan sokongan rakan. 5. Saya boleh menyokong rakan saya membuat dirian tangan.

  • 12

    Berkebolehan melakukan kemahiran hambur dan pendaratan dengan lakuan yang betul.

    1.1.1 Melakukan hambur tangan dari tempat tinggi dan mendarat

    ke tempat rendah. 2.1.1 Mengenal pasti penyerapan daya semasa mendarat dengan

    kedua-dua belah kaki. 5.1.4 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat aktiviti. 5.2.2 Berkeyakinan untuk melakukan pelbagai pergerakan

    berkemahiran.

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Berdiri di atas bangku. 3. Melakukan balak tumbang dengan sokongan guru. 4. Ulang aktiviti beberapa kali.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Persembahan Menyejukkan

    badan Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Peti lombol, tilam mendarat dan bangku gimnastik

    Melakukan Balak Tumbang 1. Rendahkan badan ke hadapan dan kedua-dua belah

    tangan mencecah bangku dan bahu menolak dengan kuat untuk membantu menghambur badan.

    2. Badan ditegakkan dan mendarat (baring) di atas tilam. 3. Pastikan penyokong berada di sisi dan menangkap

    bahagian hamstring. 4. Lakukan secara ansur maju dengan mula dari tempat rendah.

    Pastikan bangku dilapik dengan

    tilam. Sentiasa luruskan

    tangan semasa melakukan balak tumbang untuk mengelakkan kepala terkena bucu bangku.

    Pastikan mendarat dengan bahagian badan dan elakkan dari mendarat

    dengan tengkuk.

  • 13

    1. Berdiri di atas peti lombol. 2. Melakukan hambur tangan di atas peti lombol dan mendarat di atas tilam. 3. Lakukan bergilir-gilir. 4. Ulang beberapa kali.

    1. Rendahkan badan ke hadapan dan apabila kedua-dua belah tangan mencecah

    peti lombol, ayunkan kaki belakang ke atas dengan kuat (kaki kiri menyusul pergerakan kaki kanan). 2. Lentikkan badan sedikit semasa melakukan hambur tangan untuk memudahkan menghambur. 3. Mendarat dengan lutut fleksi untuk merendahkan pusat graviti bagi mendapatkan kestabilan dan menyerap daya hentakan.

    Elakkan murid yang ada kecederaan pada tangan, bahu, pinggang dan tulang belakang melakukan aktiviti ini

    Mengapakah kamu fleksikan lutut semasa mendarat?

  • 14

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid melakukan hambur tangan di atas peti lombol dan mendarat dengan

    kedua-dua belah kaki di atas tilam. 3. Setiap kali kaki bergerak semasa pendaratan akan ditolak 1 markah. 4. Jika gagal mendarat, akan ditolak 5 markah. 5. Kumpulan yang menerima potongan markah yang paling sedikit dikira sebagai pemenang.

    Borang Pemarkahan Nama Kumpulan: ..

    Bil. Nama Ahli Kumpulan Potongan Markah

    Jumlah

  • 15

    Nama : Kelas :

    Tarikh : .

    1. Tanda ( ) pada gambar cara pendaratan yang dapat mengelakkan kecederaan.

    2. Jelaskan mengapa cara yang kamu pilih itu dapat mengelakkan kecederaan?

    A B

  • 16

    Berkebolehan melakukan kemahiran gayut dan ayun dengan lakuan yang betul.

    1.3.1 Bergayut dan mengayun pada palang dengan kedua-dua belah tangan menggunakan genggaman atas, bawah, dan campur. 2.3.1 Mengenal pasti genggaman yang sesuai mengikut arah ayunan. 5.1.5 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti.

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Dua orang murid meletakkan kayu di atas bahu. 3. Murid ketiga akan bergayut menggunakan genggaman bawah. 4. Tukar peranan dan ulang aktiviti beberapa kali.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Persembahan Menyejukkan

    badan Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Tilam mendarat, kayu atau batang rotan dan palang gayut.

    1. Letakkan pelapik atas bahu murid

    yang mengandar. 2. Saiz murid yang mengandar hendaklah sama besar dan sama tinggi.

  • 17

    1. 1Genggam palang dengan menggunakan genggaman atas. 2. Gayut dan ayun dengan fleksi lutut, mendarat di atas tilam. 3. Lakukan aktiviti bergilir-gilir.

    1. Guru berada di sisi murid. 2. Pastikan tilam gimnastik

    diletakkan di bawah palang.

    3. Lakukan aktiviti mengikut arahan guru.

    1. Lompat dan genggam palang menggunakan genggaman bawah dan mendarat di

    atas tilam. 2. Ulang aktiviti dengan genggaman atas dan campur. 3. Ulang aktiviti dengan genggaman bawah, atas, dan campur sambil membuat ayunan dan mendarat di atas tilam.

    Genggaman yang manakah sesuai untuk kamu mengayun ke depan dan ke belakang. Mengapa?

  • 18

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Setiap murid dalam kumpulan akan melompat dan bergayut menggunakan genggaman bawah, atas, dan campur. 3. Setiap genggaman yang berjaya dilakukan akan diberi satu markah. 4. Kumpulan yang berjaya mendapat mata terbanyak dikira sebagai pemenang.

    Genggaman atas

    Genggaman campuran

    Genggaman bawah

    Genggam kemas sebelum membuat ayunan.

    1. Mulakan ayunan dengan ekstensikan pinggul. 2. Pastikan murid bergerak beberapa langkah ke palang, melonjak, menggenggam

    palang dan mengayun.

    Nama Ahli Kumpulan

    Melompat dan bergayut (5 markah)

    Melakukan genggaman atas, bawah atau campuran (5 markah)

    Bergayut dan mengayun (5 markah)

    Jumlah markah

    Borang Pemarkahan

    Nota : Jumlah markah mengikut bilangan murid yang boleh melakukan aktiviti.

  • 19

    Nama : Kelas :

    Tarikh : .

    Tandakan () pada gambar aktiviti gayut dan ayun yang betul.

    1.

    7.

    3. 2.

    6. 5.

    4.

    8. 9.

  • 20

    Berkebolehan melakukan putaran roda.

    1.4.1 Melakukan putaran roda. 2.4.1 Mengenal pasti perubahan pusat graviti semasa melakukan putaran roda. 5.1.5 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti. 5.2.4 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Lakukan putaran di atas tilam gimnastik. 3. Ulang beberapa kali dengan menukar arah. 4. Ulang dengan melakukan putaran di atas bangku gimnastik.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Persembahan Menyejukkan

    badan Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Tilam gimnastik dan bangku gimnastik

    1. Guru menyokong murid semasa melakukan aktiviti. 2. Guru berada di sisi dan memegang pinggang murid untuk membantu murid

    membuat putaran. 3. Pusat graviti akan berubah apabila kedudukan tubuh berubah semasa lakukan aktiviti.

  • 21

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Lakukan putaran roda dua kali menggunakan tangan kanan ke hadapan dan

    kembali dengan dua putaran roda tangan kiri ke hadapan. 3. Ulang lakuan sehingga semua murid melakukannya.

    Tangan sentiasa diluruskan semasa melakukan putaran roda.

    Di manakah pusat grativiti kamu semasa kamu melakukan putaran roda.

  • 22

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid pertama akan membuat dua putaran roda dan menyentuh tangan murid

    kedua. 3. Murid kedua akan terus membuat dua putaran roda. 4. Ulang lakuan sehingga murid yang terakhir melakukan putaran roda. 5. Kumpulan yang selesai dahulu dikira pemenang.

    Pastikan kawasan yang selamat. Pastikan ada jarak antara setiap kumpulan.

  • 23

    Nama : Kelas :

    Tarikh : .

    1. Tandakan () pada gambarajah putaran roda yang betul.

    2. Pilih gambar putaran roda yang menunjukkan perubahan pusat graviti yang betul.

  • 25

  • 27

    Berkebolehan melakukan pelbagai kemahiran pergerakan mengikut irama.

    1.5.1 Mereka cipta pergerakan kreatif bertema berdasarkan pergerakan mengikut muzik yang didengar. 1.5.2 Melakukan pergerakan kreatif bertema yang direka cipta mengikut muzik yang didengar. 2.5.1 Mengenal pasti pergerakan yang sesuai dalam pergerakan kreatif bertema mengikut muzik yang didengar. 5.3.2 Mengiktiraf kebolehan dan menerima kekurangan rakan sebaya.

    1. Dalam kedudukan statik, lakukan aksi berikut:

    mencangkul seperti petani mendayung sampan seperti nelayan menebar jala seperti nelayan menembak seperti tentera

    2. Melakukan aksi tersebut sambil bergerak ke pelbagai arah dan aras tanpa muzik. 3. Meneka pekerjaan berdasarkan pergerakan yang dilakukan.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Persembahan Menyejukkan

    badan Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    CD1 Dunia Muzik Tahun 2; Trek 18 Mari Mencari, Kad rangsangan dan pemain cakera padat.

    mencangkul menebar menembak mendayung

  • 28

    1. Melakukan aksi berikut dengan iringan muzik : a. Berjalan dalam bulatan aksi mencangkul (Kiraan 8 x 2)

    b. Double step close kiri kanan aksi mendayung (Kiraan 8) c. Selang seli dari kanan ke kiri aksi menebar statik (4 kali ) d. Double step close kiri kanan aksi mendayung (Kiraan 8) e. Selang seli dari kanan ke kiri aksi menebar statik (4 kali ) f. Berjalan dalam bulatan aksi mencangkul (Kiraan 8 x 2) g. Heel toe ke depan dan undur aksi menembak (Kiraan 4) h. Aksi menembak statik selang seli dari kiri ke kanan (Kiraan 8) i. Berjalan dalam bulatan aksi mencangkul (Kiraan 4)

    2. Akhiri persembahan dengan gaya (pose) bebas.

    Aksi mencangkul Aksi mendayung

    Aksi menebar

  • 29

    Aksi menembak

    Gaya (pose) bebas

    Pastikan ada ruang bergerak antara murid supaya tidak berlanggar sesama sendiri.

  • 30

    1. Dalam kumpulan kecil murid mereka cipta pergerakan kreatif bertema berdasarkan kad rangsangan bertema seperti berikut:

    tema haiwan tema kenderaan tema sukan tema serangga

    2. Murid mempersembahkan pergerakan kreatif bertema dengan diiringi muzik.

    1. Guru boleh memilih tema lain. 2. Galakkan murid untuk mereka cipta pergerakan mengikut kreativiti masing-masing. 3. Murid boleh memilih pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. 4. Semasa persembahan kumpulan, murid lain memberi sokongan dan semangat pada rakan. 5. Guru boleh menggunakan pelbagai jenis kad rangsangan.

    Kretiviti dan Inovasi

    1. Namakan pergerakan asas yang kamu pilih semasa mereka cipta pergerakan kreatif. 2. Mengapa kamu pilih pergerakan tersebut? 3. Lakarkan formasi pergerakan kumpulan kamu.

  • 31

    Nama : Kelas :

    Tarikh : .

    Tuliskan nama pergerakan dan nama pergerakan asas yang dipilih semasa mereka cipta pergerakan kreatif bertema.

    Tema pergerakan

    kreatif

    Nama pergerakan

    Nama pergerakan asas yang dipilih

    Tema kenderaan

    Keretapi bergerak Mendayung sampan

    Berjalan perlahan Berjalan dan ayun tangan

    Tema haiwan

    Tema sukan

    Tema serangga

    Tema pekerjaan

  • 32

    Berkebolehan mereka cipta pergerakan kreatif dan melakukan pergerakan mengikut muzik yang didengar.

    1.5.1 Mereka cipta pergerakan kreatif bertema berdasarkan konsep pergerakan mengikut muzik yang didengar. 2.5.1 Mengenal pasti pergerakan yang sesuai dalam pergerakan

    kreatif bertema mengikut muzik yang didengar. 5.2.2 Berkeyakinan untuk melakukan pelbagai pergerakan

    berkemahiran.

    1. Dalam kedudukan statik lakukan aksi berikut:

    a. menanam benih padi b. menuai padi c. membanting padi d. menampi padi

    2. Melakukan aksi tersebut sambil bergerak ke pelbagai arah dan aras tanpa muzik. 3. Meneka pekerjaan berdasarkan aksi pergerakan yang dilakukan.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Persembahan Menyejukkan

    badan Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    CD Dunia Muzik Tahun 2 : Trek 32 Bunyi di Ladang dan pemain cakera padat dan kad rangsangan.

  • 33

    1. Melakukan pergerakan di bawah mengikut muzik yang didengari:

    a. Padi ditiup angin. b. Menanam padi mengikut langkah box step (Kiraan 4 x 4). c. Menuai padi mengikut langkah mambo 2 ke kanan (kiraan 8) dan 2 ke kiri

    (kiraan 8). d. Membanting padi mengikut langkah step close (kiraan 8). e. Menampi sambil berpusing (kiraan 8). f. Tamat dengan pose.

    1. Guru boleh menggunakan video pekerjaan pertanian sebagai rangsangan. 2. CD lagu boleh diganti muzik lain. 3. Galakkan murid menyediakan props dengan menggunakan bahan kitar semula.

    1. Kreativiti dan inovasi 2. Keusahawanan

    1. Apakah pekerjaan pertanian yang kamu pilih?

    2. Nyatakan keunikan pergerakan yang kamu pilih dalam pekerjaan tersebut?

    1. Dalam kumpulan kecil, reka cipta pergerakan kreatif bertemakan pekerjaan

    pertanian. 2. Merancang dan mempersembahkan pergerakan kreatif mengikut muzik yang didengar.

  • 34

    Kelas : Tarikh : . Borang Markah Persembahan

    Nota : Persembahan kumpulan dinilai oleh kumpulan lain.

    Bil Nama Kumpulan

    Bergerak Mengikut Tempo Muzik (10 markah)

    Pergerakan Lokomotor (10 markah)

    Pergerakan Bukan Lokomotor (10 markah)

    Kemahiran Manipulasi Alatan (10 markah)

    Kerjasama dalam Kumpulan (10 markah)

    Jumlah Markah

  • 35

    Berkebolehan melakukan kemahiran pergerakan mengikut irama.

    1.5.1 Mereka cipta pergerakan kreatif bertema berdasarkan konsep pergerakan mengikut muzik yang didengar. 1.5.2 Melakukan pergerakan kreatif bertema yang direka cipta

    mengikut muzik yang didengar. 2.5.1 Mengenal pasti pergerakan yang sesuai dalam pergerakan kreatif bertema mengikut muzik yang didengar. 5.4.3 Bekerjasama semasa melakukan aktiviti fizikal.

    1. Susun bangku panjang, tali, dan skital di pelbagai tempat atas

    lantai. 2. Bergerak melepasi bangku panjang seperti melepasi balak. 3. Melonjak melepasi tali seperti melepasi sungai kecil. 4. Bergerak perlahan-lahan di celah skital mengikut laluan zig-zag,

    melengkung, atau lurus seperti bergerak di celah batu-batan. 5. Melakukan langkah 2 hingga 4 mengikut muzik seperti

    mengembara ke hutan.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Persembahan Menyejukkan

    badan Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Bangku panjang, tali skital, kad gambar, CD 1 Dunia Muzik Tahun 3: Trek 95 Thebavali dan pemain cakera padat.

    1. Murid melakukan pergerakan dengan membayangkan berada di dalam hutan. 2. Gabungkan pelbagai pergerakan lokomotor. 3. Gunakan konsep pergerakan yang melibatkan pelbagai laluan, arah, dan aras semasa melakukan aktiviti.

  • 36

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan diberi satu set kad gambar suasana di hutan. 3. Murid dalam kumpulan memilih sekeping kad dan melakukan pergerakan yang mewakili objek yang terdapat dalam kad. 4. Bergerak mengikut muzik.

    1. Gabungkan pelbagai pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

    2. Gunakan konsep pergerakan yang melibatkan pelbagai laluan, arah, daya, dan aras semasa melakukan aktiviti.

    1. Apakah objek yang terdapat dalam

    kad gambar kamu? 2. Namakan pergerakan yang kamu

    pilih berdasarkan objek dalam kad. 3. Mengapakah kamu membuat pergerakan seperti itu?

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan memilih satu jenis haiwan hutan. 3. Merancang pergerakan haiwan yang dipilih mengikut muzik. 4. Setiap kumpulan mempersembahkan pergerakan haiwan hutan mengikut muzik. 5. Kumpulan lain cuba meneka nama haiwan yang dipersembahkan.

    Pergerakan haiwan adalah mengikut kreativiti dan interprestasi idea murid

  • 37

    Nama : Kelas :

    Tarikh :

    1. Isikan ruang di bawah berdasarkan watak dalam pergerakan yang kamu reka cipta.

    2. Lakarkan formasi pergerakan kamu dan ahli kumpulan berdasarkan pergerakan kreatif bertema yang kamu telah reka cipta.

    Nama haiwan yang dipilih

    Nama pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang kamu pilih

    Laluan pergerakan yang kamu pilih.

    Aras pergerakan yang kamu pilih.

  • 38

    Berkebolehan melakukan kemahiran pergerakan mengikut irama.

    1.5.1 Mereka cipta pergerakan kreatif bertema berdasarkan konsep

    pergerakan mengikut muzik yang didengar. 1.5.2 Melakukan pergerakan kreatif bertema yang direka cipta mengikut muzik yang didengar. 2.5.1 Mengenal pasti pergerakan yang sesuai dalam pergerakan kreatif bertema mengikut muzik yang didengar. 5.2.4 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.

    1. Murid berdiri dalam ruang diri. 2. Guru membacakan skrip cerita Robot Rabat dan murid menginterpretasi cerita berdasarkan imaginasi masing-masing mengikut muzik.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Persembahan Menyejukkan

    badan Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    CD lagu Dunia Muzik Tahun 2 Trek 4 : See Saw, skrip cerita dan pemain CD

    ROBOT RABAT

    Kamu adalah Robot bernama Rabat yang dicipta oleh

    seorang saintis. Mari kita lihat bagaimana Rabat dapat

    membantu saintis itu dalam makmalnya.

    Rabat berjalan ke hadapan, cuba mengangkat beberapa

    kotak dan meletakkan kotak di atas rak. Rabat bekerja

    keras sepanjang hari. Pada waktu malam, Rabat hilang

    tenaga dan terus tidur. Fikirkan bagaimana cara Rabat

    tidur.

    Pada keesokan hari, saintis membawa sesuatu dalam

    poket. Beliau mengeluarkan satu CD, dan menyatakan:

    Inilah muzik saya. Tunjukkan bagaimana Rabat

    bertindak apabila mendengar muzik pada kali pertama!

    1. Bolehkah kamu bayangkan

    bagaimana Rabat bergerak? 2. Bagimanakah kamu

    melakukan aksi Rabat seperti dalam skrip?

    1. Muzik dimainkan semasa skrip dibaca. 2. Baca skrip berterusan dan ada intonasi.

  • 39

    1. Guru meneruskan membaca skrip dan murid melakukan pergerakan mengikut skrip dan muzik yang didengar: Ya! Apabila Rabat mendengar muzik, adalah sukar baginya berdiri setempat. Ia

    berjalan di sekitar makmal mengikut detik (beat) muzik sambil bekerja Mari kita

    sama-sama bergerak mengikut detik...secara kaku...seperti robot...Bergerak pada aras

    rendah cuba lakukan satu lompatan robot!

    2. Guru memainkan muzik selama satu minit. 3. Guru menambah isyarat seperti berikut: (Mula dengan skrip Kadang-kadang Rabat suka)

    Berjalan lambat, tetapi tambahkan satu lompatan.

    Bergerak pantas. Berpusing. Bolehkah anda berpusing seperti robot?

    Bergerak ke depan, dan undur.

    Menggelungsur ke sisi, ke depan dan ke belakang

    Gerakkan tangan dan kepalanya.

    Bergerak ke pelbagai arah dan kelajuan, dan dengan pelbagai cara - seperti

    robot yang sedang seronok bergerak mengikut muzik (tetapi masih kaku).

    Kreativiti dan inovasi

    1. Guru meneruskan skrip berikut:

    Robot Rabat mula melonggarkan satu lengannya (aksi alunan), diikuti dengan

    lengan yang lain. Sekarang kaki Rabat juga mula dilonggarkan. Tunjukkan

    bagaimana Rabat menggerakkan kakinya mengikut muzik.

    2. Guru mainkan muzik selama satu atau dua minit, dan menari dengan murid, daripada pergerakan kaku kepada pergerakan longgar.

    3. Cuba longgarkan juga leher dan bahu dengan aksi memutar ke kiri dan ke kanan. 4. Ulang dengan meneroka pergerakan robot cair dengan menggunakan anggota badan yang lain.

    1. Guru boleh menunjuk cara pergerakan robot untuk memberi idea kepada murid. 2. Guru menggalakkan murid mereka cipta pergerakan robot mengikut kreativiti.

  • 40

    1. Murid dalam kumpulan kecil, reka cipta satu tarian robot yang bertemakan aktiviti

    harian, mengikut muzik dengan pergerakan kaku dan longgar. 2. Tarian tersebut boleh juga dilakukan oleh setiap murid dalam kumpulan secara

    cannon dengan aksi yang sama, atau dengan aksi yang berbeza secara berturut-turut.

    1. Cannon ialah istilah dalam tarian yang bermaksud pergerakan

    yang berturutan dan berulang-ulang. 2. Minta murid namakan robot ciptaan setiap kumpulan.

  • 41

    Nama : Kelas :

    Tarikh : .

    1. Namakan lima pergerakan robot Rabat. a. _________________________________________ b. _________________________________________ c. _________________________________________ d. _________________________________________ e. _________________________________________ 2. Mengapakah robot Rabat sentiasa mengikut arahan Saintis? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

  • 43

  • 45

  • 47

    Berkebolehan melakukan kemahiran menghantar dan menerima bola dengan lakuan yang betul.

    1.6.1 Menghantar bola ke pelbagai jarak dan arah menggunakan

    alatan dan anggota badan yang dibenarkan. 1.6.2 Menerima hantaran bola dari pelbagai jarak menggunakan

    alatan dan anggota badan yang dibenarkan. 2.6.1 Mengenal pasti aplikasi daya semasa menghantar dan

    menerima bola pada pelbagai jarak. 2.6.2 Mengenal pasti perkaitan antara titik kontak dengan arah

    pergerakan bola. 5.4.3 Bekerjasama semasa melakukan aktiviti fizikal.

    1. Murid dalam dua kumpulan kecil. 2. A1 menghantar bola kepada B1, A1 berlari ke C, ambil pundi

    kacang, dan masukkan ke dalam bakul di skital B, seterusnya berbaris di belakang B3.

    3. B1 menghantar bola kepada A2, B1 berlari ke D, ambil pundi kacang, dan masukkan ke dalam bakul di skital A, seterusnya berbaris di belakang A3.

    4. Ulang sehingga semua pundi kacang berjaya

    dikumpulkan.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Bola, pundi kacang, kayu hoki, dan skital.

    1. Ke arah manakah kamu menghantar

    bola kepada rakan? 2. Bilakah bola boleh dihantar?

    Menghantar dan menerima bola boleh dilakukan dengan menggunakan

    tangan, kaki, atau alatan.

    1. Berhati-hati ketika melakukan aktiviti. 2. Sentiasa bersedia untuk menerima bola.

  • 48

    1. Murid dalam kumpulan tiga orang. 2. Kumpulan A akan cuba menjatuhkan skital kumpulan B. 3. Kumpulan B cuba menghadang dan dalam masa yang sama cuba menjatuhkan

    skital kumpulan A. 4. Setiap pasukan mesti membuat sekurang-kurangnya tiga hantaran sebelum

    membuat percubaan menjatuhkan skital kumpulan lawan.

    1. Hantaran boleh dilakukan dengan

    menggunakan tangan, kaki, atau alatan.

    2. Pastikan bilangan murid dalam kumpulan kecil supaya murid lebih kerap dapat menghantar dan menerima bola.

    3. Hantaran bola melibatkan kemahiran membaling bola dengan tangan, menendang bola dengan kaki dan memukul atau menolak bola dengan kayu hoki.

    Elakkan dari melakukan bentes terhadap pemain lawan.

    1. Bilakah kamu akan menerima bola yang dihantar oleh rakan? 2. Bagaimanakah kamu menghantar bola kepada rakan yang berada jauh

    daripada kamu?

  • 49

    1. Murid dalam dua kumpulan yang sama banyak. 2. Dua orang ahli dari setiap kumpulan menjadi Kapten. Kapten berada di dalam

    gelung di kawasan gol. 3. Seorang kapten dari setiap pasukan berada di kawasan gol pihak lawan, dan

    seorang lagi kawasan gol sendiri. 4. Setiap pasukan mesti membuat sekurang-kurangnya tiga kali hantaran sebelum

    bola dihantar kepada kapten pasukan masing-masing. 5. Mata akan dikira apabila kapten berjaya menangkap bola. 6. Hanya kemahiran menghantar dan menerima sahaja boleh digunakan. 7. Pihak lawan boleh memintas bola semasa pihak yang satu lagi sedang membuat hantaran. 9. Pasukan yang berjaya mengumpul jumlah mata terbanyak akan dikira sebagai

    pemenang.

    Galakkan murid menggunakan pelbagai cara hantaran mengikut

    situasi. Aktiviti boleh dimainkan dengan menghantar dan menerima bola

    menggunakan kaki, tangan, atau alatan.

  • 50

    Nama : Kelas :

    Tarikh : .

    1. Aksi dalam gambarajah yang manakah akan menghasilkan hantaran bola yang jauh?

    2. Mengapa kamu memilih aksi tersebut?

  • 51

    Berkebolehan melakukan kemahiran mengelecek bola dengan lakuan yang betul.

    1.6.3 Mengelecek bola dalam ruang yang ditentukan. 2.6.3 Mengenal pasti ruang yang sesuai untuk bergerak dengan

    bola. 5.1.5 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti.

    1. Murid dalam dua kumpulan berada dalam satu gelanggang,

    dengan setiap orang mempunyai sebiji bola. 2. Setiap orang mengelecek dalam ruang yang ditetapkan. 3. Apabila isyarat diberikan, kedua-dua kumpulan akan merampas

    bola ahli kumpulan yang lain sambil mengawal bola yang dikelecek dan memasukkan bola ke dalam bakul kumpulan masing-masing.

    4. Pemain yang kehilangan bola akan menunggu di belakang bakul kumpulannya.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Bola, skital, kayu hoki dan bakul

    Pastikan bola sentiasa berada di hadapan

    badan semasa mengelecek. Ubah suai alatan jika perlu. Tukar aktiviti dengan kelecek guna kayu hoki.

    Pastikan tidak bertembung dengan rakan atau lawan untuk elakkan perlanggaran.

  • 52

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Kumpulan A akan mengelecek ke zon selamat melepasi skital. 3. Kumpulan B akan menggolek bola ke arah rakan sepasukan bersebelahan secara

    berterusan. 4. Tukar peranan.

    1. Bola yang digolek bersaiz besar . 2. Skital boleh diganti dengan field marker.

    Pastikan bola dileret secara perlahan dan bukan bertujuan untuk menjatuhkan rakan yang sedang mengelecek.

    1. Murid dalam dua kumpulan, diberi nama belalang dan belatuk. 2. Setiap murid dibekalkan sebiji bola. 3. Setiap murid bergerak sambil mengelecek dalam kawasan yang ditentukan. 4. Apabila guru menyebut belalang, belalang berlari mengejar belatuk sambil

    memegang bola. 5. Belatuk akan mengelecek sehingga melepasi garisan selamat sebelum disentuh

    oleh belalang. 6. Jika belatuk disentuh, ahli belatuk akan menjadi ahli kumpulan belalang. 7. Kumpulan yang paling ramai ahli pada akhir permainan dianggap pemenang.

    Permainan ini boleh mengelecek

    menggunakan kaki atau pun tangan.

    1. Berhati-hati semasa penggunaan

    ruang. Elak daripada terlanggar rakan.

    2. Hanya boleh menyentuh pihak lawan, tidak boleh menolak atau menangkap.

    Garisan selamat Belalang

    Kawasan

    mengelecek

    Garisan selamat Belatuk

  • 53

    KELECEK KU HEBAT

    Nama : Kelas :

    Tarikh : .

    Lakarkan laluan untuk kemahiran mengelecek bola ke arah x

    x

    x

  • 54

    Berkebolehan melakukan kemahiran mengadang dengan membayangi pergerakan lawan.

    1.6.4 Melakukan pergerakan mengadang dengan membayangi

    pergerakan lawan. 2.6.4 Mengenal pasti kedudukan pengadang yang sesuai semasa membayangi pergerakan pihak lawan. 5.4.3 Bekerjasama semasa melakukan aktiviti fizikal.

    1. Murid berpasangan. Seorang sebagai pengadang dan seorang

    lagi sebagai penyerang. 2. Pengadang berdiri di antara dua skital dan cuba mengadang pergerakan penyerang daripada menyentuh skital. 3. Ulang beberapa kali. 4. Tukar peranan. 5. Ulang langkah 1 hingga 4 dengan membawa bola dan menyentuh

    bola pada skital.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Bola, kayu hoki, dan skital.

    1. Boleh menggunakan alatan

    seperti bola dan kayu hoki. 2. Elakkan dari meyentuh atau

    menolak rakan semasa mengadang.

  • 55

    1. Murid dalam kumpulan tiga orang. 2. Satu kumpulan menjadi pengadang dan satu kumpulan lagi menjadi penyerang. 3. Penyerang mengelecek dan menghantar bola kepada rakan dalam kawasan yang ditentukan. 4. Kumpulan pengadang cuba menyentuh bola dengan kayu hoki. 5. Jika bola berjaya disentuh, pemain penyerang tersebut akan membeku dan bola

    diberi kepada rakan penyerang yang lain. 6. Jika kesemua ahli kumpulan penyerang telah dibekukan, tukar peranan.

    1. Kecilkan bilangan ahli kumpulan. 2. Permainan boleh menggunakan

    kemahiran tangan, kaki, atau alatan.

    1. Elakkan dari mengayun kayu hoki ke atas. 2. Gunakan bola lembut seperti foam, getah, atau

    bola berongga.

    1. Di manakah kedudukan kamu semasa mengadang?

    2. Mengapa kamu berada di situ?

    1. Murid dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada dua kumpulan. 2. Satu kumpulan menjadi pengadang dan satu kumpulan lagi menjadi penyerang. 3. Kumpulan pengadang akan cuba mengadang atau merampas bola penyerang. 4. Dua markah akan diberi kepada kumpulan pengadang jika berjaya menyentuh bola kumpulan penyerang. 5. Kumpulan penyerang cuba mengelecek melepasi kumpulan pengadang dan cuba menjatuhkan skital. 6. Satu markah akan diberi kepada penyerang jika dapat menjatuhkan satu skital. 7. Kumpulan yang mengumpul markah terbanyak dianggap pemenang.

  • 56

    Nama : Kelas :

    Tarikh : .

    Arahan : Tandakan ( ) dalam kotak pada kedudukan yang sesuai untuk seorang pengadang.

    1. Murid A menendang bola leret kepada murid B.

    Mengapakah kamu memilih kedudukan tersebut? __________________________________________________________________ __________________________________________________________________

    2. Murid A membaling bola atas kepala kepada murid B.

    Mengapakah kamu memilih kedudukan tersebut? __________________________________________________________________ __________________________________________________________________

    A B

    A B

  • 57

    Berkebolehan memintas hantaran bola dengan tangan, kaki, dan alatan.

    1.6.5 Memintas dan menguasai bola dari pihak lawan. 2.6.5 Mengenal pasti pemasaan (timing) yang sesuai untuk memintas dan takel. 5.4.3 Bekerjasama semasa melakukan aktiviti fizikal.

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid A, B, dan C sebagai penghantar dan penerima bola. 3. Murid X sebagai pemintas. 4. Murid A, B, dan C dibenarkan bergerak di antara skital. 5. Murid yang menerima bola dibenarkan membuat sekali sentuhan

    sebelum menghantar bola. 6. Murid X akan cuba memintas hantaran tersebut dan jika berjaya

    akan menggantikan tempat pemain yang gagal membuat hantaran. 7. Ulang beberapa kali.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Skital, bola pelbagai saiz dan kayu hoki.

    1. Jika murid X terlalu lama tidak

    dapat memintas bola selepas lima kali hantaran bola berturut-turut, murid lain boleh menggantikan murid X sebagai pemintas.

    2. Lakukan aktiviti menghantar, menerima dan memintas bola dengan menggunakan tangan, kaki dan kayu hoki.

  • 58

    1. Murid dalam dua kumpulan kecil. 2. Tiga orang daripada setiap kumpulan berdiri di dalam kawasan permainan dan kawasan gol. 3. Murid daripada kawasan permainan menghantar bola kepada seorang rakan sepasukan untuk menjaring. 4. Jaringan dikira apabila bola bergerak mengatasi pihak lawan dan ditangkap oleh rakan sepasukan. 5. Pihak lawan cuba memintas hantaran bola tersebut dan permainan bertukar peranan apabila pihak lawan dapat memintas bola yang dihantar.

    Murid yang memintas perlu menjangkakan pemasaan bola yang akan melalui kawasan dipintas dan ruang yang sesuai untuk memintas.

    1. Bolehkah kamu memintas bola yang dihantar oleh pemain lawan? 2. Bagaimanakah kamu memintas bola tersebut?

  • 59

    1. Murid dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada enam orang. 2. Tiga orang sebagai pemain dan tiga orang lagi sebagai penjaga gol. 3. Pemain akan cuba menjaringkan gol ke pihak lawan. 4. Pihak lawan akan cuba memintas serangan. 5. Tukar peranan pemain dan penjaga gol.

    1. Pastikan tiada kontak semasa melakukan takel bola. 2. Jaringan hanya dengan bola leret.

  • 60

    Nama : Kelas : Tarikh : Tandakan () pada lakuan memintas bola yang betul. 1. Mata sentiasa tertumpu kepada bola yang dihantar. 2. Menjangka arah bola yang akan dihantar. 3. Bergerak dengan tangkas.

    4. Bergerak dengan perlahan. 5. Menguasai bola.

  • 61

    Berkebolehan melakukan kemahiran takel dengan lakuan yang betul.

    1.6.6 Melakukan takel untuk mendapatkan bola. 2.6.5 Mengenal pasti pemasaan (timing) yang sesuai untuk memintas dan takel. 5.2.2 Berkeyakinan untuk melakukan pelbagai pergerakan berkemahiran.

    1. Murid dalam beberapa kumpulan kecil. 2. Bermain antara dua kumpulan. 3. Kumpulan yang membawa bola dengan kaki akan cuba kelecek

    bola ke kawasan pihak lawan. 4. Kumpulan yang bertahan akan menghalang dan melakukan takel

    untuk mendapatkan bola. 5. Tukar peranan. 6. Ulang aktiviti dengan menggunakan kayu hoki dan bola kecil.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Bola pelbagai saiz, kayu hoki dan skital

    1. Takel ke arah bola sahaja. 2. Berhati-hati ketika melakukan aktiviti. 3. Pastikan tidak mengasari pemain lawan semasa melakukan takel.

  • 62

    1. Murid dalam beberapa kumpulan kecil. 2. Bermain antara dua kumpulan. 3. Kumpulan yang membawa bola akan cuba menjaringkan gol dan kumpulan yang

    bertahan akan melakukan takel untuk mendapatkan bola. 4. Kumpulan yang berjaya membuat takel akan mendapat dua mata dan setiap jaringan dikira satu mata. 5. Ulang aktiviti ini dalam masa yang ditetapkan. 6. Kumpulan yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai pemenang.

    Bagaimana melakukan takel 1. Pemain mendekati pemain lawan. 2. Kaki yang tidak melakukan takel difleksi untuk menyerap daya dan imbangan. 3. Kaki yang melakukan takel dinaikkan sedikit dengan lutut dihalakan keluar dan pergelangan kaki dikunci. 4. Bahagian dalam kaki diarahkan ke tengah bola. Gunakan bahagian dalam kaki untuk menendang atau menolak pada bahagian tengah bola. 5. Lakukan takel bila bola berada selangkah di depan kaki pemain yang mengelecek.

    1. Di manakah kedudukan kamu semasa melakukan

    takel. 2. Bilakah situasi yang sesuai untuk melakukan takel.

  • 63

    Nama : Kelas : Tarikh : Tandakan () pada gambar yang menunjukkan kemahiran takel.

  • 65

  • 67

    Berkebolehan melakukan servis atas bahu menggunakan tangan dan alatan dengan lakuan yang betul.

    1.7.1 Melakukan servis atas bahu menggunakan tangan dan alatan. 2.7.1 Mengenal pasti titik kontak semasa melakukan servis, menerima, dan menghantar bola. 5.2.4 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.

    1. Murid dalam dua kumpulan kecil. 2. Kumpulan A melakukan servis atas bahu melepasi jaring. 3. Mata diberi jika bola masuk ke dalam gelung. 4. Setiap murid diberikan tiga kali percubaan servis. 5. Lakukan secara bergilir-gilir. 6. Aktiviti diulang oleh kumpulan B.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Skital, gelung, tali, atau jaring, raket, dan bola pelbagai jenis

    1.Kontak bola dengan tapak tangan. 2.Bola dilambung di hadapan badan. 3.Mulakan servis dari jarak dekat dan tambahkan jarak selepas murid kuasai

    kemahiran. 4.Kedudukan gelung boleh diubah mengikut kemampuan murid melakukan servis.

  • 68

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Kumpulan A melakukan servis atas bahu melepasi jaring dengan menggunakan

    raket. 3. Mata akan diberi jika bola berjaya menyentuh skital. 4. Kumpulan B akan menyusun semula skital yang dijatuhkan. 6. Permainan diteruskan sehingga semua murid dalam kumpulan A selesai melakukan

    servis. 7. Tukar peranan. 8. Ulang beberapa kali.

    1. Teroka pelbagai titik kontak pada raket dan bola untuk menjatuhkan skital. 2. Pastikan murid menggunakan raket yang sesuai untuk aktiviti ini.

    1. Di manakah titik kontak pada raket kamu semasa melakukan servis? 2. Berdasarkan titik kontak tadi, ke arah manakah bola yang kamu servis itu jatuh?

  • 69

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Kumpulan A melakukan servis atas bahu melepasi jaring ke gelanggang B. 3. Jika kumpulan B gagal mengembalikan servis, satu mata akan diberi kepada kumpulan A. 4. Jika servis kandas di jaring atau keluar gelanggang, mata akan diberi kepada kumpulan B. 5. Servis dilakukan oleh murid pertama dalam kumpulan A dan diulang oleh murid pertama kumpulan B. 6. Lakukan servis secara bergilir-gilir antara kumpulan A dan B. 7. Pasukan yang berjaya memperolehi mata terbanyak dikira sebagai pemenang.

  • 70

    Nama : Kelas : Tarikh : .

    Tandakan ( ) jika murid sudah menguasai kemahiran dan tandakan ( x ) jika murid belum menguasai kemahiran pada ruangan dibawah.

    Bil. Nama murid

    Melakukan servis atas bahu

    menggunakan tangan

    Melakukan servis atas bahu

    menggunakan raket

  • 71

    Berkebolehan menerima servis menggunakan anggota badan dengan lakuan yang betul.

    1.7.3 Menerima servis menggunakan anggota badan dan alatan. 2.7.1 Mengenal pasti titik kontak semasa melakukan servis, menerima, dan menghantar bola. 5.1.4 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat aktiviti.

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Kumpulan A melakukan servis. 3. Kumpulan B menyangga bola ke gelung di gelanggang sendiri. 4. Tukar peranan.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Jaring, gelung, dan bola pelbagai jenis dan saiz

    Bagaimanakah kamu mengembalikan servis yang diterima

    daripada pemain lawan? Mengapa?

  • 72

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Kumpulan A akan melambung bola ke arah kumpulan B. 3. Kumpulan B menerima bola dan cuba menghantar bola ke zon tengah. 4. Setiap bola yang masuk ke zon tengah akan diberi satu mata. 5. Tukar peranan.

    1. Murid boleh menerima bola menggunakan tangan, kaki, dahi atau kepala.

    2. Bola yang dilambung hendaklah pada aras tinggi.

    Murid berkomunikasi semasa hendak mengambil bola untuk disangga bagi mengelakkan perlanggaran.

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Kumpulan A memulakan servis kepada kumpulan B. 3. Kumpulan B menunggu bola melantun sekali sebelum menyangga kepada rakan. 4. Kumpulan boleh melakukan tiga kali sangga sebelum mengembalikan bola ke

    kumpulan lawan. 5. Mana-mana kumpulan akan mendapat mata jika kumpulan lawan gagal mengembalikan bola atau bola keluar gelanggang. 6. Kumpulan yang mendapat 10 mata awal dikira sebagai pemenang.

    1. Ketinggian jaring boleh diubah suai. 2. Kiraan mata boleh dibuat seperti

    kiraan bola tampar. 3. Permainan ini juga boleh digunakan

    untuk tenis.

  • 73

    Nama : Kelas :

    Tarikh : .

    Bulatkan titik kontak yang betul pada TANGAN dan BOLA untuk mengembalikan servis di dalam gambar ini.

  • 74

    Berkebolehan melakukan kemahiran gerak kaki ke pelbagai arah dengan lakuan yang betul.

    1.7.4 Melakukan gerak kaki ke pelbagai arah. 2.7.2 Mengenal pasti cara dirian yang betul untuk memulakan pergerakan ke pelbagai arah. 5.2.4 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan

    aktiviti.

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid bergerak dan mengutip pundi kacang di gelung

    bernombor mengikut arahan guru. 3. Pergerakan dari tempat Mula ke gelung bernombor seperti berikut: Gelung 1, 3, 4 dan 6 berlari sisi dan balik ke tempat Mula. Gelung 2berlari ke hadapan dan mengundur ke tempat Mula. Gelung 5mengundur dengan pantas dan berlari ke tempat Mula.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Gelung plastik, bola pelbagai saiz, skital, tali, raket, dan bat

    1. Berdiri di atas bebola kaki. 2. Aktiviti boleh dilakukan secara

    bergilir ataupun berkumpulan. 3. Aktiviti boleh dilakukan mengikut turutan nombor ataupun secara rawak. 4. Guru boleh menyebut beberapa nombor serentak.

    Mula

    1 2 3

    4 5 6

  • 75

    1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. 2. Murid A akan melambung bola ke kiri, tengah, dan kanan. 3. Murid B akan menangkap bola selepas bola melantun dan melantun semula bola

    kepada A dan balik semula ke tempat asal. Ulang beberapa kali. 4. Tukar peranan.

    1. Sentiasa bergerak di atas bebola kaki. 2. Mata pandang bola dan bergerak ke

    arah bola. 3. Lutut fleksi dan badan direndahkan ke

    hadapan untuk imbangan.

    1. Murid dalam beberapa kumpulan kecil.

    2. Murid dikehendaki memukul bola ke gelanggang pihak lawan dengan

    menggunakan bat atau raket.

    3. Pihak lawan memukul bola selepas bola melantun.

    4. Murid yang terdahulu mendapat lima mata dikira sebagai pemenang.

    1. Ruang selamat antara rakan. 2. Berkomunikasi ketika bergerak bagi mengelak perlanggaran.

  • 76

    Nama : Kelas :

    Tarikh : .

    Tandakan () diruangan Ya atau Tidak pada kemahiran gerak kaki ke pelbagai arah.

    Bil Nama murid Bergerak atas bebola kaki

    semasa posisi sedia

    Mata pandang bola dan

    bergerak ke arah bola

    Lutut fleksi dan badan condong

    ke hadapan

    Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    9

    10

    11

    12

    13

    14

    15

    Balik ke tempat asal

    Ya Tidak

  • 77

    Berkebolehan melakukan pukulan pepat menggunakan raket dengan lakuan yang betul.

    1.7.5 Melakukan pukulan pepat. 2.7.1 Mengenal pasti titik kontak semasa melakukan servis, menerima, dan menghantar bola. 5.1.3 Menggunakan alatan mengikut kegunaannya.

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid P melantun bola ke arah murid A1. 3. Murid A1 memukul bola dengan pukulan pepat kepada murid K. Murid K mengutip bola dan menggolek bola ke murid P. 4. Ulang aktiviti dengan murid A2, A3 dan tukar peranan.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Bola getah, bola tenis, bola ping pong, bulu tangkis, raket tenis, raket kayu, dan bet ping pong

    Pukulan pepat 1. Kaki dibuka seluas bahu. 2. Mata memandang ke arah

    bola semasa bola kontak dengan raket.

    3. Ikut lajak. 4. Kembali ke posisi sedia

    selepas membuat pukulan pepat.

    Pastikan ada jarak yang selamat untuk membuat pukulan pepat.

    P

    K

    K

    K

    A1 A2 A3

    Bola lantun

    Pukulan

    Golek bola

  • 78

    1. Murid dalam dua kumpulan kecil. 2. Kumpulan A melakukan pukulan pepat ke kawasan sasaran dalam gelanggang

    kumpulan B. 3. Bola melantun ke kawasan sasaran akan mendapat satu mata. 4. Kumpulan B akan meneruskan permainan dengan pukulan pepat ke kawasan sasaran kumpulan A. 5. Sepanjang permainan, bola mesti melantun sekali sebelum melakukan pukulan. 6. Ulang aktiviti beberapa kali.

    1. Ketinggian jaring boleh diubah suai. 2. Mata memandang ke arah bola semasa

    kontak dengan raket.

    1. Murid dalam dua kumpulan kecil. 2. Kumpulan A melakukan servis melepasi ruang di antara dua tali ke gelanggang

    kumpulan B. 3. Permainan diteruskan dengan memukul bola setelah bola melantun sekali. 4. Satu mata diberi kepada lawan sekiranya bola tidak melalui ruang antara dua tali. 5. Kumpulan yang mendapat lima mata terdahulu dikira sebagai pemenang.

    Pastikan ada jarak yang selamat untuk membuat pukulan pepat.

    Bilakah keadaan yang sesuai kamu menggunakan pukulan pepat?

    1. Jarak antara dua tali sekurang-kurangnya satu meter. 2. Bilangan mata penamat

    boleh diubah suai.

  • 79

    Nama : Kelas :

    Tarikh : .

    1. Tandakan () pada lakuan yang betul ketika membuat pukulan pepat.

    2. Tandakan () pada titik kontak semasa membuat pukulan pepat.

    Mata memandang ke arah bola semasa

    kontak dengan raket

    Ubah kedudukan tangan dan bahu ke

    sisi semasa memukul

    Tangan ikut lajak Pusing badan 360

    Ayun kaki ke belakang dengan

    pantas Kaki dibuka seluas

    bahu

  • 80

    Berkebolehan melakukan pukulan kilas dengan lakuan yang betul.

    1.7.6 Melakukan pukulan kilas. 2.7.1 Mengenal pasti titik kontak semasa melakukan servis, menerima, dan menghantar bola. 5.2.5 Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan secara positif. 5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru, dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.

    1. Menimang bola menggunakan raket atau bat. 2. Melambung bola ke atas dan seterusnya membuat pukulan kilas

    selepas bola melantun daripada lantai atau tanah. 3. Ulang aktiviti beberapa kali.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Bola getah, bola tenis, bola ping pong, bulu tangkis, raket tenis, raket kayu, dan bet ping pong.

  • 81

    1. Murid berpasangan. 2. Seorang melambung bola dan membuat pukulan kilas kepada rakan di hadapan. 3. Rakan di hadapan menangkap bola dan mengulangi lakuan pukulan kilas. 4. Ulang aktiviti 2 beberapa kali.

    1. Aktiviti boleh dilakukan secara individu dan berpasangan. 2. Lambung bola di bahagian sisi badan bertentangan dengan tangan yang

    memegang raket. 3. Kedudukan tangan dan kaki hendaklah sama semasa membuat pukulan.

    (tangan kanan-kaki kanan, tangan kiri-kaki kiri). 4. Mata pandang bola semasa kontak dengan raket. 5. Ikut lajak.

    1. Pastikan ruang aktiviti selamat untuk digunakan. 2. Tidak terlalu rapat dengan rakan.

    1. Bagaimanakah kamu menendang bola ke sasaran? 2. Bagaimanakah kedudukan badan kamu?

    Dimanakah titik kontak pada raket semasa kamu membuat pukulan kilas?

  • 82

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Kumpulan A membuat pukulan kilas melepasi tali di tengah gelanggang. 3. Kumpulan B bersedia dan membalas dalam pukulankilas. 4. Satu mata diberi kepada kumpulan yang berjaya membuat pukulan kilas ke dalam

    gelanggang pihak lawan. 5. Kumpulan yang memperoleh 6 mata terdahulu dikira pemenang.

    1. Murid yang hampir dengan bola membuat pukulan. 2. Bola melantun sekali sahaja sebelum membuat pukulan.

    1. Berhati-hati ketika membuat pukulan kilasan. 2. Berkomunikasi sesama rakan semasa membuat pukulan.

    Kumpulan A Kumpulan B

  • 83

    Nama : Kelas :

    Tarikh : .

    1. Tandakan () pada gambarajah yang menunjukkan lakuan pukulan kilas.

    2. Tandakan () pada titik kontak semasa melakukan pukulan kilas.

    a. b. c.

  • 84

    Berkebolehan melakukan kemahiran mengumpan bola dengan tangan dan kaki dengan lakuan yang betul.

    1.7.7 Mengumpan bola dengan tangan dan kaki. 2.7.3 Mengenal pasti postur badan semasa mengumpan. 5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru, dan ahli kumpulan

    semasa melakukan aktiviti fizikal.

    1. Murid dalam kumpulan kecil membentuk bulatan. 2. Melantun bola tinggi melepasi kepala dan mengumpan bola

    kepada rakan. 3. Rakan yang menangkap bola dan mengulang aktiviti no. 2. 4. Lakukan beberapa kali. 5. Ulang dengan mengumpan bola berterusan.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Bola getah pelbagai saiz dan skital.

    1. Kedudukan bola di atas dahi murid. 2. Mengumpan bola dengan jari dibuka.

    Berkomunikasi dengan rakan semasa aktiviti.

    1. Bagaimana kamu mengumpan bola kepada rakan sepasukan? 2. Di manakah kedudukan bola yang sesuai bagi kamu mengumpan? Mengapa?

  • 85

    1. Murid dalam kumpulan kecil membentuk segiempat. 2. Seorang murid melambung bola ke atas dan mengumpan bola dengan kaki kepada

    rakan di hadapan. 3. Rakan yang dihadapan akan menangkap bola dan mengulang aktiviti no. 2. 4. Lakukan beberapa kali. 5. Ulang dengan mengumpan bola berterusan.

    1. Bagaimanakah kamu mengumpan

    bola kepada rakan sepasukan? 2. Mengapa bola perlu diumpan melepasi paras kepala?

    1. Sentiasa bergerak di atas bebola kaki. 2. Mata pandang bola dan bergerak ke

    arah bola. 3. Lutut fleksi dan badan direndahkan ke

    hadapan untuk imbangan.

    1. Empat orang murid dalam satu kumpulan. Berada dalam petak masing-masing. 2. K1 melambung bola ke kawasan L. 3. Pemain L akan menyangga dan mengumpan bola kepada rakan. 4. Bola boleh disangga dan diumpan tidak melebihi tiga kali di kawasan sendiri sebelum dihantar ke kawasan lawan. 5. Kumpulan yang terdahulu mendapat tujuh mata dikira sebagai pemenang.

    1. Murid dikehendaki mengumpan bola sekurang-kurangnya sekali sebelum menghantar bola kepada pihak lawan.

    2. Guru boleh mengubah suai permainan jika menggunakan kemahiran mengumpan

    menggunakan kaki.

  • 86

    Nama : Kelas :

    Tarikh : .

    Tandakan () di ruangan Ya atau Tidak pada kemahiran mengumpan bola dengan tangan dan kaki.

    Bil

    Nama murid

    Mengumpan dengan tangan

    Mengumpan dengan kaki

    Kedudukan bola di atas dahi

    Jari terbuka semasa mengumpan

    Lutut fleksi ketika mengumpan

    Mengumpan dengan

    kekura kaki

    Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    9

    10

    11

    12

    13

  • 87

  • 89

    Melakukan kemahiran membaling bola dengan tangan lurus menuju ke sasaran.

    1.8.1. Membaling bola ke sasaran dengan tangan lurus mengikut arah pusingan jam. 2.8.1. Menyatakan pergerakan tangan semasa melakukan balingan tangan lurus dan balingan sisi. 5.1.5 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti.

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Kumpulan A akan membaling bola ke hadapan dengan tangan

    lurus ke dalam gelung. 3. Kumpulan B akan cuba menangkap bola lantunan dari kumpulan

    A. 4. Jika bola lantunan kumpulan A tidak berjaya ditangkap oleh kumpulan B, satu mata diberikan kepada kumpulan A. 5. Tukar peranan setelah semua ahli kumpulan A telah membuat balingan ke hadapan dengan tangan lurus.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Bola getah kecil, bola foam, skital besar, skital kecil, dan gelung,

    Murid menggunakan tangan kiri dan kanan semasa membuat balingan.

  • 90

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Kumpulan A akan membaling bola melalui tali. 3. Kumpulan B akan cuba menangkap bola yang melepasi gelung. 4. Jika bola yang dibaling oleh kumpulan A tidak berjaya melalui tali, satu mata diberi-

    kan kepada kumpulan B. 5. Tukar peranan setelah semua ahli kumpulan A selesai membaling.

    1. Melihat lakuan murid dengan mengenggam bola

    dan melakukan balingan dengan tangan lurus 2. Sewaktu melakukan balingan lurus tangan

    diangkat ke atas secara lurus dan ditarik ke belakang lalu melepaskan bola menuju ke sasaran. 3. Sewaktu melakukan balingan sisi tangan di buka ke kanan atau kiri dengan lurus dan di tarik ke sisi belakang dan di ayun ke hadapan menuju sasaran. 4. Sewaktu melakukan balingan bawah tangan badan dibongkokkan ke bawah dan tangan lurus ditarik ke belakang dan mengayun ke hadapan menuju sasaran.

    1. Murid berpasangan dan berdiri menghadap antara pasangan dengan bola berada di

    tengah-tengah. 2. Melakukan balingan ke arah bola ditengah-tengah dengan menggerakkannya melepasi garisan yang telah ditetapkan. 3. Murid yang berjaya membaling bola dan melepasi garisan dikira sebagai pemenang.

  • 91

    Nama : Kelas :

    Tarikh : .

    MEMBALING DENGAN TANGAN LURUS

    Lengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai berpandukan gambar membaling bola dengan tangan lurus.

    1. Mata memandang .. 2. Siku . 3. Ayun tangan kanan dari 4. Kedudukan kakidi hadapan.

  • 92

    Berkebolehan melakukan kemahiran memukul bola dan berlari ke kawasan yang ditetapkan.

    1.8.3 Memukul bola dan bergerak ke kawasan yang ditetapkan. 2.8.2 Mengenal pasti titik kontak pada bola dan alat pemukul

    semasa memukul dan menahan bola. 5.2.3 Membandingkan tindakan yang selamat dan tindakan yang

    berisiko semasa melakukan aktiviti yang mencabar.

    1. Murid dalam dua kumpulan kecil. 2. Satu kumpulan sebagai pemukul dan satu kumpulan sebagai pemadang. 3. Permainan bermula dengan pemadang membaling bola ke arah

    pemukul. 4. Pemukul akan memukul empat biji bola menggunakan bet. 5. Pemukul akan terkeluar dari permainan jika bola yang dipukul keluar dari kawasan yang ditetapkan atau bola dapat ditangkap

    oleh pemadang sebelum mencecah tanah. 6. Apabila semua bola telah dipukul, pemukul akan berlari ulang alik antara skital

    sebanyak yang mungkin. 7. Pemadang hanya dibenarkan mengumpul semua bola selepas bola keempat telah

    dipukul dengan cara membaling bola ke arah tapak rumah secepat yang mungkin.

    8. Pemadang terakhir akan menjerit BERHENTI selepas bola terakhir ditangkap di tapak rumah.

    9. Aktiviti dilakukan secara berterusan sehingga semua

    pemukul selesai membuat pukulan dan bertukar peranan.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Skital, bola kecil , bola foam, bet kriket kanak-kanak, dan bakul.

  • 93

    Bes keempat dikenali sebagai home.

    1. Murid dalam dua kumpulan kecil. 2. Satu kumpulan sebagai pemukul dan satu kumpulan sebagai pemadang. 3. Permainan bermula dengan pemadang membaling bola ke arah pemukul. 4. Pemukul akan memukul bola yang dibaling menggunakan bet. 5. Pemukul akan terkeluar dari permainan jika bola yang dipukul keluar dari kawasan

    yang ditetapkan atau bola dapat ditangkap oleh pemadang sebelum mencecah tanah.

    6. Pemukul akan berlari mengelilingi bes mengikut turutan 1-2-3-4. 7. Pemadang akan menangkap bola dan membaling bola kepada pembaling di

    tengah. 8. Pada masa yang sama, pemadang keempat akan berlari ulang-alik di antara dua

    skital yang ditetapkan sebanyak dua kali . 9. Sekiranya pemukul sampai dahulu ke bes empat sebelum pemadang mencukupkan

    dua larian, pemukul akan mendapat satu mata.

    10. Aktiviti dilakukan secara berterusan sehingga semua

    selesai memukul dan bertukar peranan.

    1. Berdiri dengan bahu menghadap arah

    balingan. 2. Kaki dibuka seluas bahu, lutut difleksikan

    sedikit dan mata pandang depan. 3. Pemukul akan berlari ke arah skital selepas

    bola dipukul sambil membawa bet sehingga melepasi skital.

    1. Pastikan murid tidak meninggalkan

    bet diruang bergerak untuk mengelakkan ada murid yang memijak bet dan terjatuh.

    Namakan pergerakan asas yang kamu pilih semasa mereka cipta pergerakan kreatif. 1. Mengapa kamu pilih pergerakan tersebut? 2. Lakarkan formasi pergerakan kumpulan kamu.

  • 94

    1. Murid dalam dua kumpulan kecil. 2. Satu kumpulan sebagai pemukul dan satu kumpulan sebagai pemadang. 3. Permainan bermula dengan pemadang membaling bola lantun ke arah pemukul. 4. Pemukul akan memukul bola yang dibaling menggunakan bet. 5. Pemukul akan terkeluar dari permainan jika bola dapat ditangkap oleh pemadang

    sebelum mencecah tanah, bola yang dibaling terkena bakul atau pemukul telah memukul bakul.

    6. Pemukul akan berlari antara dua bakul yang disediakan di sebelah kanan pemukul. 7. Pemadang akan menangkap bola dan membaling ke arah pemadang yang

    mengawal bakul. 8. Sekiranya pemukul dapat sampai ke bakul sebelum pemadang, pemukul akan

    mendapat satu larian. 9. Aktiviti dilakukan secara berterusan sehingga semua selesai memukul dan bertukar peranan. 10. Pemenang ditentukan dengan jumlah larian yang paling banyak dapat dikumpul semasa memukul.

  • 95

    Nama : Kelas :

    Tarikh :

    Tandakan ( ) pada arah pukulan yang terbaik untuk membolehkan melakukan larian sempurna.

    Pemukul Pembaling

    B

    X

    X

    X

    X X

    X

    B

    Pemukul Pembaling

    B X

    X

    X X

    X

    X

    B

    Pemukul Pembaling

    B X

    X

    X

    X X

    X

    B

  • 96

    Berkebolehan melakukan kemahiran menahan bola dengan alat pemukul dengan lakuan yang betul.

    1.8.4 Menahan bola dengan alat pemukul. 2.8.2 Mengenal pasti titik kontak pada bola dan alat pemukul

    semasa memukul dan menahan bola. 5.2.3 Membandingkan tindakan yang selamat dan tindakan yang

    berisiko semasa melakukan aktiviti yang mencabar.

    1. Murid dalam kumpulan empat orang. 2. A sebagai pembaling, B sebagai pemukul, C, dan D sebagai pemadang. 3. Pemukul menahan bola yang dibaling menggunakan bet. 4. C dan D akan mengambil bola dan menghantar bola kepada

    pembaling. 5. Ulang aktiviti beberapa kali. 6. Tukar peranan.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Skital, bola kecil, gelung plastik, dan bet pelbagai jenis dan skital.

    1. Gunakan pelbagai jenis bet. 2. Tangan bukan dominan berada di

    atas dan tangan dominan berada di bawah semasa memegang alat pemukul.

    Siku difleksikan semasa menahan bola bagi menyerap daya.

  • 97

    1. Berdiri dengan bahu menghadap arah balingan. 2. Kaki dibuka seluas bahu, lutut difleksikan sedikit

    dan mata pandang hadapan.

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid yang memegang bet berada di tengah-tengah bulatan. 3. Murid yang memegang bola akan membuat balingan bawah dan mengena pada

    kaki pemukul. 4. Pemukul menahan bola daripada terkena kaki. 5. Ulang beberapa kali. 6. Tukar peranan.

    Bagaimana kamu menahan bola yang dibaling dengan menggunakan bet?

  • 98

    1. Murid dalam dua kumpulan kecil. 2. Satu kumpulan sebagai pemukul dan satu kumpulan sebagai pemadang. 3. Permainan bermula dengan pemadang membaling bola ke arah pemukul. 4. Pemukul akan menahan bola yang dibaling menggunakan bet. 5. Pemukul akan terkeluar dari permainan jika bola tidak dapat ditahan ke kawasan yang ditetapkan atau bet tidak dapat menyentuh bola. 6. Aktiviti dilakukan secara berterusan sehingga semua pemukul selesai menahan bola dan bertukar peranan. 7. Pasukan yang paling banyak menahan bola dikira sebagai pemenang.

    Mengapa kamu mencondongkan bet semasa menahan bola?

  • 99

    Nama : Kelas :

    Tarikh :

    Tandakan ( ) pada kotak bagi kedudukan bet dan bola yang betul semasa melakukan kemahiran menahan bola.

    a.

    b.

    d.

    c.

  • 100

    Berkebolehan melakukan kemahiran membaling dan menangkap bola dari arah sisi dengan lakuan yang betul.

    1.8.5 Membaling bola dengan gaya balingan sisi. 1.8.6 Menangkap bola dari arah sisi. 2.8.1 Menyatakan pergerakan tangan semasa melakukan

    balingan tangan lurus dan balingan sisi. 2.8.3 Mengenal pasti kedudukan tangan semasa menangkap bola dari arah sisi pada pelbagai aras. 5.2.2 Berkeyakinan untuk melakukan pelbagai pergerakan

    berkemahiran.

    1. Murid dalam dua kumpulan kecil. 2. Kumpulan A membaling sisi ke sasaran untuk menjatuhkan botol

    menggunakan pundi kacang. 3. Kumpulan B mengutip pundi kacang dan menyusun semula botol

    dan kembali semula ke tempat permulaan untuk membuat balingan sisi.

    4. Kumpulan A menyusun semula botol yang dibaling oleh kumpulan B.

    5. Kedua-dua kumpulan mengulang aktiviti beberapa kali.

    6. Setiap murid merekodkan jumlah botol yang jatuh.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Bola getah kecil atau foam, botol, tin, gelung, meja, pundi kacang, dan beg plastik.

    Elakkan mengutip pundi kacang sebelum balingan selesai dilakukan.

  • 101

    1. Balingan boleh dilakukan

    menggunakan tangan kiri atau tangan kanan dan sisi kiri atau sisi kanan.

    2. Pastikan bola dibaling pada paras murid yang melutut.

    1. Murid berada dalam kumpulan kecil. 2. Kumpulan A membaling bola sisi ke rakan sekumpulan. 3. Kumpulan B berada dalam posisi melutut di dalam zon dan cuba menangkap bola

    yang dibaling oleh Kumpulan A. 4. Mata akan diberi kepada kumpulan B jika bola yang dibaling dapat ditangkap berdasarkan kedudukan berikut: B1 - 3 markah B2 - 2 markah B3 - 1 markah 5. Aktiviti dilakukan berterusan sehingga semua ahli kumpulan selesai membaling. 6. Tukar peranan.

    1. Bolehkah kamu menangkap bola

    yang dibaling sisi? 2. Bagaimanakah kedudukan

    tangan kamu semasa menangkap bola tersebut?

    1. Berdiri dengan bahu menghadap arah balingan. 2. Kaki dibuka seluas bahu, lutut difleksikan sedikit dan mata pandang depan. 3. Kilas pinggang ke sisi untuk membaling bola menggunakan sebelah tangan. 4. Lentik pergelangan tangan semasa membaling bola. 5. Tarik tangan ke sisi serentak dengan lakuan kilas badan. 6. Tangkap bola menggunakan kedua-dua belah tangan.

    1. Murid yang menangkap perlu peka terhadap

    bola. 2. Balingan mesti menuju ke sasaran sisi murid

    yang menangkap untuk elakkan bola terkena badan.

    3. Bagaimanakah kedudukan tangan kamu semasa menangkap bola tersebut?

    B1

    B2

    B3

  • 102

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Membaling sisi ke sasaran untuk menjatuhkan tin di atas meja menggunakan bola. 3. Kumpulan yang dapat menjatuhkan jumlah tin terbanyak dikira sebagai pemenang

    Jelaskan anggota badan yang terlibat semasa melakukan balingan sisi

    Guru menyediakan syarat permainan.

  • 103

    Nama : Kelas :

    Tarikh :

    Isikan aksi pergerakan tangan dan anggota badan semasa melakukan kemahiran membaling bola dari sisi badan dalam ruangan yang disediakan.

    Lentik Kilas Fleksi Pandang sasaran

    Pergelangan tangan :

    Siku :

    Mata :

    Pinggang :

  • 105

  • 107

    Berkebolehan melakukan kemahiran asas berlari dengan lakuan yang betul.

    1.9.1 Berlari dalam laluan lurus dan selekoh dengan pelbagai

    kelajuan. 2.9.1 Mengenal pasti teknik berlari yang betul mengikut laluan

    dan kelajuan yang berbeza. 5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.

    1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid A berlari perlahan dari stesen P ke stesen Q, murid B akan

    berlari laju bersama murid A ke stesen R. 3. Murid C akan berlari perlahan bersama murid A dan B ke stesen

    S, murid D akan berlari laju bersama murid A, B dan C ke stesen P.

    4. Murid A akan berhenti berlari di stesen P, murid B berhenti berlari di stesen Q, murid C berhenti berlari di stesen R dan murid D

    berhenti berlari di stesen S.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Gelung, skital, kad huruf, batang kayu dan tali.

    Elakkan melanggar rakan semasa berlari.

    1. Tentukan jarak yang lebih jauh untuk berlari

    perlahan dan dekatkan jarak untuk berlari pecut. 2. Beri tumpuan kepada ayunan tangan semasa di

    selekoh.

  • 171

    1. Dua orang murid berperanan sebagai pengejar berada di dalam bulatan. 2. Murid yang lain bebas bergerak di dalam kawasan permainan. 3. Empat zon selamat disediakan di penjuru kawasan permainan. 4. Apabila isyarat diberi, pengejar akan mengejar murid yang lain. Sekiranya pengejar

    dapat menyentuh mana-mana dua orang murid, murid yang disentuh akan menjadi pengejar.

    5. Murid yang telah disentuh akan berdiri statik. Dia boleh dihidupkan apabila rakan melakukan lompat selang-seli bersama-sama sebanyak tiga kali. 6. Murid boleh masuk ke zon selamat untuk elak daripada disentuh. 7. Hanya seorang murid sahaja boleh berada dalam zon selamat dalam satu masa. 8. Sekiranya ada murid lain masuk ke dalam zon selamat, murid yang berada dalam

    zon selamat mesti keluar dan bermain semula.

    Lompat selang-seli boleh diganti pergerakan lokomotor yang dapat meningkatkan kapasiti aerobik.

    ZON SELAMAT

    ZON SELAMAT

    ZON SELAMAT

    ZON SELAMAT

    Berapa lamakah kamu melakukan senaman yang meningkatkan kapasiti aerobik? Mengapa?

  • 172

    Nama : Kelas :

    Tarikh : ..

    1. Tandakan ) bagi aktiviti yang boleh meningkatkan kapasiti aerobik.

    2. Berdasarkan aktiviti yang kamu telah tandakan (), nyatakan ciri-ciri aktiviti tersebut.

    Berjalan pantas berterusan selama lima minit.

    Berlari pecut sejauh 20 meter.

    Menunggang basikal selama 30 minit.

    Berenang berterusan lima minit.

  • 173

    Berkebolehan melakukan senaman yang meningkatkan kapasiti aerobik.

    3.2.1 Melakukan senaman meningkatkan kapasiti aerobik dalam suatu jangka masa yang ditetapkan. 4.2.2 Mengenal pasti ciri senaman yang meningkatkan kapasiti aerobik. 5.2.4 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.

    CD1 Dunia Muzik Tahun 3, Trek: Chant kenali rekorder 1. Murid mengira kadar nadi selama satu minit sebelum melakukan

    aktiviti. 2. Guru menunjuk cara aktiviti berikut :

    Stesen 1: Kawad setempat Stesen 2: Jumping jack Stesen 3: Langkah V Stesen 4: Angkat lutut secara silang sambil menyentuh siku

    3. Murid melakukan pergerakan di setiap stesen mengikut muzik. 4. Murid mengira kadar nadi selama satu minit selepas melakukan aktiviti.

    Memanaskan badan.

    Penyampaian Standard Pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Penilaian pengajaran dan pembelajaran

    Tali skip, skital, dan jam randik

    1. Aktiviti di setiap stesen dijalankan selama 30 saat. 2. Ulang aktiviti dua hingga tiga set.

  • 174

    1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. 2. Murid dalam kumpulan masing-masing merancang satu persembahan

    menggunakan empat jenis pergerakan yang telah dipelajari. 3. Murid membuat persembahan mengikut tempo. 4. Kum