stor pendidikan jasmani

36
Stor Pendidikan Jasmani DISEDIAKAN OLEH, P.KALADEVI P.KANAGESWARY T.RUBINI DEVI N.SHAMALA S.SUBASHINI V.VINOTHINI PENGURUSAN STOR

Upload: peony

Post on 23-Feb-2016

312 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PENGURUSAN STOR. Stor Pendidikan Jasmani. DISEDIAKAN OLEH, P.KALADEVI P.KANAGESWARY T.RUBINI DEVI N.SHAMALA S.SUBASHINI V.VINOTHINI. DEFINISI STOR PENDIDIKAN JASMANI… Bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-barang pendidikan jasmani. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Stor Pendidikan Jasmani

• Stor Pendidikan Jasmani

DISEDIAKAN OLEH, P.KALADEVIP.KANAGESWARYT.RUBINI DEVIN.SHAMALAS.SUBASHINIV.VINOTHINI

PENGURUSAN STOR

Page 2: Stor Pendidikan Jasmani

DEFINISI STOR PENDIDIKAN JASMANI…

Bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-barang pendidikan jasmani.

Biasanya, segala peralatan sukan disimpan dengan rapi dalam sesebuah stor dan ia dikenali sebagai stor pendidikan jasmani.

Page 3: Stor Pendidikan Jasmani

CIRI-CIRI STOR PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI…

•Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani.

•Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor dengan kemas kini.

•Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru.

Page 4: Stor Pendidikan Jasmani

•Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan.

•Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-kurangnya sekali setahun.

•Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.

Page 5: Stor Pendidikan Jasmani

Pegawai Stor/penerima hendaklah:-

- Semak nota atau bil serahan, nota bungkusan dan invois

- Semak dan menghitung kuantiti yang diterima

- Memberi akuan terima setelah dipastikan semua barang yang diterima adalah mengikut spesifikasi, dalam keadaan baik dan cukup kuantitinya

- Barang-barang yang dikembalikan kepada pembekal, urusan penggantian hendaklah dicatatkan dalam baucar penerimaan barang-barang

- Semua penerimaan hendaklah dicatatkan dalam kad kawalan stok/ kad petak/ lejar dengan secepat mungkin.

PENERIMAAN (BAHAGIAN PENSTORAN)

Page 6: Stor Pendidikan Jasmani

Cara-cara penyimpanan yang baik, tersusun, teratur dan

selamat:

- Sediakan carta lokasi stok

- Ruang stor hendaklah digunakan secara maksimum

- Gunakan petak/rak yang mudah diubah-ubah dan tanda pengenalan

- Gunakan pelet kayu bagi barang-barang besar dan berat

PENYIMPANAN (BAHAGIAN PENSTORAN)

Page 7: Stor Pendidikan Jasmani

- Membahagikan ruang stor kepada beberapa seksyen mengikut jenis stor dan menyusun mengikut susunan abjad dan tiap-tiap rak, pallet diberi nombor. Nombor ini juga perlu direkod dalam kad stok

- Satu bekas hendaklah digunakan untuk satu barang dan simpan mengikut unit kuantiti bagi memudahkan pengeluaran

- Pastikan tindanan barang-barang tidak terlalu tinggi

- Barang-barang berharga/menarik hendaklah disimpan di dalam almari berkunci/sangkar keselamatan

PENYIMPANAN (BAHAGIAN PENSTORAN)

Page 8: Stor Pendidikan Jasmani

Ruang

Rak

Lokasi

Tingkap

Pengedaran Udara

Keselamatan

Pintu

Penjagaan Alat

KEPERLUAN BILIK STOR PENDIDIKAN JASMANI

Page 9: Stor Pendidikan Jasmani

Ruang•Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan.

•Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi.

•Saiz stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah.

Page 10: Stor Pendidikan Jasmani

Rak•Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor pendidikan jasmani.

•Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun.

•Barang yang  disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di capai.

•Ini bertujuan untuk menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang.

Page 11: Stor Pendidikan Jasmani

Lokasi•Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang berhampiran dengan padang.

•Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk stor pendidikan jasmani.

Page 12: Stor Pendidikan Jasmani

Tingkap

•Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk.

•Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun, alat-alat  kulit dan alat-alat yang tidak tahan panas akan rosak.

Page 13: Stor Pendidikan Jasmani

Pengedaran Udara

•Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani.

Page 14: Stor Pendidikan Jasmani

KeselamatanPelbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan alatan dan pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah:

•Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi.

•Susun alat berdasarkan keselamatan.

•Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam menghala ke bawah.

•Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat.

Page 15: Stor Pendidikan Jasmani

•Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai

•Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan alatan.

•Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti  kayu hoki dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak reput.

•Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur

•Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan pemindahan barang secara pukal.

Page 16: Stor Pendidikan Jasmani

Pintu•Saiz pintu stor sukan bergantung kepada jenis barang

yang hendak disimpan.

•Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan

kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh

mencederakan murid.

•Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan dan

dibina dengan kukuh.

Page 17: Stor Pendidikan Jasmani

Penjagaan Alat

•Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak.

•Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani, kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani.

•Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan kepada pelajar

Page 18: Stor Pendidikan Jasmani

Antara penyalahgunaan tersebut ialah:

•Duduk di atas bola•Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring dan lain-lain

•Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain

•Mengheret barang-barang yang dibuat dari kanvas atau kain atau material yang lembut contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.

Page 19: Stor Pendidikan Jasmani

Semua pelajar wajib mematuhi peraturan-peraturan stor sukan yang disenaraikan bagi menjamin keselamatan

Dilarang masuk tanpa kebenaran guru. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke

dalam stor sukan Sekolah. Guru mestilah berada bersama pelajar semasa

mengambil perlatan sukan. Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi arahan guru. Dilarang membawa keluar sebarang alatan tanpa

pengtahuan guru kecuali dengan kebenaran guru bertugas.

Peraturan Stor Pendidikan Jasmani

Page 20: Stor Pendidikan Jasmani

Dilarang sama sekali merosakan peralatan yang terdapat didalam stor sukan.

Dilarang bermain di dalam stor sukan. Dilarang membuang sampah di dalam stor sukan. Dilarang memasuki ke dalam stor sukan secara

beramai-ramai. Sila letak dan susun semula peralatan yang

digunakan di tempat asal. Pastikan stor sukan dalam keadaan bersih dan

kemas sebelum meninggalkan stor sukan Pastikan pintu ditutup sebelum meninggalkan stor

sukan.

Page 21: Stor Pendidikan Jasmani

 

• Peralatan berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya dengan rapi sepanjang masa.

• Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah .

• Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan dalam buku keluar masuk peralatan sukan.

• Mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada masa yang ditetapkan.

Tatacara Am

Page 22: Stor Pendidikan Jasmani

• Memastikan semua peralatan sukan yang digunakan berada dalam keadaan yang selamat.

• Membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang rosak, hilang atau yang perlu diperbaiki.

Page 23: Stor Pendidikan Jasmani

Sentiasa menjaga kebersihan stor.

Stor Sukan sentiasa dikunci selepas mengeluarkan atau

mengembalikan peralatan sukan.

Memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor

sukan.

Mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan.

Pengawasan yang rapi semasa mengeluarkan dan

mengembalikan peralatan sukan.

Meletakkan peralatan sukan di tempat yang ditetapkan.

Page 24: Stor Pendidikan Jasmani

Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam buku

rekod yang disediakan.

Pengeluaran alat sukan hanya boleh dibuat oleh jurulatih

atau guru penasihat sahaja.

Membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak,

hilang dan yang pelu diperbaiki.

Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang

selamat.

Memastikan semua peralatan yang belum atau yang sudah

digunakan berada dalam keadaan selamat.

Page 25: Stor Pendidikan Jasmani

Tatacara Murid

Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru.

Pastikan murid menghantar peralatan ke dalam stor sukan dengan diiringi guru.

Page 26: Stor Pendidikan Jasmani

•Murid tidak dibenarkan bermain – main dengan peralatan lain apabila berada didalam stor sukan ketika mengambil alatan sukan.

Page 27: Stor Pendidikan Jasmani

• Murid dilarang berlari semasa berada didalam stor sukan semasa mengambil peralatan sukan.

• Murid perlu melaporkan dengan segera kepada guru PJK sekiranya terdapat murid lain berada dalam stor sukan tanpa kebenaran guru PJK.

Page 28: Stor Pendidikan Jasmani

Tatacara Pengurusan Jurulatih / Guru

Merekod semua alat sukan yang digunakan.

Mengeluarkan, menyimpan dan memeriksa alatan yang digunakan.

Mengawasi dengan rapi penggunaan alatan terutamanya peralatan

yang bahaya.

Memastikan peralatan sukan yang digunakan dikembalikan dalam

keadaan yang baik.

Membuat laporan tentang peralatan yang rosak, hilang atau perlu

diperbaiki.

Memastikan hanya jurulatih/ guru penasihat yang mengendalikan

peralatan sukan

Page 29: Stor Pendidikan Jasmani

GAMBAR- GAMBAR

STOR SUKAN

Page 30: Stor Pendidikan Jasmani
Page 31: Stor Pendidikan Jasmani
Page 33: Stor Pendidikan Jasmani

Soalan–Soalan

1. Sebagai seorang pegawai stor apakah tugas yang

anda harus laksanakan?

a) Semak nota atau bil serahan, nota bungkusan dan invois

b) Semua penerimaan hendaklah dicatatkan dalam kad kawalan

stok/ kad petak/ lejar dengan secepat mungkin.

c) Memberi akuan terima setelah dipastikan semua barang yang

diterima adalah mengikut spesifikasi, dalam keadaan baik dan

cukup kuantitinya

Page 34: Stor Pendidikan Jasmani

2. Nyatakan 3 penyalahgunaan terhadap

peralatan sukan?

a) Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola

tampar, bola jaring dan lain-lain

b) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan

lain-lain

c) Mengheret barang-barang yang dibuat dari kanvas

atau kain atau material yang lembut contohnya tilam

lompat tinggi dan lain-lain.

Page 35: Stor Pendidikan Jasmani

3. Nyatakan cara-cara penyimpanan peralatan sukan yang baik, tersusun, teratur dan selamat?

a) Sediakan carta lokasi stok

b) Ruang stor hendaklah digunakan secara maksimum

c) Gunakan petak/rak yang mudah diubah-ubah dan tanda pengenalan

d) Gunakan pelet kayu bagi barang-barang besar dan berat

Page 36: Stor Pendidikan Jasmani

Sekian, terima kasih~