pendidikan jasmani

5
Pendidikan jasmani Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran- kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Isi kandungan 1 Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 2 Maksud Pendidikan Kesihatan 3 Objektif Pendidikan Jasmani o 3.1 Matlamat Pendidikan Kesihatan 4 Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani? 5 Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Kesihatan? 6 Kecergasan 7 Kecergasan Fizikal 8 Koordinasi 9 Berasaskan pelakuan motor 10 Kemahiran 11 Kesukanan 12 Kesihatan Diri dan Keluarga 13 Gaya Hidup Sihat 14 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Upload: mond-niel

Post on 23-Jan-2015

6.640 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

Dari Wikipedia

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Jasmani

Pendidikan jasmaniDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Isi kandungan

1 Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 2 Maksud Pendidikan Kesihatan 3 Objektif Pendidikan Jasmani

o 3.1 Matlamat Pendidikan Kesihatan 4 Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani? 5 Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Kesihatan? 6 Kecergasan 7 Kecergasan Fizikal 8 Koordinasi 9 Berasaskan pelakuan motor 10 Kemahiran 11 Kesukanan 12 Kesihatan Diri dan Keluarga 13 Gaya Hidup Sihat 14 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.

Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,

Page 2: Pendidikan Jasmani

Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.

Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Maksud Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

Objektif Pendidikan Jasmani

Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama :

Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian

Matlamat Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat

Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani?

Penglibatan murid secara aktif dan selamat Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran

Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Kesihatan?

Penglibatan murid secara penghayatan ilmu Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat Penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran

…==Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani==

Page 3: Pendidikan Jasmani

1. Kecergasan

Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan .

Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan berasaskan fizikal.

1. Kecergasan Fizikal

Terdapat 2 cabang kecergasan berasaskan fizikal:1. Kesihatan2. Perlakuan Motor / kemahiran

1. Kesihatan

Imbangan Ketangkasan Kuasa Masa Respons / tindak balas Kepantasan Koordinasi

2. Berasaskan pelakuan motor / kemahiran

Daya tahan kardiovaskular Daya tahan Otot Kekuatan Otot Kelenturan Komposisi badan

2. Kemahiran

Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan , olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi

3.Kesukanan

Konsep tunjang ini menitik beratkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.

Page 4: Pendidikan Jasmani

Kesihatan Diri dan Keluarga

Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, perasaan, kekeluargaan Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan

keibubapaan

Gaya Hidup Sihat

Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan.

Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah

Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas